Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Sunday, July 31, 2011

Puasa dia laaaa...

Malam tadi sebelum tido dah citer kat dia..
Puasa tu apa..
Tak boleh makan.. tak boleh minum..
Dia iyakan jelah..

Masa sahur kejut dia..
Tanya nak puasa ke tak..
Nak kata dia..

Tapi takmo minum.. takmo makan..

Pagi ni sebelum pergi sekolah..
Tanya lagi.. Kalep puasa tak?

PUASA MAMI..

5 minit nak g sekolah..

MAMI, KALEP NAK SUSU..

Eh, orang puasa tak boleh susu..

KALEP TAK MAKAN.. TAK MINUM..
KALEP HISAP JE SUSU TU..

Lepas laa susu sebotol..
.
.
.

PDR & PD50H = harap bersabar...

Aku masih tak dapat access Facebook & Emel..
Hanya boleh log in blogger sahaja..

Oleh itu..

Utk final result PD50H..
Sila simpan dulu..
Terlupa nak create doc malam tadi...

Utk peserta-peserta PDR...
Yang berasakan anda sudah IN..
Diet laaaa ye...

Sabar ye..
Bulan puasa mmg banyak dugaan..

:)

Penat weii

Tak larat nak watpe utk PDR..
Baru smpi dari Penang..
Mmg flet giler..

Nnt ye..

Esok ler..

Sapa yg tak anta gambar lagi..

Kasi chance lagi smpi esok kul 5 ptg..


SELAMAT BERPUASA SEMUA!!!
.
.
.

Thursday, July 28, 2011

Kena Terjah

Di tengah hari yang hening bening dek cahaya mentari..
Tetiba ada org nak guna internet yg hazabaijan di PID..
OK.. sila-sila :)

Tetiba muncul lak sorang lagi..

NAK TANYA!!!

Akak pun.. tanya-tanya-tanya...
Akak mmg kaunter pertanyaan pun..
Selalu yg masuk blur-blur gitu..
Soalan dia mesti..

Kak, sini boleh beli setem?
Kak, sini boleh renew insurance?
Kak, sini boleh fotostat?
Kak, sini boleh beli pos ekpress?

TAK BOLEH LAA MANGKAQ..
HANG TAK DAPAT BEZA KA PINTU PEJABAT POS..
DENGAN PINTU PEJABAT!!!

Hehehe.. berbalik pada awek tp dah jd mak org pun..

Soalan dia, eh bukan.. ayat penyata...

SAYA PEMBACA TEGAR BLOG AKAK!!!

Wah, bontot yg dah mmg kembang tambah kembang..
Ala-ala menang WOW Award gitu :)

Rerupanya dia mai konvo adik nyer..
Alang-alang smpi Tg Malim.. teruslah wat terjahan..

Hehehe.. akak mmg terkujat hokay..
Tetiba jadi ala2 peramah terlebih gitu..
Selalu tak camtu tau.. akak pendiam sopan santun gitu :))
(SILA PERCAYA BULAT-BULAT)

Anyway, TQVM..
Sebab sudi melawat akak..
Siap bagi duit raya lagi kat Khaleef dan Hasya..
Panjang umur, kita jumpa lagi..
.
.
.

Wednesday, July 27, 2011

FACEBOOK GROUP PROGRAM DIET RAMADHAN

Group FB sudah ada..
Sapa-sapa yang belum join..
Sila laa masuk ye..

Sapa yang JOIN esok - ahad..
Jangan gelabah kalau tak dapat approval..
Akak pi holiday..
Kang Ahad malam baru hadpet...

Yang smpi 86 orang nak masuk ni..
Dah buat ke 1-2-3..

Akak tak koser hokay melayan rayuan gombal di bulan puasa..
Final yang masuk akan dihapdet pada 1 Ramadhan..

Nama yang keluar dalam senarai di FB untuk hapdet berat sahaja
Yang confirm masuk..


Yang lain-lain leh tgu Program Diet ZULKAEDAH pulak..
Syawal takde.. sbb itu time umat Islam bersuka-ria..
Tak leh diet :))
.
.
.

Miss Ripley



Drama ni takkan kuar kat Astro One atau KBS2..
Sebab citer ni kuar kat cenel MBC kat Korea nun..

