Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Tuesday, November 30, 2010

Kalau panas...


Mengantuk cam digam-gam mata..
Nak-nak perut dah kenyang..

Hari ni bantai lagi ikan selar masak taucu..
Dengan hati ayam masak sambal..
Lagi ada kerabu pucuk paku + togeh..

Selalunya minum sirap ais tak pun teh O..
Hari ni berkelakuan baik.. minum air kosong sahaja..

Dulu masa form 1 & form 2..
Kena sekolah petang..
Rasanya cam takde laa satu hari..
Yang aku tak tido dalam kelas..
Sapa sekelas dengan aku dulu..
Tau ler peel tdo dalam kelas aku ni..

Cikgu aku smpi pernah mengamuk nak gantung aku kat kipas..
Sebab lebih 3 kali dia tegur aku lelap time dia baca nota suh salin..
Part cikgu baca nota.. murid salin..
Yang ni kaedah pembelajaran yang paling aku tak suka..
Sebab aku mudah terlayang.. bila cikgu baca seketui-seketui..
Tau-tau aku dah melayang ke angkasa lepas.. siap mengigau lagi :))

Itu belum ambik kira air liur yang meleleh menjejun lagi..
Bukan setakat tudung je basah..
Kain biru sekolah tu siap ada peta Amerika Selatan..

Kalau dalam makmal..
Selalu cikgu panggil ramai-ramai kerumun meja depan..
Sebab dia nak tunjuk ujikaji..
Aku lak menyangkung kat kaki kawan... tido..
Dengan pesanan.. kang dah dekat2 nak abih.. kejut aku :))

Nasib baik.. bila masuk sekolah pagi..
Wpun penyakit kantok tu masih ada..
Tapi tak laa separah time sekolah petang..

Kesimpulannya..

Petang bukan masa untuk sekolah atau bekerja..
Petang adalah masa untuk TIDO :))

PEACE!!!
.
.
.

Berlaku ke?

Aku risau gak kenangkan budak Khaleef ni..
Bila adik dia dah ada..
Apa akan jadi dengan dia?

1st, aku takut.. nnt aku akan pilih kasih..
Berlaku ke benda camni..
Bila anak no.2 keluar..
Anak no.1 nanti jadi tak sesayang anak yang baru?

Mulut kita mmg laa kata takmo pilih kasih..
Tapi hati manusia bukan senang dijangka..

Ekceli.. aku dengan Papa Khaleef dah buat perjanjian..
Isnin - Sabtu of course laa aku kena jaga dua-dua sekali..
Maybe masa tu Khaleef akan terasa sedikit terabai..
Yelah aku mesti laa bagi perhatian lebih pada baby baru..

Jadi, hari Ahad.. adalah hari Papa bersama baby..
Semua urusan baby akan diuruskan oleh Papa..
Kecuali BF laa kan..
Manakala Khaleef akan spend time dengan Mami..
Maybe bawak g taman ke.. g beli mainan ke.. main mesin token ke..

Tapi nanti Papa pulak akan kekurangan masa dengan Khaleef..

Ini ler masalahnya kalau sorang sana.. sorang sini..
.
.
.

Am I?

Huhuhuhu..
Giler punya lapar wei..
Last makan malam tadi kul 10.00 malam..
Sampai skang hanya belasah air sejuk je..

Patutnya masa wat BSP..
Leh makan je cam biasa..
Tapi aku pernah cuba makan cam biasa..
Agak tinggi laa pulak bacaan gula dalam darah itu..

Lepas-lepas tu tiap kali BSP..
Aku akan kurangkan makan karbohidrat..
Dan banyakkan minum air kosong..

Tapi dah 8 bulan ni..
Giler punya lapor..
Tak sabor2 nak tunggu BSP kul 11.00 ni..
Dah terbayang ayam goreng kat kedai mamak..
.
.
.

Roti ini best...

Tengah-tengah roti ni..
Ada inti vanilla..
Sangat lembut..
Cicah dengan teh O punya laa sedap..
4 biji roti ni = RM2.70..

