Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Thursday, May 31, 2012

Sudah mula menjombiiiii


Habis dah musim mengepam anak celah ketiak..

Susu badan dah kurang sangat..

Jadinya malam bila tido..
Nenenkan dia awal2 smpi tido..
Pastu masuk kul 2 pagi... 4 pagi...
Susu dah kering..

Camne aku tau kering?

Sebab Hasya akan hisap melampau kuatnya bila susu dah takde..
Smpi terasa cengkaman gigi kapak dia tu..
Tu maknanya dia lapar dan susu tarak..

Kena laa mami bangun buat susu skang ni..
Tak banyak pun..
2oz dah cukup utk dia hisap smpi lelap balik..

Tak kisah la nak oi..
Janji ko membesar dengan sihat..
 
Dah laa kan..

INI ANEK ORENG PUTHEH...
TIDEK SUKE MAKAN NASEY...

Dia suka makan mee.. bihun.. pasta.. sphagetti..
Boleh habis semangkuk kecik..
Pastu ulang makan 2-3 kali smpi dia tido..
Nasi lansung takmo..
Boleh laa cuba suap dia dalam 1-2 suap kecik..
Pastu dia akan luah balik..

Abang skang kuat makan..
Tapi dalam 3-4 hari seminggu jer..
Lagi 3-4 hari lak, dia takmo makan..
Ni satu hal pulak pelik perangai..
3 hari kang dia pulun makan smpi 3 kali makan nasi...
Kang lagi 2-3 hari.. apa pun takmo kecuali susu..

Sudahnya..

Mak korang jugak yang gemuk sorang-sorang :))
.
.
.

Wednesday, May 30, 2012

Feast of God

Jangan muak ye u ols dengan blog akak..
Sejak Nuffnang kedeks ni..
Terpaksa laa mencari income lain..
Gaji pun dah kurang separuh.. :)


Masa zaman gila drama Hong Kong..
Akak paling suka tgk kalau citer bab masak-masak..
Bukan sebab akak suka makan tau..
Tapi sebab suka tengok skill dan cara persembahan depa...

Ni drama yang baru habis tayang jugak..
Bergenre kan romantic comedy..
Berkisarkan mengenai perebutan menjadi Master Chef..
Dan seterusnya menjadi pemilik restauran Traditional Cruisine, Arirang...


Drama ni ada twist sket..
Tapi, kat awal2 episod dah jelas kenapa camtu..
Ni kisah anak tertukar ler jugak..
Heroin ni jatuh laut masa kecik..
Tapi dia selamat..

Asalnya dia ni anak Master Chef yg menang dan pemilik Arirang..
Disebabkan dia jatuh laut..
Ayah dia dah ambik anak angkat lain..
Yang menjadikan pening tu..
Dia pi bagi nama sama  cam anak dia yang hilang..

Ni anak angkat ayah heroin..
Yang ayah dia jumpa atas kapal masa anak kandung dia hilang..
Dia pun besar jadi tukang masak jugak..
Nak jadi citer kang.. dia pun bertanding nanti dengan heroin...
Bertanding nak jadi master chef..

Selain tu dia suka hero yang suka pada heroin...

 

Ada 2 hero..
Yang mana satu dapat heroin..
Korang kena tengok sendiri..

Tak leh review panjang..

GIGI AKU SAKIT!!!!!


.
.
.


Menderita...


Dah lama tak menderita camni...
Rasa cam dah 3-4 tahun tak pernah sakit..

MIJ dah berbuih2 mulut suh cabut..
Tapi aku wat dek je..

Sebabkan..

Gigi yang sakit ni gigi depan!!!

Dah laaa gigi atas aku 1 dah rongak..
3 kali wat gigi palsu..
3 kali gak hilang gigi palsu..

Pastu yg sakit nyup nyap nyup nyap ni..
Gigi depan jugak..
Tapi bawah.. dan sama paras dengan gigi yg rongak..

Bayangkan...
2 gigi takde..

Pastu aku tak suka gigi palsu..
Nak wat crowning mahal..
Nak tanam gigi lagi laa mahal..

Penyelesaiannya?!!!
.
.
.

Tuesday, May 29, 2012

The King 2 Hearts


Drama best jugak ni...
Berpinau bijik mata nak tengok banyak sangat drama..

Secara amnya..
Drama ni mengisahkan Putera Raja dari South Korea..
Yang jatuh cinta dengan North Korean special agent..

Korea Selatan dengan Korea Utara ni..
Seperti yang satu dunia maklum..
Memang bermusuhan..


