Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Tuesday, July 31, 2012

BIG


Skang ni memang musim drama fantasi kot kat Korea..
Hari tu dok musim pakwe muda bercinta dengan awek tua..

Drama genre romantic comedy fantasy

Tak kisah ler tuh..
Janji.. ada Gong Yoo!!! (hero Coffee Prince)
Lepas abih army hari tu..
Ni drama dia yang pertama..

Kacak macam dulu jugak :)


Secara asasnya..
Drama ni kisahnya..
Roh lelaki belah kanan tu.. masuk dalam tubuh hero..

Citer dari awal supaya anda dan saya tak keliru..
Aku pun pening2 gak ni..
Sebab drama ni aku tgk gitu2 je sambil proses..


Dua ni couple dan hampir nak berkahwin...
Hero adalah seorang doktor..
Manakala heroin pulak adalah cikgu...

Depa ni mula2 mmg cam lovey dovey la..
Tiba2 hero cam dingin pulak..
Heroin mula laa tuduh kata hero dah tak sayang dia..

Satu hari pas bergaduh kat telefon..
Heroin naik motor dengan budak 17 tahun tu g ke tasik..
Nak menenangkan diri laa...

Pastu hero call kata dia nak explain apsal dia cam dingin..
So, hero pun datang tasik.. budak 17 tahun naik moto nak balik..

Malangnya.. depa accident dan jatuh dalam tasik!!

 

Budak ni koma..
Tapi roh dia sudah masuk ke badan hero..

Comei pulak budak nikan :)
 

Hero mula-mula diistiharkan mati..
Tup-tup tetiba dia bangun balik..
Jiwa dah orang lain.. badan orang lain..

Bila dah sedar..
Dia asyik cakap yg dia Gyung Joon (budak yang koma tu)

Dia ni pulak..
Peminat budak yang koma tu..
Nanti heroin dengan dia ni..
Tau yang pakwe masing2 dah betukar jiwa dan badan..

Dia ni cuba laa sedaya upaya mencari cara macamana nak pisahkan roh Gyung Joon dari badan hero..


Aku pun tak tahu lagi apa sudahnya drama ni ;)
Sama ada.. roh masuk balik ke tubuh asal dan hero mati..
Tak pun.. roh kekal selama-lamanya..
Tidak pun.. dia tukar makwe...
Atau pun, 2-2 kang tak dapat..

So, siapa nak boleh pesan cepat ;)
.
.
.

Cari Gado...


Sejak balik sekolah semalam..
Itu jelah cakapnya..

KALEP INGAT NAK GADUH LA DENGAN PAPA...

Beriya-iya dia tau..

Aku tanya dia..
Apsal nak gaduh dengan Papa..
Apa papa dah buat pada Kalep?..

Jawapan dia..

MAMI TAHU TAK..
2 LELAKI TAK BOLEH CINTA SAMA SATU PEREMPUAN...
KITA MESTI BERGADUH UNTUK REBUTKAN PEREMPUAN ITU...

Hamboih!! ko nak kena sunat sangat dah ke nih?!!

Kalep nak berebut perempuan mana dengan Papa?

KALEP NAK BEREBUTKAN CINTA MAMI LA..
MAMI KENA PILIH SATU JE...
KALEP KE PAPA?

Mami nak pilih Hasya la...

MAMI NI, POMPUAN SAMA POMPUAN TAK BOLEH..
MESTI LELAKI JADI SOMI..

Camni susah laa mami nak pilih..
Dua-dua pun mami sayang..

CAMTU, MAMI CAKAP PAPA..
SABTU NI GADUH SAMA KALEP!!

:))
.
.
.

Monday, July 30, 2012

Hasya... sila bertabah :))


Dalam keperitan tidak bergaji..
Pastu bisnes bahan bakar pun agak slow..
Pastu lagi asyik kena bohong oleh I**B..
Pastu ada orang tu dapat BONUS... buat2 lupa isteri..

Aku menggigih gak beli shoe cabinet 3 pintu ni..

Tak payah speku bape pasang kasut Kak Zel ada..
Sampai nak guna rak 3 pintu..
Kasut aku ada 3 je..
1 kasut tutup habuan pi meeting...
1 sandal stand by kat PID sana..
1 kasut getah rege RM13.90 yg aku lenjan hari-hari..

Rak ni adalah untuk simpan novel-novel aku..
Yang dah menjangkau 200 biji..
Banyak giler!!

