Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Saturday, March 31, 2012

Panggil Aku Kiah..


Akhirnya setelah  membaca 3-4 novel..
Jumpa gak yang sesuai dengan selera aku..

Mula-mula aku igt kes kahwin paksa jugak tau..

Kiah ni nama sebenarnya Ruqiyyah..
Dan dia cukup benci nama tu..
Sebab dia ni dah laa lawa..
Anak orang kaya..
Maka, dia lebih senang dipanggil Chanelle..
Sapa panggil dia Kiah.. SIAP!!!

Driver dia nama Hud..
Hud ni keje sebab nak tanggung duit kelas PJJ dia..
Lagipun ayah dia driver papa Chanelle..

Kiah dengan Hud ni satu masa dulu..
Time depa kecik2 adalah kawan baik..
Tapi bila dah besar macam musuh..
Sebab Kiah rasa Hud tak layak jadi kawan dia..

Satu hari.. Dato' Fuad, ayah Kiah cam tinggal pesanan kat Hud..

Time nilah aku syak.. tak lama lagi tu kahwin paksa ler tu..
Mula laa mood aku down..
Tapi takpe.. don't judge a book by 1st 30 pages :))

TIDAK RUPANYA!!

Hud dah ada pilihan hati.. Siti Mahani namanya..
Dia dah minat awek ni dari tadika..
Siti Mahani ada semua ciri-ciri yang dia dambakan..

Namun, ada laa aral-aral yang menyebabkan dia tak dapat Siti Mahani..

Cinta dia tak beralih pun pada Kiah..
Cuma dia rasa..
Alang-alang dia dah jaga Kiah..
Kemudian diberi tanggungjawab utk sentiasa jaga Kiah..
Apa salahnya dia kahwin je dengan Kiah..

Tapi, Kiah pulak takmau..

Apsal Kiah takmo?
Padahal Kiah dah ada rasa pada Hud..

Kena laaa beli dan baca sendiri..

PANGGIL AKU KIAH..

4/5
.
.
.

Friday, March 30, 2012

Semua sudah selesai...


Outstation sudah habis..
Lega dapat melepap balik kat opis aku..
Ikutkan kontrak PSH untuk 3 bulan pertama pun dah tamat..
Alhamdulillah... dapat sambung lagi 3 bulan..
Wpun gaji sikit..
Jadilah pada takdekan..

Yg latihan HP Multiseat tu..
Aku sudah bereskan 7 sekolah..
Bermula dengan SMK Air Kuning.. SK Tg Malim..
SK Sultan Abd Aziz, SK Sultan Yussof, SM(F) Besout,
SMK Tambun, last sekali SK Jalan Peguh..

Lega wei..

Abih dah stress aku...

Stress sebab kena bangun awal2 pagi..
Stress sebab kena travel jauh-jauh..
Stress sebab Kalep sebulan tak sekolah..
Stress sebab bahan bakar terbengkalai..
Stress sebab balik OS.. keje umah melambak..
Stress sebab bila STRESS AKU MAKAN BANYAK!!

Tkpe-tkpe..
Isnin ni.. kontrak baru.. azam baru...

Azam?!!

Hehehehe..

Azam aku nak siapkan bakar ASAP selepas customer order..
Takmo delay lama-lama.. :)
.
.
.

Tuesday, March 27, 2012

Cik Bunga dan Encik Sombong


Aku ni skang peminat novel Karya Seni..
Setakat ni yang dibeli semua memuaskan hati..
Sapa-sapa nak kumpul gak..
Boleh pergi kat http://www.karyaseni.my
Yang bestnya.. siap ada diskaun, pastu Pos Laju FREE!!!

Cik Bunga dan Encik Sombong ni..
Aku baru beli last 3 week..
Tapi takde masa nak baca..
Perap sampai minggu ni baru baca..

Expectation aku sangat tinggi terhadap buku Karya Seni ni..
Namun, agak mengecewakan..
Berbanding dengan novel2 yg aku beli dan baca sebelum ni..

Rerupanya.. Karya Seni pun menerbitkan novel dari Penulisan2u tu..
Hari tu aku dah banned novel2 dari K*K* N*VEL sbb takde mutu..
Citer carca marba.. tak tersusun.. mengarut2 dan meleret2..

Cik Bunga dan Encik Sombong ni ekceli takde laa bosan sangat..
Ok jer.. maybe mood aku tak baik time baca tu sbb Hasya tengah demam dan meragam..

Citernya pasal Cik Bunga ni yg jadi bidan terjun..
Terterjun jadi tunang En. Sombong..
Sampai laa depa kahwin..
Tapi ni bukan cam kahwin paksa yg tido asing2 bilik tu..
Kiranya sebelum kahwin lagi depa dah fall in love..