Hero kegemaran ramai.. Lee Sung Ki..
Dalam drama ni dialah putera raja, Prince Jae-Ha..
Dia ni materialistik.. play boy.. pastu tak ambik kisah pasal hal negara..
Dan tak ambik peduli pun pasal takhta yg bakal diwarisinya..

Perangai dia yang hape aku pedulik ni laa buat drama ni best :)

Maka, King Lee Jae-Kang (abang hero)
Telah enroll dia ke dalam military..
Lepas keluar tentera dengan pangkat prebet..
Dia suka dah.. dapat hidup bebas balik..

Lepas tu..
Korea Selatan dan Korea Utara akan bergabung untuk ambil bahagian dalam WOC iatu World Officer Contest..
Tup-tup terpilih pulak untuk sertai WOC..

Kat dalam kem tu laa dia jumpa heroin..
Heroin ni wakil dari Korea Utara..



Heroin kesayangan aku berlakon drama ni :)
Rambut dia dah panjang banding dengan Secret Garden..

Dalam drama ni nama dia Captain Kim Hang-aH..
Dia ni anak pegawai tertinggi tentera di Korea Utara..
Dan juga special agent terbaik di negara dia..

Oleh kerana kerjaya lasak, dia susah nak dapat jodoh...
Kemudian dia diminta lapor diri untuk join WOC..
Mula-mula dia takmo.. sebab fikirkan nanti smpi bila2 dia tak kahwin..
Kemudian, seorang pegawai atasan tentera bagi offer kat dia..
Kalau dia join WOC, pegawai tersebut akan carikan jodoh untuk dia..


Masa training utk WOC..
Wakil Korea Selatan mesti sebilik dengan wakil Korea Utara..
Maka depa ni dapatlah sebilik...

Mula-mula memang susah nak sesuaikan diri..
Sorang serius.. sorang lagi banyak main-main..
Tapi, tak ambik masa lama pun..
Utk hero jatuh cinta pada heroin..

Tak banyak rintangan ke hape..
2-2 keluarga setuju untuk depa dikahwinkan..
Atas nama mengeratkan hubungan 2 negara..

\

Drama ni menjadi serius..
Apabila King Jae Kang dan isternya dibunuh secara kejam..
Pembunuhnya adalah Club M..
Yang diketuai oleh Kim Bong Gu..
Seorang ahli silap mata yang mahu pemerintahan beraja dihapuskan..
Dan dia akan memerintah negara..

Maka, Jae Ha pun naik takhta..
Banyak laa tanggungjawab yang terpaksa dia pikul..
Selain daripada mencari org yg bertanggungjawab atas pembunuhan raja..
Dia juga perlu menyelamatkan negara..


Yang tak bestnya..
Dia tuduh heroin lak terbabit sama membunuh raja..
Bermula laaa cam kisah sedih dan berat sket..
Nak pulak heroin ada keguguran..
Macam2 cercaan dan rintangan yg depa kena hadapi..

Apapun.. drama2 ni mesti happy ending punya :)

Kalau nak.. meh la order ;)
.
.
.

Majlis Aqiqah Cahaya Malaika anak Mawi


Anak Mawi memang comel..

Tapi..

Tudung subwoofer mak dia over shadow Cahaya Malaika :)

.
.
.

Monday, May 28, 2012

Sarawak - Pantai Damai


Panas petang time kami sampai ni..
Tapi bebudak ni..
Apa depa pedulik..

Wpun dah cakap baju tak bawak..

Ada depa kesah mandi pakai spentot je :)

  

Replika burung kenyalang..
Aku punya laa nak bawak budak2 ni tangkap gambar kat situ..
Haram kot dipedulikan..


Tak bagi pun mandi kat laut betul..
Depa cuma mandi kat tempat air gunung turun hala ke laut..
So, air tu tak masin pun..
Sejuk segar lagi...


Kat area ni ada hotel dan resort jugak..
So, sapa2 yang g Kuching..
Dengan niat nak berehat..
Boleh laa sewa hotel kat area Pantai Damai ni..


Kali ni betul-betul tamat entry S'wak..
Kecuali pasal Hasya ada jumpa satu benda kat airport..
Aku asyik lupa je nak snap gambor benda tu :)

Hasya yang ala2 runway model.. :)
.
.
.

Rooftop Prince


Drama yang ditunggu-tunggu ramai..
Rooftop Prince...

Secara amnya..
Drama ni pasal Maharaja Lee Kak yang secara tiba2 crown princess dia mati lemas..
Dia syak, crown princess tersebut mati dibunuh..
Maka dia upah 3 penyiasat luar istana..
Untuk siasat kematian mengejut tersebut..


