Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Saturday, February 28, 2009

Saat Yang Bahagia

SAAT YANG BAHAGIA.. DATANG SEKEJAP SAJA... (lagu p.ramlee ni pd sapa yg taratau)

Hehehe, meh nak citer apa yang bahagia sangat tu. Seperti biasa ler, selang semgu.. aku mesti bawak Khaleef pi duduk kat umah Papa dia kat Kerajaan Langit untuk 2-3 hari. Termasuklah mgu ini. Spt biasa jugak kitaorg akan naik keretapi shuttle pukul 7.11 malam.

Smpi Kampar dalam jam 8.20 malam. Kali ni tak sempat papa sampai.. keretapi dah sampai dulu. Hampir putus laa nyawa aku memanjat tangga dengan beg hampir 6kg disandang pastu 4kg lagi pegang kat tangan.. pastu anak aku 13kg aku pegang ngn tangan satu lagi.

Elok abih aku mendaki tangga.. laki aku pun smpi.. apsal tak sampai sebelum aku panjat tangga tadi.. huhuhuhuhu..

Masuk je dalam kete, Khaleef terus bising "GI CHIKO.. NAK CHIKO" maknanya dia nak seperti biasa laa.. turun je keretapi nak pi Tesco Kampar. Bawak laa dia pi memandangkan malam masih muda. Turun je kereta.. aku tanya laki aku "Abg rasa ayang ada perubahan tak?"

Sekali... laki aku tanpa membuang masa terus jawab "Ada laa papa nmpk cam kecik sket". Tepuk.. tepuk.. tepuk... (ala2 little einstein). Ya tuan-tuan dan puan-puan.. selepas hilang 14kg, ikutkan takde sapa pun perasan badan aku cam dah kecik 0.35 inci. Bila laki sendiri yg perasan dulu.. bahagia siottt !!!



Untuk mereward diri aku sndr.. yup, mesti ada reward !!!! sbb Tesco tu tkde Secret Recipe, aku terpaksa berpuas hati dengan kek King's Confectionery. Ops.. bukan satu slice ye.. apa kellas aku makan sepotong.. 3 slices... Coffee Cheese Cake, Tiramisu & American Choc. Oklah tukan.. pada aku reward 3 biji kek sekaligus. (hehehe nak bagi alasan ler tu). Rege pukul rata RM4 satu sebab time tu dah pukul 9.30 malam, kedai nak tutup.



Datang sekejap saja ?!!!!! hehehe bukan laki aku tarik balik compliment ittew tau.. dia rela je tgk aku beli cake tu. Yang sekejap tu... sekelip mata je aku baham kek-kek tu terus abih sumer. Mmmmm lazat u ols..
.
.
.


Tuesday, February 24, 2009

My Status

Keadaan semasa aku skang adalah seperti ular sawa yang lepas telan seorang yang berberatkan 80kg. Kenyang giler ngkooooo

Seharian ni tak makan sebab sangat-sangat busy. Mai2 PID, tgk 4 biji PC tak leh pakai. Dok hang medang. So, kena laa aku format balik satu persatu. Pastu tepat kul 1.. desup p kl ambik stok baru BROOCHBIZZ. Pastu smpi Tg Malim, terus pi balik PID snap gambor and load terus dalam blog. Sebab dah hampir sangat nak gaji ni. Time2 genting ni laa orang ramai suka perabih duit gaji.

Mula2 ada gak in law aku pelawa makan.. tapi ala2 shy2 cat gitu. Takpe laa, makan kat umah. Sampai je umah.. terus masak nasi 1 pot, panaskan tomyam semalam yg masih berbaki 1/2 periuk. Tapi, mana nak cukupkan.. aku kan tengah dalam nafsu memuncak. Pecah 2 biji telur wat telur dadar. Baru ada mammm makan ngn tomyam pedas.