Yang jadi bad witch dalam citer ni..
Ialah mak hero dan ex-tunang tak jadi hero..

Heroin dalam citer ni digambarkan sebagai seorang yang tak berapa lawa.. kulit pun gelap.. pelajaran pun tak tinggi..
Hero lak.. hensem yang amat.. putih melepak.. kaya raya.. gaji dia 48K sebulan.. ko hade?!

Yang menjadikan mood aku lari sket..
Sebab plotnya berulang2..
Asyik2 mak hero + ex tunang tak jadi tu..
Datang kedai.. datang umah.. maki hamun Cik Bunga..
Pastu En Sombong pun datang marah balik mak dia ngn pompuan tu..
Ada laa kot 5-6 kali perkara yang sama ulang-ulang..
Membuatkan aku baca skip2..

Tapikan, lepas habis baca..
Aku baca laa tinta penulis..
Rupanya penulis ni mmg berhajat nak wat cerita camni..
Cerita yang gembira je..
Ooo.. kira berjaya laa dia..
Sebab citer ni takde apa yang mengerikan sangat kecuali masa mak hero pedajal kete heroin tapi terkena kat anak dia balik..

Lain-lain sinopsis novel ni (tak adil la kan baca kritikan aku je)

Monday, March 26, 2012

Azza Elite bertemu jodoh..


Ikut laporan blog2 gossip.. katanya 1 April 2012 ni..
Tak kisah laa tu..
Nak bertunang ke.. tak nak ke..
Bukan wajib pun kan..
Akad Nikah tu lagi penting..

Tapi tu bukan persoalan utama..

Soalnya di sini..
Bakal suami dia hensem noksssss..
Merembes!!

Azza ni dah berapa ek umur dia?
Rasa cam baya-baya aku je..
Dapat anak teruna 25 tahun gini.
Hari-hari laa cam hari raya :)

Azza pun nampak cam dah berisi sikit..
Tak cam mula2 lepas dia bercerai dulu..
Kurus cam jerangkung..

Apa-apa pun.. Selamat Pengantin Baru..
Semoga perkahwinan kali ni..
Kekal sampai ke syurga :)
.
.
.

Anakku demam...


Doktor kata pasal nak tumbuh gigi..
Gusi dia tengah bengkak nak kuar geraham..
Mau ke budak 15 bulan tumbuh geraham dah?

Tapi mmg panas ler badan dia..
38 - 39 sesaja..
Semlm dah sumbat satu ubat punggung..
Baru laaa lega sket panasnya..

Tapi.. dia ni sebiji perangai abang..
Kalau rasa sihat.. tak reti duduk diam..
Pastu kalau dah rasa demam balik.. merengek!!


Nak bagi makan ubat susah lak tu..
Mula2 pakai sudu OK..
Pastu dah 2-3 kali bagi..
Dia dah mula tepis sudu tu..
Pakai syringe.. pandai pulak dia luahkan balik..

Rasa cam demam nak cakap pun ada..
Nak tambah vocabulary kot..
Dah cam2 bunyi kuar skang ni..
Dulu NYUM kalau nak minum..
Semalam dah boleh cakap MINYUMMM..

Ahad lepas nenek datang rumah..
Nampak nenek terus MAMA.. MAMA.. MAMA...
(ikut aku laaa panggil mak aku mama)

Yang geramnya.. MAMI jugak tak kuar dari mulut dia..
.
.
.

Sunday, March 25, 2012

Aaron Aziz versi setem - SETEM OMBAK RINDU


Aku baca kat Metro tadi..
Terus cari hp..
Aisey.. tertinggal pulak dalam kete..

Gigih tau bangun pi ambik..

Kak Zel : Hello bie, nak mintak tolong beli setem
MIJ : Setem Hasil ke?
Kak Zel : Bukan.. setem collector..
MIJ : Setem OMBAK laa tu..
Kak Zel : Ye betul..
MIJ : Dah habis
Kak Zel : Uwaaaa TIPU.. cari jugak tak kira!!

Malas nak dengar bini dia meroyan..
MIJ pun buat janji palsu.. (i konpem)
Nanti dia suh geng pos kat KL tolong belikan..

Ada 1000 set sahaja..
Apa ke beng sangat Pos Malaysia ni..
Wat laa 10000 ke hape..
Filem untung 10 Juta.. wat setem 1000 set..



POS Malaysia bakal menjual setem Ombak Rindu idea dari filem tersebut akan diadaptasikan keatas setem berkenaan. atas sambutan menggalakkan dari penonton sehingga berjaya mengutip 10 juta ringgit sepanjang 3 minggu tayangan di pawagam.

