Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Wednesday, November 30, 2011

Konspirasi


Setiap kali nama dia naik..
Setiap kali tu nama dia buruk balik..

Konspirasi menjatuhkan Apex?

Boleh baca sinopsis dengan SINI
Dan SINI

Aku ikut gak citer Apek ni..
Nak citer yang lebih cerah..
Sila layan forum cari..

Adakah x-tunang dan akak nyer yang cuba menjatuhkan Apek?

Kalau bukan dia.. Alhamdulillah..
Tapi kalau memang dia..
Bawak-bawak laa bertaubat..
Makin banyak buka aib orang..
Lama-lama nanti aib sendiri terpalit sama..

Untuk Apek pulak..

Dah tau ko tu pemes mengalahkan retis..
Jaga-jaga laa sket perangai tu..
Orang lain pun bercinta jugak..
Bersosial jugak..
Tapi orang di dunia tak minat nak ambik tau tu semua..
Sebab depa bukan goal keeper Malaysia..

Hari tu lepas Sukan Sea..
Akak suker balik kat ko dik..
Cinta mekar seperti lepas menang AFF Suzuki Cup dulu..
Tapi cinta tercalar akibat gossip2 sosial semua ni..

Bertabahlah wahai KFCM :)
.
.
.

Kebosanan..


Mamat ni sejak cuti sekolah..
Hidup dia penuh dengan kebosanan..
Kena lak.. time cuti sekolah, selalunya mami akan busy..
Papa lak.. sbb baru pindah ke pejabat baru..
Cuti dia dibekukan sampai habis tahun 2011..

Ada aktiviti gak sekitar Tg Malim ni..
Ada kelas renang..
Ada kelas taekwando..
Ada kelas piano..

Namun, masa tak kena dengan jadual mami la pulak..
Sabtu & Ahad, payah lak nak kuar..
Sebab si kenit Hasya ada rumah..

Hari bekerja.. mami bekerja..
Petang sibuk hal2 rumah..
Malam.. mmg tak koser nak kuar..
Papa.. sejak pindah ni..
Dia dah tak peduli hape kecuali diri dia sendiri jer..

Itu membawa maksud..
Kerja-kerja di rumah mami sudah berganda..
Dah tak tolong buang sampah.. angkat kain..
Tak vakum.. tak tolong kemas..
Tak hidupkan washing machine..
Paling benci.. tak tolong isikan minyak kete..

Takpe.. takpe.. take your time..
Papa masih belum boleh adjust dengan jawatan baru dia..
La ni.. matahari belum terbit dah kuar..
Bulan dah ganti matahari baru balik..

Eh, ni citer anak ke citer apak?
.
.
.

Tuesday, November 29, 2011

Wordless - Membawa tajuk "Saya bahagia kalau camni.."






Mula-mula aku nak menceritakan kejadian di atas..
Tetiba baru teringat hari ni Rabu..
Wordless Wednesday..
So, pandai-pandai laa korang reka citer ek :)
.
.
.

Monday, November 28, 2011

Tuesday Blues


Wpun malam ni ada Abang Aril..

Aku bukan boleh kalau tetiba berkehendakkan sesuatu...
Mesti nak jugak.. nak jugak..

Seperti biasa..
MIJ menjadi batu penghalang..
Wpun guna duit aku sendiri..
Tapi bila laki sndr keberatan..
Katanya = sangat membazir wahai mami..

Aku pun jadi keberatan gak nak beli..

Bukan apa..

Ada banyak kali aku beli benda2..
Wlupun MIJ dah kata jangan..
Aku beli jugak..
Semua berakhir dengan kemusnahan..

Sebagai contoh..
Ipad look a like si Kalep..
MIJ berbuih2 kata jangan.. jangan... jangan monyet!!
Beli jugak.. beli jugak..
Tak sampai sebulan hokay..
Skrin pecah dipijak dek Kalep..

TAPI!!!

nak jugak.. nak jugak.. nak jugak...

Pesanan untuk makcik rehan..

Dah dapat lum sebut harga? ;)
.
.
.

