Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Saturday, October 31, 2009

GOOD LUCK !!!

Tinggal 3 jam sajer lagi..
Hari ni aku dah makan 2 kali nasi..
Dan kejap lagi untuk kali terakhirnya makan malam..

Sumer nasi yg rasa nak makan dah makan..
Tp ada cabaran pertama menanti esok..
Esok kena pergi kenduri kahwin sepupu aku..

Strategi nyer..
Seblm pergi.. sila makan benda lain kenyang2
Sup sayur ke.. goreng bayam ke..
Pastu baru pergi dengan perut kenyang..

Harap2 tak tergoda..
Dan tak jadi org yg pertama makan nasi dalam 99 org ni


JANGAN LUPA TANGKAP GAMBAR DIRI & GAMBAR TIMBANG
.
.
.






Thursday, October 29, 2009

Pesanan Untuk Peserta 99HTN

Oleh kerana ini hari akak akan balik Mambang..
So, esok hari terakhir tak dapat ler nak bersiaran..

Oleh itu.. PESANAN-PESANAN TERAKHIR SBLM 1 NOV

GAMBAR jangan lupa.. dah bagi 3 cara utk hantar, pilih salah satu
Boleh hantar mulai 1 Nov hingga 5 Nov (tak anta disqualified)
Jangan lupa letak NO.DIRI berpandukan senarai peserta

1- emel - k.aisy@yahoo.com
2- MMS - 012-5865752
3- Publish dalam blog sndr


NASI jangan makan hokay smpi 7 Feb 2010.
Kalau makan.. sila PUBLISH dalam blog masing-masing
  • Gambar apa yg di makan
  • Di mana makan
  • Kenapa makan
  • Nyatakan kekesalan anda

PEMAKANAN
Sila amalkan pemakanan sihat..
Nak turun berat bukan dengan TIDAK MAKAN..
Sila Makan !!!
Sila Bersenam !!!
Sila Minum H2O banyak-banyak !!!

Jangan ambik jalan mudah dgn makan pil bukan2
Seperti Duromine..
Ketahuilah.. bila kita tak makan pastu ngap Duromine..
Kesannya adalah SANGAT DAHSYAT !!!


SABAR ye kawan-kawan sekalian..
Bila dah 1-2 minggu tak makan nasi..
Pelbagai simptom2 akan muncul..
Lebih2 yg berat lebih 100kg..
Nnt akan ada gejala nak pitam.. menggigil..
Badan berangin.. Loya.. Takde tenaga..


NAK TARIK DIRI sila maklumkan kepada penganjur...
Tetapi anda tetap kena bagi RM10.00 @ hadiah kepada pemenang...


HADIAH
Minimum RM10.00. Sangat digalakkan beri hadiah berbentuk...
Bukan bagi cash... Tapi ini ikut kehendak masing-masing..

Bila dah habis nanti..
Peserta-peserta yg kalah jgn wat tak reti pulak ye..
Janji RM10.00 tetap janji..
Yang dah janji nak beri hadiah @ baucer...
Tak payah laa kasi dah RM10.00 tu hokay..


JANGAN TIPU
Jangan disebabkan hadiah yg semakin lama semakin lumayan..
Mungkin ada peserta Gelap Mata..

INGAT !!!

Tujuan asal kita semua adalah nak turunkan BERAT BADAN
NASI mmg telah diketahui adalah pemusnah diet..
Mgkn selepas 99 Hari Tanpa Nasi kita akan jadi tegar..
Dan tak makan nasi lagi selama-lamanya..

HIDUP SIHAT KELUARGA BAHAGIA !!!



APA JADI PADA HARI KE-100 ?

Kita ENJOY !!!
Makan nasi puas2 smpi pusat tersembul :))

Pastu hari ke 101 kita start contest lain pulak..
Maybe..

99 HARI TANPA Binats..
Kita tukar jadi vegeterians plaks.. ;)


CHAIYOK U Ols..


Untuk peserta baru..
Sila klik TAG 99HTN (tgk belah kiri)
Baca ler sumer posting yang ada
Untuk lebih paham contest ini..
Tak paham leh call akak 012-2517318
.
.





Misteri Surat...

