Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Saturday, January 31, 2009

Kesian Tak ?



Kesiankan tengok muka sedih budak ni nangis. Sebab dia ni sebenarnya jarang menangis. Betul-betul "kena" baru dia menangis.

Ok, ni nak citer apa yang jadi petang tadi.

Setelah merehatkan diri selama 3 minggu tak lipat kain, inilah hasilnya. 3 bakul saiz XXXL + 1 bakul XXL + 1 bakul L + 1 bakul M. Yezzzaaaaaa 6 bakul padat ye tuan-tuan dan puan-puan. Sampaikan nak cari baju tidur anak aku pun jenuh berkirai nak cari. So, bila kes camtu dah muncul, maknanya aku kena melipat kain laaa... Uwaaaaaaa.... hate it !!!!!

Masa ni dah hampir nak siap.. tinggal saki-baki baju-bajan aku yang perlu dihanger sahaja. Tiba-tiba budak Ahmad ni dapat idea kurang bernas. Iaitu main lompat-lompat antara baju-baju yang aku dah susah payah lipat bermula dari jam 4.00 petang. Suasana di atas adalah selepas hampir jam 6.00 petang di mana Papa Khaleef dah anta SMS kata dia on d way. Maknanya aku harus sepantas kilat. Yelah, takkan laa laki ngko balik, umah pun ala-ala nak terbalik.

Bila dia lompat2 tu.. mula laa aku hangin sikit. Aku cakap kat dia "Ayeeeppp.. kain ni tumbang nnt ayeep kena ngn mami". Dia gelak2 je.. Sekali tumbang betul.. aku tengah lipat tuala kecik dia terus libas slow je kat kaki. Sekali tu dia melawan. Dia ambik track lumba Hotwheels seperti gambar di bawah dan terus baling kat aku. Tepat kena tulang kering kaki aku. Eh, aku ada tulang kering ke ?!! ada taw... wpun tak berapa nak kering sangat sebab diselaputi daging dan lemak tebal. Sakit gilerrrr !!

Ni ler menatang yang kena kat tulang kering kaki kiri aku ittew

HASILNYA....
Ni gambar sejurus setelah men"dapat" dari aku. Dia ni kalau nangis mmg kesian dengar.. Kuar laa ayat-ayat cinta dia. "MAMI SUYIIII... AYEEP NAK POLOK" Maknanya.. mami sorry, khaleef nak peluk. Selagi tak peluk & cium, selagi tu laa mengongoi nangis. Tapi selalunya aku biar je dalam 5-10 minit. Bagi dia rasa serik dulu pastu baru peluk.


Dah siap aku kemas sumer.. mandikan dia, papa pun sampai & ajak dinner kat luar, on d way tak sempat sampai umah dah tido pun... ni bukan kebiasaan tau. Biasanya dia akan tido selepas kul 1.00 pagi pas citer Barney kat PDC. Bila tengok muka dia tido ni, alahai kesiannya anak aku ni. Tapi bila time dia membuassssss... eeeeeee geram !!!!


Friday, January 30, 2009

ONE is EnouGh !!!

21/08/06 - Bakti Aminin Medical Center Tg Malim
Ni ler rupa Khaleef beberapa minit selepas lahir. The sad part is.. INI SAHAJA GAMBAR DIA YANG ADA selepas videocam aku di ambil tanpa kerelaan aku oleh perompak yang memecah masuk umah aku 2 tahun yang lepas.. sedey tul laaaa

Ini dia sekarang.. umur dah 2 tahun 5 bulan lebey


Ok, berbalik pada tajuk asal iaitu ONE IS ENOUGH.. ekceli laki aku takde laa cakap omputeh camtu... tapi maksudnya itu laaa. Dia nak Khaleef sorang sajo. Uwaaaaaaaaa... tak tau ke aku ni nak sangat-sangat baby girl.

Alasannya - financial problem. Yelah, skang nikan aku ngn laki aku dok asing. Dua rumah, so perbelanjaan pun dua rumah la jugakan. Tapi ye ke ? Aku takde laa rasa susah sangat pun, cam biasa je.