Berangan tak kena bayar






Sunday, November 27, 2011

Jillian Michaels - 30 Days Shred

 

Musim workout muncul lagi... :)
Ramai pulak yang tanyakan balik 30 Days Shred ni..
Lepas tu ramai lak mengadu sakit badan.. kaki tak leh angkat ler..

Rupanya ramai yang main tibai je pakai DVD ni..
Tanpa mengikut arahan yang betul...
Tanya pulak pada aku yang haram sekali tak pernah buat 30DS ni..
Lagi laa dapat info pelesu semata-mata..

Ok, inilah dia kebenarannya bila buat 30 Days Shred..

 Bahan-bahan asas yang perlu ada..

1- Kasut & Stokin
2- Dumb bell
3- Exercise mat

Kalau takde.. pandai2 laa ganti dengan apa yang patut..
Jangan takde kasut.. pi pakai selipar jamban pulak..

Lepas tu... untuk kali pertama..
Korang pasang DVD dan tengok dulu..
Kenal pasti kat mana warming up.. level 1.. level 2.. level 3.. cooling down..


Sebelum mula buat..
Ambil ukuran badan..
So, nanti lepas habis 30 hari boleh tau mana yang turun..
Mana yang tak turun-turun..
Mana yang naik..

 Measure each arm (thickest part), each thigh (thickest part), upper waist (smallest) and lower waist (at your belly button), and your hips (biggest part)

Read more: How to Do Jillian Michaels 30 Day Shred | eHow.com http://www.ehow.com/how_5363883_do-jillian-michaels-day-shred.html#ixzz2DUKPIlVU
Lengan, peha, atas dan bawah pinggang bg yg ada belly, ukurlilit bontot..
Catat laa kat mana-mana pastu simpan elok2..

Tak pun install laa android apps lebih murah..


Kali pertama buat memang akan sakit-sakit badan..
Tapi dinasihatkan jangan skip walaupun 1 hari selama 30 hari pertama..

Ok, cara nak layan DVD 30 Days Shred ni..

10 hari pertama - LEVEL 1
10 hari kedua - LEVEL 2
10 hari ketiga - LEVEL 3

Bukan harung terus 3 level sekali buat..
Itu yang timbul gejala2 nak mati lepas buat..

Tak menjadi masalah kalau korang stay kat level 1 lebih dari 10 hari..
Ataupun level 1 je selama 30 hari..
Ikut kemampuan laa...

Selepas tamat 30 hari atau tamat at least 10 hari setiap level..
Barulah boleh gabung2 level..
Ataupun nak buat 3-3 level sekali gus..

Atau.. bila dah rasa bosan..
Apa kata order yang tajuk lain...

;)




Minah Rusia atas ni..
30 hari je dia layan betul2 Jillian ni..
Tengok hasilnya..

Lepas 30 hari..
Boleh laa ambik measurement badan semula..
Time ni boleh laa nak lompat kegembiraan smpi siling sekali pun..

Buat yang tanya apa kesannya pada Kak Zel?

Jawapannya = NON HADO!!

Giler aku nak buat 30 Days Shred ;)
.
.
.

Jewel of the Palace


Untuk yang nak sangat-sangat drama ni..
Jewel of Palace..
Yang merayu-rayu suh akak donlod..
Kalau kome tak beli sebaik akak abih proses..
Memang la!!!!!!!!

Dengan kelajuan siput babi sakit untut..
3-5 kbps..
Memakan masa 1 episod dalam 1-2 hari baru siap..
Pastu nak memuat turunkan 54 episod tahu!!

Takpe.. demi customer terchinta..
Akak turutkan ni..
Kang jangan tak order sudah..
Kalau dah 54 episod tu..
Dah dapat agak khen.. bape keping total..
Lebih kurang 11 keping..
So, sila menabung mulai skang ;)
.
.
.

Thursday, November 24, 2011

City Hall


Baru lepas mengkhatamkan drama ni..
Genre Politic Romantic Comedy..
Kalau ada Kim Sun Ah.. confirm citer comedy punya..
Hero plak.. hero yang sama dlm The Greatest Love, Cha Seung Won..

