Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Monday, October 31, 2011

Mimijumi...


Penyelesaian untuk baby BF yang kena isap botoi..
Time mak pergi keje..

Aku teringin gak ni nak tukarkan Hasya ke botol ni..
Tapi dok pikir panjang lagi ni..
Selain dari harganya agak mahal..
Sebiji = Rm90.00..

Takut gak nanti Hasya takmo lak guna botol ni..
Baby yang BF ni agak sensitive sket dengan botol..
Bukan senang nak ajar depa membotol..

Aku lak, alhamdulillah..
Sebab ajar cepat Hasya membotol..
Dari hari pertama dia lahir.. dia dah membotol..
Pastu masa dalam pantang, aku perah susu masuk botol..
Sebelum tido kasi membotol dulu..
Jadi, bila tinggal dia ngn BS..
Mmg takde masalah..

Tunjuk gambar botol ni kat Kalep..

EEE Mami, sama cam Hasya isap!!

heheheh :)
.
.
.

Mentang-mentang periksa no. 1 per 10..


Seperti pagi-pagi biasa..
Kalau aku tak siapkan dia pergi sekolah..
Alamat tak payah pergi lansung..

Pagi ni masa tengah pakaikan baju..
Cakap laa kat dia..

KALEP NI BILA LA NAK PANDAI SIAP SENDIRI..

Jawab dia.. NANTI LA MAMI !!

NANTI SAMPAI NONOT BESAR KE?

MAMI NI!!
NONOT MEMANG LA MEMBESAR SEBAB IA TUMBUH..

TUMBUH?!!!

OTAK MAMI NI TAK BERSAMBUNG LA..
TULAH TAK NAK MINUM SUSU..

Ewaaaahhh..
Otak aku pulak yang tak bersambung.. :))
.
.
.

p/s : Nonot itu ialah &*^%&^$&^%&$ :))

Saturday, October 29, 2011

Abang yang konon sayang adik :)

Semalam.. hantu memunggah merasuk si kenit...
Wpun hari2 biasa pun dia memunggah..
Tapi semlm, kemuncak segala memunggah..
Setiap tempat yg dia benti..
Dia kombahkan dulu..
Pastu berlalu pergi..

Dah geram tu..
Mami cakap ler..

HASYA NI KANG MAMI ROTAN BARU TAHU!!

Tetiba abang Kalep nakjadi superhero...

JANGAN LA ROTAN HASYA.. SIAN DIA KECIK LAGI..

CAMTU MAMI ROTAN KALEP SBB TAK JAGA ADIK..

OK MAMI, ROTAN LA HASYA..
.

.
.

Thursday, October 27, 2011

Owang tu JELES :))


Kenapa muka MIJ takde?

Sebab..

Sebab tak teringat pun kat MIJ masa create background ni :))

Hahaha..

Jeles dengan anak sndr!!!
.
.
.

Wednesday, October 26, 2011

Dapat no.1

Tahun lepas..
Wpun Kalep baru 4 tahun..
Mami agak kecewa bila Kalep dapat no.15 dr 18 org..
Wpun result semua buleh tahan..
Bahasa Cina je tak skor..
Yang lain sumer atas 90..

Tahun ni..

Hehehehe.. wpun per 10 orang je..

Yang penting... Kalep dapat no. 1...
Lagipun.. hanya orang yg betul2 penyibuk je akan tanya..

ANAK KO NO.1 DARI BAPE ORANG?

Korang sumer tak menyibukkan? :))

Tak kesah!!!

Janji dalam report card dia tulis nombor satu...

ANAK AKU DAPAT NO. SATU WOI!!!!!!
.
.
.

Princess Man


Kalau drama-drama ala dolu-dolu ni..
Memang jadi peberet all the time aku.. :)
Drama ni lebih kurang Romeo & Juliet version Dinasti Chosun..


Sebab apa tau...
Bapa kepada hero dan heroin adalah MUSUH KETAT...
Depa rela bunuh anak sendiri..
Dari bagi anak2 hidup bahagia dengan cinta hati masing-masing..

Lagipun, zaman2 camni..
Nak-nak lak hero ngn heroin anak org2 kenamaan..
Memang takde istilah cari jodoh sndr..
Jodoh mereka ditentukan oleh ibu bapa..


Hero adalah anak Perdana Menteri..
Yang merupakan orang kepercayaan Raja..

Manakala heroin pulak adalah anak kepada adik Raja iaitu Putera Su Yang..
Putera Su Yang ni jahat giler..
Misi dia nak merampas takhta daripada abang dia..