Surat keliwon ni smpi 2 hari lepas..
Klu ikut cop setem.. adalah dari Kota Bharu

Yang menjadikannya adalah keliwon..
Lihat nama penerima serta alamatnya..

Alamat tu mmg betul.. tapi bukan umah aku tu..
Itu rumah mak aku, nenek Khaleef..

Mmg sangat misteri...
.
.
.






Wednesday, October 28, 2009

MisTeri...

Bukan pada aku tau..
Pada budak Ahmad Khaleef..

Tp nnt aku reveal..
Aku lupa lak bawak bahan bukti..

Tp mmg sangat pelik bin ajaib..
Sangat-sangat pelik..

Malangnya Khaleef tak paham apa yg berlaku...
.
.







TAMBAH PESERTA 99HTN - boleh tambah smpi 99 orang

Kalau ikutkan dah cukup 60 orang..
Tapi aku ada menerima lebih dari 10 penyertaan lagi..

SO KAWAN-KAWAN YG DAH REGISTER

Boleh ke nak terima lagi?
Ni aku tanya pendapat ramai ye..

Kalau majoriti kata cukup..
Kira dah tutup laa ni..

Kalau majorit kata leh tambah lagi..
Aku tambah laa smpi 31 Oktober..

Sbb yang tersenarai tu pun lum confirm lagi..
Selagi tak anta gambar pada 1-5 Nov..

SO AMACAM ?
MAU TERIMA LAGI ATAU TIDAK ?!!!

Result

BOLEH TAMBAH LAGI SMPI 99 orang..
So, yang nak join.. SILA LAAAAAA
Tinggal nama dan URL Blog pd ruangan komen..
JANGAN TINGGAL DI CHAT BOX..
(
musim klik nuffnang la ni.. nnt x perasan)

Tapi kalau boleh ada BLOG ye..
Senang sket nak kenal2..
FB tu gunanya utk bercucuk tanam je..

.
.
.






Pagi Ini BUSY !!!!

Malam-malam takde hapdet..
Sebab la ni aku tido umah mak aku..
Smpi 1 Nov sbb hari2 nak makan nasi + lauk mak aku masak

Adik aku ada je celcom BB..
Tapi sangat hazab bila dia dah cecah limit bandwidth

Oleh itu..
Tiba-tiba
Saya rasa sangat sayang pada streamyx..


My streamyx from heaven..

SAY NO TO "POTONG" !!!
.
.
.






Tuesday, October 27, 2009

Apa yang sedap sgt Pn Hajah masak tu...

Dengan gigihnya dalam ujan lebat..
Malam tadi aku balik umah mak aku kul 10.00 malam...
Lagipun dah janji..
Kang mak aku sentap pulak..

Mak aku dah masak peberet of the world aku..

Sambal bacang marbeles...
Cili merah + cili padi tumbuk kasar..
Aku suka camni sbb lebih terasa kerangupan cili..


Kawan-kawan sambal..
Mesti ler ulam rebus..
Aku kalau ulam mentah tak reti makan..


Yang ni paling wow wow weeeeeeee..
Ikan kembung rebus goreng berlada rendam minyak..
Masa arwah ayah aku ada dulu..
Minyak tu mak aku tapis buang sbb dia ada high colestrol..

Minyak goreng berlada ni kalau gaul ngn nasi panas..
Waaalllllaaaa weeeeeeiiiiii
Boys Over Flower cuit bahu pun aku tak sedar taw..

Maka dengan lupa dirinya..
Aku makan ler selewat 10.30 malam tadi..
Dengan memujuk hati "ALA.. Detik Terakhir"...

Lepas makan buat2 baca buku ler konon...
Tak larat wei.. belum mukasurat 1 abih..
Aku dah tido ngn perut kenyang cam ular sawa..
.
.
.





Sorang Sahaja Lagi... PENYERTAAN 99HTN DITUTUP

Cukup laa 60 orang..
Skang dah 59 orang..
Tadi petang ada seorang jejaka call kata nak masuk..
So, ngam-ngam 60 orang..

Oleh kerana ada seorang jejaka..
Maka, competition akan bertambah hangat !!!!

