Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Tuesday, January 31, 2012

The Musical


Satu lagi drama terbaru...
The Musical.. citer ni pendek je 15 episod..


Kenal dah kot heroin..
Orang yang sama jadi Geum Jan Di dalam Boys Over Flower..
Lama tul dia ni tak berlakon lepas BOF..

Dalam drama ni dia jadi medical student..
Yang takde hati pun nak jadi doktor..
Dia lebih minat nak jadi actress dalam persembahan pentas..

Oleh kerana minat yang tak dapat dibendung lagi..
Dia ambik cuti 1 semester nak jadi pelakon..
Pi audition sana sini.. satu pun tak lekat..


Hong Jay Hee (HJH) ni pulak pencipta lagi musical yang terkenal kat Amerika..
Dia balik Korea lepas frust sebab putus cinta..
Lepas dari tu dia tak cipta dah lagu musical...
Layan k-pop pulak :)

Satu hari.. masa dia mabuk lepak2 kat taman..
Dia dengar ada orang nyanyi lagu Maria Maria kat situ..
Rupanya heroin tengah practise nyanyi..

Dia cakap laa kat heroin tu..
Dia laa pencipta lagi Maria Maria tu..
Tapi heroin tak percaya..


Heroin ni dah desperate sangat utk berlakon..
Cuti yang dia ambik tu tinggal 2 minggu je lagi..
Sampai la dia jumpa satu iklan persembahan pentas ni..
Tapi nak ACTOR bukan actress..

Tanpa fikir panjang, heroin gunting rambut dia cam lelaki..
Dan menyamar jadi lelaki utk join audition tersebut..


Ni pulak lelaki yang  melabur untuk persembahan tersebut...
Heroin kantoi dengan mamat ni laa..
Terus dia kena halau dari audition..

Dia ni igt tak sapa?
Dulu dia berlakon My Tutor Friend II..
Dengan awek Jepun tu..

Skang dah nampak matang dan tambah hensem..



Ni bukan 2nd heroin :))

Book Ja ni.. lepas heroin kena halau dari audition..
Dia ajak heroin tinggal dengan dia..
Dia ni cam pengajar untuk lakonan persembahan teater la kiranya..

Kebetulan.. dia berkawan dengan Jay Hee yang pencipta lagu tu..
Dari dia ni laa.. heroin dengan HJH dapat jumpa balik..

Kes ni gak laa yang membuka hati HJH untuk mula balik cipta lagu..

Nak tahu kesudahan citer ni?

;)
.
.
.

Monday, January 30, 2012

Motion Detector


Kalau tgk mami dah siap2 nak pergi keje..
Mula laa dia menggelabah..
Takut kena tinggal..

Selalunya dia ambik je apa kain yg ada..
Terus sarung kat kepala..
Selalunya spender abg kalep jadi mangsa..

Pagi ni dia mengamuk nak suar sekolah abang..
Nak sarung kat kepala..
Udahnya aku bagi tudung aku jer..

Suker sangat laa tuh..

Masa Kalep..
Aku panggil dia telinga lintah..
Tengah tido nyenyak camne pun..
Dengar bunyi sket je..
Terus celik mata..

Yang ni pulak motion detecter..
Kadang2 dok syok berenjut dalam buai..
Pastu aku lalu tepi buai nak pi dapur..
Terus dia bergerak2.. Tau je aku lalu..

Kalau tido atas katil lagi bencik tau..
Kadang2 dia dah lepas nenen tu..
Aku ni nak laa luruskan badan pulak..
Asyik mengereng jer..

Elok aku melentang..
Dia pun merengek laaa..

Huhuhu penat!!!!

D30KG - tamat bulan pertama


Hapdet hari ni jer..
Sebab esok aku dah start cuti..
Konpem sibuk wat kek :))
Konon laa sangat!!!

Anyway, oklah tu..
Dari 126.2kg.. tamat Januari.. jadi 123.9kg
So, total penurunan ialah 2.3kg

Tak tercapailah target nak turun 3 kg untuk bulan ini..
Salahkan diri yang selalu lupa diet..
Bila balik rumah mak sendiri..

La ni weekend jer bertunggu tanggak laa kat Gumut Tambahan nun..
Kan adik aku nak kahwin..
So, atas tiket anak kesayangan mak..
Mak aku tentu je masak best2 utk anak comei dia ni..
Kena lak aku ler tinggal paling jauh dengan mak aku..