Tapi tak boleh makan banyak-banyak..
Sebab agak manis..

Sebenarnya nak habaq..
Ini pagi ada BSP (Blood Sugar Profile)..
Pastu ada ambik bacaan BP..

Minggu lepas kena puji dengan Dietician..
Sebab berjaya mengawal GDM (kencing manis)..
Sehingga detik minggu-minggu akhir nak beranak ni..
Juga berjaya memelihara berat baby supaya follow EDD..

Berat baby skang ialah estimated = 1.8kg..
Jauh beza dengan Khaleef..
Masa Khaleef umur 8 bulan dalam perut...
Berat dia sudah mencapai 2.5kg..
Nasib laa kuar takde laa besar sangat.. 3.1kg..
Tu pun sbb awal 4 minggu..
Cuba betul2 ikut EDD..
Mau gak tu cecah 3.8kg - 4.0kg..

Yang makin tidak terkawal skang ni..
Adalah Blood Pressure..
Makin dekat nak bersalin..
Makin menjadi-jadi laa pulak..
Tahu dak.. mgu lepas mencatat bacaan tertinggi - 170/100
Nasib baik bila repeat2.. mau gak turun sket..
.
.
.

Twitter buat aku rasa bongok!!!

Dalam banyak-banyak benda untuk bersosial..
Aku rasa Twitter ni laa paling tak best sekali..
Ke tetiba hari ni adalah hari TAK PANDAI aku..
Punya laaa lama aku ambik masa nak setting twitter ngn churp churp..

Bujang I naik angin :)






Senyuman tu sumer pelesu semata-mata..
Masa Cina tu tengah sodok rambut dia..
Baru sebelah..
Dia dah menjerit!!

"TAK MAU CAMNI.. KALEP TAKMO!!!"

Sampai je kat kedai gunting tu..
Dia terus tunjuk gambor kat dinding..
Cakap NAK RAMBUT CAMNI..

Rambut tu iras-iras cam Daigo Ultraman Tiga (Hiroshi Nagano)..

Sekali bila Cina tu terus membotakkan rambut Khaleef..
Atas arahan mami.. dia terus naik hangin..
Kat kedai tu dah menjerit2..
Jenuh nak pujuk supaya teruskan..
Dah separuh rambut hilang.. takkan nak bentikan..

Sampai rumah..
Dia terus g kat cermin tengok..
Mengamuk lagi!!

Pastu tengok TV..
Kepala gatal dan garu..
Mengamuk lagi!!

Dok salahkan mami sebab rambut dia tak jadi cam Daigo :))

Hehehe..

Mami bukannya kejam sangat..

Tapi ini mamat..

1- Takmo syampu rambut
2- Takmo sikat rambut
.
.
.

Monday, November 29, 2010

Ketam lagi.. MASAK CILI lak..

Bosan sudah makan masak lemak ketam..
Tetiba hari tu dapat lagi beli ketam murah..
Tapi dah naik sket ler harganya..
Minggu-minggu lepas 1kg = rm12.50..
Minggu sudah 1kg = Rm13.00..

Resepi ni aku main taram-taram sendiri je..
Buh cili hidup mesin + bawang merah mesin + kunyit + garam..
Goreng smpi garing..
Masuk ketam...
Goreng lagi.. pecahkan telur sebiji...
Kacau bagi sebati..

OK SIAP!!!

Sila makan bersama nasi panas..

Sedap wei!!!

Seriyes aku tidak hanya takat masuk bakul angkat sendiri :))
Ni cam masuk bakul.. suh KREN angkat ;)
.
.
.

Bukan OTAI

Kalau beli kat OTAI..
Aku akan hangin sbb lama sangat menunggu..
2 kali aku dah beli..
Membuatkan aku serik..

Order 1 biji burger special..
Lebih 20 minit nak siap..
So, sangat meluat..
.
.
.

Bukan takat berasap...

Nombor giliran nak ambik darah...
136 hokay..

Lagi nak tunggu nombor klinik pakar..
Hat tu dapat nombor 15..

Lagi nak tunggu ujian air kencing..
Hat ni kejap je dah siap..