Sebabnya...
Lelaki lebih mudah turun berat berbanding pompuan..
Cabaran ni bagi 59 orang perserta wanita..
Jangan kasi malu kaum hokay !!!
.
.
.
p/s : Malam ni Pn Zel balik umah Hjh Norlia.. dah suh dia masak sedap-sedap. Santapan nasi berlauk terakhir bersama mama tersayang sebelum 99HTN mula.








Monday, October 26, 2009

Apa jadi kalau TIPOOOOO

Ada beberapa peserta mengemukakan soalan ini..
Sebab susah gakkan..
Dah la saling tidak mengenali..
(Itu sbb kalau boleh sila buat blog)

Mana laa nak tau..
1 NOV dia suh laki dia naik timbang bersama..
Hambek ko berat smpi 95kg..
7 FEB dia naik sorang-sorang.. tup-tup tinggal 50kg..

LWP = 47.37%

Pastu dengan tawaduknyer.. peserta lain pun bank-in duit..
Ikut2 leh dapat dalam RM500++


JAWAPANNYA

Klu ikut senarai peserta.. semua muslim..
Oleh itu perlu percaya kepada wujudnya akhirat..

Adakah anda sanggup.. di padang masyar yg panas tak terbayang..
Untuk mencari 55 peserta lain yg telah ditipu..
Untuk mintak halal hanya RM10.00 ittew ?

Renung-renungkan laaa...

Kalau nak sangat duit dengan takmo berusaha..
Pi klik NUFFNANG, CATCHEYE, ADVERTLET sndr..
500 kali sehari.. lama2 banyak laa duit ko...

Anyway, aku sgt berharap contest kali ini clean & clear..
Lagipun kebanyakkannya adalah saling kenal-kenal..
Dari old friends, bestfriends, newfriends sumer ada..

4 hari lagi... CHAIYOK !!!!
.
.
.






Detik Terakhir....

Nasi ayam special ni aku suh Inche Izman beli kat Tapah..
Nasi ayam ni best sbb ayamnya diperap dulu sblm goreng..
Rasa cam ayam percik pun ada..

Sup lak ialah sup tulang..
Bukan sup lada sulah spt nasi2 ayam lain..
Paling best.. AIR ASAM yg sgt marbeles..

Laki aku yang baik.. siap mintak ayam extra tu...


Ni lak sarapan nasi lemak terakhir aku sblm 99 HTN..
Letak ayam goreng berlada + rendang kerang..
Belum makan pun lagi..
Nak makan masa lunch..
Hari ni keje sorang.. so perut kena sentiasa kenyang..
Kalau tak hangeeeennn satu badan..
.
.
.








Oleh kerana...

Oleh kerana peserta terlalu ramai..
Sangat diluar jangkaan...

Maka... ada syarat & peraturan yg akan diubah..
Ini terpaksa dilakukan untuk mengelakkan PENIPUAN..
Maklum laa peserta dah ramai, maka nilai cash semakin meningkat..

GAMBAR

Oleh kerana penganjur (saya) tidak kenal kebanyakkan peserta, oleh itu semua yang confirm nak join perlu (pilih salah satu)
1- E-mel (k.aisy@yahoo.com)

2- MMS (012-5865752)
3- Publish dalam blog sndr (kena inform saya)


Gambar diri & gambar berat pada 1 November 2009.


Selewatnya 5hb November..
Lepas pada tu TIDAK DITERIMA dan dikira anda tidak berminat.

Saya TIDAK AKAN publish gambar tersebut di mana-mana.
Ia akan disimpan sebagai rekod sehingga 7 Feb 2010.



PANEL HAKIM

Saya akan minta pandangan beberapa rakan taulan untuk sama2 judge contest ni..
Mana laa nak taukan.. kata LWP = 55%..
Tapi kat gambar kecik dalam 1 inci je..

Sila jangan modify gambar ye..
Akak ZEL ni dulu Subjek Pendigitan Imej Tampak dapat A hokay..
Superimpose ke.. distort ke.. tarik ke.. semua buleh dikesan..
.
.
.