Dah laa tak baca lak tu..
Beli je..

Hari tu ingat bila jadi SAHM baru nak baca..

OK... abaikan bab membaca itu..


Gambor dari Xperia murahan takde flash..
Tu gitu jadinya..

Namun.. objek yg tidak berbaju itu..
Tidak dapat membuka rak ini untuk mengombah..
Kerana.. setelah meround serata kedai perabot Tg Malim ni..
Akhirnya aku ketemu rak yang sesuai dengan kehendak aku..

Kriteria utama = TIADA TOMBOL!!

:))
.
.
.

Cheapest Shopping Village Giveaway...


Sapa yang nak hadiah daripada Cheapest Shopping Village..
La ni depa tengah buat giveaway :)
So, join ler..

Tak susah pun..
Tak payah buat karangan 100 patah perkataan..
Tak payah susun puzzle..
Tak payah anta gambar..
Tak payah timbang berat..

CUMA PERLU LIKE PAGE CSV..
Pemenang akan dihubungi oleh pihak penganjur..
Selepas 31 August 2012..

Mudah je.. klik link di bawah, pastu LIKE



Selain itu.. la ni CSV tengah buat pre-raya sale..
Jengah ler.. kot2 ada yang berkenan..
Soal harga tak payah risau..
Nama pun CHEAPEST!!... tentu sahaja termurah di pasaran :)


Antara barang-barang yang tengah sale la nih..
Ada periuk kukus.. ada sendal pintu..
Ada kuali roti jala.. ada sealer..
Ada tudung sangai..
Ada korek telinga digital..
Dan macam2 lagi..


Ini mmg Kak Zel berkenan sangat..
Sebab risau Hasya terkurung dalam bilik..
La ni letak apa tau kat depan pintu..
MICROWAVE!!

Betul tak tipu.. kalau letak benda2 ringan nnt dia angkat buang..

Harga benda ni nak tau bape kat CSV?

RM2... murah tak? murah tak? :)


Ini pulak pengorek telinga berlampu..
Kak Zel ada ni tau..
TQ to owner kedai bagi hadiah..

Harga.. RM3.00..
Betul ni.. jangan tak percaya :)


Ni pun aku berkenan jugak :)

Kuali tanpa sempadan..
Senang nak buat roti jala time nak terbalik2kan tu..
Lagi senang kalau nak wat pizza atau wat burger bakar..

Harga = RM20!!



Yang ni pun akak ada gak :)

Mula-mula akak ingatkan kole tau..
Pastu bila buka tengok ada lubang2..
Igtkan pengukus kecik..
Rupanya penapis minyak..

So, kata laa minyak tu guna utk wat kuih cekodok..
Pastu nak guna balik utk goreng pisang..
Boleh laa tapis lebihan tepung tu supaya masakan tak rasa hangus :)

Harga.. RM10.00


Yang ni sesuai untuk yang tengah diet laa sangat tu..
Aku rasa harga yang CSV bagi ni..
Memang melepss punya murah..
Aku ada beli periuk kukus ni dulu kat Tg Malim..
RM70.00 cina tu tekan aku..
Bukan cap buaya pun..
Cap ntah hape2..
Tak smpi setahun penutupnya tak boleh bukak dah sebab berkarat..

Tapi yang hat CSV ni..
Harga cuma RM37.00 untuk diameter 30cm

Murah dowh...

Untuk barang2 lain..
Korang kena laa pi view sndr kat CSV punya fanpage..
Jangan lupa LIKE..
Nanti ada peluang menang hadiah giveaway :)
.
.
.


Sunday, July 29, 2012

Lemau di bulan puasa...


Malas tul nak hapdet blog skang ni..
Rasa cam takde cerita apa..
Selain dari masak untuk berbuka..
Makan banyak waktu berbuka..
Pastu sahur kang minum air masak jer..
Pastu puasa balik..
Pastu masak balik..
Pastu berbuka balik..

Diet?!!

Tu diet laa tu..
Tu pasal sahur tak makan..
Tapi waktu berbuka is cannot!!
Sepinggan tu wajib..
Tambah kalau tetiba rasa cam lauk aku masak tu tersedap di dunia..

Setakat 10 hari puasa ni..
Baru turun 2+ kg..
Bukan 20 tau!!
2 sahaja :)

Habis laaa.. baju raya sendat aku tuh..