Untuk melindungi putera mahkota dan puterinya..
Raja berhasrat mau menjodohkan tuan puteri dengan hero..
Namun, Putera Su Yang berjaya menghalang perkahwinan tersebut...

Yang depa dua ni pulak..
Tak saling mengenal antara satu sama lain..
Kira depa tak tau laaa yang ayah depa musuh..

Yang heroin menyamar jadi puteri raja..
Sebabnya puteri raja tak mau pi kelas..
Hero pulak pensyarah..
Masa heroin menyamar ni la depa jumpa..
Dan akhirnya jatuh cinta...



Sampai laa kemuncak pemusuhan depa...
Bila Putera Su Yang bunuh bapa dan abang hero..
Bunuh semua menteri-menteri, kawan baik hero dan putera raja..
Kawan baik dia berpaling tadah menjadi pengikut Su Yang..

Akhirnya Putera Su Yang naik jadi raja..

Hero lak cuba nak bunuh Putera Su Yang..
Masa tu la baru dia dapat tau..
Yang kekasih dia rupanya anak Putera Su Yang..

SINOPSIS DARI WEB

Kim Seung Yoo (hero) used to be a charming and lovely man who knew how to have fun in life, but fate has pushed him to the limit. He lost his family, being cast away and experienced the near-death situation several times, found out that his very best friend (Shin Myeong) contribute in the bloodbath war…and the worst of all, it was the father (Grand Prince Suyang) of the girl he loved (Se Ryeong - heroin) who mastermind everything.

After succeeding to come back to the city alive, his only aim in life was to get a revenge. Even though he knew that his girlfriend was very miserable, he planned to use her as a mean to avenge his family. On the day of Se Ryeong wedding with Shin Myeong, Seung Yoo kidnapped her.
Prince Suyang together with Shin Myeong and a troop ran after them. Seung Yoo lured Prince Suyang to the mountain with Se Ryeong as his hostage. Seung Yoo shot him, but Prince Suyang had prepared everything that he wore an armor under his shirt and pretended to die. Shin Myeong aimed to shoot Seung Yoo but to everyone’s surprise Se Ryeong covered her body to take the shot.

Seung Yoo’s feelings has been in a great dilemma since then. At first he put away all his love for Se Ryeong and focus on his revenge, but then having Se Ryeong saved his life… Se Ryeong even asked him to run away together with her to a remote area…


Apakah kesudahannya?

Berjayakah hero bunuh bapak heroin?
Heroin kahwin tak dengan 2nd hero?
Apa jadi dengan keluarga raja?
Hero ke yang mati?
Heroin ikut sama mati?
.
.
.





NO INTERNET - hal2 bahan bakar, SILA SMS


Huhuhuhu...

Modem ni kan..
di saat2 akhir waktu aku bekerja laa nak jahanam pun..

Ada lebih kurang 2 bulan lagi nak bersara..
Dok fikir panjang ni..
Berbaloi ke aku nak belikan baru..

Ye... PID dah bangkrap..
Duit sesen pun takde..
Semua benda mengharap duit pengurus tenung dinding bg retak ni..

Kalau tak beli..
Abih kutu-kutu aku semua mati..

Kalau beli..
Duit haku jugek!!!!!
.
.
.

Tuesday, October 25, 2011

Happy Deepavali

Kawasan rumah aku senyap je tahun ni..
Jiran kaum india aku 2 buah rumah dah pindah...
Hujung mgu lepas depa pindah..
Tak sempat nak wish Happy Deepavali..

Selalu rumah depa laa memeriahkan keadaan..
Malam sebelum deepavali..
Siap pasang lampu disko kat laman rumah..
Pastu berpesta smpi ke siang..

Kalau bab mercun lak..
Dah 2 tahun...
Time Deepavali lagi hebat dr tahun baru Cina..
Cina sini dah tak minat kot nak main mercun..

Apa-apa pun..
Untuk semua yang merayakan Deepavali..

SELAMAT MENYAMBUT DEEPAVALI
.
.
.

Monday, October 24, 2011

Kisah dan Tauladan - MAMI JANGAN TERLALU YAKIN


Kemain suker lg abang Kalep..
Smpi terkeluar gigi arnab..
Maklum laa.. dah lama dia ngidam nak menan angry bird ni..

Tapi, mami tak hingin nak belikan..
Dah laa kecik2..
Harga mahal tak hengat..


Mami nak tunggu smpi demam angry bird reda..
Time tu.. kalau pi kedai RM2 RIA..
Confirm melambak2 menan angry bird ni..
Dengan harga RM2 sahaja :)

Tapi Kalep nak jugak..
Nak jugak..