Heheheh.. jauh laa sangat 7km tu :))

So, peserta lain apa kes?

Jangan lupa hapdet dekat KMMK esok ye..
.
.
.

Sunday, January 29, 2012

Awek baru lagi..


Tu laa papa..
Bape kali mami dah cakap..
Sunatkan je budak Kalep ni..

Tahun ni.. tukar GF lagi :)

Siti yang dulu tu.. dr Tadika Matahari..
Dia dah lupakan sepenuhnya..

Awek dia kat Tadika Mesjid tahun lepas..
Tahun ni dah tukar tadika lain..

Ada awek lain baru masuk..
Budaknya lembut.. lemah gemalai.. cakap pun perlahan je..

Kalau awek dia datang sekolah..
Aku datang awal jemput dia pun tak guna..
Sebab budak gatai ni akan tgu smpi mak awek dia datang..
Pastu anta awek dia dekat van..
Siap salam dulu..

Malam tadi aku citer laa kat papa dia..
Pe'el anak miang dia sorang ni..

Papa tanya dia.. Apa nama makwe dia?

NAMA DIA ADA DALAM OTAK KALEP NI..
TAPI DAH HILANG..
NANTI ESOK KALEP TANYA DIA BALIK..

Sudah laaa Ahmad Kalep Poyo!!!
.
.
.

Susu Ibu


Tidak dapat dinafikan susu ibu memang banyak kebaikkannya..
Bersyukur la pada yang dapat menyusukan penuh 2 tahun..

Hasya sudah campur susu formula genap 1 tahun..

Dan skang.. mami dia dah berhenti pam pun..
Wpun ramai yang nasihat boleh mula mengepam balik..
Mami dia dah takde kekuatan nak teruskan..

So sekarang, di rumah Mak Long..
Hasya minum sepenuhnya susu formula..
Namun, waktu lunch.. dia tetap menikmati susu mami..
Begitu juga selepas waktu pejabat, malam dan hari cuti..

Kat rumah mami belum ada botol dan susu formula..
Hanya kat rumah Mak Long sahaja..

Hasya lak ada peelnya..
Kalau nampak mami..
Dan-dan tu botol buang tepi..

Hari tu ada gak beli fresh milk..
Igt nak ajar dia minum kat rumah..
Haram di minumnya..
Last2 dapat kat abg Kalep ler jugak..

Apa pun, alhamdulillah.. dapat susukan penuh Hasya smpi setahun..
Sampai sekarang juga masih menenen..
Mami ok jer..
Senang gak malam2..
Tak payah sembab2 mata bangun buat susu..
.
.
.

Tahniah Awan Nano - Juara AJL 26


Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri
Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu
Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu
Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Friday, January 27, 2012

Melobak pulak hari ni ;)



Ni 1st time pakai self raising flour..
Nampaknya kurang bangkit ler...
Lain kali baik bubuh baking powder sendiri..

Mengekori resepi dari internet..
Nampaknya resepi tersebut terlebih telur..
Dah jadi cam puding carrot la pulak..
Wpun tekstur kek tu masih ada..

Nampaknya kena berguru dengan Beatty la nanti

Tapi.. Khaleef sgt suka kek ni..
Sebelum ni.. puas aku memarble.. pastu membatik.. mengookies..
Nampaknya.. kek lobak ni jadi pilihan hati dia..
Dah 8 potong habih kat dia sorang..

MakcikRehan ajak meng RV..
Namun tak dapat follow..
Rencah nak wat RV tkde..
Kaler merah pun takde..
Takkan nak buat blue velvet lak kan ;)

Anyway, seronok rupanya membaking ni..
Nak-nak bila ada orang suka makan..
Tak puji takpe..
Janji abih.. dan tak dibuang..
.
.
.

Thursday, January 26, 2012

Swallow The Sun


Genre action thriller + melodrama.. based on novel..
Drama ni sangat best dan mendebarkan..
Lebih best dari Iris..

Ni hero.. dalam drama ni pakai nama Kim Jung Woo (KJW)
Dia ni anak luar nikah seorang ketua gangster..
Tapi dia tak tau sbb lepas dia lahir..
Nenek dia terus anta dia masuk ke rumah anak yatim..
Ayah dia pun tak tau yg dia ni wujud..