Semasa depa menyiasat dan mencari siapa yg bunuh crown princess..
Secara misterinya..
Tiba-tiba depa travel ke 300 tahun ke depan..
Dan muncul di sebuah rooftop apartment di Seoul Korea..

Rooftop Apartment itu pulak..
Adalah milik seorang gadis bernama Park Ha (heroin)..
Yang baru balik ke Korea daripada US untuk mencari ibu bapa kandung dia..


Putera Lee Kak terperanjat sebab muka Park Ha..
Sebijik cam crown princess yang mati lemas tu..

Mula laaa babak2 comedy citer ni..
Maklum laa depa dari zaman Joseon..
Dengan rambut panjang..
Cakap dengan bahasa lama..
Tiba2 muncul kat era moden.. kat Seoul lagi :))
Park Ha yang tolong depa adjust dengan kehidupan masa kini..

Yang part cerita zaman lampau..
Time Joseon tu..
Hangpa kena tengok sndr drama ni..
Susah mau citer.. sebab drama ni 2 zaman..

Aku review yang zaman 2012 je :)


Drama takkan best kalau takde orang jahat..

Orang jahat pertama adalah kakak tiri heroin.. iaitu Se Na..
Dia ni dari kecik.. mmg ada je tak puas hati dengan Park Ha..
Park Ha sampai hilang kat US pun..
Dia laa punya pasal..

Satu lagi jahat... sepupu hero..
Dia ni sebab nak rebutkan pangkat CEO hero..
Dia sanggup tolak hero jatuh masuk laut kat US..


Nak jadi citer..
Si jahat sorang tu...
Dia keje sebagai PA nenek hero..
Jatuh cinta pulak kat hero..
Lagi laa macam2 cara dia guna untuk singkirkan Park Ha..
Nak2 pulak bila dia tau Park Ha adalah anak jutawan terkemuka..
Dia sanggup berkomplot dengan sepupu hero..

Yang sepupu dia pulak..
Awal2 tu dia yakin betul yang hero dah mati kat US..
Bila hero muncul balik..
Dia terperanjat mula2 tu..
Tapi bila tau hero tak ingat apa (pasal hero ni yg dari Joseon)..
Dia syak hero dah hilang ingatan sebab lemas..


Jadi,

Selepas semuanya terbongkar..
Dapatkan Lee Kak dan pegawai2 nyer kembali ke Joseon?
Bagaimana dengan Park Ha?
Yang jahat.. apakah balasannya?

Kena tengok sendiri ;)
.
.
.


Tengah beratur..


Parah tul bila drama Korea habih serentak kat Korea nun...
Pengkor tangan buat master..
Kali ni banyak problem sket..
Banyak sub timing lari..

Jadinya.. aku kena alter sub..

Keje yang boleh buat mual..

Yelah..

Kena matchingkan apa yg depa cakap..
Dengan subtitle..

Sedangkan...

Aku tak paham bahasa Korea!!

Kalau cakap sepatah2..

Kumabta.. Miana.. Sarange..

OK lagi..

Kena part makcik tua membebel smpi 10 minit..
Pitam aku membuat timing...

So, senarai di atas..
Ikutkan dah available..
Cumanya aku lum tulis review lagi..
Master dah ada ;)

Silalah..
.
.
.

I Need Romance


Drama ni dah lama sangat aku donlod..
Masa mula2 TVN muncul..
Tapi, aku under estimated drama ni..
Sebab aku igt lebih kurang cam Still Who Want To Marry...
So, berkepam laa drama ni dalam external..

Sampai laa..
Satu akak regular customer request aku process drama ni..
So, sambil process aku pun tengok la drama ni..

BEST GILER!!!!!!

Drama ni lawak dari episod satu.. smpi laa episod 16 ;)

Namun begitu.. drama ni kalau kat M'sia..
Kena buh 18SX :)


Ni watak utama In Yeoung.. Umur 33 tahun (sebaya i hokay)
Dia keje sebagai manager kat sebuah hotel..
Ada boyfriend yang tinggal serumah dengan dia..
Dan depa dah couple 10 tahun..

Dia tertunggu-tunggu, bila laa BF dia nak propose..
Nak2 pulak kawan baik dia bakal berkahwin..
Sedangkan depa hanya couple baru 3 tahun..

 

Ini hero..
Dia kerja sebagai pengarah filem..
Boyfriend kepada In Yeoung...
Dia ni sebenarnya sayang sangat dekat In Yeoung..
Tapi ntah camne, dia tidur dengan pelakon utama filem yang diarahkannya..
Pastu kantoi pulak dengan In Yeoung..