Drama ni time tayangan dulu..
Mencatatkan rating yang agak tinggi jugak..

Drama ni pasal seorang mayor perempuan (ala2 wakil rakyat)
Dengan pegawai tertinggi kerajaan (hero)..

Hero ni kalau kat M'sia pangkat dia ala2 SUB dah ler..
SUB kalau org keje gomen mesti tau pe benda..
Dia cepat naik pangkat dalam kerajaan..

Sampai laa satu hari dia diarahkan jadi deputy mayor
(lebih kurang ahli Parlimen)..
Kat satu tempat yg agak terpencil kat Inju Island..
Dia tak puas hati ler..
Sebab dia ni bercita-cita tinggi..
Nak jadi Presiden Korea..

I like the heroin.. Kim Sun Ah ni mmg peberet i all the time..
Heroin ni lak.. dia keje kat City Hall di Inju Island..
Keje kerani je pun..

Namun, dari bawah.. dia mula meniti ke atas..
Dan akhirnya berjaya menjadi wakil rakyat kat situ..
Bila hero diarahkan jadi Deputy Mayor kat daerah tu..
Time tu la depa jumpa..





Rupanya.. Hero ni ada sejarah lama kat Inju Island ni..
Tu sebab awal2 tu dia takmo pergi..

Masa kat sana..
Banyak laa hal depa kena tangani bersama..
Selalu ada perselisihan pendapat sebab depa tak sama..
Dari segi fikiran, latar belakang dan kehidupan sosial..



Namun, adakah mereka akhirnya jatuh cinta?
Siapa 2nd hero dan 2nd heroin?
Berjayakah hero menjadi Presiden Korea?
.
.
.

Wednesday, November 23, 2011

Hasya @ 10 months y.o

Aku suh lambung acah-acah..
MIJ pi lambung betul2 pulak..
Mula laaaa malam tu dia tido tak nyenyak..

Ok berbalik pada Hasya yang sudah menjangkau 10 bulan..

Dia sudah ada 6 batang gigi..
4 atas.. 2 bawah..
Dan... dia tidak menggigit semasa menenen.. TQ

Sudah mula bertatih..
Mgu lepas 1-2 langkah..
Mgu ni dah 5-6 langkah..
Agaknya genap 11 bulan, berjalan ler kot..

Kalep dulu 10 bulan 1 minggu dah berjalan jauh..
Adik lambat sket..
Takpe... mami lebih suka ko merangkak..
Lambat sket nak sampai destinasi memunggah..

Suka sangat berceloteh..
Kalau dalam kete tu... suara dia saja..
Nak-nak kalau mami pasang radio..
Konon-konon cam nyanyi bersama laa..

Hasya ni jenis tekad kalau nakkkan satu-satu benda..
Dia akan usaha sampai dapat..
Tak cam abangnya..
Kalau nak.. tak dapat terus nangis :))

Hasya jugak dah kurang sangat cemeh nyer..
Kalau dulu.. ada je org tak kenal ambik dia..
Siap laa melalak smpi hilang suara..
Skang dah tak kisah.. janji mami ada dekat..

Lagi..
Hasya masih menyusu badan..
4 oz skang sekali harung..
Bekalan susu beku Hasya adalah tinggal dalam kurang daripada 50 oz..
Dan.. susu perahan harian mami masih sama 12 oz sehari..

Kalau mami dapat keje lain @ sambung kontrak..
Mungkin tahun depan Hasya terpaksa campur2 dengan FM..
Kalau jadi auswipe.. penyusuan akan diteruskan :)
.
.
.

Monday, November 21, 2011

TAHNIAH HARIMAU MUDA :)



Walaupun beberapa kali hampir terlelap..
(sungguh tak dramatik)
Tapi tetap tunggu depan TV hingga abih bagi pingat :)

MIJ cakap.. MAMI NI OVER LAAAAA!!!

Hehehe..

Yelah.. mata dah kuyu..
Kejap2 pejam... kejap2 buka..