Alasan Kedua - Susah aku sorang nak jaga 2 sekali gus.. boleh diterima akal. Ye jugak ! aku dgn budak Ahmad ni dok berdua pun, satu taman ni leh dengar aku mengamuk sekali-sekala. Inikan pulak ada 2. Kalau kena yang sorang tu baik yang amat takpe lagi... Kalau dia mengikut perangai kacau-bilau abang dia camne ? Harus aku kalau tak jadi kurus.. jadi tambah gemuk lagi.

Alasan Ketiga - takde.. ni dua alasan je. Sungguh tak dapat diterima oleh akal manusia normal.. Sorang je anak !! Nanti kalau lama-lama-lama.. mesti orang dok kutuk aku kata "Tulah gemuk sangat susah dah nak peknen".. Depa takkan kutuk laki aku punya.

Aku bukan apa.. risau kot2 laa Khaleef ni tak jadi anak seperti yang diharapkan. Yelah kita ni mak bapak mmg laa nak TERBAIKKKKKK je untuk anak. Tapi bila dah besar kang dia wat onar, takkan umur 25 tahun aku nak ugut dia tarik telinga lagi. Kan putih mata.

Pastu buatnya dia kahwin ngn mat salleh ke.. tak pun keje kat obercee ke.. tak ke menganga aku kat umah ni sorang2 sbb tak ada anak yang lain nak tumpang manja.

Uwaaaaa... abang fikir laaa dalam2 sebelum membuat keputusan muktamad !! Saya dah nak masuk 30 tahun ni minggu depan. YE KAWAN-KAWAN... MGU DEPAN 7HB ADALAH HARIJADI SAYA !!!! Paling2 sebelum 35 tahun mesti dah ada sorang lagi.
.
.
.

Wednesday, January 28, 2009

CNY Marathon

Bukan lari marathon hokay... harus aku masuk spital kalau sesekali cuba berlari. Nehi.. Nehi... disebabkan laki aku takmo bawak aku ngn Khaleef p jalan wpun hatta ke Sg Klah yang jaraknya 6km dari umah kami, maka duk umah aku cuba laa mengisi masa terluang yang ada.

MENU HARI AHAD

Bawal lebor masak sweet sour

comment - boleh tahan ler.. mgkn terkurang bawang putih kot. Anyway, guna bawang putih ke tidak ek masak sweet sour?

Masak lemak kobis manis + kobis bunga

comment - sedap siuttttttttt... siyes wei. Mgknkah sbb aku lebih letak ajinomoto tu pasal sedap?! Selalunya peel laki aku ni, dia takkan ulang lauk yang sama untuk esok. Namun, aku panaskan jugak masak lemak ni & laki aku masih makan jugak wpun aku ada masak sayur lain. Oh ya, masak lemak putih ni adalah kali ke-3 aku masak seumur hidup.. tak sangka kali ni sedap pulak.. puji lagi tuuuuu


MENU HARI ISNIN
Ikan tongkol masak lada hitam
Comment - Makkkk aaaaaaaiiiiii PAHIT !!!!!! Adalah laa tu something wrong somewhere.
Asparagus goreng udang
Comment - aku dengan laki aku memaksa perasaan mengakui asparagus ni tersedap di Kota Malim ni bila dipadankan dengan ikan tongkol masak pahit tadi.


MENU HARI SELASA
Ikan Pari & Ikan Kembung Bakar
Comment - OK laaaa.. wpun takde laa sesedap cam kat kedai. Aku tak letak benda pelik2 pun untuk perap ikan.. aku perap ngn kunyit + garam je. Sebelum2 ni... buh sos barbeque laa.. buh bawang tumbuk laaa.. takde satu pun yang sedap.


Air asam
Comment - pertama kali aku wat air asam tak pahit leting.. kira rasanya ngam2 laa. Tapi malam tu wat sekali lagi dah tak sedap dah cam buat masa tengahari.


DIET ?!!!! aku kena diet ek ?! Boleh tak aku nak wat-wat lupa. Hua Hua Hua....
.
.
.

Sunday, January 25, 2009

Camera Hilang !!!!


ada sapa2 nmpk tak camera ni ?!!!

Sejak aku ada K800i ni mmg jarang sekali aku snap2 gambor menggunakan camera digital cikai cap ayam aku tu. Camera tu selalunya aku pakai utk snap gambor yg nak dicuci sebab ia adalah 7.2MP. Kalau pakai phone camera 3.2MP ni mana nak lawo. Adakah camera ittiew merajuk dengan aku sbb tidak mengusungnya lagi ke sana ke sini?