Lagi nak tunggu ujian darah..
Hat ni 1 jam baru siap...

Jumlah masa terbuang..
8.00 pagi sampai 12.30 tgh

Adalah 4 jam 30 minit..

Cukup masa untuk:
1- Buat 1 keping DVD master
2- Bakar 18 keping DVD
3- Download 5 episod drama
4- Basuh kain 4 trip
5- TIDO SIANG SAMPAI PENING!!!

Kesimpulannya..
Menunggu untuk rawatan pakar..
Bukan setakat berasap buntut..
Tapi dah smpi tahap kuar bara api punya menunggu..
Tinggal nak terbakar hangus je lagi..
.
.
.

XY to XX :)

Dapat teka dah kot...

:))

Wpun mula tu doktor sangat yakin kata XY..
Tapi aku selaku ibu pembawa..
Rasa cam tak sedap hati jugak..
Dah tu.. setiap kali nak beli baju..
Asal pegang baju baby boy je..
Tiba time nak bayar.. aku hilang mood..
Sudahnya letak tanpa beli apa-apa..

Ni catatan awal doktor dalam buku merah aku..
Iaitu XY :)

Bukan laa kata tak bersyukur kalau lelaki..
Cuma sbb dah ada Khaleef..
Harap sangat laa yang kedua ni girl..

Kalau aku ni sihat welepiat cam orang lain..
Leh beranak 4-5 kali takpe jugak..

Ni lak catatan doktor Sabtu lepas..
Ikutkan Sabtu lepas.. appointment aku hanya utk BP review..
Bukan check baby..

Tapi pasal hati tu kata lain macam..
Aku suh gak doktor scan balik..

Dan-dan doktor cakap..

"Eh, nampak karipap laaaaa... ni ada terbelah dua, confirm dah ni.."

Laki aku yang ada kat kaki aku nmpk BLUR sangat!!!

Aku lak dah kemain suka lagi..
Senyum sampai ke belakang kepala hokay..
Rancangan asal lepas check-up nak balik Tg Malim..
Terus berubah.. terbayang YES kat Sogo :))

On the way nak keluar..
Inche Izman tanya aku..

"KENAPA BABY DALAM PERUT MAKAN KARIPAP?"


BIE!!!!!!!!!!!!!!
.
.
.

Saturday, November 27, 2010

Sesuatu yang mengejutkan...

Tapi belum buat keputusan sama ada mahu share..
Atau simpan sorang-sorang..

MR tak payah pening2 nak spekulasi..
Hang nanti aku bagitau senin lepas aku jumpa O&G..

Hari sudah larut malam..
Orang yang BP tinggi harus tido awal..

SELAMAT MALAM :)
.
.
.

Thursday, November 25, 2010

Last day...


Hari yang ada Open Day Matahari Ria tu..
Adalah juga hari terakhir persekolahan Kalep kat situ..
Tahun depan, selepas mami habis pantang..
Kalep akan memulakan pembelajaran di sekolah baru..

Siti pulak.. akan meneruskan persekolahan di Matahari Ria..

Sian.. akhirnya terpisah jugak..

Masa minggu-minggu terakhir Kalep kat sekolah ni..
Mak Siti ada terjumpa dengan Wan & Mak Long Kalep kat pasar..
Dia sibuk nak tgk gambor Kalep..
Hehehe mana laa Wan dia ada..
Takkan nak usung lak gambor cucu merata..
So, Wan dia suh laa pi tengok kat sekolah..
(selalunya Siti dihantar & diambik oleh pakcik @ makcik dia..
mak & ayah dia sibuk berniaga kat pasar
)

2-3 hari lepas tu terserempak lagi kat pasar..

Mak Siti dengan confidentnya bgtau dia dah nampak Kalep yang mana..

Wan Kalep tanya laa..
Mana tau itu Kalep?

Mak Siti jawab...

"CUCU AKAK TU YANG PALING HENSEM KAT SEKOLAH TU..
MESTI TAK SALAH ORANG."