Maka, mami kena cari idea..

Perjanjian perlu dibuat..
Kena cari perkara yg takkan Kalep dapat tunai punya..



KALEP KENA DAPAT SATU KOSONG KOSONG 
KALAU NAK MAINAN ANGRY BIRD!!

Kan dia peksa hari tu :)

Mami dengan penuh tawaduk nyer..
Sangat mempercayai..
Takkan ada satu paper pun akan dapat 100..

Maklum laaaa...
Dah laa lansung tak study..
Hidup dia hanya PS, games, Playhouse Disney, menan..

Lagi diperkuatkan dengan hujah2 nenek, wan, aki, mak long, ibu dll

BIAR LAA.. DIA KECIK LAGI!!!










 Matematik & Bahasa Arab dapat SATU KOSONG KOSONG


Paper2 lain buleh tahan laaaa...
Paling hazab Jawi..
Hanya dapat 48 markah jer..

Apa apa pun..
Selaku mami... tentu jelah aku bangga dengan pencapaian Kalep..
Maknanya kalau betul jagaan dan didikan..
Kalep boleh mencapai sesuatu..

Mami tanya gak pada dia..
Kenapa yang lain tak SATU KOSONG KOSONG?!!

SEBAB.. CIKGU SUKA NOMBOR LAIN...
KALEP JAWAB SEMUA BETUL..


:))





Sunday, October 23, 2011

PASTA


 

Drama ni tengah main kat TV2 hari2..
Malangnya adalah hari-hari bekerja..
Atas permintaan ramai..
Seminggu tau akak memproses ini drama :)

Drama ni genre romantic cooking...
Ada ke romantic cooking?
Bantai :))


Ni heroin..
Dia bercita-cita nak jadi chef italian cuisine..
Sedang bekerja sebagai kitchen assistant kat sebuah restoran Itali..

Pada satu hari hero masuk keje..
Dia berkelulusan kulinari dari Itali..
Membuatkan heroin membuak2 semangat nak belajar dari hero..

Namun, hero telah memecat sorang demi sorang pekerja perempuan..
Sehingga laa tinggal heroin sorang je..
Nasib baik, pemilik restoran menyelamatkan heroin..



2nd heroin adalah girlfriend kepada pemilik restoran..
Dia juga merupakan chef Italian Food yang terkenal..
Jadi, bila dia masuk keje dlm restoran yang sama..
Persaingan semakin hebat..

Rupa-rupanya..
2nd heroin adalah ex-gf hero masa kat Itali..
Depa putus sebab 2nd heroin ni curi resepi hero..
Untuk memenangi sebuah pertandingan masakan di Itali..


Hero ni memang jenis tegas giler..
Selalu je buat heroin terasa hati..
Tapi dalam senyap2 dia suka lak pada heroin..
Yang nak tambah kompleks..
2nd hero iaitu pemilik restoran pun suka gak pada heroin..

Siapa yang dapat?
Tercapaikah cita-cita heroin?

;)

 



Friday, October 21, 2011

Uniform baru Pos Malaysia




Igtkan dapat t-shirt free ;)
Rupanya pasni semua pekerja Pos Malaysia akan pakai uniform..
Posmen akan mengekalkan uniform lama depa..
Manakala kerani termasuk pos master akan pakai uniform biru ni..

Hehehehe...

Memula pakai nampak encem je..
Tapi.. lelama pandang..

EH, BIE.. CAM UNIFORM KILANG JER..

Pastu makin dipandang2..

CAM UNIFORM CLEANER PUN ADA..

Hehehe..

Janji FREE ;)



Thursday, October 20, 2011

Isu TUDUNG


Tak pasal2 jekan Yuna.. :))

Pandangan saya ye?!!!

Pada pandangan saya..
Lansung tak menyerupai pun biarawati tersebut..
Kalau dikatakan menyerupai mereka-mereka itu..
Artis tersebut akan memakai warna yang sama..
Dengan tanda salib di rantai..
Dan membuat muka suci murni cam tak pernah buat dosa..
Itu barulah dikatakan menyerupai..

Atau pun..
Time berjalan-jalan..
Tetiba ada orang tanya..

AWAK NI BIARAWATI KE?

Ni baru betul-betul menyerupai..

Tapi ini pada pandangan aku tau..
Jangan lak ada yang salah anggap kata aku ni
Menyokong sangat pemakaian tudung berfesyen-fesyen kemain lagi ni..

Aku takde peduli pun tentang fesyen2 tudung ni..
Tudung aku simple je..
Satu pin di dagu... satu pin di perut..