Itu perkara pertama yg hilang.. perkara kedua ni lagi parah.. aku terhilangkan duit collection e-pay sebanyak RM384.00.. Huwaaaaaa !!! mana pergi duit yang aku letakkan dalam sampul putih tidak bertulis apa2 yg telah dilipat dua tersebut. Aku sangat2 berharap semoga duit itu sebenarnya aku dah pakai secara tak sengaja then aku lupa. At least !!!!

Tapi.. tapi.. tapi.. aku pasti sangat2 yg aku tak pakai duit itu. Cuma tak ingat sama ada aku dah buang? aku simpan tempat lain? ataupun dah tercicir? Huwaaaaaaaaaaaaa (bape kali meraung daaaaaa)

Tabiat buruk aku yg satu ini iaitu PENCUAI (bukan PENCACAI hokay) mmg tahap gaban naga sakti. Sampaikan mak aku iaitu Hajah Norlia pernah cakap "Nasib baik laaa "tut" ngko tu melekat.. kalau tidak, mesti satu hari ngko call mama cakap... TUT DAH HILANG LAA MA!!".

Aku pernah hilang hp, hilang kunci rumah, hilang kunci kereta, hilang kunci pejabat, hilang kad ATM, hilang kat matrik, hilang pen-drive, hilang beg baju (satu beg baju aku hilang sbb aku terlupa bawak naik bas masa g kem BTN), hilang barang kemas, hilang video cam dan pelbagai lagi yg aku tak leh nak recall kat sini.

Time sekolah dulu, asyik hilang buku latihan. Hehehe cikgu cakap alasan sbb tak buat keje rumah. Tapi hakikatnya mmg hilang betul. Pastu satu benda lagi stokin.. cam semgu tu mesti ada laa sekali dua hilang stokin.

Hakikatnya sekarang... MANA DIGITAL CAMERA HAKU !!!!!!!!!


.

Friday, January 23, 2009

Makanan Berkhasiat

Tentu ramai tertanya-tanya... apa jadi dengan diet den yang ala-ala poyo sangat dulu tu. Untuk pengetahuan semua, aku masih lagi diet tapi tidak mengikut aturan yang telah ditetapkan. Membawa maksud, bila nak makan banyak.. yes i do. Nak makan sikit.. yes i do. Tak nak makan lansung seharian.. No i don't !! boleh gitu?!!!

Ikutkan aku ni makan banyak bila balik Mambang & time laki aku ada rumah. Bila dia takde, biar lapar tahap gaban naga sakti sekali pun, selalunya sifat PEMALAS aku akan menang. Baik aku hadap TV tu sambil perasan perut kenyang, dari aku ke dapur untuk masak.

Ni food aku pada Isnin lalu pada jam 8.30 mlm. Oleh kerana seharian tak makan, maka aku terpaksa rajin sikit masak ala kadar iaitu telur hancur makan ngn salad & tomato segar. Komen aku... lansung tak menyelerakan dan tidak mengenyangkan. Namun cukup laa untuk aku tahan lapar smpi keesokkan harinya.

Keesokkan harinya, aku terus pecut pi umah mak aku sbb aku tau adik aku mesti masak sarapan punya. Yes, tepat sekali.. dia masak sayur campur, sambal ikan sardin, ikan sepat masin goreng berlada & sambal cili tumbuk campur tempoyak. Cuba bayangkan bagaimana hardup nya aku sarapan di pagi Selasa tersebut. Hehehe... sedap wooooo... rasa cam sia2 lak aku poyo2 malam semalamnya makan salad hanya.

Untuk berat terkini, masih lagi 121kg tanpa ada perubahan. Takpe laa tukan, pada naik berat. Baik menten je.

.
.
.

Thursday, January 22, 2009

She Is Pregnant !!

Sahabat sepusat sepusing diet den dah pun berbadan kuasa dua. Meninggalkan aku yang masih mengalami tempoh menopause. Ni gambar last Friday (16/1/09) kat Restoran Seri Melur. Kami tengah hadap Mee Goreng Basah + Ayam goreng mamak yang sungguh yummy. Dah pregnant tak yah laa serba salah nak makan banyak2.. huwaaaaa mak jeles !!!!!
.
.
.