Diadaptasi dari novel popular, “Ombak Rindu” terbitan Tarantella Pictures dan Astro Shaw mencipta fenomena tersendiri. Pos malaysia telah memberi penghargaan kepada filem tersebut dengan menghasilkan album dan set folder setemku sekaligus menjadikannya filem pertama yang menerima penghargaan ini.

SECRET GARDEN


Akhirnya drama yang ditunggu-tunggu oleh sumer..
Secret Garden yang berherokan Hyun Bin (hero Kim Sam Soon)
Dan berheroinkan Ha Ji Won (100 Days With Mr Arrogant)
Lagi ada hero-hero lain yang lazat-lazat jugak..

Drama ni tengah main kat 391 Byond..
Baru dalam episode 13-14 kalau tak silap..
Total episode = 20
Drama ni bergenrekan Fantasy Romantic Comedy..
Memang best.. aku dah khatam 3 round..

Hero adalah dari golongan yang sangat kaya..
Merupakan presiden LOEL shopping complex..
Bersepupukan dengan penyanyi Hallyu Star, OSKA..

Merupakan seorang yang bermulut cabul..
Sangat angkuh dengan kekayaan dia..
Tapi ada satu kelemahan..
CASTROPHOBIA iaitu sangat fobia pada lift..
Jangankan naik lift.. berdiri dekat pun dia dah sesak nafas..

Heroin pulak.. cam biasa dari golongan miskin..
Bekerja sebagai stuntwoman..
Masa episod satu depa ni dah jumpa & jatuh cinta..

Lelaki ni pulak.. cam dah jadi hobi dia..
Asal jumpa je nak nyakitkan hati heroin..
Padahal sebenarnya dia yg dulu suka heroin..
Dia suka.. tapi tak boleh terima hakikat yg heroin tu miskin sangat..


Bab fantasi pulak..
Hehehe.. kes ni paling best..
Membezakan drama ni dengan drama-drama miskin-kaya yang lain..

Ntah camne.. satu hari depa ni terminum air jampi..
Yang menjadikan.. setiap kali hujan..
Roh depa bertukar.. roh heroin masuk badan hero..
Roh hero masuk badan heroin..

Tapi takde laa sepanjang citer jadi camni..
Kejap-kejap je.. sebab bila hujan turun sekali lagi..
Roh depa akan masuk ke badan masing-masing..

4 episod terakhir sangat sedih..
Sebab ada insiden yang telah menimpa heroin..
Akak Zel korang yg tak pernah nangis tgk citer apa pun..
Nangis hokay bersama Hyun Bin..

Hyun Bin dalam drama ni 10 kali lebih hensem dari dalam Kim Sam Soon..
Mungkin sebab dia dah kurus kot..
Masa Sam Soon cam berisi sket..

Pelakon-pelakon dalam citer ni..
Boleh dikatakan sumer berpengalaman lama berlakon..
So, chemistry antara depa sangat baik..
Terutama hero ngn heroin :)

Oleh itu.. sapa mau melampias..
Sila emel ye..
Jangan tinggal2 komen atau mesej kat chatbox...
Internet sini mmg cam vavis terbang..
Kejap ok.. lama weing...

Cinta Kura Kura


Dah lama Kalep tak ketagih tengok movie ulang-ulang..
Dulu.. dia gile tgk REMPIT..
Pastu Hantu Kak Limah Balik Rumah..
Ni Cinta Kura Kura pulak..

Dia ni dah memang pencinta Ninja Turtle..
Wpun dia tak pernah pun tgk Ninja Turtle kat TV..
Kartun yang popular zaman aku kecik-kecik dulu..
Sama zaman dengan Smurf dan Thundercat..



Kalep kenal Ninja Turtle dari game PS2..
Itulah game yang dia hadap hari-hari..
Yang part I dia dah khatam banyak kali..
Skang ni dok hadap part II ngn part III..





Hensem pulak mamat yang jadi hero lidah pendek ni..
Tak sabar nak tunggu filem 7 Petala Cinta tu boleh didonlod..
Dalam Cinta Kura Kura ni..
Lakonan dia dengan Tiz.. biasa-biasa jer..
Citer ni boleh jadi sweet lagi..
Tapi dah filemkan.. masa tak banyak..
Mesti tak lama lagi jadi drama bersiri pulak..

Secara keseluruhannya.. jauh lebih baik dari Adnan Sempit 2..
Citer Adnan Sempit tu.. sekali je aku kasi Kalep tengok..
Ntah hape-hape bahasa..