Periuk nasik "TEK" je.. aku terus senduk.. takde tunggu2 kering lagi dah.. lembik pun lembik laaaa.. janji segera !!! Lalu makan la aku sorang2 smtr Khaleef aku bagi biskut sepiring. Kami makan anak-beranak sambil tgk Mickey Mouse Club House.. + apple juice. Heaven betul. Kalau laa laki aku ada time ni.. ntah-ntah dia cakap "Abg rasa kita berpisah sementara untuk muhasabah diri masing-masing".. Hua hua hua....

Oleh itu, setelah men"setel"kan sumer benda.. aku mengambil jalan selamat dengan bertenet. Kalau tak konpem hanyut punya bantai tido plak lepas makan.

Ni laa yang membuktikan teori bahawa kalau diet jgn laa sekali2 cuba tak makan seharian. Nanti bila tiba time malam, makanan yg di makan ala2 nak cover untuk 10 hari yg akan datang. Makan laa secara berhemah di setiap waktu makan hokay.. Tentang diri aku ini.. mmmmm ADA HAKU KESAH !!!!!



Saturday, February 21, 2009

Migraine !!!

Yes u ols... kepala otak aku skang soooooo macam nak pecah !!! dah 2-3 hari gak dok sakit kepala bila bangun dari tido. Pastu rasa mual-mual (ape kah ittew?) tapi tak muntah pun. Selera makan agak turun, tapi tak banyak pun.. dalam 30%.

Patutnya hari ni g ikut izman ke Shah Alam. Masa dia attend class, boleh laa aku ngn Khaleef merendek. Cadangnya nak bawak dia tgk Upin & Ipin (idola dia..). Dah 2 kali pospone ni.. Siannya anak aku. Walau apa pun, aku akan cuba gak bawak dia sblm aku g Penang 5-9 Mac ni.

Untuk pengetahuan u ols, aku mula2 dapat migrain ni bila aku mula keje PID. Mgkn masa mula2 keje tu banyak sangat permasalahan dan target yang perlu dipenuhi menyebabkan kepala otak aku ni kerja lebih fikir macam2.

Tiba-tiba... suspen ek !! pada satu malam, kepala aku rasa cam nak meletup.. peluh meleleh2 kat dahi cam baru pas aerobik. Pastu perut memual smpi muntah kuning hijau. Panadol smpi 4 biji aku telan sekaligus pun tak lut (harus aku tak mampus malam tu... makan panadol overdose)

Esok paginya dalam sakit2 tu kena gak p keje, sbb masa tu gaji PKS.. ikut jam, maka setiap saat itu ada nilainya. Pi klinik, terus menggelabahkan doktor tu dengan ayat "SAYA RASA SAYA ADA KETUMBUHAN DALAM OTAK !!!" hahahaha mana tak panik doktor tu. Terus dia suh duduk dan bertenang.

Pas citer semua simptom2 yang berlaku, doktor tu senyum je cakap. "Along ni kena migraine 1st attack".. Oooo gittew. Keji tul aku kan bagi penyakit yang kejam2 pada diri sendiri. Bermula dari saat itulah aku menjadi pesakit migraine.

Secara purata kebiasaannya, aku akan kena migraine dalam kiraan 2-3 bulan sekali. Tapi berdasarkan keadaan semasa skang di mana aku perlu menolong izman wat assignment LAW (admin law & business law) yang sungguh gila babas membuatkan aku migraine secara purata seminggu 2 kali.

Inilah dipanggil pengorbanan isteri buat suami (tiba2 aku teringat lak sinetron Isteri Buat Suami Ku... OH NO !!!!!). Harap2 laki aku mengalami perasaan syahdu laa bila baca entry ini. Dan terus cakap "kalau ayang takde duit, transfer laa sket dari akaun abang" Aiiiii liiiikkkkeeeeee !!!!



Friday, February 20, 2009

Tiba-tiba Teringin....

Tomyam ni aku masak 2 minggu sudah kot. Ala2 pedas pahit sikit. Laki aku mmg tak layan mende-mende pedas ni. Takpe, aku suka.. so that aku leh perabih sorang-sorang.