Tapi, bila suara MIJ.. "HAH.. HAH.. HAH... GOL!!!!"
Aku pun terus duduk tepuk tangan sambil bersorak..
Padahal tak gol pun :))

Masa penalty kick..
Kali ni duduk sambil riba Hasya yg dah lelap..
Bila tiba giliran si Naga nonot sakit tu..
Dan di save oleh Khairul Fahmi..
Aku terus melonjak nak high five dengan MIJ..
Natijahnya..
Hasya terus jatuh bergolek ke atas lantai berlapikkan tilam.. :))
Namun, dia meneruskan tido kerana terlalu mengantuk..

Apa-apa pun..
Tahniah pada Harimau Malaysia..
Pingat emas yang sungguh bermakna..
Tak pedulik laaa keseluruhan kita nombor bape pun..
Janji pingat emas bola sepak, Malaysia punya..

Ni dia hero Harimau Muda..
HUN... u r the best bro!!!!

Kak Zel suka mamat ni.. Comel :)
Yang score masa game awal2 peringkat kumpulan hari tu..
Tapi lepas tu katanya cedera tak muncul2 dah smpi sudah..

TAHNIAH MALAYSIA!!!
.
.
.

Sunday, November 20, 2011

Secara keseluruhannya...


Semalamkan photoshoot anak-anak aku kat Putrajaya..
Secara keseluruhannya..
Camtu ler rupa gambor Hasya sepanjang photoshoot tersebut..

Masam lenging hokay!!

Rasa nak selak baju tunjuk nenen..
Nak bagi dia senyum..

Sepincing pun takde manis muka..

Faktor-faktor penyumbang..

1- Cuaca panas (next time aku nak pilih tmpt ada econ)
2- Dah tiba time tido dia (kul 10.00 pagi)
3- Takut orang (photographer tu la dia takutkan)
4- Dah haus (mami lupa bawa air masak)
5- PAPA (manja papa ni.. asyik nak kepap je dgn papa dia)

Menjadikan dia moody semoody moody yang boleh..

Tapi pastu bawak g Alamanda suka pulak..
Kalau tau baik shoot kat Alamanda je..

Abang... berkelakuan cemerlang..
Membolehkan dia mendapat Hot Wheel sekotak :)

Papa memujuk hati mami..

TAKPE.. TAHUN DEPAN ADA REZEKI KITA WAT LAGI..

Tapikan papa..
Hati lebih terpujuk kalau papa kata...

BELI JELAH DLSR SENDIRI SEBIJI :))
.
.
.

Thursday, November 17, 2011

Gotong Royong


Berdua je pun..
Takpe.. berdua lebih baik :)

Kelas komputer cuti sekolah akan bermula mgu depan..
So, kena susun atur balik PID ni..
Agar selesa untuk kelas nanti..

Sapa-sapa yang ada anak ke.. anak buah ke..
Meh la hantar belajar komputer di PID..
Dijamin cepat pandai.. :)
.
.
.

Wednesday, November 16, 2011

Hampir mahu berjalan sudah...

Sila abaikan background yg macam gudang harta rampasan perang..

Tumpukan perhatian pada objek pink..
Yang pakai baju abang Kalep masa baby..

Yeeeeee... Kalep dulu mmg ada banyak baju pink..
:))

Sudah seminggu Hasya berlatih bertatih..
Belum boleh bangun sendiri..
Kena ada benda dia pegang baru leh berdiri..
Pastu kalau mami panggil..
Dia cuba laa langkah dalam 1-2 langkah..
Pastu jatuh :)

Mengikut pengalaman aku dengan Kalep dulu..
Tak lama dah ni..
Maybe dalam 2-3 minggu lagi..
Berjalan betul laa dia..

Mesti cute bila dia dah jalan..
Maklum laa.. Hasya ni renek je orangnya..
Kalau tgk live.. org mesti teka dia baru 6-7 bulan..
Check up Selasa lepas, panjang = 66cm, berat 7.2kg..

Takpe laa kecik.. janji sihat :)
.
.
.

SCAMMER - dgn akak tak jalan hokay :))




Biasakan mende-mende camni..
Ala-ala gores dan menang jugak..
Tapi cara lain pulak..