Aku belum tengok lagi drama ni..
Tapi berdasarkan barisan pelakon dan rating..
Confirm citer ni best :)

Asyik layan romantic comedy je..
Kali ni layan melodrama pulak..

Heroin My Girl.. dlm drama ni nama dia Jang Mi Ri
Hero pulak Mickey dr JYJ atau dulu dikenali sbg DBSK..
Klu sapa igt.. hero ni gak hero Sungkyunkwan Scandal..

Jang Mi Ri..
Ditinggalkan oleh keluarga kat rumah anak yatim..
Menjadikan dia seorang yang ganas, mementingkan diri dan sangat tamak..

Dijual menjadi GRO kat Kelab sbb nak settlekan hutang ayah tiri..
Kemudian lari ke Korea dan bekerja di sebuah hotel..

Dicintai oleh dua orang jejaka yang sama2 terlibat dalam dunia perhotelan


Yutaka @ Song Yoo Hyun..
Ni perwaris hotel yg berpengkalan di Jepun dan Korea..
Dia pun ada masalah gak ngn mak kandung..
Dan lebih rapat dengan mak tiri dia..

Jumpa heroin kat hostel hotel..
Jadi rapat dengan heroin sebab mereka kongsi perasaan yang sama..

Perasaan diabaikan oleh ibu kandung..

Masa depa ni hampir-hampir nak bersama..
Mak hero ni dapat tau yang heroin dulu pernah keje GRO..
Menambahkan lagi konflik yang sedia ada..

Jang Myeon Hoon..
Masa heroin keje bawah pengurusan dia..
Mula-mula tu dia rasa jengkel gak dengan heroin..
Siap nak pecat heroin.. sbb dia ni jenis tak boleh terima salah orang..

Lama-lama-lama..
Eh, dia pulak jatuh cinta kat heroin..

Mun Hui Joo...
Ni watak sambilan je..
Dia kenal heroin masa kat rumah anak yatim..



Aku tepek sinopsis kat website Miss Ripley ni dulu..
Kang bila dah menonton..
Aku review dalam bahasa Melayu..

Two very different men fall in love with Jang Mi Ri,
a woman whose life is a complicated web of lies,
propelled by her greedy desires that stem from an unfortunate childhood.

Jang Myung Hoon is an ambitious hotelier
who maintains perfect control of himself and his life,

while Yutaka is the warm and gentle heir of a Korean-Japanese hotel conglomerate.

Their love for Mi Ri and her tragic ambition eventually leads them down the path of destruction.
.
.
.

Tuesday, July 26, 2011

Keputusan Timbangan 7 - Keseluruhan



Semakin berwarna-warni :)

PETUNJUK

Oren - tersingkir sbb tidak beri komitmen
Hijau - penalti tak anta result
Merah - penalti naik berat
Merah font putih - tersingkir sbb 3 kali naik berat

Pemenang berat turun paling banyak iaitu 1.8kg
Halimatun peserta nombor 32

Pemenang LWP tertinggi iaitu 2.48%
Jue Rayyan peserta nombor 47
(3 hadiah akak kena bagi ni ;))

Ulasan secara keseluruhannya..
Moral semakin down sebab pemenang dah nampak..
Pastu nak puasa minggu depan..
Menyebabkan minggu ni semua org sibuk nak makan..
Pastu dah wujud lak GENG PASRAH..
Akak tak join.. cuma jadi Pengawas je..
Ketua Kelas dia minggu ni makan sedap-sedap je..

Seperti yang diberitahu semalam..
LWP lepas 10% ada seorang sahaja..
LWP hampir 10% ada 2-3 orang..
LWP lebih 8% ada 3-4 orang..
.
.
.