Tapi.. dalam CKK ni pun ada gak laa sikit2..
Tak pasal-pasal dia dok panggil Hasya MANGKUK!!
.
.
.




Friday, March 23, 2012

Katil tercabut..


Abaikan babi hijou yg tengah menyengih itu..

Kul 2.20 pagi malam tadi..
Memula tu Hasya menangis sebab katil berkeriut satu macam..
Aku igt kot tin biskut bawah tu terlari..

Ye.. bawah katil aku ada 4 tin biskut kosong..
Utk menampung berat tuan katil..
So, kalau katil roboh..
Takde laa sampai ke lantai terus :))

Aku banyak sangat dah tau experienced jatuh @ terbenam dalam katil..
Tu pasal time masuk asrama..
Aku elakkan laa sangat ambik belah atas katil double decker..
Kalau aku terbenam.. mau arwah yang bawah tu.. :)

Berbalik pada katil aku ni..
Ini belah kaki tau.. bukan belah atas..
Agaknya dah lama ler tu retak menanti belah..

MIJ dah tau masa kul 2.30 pagi tadi..
Sebab aku ngn Hasya datang tido menyelit dengan dia dan Kalep..
Bila aku kata katil roboh..
Dalam pejam mata tu dia sempat SENYUM SIMPUL!!!
Tu kalau bukan kul 2.30 pagi..
Confirm dah terbahak-bahak mengejek isteri mithali dia ni..

Hari ni satu kerja laa pulak nak membukak katil tu..
Malas laa aku nak paku2 ke hape..
Tak payah laa pakai katil..
Elok gak.. tak payah aku risau si Hasya ni..
Peberet dia skang panjat naik katil..
Pastu berlari-lari atas tu smpi jatuh..
Dah 2 kali salah landing.. ke lantai terus perginya..
.
.
.

Thursday, March 22, 2012

Kegilaan kanak-kanak seluruh dunia :)



Kat oversea ada ke mesin camni?

Dulu dengan Kalep..
Skang hadapkan si Hasya pulak..

PANTANG JUMPA hokay!!!

Dah tu.. dah kasi naik tak nak turun..
Melalak!!!

Kalau kat Tg Malim ni takpe lagi..
Seround baru 50 sen..
Tapi tempat lain.. nak2 Jusco..
RM2 sekali henjut..
Pastu nak mehenjut banyak-banyak  kali..
Bangkrap mami nak oiii :)

.
.
.

Wednesday, March 21, 2012

Menara condong Teluk Intan


Sampai gak Kalep ke Menara Condong ni :)
Mula-mula sampai.. dia kata tak condong pun..
Lama-lama tengok baru dia kata A-AH MAMI, SENGET!!



Tetiba Hajah Norlia tinggi dari anaknya..
Tidak!!
I jauh lebih tinggi :)




Kalep nak tangkap gambar kat tangga..
Tapi ada bebudak Teluk Intan dah konker.. :)
Terpaksa laaaa org Tg Malim tangkap tangga dari jauh..




Tuesday, March 20, 2012

si kenit mami..


Sian kenit ni..
Asyik kena tinggal lama-lama..
Selalu lunch hour mami datang tengok..
Skang ni.. lewat petang baru ambik dia..


Kalau aku balik keje..
Pastu bukak tudung letak merata..
Memang dia ambik sarung..
Minat sangat dengan tudung...

p/s : tudung free !!


Dia ni skang kuat mengusik..
Sapa dukung dia..
Nanti dia buat2 nak gigit..
Siap ada bunyi.. AUMMM!!
Tapi tak gigit pun..

Jangan buat tak reti..
Kena berlakon-lakon takut..
Kalau wat dek.. siap, jap g kena gigit betul!!

Boleh cakap banyak perkataan dah..
Perkataan wajib dia.. PAPA... PAPA... PAPA..
Mencik tau.. mami yang kasi Hasya susu.. basuh berak.. mandi.. beli baju..
Lagi boleh panggil sepupu dia AYISH (airis)..
Abaaaaa (abang).. Amam (makan).. Nyak nyak (nenen)..
Amau (tak mau).. Nah..(suh ambik dia dukung)..
Eee Aaaa (buku)..Anyooo Dooo (jom tido )...
.
.
.

Monday, March 19, 2012

The Moon Embracing The Sun


Nak citer panjang pun susah..
Tengah OS menggila ni..
Tapi drama ni mmg jadi kegilaan ramai..
Aku rasa.. drama ni laa paling banyak hero hensem..

Secara amnya..
Drama ni mengisahkan tentang putera raja..
Yang jatuh cinta dengan seorang shaman..
Shaman ni cam bomoh perempuan..