Hari ni bangun tido je mulut rasa pahit & teringin sesangat nak makan tomyam sayur & udang. Masalahnya, aku tak dapat inspirasi lagi nak masak tengah hari ni.

Penat ngn keje umah.. membasuh smpi 3 kali mesin. Menyapu.. mengemop... kemas2... kang baju kat penyidai dah kering dah lipat pulak... huhuhuh BENCI GILOS LIPAT KAIN !!!!! al-maklum laa laki aku nak balik hari ni.


Takde sapa2 ke masak tomyam hari ni. Call ler aku jemput datang makan.. hehehe boleh gittew ?

Thursday, February 19, 2009

Malam Jemahat Yang Boring...

Bosannya malam ni... sebab....

1- Bukan sebab laki aku takde.. laki aku ada je.. kul 7.00 mlm tadi dah smpi umah. Tapi dia sibuk layan assg dia.. nasib baik ler aku teringat tadi nak bawak balik wireless modem, boleh gak ler aku bertenet dengan laptop smtr laki aku guna PC.

2- Takde benda nak makan.. juga salah !! hari ni banyak benda aku makan. Bermula dengan sarapan roti bakar mentega dan gula. Di sambung dengan gado-gado ayam yang berkawan dengan teh o ais lebey. Pastu sebelum balik keje, aku sempat makan nasi ayam. Smpi umah PIL aku lak kasi mee goreng. Banyak benda tul aku makan hari ni.

3- PMS - juga tidak !!!

4- Khaleef - ni pun satu hal penyumbang keboringan aku.. klu hari dia nakal mmg aku boring. Aku boring nak menjerit marah2 dia.

5- TV - hari khamis mmg bosan. Elok TV free, TV asteruk sumer takde citer kecuali sinetron kesayangan aku - INTAN



6- Bunuh setan - takde mooh argh !!!

Sebab apa aku bosan ni ek.. aku bosan sebab.. sebab... sebab... ada laa sebabnya.
.
.
.

Tuesday, February 17, 2009

Bukan Salah Aku !!!!


Ni ler rupa air-cond brand York yang telah menyebabkan aku 1/2 day keje selama 2 hari berturut-turut. Ia telah "mensaunakan aku" - cth kata kerja tak transitif hokay !! Masuk je kul 1.00 tgh mula laa aku ala2 kucing beranak duduk dalam ofis. Bukan setakat ketiak berpeluh lagi.. dah masuk tahap berlendir dah...

Oleh itu aku berkeputusan untuk balik awal selama 2 hari ini. Smpi umah, buka baju pasang kipas kuat2 & tido. Harap2 takde laa pulak papparazi curi snap gambor & sebarkan melalui MMS. Lagipun aku bukan YB Pakatan Rakyat hokay.. oo sentuh bab YB ni.. apa kehal yob ko tido boleng2 camtu. Air-cond rumah rosak jugak ke.. takkan nak baiki air-cond peribadi pun nak pakai L.O kot.

Makanya bukan salah aku tau, walaupun aku rasa bersalah balik cepat. Selalu cepat jugak tapi dalam ala-ala kul 4 petang baru balik. Itu pun sbb aku tak ambik rehat lunch sejam tu. Atas sebab itu aku pun balik keje awal sejam ler.

Mulai esok, walau apa alasan pun aku harus jugak stay kat opis smpi pukul 6.00 petang. Uwaaaa ngeri !!!! semgu lak tu. Time2 camni laa pun asst aku nak p exam. Cuaca panas ditambah lak ngn balikan pemanasan bumi oleh tar dan batu2 sekeliling opis aku, cukup wat aku sengsara.

Tapi pikir2 balik, baru panas takat tu dah membebel tahap naga. At least aku ada gak opis berkipas laju wpun econ rosak. Pada orang yg menjaja goreng pisang tengah2 panas... ngn haba minyak goreng tu lagi... Satu lagi, api neraka lagi panassssssss !!! seram & insap aku.
.
.

Sunday, February 15, 2009

Hapdet Berat Terkini

Berat terkini 118kg.. lost 14kg and 18kg to go!!!