Aku dengar terus geli perut..
Agaknya Chiko dlm perut dengar pun tolong sama menggelikan perut aku..

Kalau mak dia kata..

CUCU AKAK YANG PALING HITAM..

Itu aku setuju!!!
.
.
.

Misi sudah berakhir...

Akhirnyaaaaaa....

Merah dah merah..
Tangkai dah bertangkai..
Base pun ada..
1 benda je takde iaitu canopy..

Tapi pikir2 balik..
Aku bukan anta anak ke nursery jalan kaki pun..
Naik ketenya..
Lagi pun apa kehal nak hayun2 anak pulakkan..
Mesti laaa ini carrier akan kekal kat dalam kete je..

2 benda je nak kena cari ni..

Cushioned straps cover

sama ini lapik beruang

Maka, duit untung jual bahan bakar bulan ini..
Telah dihabiskan ke jalan yang lurus...

Thanks to Makcik Rehan yang selama ini bersabar melayan kemeroyanan aku pada setiap hari mencari yang sesuai dengan budget ciput tapi selera besor..

Thanks to EncheDanny bersama kedainya
http://kedaienchedanny.blogspot.com/
Kerana bagi diskaun & free gift lagi..

Thanks to customer bahan bakar sekelian..
Tanpa pembelian dari anda..
Susah mau realisasikan impian saya setakat bersandarkan gaji cukup-cukup bayor hutang & makan minum tu je..

Terima kasih Allah..
Rezeki masih dikurniakan pada saya & baby Chiko...

TERIMA KASIH DUNIA !!!!!
.
.
.

Pengasuh burung antu...

2 budak ni mmg ada sket kenan burung hantu...
Time orang lain tido..
Depa 2 ni akan merayau sana-sini..
Bergurau tak sudah-sudah..
Main dalam gelap..

Tapi burung hantu siang tido kan..
Ini 2.. sebulan ada laaa 2-3 kali tido siang...
Siang tak tido.. malam berjaga...
Tapi tenaga tak berkurang-kurang..

Yang bagusnya..
Ini 2.. takkan ganggu sapa-sapa..
Kayra bila dia rasa ngantuk..
Pandai ler dia masuk bilik, panjat katil cari ibu nak mengopek..
Kalep, as usual.. tutup TV.. pi kencing.. cari mami nak cium ketiak..

Kalau lepas pukul 11 malam..
Ini budak transform jadi pengasuh Kayra..

Harap-harap nnt ko ada adik sendiri..
Teruskan laaa berprestasi tinggi camni... ;)
.
.
.

Lega..

3-4 hari gak ler..
Bebudak nangoi 3 orang ni dok serumah..

Celik je mata..
Main-main.. punggah-punggah.. sepah-sepah.. bising-bising..
Tu ler keje depa..

Sekali semalam petang..
Dalam panas2 terik petang tu..
Tetiba senyap je..

Ni paling awal pengsan..

Kalep & Sara pengsan sejurus kemudian..

Aku pun apa lagi..
On econ sekuat rasa..
Terus masuk selimut..
Dan pengsan bersama-sama mereka :)
.
.
.

Wednesday, November 24, 2010

Itu sangat menakutkan...

Tadi aku habaq ler nurse..
Yang bila aku stop makan itu Labetalol..
Sakit kepala aku hilang..

Dia pun terus citer kat aku satu kisah..

Awal tahun ni..
Ada seorang ibu mengandung yg telah mengabaikan arahan makan Labetalol..
Dah laa tak makan..
Turut mengabaikan jugak arahan check BP biweekly..
Lagi mengabaikan jugak date-date utk check-up..

Sampai laa hari dia pecah ketuban..
Anto ler ke satu spital ni (nama dirahsiakan sbb belum bicara mahkamah)
Tengah-tengah tunggu nak beranak ni..
Tiba-tiba dia diserang sawan..
Masa ni ler baru doktor tahu dia ada masalah BP yang kronik..

Baby dia selamat dikeluarkan..
Tapi ibu baby telah mengalami kerosakkan otak yang serius..
Seluruh badan lumpuh.. Lidah tidak boleh masuk ke dalam mulut..