Monday, July 25, 2011

Program Diet Ramadhan - BAGI YANG KELIRU

Bermula 25 Julai hingga 30 Julai..
Peserta perlu hantar 2 keping gambar
ke diet_lwc@yahoo.com

1- Gambar full body (berkepala, berkaki dan bertangan)
2- Gambar timbangan pada masa itu

Ini untuk rekod saya sahaja..
Tidak akan dipaparkan di mana-mana

Kemudian,

Pada pagi 1 Ramadhan bersamaan 1 Ogos..
Sila timbang dan snap gambar.. (gambar bacaan timbang)
Kalau rajin boleh emel.. update kat blog sndr.. kat FB masing-masing..
Kalau MALAS..
Just masuk group FB PDR..
Dan update pada document yang ada di situ..
(boleh tanya otai2 dalam tu kalau tak reti)

PASTU SILAKAN DIET DENGAN APA CARA SEKALI PUN

Pada pagi raya.. 1 Syawal bersamaan 31 Ogos 2011
Sila timbang dan snap gambar diri dan gambar timbangan
(khas untuk yang rasa boleh menang je :))

Pada yang berat naik 5kg daripada berat asal..
Tak payah susah.. duduk ontok-ontok..
Pi layan ketupat, lemang, rendang apa sumer tu..
Tambah lagi barang 2-3 kg..

Kemudian.. dalam tempoh masa semgu.. (1 sept-7 sept)
Segera laaa emel gambar2 pagi raya tersebut..

Pemenang akan diumumkan pada 10 September 2011..

OK.. mudah jekan..

Kalau keliru jugak..
Boleh PM akak tanya ;)
.
.
.

Bagi prektis


Agak terlambat mengajor Hasya ni naik stroller..
Abang dia dulu.. umur 2 bulan lebey..
Dah hangkut ke mana-mana dengan stroller..
Sebabnya Kalep dulu sangat bam-bam..
Tak cam Hasya ni.. lambat naik berat..
Maybe pasal minum susu mami kot..

Ni nak pi holiday..
Kena laaa practise2 duduk dalam stroller..
Camtu laa gaya dia..
Kemain menganga lagi..
Tu baru dalam rumah..
Bawak keluar rumah.. lagi dia jerit kuat..

OK!! tak payah naik stroller..
Kemain suker lagi dia..

Nmpk gayanya kena laa bawak carrier..
Sakit tulang nak dukung je sepanjang holiday ni..


Ni gambar Khaleef masa sebaya dengan Hasya, 6+ bulan...
.
.
.

Sunday, July 24, 2011

PROGRAM DIET RAMADHAN - Attention Untuk Peserta

Sebelah kanan (bwh chatbox) adalah senarai yang mendaftar..

NAMUN, anda baru pre-registration je tuh..
Nama anda akan betul-betul masuk contest..
Setelah syarat-syarat di bawah dipatuhi :)

1- Sila emel gambar diri dan gambar timbangan
diet_lwc@yahoo.com
(boleh hantar antara 25/7/2011 hingga 31/7/2011)

Nyatakan

No. Peserta :
Nama Penuh :
Berat Sekarang :
Berat Idaman 1 Syawal :


2- Sila join group FB Program Diet 50 Hari
(later akan tukar ke Program Diet Ramadhan)

* yang takde FB account, sila maklumkan melalui emel


3- Update berat di group Program Diet Ramadhan pada
1 Ramadhan bersamaan 1 Ogos 2011



Setelah melakukan 1-2-3, barulah officially anda dalam contest..

Senang jekan..

Lama tu masa diberikan untuk snap2 gambar..
Ada 7 hari.. takkan tak sempat kot..
Ini laa yang menjadi penanda aras anda serius atau tidak mahu kurus..
Kalau setakat 1-2-3 pun malas nak buat..
Sila redho anda akan gemuk selama-lamanya... :))
.
.
.

Timbangan ke-7

Liat betul nak cecah 117kg..
Eeeeee...

Berak dah berak..
Pam dan pam..

Bermula dengan 120.4..
Skang baru 118.1..
Baru turun 2.3kg..

Harap-harap sebulan puasa ni..
Cecah laa 115kg..
Last aku berberatkan 115kg di pagi raya..
Adalah raya 2008..
Giler punya lama ;)

Apa-apa pun..
Untuk yang lain-lain..
Cercepat laa hapdet hokay..

Akak yang beranak dua..
Sorang berkeriau pagi-pagi..
Sorang tak tentu hala pagi-pagi..
Masih menten dapat timbang selepas mandi setiap Isnin..

P/S: INFO UNTUK PROGRAM DIET RAMADHAN AKAN MENYUSUL SELEPAS INI
.
.
.

Friday, July 22, 2011

Memang best layan di Sabtu yang mendung...


Rocky Labu tengah lawan dengan Joe Labi :))
.
.
.

saya benci lipat kain!!!