Takpe.. pakai pagi raya.. pastu nyorok bawak selimut..
Lagipun.. seperti tahun2 sudah..
Aku tak balik kampung pun..
Hadap laaa Tg Malim ni..

Apa ada hal ye tak :))
.
.
.

Thursday, July 26, 2012

I do I do


Marathon aku 2 hari nak kasi perabih drama ni..
Best giler!!!!

Mula2 tgk pada gambar2..
Dok syak ni mesti cinta pompuan berumur dengan lelaki muda..
Memang betul pun..
Tapi yang lainnya drama ni..
Itu bukan persoalan utama dalam drama ni..


Heroin drama ni.. Kim Sun Ah..
Jeles giler tgk body dia yang makin tua makin melertssss...

Dalam drama ni dia jadi Pengarah pada satu company buat kasut..
Dia pereka kasut yang terkemuka kat Korea..
Ada boyfriend.. seorang Dr. O&G..
Tapi depa mmg tak pernah rancang nak kahwin ke hape..

Satu hari.. heroin ni terlambat nak pergi satu show..
Ntah camne.. dia terlanggar hero punya motorsikal..
Kat situ la depa 1st jumpa..

Disebabkan atas beberapa perkara urgent..
Malam tu hero bawak heroin merata dengan motor dia..
Minum sampai mabuk..
Akhirnya tidur sama kat hotel..


Ini hero..
Muda belia..
Dia ni pun sebenarnya ada kena mengena dengan kasut juga..
Cuma dia tolong jual kasut immitation dr branded designer utk jual kat pasar..
Ayah dia yang terer buat kasut..

Atas bantuan ayah dia..
Dia berjaya menang satu contest yang di anjurkan oleh company heroin..
Atas sebab itu.. dia dapat masuk keje company tu..
Dan bekerja satu department dengan heroin..


Yang menjadi konflik dalam drama ni..
Bila heroin mengandung disebabkan one night stand depa..
Terus.. boyfriend O&G dia tu mintak putus..
Walaupun dah putus..
Depa tetap bestfriend..
Dan x-bf dia menjadi O&G heroin..

Tapi, hero pulak salah sangka..
Dia igtkan ex-bf heroin tu ayah pada baby dalam kandungan tu..
Heroin lak ambik keputusan untuk rahsiakan dari hero..
Sebab dia rasa hero terlalu muda untuk jadi ayah..
Lagi pun dia tak suka komitmen dalam hubungan..


Drama ni takde heroin jahat :)
Cumanya ada perempuan lain suka kat hero..

Tapi dah hero dengan heroin suka sama suka..
Orang lain nganga ler..

Suka sangat tengok cara hero caring kat heroin..
Memang cam menatang minyak yang penuh..
Even sebelum dia tahu yang heroin pregnant anak dia..

Apa pun.. drama ni memang best!
Aku tengok start semlm.. lansung tak boleh benti..
Abih jugak petang ni :)
.

.




Tuesday, July 24, 2012

Nikon D3000 fullset

Sesiapa yang nak nmpk dalam gambar HAWT giler..
Nak-nak yang dah dapat pakai baju raya saiz baru..

Ni ada peluang keemasan kamu berbuat demikian :)

My kawan nak let go DSLR set dia..
Dengan harga yang meleleh air liur di bulan puasa..


Item : Nikon D3000 fullset
Lens : AF-S Nikkor 18-55mm f3.5/5.6 VR
Includes : Charger, stripe, media card/ memorycard, battery, screen protector,rubber viewfinder, tripod, 2 camera bags
Price : RM1000 (nego)



YE BETUL!!

1K sahaja utk kesemua barang di atas..
Lagi boleh nego..

Nego tu maknanya boleh dibawa berbincang laa lagi..

 

Sebab musabab dia nak let go?

Sebab ia adalah sangat jarang diguna..

Aku paham sangat ler..
Sebab aku yang miang ni pun ada DSLR jugak..
Kemudian aku ada 2 orang anak yg cam terebir..
Dan dia pun sama..

Maka.. pilihan kepentingan muncul di situ..
Nak terhegeh2 bersama DSLR?
Atau memegang anak2 dengan kejap?


D3000 ni sangat sesuai untuk beginner..
Lebih kurang je dengan aku punya D3100 tu..
Hat ni kira abang Long dia laa..

So, sapa berkenan.. nak tanya2 dulu ke..
Boleh hubungi owner melalui FB dia..


.
.
.

Yang peliknya...