Semlm, lepas bayar barang2 dapur kat TF..
Kalep nak hot dog la pulak..
Aku dah malas sbb sebelah gerai tu ada gerai depa ni laa..

Cam yg dah diagak, mereka pun mula men"CONG" aku..
Katanya dengar dan isi borang jer leh dapat mug sebiji..
Pas dah isi borang.. yg mana aku buh semua butiran TIPU semata-mata..
Lepas tu depa hulur 2 kad.. suh aku koyakkan..

Part ni aku cakap takmo..
Mana tau kang kena beli lak..
Bukan murah.. vakum bodo camtu pun RM3388..
Gilos!!!

Depa pujuk gak.. kata baucer jer.. bukan kena beli..
Aku siap sound.. lepas akak koyak, korang paksa beli..
AKAK BUAT KECOH!!!
Hehehehe... :))

Lepas koyak.. satu baucer dapat RM100..
Cam gambar di atas..

Lagi satu ada dua gambar..
Satu gambor vakum.. satu gambor halogen cooker tu..

Pastu depa dalam 5 orang berlakon2 ala menggelabah..
Sebab tak pernah tgk baucer camtu (cibaissss laa)
Aku layan.. walaupun mulut aku cam ringan nak cakap..
KORANG SEMUA NI PATUT JADI CALON FFM ke-25 :))

Kengkonon 1st time jumpa baucer camtu..
Siap call sana sini.. kengkonon boss2 kecik pun tak tau..
Call boss besar terus..

Lepas sembang dengan boss besar sgt tu depan aku..
Yang aku pastu mesti pakcik Cina...

Pastu anak India tu menjerit

AKAK SUNGGUH BERTUAH HARI INI!!!

Pastu anak Melayu pulak..

AKAK JANGAN LEPASKAN PELUANG NI!!!

Depa memang beregu 1 MALAYSIA JAHANAM

Depa pun explain..
Kalau hari ni aku ambik microwave hamjadah yg rege 3388..
Dengan ansuran credit card rm94 selama 36 bulan (kepala hotak!!)
Aku boleh dapat halogen cooker dengan vakum PERCUMA..

WAH!! SANGAT MENGUJAKAN!!!

Pujuk dan pujuk dan pujuk...
Aku masih berkeras hati..

Depa pujuk lagi.. aku tepis..

Pujuk lagi..

Pujuk..

Pujuk..

Lelama aku naik syeh laaa...

SEUMUR HIDUP AKAK..
NI 1ST TIME JUMPA VAKUM REGE SAMPAI 3 RIBU LEBIH...

HALOGEN COOKER NI MAK AKAK DAH ADA.. DIA BELI TAK SMPI PUN SERIBU..
MICROWAVE NI.. TAKDE APA BEZA PUN DENGAN MICROWAVE KAT UMAH AKAK.. AKAK DAPAT FREE JE HADIAH KAHWIN..

OK.. Dapat sebiji MUG dan boleh balik :))
.
.
.

Monday, November 14, 2011

Petang Selasa yang bosan... Asyik dok pikir cepat laa malam sebab nak tengok ARIL!!


Meh VOTE dak Khayla Hasya ni..
1st time mami Hasya teruja nak join2 contest ni..

KLIK LINK DI BAWAH

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=279020348802846&set=a.278290035542544.64745.200123676692514&type=1&theater

Pastu LIKE PAGE tersebut..
Pastu LIKE GAMBAR HASYA seperti yang tertera di atas..

Kata semua suke tengok Hasya..
Kalau suka vote la ye :)

Kalau Hasya menang..

4 Februari 2011, akak belanja korang sumer makan kenduri ;))
.
.
.

TIPS - sebelum memulakan dvd workout


Ramai yang tengah berazam nak kurus..
Dengan cara workout!!

Ye, ini sangat bagus..

Ni ada tip yang akak Zel nak kongsikan..
Berdasarkan pengalaman sendiri..


Selepas dapat DVD..
Masuk dalam player..
Lepas tu bersedia..
Pi la minum air ke hape..

Kemudian..

On kipas.. kalau ada econ lagi bagus..
Pastu duduk laa atas sofa..
Kalau rasa penat.. bawak baring atas toto..