Sunday, October 25, 2009

SYARAT-SYARAT 99 Hari Tanpa Nasi

Sekali lagi...
Sila baca dan hafal kalau nak..
Aku tak koser nak sticky-sticky bagai..
Kalau nak retrieve balik..
Sila klik TAG 99 HTN

PALING PENTING

DIHARAMKAN MAKAN NASI
SELAMA 99 HARI

(kalau tipu.. hangpa tanggung dosa hokay :).
( Sila mengaku dgn penuh insaf jika anda makan nasi)

Lain-lain...

1- WAJIB ambik gambar 2 benda (1 Nov 2009 & 7 Feb 2010)
i- Gambar diri sendiri (full)
ii - Gambar timbang memaparkan berat sendiri
(klu ada camera yg leh stamp DATE lagi bagus. Simpan gambar sehingga hari ke-99)

2- Mesti sediakan hadiah @ cash bernilai RM10.00 kepada pemenang tempat PERTAMA. Kalau nak bagi lebih mahal dari itu, sangat digalakkan.

3- Supplement spt HL, JM5, SIY, Teh Orang Kampung, Detox Tea, kapur barus, kulit kerang, daun sekentut... Apa-apa jelah yg korang amalkan skang ni.. BOLEH DITERUSKAN.. Tiada masalah.

4- Pemenang dikira dengan weight loss percentage.

5- Pada 7 Feb - 10 Feb sila emelkan gambar-gambar tersebut kepada spiderx_woman79@yahoo.com. Siapa tak emel, disqualified wpun WLP anda 70%.

6- Sila TIDAK MENGANDUNG.. Jika pregnant, penyertaan anda BATAL serta-merta. Jgn seksa bayi dlm kandungan.. Bagi dia makan nasi secukupnya.

________________________________________________________

Syarat Tidak Wajib...

Buat blog bagi yg takde.. Publish ler apa-apa berkaitan 99 HTN. So senang kawan-kawan nak jejak.. Lagi leh merapatkan silaturrahim..
.
.
.





Sekejap lagi...

Pagi ada keje pejabat sket..
Selepas itu aku akan publish nama2 peserta 99 HTN

Ada lebih kurang 4 hari lagi sblm 1 Nov..
So, sila bersedia mental dan fizikal untuk tidak makan nasi..

Aku dah mula melupakan nasi lemak as breakfast..
Dah 3 hari termasuk hari ini..

Semlm dah cuba makan sekali je sehari..
Tapi pagi ni.. bangun2 tido terus sakit perut kaw2 punyer..
Cam nak terkentut tapi tak leh lepas..
Angin kus-kus dah masuk perut ler tu..

Ok nantikan ye..
Ramai ni wooo yg join..
Kalau sorang bagi rm10..
Lebih kurang RM400 + gak ler yg menanti pemenang..

TAK NAK KE ?

Aku nak.. oleh itu.. aku akan kuat tekad tak makan nasi..
Sorry ye.. tiada pemenang kedua, ketiga, saguhati apa bagai..

Hanya ada tempat PERTAMA sahaja..

Chaiyok !!!
.
.
.






Friday, October 23, 2009

48 Jam sahaja lagi...

Cepat-cepat moh join 99 Hari Tanpa Nasi...
Akak tadi dah wat pregnancy test..
Result NON HADO !!!

So, berada dalam keadaan baik utk memulakan cabaran..
Setakat ni lebih 30 org dah nak sertai..
Jumlah hadiah pun makin bertambah ni..

Best.. best..

PADA YG TANYA PSL TIMBANG..

Timbang apa-apa pun boleh..

Sapa yg nak beli timbang digital..
Kat TESCO ada...
Kalau yg ngn fat & water percentage tu..
Dalam 50-60 hengget..

Kalau digital biasa.. dalam 30-40 hengget...
.
.
.






Thursday, October 22, 2009

Kali Pertama....

Atuk dia dah bawa Khaleef g gunting last week..
Tapi tukang gunting yg biasa tu takde..
Ada yg luar biasa je...
So, jadi laa rambut Khaleef cam abu bakar elah..

Semlm aku g bawak dia gunting pulak..
Aku tak pernah bawak seblm ni..
Dari lahir smpi dah 3 tahun lebih nih..

Susah jugak rupanya nak gunting rambut budak ni..
Tak reti dok diam..
Banyak kali kena cakap..
"Khaleef nak hensem cam papa tak?"