Shaman ni pulak..
Sebenarnya seorang anak bangsawan jugak..
Tapi atas satu sebab.. dia dihukum..
Dan menyorok dia satu tempat sebagai shaman..



Ni rating drama ni..
No. 1 medang hokay..
Bukti yang drama ni mmg sangat2 best..

Sinopsis tambahan

The story of the secret love between Lee Hwon, a fictional king of Joseon, and Wol, a female shaman. Wol was born as Heo Yeon Woo, the daughter of a noble family who won the love of the crown prince, Hwon. Her enemies, jealous of her family's position in court, schemed against her and wrestled away her rightful place as crown princess and nearly takes her life. Years later, an embittered Hwon meets Wol, now a female shaman who has no recollection of her past.
.
.
.

Sunday, March 18, 2012

UNFRIEND


Sebelum-sebelum ni aku tak kisah pun bab friend-friend ni..
Aku tak pernah unfriend sesapa..
Tapi orang ada unfriend aku..
Maybe dia meluat laa kot dengan aku..
Tak pun pasal aku tak sekufu dengan dia..
Tak pun pasal aku selalu kutuk dia.. OPS!!!

Tapi, sejak2 online pakai HP.. tak pun Tab..
Memang ada sangat2 10-20 friend yg sangat annoying..
Lelebeh lagi yg ada kedai on9..
Paham2 jelah screen kecik ni..
Kalau asyik2 benda yang sama je je kuar..
Lama-lama VENCIK tau..

Aku tak kisah korang nak meniaga..
Tak kisah gak sekali sekala korang Tag aku..
Aku paham laa tu marketing strategy..

Tapi.. jangan laaa melebih-lebih pulak..

Antara kriteria yang akan aku unfriend atau unlike..

1- Meletakkan setiap SATU barangan ke wall.. kalau ada 20 item.. semua main tepek satu persatu.. apa laa salahnya ko hempuk dalam satu album je sudah.. kalau org tu nak beli.. tau ler dia bukak album tu..

2- Men TAG aku benda2 yang bukan-bukan.. contohnya seperti blouse yang giler punya cun.. tapi saiz paling besar yang ada adalah saiz M..

3- Memujuk aku membeli barang2 yang aku tak suka nak beli.. Dan depa sebenarnya tahu aku tak suka serta AKU SUDAH BELI pun sebenarnya.. Cth spt Premium Beautifool.. Herbalife.. Jus Mate 5... Takat produk2 kurus ni tak payah dah laa nak pujuk2 aku hokay..

4- Meletakkan status yang sangat bukan-bukan.. seperti contoh.. Ah, tak yah laa contoh2.. kang ada yang terasa pulak.. tak pasal2 nama aku lak naik kat wall dia.. :))

5- Yang tipu aku.. beli bahan bakar dah aku pos lepas tu TAK BAYAR.. pastu dok anta PM nanti.. nanti.. nanti.. tunggu gaji bulan ni.. gaji bulan depan.. last2 sampai sudah tak bayar.. org2 beraura negatif camni.. aku tak suka dok ada dalam friendlist aku.. pada aku sakit hati tgk status dia.. pi holiday.. makan tu makan ni.. tapi hutang tak bayar.. lebih baik aku unfriend jer.. TAPI AKU TAK HALAL OK DUNIA AKHIRAT SAMPAI KO MINTAK HALAL..
.
.
.

Hari ini besday mama saya :)


Ikutkan hari ni laaa hari terakhir Hajah Norlia dalam perkhidmatan awam..
Bersara umur 58 tahun..
Tapi, pada dia dok bosan kat umah..
Baik dia sambung sampai 60 tahun..

Hari ni sambut kecil-kecilan jer..
Kek + Domino Pizza..
Sambut kat Gumut Tambahan sahaja..

Mula-mula plan nak ke 1 Utama..
Tapi kensel bila kenangkan askar 5 orang tu..
Yang suka sangat menghora-horakan keadaan..
Baik kat umah..
Tenang dan aman damai..

Ok, tak pernah citer pasal Hajah Norlia ni kan..

Dia ni ikutkan seorang yang garang dulu-dulu..
Garang sesangat hokay..
Kawan-kawan aku kat SMK Kalumpang, tau laa garang ke tidak..

Dia jeling je dah cukup wat aku kecut perut..
Nasib baik.. makin dia berumur.. makin hilang tau garang dia tu..
Lebih2 sejak ada cucu..
Cam tak sangka pulak..
Hilang lansung garang tu dengan cucu-cucu..