TEKAN PLAY!!!

Dan lihat laa Jillian dan kawan2 dia workout!!

Anda jangan buat apa2 lagi tau..
Tengok saje dulu..
Akak tau korang sangat terujakan nak buat cepat-cepat

Ambil perhatian..

1- Cara-cara workout
2- Peralatan digunakan
3- Level
4- Masa
5- Kaji sama ada sesuai atau tidak workout tersebut

Contoh:

Ada lompat bintang sebanyak 30 kali berturut-turut..
Kalau berat anda atas 100kg..
Sila jangan melompat bintang bersama-sama..
Atau, sekejap lagi anda akan melompat masuk ambulans..
Boleh digantikan dengan low intense workout..
Spt angkat tangan ke atas dan kaki dikeluarkan secara bergilir-gilir kiri dan kanan..

Tengok laa dulu DVD tersebut..
Seolah2 anda tengok movie..
Nanti esok, baru mula..
.
.
.

Kali pertama..

Betul..
Selama 6 tahun kahwin..
Ni laaa anniversary paling poyo :))

3 tahun terawal..
Lansung tak ambik peduli..
Aku lagi bagus.. lansung tak tau bila tarikh nikah...

Tahun ke-4 dan ke-5..
Ingat dah.. maklum laaa duduk jauh..
Sorang kat sini.. sorang kat Mambang..
Dok jauh2 ni.. sayang rindu poyo tu lebih sikit..

Tahun ni.. sebenarnya takde planning nak sambut pun..

Tapi.. pasal sehari sebelum tu..
My Inche Jeman naik pangkat..
Tu yang berbunga-bunga bourgainvilla tu :))

Malam tu gak tempah kek Red Velvet..
Nasib baik akak yg sama sekolah ngn aku sanggup buatkan malam tu..
Esok time ambik kek..
Rasa bersalah pulak..
Sebab akak tu kata darah tinggi dia naik..
Huhuhu mesti pasal tempahan mengejut aku di lewat malam..

Esok MIJ akan memulakan tugas di Pej. Pos lain..
Pasni tak bley dah sesuka hati aku nak wat Pos Laju bahan bakar..
Kena laaa pi tekan nombor nak pos barang :(

Apa-apa pun..

TAHNIAH untuk My Inche Jeman..

Boleh laa mami bersara dengan hati yang sedikit aman :)
.
.
.

Sunday, November 13, 2011

Can't Live With Losing

Drama ni menjauhi kelaziman :)
Dan aku sangat suka..
Tak pernah aku ulang tengok drama yg sama dlm masa terdekat..
Abih satu round.. terus ulang lagi satu round..

Genre romantic comedy..


Drama ni pasal asam garam hidup berumahtangga..
Depa berdua ni peguam..
Sama hebat sama handal..
Sebelum kahwin, depa kongsi wat satu law company..

Suami dia ada satu peel..
Suka sangat tolong orang yg dalam kesusahan..
Kira dia banyak sangat ambik kes atas dasar simpati..
Dah tu tak kenakan bayaran..

Isteri dia pulak, sangat mementingkan keuntungan..
Lama-lama dia jadi stress..
Sebab suami dia selalu buat keputusan tanpa fikir baik buruk..
Dan kebaikan suami dia tidak mendatangkan hasil pada syarikat..

Suami dia ni pulak..
Sayang sangat ke isteri dia..
Tapi jenis tak reti nak tunjuk..

Wpun isteri dia jenis penyepah giler..
Pastu kuat membebel..
Suka cari gaduh..
Dia tetap sabar tahan kerenah isteri dia..

Keje depa dua ni bergaduh tak henti-henti..


Sampai ler satu hari..
Tiba2 suaminya dapat surat dari family court..
Rupanya isteri dia mintak cerai..

Masa ni la drama ni start jadi best..
Isteri dia ni nak bercerai la sangat-sangat..
Tapi apa2 hal.. nak gak laki dia sesama ngn dia..

Tapi nak cerai jugak.. nak cerai jugak..
Sampai sanggup berlawan kat mahkamah..