Smpi cina tukang gunting tu pun terpengaruh gak...
Dok kata..
"Adik banyak hensem taw.."

Tu yang kemain sengih lagi tuh..
.
.
.





Kasi BAKAR lagi...

Masih pasal 99 Hari Tanpa Nasi !!!

Pasal hadiah...

Setakat ni baru ada 4 hadiah..

1- Baucer BROOCHBIZZ RM99.99
2- Kain ela cun punyer dari Wan
3- Cup cake dari Ayulicious
4- Beatty pun nak kasi cake jugak

So, utk kasi lebih membara..

Apa kata setiap peserta kena sediakan hadiah pada pemenang..
Tak perlu smpi RM99.99...

Memadai minimum hadiah bernilai RM10.00

Kalau korang simpan 10 sen sehari..
Pada hari ke-99 dah ada rm9.90..
Tambah lagi 10 sen je jadi RM10..

Camne.. setuju tak ?
Baru laa terbakar sket..
Kalau ada 30 org peserta..
30 benda ler leh dapat...

Kalau malas sgt nak beli benda..
Masuk je RM10 tu dlm sampul surat dan pos..

Pasal berat minimum peserta - TIADA
Pemenang akan dikira melalui LOSS WEIGHT PERCENTAGE..

Cara mengira
  1. Step 1

    Divide number of kgs lost by the starting weight

  2. Step 2

    Multiply the answer to step 1 by 100

  3. Step 3

    Example: 14.12kg /110 x 100 = 12.83%


Senang kata... camni ler

(Berat 1 Nov 2009 - Berat 7 Feb 2010)/Berat 1 Nov 2009 x 100 = %

% tertinggi adalah pemenang...
.
.
.






Wednesday, October 21, 2009

99 hari tanpa nasi... TARIKH TUTUP 25 Okt 2009

Antara-antara pertanyaan...


1- Kalau makan nasi camne? adalah disqualified?
TIDAK !!!! ikut suka hangpa la..
Sebab ni tujuan utama adalah untuk TURUN BERAT
So, kalau makan nasi berat boleh turun banyak
Dipersilakan...
Tapi.. Apa MOTIF korang join klu berniat nak makan nasi?


2- Kalau masuk TBL JM5... TBL Asia... TBL Kaseh...
BOLEH.. ikut suka.. janji JANGAN MAKAN NASI 99 hari


3- Denda pakai duit pada yang makan
TIADA.. sbb payah pulak laaa nak berduit-duit ni..
Igt pada matlamat asal.. NAK TURUN BERAT BADAN..
Bukan nak buang-buang duit..


4- Kalau suami / tunang / pakwe paksa makan...
Cadangan Pn Zel...
Angkat baju tunjuk perut anda yg berlapis-lapis ittew..
Konpem depa akan bagi sokongan padu
p/s : bg yg belum kahwin just tunjuk jemari-jemari goreng pisang tu dah ler.. jangan korang angkat baju jugak..


5- Takkan lansung tak boleh makan nasi?
BOLEH... ikut suka hangpa laaa..
Abih tu bakpe nyer kamu masuk 99 hari tanpa nasi?


6- Berapa kerap nak timbang berat?
Suka hangpa laa... nak timbang selalu-selalu ke..
Jarang-jarang ke.. janji timbang..
Kalau takmo timbang
Sekali lagi... APA MOTIF JOIN ?!!!


7- Saya nak sponsor hadiah? Camne?
Bagi yang bermurah hati spt ZEL dan WAN...
Sila simpan dulu hadiah yg anda nak bagi itu..
Selepas pemenang diumumkan..
Dia akan kasi alamat...
Org yg nak kasi hadiah.. sila pos kepada dia..


8- Saya tak tahan tak makan nasi...
SILA JANGAN JOIN... hahahahahaha :))
Lawak jelah.. join ler.. mana tau buleh lak tak makan nasi


9- Saya sudah kurus.. tapi mau join..
MOTIF ?!!!!!!!


10- Selain nasi, benda lain boleh makan?
BOLEH laaa.... kalau tak boleh makan..
Kempen tukar ler..
99 HARI TANPA MAKAN
Sapa dulu masuk kubur.. dikira pemenang...
.
.
.







99 HARI TANPA NASI

Amacam ?!!!