In Yeoung terus minta putus dengan mamat ni..

Mamat ni lak..
Watak dia kadang2 wat kita kesian..
Kadang2 wat kita geram giler..


Macam dia tak kisah putus dengan In Yeoung..
Tapi, bila In Yeoung couple dengan orang lain..
Dia cemburu gila-gila pulak..

Hat ni 2nd hero..
Asalnya dia ni keje satu pejabat dengan In Yeoung..
Kira cam junior In Yeoung ler..

Bila In Yeoung putus dengan Sung Soo..
Dia terus couple pulak dengan mamat ni.
2nd hero ni muda 5 tahun dari heroin..

Sampai laa tiba2..
Rupa-rupanya 2nd hero ni adalah cucu pemilik hotel tempat dia bekerja..
Sejak dapat tau tu.. In Yeoung cam serba tak kena dengan 2nd hero ni..

Dia sayang 2nd hero ni..
Tapi dalam hati dia..
Rasakan yang dia dan hero adalah dari dunia yang berbeza..

Keluarga 2nd hero tak kisah dan setuju utk depa kahwin..
Kiranya takde laa masalah halangan keluarga ke hape..
Cuma nenek hero minta In Yeoung berhijrah ke US..
Kemudian tukar nama.. dan tukar kerakyatan..
Adalah sikit isu pasal 2nd hero ni..
Sebab dia putuskan pertunangan dia utk bersama In Yeoung..

Akak jatuh cinta hokay dengan 2nd hero ni...
Dia sweet sangat.. romantik...
Penuh thrill dalam bercinta..
Cara dia pegang tangan heroin pun dah cukup buat akak teruja :)

 

Ini kawan baik In Yeoung...
Seorang peguam..
Dia ni pun lawak jugak..
Masih virgin di kala umur 33 tahun..
Sibuk nak cari org yang sesuai untuk pecahkan dara dia tu..

Hampir berkahwin.. tapi ditinggalkan pada hari perkahwinan..
Untuk elakkan malu..
Dia upah seorang "call man" utk jadi pengantin lelaki..


Lepas pada tu dia selalu la pulak mempergunakan lelaki tu..
Dan.. lelaki tu ler insan terpilih :))

  

Yang ni pulak.. kawan In Yeoung yang mengamalkan cara hidup bebas..
Dia tak percaya cinta.. dan sentiasa bertukar-tukar pasangan..
Sampai la satu hari dia berjumpa dengan org yang dia betul-betul suka..

Maka,

Dengan siapakah In Yeoung akhirnya?
Adakah kawan-kawan dia bertemu jodoh masing-masing?

Kim Sung Soo atau Bae Sung Hyun?

AKAK PUN KELIRU TAU..
2-2 NAK !!!!

Rugi tak tengok citer ni tau!!!
.
.
.

Sunday, May 27, 2012

Meh layan si kenit Hasya


Baru lepas makan biskut Captain Munch..
Tu yang mood ada baik..

Hasya ni kuat makan..
Tapi takmo makan nasi..
So, kena sediakan kudap2 banyak sket utk dia..

Bagusnya.. dia ni suka makan sayur..
Kacang buncis.. sawi.. kangkung... carrot..
Tumis ke.. rebus ke..
Bagi dia semangkuk.. kejap je habis :)


Hasya dah berumur 1 tahun 5 bulan..
Ikutkan dia ni cakap cepat dari abang..
Dia boleh cakap
1- Tup (tutup)
2- Ayeer (air)
3- Andi (mandi)
4- Inyum (minum)
5- Opom (tidur)
6- Nyeng Nyeng (nenen ler)

Part gigi memang juara..
Cepat je penuh gigi dia..
Bab air liur menjejun..
Ni keturunan.. tak leh wat apa dah :))


Rambut je takmo tumbuh..
Ini lain sket dari abang..
Yang abang sampai 2 minggu sekali kena g gunting..
Yang ni smpi tak tumbuh-tumbuh..
Tapi, nasib baik tak botak..



Dia suka tengok gambar kat buku..
Macam abang jugak..
Dia tak suka koyak2 buku..
Yang dia suka.. MENYEPAH!!!


Lagi satu..
Mungkin sebab pengaruh dari abang..
Dia suka main kereta2.. kapal terbang... motor.. bola..
Mami dah beli macam2 patung.. bear..
Semua bolayan..
Paling2 dia cium muah muah..
Pastu dia sepak pi laaaa..