Bila suami dia dah setuju nak cerai..
Dia lak tak nak bercerai..

Akhirnya depa bercerai jugak..

Tapi tu ler.. even dah bercerai..
Mereka masih perlukan diri masing2..
Banyak pulak laa halangan untuk depa bersama semula.

Kiranya ni drama love at the 2nd chance..

Apa-apa pun.. drama ni mmg best :)
.
.
.

Jillian Michael

Hari ini akak nak review DVD aerobik Jillian Michael..
Ramai sangat yg berinspirasikan dia ni..
Dia ni kekadang tengok lawa..
Kadang2 cam muka bapok pun ada..
Apa pun.. yang penting..
Dia boleh membantu ANDA UNTUK KURUS!!!

Ada sorang adik tu..
Wat JM 30 days Shred ni..
Turun berat smpi puluh-puluh kilo..
Dari berat dia 80kg lebih... dah tinggal 50kg lebih..
Tanpa makan ubat apa-apa pun..
Skang ni dia sangat healthy..
Siap dah panjat gunung Kinabalu..

Review akak pulak..
JM 30 Days Shred ni agak sukar untuk yg sangat2 gemuk..
Banyak sangat melompat-lompat..
Yang mana boleh mendorong kepada jantung semput..

Tapi kalau takat berat 80kg - 90kg..
Boleh pakai DVD ni untuk aerobik..

Banish Fat ni kegemaran Khaleef :)
Sebab step dalam ni banyak ala-ala kick boxing..
Agak laju.. tapi masih boleh ikut..

Banyak menumbuk angin dan menendang ke udara..
Masa buat ni.. pastikan anak2 semua jauh dari anda..
Kang ada pulak yang tersangkut kat kipas..
Kena penendang mak sendiri :))


Yang No More Trouble Zone ni pulak..
Wajib ada dumb bell ye..
At least beli laaa yang 1kg tu pun dah OK..

Ada orang guna botol air mineral dan isi pasir dalam tu..
Sila jangan kedekut sangat..
Boleh mendatangkan kecederaan kalau tersalah hayun & pegang..
Akak beli lama dulu kat Tesco..
Dalam 11.90 je utk 1kg = 2 biji..

Lagi satu.. sila laa beli kasut aerobik dan stokin..
Aerobik tanpa kasut.. boleh menyebabkan kecederaan ligamen..

Yang ni untuk mengempiskan perut..
Dah tengok.. tapi belum buat :)
Ada 2 level..

Kalau nak pakai DVD ni..
Kena ada exercise mat tu..
Pasal banyak exercise baring dan angkat kaki..
Yelah.. kata nak kuruskan perut khennnn..

Ada satu lagi DVD JM ni..
Yoga.. tapi hat ni akak takde..
Sebab tak minat yoga-yoga ni..

So, kawan2 seperjuangan..
Apa tunggu lagi ;)
Kalau akak dah review tu..
Maknanya akak ada ler...
.
.
.

Hadiah anniversary ke-6


.
.
.

Saturday, November 12, 2011

6 Tahun yang lalu...

13 November 2005..
Bersamaan jugak dengan 13 Syawal..
Ni nikah gantung sebenarnya..
Sebab tarikh bersanding.. jauh lagi ke depan..




Aku takde ambik mak andam pun..
Sebab = MALAS!!!

Tu pasal hodoh je..

Bukan cam orang skang..
Bertunang pun dah cam nak rak..
Siap ada mini pelamin bagai..
Baju gedabom kemain..
Siap ada photoshoot..

Hantaran aku antara yang termahal gak ler time tu..
Rm1000 dpt masa bertunang..
Rm7279 dpt masa nikah ni..

Mas kahwin rm100..
Ada aku simpan lagi dalam album yg sama..
Sampai ke la ni ;)

Sungguh beriman time ni tau..
Skang main salam sebelah tangan jer..
Yelah.. sebelah tangankan kena kelek anak :))

Apa-apa pun..

SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN KE-6

Semoga kita aman berbahagia selama-lamanya..
Sem0ga anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan terbaik..
Semoga kita dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah :)
.
.
.