Sudah ramai mau join..
Ok bagi sapa-sapa yang nak join...
Kempen ini akan bermula pada 1 November 2009..
Dan akan tamat pada pada HARIJADI saya yg ke-31
Iaitu pada 7 February 2010..

Tu yang jadi 99 hari tu.. kalau 100 hari ia akan tamat pada 8/2/10

Oleh itu.. sebelum 1 Nov.. sila siap sediakan diri anda..
Bukan suh MAKAN SEBANYAK MANA SEMPAT taw...

Mana yg makan nasi 3 kali sehari tu..
Slowly kurangkan ke 2 kali.. then 1 kali...
Supaya badan anda tidak mengalami renjatan bila tiba2 tak makan nasi..


Syarat-syarat

1- Sila ambil gambar berat & gambar diri sendiri pada 1 November. Ikut suka nak publish kat blog boleh.. takmo pun takpe..

2- Kemudian track berat & ukuran badan anda sendiri.. ikut laa bila2 suka.

3- Jika anda makan nasi dalam masa tersebut..

SILA RASA BERDOSA
PADA DIRI SENDIRI
.


4- Kalau boleh.. snap gambor nasi yg anda makan, dan publish dalam blog... geng-geng lain boleh bagi kritikan pedas supaya anda lebih rasa berdosa..

5- Hari ke 99... WAJIB snap gambor berat & gambor anda terkini..

6- Emelkan pada spiderx_woman79@yahoo.com gambar-gambar hari 1 dan hari 99 berserta dengan loss weight percentage.

Kira ni senang keje ler... kome catat sendiri-sendiri je..
Nak wat 2 kali timbang je pun boleh..
Nak timbang tiap2 hari pun boleh..
Yang penting ada berat hari pertama serta hari terakhir..


PEMENANG !!!!!

Anda akan diberikan
BAUCAR PERCUMA BERNILAI RM99.99

oleh
BROOCHBIZZ..
Anda boleh pilih sebarang brooch/gelang/cincing/butang baju di broochbizz
dan saya akan pos kepada anda secara PERCUMA !!!


Banyak tu wei... Boleh taja seluruh keluarga punya brooch untuk raya 2010.

Kalau aku yang menang.. hangpa gigit jari jelah.. :)) kondipeeeeennnn

Sapa-sapa lagi yg nak taja hadiah.. leh cakap kat aku..
Lagi banyak hadiah lagi bestkan..
Apa-apa jelah yg korang rasa boleh menaikkan semangat peserta...
Bagi kek ke.. baucar makan2 ke.. bagi tudung ke...
Bagi duit ke.. bagi baju ke..


p/s : YANG BERMINAT SILA TINGGAL NAMA & ALAMAT BLOG ANDA DI RUANGAN KOMEN.
.
.
.





Malam tadi sungguh thrill...

Dah ler balik lambat malam tadi..
Sampai-sampai umah..
Tgk ada katak daun tengah peluk tiang gate..

Takut gilerrrrrrrrrrrrr...
Igtkan Khaleef tak takut..
Aku suh dia turun pi goncang gate tu..
Rupanya dia 10 kali lebih takut dari mak dia...
Siap bergayut kat lengan aku tak nak lepas..

Call Inche Izman..
Dia suh ambik payung pastu halau..

Eeeeeeeee... jgnkan nak halau..
Nak turun kereta pun aku tak berani..

Last-last dah takde pilihan lain..
Aku terpaksa langgar gate tu dgn tora terbang aku...
3 kali langgar.. katak tu wat dek je..
Lagi kuat dia peluk gate tu..

Kali ke-4.. aku siap undur sket..
Langgar lebih kuat dari yang 3 tadi..
Baru laaa katak tu lompat ke tepi...
Sampai sengat sebelah pintu gate aku kejekan..
Nasib lompat ke tepi... kalau lompat atas cermin kereta...
Ada lak kang anak beranak bersama-sama pengsan dalam kereta...

Jiran aku ada gak menjenguk..
Tapi takat jenguk jelah.. tak tanya apa pun..
Kitaorg kat Kota Malim ni kalah org duduk kat bandar..
Masing-masing eksyen sendiri2 je...
Termasuk ler aku pun...
Kitaorg mmg tak pernah bercampur-gaul..
Tegur-menegur pun tidak..