Wednesday, January 21, 2009

Saya Memasak Hokay !!!

Seperti yang telah diazamkan untuk tahun 2009 ini, aku telah mencuba masakan baru untuk bulan Januari ini. Tiada lagi menu SEGALA HAPE MASAK KICAP hokay !!!

Udang galah masak lemak cili padi.. adik aku & adik ipar aku komen SEDAP !! pedas menyengat. Laki aku cakap ok je... sentap tau !

Sotong goreng tepung. Walaupun buruks dalam gambar, tapi rasanya marbeles. Ni pujian ikhlas dari aku sndr.. boleh gitu ?!!

Ni special request dari adik ipar aku. Telur dadar dalam minyak yang banyak Penuh kolestrol ye tuan-tuan dan puan-puan. Tu sebab rasa dia vast !!


Bebola ayam goreng tepung & ayam goreng siap sedia Ayamas. Ini untuk santapan Ahmad Doyib ngn Kakak Sara.

Kobis manis goreng ngn udang. Boleh tahan sedap laaaaa... Pujian lagi tu..
.
Wpun, masakan aku bagi orang yang biasa masak ala2 pejam mata leh siap.. tapi untuk aku, makan masa dari kul 6.30 ptg smpi 9.00 mlm hokay untuk menyiapkan semua menu ini. Tapi lega tgk sbb insan2 undangan aku (my sis and her family) betul2 menghayati apa yang aku masak. Siap puji-pujian lagi. Tak tau ler ikhlas ke idak. Janji puji yer.. Tapi, lakiku.. nan ado yer mak hayaaaaammmmm... takde laa nak kasi semangat ke.. kasi motivasi ke.. itu sebab aku cam meluat je nak masak.
.
.
.

Tuesday, January 20, 2009

Bila kat Mambang...

Ni ler nyawa bila dok Mambang Diawan.. dengan TV saiz 14 inci, no astro, no dvd, no radio, mmg aku gagahkan jugak usung laptop ni naik keretapi. Tapi.. tapi.. tapi... sebab kat sana bosan, asal aku on je laptop ni mula laa anak aku nak tekan itu tekan ini. Padahal kalau kat umah Tg Malim ni dia tak heran pun. Kena lak kat sana takde meja tinggi. Kadang2 terpaksa letak laptop ni kat kabinet dapur and tenet sambil berdiri sbb nak ngelakkan budak Ahmad ni mengacau.
.
.
.

Monday, January 12, 2009

If U Think I'm Cute



Baju ni aku beli kat Hytex tahun lepas.. saiz M untuk orang berbadan kurus. Konon2 ala sebagai tangkal azimat laa aku nak lose weight. Baju ni sepasang, pasangannya adalah baju Khaleef kaler merah. Baru-baru ni tiba2 aku tgk laki aku pakai baju ni.

Mami : Kenapa papa pakai baju mami?
Papa : Baju mami ke ni? apsal kecik sangat?
Mami : Yelah, ni nanti mami kurus pakai ler...
Papa : Kucing tumbuh tanduk 8 pun lum tentu mami leh pakai.
(kedengaran gelak tawa ala-ala setan gondol)

Pasangan kepada baju ala2 aku berat 50kg ittiew

Kejam tak? Laki aku kalau bab kutuk saiz badan aku mmg no.1 !! Sapa pernah tengok cerita Primata Cantik (sinetron Indon) kat TV9 kul 5.30 ptg... kan budak heroin tu ada kawan montel kemain, hari tu laki aku cakap kat Khaleef "Tu laa mami ayeep masa dia kecik"

Huwaaaaaaa..... Lagi satu kalau dia tgk iklan slimming kat TV. PERUT ANDA BERSELULIT ?!! mesti dia tunjuk perut aku.. "patut mami jadi model iklan, leh gak dapat duit"

SENTAP?!! tak sentap pun. Sebab mmg badan aku besar badak. Lagipun, laki aku cakap ngn aku je.. bukan dia announce kat public pun. Harap-harap dia sayang ler kat aku untuk selama-lamanya. Waktu kaya.. waktu miskin.. waktu sihat.. waktu sakit... waktu gemuk... waktu kurus.... KURUS ?!!!! *(*)(&(&$@(*&)(*)(*@*_*)$@$*% (entry maki hamun)
.
.
.