Pastu mak aku ni sangat pemurah dengan anak2 dan cucu-cucu..
Selalunya bila kitaorg terkehel sket pasal duit..
Mak aku ler penyelamat dunia :)
Dan kalau nak beli apa2 yg agak mahal..
Yang rasa2 tak mampu nak beli sendiri sekelepuk duit..
Selalunya mak aku ni laa yg dulukan duit dia..

Pendek kata.. kalau bukan bab duit pun..
Aku dan adik beradik mmg bertuah ada mama camni..
Yang boleh kitaorg nak berkongsi suka duka..
Paling kongsi sekali.. SHOPPING!!!!
Ajak jelah ke mana.. confirm ON :)

Akhir entry..

SELAMAT HARI LAHIR MAMA YANG KE-58
SEMOGA SIHAT SELALU, DIPANJANGKAN UMUR,
DIMURAHKAN REZEKI
.
.
.

Saturday, March 17, 2012

Kedai Kain Nafisa nak pindah...

gambar hiasan semata-mata

Kan memborong sakan kain ela..
Citernya.. pi umah makcik aku kat Pinji, Ipoh..
Pastu dia bw g Kedai Kain Nafisa yg nak pindah..
Kainnya semua flet 3 harga

RM3 semeter, RM4 semeter dan RM5 semeter..

Kalau pandai mengombah..
Boleh jumpa kain-kain yang dulunya rege rm19 semeter @ rm25 semeter..

Japannese Cotton.. RM5 semeter..
English Cotton... sorry.. awal2 abih dah org hangkut..

Itu yang sakan membeli tu..

Sapa-sapa kat Ipoh.. leh laa terjah..

Depan Tesco Station 18, Pengkalan Ipoh..
Ala.. dekat area Kolej Hill Citi yang dah takde tu..

Semalam salesman kata ada lagi 3 hari..
Sempat lagi tu ;)
.
.
.

Thursday, March 15, 2012

meracau tahap serius...


Bak kata mak aku semalam...
Nasib baik Hospital Bahagia Tg Rambutan dah penuh..
Kalau tak.. ada 3 org lagi masuk..

GILA SEBAB SHOPPING!!! :))

Ni makcik aku punya bahagian..
Tapi ni sebahagian je..
Sebab lagi 10 pasang dia dah anta tempah terus :))

Ni utk wan aku kat kampung..
Dia mmg minat biru ngn hijau je ..

Ni Kak Zel korang punya..
5 cukup la..
Habuan pakai smpi abih kontrak..

Ni hasil serbuan kedai tudung nak tutup..
Semua tudung rege RM30.. dia bagi RM10.00 sahaja..
Kain sejuk dan sangat sedap hokay..

Sebelum balik ni terjah lagi...
.
.
.

Tuesday, March 13, 2012

pemandu jiwa kacau part ii

Semalam menyambung tugas di Teluk Intan..
bawak Hajah Norlia.. adik bongsu aku sama Kalep..
Sampai awal.. sempat laa makan roti canai kat Ghulam Rasul..
Keras hokay.. roti canai Seri Melur 10 kali lagi best..

Abih training..
Menjelajah dari mall ke mall..
Dari kedai ke kedai kat Teluk Intan..
Banyak jugak kemusnahan berlaku..
Hasya dapat 8 pasang baju..
Kalep selai pun tak dapat..
Tapi berjaya mintak nenek belikan mainan + kasut baru...


Dalam kul 3.30 ptg dah gerak nak balik TM..
Sekali timbul idea bernas..
JOM PI SG BESAR!!!

Aku kalau ada Hajah Norlia..
Memang panjang akal.. :)

Sampai laaa kami ke Sg Besar..

Giler murah tudung2 kat sana..
Wpun kat sini ada gak Yang Yang..
Tapi Yang Yang sana lagi besh...

Tapi tudung2 ni aku rembat kat kedai sebelah Yang Yang..
Tudung saiz XL.. rm15 shj..
Kat TM ni.. kalau tak genggam rm25 - RM35..
Jangan usik laa tudung XL :)

Ok, duit sudah jahanam..
Siap pinjam duit adik aku..
Masa untuk pulang..

Sekali masuk jalan nak ke Tg Malim..
Nampak sign board merah..
Tulis jalan tutup sebab banjir..

AH SUDAH!!!

Takkan nak patah balik Teluk Intan..

Tanya kat budak petrol pump tu..
Dia kata boleh ikut Bukit Tagar..
Jalan terus sampai Tg Karang..
Pastu masuk Batang Berjuntai.. sampai Unisel..
Masuk hiway Bukit Tagar..

Maka..