Si suami telah menyaman hospital tersebut RM1 juta ringgit..

Belum ada keputusan..
Sebab belum dibicarakan..

So, di sini.. siapa salah?

So.. Zalia Hezlin..
Sila makan Labetalol anda mengikut masa yang ditetapkan..
8 pagi - 4.00 ptg - 12.00 tgh malam
.
.
.

Berita Baik!!!

Tertunggu-tunggu entry ke u ols..
Ni mesti ada yang spekulasi Kak Zel dah masuk spital..
Idak ler.. masih bertenaga gajah naik minyak lagi ni...

Pagi ni ada check-up klinik gomen..
Skang dah kerap.. 2 minggu sekali..
Tetapi secara puratanya aku akan muncul di klinik..
Lebih kurang 3 kali seminggu :))
Doktor pun dah bosan tengok muka akak tau...

Berita BAIK dulu ke?
Berita BURUK dulu?

Hehehe buruk dulu laa..
Bagi muka korang kelat dulu..
Pastu baru senyum manis :))

BP hari ni kurang memberansangkan..
Melampiaskan bacaan 140/100..
Maybe sebab kedegilan aku..
Yang secara "BLIND PIG" telah berhenti makan ubat darah tinggi..
Kena khutbah lama laa jugak tadi..
Nasib takde dizzy @ blurring vision..
Kalau tak.. sila menonggek-nonggek panjat ambulan..

Ok citer bagus pulak..

Baby Chiko telah mula memusingkan diri..
Kan sebelum ni dia berada dalam keadaan breech..
Di mana punggung duk kat pintu rahim..
Hari ni.. wpun kepala tak engaged lagi..
Tapi kaki dia dah mula naik..

Wpun itu berita baik..
Tapi kata bidan.. ada gak dia punya kontranya..
Disebabkan aku ada masalah uri bawah..
Bila kepala baby berada di bawah jugak..
Risiko untuk mengalami bleeding akan lebih tinggi..
Sebab tekanan dari kepala baby lebih kuat daripada bontot atau kaki..

Minggu ni adalah ke-32..
Baby dijangkakan akan dikeluarkan pada minggu ke 36..
So, ada 4 minggu ++ lagi..

KORANG TAK SABAR?!!!


Aku lagi laaaaa TAK SABAR TAU!!
.
.
.

Tuesday, November 23, 2010

MR dah dapat..

Huhuhu..
Air liur meleleh lagi..
Merah sungguh menggetar qalbu..

Akak sudah mengecikkan selera..
Takpe laa bukan maxi cosi cabriofix pun..
Janji ia adalah berkaler merah..

Beli mahal-mahal pun.. bukan leh pakai lama..
Kalau baby dah besar sket..
Bukan senang nak hayun benda nikan...

So, misi aku masih belum berakhir lagi..
.
.
.

Oh My Lady

Atas permintaan ramai..
Sebab ini drama tengah main kat 8TV..
Tapi dialih bahasa ke mandarin..
Takpe lagi pada kat Citra, alih ke Bahasa Melayu..
Lagi hancus...

Sekali lagi.. genre romantic comedy kegemaran ramai..
Kisah pasal hero (Siwon Super Junior) yang merupakan pelakon terkenal..
Berperangai entah hape-hape..
Yelah famous giler laa kononnya...

Satu hari, heroin (Chae Rim Dalja Spring)..
Diambil bekerja sebagai manager baru hero..

Selain dari manager.. dia jugak jadi housekeeper..
Ini sbb heroin ada masalah kewangan yang sangat kritikal..
Heroin ni janda anak 1..
Dia terpaksa cari duit utk dapatkan hak penjagaan anak dari x-laki dia..

Pada satu hari..
Tetiba ada satu pompuan anta seorang budak pompuan ke rumah hero..
Claim budak tu adalah anak luar nikah hero..

Hero pulak tak ngaku itu anak dia..
Heroin lak tak sampai hati nak buang budak tu..
Sebab budak tu sangat comel..
Dia pun wat tak reti je dan jaga budak tu kat rumah hero..