Saturday, January 10, 2009

Rumah Kerajaan Langit

8/01/09 - 10/01/09 aku ngn Khaleef pi duduk kat umah Papa kat Mambang Diawan. Saja je bawak Khaleef pi duduk sana. Aku tau dia rindu sangat kat Papa dia. Dah seminggu lebih dia tak makan. Bawak g jumpa dr, katanya cacing. Tp cam susah sket nak dipercayai sbb dia minum susu lalu. Makan je tak lalu. Last time masa dia kena cacing.. mmg susu pun takmo.

Kami g sana naik train shuttle KL-IPOH-KL. Dari Tg Malim pukul 7.11 mlm, smpi Kampar lebih kurang 8.10 mlm. Laju gak kan.. Shuttle ni tak banyak benti. Ada lebih kurang 5 stesen je dari Tg Malim - Ipoh. Khaleef kemain suka lagi... Dia ni hari2 tengok train dari tingkap umah wan dia tapi tak pernah dapat naik.

Sampai Kampar.. terus beli stok makanan kat Tesco Kampar. Ada laa dalam 15 minit dari umah laki aku. I like... dok Tg Malim ni, tak merasa laa nak pi Tesco camtu punya cepat. Paling cepat TF Value Mart, itu pun dalam 20 minit gak nak sampai.

Ni nak tepek gambar2 Quaters Post Master yg laki aku menghuni skang ni. Ikutkan ni kali kedua kami mai sini. 1st time datang, mmg tak dapat tido. Baik siang mau pun malam. Tapi kali ni mai dah ala bisa tegal biasa. Lebih nyenyak lak dari tido kat Kota Malim (rumah kat Tg Malim)




Ni pandangan dari balkoni (huhuhu balcony tu...). Warna rumah mmg 100% ditentukan oleh Pos Malaysia Berhad. Itu ler warnanya.




Ni yang buat aku paling seram... tangga ini terletak DI DALAM rumah. Cam umah banglo 2 tingkat laa kan, ada tangga kat dalam. Kalau umah Post Master kat Tg Malim ni, tangga kat luar. Aku takut anak aku jatuh tangga je.. tau jelah kenakalan dia tu. Wpun dah dipasang safety gate, tapi anak aku ni mmg cukup cekap meniru perbuatan orang lain. 2-3 kali tgk, dia dah tau camne nak bukak safety gate tu. Skang ni kami guna mangga kunci beskal tu untuk elakkan dia main kat tangga.


Ni hala ke bilik.. ada 3 buah bilik yang besar giler saiznya. Dan bilik air. Rumah ni mmg SANGAT BESAR !!! ukurannya lebih kurang 3 kali ganda daripada rumah kami di Tg Malim. Bayangkan bawahnya adalah Pejabat Pos. Rumah atas ni gak adalah sebesar pejabat pos.





Ni bilik air & tandas. Bilik airnya lebih kurang besar bilik ke-3 umah kami kat Tg Malim. Hehehe karat-karat tu jgn laa ada yg muntah pulak. Rumah ni exceli dah lama takde penghuni sbb PM yg asal mmg dah ada rumah sndr. Nmpk je berkarat tu tapi bersih. Laki aku ni kalau bab bersih mmg No.1 !! Tp yang herannya, kaki bersih dia tu hanya di apply kepada barang2 dia sahaja.

Rumah ni sbb dia yang dok sorang, mmg sakan ler bersih wpun umah lama. Lubang angin punya banyak pun dia lap satu-satu. MALANGnya.. tabiat kaki pembersih ni sangat tidak diaplikasikan di rumah kami kat Tg Malim. Bab-bab kebersihan mmg aku kena layan sorang-sorang. Sapu ke.. mop ke.. sampah ke.. basuh bilik air ke.. mendobi ke.. mmg dia tak pernah ambik peduli.

Haruskah aku sentap ?!!!!!!
Kedua-dua tandas dan bilik air ni TAKDE BEKALAN AIR. Tak tau kat mana dah terkunci ke.. terpusing ke.. mmg takde air. Nasib baik laki aku ni kreatif gak bab2 menukang ni. Dia wat piping sendiri je. Cumanya sebelum mandi atau nak melepas hajat, mesti pi bukak dulu bekalan air kat koridor belakang tempat menyidai baju. Klu EMERGENCY ?!!! hehe nasib laaa...