Mesti dalam hati depa dok kata aku sewel..
Dok langgar pintu gate umah sendiri...
.
.
.





Tuesday, October 20, 2009

MY JouRNeY To KELAUT !!!!

Hehehehe.. tgk tajuk konpem dah pahamkan..
Hari terakhir puasa.. mmg suka banget..
Tiba-tiba 114.7kg..
Lepas buka puasa.. 115kg...

Tulah.. SUKA SANGAT !!!

Lepas tu raya tak hengat donia..
Makan nasi at least 2 kali sehari..
Pernah jugak bantai 3 kali sehari..

Naik timbang takmo..
Konon-konon tak nak perosak mood raya..

Sekali ni dah abih raya naik timbang..
Baru HADOI !!!!

118.7 kg hokay....

Ada akak belajar kat PID tegur aku hari tu...

"Dah bape bulan?"

Aku pun wat lawak bangang ler...
Kasi cover sket..
Malu sapa ntah yg aku nak cover sebenarnya..
Malu aku ke.. malu orang tu...

Aku jawab...
"Dah bulan Oktober skang ni. So 10 bulan ler di tahun 2009"

Sambil wat sengih kerang busuk...
Akak tu pun ikut ketawa malus-malus laa bersama aku..

Perut aku mmg naik giler skang ni...
Kalau dilihat tanpa pakaian (TOLONG JGN IMAGINE !!!!)
Mmg cam dah 8 bulan.. cam dah sarat bebenor..
Baju pun ala2 sengkak gitu..

Apa nak buat ni ek..

Haruskah lancarkan...

~100 HARI TANPA NASI~

Tapi aku takmo wat sorang-sorang..
Ada tak sapa2 nak joing-moing ?
Kalau termakan nasi dalam masa 100 hari tu..
Sila denda diri sendiri dgn apa2 denda yg korang suker..
Yang rasa mmg kejam giler..

CONTOH

Hari ini saya makan nasi dinner..
Dendanya...

HUJUNG MINGGU BILA INCHE IZMAN BALIK..
ANDA DILARANG BERADA DEKAT DENGANNYA..
HARUS 3 METER JARAK...

Huwaaaaaaa... ni bukan kejam lagi..
Dah masuk tahap SADISME !!!
.
.
.






Khaleef TAKOT !!!!

Semalam seharian ada kat Mambang..
Isnin malam balik sana.. pagi Rabu baru balik sini..
Kat sana mmg bosan giler..
Dah ler takde astro.. lagi tkde internet...

Dua-dua kami mmg kebosanan giler-giler punyer..
So, aku ada bawak bekalan DVD Korea..
Khaleef pulak aku bawak portable DVD ngn leapster..

Tapi dia kebosanan jugak menkala nak tgu 2.00 ptg..
2 ptg.. TV9 akan mula tayang kartun smpi pukul 5.30 ptg..

Jadi dia asyik kaco laptop aku..
Padahal kalau kat Tg Malim tak pernah usik pun..
Sekali tu aku jumpa lipas kering sebalik TV..
Maybe papa dia sembur dgn aerosol kot..
Tu yang mati cam dalam iman je tuh..

Oleh itu.. Khaleef adalah sangat takoootttttt...
Lega ler aku sekejap.. sbb dia tak usik panel tu..

Tapi.. masa aku mandi.. dia sudah dapat hanger..
Abih hancur berkecai lipas yg tinggal kelonsong tu..
Nasib baik laptop aku tak hancur sama..
Kalau tak.. this week angkat Lenovo ler..
Dah 3 kali p tengok dah ni..
Dok terkaji-kaji harus beli ke idak..

Pikir-pikir.. cam kesian lak Compaq Presario free ni
Berjasa melebihi 5 tahun ni... masih tip top lagi..
.
.
.





Baru balik dari Mambang..

Sangat letih sbb kul 7.00 pg dah bertolak balik mai sini..
Nasib baik smpi-smpi kat umah PIL aku..
Ada..

1- Kek harijadi Kak Long
2- Nasi lemak
3- Kuih

Lazaaaatttttttttt
.
.
.