Dengan seram sejuk sebab tak tau jalan..
Pastu hujan ribut..
Nasib baik wiper Kesatria Baju Hitam dah tukar..

Sampai gak rumah.. dekat2 jam 8.30 malam..

Semalam punya perjalanan merentas Daerah..

Btg Padang - Hilir Perak - Sabak Bernam - Kuala Selangor - Hulu Selangor - Batang Padang

PENAT!!!!!!
.
.
.

Monday, March 12, 2012

Pemandu jiwa kacau...


Sejak hari-hari travel jauh ni..
Cam-cam perangai jiwa kacau aku jumpa..
Sebelum ni kat Tg Malim.. ulang alik dalam 5km..
Hanya jumpa kes-kes potong kiri.. signal tak bagi.. langgar traffic light..
Itu biasa...

Pagi ni meneruskan tugas ke Teluk Intan..
Ikut hiway kuar Bidor..



Pemandu Jiwa Kacau 1
Tora Terbang aku berada di lorong KIRI..
Belakang aku ada sebiji Sentra..
Bagi high beam.. atas tujuan?!!!

Aku cek handbag.. kot2 laa tertinggal atas bumbung kete...
Pastu cek kain.. kot laa terkeluar ikut pintu..
Ok..  cek gigi plak..
Kot laaa ada cili sambal nasi lemak melekat kat gigi :))


Pemandu Jiwa Kacau 2
Ada sebuah treler bawak tong gas.. harus laa 50-60 km/j..
Belakang dia ada lori bawak hape ntah..
Tapi laju sket dari lori pertama tadi..

Lori kedua memotong lori pertama..
Aku pun follow laa belakang lori kedua tersebut..
Tiba2 muncul kete berkelajuan tinggi..
Seperti biasa.. perangai PEGHAK kete2 laju ni..
Buh high beam 3-4 kali..
Tujuan?!!!!

Adakah ko buta mata tak nampak lori depan aku?
Ko meminta aku brek dan masuk balik belakang lori pertama?
Atau ko nak suh aku masuk gear terbang..
Pastu terbang melalui atas lori kedua tersebut..


Pemandu Jiwa Kacau 3
Aku dah laa dah lambat ni..
Training start jam 8.30 pagi..
Aku baru masuk simpang Bidor hala ke Teluk Intan..

Depan aku.. sebiji Camry 2.0 yg berkelajuan 55-65 km/j
Sedangkan jalan tu boleh sampai 90km/j..
Bila jalan bertentangan dah clear..
Apa lagi.. masuk gear 3, henjut laa nak memotong..

Pemandu Camry jeling kete aku.. (agaknya laa kan)..
OOO.. SEBIJI TORA TERBANG 0.65 cc..
Hendak memotong sebuah Camry baru beli 2.0..

Dan-dan.. dia pulak tekan minyak..
Kalau aku tekan minyak aku smpi bukan cecah lantai tau..
Sampai cecah jalan raya pun belum tentu boleh potong lagi..

Sungguh laaa hamjads..
Terpaksa laaa tak jadi memotong dan masuk belakang dia balik..
Eh, boleh pulak bawak laju..
Yang tadi cam kura-kura menopause apsal?!!


Cepat laa berakhir tugas2 training ni..
Lama-lama kang.. jiwa aku pun naik kacau jugak

,
,
,

Sunday, March 11, 2012

Dilema seorang MAMI


Anak memunggah marah..
Abih tu yang pi bubuh segala tok nek mainan atas meja rendah..
Sapa buat?!!
Pastu yang beli mainan banyak2 watpe..
Dah tau malas nak kemas2..

Anak tumpah nasi atas karpet naik antu..
Suh dia suap sendiri..
Yang adik pulak menggapai2 smpi terbalik sepinggan nasi..
Abih tu sapa yang awalnya bawak nasi letak depan TV..

Anak terbalikkan milo sejuk satu cawan..
Abih tu sapa yang letak cawan milo tu kat atas lantai...
Pastu pesan kat anak yg sibuk main PS2..
Air tu kang jangan sepak pulak..
Apsal tak letak atas meja?

Pening anak dok punggah laci..
Awatnya pi buh barang banyak-banyak dalam laci..
Kalau takde barang dalam tu..
Takde laa barang dia nak punggah keluar..

Sakit jiwa anak dok kuarkan novel dari rak buku..
Kenapa tak sudah baca masuk je dalam kotak..
Mami bukannya jenis suka ulang2 baca buku yg sama pun..

Marahkan anak dok pump shower foam smpi 1/2 botol sekali mandi..
Abih tu kenapa beli yang pump..
Cer beli yang picit tu.. tentu tak boleh nak pam banyak2..