Dia membesar dalam keadaan tak tentu arah..
Menjadikan dia seorang yang kasar..

Sampai la pada satu hari..
Dia masuk dalam satu estet orang kaya..
Sbb nak intai anak pompuan orang tu..
Tapi kantoi dan nyaris kena tembak dengan ayah awek tu..

Orang kaya tu ambik dia jadi bodyguard..
Tapi bukan untuk anak pompuan dia..
Untuk anak lelaki dia yg tinggal kat Seoul..



Ni 2nd hero.. anak orang kaya tu laa..
Sejak ikut mamat ni..
Hidup hero jadi berubah..
Dari selekeh yang amat.. dah jadi inkem :)

2nd hero ni pun hidup tak ketahuan gak asalnya..
Asalnya dia tak tau pun sapa ayah dia..
Tup2 org kaya tu muncul dan kata dia adalah ayah dia..
Dia pun layan jelah kan.. dah apak org kaya giler..

Tapi hidup dia jadi bertambah liar..
Tu yang orang kaya tu upah hero jadi bodyguard dia..

Pastu 2nd hero ni suka lak awek yang sama dengan hero..
Iaitu heroin...


Awek yang hero dok usha ni..
Dia adalah organizer kepada satu group world class performer..
Kiranya dia ni dari golongan atasan gak laaa..

Ikutkan depa ni masa kecik dah pernah jumpa..
Hero nampak heroin ni main celo..
Lepas tu dia nekad yang dia akan cari awek ni smpi jumpa semula..
Lebih kurang cam heroin ni sumber inspirasi dia la utk berjaya dalam hidup..

Ada sorang lagi heroin..
Dia ni tergila-gila sangat pada hero ni..
Tapi hero anggap dia cam adik je..

2nd hero ni mmg jahat..
Apa je jenayah ke benda jahat dia buat..
Dia suh hero lak take over salah dia..
Sampai hero kena masuk penjara..

Lama-lama hero jadi dendam dengan 2nd hero dan ayah dia..
Dah dia ada plan untuk menjatuhkan depa dua..
Dengan bantuan org kanan ayah 2nd hero..

Drama ni memang best..
Cuma agak panjang smpi 25 episod..
Drama ni ada gak berlakon kat Africa ngn Las Vegas..
Yang banyaknya kat Jeju Island..

.
.
.

Tuesday, January 24, 2012

Meg*upload


Tentu sahaja usahawan bahan bakar seperti akak stress!!!
 
Tapi jangan risau..
Berlambak lagi sumber2 yang boleh dipercayai..
Tapi.. MU ni paling senang dan paling best la setakat ni..

Apa nak buat..

Semua site yang menawarkan pirating ni..
Sudah menyenyapkan diri..
Sebab belum dapat lagi filehosting yang betul2 boleh survive..

So, rakan2 pencinta jantan2 jambu sekelian..

Di kesempatan yang ada ini..
Akak tak dok rehat pun..
Akak akan korek mana2 drama lama2 yang masih IN..
Dan akan proses utk kamu semua :)



Hello D30KG


How are you people?

Cuti.. diet pun cuti :)

Kena lak aku dok lepak umah mak aku sepanjang cuti CNY ni..
2 hari berturut mak aku masak cikmak...
Sambal telur laa.. sambal ayam laa..
Semalam roti canai pulak.. 3 keping u ols..

Pastu dah dok umah mak kan..
Lupa dah.. malam tak leh makan..
Siap makan nasi 2 pinggan..
Pastu malam last tu belasah pizza..

Pagi ni dah seram nak timbang..
Takut pergi 130kg terus..

IT ISN'T hokay :)

Berat akak pagi nan indah ini..
Selepas makan nasi goreng sepinggan..
Adalah 124.5kg..
Sebab lupa timbang sebelum makan..
Akak rounded jadi 124.0 kg jelah.. (sesuka hati :)) )

Malam tadi dah balik umah sndr..
Stop balik laa makan malam..
Nampaknya.. setakat ni...
Tidak makan malam membuahkan hasil..
Wpun lembab2 gitu..
Jadi laa pada tak turunkan..
Aku pun tak stress sebab masih boleh makan cam biasa :)

So, member2 lain apa kes?
Sapa2 yang hapdet citer pasal d30kg ni..
Leh laaa roger2 kat group KMMK sanun :)
.
.
.