Bagi aku..
Dah pakai tudung tu, kira dah 1 point lebih baik dr yg  tak pakai tudung..
Wpun point-point lain belum diambil kira lagi

Kawan aku pernah komen kat wall FB dia..

KENAPA TAK TUMPUKAN PERHATIAN PADA YANG BELUM MEMAKAI TUDUNG?!!

Betul gakkan ;) peace!!!!



Barbeque SK Lembah Beringin :)


Bukan gambar sebenar..
Tu google je..
Skang dah susah nak snap2 gambor..
Dan Hasya menempel je berdukung ngn mami dia..

Tapi malam tadi mmg bantai smpi sengkak perut hokay..
Tido malam tadi pun.. aku dok tunggu..
Bila nak cirit birit..
Kira redho laaa kalau kena keracunan makanan sbb makan banyak sangat..

Dimulai dengan seafood steamboat..
Memakan ketam, udang, sotong, bebola-bebola..
Selepas itu sambung dengan kerang bakar sepinggan godang...

Ok.. sudah penuh round 1..
Kasi rehat sekejap..
Masuk sick bay, nenen Hasya bagi dia lelap sekejap..

Round 2 dimulakan dengan MIJ membakar ikan & ketam..

Membelasah ikan kerapu, ikan pari, ayam bbq dll..
Kali tak makan banyak sgt..
Sebab seiyes..
Perut dah rasa nak meletup..
Kena lak dipadankan dengan ayor gas kaler hijau..
Lagi laa perut dah rasa membuak-buak..

Apa pun, puas makan hasil2 laut..
Pi beli direct tu kat Kuala Selangor..

Apa pun.. SK Lembah Beringin mmg BEST!!!




Wednesday, October 19, 2011

Hari ini ada lawatan


Lama tau PID ni sunyi tanpa pelawat..
Sat lagi ada yg nak mai..
Tapi seorang jer..
So, tiada jamuan ringan..
Hanya air mineral botol kecik sbg hidangan :)

Lawatan hari ni tak tau lagi apa motif..
Aku pun tak peduli apa kes..
Kalau di countdown..
Ada lebih kurang 70 hari je lagi aku bertugas kat sini..
So, apa nak jadi.. jadi laaaaaaaa...

Pejabat aku ni skang mmg dah cam rumah puaka tau..
Sunyi sepi jer..
PC dari 12 ketui..
Dah tinggal 2 ketui..
Tu pun hazab tahap petala ke lapan..
Guna kejap sangkut.. guna kejap nak restart...
Kalau orang gile guna pun..
Dia pun naik fed-up..

Kefedapan aku tak yah cakap laa..
Asal nak mengajar je terus hangin masuk kepala..
Sian anak murid tu..
Dia sungguh2 nak belajar..
Siap bayar RM50.00..
Tapi servis yg diterima hampagas..

Yg mana betul2 bersungguh tu..
Aku suggest jer pi kat musuh ketat PID..
Takpe laa.. demi kebaikan komuniti jugak..
Apa laa nak diharapkan lagi microsoft 2003 ni..





Tuesday, October 18, 2011

Baby-faced Beauty





Memula nak wat sinopsis pepanjang..
Tetiba ada kerja mendadak lak nak kena siap segera..
So, aku review ala kadar jelah ek..

Genre romantic comedy..

Kisahnya pasal heroin ni..
Yang dah berumur 34 tahun..
Namun, disebabkan muka dia baby-faced..
Menyebabkan dia menipu tentang umurnya yg sebenar..



Dia ni ada banyak hutang..
Pastu belajar pun tak tinggi..
Bercita-cita nak jadi pereka fesyen..

Lepas diberhentikan keje.. dia masuk satu company ni..
Dengan menggunakan identiti adik dia yg berumur 25 tahun..
Kat sini dia jadi junior fashion designer..

Hero plak.. cam biasa laa..
Kalau heroin dah miskin, hero mesti kaya gilbab..
Tapi sebab dia ada sengketa ngn family..
Dia lari dan kerja sepejabat dengan heroin..


Hat ni 2nd hero..
Tuan punya tempat kerja dia yg baru..
Sangat strict dan garang..
Duda anak 1..

Bilakah rahsia umur heroin akan terbongkar?
Siapa yg mengorat heroin?
Adakah 1st hero atau 2nd hero yang dapat?
Siapakah the witch dalam citer ini?

.
.
.





Cengeng !!!!

Patutnya entry ni wat malam tadi..
Baru hangat sket..
Tapi baru separuh jalan tgk drama..
Hasya dah terlentuk atas aku tido..

Pagi ni dah sejuk..

Apa pun..