Benci tau..

Sangat-sangat lak tu..

Jangankan tengok kain..
Tengok bakul kain je dah mual..

Dulu masa peknen Hasya..
Mak kandung aku datang rumah sebulan sekali..
Tolong lipat kain..

Laki aku plak akan lipat baju-bajan Khaleef..

Ni yang rasa nak peknen balik :))
.
.
.

Thursday, July 21, 2011

Kalep dan Waled



Waled ni kawan baik Kalep kat sekolah..
Depa ni sebaya.. tahun ni 5 tahun..
Cikgu selalu confuse..
Rupa dekat2 nak sama.. tinggi lebih kurang..
Nama pun dekat-dekat...

Rupa-rupanya aku pun ikut keliru..

Semalam ambik Kalep..
Beriya2 aku lambai si Waled ni suh datang...
Pastu dia tanya

"Kenapa mami Kalep?"

La.. aku dah salah panggil anak :)
.
.
.

Wednesday, July 20, 2011

Pengkhianat Negara????

Hehehe.. seriyes bunyi tuduhan tersebut...
Topik perbincangan di wall FB aku hari ni..

Ada seorang patriotik negara melangkah masuk PID..
Selepas meluah rasa pasal hal anak beranak dia..
Pastu politik semasa..
Aku dah cam burung belatuk patah leher..
Terangguk-angguk ntah bape puluh ratus kali..

Tetiba masuk pulak bab Astro Indo Pek ni..
Cam-cam hujah laa dikeluarkan..
Sampai sapa yg subscribe cenel ni..
Disamakan dengan pengkhianat negara!!!

Hehehe.. layankan jelah..
Orang tengah bersemangat tu..

Tapi bila difikirkan secara mendalamnya..
Ada betul jugak..
Kalau kat sana..
Jangankan siaran berbayar.. bagi siaran free TV M'sia pun..
Jangan harap depa nak tengok..
Tu belum masuk mengutuk M'sia macam-macam kat forum.. blog.. FB..

Tetiba orang M'sia yang baik budi murah hati..
Siap nak bayar lagi tetiap bulan untuk siaran TV depa..

Aku sebelum ni layan gak kekadang drama depa ni..
Masa tu Inche Izman kat Mambang..
Pastu Kalep sorang yg pandai bawa diri masa di rumah..
Maka banyak laaa masa nak tgk drama2 low quality depa ni..

Jalan citer sama semedang..
Asyik2 orang kaya cinta sama orang miskin..
Pastu eksiden.. buta.. masuk spital 40-50 kali..
Pastu anak hilang.. anak tertukar..

Skang ni.. akak hanya layan TBL je hokay :)

Apa pun, tepuk dada tanya selera..
Sendiri punya duit.. ikut suka la kan nak melanggan ke tidak..

Cuma nak pesan..
Kalau yang ada maid seberang tu tak yah laa melanggan..
Kang anak2 kamu dia jaga pakai kaki je..
Mata tu asyik nak ke TV manjang..
.
.
.

Pagi ni busy..

.
.
.

Tuesday, July 19, 2011

Sudah merangkak..


Cepat lak aku rasa peralihan dari menjulur ke merangkak..
Tapi takde laa laju lagi..
Merangkak 2-3 tapak.. pastu menjulur balik..
Tapi dalam slow-slow tu..
Satu rumah gak laa dirayaunya..

Minggu lepas cek 6 bulan kat klinik..
Berat naik sikit je 300 gram..
Nurse kata normal bg baby hisap susu badan..

Minah nikan.. masa belum boleh makan..
Kemain lagi nak makan..
Skang dah boleh makan.. haram nak makan..

Yang dia nak makan.. apa yang mami dia makan..
Kek.. roti.. ikan..
Kalau bagi nasi bubur dia.. nestum ke.. Farley ke..
Memang dijuah balik keluar..
.
.
.

Can You Hear My Heart

Citer ni panjang... 30 episod :)
Secara jujurnya aku belum sempat tengok..
Tapi aku review jugak berdasarkan tengok sikit-sikit..

Setakat dah tengok ni..
Drama ni best :)
Family romantic drama..

Hero yang paling kanan.. hero lama ni..
Hero no.2 belah kiri..
Heroin tengah-tengah..
Ni citer pasal kaya raya gak ler..