Agak lama aku tak bersiaran mengenai diet ala2 sesuka hati aku tu. Oh ya, wat pengetahuan sumer, aku dah tak pakai sangat girdle tu after insiden kulit perut aku melecup dan aku mengalami beberapa siri otot perut cramp masa tengah drive.

Leh dibayangin tak.. sapa yg peknen selalu cramp buah betis, tau laa rasa cramp ni camne. Just imagine sakit itu dipindahkan ke bahagian perut. Kalau kat buah betis leh gak bawak berdiri & lurus2 kan kaki. Kat perut cramp !!! apa kes ?!!!! So, aku hanya memakai girdle tersebut bila aku nak pakai baju ala2 bukan sepatutnya aku pakai.

Ubat-ubatan - tidak lagi diambil kerana aku MALAS !!!!! kena lak rasanya tak berapa kena ngn selera. Ada 6 kotak bee pollen & 2 kotak lagi proimmunise. Kalau mak aku nampak la, konpem pasu bunga kena hempas !!! hahah ranap laa duit dia 2K.

Pemakanan - Hat ni kot penyumbang utama berat aku turun. Kalau laki aku takde rumah, mmg seharian tulah aku tak makan sangat. Sebab :

1- Malas nak start kete pi kedai beli makanan
2- Malas nak suap nasi masuk mulut
3- Malas nak masak wlu sebarang hape masakan sekali pun
4- Aku dah sarapan kat umah mentua
5- Aku boring sbb takde sapa2 nak teman aku makan

Oleh itu aku hanya makan banyak bila kala aku balik umah laki aku kat Mambang ataupun kadang2 aku p umah mak aku semata-mata sebab tenaga dah berkurangan sebab tak makan. Time tu mmg aku balun laa cukup2.

Pasni sapa2 tanya camne leh turun berat.. jawapannya, biarkan MALAS menguasai diri anda hokay !!!!

Buat lakiku... hehehe abg dah janji nak beli "sesuatu" kan klu ayang cecah 100kg. Cepat2 kumpul duit taw.. tak bape belas KG je lagi tu nak cecah.
.
.
.

Happy 30th Birthday

Husband ku yang tersayang beli kek ni tawwwwww... julung2 kalinya semenjak kitaorg kahwin, ni laa 1st time. Sebelum2 ni ada gak dia beli.. ada yang dia tak beli... tapi hat ni SUPRISE maaaaa... i like !!!!!!

AZAM 30 tahun
1- Nak jadi isteri, anak & mummy yang terbaik
2- Berusaha sepenuh tenaga untuk menambah duit simpanan

3- Nak memajukan diri dalam bidang bizznes

4- Anak ?!! tahun ni tidak kot
5- Nak p melancong ke tempat yang tak pernah p lagi.


Apa-apa pun, TQ Papa kerana menerima Mummy seadanya dan terus-terusan sayang pada mummy & Khaleef. Wpun papa ni jenis tak pandai nak tunjuk smpi kadang2 mummy terasa hati dan lebih teruk lagi kadang2 mummy rasa kecik hati bagi pihak Khaleef. Faham-faham sendiri laaa.... ;)

~love of my life~
.
.
.

Food @ Teluk Batik Resort

Ni aku snap mana yang teringat je... sbb diet masih bersisa lagi, aku hanya ambik major feeding time... heheh cam baby pulak. Selalu kan kat hotel 6 kali makan. Tapi aku hanya makan 3 kali sahaja iaitu breakfast, lunch & dinner. Yg diantara tu.. aku just hibernate dalam bilik econ tak berapa nak sejuk tuh. Tepukan Chaiyok untuk Zel !!!!!

kawan-kawan sepemakanan aku... klu aku ikut style si sue ni makan, konpem turun 2kg sehari. hua.. hua.. hua...

antara makan berkhasiat.. ambik sikit cukup !!!! hehehhehe


Lunch @ 2nd day


Dinner @ 1st nite.. kerabu perut tu agak sedap ler jugak. Iras2 mak aku wat. Tapi gulai lemak perut tu.. out laaa.. iras-iras cam aku masak lemak. Tak sedap !!!