Monday, October 19, 2009

Khaleef punyer hal....


Hari Deepavali lepas g kenduri sepupu atuk aku kat Sg Behrang..
Ikut mak aku ler nih.. dia nak jmp sedara-mara..
Oleh kerana papa dia penat balik kelas..
So, terpaksa bawak budak Khaleef & Sara..

Kat sana.. bila mak aku dah jumpa Kulaan dia..
Mmg lama ler dok gebang-gebang..
Khaleef ngn Sara dah kepanasan.. aku bagi ler depa main kat luar..

Sekali aku nmpk Khaleef naik tricycle kaler biru..
Tkpe laa kan.. maybe cucu org tu punya..

Sekali lagi aku toleh.. aku nmpk dia dok berlakon2 cam pomen..

Sekali lagi aku toleh.. aku nmpk dia tunjuk satu skru..

Aku pun cepat-cepat pergi kat dia..
Kak Sara kata dia cabut skru bawah hendal basikal tu..
Pastu sesuka hati dia goyang lak beskal tu wpun aku larang..

Sekali aku tgk.. basikal tu dah bercerai dua..
Skru cam-cam saiz bertaburan atas tanah..

Pastu aku terus seret Khaleef ngn Sara masuk Tora Terbang..
Bersauna ler kami dalam tu..
Maklum ler tora terbang tu kete tua..
Hidup aircond pun kuar angin panas je..

Call mak aku cakap suh masuk kete..
Sambil tu pesan ngn mak aku..
Bagi ler tuan umah tu "duit salam" banyak sket..
Sbb Khaleef dah bagi jahanam beskal cucu dia..

Smpi umah aku citer kat Inche Izman..
Dia siap tanya "AWAT TAK SNAP GAMBOR"

Helloooooo...
Dah ler anak ko bagi jahanam beskal anak orang..
Pastu mak dia leh sesedap rasa lagi nak snap2 gambor kat situ..
.
.
.









Pasar Karat Shah Alam...

2 budak ni terpaksa berangan jadi Baby Tua..
Kalau mai sini mmg budak2 ni kena ikat kat stroller..
Yang kakak tu leh tahan lagi..
Yang jantan sorang tu..
Kalau terlepas.. cam lipas kudung...

Apa ek dipanggil menatang terbang ni
Yang ada kipas bulat belakangnya..

Benda ni laa dok terbang melintasi pasar karat...
Ada 4 biji.. dok terbang sana-sini..
Smpi aku nak tgk barang pun tak senang..
Anak aku bila benda ni lalu je excited..
Menjerit2 suh aku lepaskan dia..
Bila benda ni hilang dari pandangan..
Menangis pulak.. Suh abg terbang cepat2 datang..

Eeeee... rasa ringan je tangan aku ni..
Tapi dia bernasib baik sebab Hjh Norlia ada sama..
.
.
.





Sunday, October 18, 2009

Hari-hari terakhir....

Bukan hari-hari terakhir seorang perempuan hokay...
Hari-hari terakhir raya.. baru sempat g umah besfren :))

Tgk ler pipi labuh..
Ngn dagu berlapis-lapis..
Tu belum dia bukak baju lagi depan acik ni..

Apa-apa pun.. Pinkgu hokay..
Ni sama kes ngn Khaleef dulu..
Selalu je kena pakai baju pink..

Aku dulu bukan peduli.. wpun aku tau Khaleef tu boy..
Tapi.. apa masalah PINK dengan lelaki ?
Apa kena PINK dengan perempuan ?
Color doesn't matter laaaa...

Anak aku yg berlengas tu pun sibuk nak snap2 samer
Aku sekeluarga smpi dalam keadaan lapor..
Rehan masak bihun special dia..
Dengan tanpa malu dan segan semua bertambah-tambah makan..

Nasib rehan dah sedia maklum..
Yang datang adalah suku-sakat keturunan ZALIA..
Mmg saiz XXL paling kecik..
Siap sedia goreng bihun 1 kampit....

Sian Asyraf.. dia tgh tido tu yang aku angkat dari katil..
Hehehe.. tak pedulik..
Jauh kami datang tau..
Tg Malim - Kalumpang - Shah Alam - KL - Rawang
.
.
.