Thursday, January 19, 2012

Khaleef dan Tab


Semalamkan aku dah terbeli itu Galaxy Tab 10.1"
Huwaa.. betul2 tak sengaja tau..
Tokei kedai tu yang salah..
Dia pujuk bagi harga yang akak cannot resist!!!
1.5K termasuk leather cover + screen protector..
Original dengan Malaysia warranty lagi..
(skang samsung tab pun dah ada yang underwater ;)

Maka terbeli laaa Tab itu..

MIJ bising gak sket2..
Tapi bila i kata..

MAMI TAK PERNAH PUN HALANG PAPA NAK BELI MOTOR KE..
NAK BELI PANCING KE..
NAK BELI REKET KE..

Dengar perkataan MOTOR...
Terus senyum sampai telinga..
Tak lama lagi sampai ler seru bermadu aku ni..

Tapi nyesal gak dalam 2-3 kali malam tadi..
Fikir2 balik.. pejadahnya Tab ni..
Nak online sambil baring ngn menatang ni..
Sangat merbahaya hokay..
Buatnya terjatuh atas hidung mancung aku ni..
Itu takpe.. Kalau jatuh atas dahi Hasya..


Tapi.. ada gak gunanya untuk budak Ahmad Kalep tau...

Malam tadi dia ngendeng2 laa nak pinjam Tab ni main games..
Aku kata baca dulu buku Bacalah Anakku satu round..

Ooo.. bersegera ngkorang hambek buku dah baca..
Aku tinggi suara sket2 pun.. masih teguh pegang buku..
Selalunya tersangap-sangap.. mata kat TV.. tau2 dah tido..





Sekali hari ni aku cakap baca lagi kalau nak main..

Baru aku nak suruh ambik buku..

TAKPE MAMI..
TAK PAYAH AMBIK BUKU..

INI ANA

INI ANI

INI ABU

INI IBU

INI IBU ANI

INI IBU ABU

OK MAMI, DAH HABIS BACA.. TAK PAYAH PAKAI BUKU..

Ambik Tab aku dan hadap!!!


Uwaaa....

Kalep ini sangat.. sangat.. sangat... grrrrrrrr !!!

Kalau jadi lawyer ni besar kang..
Mesti Anwar Ibrahim ambik jadi peguambela :))
.
.
.

Anak Antu...


Semalam sembang-sembang ngn Kalep on d way balik rumah..

Kalep anak sapa?

ANAK MAMI..

Hasya anak sapa?

ANAK MAMI..

Kalau dua-dua anak mami... abih tu sapa anak Papa?

ANAK ANTU BAGI KAT PAPA..
SUKA PEMARAH..
BIAR DIA MARAH ANAK ANTU..

:)) :)) :)) :))

Pesanan untuk MIJ..

Kerja pejabat... siapkan laaa kat pejabat..
Tak payah nak bukak Pejabat Pos Slim River cawangan Kota Malim pulak..

Anak pun dah pandai protes..
Sebab Papa sangat seriyes bila membuka pejabat pos di rumah..
Macam laa tengah kira duit jota-jota..
Padahal susun resit je pun..

Kurang-kurangkan laa marah dekat Kalep tu..

Hehehehe..

Padahal kalau nak dikira..
Mami dia ni lagi banyak memetir banding Papa..
Sampai jiran sebelah pun pernah tanya..
Ape ke hey nyer bising bebenor.. :))

Tapi pasal mami sentiasa berada bersama mereka..
Jadi mereka kurang sentap..

Hasyakan.. papa dia pukul manja2 babab bontot pun dia leh menangis cam papa pukul dengan rotan..
Hat tu manja terlebih sangat lak ngn MIJ..

Apa-apa pun..

Cuti lama ni memerap kat umah je ke bie?
.
.
.

Sneak Peek ;)


Tak dapat g Bandung kan...

HAMBEKKKK !!!

Wednesday, January 18, 2012

Cuba la kalau berani..