Bising anak kombah stokin papa..
Yang pi letak stokin tu dalam laci rendah sapa suh..
Sehari 10 kali kemas laci stokin..

Menjerit anak dok tekan button off remote Astro..
Yang pi letak sepah2 tu sapa?

Streesssssss !!!!!
.
.
.

Friday, March 9, 2012

Fasha Sandha & Jejai dah nak kahwin...


Menghitung hari bahagia nampaknya..
Hari tu kata nak nikah kat Bali..
Skang ni kata kat KL jer..
Kat umah yang dibeli oleh Jejai..
Pastu ada 2 majlis.. satu kat Perlis..
Maybe yang satu lagi tu la kot dekat Bali :)

Akhirnya mendapat gak ye Fasha Sanda..

Eh, dalam Bunga Bunga Syurga tu ada Fasha gak ke?
Aku tau Johan Asaari ada dalam tu..


Wajah bahagia bakal pengantin...

Wpun tak macam pinang dibelah dua..
Cam aku ngn MIJ gak laa.. macam pinang tersalah belah :))

Diharapkan berkekalan sampai akhir hayat..
.
.
.

Akak busy u ols :)


Ada reader komplen..
Awat 3 hari berturut entry pasal Korean Drama jer..

Jawapannya...

Kalau u ols mengekori status FB i..
Mesti dah tau yang akak busy yang amat sangat skang ni ;)

Selalu wat training in d house, kat PID..
La ni kena keluar buat kat tempat lain..
Dah tu jauh2 lak..
6.30 pagi dah kuar mencari rejeki u ols..

Balik dari training..
Menggigih lak masuk pejabat..
Siapkan keje2 membakar pulak..

Kul 6.00 ptg, mengocoh-ngocoh pulak pi jemput anak-anak..
Sampai rumah.. kot tak mandi.. mandikan dulu..
Lepas itu memesin kain..
Sambil menunggu mesin siap..
Terus memasak pulak..
1 masakan utk minum petang MIJ..
1-2 lauk untuk dinner..

Sebelum tido.. menyidai dulu..
Lepas menyidai, kena lak menggosok pakaian..
Dulu gosok baju sendiri jer..
Skang kena gosok baju keje MIJ sekali..

Pasal apa gosok baju MIJ?!!

Adalah perjanjian timbal balik kami berdua..
Rahsia rumahtangga :)
Sebulan je pun..
Abih Mac ni, MIJ kena laa gosok baju sendiri balik :))

Kul 10.00 mlm selalunya dah meready atas katil..
Hasya tu jelah paling limit dia boleh berjaga..

So, celah bedah mana Kak Zel nak hapdet 2-3 kali sehari cam dulu :)
.
.
.

Thursday, March 8, 2012

What's Up

 

Satu lagi musical romantic drama remaja muda mudi :)
Drama ni berkisar tentang pelajar2 jurusan muzik di sebuah kolej..
Tapi sebelum masuk kolej.. ada laa sejarah2 sebelum tu..


Ni hero.. ikutkan dia ni takde laaa baru sgt..
Sebelum2 ni dia banyak dah berlakon jadi tambahan..
Akhirnya jadi hero jugak..

Dalam drama ni dia bermula dengan jadi budak nakal..
Suka cari org yang mabuk arak.. pastu curi barang2 org tu..
Sampai laa satu hari, kawan2 dia kena tangkap..
Masa nak selamatkan kawan dia tu.. dia curi satu motor..
Ntah camne terlanggar seseorang..
Tapi dia terus cabut lari je sbb time tu polis tengah kejar dia..

Esoknya dia balik semula ke tempat tu..
Tapi kata org2 kat situ.. org yg kena langgar tu OK..
Padahal orang yang dia langgar tu mati..

Lepas tu dia suh kawan dia apply kan masuk kolej..
Ikutkan dia nak ambik acting major..
Ntah camne.. kawan dia daftarkan dia music major..


Yang dia ni pulak.. atas kerana satu sebab..
Dia merahsiakan identiti sbg seorang komposer pakai nama Hades...
Kalau dia perform pun.. dia pakai topeng..
Sampai laa satu hari, ada jurukamera dpt snap gambar dia..
Maka hari tu dia pun berhenti dari menyanyi..
Dan masuk ke kolej yg sama dengan hero..


Perempuan atas tu pulak..
Sebenarnya ayah dia laa yg hero langgar sampai mati tu..
Depa jumpa masa tgh sesat kat kolej..


Drama ni banyak lagu best-best..
Pastu ada dancing move yang menarik..
Yelah.. nama pun Music Major kan..



.
.
.