Heroin dibesarkan oleh seorang ayah tiri yang cacat mental..
Wpun dia genius orangnya..
Tapi demi melindungi ayahnya..
Dia pura-pura jadi pompuan dungu..
Mak dia pulak pekak..

Hero pulak.. (Hero 100 Days With Mr Arrogant)
Kenal heroin sejak dari kecil kat kelas piano..
Satu hari bila dia bangun tido..
Tak semena-mena dia tidak boleh mendengar..

Keluarga dia yang kaya raya anta hero ke oversea..
Kat sana dia belajar baca gerak mulut..

Bila balik Korea.. dia berpura-pura dengan semua orang..
Cam dia boleh dengar..
Padahal tak boleh pun..

2nd hero.. sebenarnya abang tiri heroin..
Sebelum jadi abang tiri.. heroin mmg minat kat dia..
Pastu dia baik sangat dengan hero..
Hero dah anggap dia cam abang sendiri..

Dia ni suka mendominasi semua perkara..
Percaya dia boleh mengubah takdir..
Dia simpati dengan hero yang pekak..
Tapi dalam masa yag sama dia cemburu..

2nd heroin pulak..
Kawan baik hero ngn 2nd hero masa kat oversea..
Tapi bila balik Korea..
Tumpuan pada dia kurang disebabkan heroin..
Maka dia pun cemburu..

Apakah kesudahan drama ni?
Aku pun tak tau sbb belum tengok habis.. :)
.
.
.

Keputusan Timbangan 6 - Keseluruhan




Nampaknya warna MERAH semakin mendominasi..
Kebiasaan yang sangat biasa dalam program diet online..
Bila tengok orang lain makin banyak turun..
Dan kita tak turun-turun..
Maka, baik makan je macam biasa..
Maklum laaa.. pemenang cuma 1 :)

Ada 2 timbangan sahaja lagi..
Timbangan ke-7..
Dan timbangan FINAL pada 1 Ramadhan..
Jangan lupa ye..

Pada yang meneruskan perjuangan ke PDR..
Jangan lupa snap gambor full body & timbangan..
Yang rasa setakat turun 1kg - 2kg (cam I)..
Tak payah wat apa-apa :)
Puasa je ontok-ontok..

Nanti akak senarai pendekkan peserta-peserta yg kena anta
(yg LWP melepasi 10% sahaja)
1- gambar full body
2- gambar timbangan terakhir

PEMENANG MINGGU INI..

Adalah pemenang ulangan..
JueRayyan dengan penurunan 3kg.. LWP 4.72%
.
.
.

Monday, July 18, 2011

Amad Kalip Ais

Dah dua minggu batuk..
Dia nikan ada semput..
So, bila cuaca berjerubu...
Kesannya agak teruk la pada Kalep..

Semlm.. sbb makin teruk nmpknya..
Bawa g jumpa Pediatrician..

Masuk dalam bilik doktor..
Dia sndr citer apa tak kena dengan dia..

Pastu doktor tanya.. MINUM AIS TAK?
Kalep jawab.. YA
Doktor sambung.. PASNI JANGAN MINUM AIS LAGI
Kalep jawab..

MANA BOLEH.. NAMA KALEP..
AMAD KALIP AIS..
KENA MINUM AIS MAMI CAKAP..

E-eh.. aku pulak!!

:))

Sunday, July 17, 2011

Program DIET RAMADHAN :)


Seperti yang diwar-warkan dalam group PD50H di Facebook..
Selepas tamatnya PD50H iaitu pada 1 Ramadhan..
Sesiapa yang berminat..
Boleh terus sertai PDR (Program Diet Ramadhan)

Tiada yuran penyertaan..
Tiada syarat-syarat mingguan..
Tiada berat minimum..

Hanya perlu hantar..
1- gambar full body & timbangan pada 1 Ramadhan..

2- gambar full body & timbangan pada 1 Syawal..

(maknanya kena bawak timbang balik kampung :))

Perincian pada entry yang lain..

Kali ni kita tak layan LWP dah :)
Kita layan berat turun paling banyak...

Cara nak sertainya sangat mudah..