Lama-lama hero tu bukan setakat sayang pada budak tu..
Tapi jugak sayang pada heroin Ahjumma tersebut..
Tapi time nak cintan-cintun tu gak ler..
Mak budak tu muncul balik..

Selain Siwon jadi hero..
Adalah lagi 2-3 hero sampingan..
Heroin sampingan..

Nak tau kesudahan citer ni..
As usual hokay ;)
.
.
.

Labetalol HCL 100mg

Aku dah stop Methyldopa 250mg yg PMC prescribed untuk aku..
Pasalnya.. 4 hari lepas aku makan..
Terus masuk spital akibat pening keterlaluan..
Iaitu smpi hampir kena sawan..
Padahal lepas masuk HSR hari tu..
BP aku takde tinggi mana pun..

Lepas tu Dr tukarkan kepada Labetalol 100mg..
Ubat lebih kurang sama..
Tapi dos rendah..

Yang ni pulak..
Tiap kali makan.. 15 minit pastu aku terus sakit kepala..
Bukan pening pusing2 cam BP naik tu..
Sakit depan kepala.. lebih2 kalau goyang kepala..
Lepas 2-3 jam nnt hilang..

Tapi sbb ubat ni kena makan 3 kali sehari..
Maka sakit kepala hilang je.. aku kena makan sebiji lagi..
Datang ler balik..

3 kali sehari.. maknanya lebih kurang..
AKU PENING SEPANJANG HARI!!

Aku dah jumpa Dr pasal masalah ni..
Dr tak kasi benti makan..
Dan dia bekalkan aku berpapan-papan Paracetamol..
Dengan ucapan.. "Kalau pening.. u makan panadol ni"

Hari ni aku buat makan 1 kali je 1 hari..
So, aku sakit kepala smpi dalam kul 2.00 ptg je...
Pastu takde sakit kepala dah smpi skang..

BP check hari ni.. 130/80..
Hari sebelum.. 130/70..

PERTANYAAN...

Boleh ke suka-suki benti makan ubat darah tinggi ni?

Sebab serasa aku..
Aku ni takde laaa ber BP tinggi medang..
Cuma kadang2 bila salah makan.. cuaca panas.. lambat tido..
Baru ler BP naik..
.
.
.

Resepi ikan pekasam..


Ikutkan senang je nak wat pekasam ni..
Lagi senang pada buat ikan kering..
Sebab ikan kering nak kena jemur lak 3-4 hari baru ngam..

Ni yang aku tengok mak aku buat..
Mak aku pandai ler sbb dia anak orang bendang...

Bahan-Bahan

1- Beras
2- Asam keping
3- Garam
4- Ikan (selalunya ikan bendang ler)

Cara-cara

1- Basuh ikan bersih-bersih pastu lumurkan dengan garam
2- Goreng beras tanpa minyak sampai kuning, pastu blender hancur
3- Pastu masukkan beras dalam tupperware yg ada ikan tu + asam keping sket
4- Peram

Kalau takmo masin sangat, lepas 2-3 hari dah boleh goreng..
Kalau nak masin tunggu ler 2-3 bulan :))
Nanti ulat pun ada join sekali...

Pekasam ni goreng sama bawang ngn cili kering dah pergghhhh...
Kadang2 mak aku wat pekasam bakar..
Buh dalam daun pisang.. hiris cili api banyak-banyak.. bawang..
Bakar... nak makan buh asam limau sket..

SATU TAMAN PERUMAHAN LEH BAU HARUM PEKASAM :))
.
.
.

Sudah OK sket...



Minah ni.. kalau nampak lampu flash camera hp aku..
Tengah menangis melalak pun leh benti kejap..
Senyum dulu kat camera..
Aku dah snap..
Pastu dia leh sambung balik melalak..

Kurap susu kat pipi dia tu dah baik sket..
Takde laa melebor cam hari tu dah nak smpi telinga..
Tapi tu ler.. dia ni tangan gatai..
Kalau lepa je.. tangan dia kat pipi laa..
Tengah kumpil-kumpil..
Gatal ler kot...