JAWAB SECARA SPONTAN:

menguji sejauh mana konsentrasi kita.. :))

- jawab spontan, jangan byk fikir,
- baca satu demi satu,
- concentrate!
- KITA MULA :

permainan konsentrasi warna :

1. Kertas A4 apa warna dia ?

2. Asap warna dia ?

3. Tisu warna dia apa ?

4. Lembu minum apa ?

yang jawab susu konsentrasi anda terganggu, sbb lembu minum air..

1. Rambut anda warna apa ?

2. Tulisan ini warnanya apa ?

3. Jalan raya warnanya apa ?

4. Kelawar tidurnya bila ?

yang jawab malam, ertinya kosentrasi anda terganggu. sbb kelawar tidur siang hari.

1. Warna cendol apa ?

2. Daun kelapa warnanya apa ?

3. Warna bagi kebanyakkan rumput ?

4. Harimau makananya apa ?

yang jawab rumput itu salah. sbb harimau makan daging.
.
.
.

Mengicap di Malam Bollywood @ TV2..


Cam biasa..
Sesudap mengicapkan ketam last week..
Minggu ni akak rasional sket...
Mengicapkan ikan tenggiri..

Oleh sebab aku tak makan malam..
Nanti aku tanya MIJ sedap ke tidak :)



Petang tadi jugak..
Aku sempat menge"cheese" :)
Wpun hodoh.. tapi sedap laa jugak..
Iras ler sket2 dengan cheese cake Secret Recipe tu..

Ewaaahhhh...

Mula2 lepas masak tu kan...
Rasa cam puding pun ada..
Tapi dah sejukkan dalam peti ais..
Baru laa lazat sangat.. (kononnnnn)

.
.
.

Tuesday, January 17, 2012

A Thousand Days' Promise


Berbalik semula kepada genre Melodrama..
Ini adalah drama sedih..
Adik aku yang tak pernah nangis tgk citer..
Menangis hokay tengok drama ni..

Drama ni kisah pasal heroin yang slowly hilang ingatan..
Wpun dia sakit camni..
Tapi hero tetap bersama dengan dia hingga ke akhirnya wpun pelbagai rintangan..


Ni heroin...
Dia dan adik dia. (mickey JYJ) ditinggalkan ibu selepas ayah depa mati..
Nasib baik makcik depa bela depa dua ni smpi besar...

Dia dengan hero mmg dah lama kenal..
Sejak dari zaman remaja depa..
Lepas tu lost contact..
Sampai laa satu hari depa jumpa balik melalui sepupu heroin..




Hero pulak...
Time depa jumpa balik dah bertunang..
Dia bertunang atas kehendak keluarga..
Heroin tau je yang hero ni dah bertunang..
Tapi depa dua ni berjanji yang lepas hero kahwin...
Depa takkan jumpa lagi..


 


Ini ler adik heroin..
Dia laa yang mula2 kesan cam ada yang tak kena kat kakak dia..

Heroin pada mulanya lupa pada benda2 simple..
Pastu selalu sakit kepala..
Sampai laa satu masa.. dia lansung tak igt apa dah..
Dia ada sakit Dimentia..


 

Hero lak bagitau mak dia..
Yang dia takmo kahwin dengan tunang dia..
Sebab dia dah cintakan seseorang (heroin ler tu)..
Mak hero pun apa lagi.. naik hantu laa kan..

Apa-apa pun.. drama ni best..
Mengundang air mata hokay..
Rasanya tengah main kat byond kot..
I tak tau sebab takde byond..

Nak tau apa kesudahannya..

Sila laa... :)
.
.
.


Marjerin jenama Planta



Sejak gegila menge"kek" ni..
Bahan2 membuat kek sentiasa ada je..
Selalu guna butter.. tapi ada satu resepi ni..
Tulis kena guna marjerin..

Bergegas ke Grand Union Tg Malim...
Beli marjerin yang tutup kuning seperti dalam gambar..

Balik-balik.. terus teruja nak bukak..
Nak buat kek warna warni tak sabor dah ni..

Bukak-bukak penutup kuning tu...
Sekali tengok takde tempat tarik nak bukak..
Alaa.. yang macam kat tin sardin Cap Ayam tu..

Igtkan.. kot tutup kuning tu terbalik bubuh..
Tgk lak bontot tin.. takde jugak..

Dengan penuh tawaduk nyer..
Aku telah cari pisau dan cucuk sekuat hati..
Sampai patah mata pisau tersebut..
Ada laa dapat buat lubang kecik toi atas tu..