Satu bilik ni sahaja yg digunakan. Lagi 2 bilik tu.. aku nak jejak pun seram... maklum laa bilik besar pastu dah lama pulak takde org tinggal kat umah ni.


Ada Kitchen Cabinet hokayyyy.... tapi mmg hancus... pecah sana sini. Tercabut abih dah sume drawer, penutup tercabut, tu ler nak heran.. yang tinggal sini sebelum ni bela monyet ke hape. Sampai hancur lebur sumer peralatan dalam rumah ni.




Pakai dapur portable je.. sesuai la untuk lelaki bujang seperti lakiku ittew



Ni ler antara gangguan yang sangat mengganggu ketenteraman hidup mau siang mau malam.. Pej. Pos Mambang ni letak kat jalan besar nak ke Teluk Intan. Mmg bising yang amat. Lebih2 kalau lori besar lalu. Bergegar oooo rumah dinding tingkap sumer.



Ni satu lagi, seberang jalan ada kilang papan. Start pukul 8.00 pagi dah mula laa depa menggergaji kayu.. greeeenggggg renggggggg wreeeeengggggggg sampai laa pukul 5.30 ptg. Mula2 duk sini mmg sakit kepala dibuatnya. Tapi dah lama2 jadi tak kisah. Ikutkan tido siang kat Mambang lagi nyenyak dari kat Kota Malim. Kat sana camne terik pun cuaca, dalam umah sejuk nyaman je.. maybe sbb lantai simen & banyak lubang2 angin.


Buat masa sekarang ni mmg nak tak nak terpaksa la laki aku duk kuaters ni wpun serba-serbi tak selesa. Nak sewa rumah mmg tak mampu. Untuk hilangkan rasa sedih laki aku, mmg aku ngn Khaleef akan selalu-selalu datang ke sana. Mana nak cukup lepas rindu klu Papa dia balik rumah Sabtu malam pas keje smpi dlm kul 9.00 malam, then Monday morning kul 6.30 pagi papa dia dah balik. Ahad pulak selalunya seharian papa akan ke UiTM utk kelas PJJ dia.

Mmg Khaleef rindu kat papa dia pun.. kat sana kemain selera makan wpun mak dia asyik2 masak telur dadar, telur kicap, rebus bayam merah, goreng kacang buncis ngn sardin cap ayam. Suap sepinggan licin...Mak dia pun seolah-olah dah lupa MY JOURNEY TO LOSE WEIGHT.. heheh yelah, apa sangat laa keje nak buat kat sana selain makan, tido, tgk TV, kuar g jalan, order pizza, g tesco.
.
.

Friday, January 9, 2009

My Hensom Boy

Gaya jantan gatai

i love this picture.. nmpk comei.. hehehe aku kena laa puji anak aku, kalau tak sapa nak puji lak kan.

Satu-satunya gambor dgn mami di sepanjang wedding ini.


Sedondon ngn papa.. Oooo lupa nak bagitau, baju-bajan kami ni adalah tajaan daripada pengantin lelaki. Leh laa kan wat baju raya tahun depan. Mami je kena beli baju lain, Khaleef ngn Papa pakai baju yang ada je sudah.
.
.

Wednesday, January 7, 2009

Anakku Boring

Ni kat Ipoh.. sebenarnya budak Ahmad ni sangat laa sukar untuk dikawal jika di majlis-majlis yang ramai orang. Dia suka pergi ke mana sahaja yang dia suka. Kena lak umah pengantin pompuan ni dekat dengan playground. Asal lepa je mmg dia tuju ke sana.. Takde laa dekat sangat, dalam 200 meter laa jugak.

Sebelum datang ke majlis ni kami bertanggak dulu kat JBA Inn tempat pengantin bersiap. Kat situ ada kolam ikan yang agak dalam. Paras pinggang dewasa tau. Aku dah risau tengok laki aku dok bersembang ngn kawan dia yang anak aku dok gapai2 air dalam kolam yang dalam tu.