Sarapan @ 2nd day.. so..so.. jelah.


Lunch @ 3rd Day.. punya laaa banyak pencicah, tapi benda nak dicicah nan ado hokay.


Mak yong tengah menikmati makan tengah hari. Asyik selera tak kena je.. tapi pinggan makanan tu dia aih, bersusun nak tunggu giliran kena makan.
.
.
.

Teluk Batik - Retreat PID

RETREAT !!!! aku pun mula2 tak paham apa maksud retreat ni. Pada pahaman aku cam benda yg dah sakit then Retreat. Cam perkataan TREATMENT. Pada hemat aku laa... betul laa tu. Camtu laa lebih kurang intipati kursus kali ni. Setelah berkhidmat selama lebih kurang 5 tahun lebih, baru laa merasa retreat ni...

Kesimpulannya dari retreat ni:

~ kemungkinan PID akan berakhir pada Disember 2010. Maknanya ada dalam 1 tahun lebih lagi untuk aku kumpul duit banyak-banyak. (boleh ke tewwwww)

~ fail meja & SOP - setelah hampir 6 tahun berkhidmat, baru nak wat fail meja. Agak lawak antarabangsa di situ. Boleh di andaikan, ala2 dah nak tamat perkhidmatan baru nak tau apa tugas sebenarnya.

~ KUS - hahahaha, yang ni aku takmo masuk campur sbb depa pun tak masukkan aku dalam hal-hal parti campuran ini. Apa pun, aku sangat menyokong Pakatan Anti-KUS. Sebab aku pun sangat-sangat merasakan KUS ni tak boleh jadi major core business PID. Lari tajuk lebih kurang laa. Tapi, kalau setakat dipanggil Kelab Usahawan and drop the So.. SIAL part, mgkn ada relevannya dengan PID.

~ Audit - bulan SEPT.. uwaaaa, m
atilah mek.. dah ler serba serbi back-dated hokay.

~ Apa pun aku suka banget deh boss baru dari kementerian. Rasa cam lebih memahami jiwa PID ni, walaupun setiap soalan yang dilontarkan dia dah ada jawapan. I likeeeeee.. tak payah susah2 nak dipikirinkan...

Apa-apa pun, selagi terdaya jiwa rasa aku ni bersama PID.. aku akan teruskan. Aku akan terus membudayakan penggunaan Internet dan PC untuk komuniti setempat dan komuniti berhampiran. PID Chaiyok !!!!!!

ni ler rupa opis aku - Pusat Internet Desa Tg Malim
.
.

Tuesday, February 10, 2009

KFC - Idamanku Selalu


Ni fast food kegemaran aku.. semgu sekali WAJIBUL !!!!


"Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya." - ini adalah pepatah orang-orang Arab. Bukan hadis nabi. Namun demikian, kata-kata ini banyak kebenarannya.

Saya sedikit agak kecewa, bahkan mungkin merungut sedikit. Saya memohon maaf jika tulisan saya kali ini agak pedas dan keras (syadid) sikit daripada biasa. Hal ini adalah kerana saya sememangnya tidak gemar apabila seseorang begitu mudah memberi hukum tanpa usul periksa.

Isu memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel , saya tegaskan bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan, tetapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan membuta-tuli atau berlandaskan kejahilan serta kebodohan yang kita miliki.

Umat Islam menjadi lemah adalah disebabkan sifat ingin tahu mereka terlalu rendah. Malah, untuk mencari ilmu pengetahuan pun kita begitu malas. Umat Islam, khususnya di Malaysia - lebih gemar mendengar khabar angin daripada menyelidik untuk mencari kebenaran.

Lantaran itu, apabila kejahilan yang kita ikuti pasti akan mendekatkan diri kita ke gaung kehancuran. Isu memboikot restoran makanan segera KFC telah dilancarkan secara besar-besaran dalam kalangan bloggers, saya tidak tahu sama ada ia berlaku secara terancang, mahu pun terjadi atas dasar kejahilan kita sendiri.