Kecewa dah aku..
Camne nak wat kek nih..
Gula sama tepung dah berkahwin dalam mixer bowl..
Tin marjerin tak dapat bukak..

OTAK SILA BERFIKIR..

Oooo.. teringat pulak parang pembuka durian..
Dengan benda tu pulak aku talakan penutup tin tersebut..
Siap ketuk pisau tu dengan batu lesung..
Sampai terpancut-pancut kuar isi marjerin..

Akhirnya aku tambah kuciwa..

Sekali.. masa nak cari garfu...
(aku tak ingat apsal aku cari garfu.. mgkn nak cucuk gak kot)

Aku jumpa benda seperti di bawah..


YA AMPUUUNNNNN ZALIA HEZLIN WOI!!!!

Ko dapat BANGANG tahap berapa dah ni..
Kata UPSR dapat 4A...
PMR dapat 8A...
SPM dapat... result dirahsiakan :))

Kesudahan citer..
Meh sama-sama kita fikirkan ;)
.
.
.

Roti jala yang hazabaijan...


AKU TAU BURUK!!!!

Hasil jalaan yang ke 7, ke 8 dan ke 9..
Yang sebelum2 tu semua masuk tong sampah..
Takde rupa jala lansung..
Aku yang salah adunan ke..
Teknik menjala salah ke..

Dengan anak2 aku wat hal kaw-kaw punya..
Hasya naik gila..
Habis semua barang yg dia jumpa..
Dia campak masuk bilik air..
Dah laa bilik air tu pintu rosak x boleh tutup..

Lepas tu.. aku lak lupa masukkan telur mentah dalam peti..
Rupanya dia dapat sebiji..
Dia pecahkan atas lantai..
Pastu siap berenang dalam lautan telur tersebut..

STRESSSSSSSS !!!!

Pastu aku humban 2-2 sekali masuk bilik air..
Suh main air smpi aku siap mop..
Tiba2 aku dengar Hasya menjerit..
Rupanya abang Kalep dah shampoo kepala dia..
Tapi guna sabun badan...
Meraung laa minah tu mata pedih..

STRESSSSSSS !!!!

Roti jala dah 3 kali hangus dalam kuali..

Bila MIJ smpi.. baru laa boleh bertenang sket..
Tu yg dapat jalaan tercantik spt di atas..
Itu utk MIJ..
Untuk aku.. tak koser dah nak menjala..
Aku tibai cam lempeng je..
Sedap gak.. rasa itu jugak..

NAMUN!!!!!

Kari ayam itu perlu diberikan standing ovation..
Gile ngko.. punyer laa sedap!!
Aku tiru sebijik2 resepi cam tertulis pada bungkusan serbuk kari tersebut..

MIJ yang buta rasa tu pun memberikan pujian..
Dengan menganggukkan kepalanya..
Jadi laaaaaa....

Nanti laa..
Bebila g umah Makcik Rehan..
Aku belajar menjala dengan dia :)
.

.
.

Monday, January 16, 2012

Dah boleh ke bagi nasi keras?

Aku lupa dah time Kalep dulu bila start bagi..
Tapi rasanya lewat..
Sbb Kalep ni selera dia sama je..
Hari-hari bubur nasi sama sup ikan..

Hasya pulak..
Dia dah start muak dengan bubur..
Bila bagi.. ada laa 5-6 sudu kecik tu..
Lepas tu dia juah balik..
Tergeleng-geleng takmo makan..

Berat dia pun turun ni..
Dari 7.8kg ke 7.5kg..
Kalau lagi sekali check up turun lagi..
Kena hadap dietician laa kat spital..
Hazab laaa menunggu giliran dengan anak tengah melasak :(

Tapi.. dia ni, kalau bagi nasi keras..
Kemain makan lagi dia..
Nak-nak kalau ada lauk ikan @ ayam goreng..

Ada ke sapa2 yang baby dia pun makan nasi keras awal?

Setakat ni dia takde lak sembelit..
Sebab minah ni kuat minum air kosong..
Tapi berak jadi 2 kali sehari la pulak..
Kira ok ke tak ok tu?