Nanti ada satu entry untuk PDR..
Tinggalkan diruangan komen
(JANGAN EMEL @ SMS @ MMS @ PM KAT FB - i tak layan)

Nama:
Berat Sekarang:

Hadiah..

Nilai di cek Nuffnang tu akak bagi pada pemenang..
Hadiah iringan (akan dicari sponsor kemudian)
.
.
.

Timbangan ke-6

Turun ler 200 gram..
Jadi ler..

Malam tadi makan nasi nala punya banyak..
Mander (mak saudara Inche Izman)..
Masak rendang daging.. udang masak rempah..
Pastu aku ngn Izman UP pulak dengan sate..

Masih mahu mengekalkan cara yang sama..
Iaitu dengan tidak makan malam :)

Rasa cam berkesan..
Cuma Sabtu Ahad menjadikan semua kacau bilau..

Kalau Sabtu dan Ahad tak duduk rumah..
Mesti boleh turun lebih 1kg seminggu..
Selalu hari Jumaat aku timbang.. mesti dah turun sekilo lebih..
Tapi.. Isnin je.. mesti turun takat berat bulu je..

Anyway, pertandingan tinggal 3 minggu saja lagi :)

JANGAN PUTUS ASA..

CHAIYOK!!!!!
.
.
.

Saturday, July 16, 2011

Segmen Tajaan - CuCuCamber Plus Size Style


Jauhi kelaziman :)
Selalunya orang berbadan XXL - XXXXL ni..
Hanya melayan t-shirt muslimah.. tak pun baju beli kat bundle..
Sekali-sekala bila berduit..
Leh laa wat blouse @ seluar custom made..

Skang tidak perlu lagi..
Anda boleh bergaya sakan..
Butik CuCuCamber, menawarkan pelbagai pilihan pakaian..
Khas untuk kamu yang chomel tak hengat!!

Ni facebook kedai..
Leh add.. lebih senang nak contact tuan punya kedai..
Dalam tu pun.. kalau g bahagian photo..
Leh tengok pelbagai koleksi yg seriyes sangat CUN!!


Nmpk kat gambar cak kecik-kecik..
Tapi tak ye..
Plus Size bermaksud saiz yg banyak X + L :))

Dari blouse yang biasa-biasa untuk bawak jenjalan hujung minggu..
Sampai laa ke blouse g keje..
Couture pun ada tau untuk g function istimewa..

Pendek kata..
Tak payah malu-malu nak g function yg glam-glam..
Sebab kamu pun boleh glam dengan koleksi cucucamber ni..


Ni contoh saiz yang ada..
Kira kalau yang ukuran badan 50" 55" 60"
Tak payah rerisau..
Confirm jumpa saiz kalau kat sini..

Tak payah nak merah2 muka kat shopping complex..
Bila salesgirl tu panjang atas bawah depan belakang..
Pastu habaq "SORRY KAK, SAIZ BESAR AKAK NI TAKDE!!!"

Harga?!!!

Part ni paling best..

Kalau kamu pergi butik2 Plus Size yang biasa..
Tak genggam 4-5 ratus.. jangan masuk ye..
Nak-nak yang CC dah smpi credit limit tu..
Tak payah lalu laaa..
Kat situ mmg mahal berdegung kalau baju2 Plus Size ni..

TAPI... kat CuCuCamber..
RM100.00 anda boleh dapat 2 helai blouse..
Tak pun sehelai blouse + sehelai seluar atau skirt..

Ye... jangan tak percaya..
Memang sangat murah dan berbaloi-baloi..
Pastu kalau kena timing yang sesuai..
Tokei kedai akan buat BIG SALES.. :)

Oleh itu...

Nak raya sakan melawa..
Boleh laaa melawat..


Xperia X8

Terpaksa melupakan Acer Iconia Tab W500..
Wpun sudah order :)

Sebab fikir-fikir balik.. RM1699..
Hanya dapat memori 32G.. tanpa 3G..
Sangat tidak berbaloi untuk tokei bahan bakar spt aku ni..

Juga terpaksa melupakan Ipad 2..
Tak berbaloi habiskan dekat 2K..
Setakat nak menjakun internet atas katil..

Samsung Galaxy Tab..
Ada terfikir gak..
Tapi sangat jangok lak rasa telefon besar buku sekolah..