Setakat ni jauh lebih senang bela Hasya dari Kalep..
Maybe sebab dah anak kedua..
Mami pun dah ada experienced..
Pastu papa pun ada sini..
Abang Kalep pun boleh harap jaga adik dia..
Walaupun kadang2 rasa cam nak telan 2-2 ni masuk balik dalam perut :))

Hobi depa menyepah rumah ni..
Makin menjadi-jadi..
Sampai mami dah berkira-kira..
Nak beli kotak besar.. pastu simpan semua mainan..

Tapi, papa kata.. itu part of learning (jgn percaya papa cakap omputeh)
Lebih kurang camtu laa maksud dia..

Oklah.. tapi sila tolong kemas sama :)
.
.
.

Tadi malam "kena"


Budak Ahmad ni..
Skang mulut dia dah pandai macam-macam..
Itu baru tadika Masjid..
Kalau dah masuk sekolah betul nanti..
Ntah hape2 laa lagi perkataan keluar...

Mula-mula aku dengar sekali dia cakap kat papa...

Papa dia bising2 suh kemas mainan..
Pastu dia balas..

"Papa ni bising betul laa.. Bodoh!"

Aku jeritkan dah...
Aku cakap.. sekali lagi mami dengar.. siap!!

Pastu sebelum tido..
Dia yang menggatal main PSP depan Hasya..
Adik dia ni pantang tengok gadget2 ni..
Merampus laa dia nak PSP tu..

Aku ambik dari Kalep..
Bagi adik dia pegang sekejap..

Tiba-tiba..

"Bodoh laa mami ni"

Ni betul2 nak kena..

Terus aku cubit pipi belah kanan dia kuat-kuat..

Pastu meraung laaa bawah bantal..
Sampai tertido..


Bangun pagi ni tengok bibir dia bengkak..
Mata sepet..

Tang yang aku cubit tu takde pulak bengkak ke hape..
Maybe effect dia menangis sebelum tido tu kot..

Elok gak..

Dia bising tanya apsal muka dia camtu..

Mami jawab..

ITU BALASAN ALLAH SEBAB KALEP CAKAP MAMI NGN PAPA BODOH..
NAK CAKAP LAGI?

Terus geleng kepala 10 kali :))
.
.
.

Operation Proposal


Drama ni asalnya drama Jepun..
Pastu buat balik kat Korea..
So, sapa yang dah tengok Puropozu Daisakusen..
Tau dah laa jalan citer drama ni camne :)

Secara keseluruhannya..
Drama ni adalah mengenai hero yang kembali ke masa lampau..
Untuk mendapatkan perempuan yang dia cintai..


Hero, Baek Ho dan heroin, Yi Seul kawan sedari kecik..
Dari umur depa 8 tahun, depa dah satu sekolah..
Sampai laa Kolej..

Lepas grad dari kolej, masing2 bina kerjaya sendiri..
Wpun lain arah.. tapi depa kekal BFF..

Sampai laa pada 14 Feb 2012,
Baek Ho dapat berita yang Yi Seul akan berkahwin jurulatih baseball depa masa kat kolej..


Ni ler jurulatih baseball yg kahwin dengan Yi Seul..
Time ni laa..
Baru laa Baek Ho ni nyesal..
Kenapa laa dia tak luahkan perasaan kat Yi Seul..

Masa mak Yi Seul mintak tolong Baek Ho angkat barang..
Dia terjatuhkan satu kotak yang dalam tu ada surat..
Yang peliknya.. surat tu semua dialamatkan pada Baek Ho..
So, Baek Ho pun ambik surat2 tu..
Dan sorok..

Pastu dia gi lepak kat taman..
Baca surat-surat tu..
Rupa-rupanya Yi Seul mmg ada hati pada dia..

Lagi laa membuatkan Baek Ho menyesal sbb tak terus terang dari awal..
Tapi, apa nak buat..
Nasi dah jadi bubur...
Yi Seul dah kahwin pun dengan orang lain..



Tiba-tiba muncul seseorang yg pegang sapu tangan..
Dia perkenalkan diri pada Baek Ho sebagai seorang "Time Coordinator"
Mula2 Baek Ho tak percaya..
Tapi bila tengok org tu berkemampuan menghentikan masa..
Baru dia percaya..

Maka Baek Ho pun ambil kesempatan untuk kembali ke zaman silam..
Zaman masa dia dah Yi Seul belajar bersama-sama..
Dia cuba menukarkan sejarah..
Dia cuba mendapatkan cinta Yi Seul..
Dia mahu mengubah segalanya..

Adakah dia berjaya?
Adakah dia dapat berkahwin dengan Yi Seul?
Adakah dia mendapat pembalasan sebab cuba mengubah takdir?

Akak dah tengok citer ni..
Best wooo :)
.
.
.