Namun demikian, hal ini sedikit sebanyak mengundang rasa kecewa dalam kalangan pengurus-pengurus kanan KFC Holdings Berhad - dan sudah tentu juga bagi Pihak Tan Sri Muhammad Ali Hashim, CEO JCorp yang menguasai syarikat Kulim Berhad, dan pada masa yang sama, Kulim Berhad merupakan pemegang saham terbesar dalam KFC Holdings Berhad.

Nampaknya, kejahilan dan kebodohan kita selama ini, telah menyebabkan kita tidak mahu menyelidik dan mencari kebenaran, malah lebih gemar mendengar khabar angin daripada realiti.

Tidak ramai yang tahu betapa susah dan gigihnya kumpulan Tan Sri Muhammaa Ali Hashim bertungkus-lumus untuk beberapa tahun, semata-mata mahu menguasai KFC Holdings daripada tangan orang lain.

Keluar masuk mahkamah dan pelbagai lagi cabaran, demi memastikan KFC Holdings menjadi milik orang Islam. Namun demikian, apabila kita malas untuk mencari kebenaran, maka yang kita peroleh adalah kejahilan.

Dan apabila kejahilan yang kita sebarkan ia bukan sekadar membuka pintu fitnah, bahkan menunjukkan mentaliti umat Islam yang lebih mudah dipengaruhi oleh khabar angin daripada menyelidik terlebih dahulu sesuatu maklumat yang diterima.

Sejak akhir-akhir ini tersebar luas kempen untuk memboikot KFC di seluruh Malaysia , tidak kurang juga risalah yang bertaburan di masjid-masjid menyeru umat Islam Malaysia agar memboikot KFC Malaysia.

Yang lebih malang , kempen boikot KFC yang penuh dengan fitnah ini datangnya daripada mulut mereka yang tahu hukum hakam agama bahkah bergelar Imam dan Ustaz. Padahalnya, mereka sendiri tanpa sedar menyokong rejim Ziones dengan menghisap rokok di kaki tangga masjid. Bukankah lebih molek dan baik jika lakukan kempen membiokot rokok? tidakkah kita tahu rokok itu haram hukumnya? membawa banyak fasad (kerosakan) ke atas tubuh badan manusia?

Dan pelik apabila ada manusia yang menyuruh memboikot makanan yang halal tetapi berdiam diri tentang rokok? Mengapa sampai begitu jahilnya kita ini? Jika kita rasa bahawa kita tidak tahu, sama ada KFC Malaysia terlibat dalam menyalurkan royalti (bayaran cukai) kepada KFC Amerika Syarikat yang menyokong Israel, lebih baik kita diam. Jangan membawa fitnah ke sana ke mari, semata-mata kerana kita sendiri tidak berapa pasti maklumat tersebut dan hanya mendengar khabar angin.

Saya sempat menghubungi pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim sebentar tadi- ternyata mereka sangat kecewa dengan kempen kotor lagi tidak bermaruah ini. Jelas, masyarakat kita kurang mengambil berat terhadap kesahihah sumber maklumat dan kurang amanah dalam ilmu pengetahuan.

Perlu dijelaskan, bahawa KFC Malaysia hanya menggunakan jenama (brand) KFC semata-mata dan tidak membayar apa-apa cukai atau sebarang keuntungan kepada KFC induk di Amerika Syarikat. Cuma membayar yuran penggunaan jenama.

KFC Malaysia adalah hak milik kita. Ia halal di makan tidak seperti rokok.Menurut Pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim, ini semua adalah fitnah dan boleh menjejaskan pendapatan para pekerja di restoran-restoran KFC di seluruh Malaysia yang berjumlah 19 000 orang itu.

Malah, rata-rata pekerjanya terdiri daripada orang Melayu-Islam. Jika para pemboikot itu sanggup menyediakan pekerjaan baharu kepada mereka, itu tiada masalah, silalah boikot. Tetapi malangnya, yang kita tahu hanya memboikot, apabila disuruh untuk menderma ke dalam tabung bantuan rakyat Palestin kita hanya sanggup masukkan RM 5 saja ke dalam peti derma di tepi pintu masjid.