Venci aku ngn si pasah ni hokay..
Cengeng.. Cembeng..
Merengek-rengek tak tentu hala...
Orang lain pun mati bapak jugak..

Nasib baik Zila Bakarin bagi  PANG!!! sekali malam tadi..
Lega sket aku..

Nak tgu Aril lak kasi lempang kat dia..



Abang & Adik










Sunday, October 16, 2011

Gadis dan bunga ni hari ni sgt meletihkan mami


Ni dia complete set gambar gadis & munger...

Igt nak citer yg comei2 pasal minah ni..
Tapi dari hari Jemahat sebelum aku g Taiping..
Smpi ler ke hari ni..
Takde mende comei pun yg dia buat..

Spt biasa, kalau tido tempat selain rumah dia..
Malam tu confirm kaw-kaw buat perangai melalak dia..
Kena lak g Taiping kali ni 2 kali beralih tempat tido..
1st nite tido umah onyang..
2nd nite tido Seri Malaysia..

2nd nite tu paling hazaaaabbbb..
Dah ler aku penat giler jaga booth..
Malam tu dia wat pulak perangai tak leh tido..
Hidung tersumbat.. menangis sepanjang malam..
Yang abang lak, siang tu melampau lama mandi kolam..
Malam siap laa.. dengan batuk.. selsema..

Hari ni masih kat rumah lagi..
Cuti perjalanan balik..

Tau jelah kalau balik o/s ke..
Holiday ke..
Perkara asas yang paling puaka..
Adalah baju-bajan yang tak berbasuh..

Namun, pagi ni laaa..
Hasya wat perangai tak boleh letak dia..
Nak kena dukung medang..

Pastu tadi aku masak kat dapur..
Aku letak kejap jer atas lantai nak potong cili..
Rupanya dia dapat botol sos tiram..
OK.. PECAH!! dia selamat, tp lantai almaklum jelah..
Dalam migrain, selsema, badan panas, rasa nak pitam..
Nak kena gak laa setel dapur kasi bersih balik..

Letak kat depan..
Selagi ada apa boleh punggah dia punggah..

Pastu bawak dia tido..
Tido punya tido.. tetiba rasa baju aku basah..
Aisey, lupa tukar CD.. abih banjir comforter ngn cadar..

HUWAAAAAA!!!

Aku makin tak yakin boleh menjadi SAHM..




Balik dari Taiping...

Dan demam selsema..
Bukan aku sorang..
Semua sekali..

Dari apak, kalep, hasya..
Semua sedang menderita masalah hidung tersumbat..

OK.. mau rehat & tido sama Hasya..

Ye.. hari ni cuti lagi..
Cuti perjalanan balik wpun malam tadi dah balik..

Thursday, October 13, 2011

pre-auswipe




Dah kasi makan..
Dah kasi susu..
Kenyang bulat dua-dua sekali..
Tapi masih tak mengantuk-ngantuk!!

Yang kecik dah 5 kali kuar masuk buai..
Tak gak lelap2...

Huwaaaa!!!!

Camni ke jadi auswipe..

Tak lama dah ni.. lagi 2 bulan 18 hari lebey kurang..
Hati tak sabar..
Tapi seram sbb dah takde punca pendapatan tetap..




Wednesday, October 12, 2011

Esok Ujian Lisan dan Bacaan


Ikutkan esok last periksa..
Tapi disebabkan adalah ujian membaca..
Maka, mami mengambil keputusan..
Tak payah laa pergi sekolah esok..
Baik duduk rumah tolong2 mami jaga adik..
Kan esok malam dah nak bertolak ke Taiping..

Hari pertama periksa Sains..
Disebabkan Khaleef lambat siap..
Sempat laa mami tengok kertas peperiksaan dia..

Rasa nak tarik telinga dia di situ juga..

Soalan no.5 - BULATKAN HAIWAN TERNAKAN
Ada kambing, itik, lembu, ayam, ikan jerung dan katak..
OK.. katak dan ikan jerung berada dalam bulatan..

Soalan no. 7 - WARNAKAN HIJAU BAGI SAYUR-SAYURAN
Lobak warna oren, tomato warna merah dan tambah satu lagi..
Daun kepada buah anggur adalah hijau..

Papa punya komen..

Itu salah soalan laa..
Memang ada org menternak katak dan ikan jerung..

Dan..

Sapa suruh kaler hijau je sumer sayur-sayuran?
Pernah ke tgk lobak kaler hijau?
Pernah ke Kalep jumpa tomato yang kaler hijau?

OK FINE!!

Anak kita berdua memang yang terpandai di dunia :)