Makcik aku yang bagi krim ni..
Sepupu aku roger kat FB..

TQVM pada sume yg bagi cadangan..
La ni tengah pakai krim makcik aku bagi..
Nampak berkesan..
Tapi lupa nak tanya apa nama krim..
.
.
.

Gigih tapi bukan aku..

Adik aku mai malam ni..
Tetiba dalam kete tercakap nak makan nasi lemak..
Dia kata OK je..

So, terhasil nasi lemak + sambal sotong + ikan bilis + telur mata..

Ni lak mak aku yang kirim tadi..
Pekasam goreng garing...

Makan dengan nasi lemak..

PERGHHHHH!!!
.
.
.

Monday, November 22, 2010

Un"SANGKA"rable...

Ikutkan mula-mula tu Mami takmo pun g Open Day Kindy Kalep ni..
Yelah setakat dapat no.12...

Anak-anak orang lain..
Sumer dapat no.1 - no.3...
Lagi Pelajar Terbaik laa...
Lagi Matapelajaran Terbaik laa..

Ngan prestasi kedatangan paling mandom..
Paling banyak ponteng sekolah..
Mustahil gak nak dapat Anugerah Rajin Sekolah..

Sekali smpi gate kindy.. cikgu dia suh dtg jugak..
Aku pun habaq nanti ler kejap2 lagi..
Nak pi pejabat jap ada hal..

Dah jauh.. rasa cam kesian lak kat Kalep..
Patah ler balik..

Dah smpi.. duduk laa kat tepi pagar diam-diam..
Tengok depa punya persembahan..
Anak aku haram nak nyanyi satu lagu pun..
Maybe sebab sumer lagu Cina..

Sekali smpi masa yang mak bapak lain tunggu-tunggu..
Aku lak tunggu nak belah je..
Keje melambak ni kat PID..
Upacara penyampaian hadiah..

Sekali.. Subject Art..
Best Coloring 4 Years..
Muhammad Khaleef!!!!

Aku yg tengah tersandor kat dinding..
Terus kelam kabut cari handphone nak snap gambor..
Tak sempat nak ambik gambor dia ngn Principal.. :(

Terus MMS gambor seantero dunia..

VANGGA HOKAY.. WPUN KATEGORI MEWARNA SAJORK!!!

Balik sekolah terus pi beli Pistol Pasukan Guts Ultraman dengan tulus ikhlas :)
.
.
.

Tak reti penat...

Kak Mah merungut pasal anak..
Aku pun nak merungut gak ler..
Wpun baru sorang.. sorang lagi tgh lepak dalam perut..
Tapi nak hungut jugak..

Budak ni.. sejak benti pukin..
Lansung takmo tido siang..
Dah laa tak tido siang..
Malam lagi mau tido lambat..

Ikutkan takde apa pun dia nyusahkan mami..
Dia pandai berak kencing sendiri..
On/off TV & Astro sendiri..
Tak kacau mami bertenet smpi pengsan..

Susu je tak pandai buat lagi..

Tapi dia ni melasak tak kira pukul bape..
Lepas bosan melasak..
Membanting tulang pulak memunggah..
Selagi ada bakul menan dia tolak bawak keluar..
Pastu lambakkan kat ruang tamu..

Mami bangun tido esok cam nak pengsan tengok rumah..
(kebiasaannya mami dia akan tido dulu :))

Kalau ada adik kang tak tau ler..
Adik dah tentu tido tak senang..
Abang dok membising tak tentu hala..

ROTAN ITU MUNGKIN AKAN MEMAINKAN PERANAN!!!
.
.
.

Sunday, November 21, 2010

Eskem Roti..

Inche Izman ada petang semlm..
Wpun badan dia bengkak bengkil..
Kena jugak tgu brader eskem tu mai..
Dia punya mem mau makan eskem roti...

Wpun bun itu murahan sajork..
Tapi bila dah letak eskem...
Dah iras2 cam roti Gardenier taw..

GDM?!!

Hade aku kesah :))
.
.
.