Aku datang tarik dia ke tempat yang jangkat sikit. Bagi dia duduk atas batu besar. Tu masih meneruskan aktiviti ceduk2 air dengan tangan. Tiba2... KECEBUR !!!! ya tuan-tuan dan puan-puan, anak kesayangan aku ni dah tertonggeng masuk air. Kepala lak dulu tu. Nasib baik aku betul2 ada kat sebelah dia. Cepat2 aku tarik. Kuar dari kolam sengih baik punya. Siap cakap ngn aku "AMMI, ayeep andi"... eeeeeee bergelumang anak aku dengan lumut hijau. Ntah bape kurun depa tak pernah basuh kolam tu.

Nasib baik time tu belum pakai baju cantik lagi. In fact dia tak berbaju pun. Pakai suar je. Nak tunggu sampai ke saat-saat terakhir baru nak pakaikan dia baju. Paham-paham jelah masalah air liur kempunan anak aku ni.


Dia ni exceli time ni dah kepenatan.. dah smpi waktu tido dia.

Kalau tak dapat KUKIN.. mmg tangan laa jadi galang ganti. Tu sumer orang dok sibuk suh aku bentikan pacifier.. tapi aku lebih rela dia berkukin dari dok makan jari.

Akhirnya dia berjaya gak ke playground yang dia dok aim dari sampai tadi. Masa ni aku seram giler wei. Dah laa benda ni tinggi giler.. pastu berlubang besar lak tu. Agaknya lubang tu dulu ada slide tapi dah tercabut.




Dia pelik apa bendakah itu? sbb 1st time jumpa.

Ni kesukaan dia.. Khaleef panggil ni "EEK OOK".. maknanya boyan ler tu. Time ni dah hujan rintik-rintik. Tu yang jadi mamat bertudung putih tu. Tuala good morning ni mmg teman sejati Khaleef utk lap air liur dia. Selalunya dalam handbag mami mmg ada stand-by at least 2 helai.
.
.







Monday, January 5, 2009

Heritage Hotel Ipoh

Malam before Christmast kami menginap di Hotel Heritage Ipoh atas tajaan FIL aku tersayang.. TQ.. TQ.. tau jelah malam Christmast mmg padat sendat hotel. Mula-mula cadang nak tido kat Hotel Kerajaan Langit je.. tapi memandangkan nnt kami sekeluarga konpem lambat bangun tido, so lepas majlis akad nikah, aku gegas balik semula ambik papa Khaleef.

On d way tu sempat taw singgah KFC - Idamanku Selalu. Mula-mula tu ada hati nak makan pizza hut. Tapi memandangkan time tu dah kul 9 lebey.. tau jelah pizza ni masak lambat, so KFC laa pilihan paling tepat.

Namun kelazatan KFC tu sebentar cuma. Selepas makan KFC berkawankan air milo ais, batuk kronik aku mula menyerang. Aku pun masuk dalam toilet g kat sink ala2 nak batuk kuat sket nak ludah kahak. Batuk punya batuk.. BLUARPPPPPP... sebeban KFC + kek Secret Recipe aku TERMUNTAHKAN dalam sinki bilik hotel... Uwaaaaaa !!!! terperanjat aku sbb aku tak cadang pun nak muntahkan apa2 selain kahak.

Tersumbat ko sinki tu. Esoknya laki aku bising pasal sink tersumbat, aku wat diam je.. dalam kete baru aku story the morning glory what happen to that sink. Laki aku mula laa membebel dengan bebelan yg pedih telinga. Bukan pasal sink tu.. sink tu ada haku kesah !! bukan sink umah aku pun.

Laki aku membebel pasal kedegilan dan keengganan aku membuat rawatan susulan berkenaan batuk kronik aku ni. Dari sebulan ke sebulan ke sebulan dok tempoh nak p wat medical check-up. Alasan aku apa taw... "tak rela Dr tu cek bahagian dada i tau.." hehehe alasan keji.


Pengantin lama..

Hehehehe.. aku boleh peluk kedua-dua insan tersayang ni sekaligus tau. Maklum ler laki aku tu cute-cute je orangnya.



Mamat tecit ni kalau suh pose utk snap picture.. cam2 memek muka dia leh buat.

YB Izman tengah khusyuk tgk TV.. time ni dia tak tau lagi kena jadi pengapit pengantin.
.
.