Pastu fikir..
Lantak laaa...
Layan jelah K800i aku tu smpi bernanah..
Duit yang ada tu..
Baik beli laptop yang berkuasa tinggi..
Sejajar dengan kerja sampingan aku skang ni..
At least ada 3 biji laptop..
Takde laa sendu sangat time order tgh banyak..

Tetiba semlm.. kat Econsave Batang Kali..
Ada minah ni promote kat aku Xperia ni..
Katanya hari ni promosi.. harga murah..
Aku pergi 3 lagi kedai handphone..
Semua pun sama promote Xperia X8 ni jugak..
Kapal Xperia ni baru mendarat kot..

Tapi xde satu kedai pun yang terima Debit Card..
Bukan Credit Card ek..
CC aku dah digantung atas permintaan sendiri :)
So skang langsai hutang tanpa menambah hutang..

Gitu gini gitu gini..
Terus hambek beli.. Hajah Norlia bayarkan dulu..

Itu sejarah pembelian..
Review nanti di entry lain..
Ada OK ada tak OK..
Tapi dah beli.. layan jelah..
At least dpt gak aku berfacebooking.. youtubing.. atas katil..

Paling syiok..

VIA ANDROID!!! untuk Isteri Solehah..
Esok aku sarapan kat KFC hokay!!!
.
.
.

Thursday, July 14, 2011

Tengah marah...

Jangan kaco..
Aku tengah konsentret ni..
Hasya sedap berenjut sorang2 dalam buai..
Kalep dah anta semlm g umah nenek..
Papa pergi keje..

AKU?!!!

Tengah marah ni...

p/s: tengah membatak main Angry Birds.. :)
.
.
.

Spekulasi..

.
.
.

Wednesday, July 13, 2011

Camne nak buat?!!!

Abang Kalep.. sedang menghadapi sindrom cemburu melampau..
Kadang2 aku layankan je..
Kadang2 boleh hilang sabar jugak..

Dia skang tak mau mandi sendiri..
Tak mau bersiap baju sekolah sendiri..
Tak mau makan sendiri..

Semua nak harap mami buat..

Dia sengaja sebenarnya..
Kadang2 baru sangat lepas menyusu botol..
Tengok aku kepit Hasya dalam bilik..
Dan-dan tu nak susu lagi.. susu lagi..
Pastu takmo Papa buat.. nak mami jugak..
Selagi tak dapat..
Selagi tu membising dalam bilik smpi adik tak leh tido..

Semua mainan adik.. dia rampas..
Mainan dia.. adik jangan usik..
Apa yang adik nak main.. itu la jugak dia nak main..

Yang si Momel Montel ni pulak..
Mainan abang... kete bomba.. motobike..
Hat tu pulak dia minat nak main..

Kalep bukan tak sayang adik dia..
Sayang sangat..
Kalau aku suh ngasuh adik dia dalam bilik..
Dia tunggu tak gerak2 takut adik jatuh katil..
Kalau sejam aku kat dapur.. sejam laa dia mengagah adik dia..
Tak pernah dengar Hasya gelak kemain suka kecuali kalau dengan abang dia..

Kadang-kadang aku berprasangka gak..
Mana tau dia cemburu smpi sanggup mencederakan adik dia..
Minta-minta dijauhkan laa...
.
.
.

Segmen Tajaan - The Cheapest Village



Kedai ni menawarkan pelbagai barangan..
Mainan, barang dapur, barang rumah..
Makanan kesihatan, kasut..

Barang-barang pulak ada 2 jenis...
Brand new dan preloved..

Kalau anak anda gegirl..
Dia mesti teruja dengan package-package mainan pembelajaran yang ditawarkan..

klik SINI untuk lihat barangan..

Mainan masak-masak.. mainan mekap-mekap..
Lagi main2 berlakon ada anak..
Siap ada khemah lagi..

MR.. kalau Mencah tengok ni mesti teruja habis :)

Ni satu lagi produk istimewa..
Kasut girl handmade..
Ni dah masuk tahap Jimmy Choo tau..
Siap ada kasut custom made..

Cara penempahan apa sume..
Boleh tengok kat FB kedai ni..
CHEAPEST SHOPPING VILLAGE
Pastu klik tang Photo Album..

Akhir kata..
Jangan lupa jengah kedai Kak Mimi kiter ni ;)