Ada tanya nurse klinik kerajaan..
Dia kata ok..
Takpe laa tu..
Saja nak tanya for 2nd opinion dr kawan2 blogger plak.. :)
.
.
.


Sunday, January 15, 2012

Kehilangan..

Dia kehilangan kete hotwheel..
Wpun kereta dia ada lebih 50 biji..
Tapi kalau satu hilang..
Cukup untuk wat dia kemurungan..

Malam tadi sampai kul 1 pagi..
Cari sana.. cari sini..
Padahal kete tu mmg takde dalam rumah..
Sebab masa pergi Mc D, dia bawak kete tu..
Lepas tu masa dalam kereta on d way balik umah nenek..
Kete tu masih ada lagi..

Dia tak igt sama ada kat umah nenek dia bawak kuar atau tidak..

Dah laa malam tadi papa asyik mengusik je pasal kete hilang tu..

Moody nyer.. smpi ke pagi ni..
Nasib baik nak pergi sekolah..

Entry ini adalah untuk IBU..

Kalep suh pesan..

KALAU IBU JUMPA KERETA HOTWHEEL WARNA COKLAT ADA STRIPE UNGU
TOLONG SIMPAN BAIK-BAIK.. NANTI JUMAAT KALEP DATANG AMBIK..

.
.
.

Thursday, January 12, 2012

Gegirl tengah bersiap..



 

Kalau dah nama gegirl tu..
Nampak je mami pakai tudung..
Mengkelibut cari sikat dia..
Nak sikat rambut..
Kena tak kena rambut.. tu belakang kira :)




Tu dia.. gigi kapak!!

Semalam Hasya g inject setahun..
Berat dia menurun lagi :(
Bulan lepas 7.8kg..
Bulan ni 7.5kg..

Tapi nurse tu kasi chance lagi..
Sebab dia tgk Hasya aktif, dah berjalan, susu makan sumer ok..
Kalau sekali lagi turun jugak..
Kena laa rujuk pakar pemakanan..
.

.
.

Wednesday, January 11, 2012

Sesi Menge"kek"

Semalam tiba-tiba mood ada marey..
Tgk bahan2 pun semua ada..
Jom buat marble cake :)

Rasanya sedap..
Mak aku puji..
Adik2 aku pun kata sedap..
MIJ kata boleh laaa.. (jgn peduli!! dia buta rasa)

Nampak tak hangus kat bawah tu :)

Aku salah setting oven..
Patutnya selepas 30 minit, guna api atas sahaja..
Aku bantai 60 minit.. 2-2 api pasang atas bawah..

Namun, adik2 aku sangat suka part yg hangus ni..
Semalam aku siap trim bahagian yang hangus tersebut..
Hari ni depa suh bawak mai yg hangus tu ke opis..
Petang sat g depa ambik..

Percaya dah kan..

Kek ni sangat sedap..
Smpi part yang hangus pun menjadi rebutan ;)
.
.
.

Ketam goreng kicap yang horror

Dilwale Dulhan Le Jayengge punya pasal..
Malam ni gila gaban aku malas masak..
Ada ketam... nak menggulai malas pulak..
Kena lak tadi aku lepak umah mak aku..
Kul 9.00 mlm baru balik..
Lagi laa memalaskan :))

MIJ tanya masak apa?

Aku jawab KETAM GORENG KICAP

Dia cakap tak pernah dengar pun ketam kicap!

Hade aku kesah pernah dengar ke tidak..
Lagipun aku berpegang kepada prinsip..

KICAP KALAU MASAK APA PUN SEDAP :)


Lagi pun aku ada lauk tambahan ni..
Tauge masak udang kupas licin :)
Sedap gak ni kalau renjis-renjis dengan kicap..

Tup-tup, kicap abih lak..
Sebab aku dah tuang sesedap rasa kat ketam tadi..

Ok takpe laa..
Suka hati MIJ laa nak makan camne pun..
Sebab i yakin ketam masak kicap tadi sedap!!

Pas dah siap, aku lah makan dulu..
Maklum laa tak boleh menasi..
Jadi aku ratah gitu je..

Sangat pelik rasanya hokay!!

Maka.. sepantas kilat..
Lauk penyelamat bumi..

Nin dia..
Telur dadar goreng dalam minyak penuh..

Sila redho itu ikhlas ye Izman Haidil ;)
.
.
.