Sekarang, mari kita bertanya di manakah kita letakkan keutamaan jihad kita? memboikot sebuah produk yang terbukti salah untuk diboikot atau menggandakan jumlah derma kita kepada rakyat Palestin? Tepuk dada, tanya iman dan bukan tanya kepada Aiman.Saya tegaskan sekali lagi, tiada salah untuk memboikot - tetapi biar secara bijaksana, berhikmah dan berilmu. Pilih betul-betul produk yang jelas menyalurkan bantuan kepada Rejim Ziones tersebut, jangan main sedap boikot saja.

Umat Islam mundur kerana kita ketepikan soal (bijaksana) sebab kita jarang baca al-Quran. Lantaran itu kita mudah diperkotak-katik oleh bangsa lain. Adalah lebih baik pada pandangan saya kita boikot semua jenama rokok.

Jelas ia memudaratkan kesihatan, malah jenama syarikat-syarikat besar rokok antarabangsa belum tentu selamat daripada dikaitkan dengan negara Israel .

Oleh yang demikian, saya menyeru kepada sesiapa sahaja, pergilah menjamu selera di restoran-restoran KFC, jangan ragu dan jangan gusar. Ia bukan sahaja halal, malah KFC Malaysia adalah milik orang Islam dan tidak terlibat dalam menyumbang wang atau royalti kepada negara Israel .

Malah, ramai yang tidak tahu berapa juta ringgit yang telah didermakan oleh JCorp hasil keuntungan KFC kepada tabung rakyat Palestin. Semua ini memerlukan kita berhati-hati sebelum memboikot.Tan Sri Muhammad Ali Hashim yang bertanggungjawab memperkenalkan Jihad Bisnes dan Jihad Ekonomi. Usaha beliau harus dipuji dalam menegakkan Islam melalui perniagaan.
.
.
.

Tuesday, February 3, 2009

KeTe TaYaR (anak aku mmg sebut terbalik)

Ini ler rupa tayar spare wira SE

Malam tadi masa laki aku tengah punggah2 barang dari kete Wira ke kete Kancil, tiba-tiba dia cakap tayar belakang pancit terkena besi. Uwaaaaa !!! time2 nak tido ni laa pulak. So, laki aku pun cakap takpe dia tukar sorang. Aku pun takpe laa... layan Sinetrton Intan ler.
.
Pastu dia masuk kata skru tu tak leh bukak sbb ketat sangat. Dengan berbekalkan berat 40kg dia tu.. mmg tak lut lansung pada bolt nut tayar tersebut. So, nak minta aku yg berberatkan 120kg ni tolong henjut sama atas spanar tu nak kasi nut longgar. Aku pun dengar konpidennya pakai sandal tapak nipis & menghungga-hungga atas spanar tu. Yang anak aku dok jerit2 "MAMI YOMPAT..." "MAMI YOMPAT..." huwaaaaa abih laa satu taman dengor.
.
Sampai ke nat yg last sekali.. tiba2 PRAKKKK bunyi cam spanar patah. Aku pun tergongsor ke bawah. Tapi takde apa-apa pun... and spanar tu pun tak patah. Selesai laa kan sumer dah leh bukak. Laki aku pun tukar ler tayar sorang2.
.
Tiba-tiba bangun pagi ni, kaki aku belah kanan sakit. Rasa cam terseliuh.. mendenyut2.. Huwaaaa... kaki aku bengkak sampai ke buku lali. Tapi bukan terseliuh rasanya... terselirat urat kot. Kemain sakit lagi.
.
Minyak urut takde lak kat umah ni... Jumpa minyak Yuu Yee cap limau je. Belasah !!! tapi tak gak elok2. Malam ni nak p umah mama suh dia tgk lak apa kehalnya urat berurat aku ni. Terkehel ke apa ntah tak tau.
.
.
.