Hari ni merana tul tau..
Gigi aku wat hal lagi..
Kaw-kaw punya..
Sampaikan presentation..
Lebih dari separuh terpaksa di cover oleh Makcik Rehan..

Pastu balik dari Jelintoh tu awal laa jugak..
Terus balik rumah..
Menonggeng2 sakit gigi..
Kenangkan dah kul 3 je...
Kalau awal tadi.. mmg aku buka puasa makan pain killer..

Namun..

Yang hairannya..

Sampai waktu buka puasa..
Aku igt makan dulu kang baru makan ubat..

Eh-eh..

Hilang elok pulak sakitnya..

Pagi tadi masa sahur pun sama..

Cerdik pulak gigi rosak ni..
Time makan hilang pulak sakit nyer..

Pelik.. pelik..
.
.
.

Sunday, July 22, 2012

Drama King


Jenuh tau mamat sorang ni..
Sebab tahun2 sebelum ni dia tak pernah cuba puasa..
Bangun tido je terus ngap susu sebotol..

Oleh kerana tahun ini dia sudah nak menjangkau 6 tahun..
Maka, rasanya afdhol dah laa aku ajar puasa..

Hari pertama dia dapat puasa penuh..
Tapi jenuh laa menahan telinga..
Dengan jeritan lapar dia..
Bukan merengek tau..
Dia menjerit-jerit nak buka puasa..

Drama sangat..

Time buka puasa..
Tengah siap2 meja tuh..
Mami tuang ler air awal2 dalam gelas supaya sejuk..
Pastu cakap kat Papa..

MAMI TAK PASTI LAA MANIS KE TAK..
DAH LAMA TAK BANCUH AIR..

Sekali Kalep menambah..

OK JE MAMI AIR TU..

Rupanya dia dah minum rasa..
Takpe laa.. ampun sbb dia bukan tau apa lagi..
Mami tetap kira dia sudah puasa 1 hari..

Hari kedua..
Dah kul 1.00 tgh..
Adik Hasya makan biskut..
Suap abang dia sekali..
Abang pun terus makan dan makan dan makan..

Itu jelah dia makan.. biskut keju..
Air pun tak minum sebab puasa laa sangat..

Hari ketiga..

Masih bertahan lagi takat 2.30 ptg ni..
Kalau dah cmni.. mmg aku tak kasi berbuka..
Lagi pun ini kat pejabat..
Jerit laa hape pun..
Air takde.. makanan jauh sekali :)

Tapi, hari ni awal2 dia sudah cakap nak mainan..
Takpe.. kedai RM2 berlambak kat Tg Malim ni :)

PAPA.. sila laaaa igt janji awak nak beli ice cream utk dia..
.
.
.

Wednesday, July 18, 2012

Percubaan Pertama...


Selasa lepas tanya kawan aku..
Camne dia weaning off baby dia..
Katanya dia bubuh lipstick..

So, malam tadi aku pun cuba laa..
Dekat2 nak sampai time dia menyusu tu..
Aku pun conteng laaa B dengan lipstick merah..

Hasya tengok je terus menjerit takut..
Pegang B pun dia tak berani..
Tapi menangis jugak sebab haus!!

Lama-lama.. aku sndr tak tahan dengar dia membising..
Bagi jelah dia nyam..
Aku pun bukan betul2 nak bentikan dia lagi..
Saja2 nak cuba je..

Kerja lama berwajah baru aku ni..
Menuntut banyak OS..
Pastu kang ada 7 hari berkursus kena settle kan..
Takkan tetiap kali OS.. tetiap kali kursus nak hangkut anak..
Kena gak ler putuskan susu badan..
Dia ni siang takde masalah..
Malam ler susah sket..
Sebab dia jenis tido melekap!!
Pastu kalau dia terjaga.. kita hulur susu botol dia takmo..

Seminggu dua ni galak sungguh dia menyusu..
Mungkin sbb mami dia dah stop Atkins wat sementara..
Jadi rasa susu tu lebih sedap ler kot..
Kalau tak asyik rasa telur rebus je :)

Puasa ni belum tahu lagi..
Tengok laa keadaan camne..
Yelah puasa dah laa kurang minum air..
Kalau makan pun kurang..
Pastu dok makan protien je..
Mau lak kang berat Hasya turun balik bawah garis kuning..

Ada org cadangkan vitamin..
Kalau badan membadak camni..
Elakkan laa vitamin2 ni..
Kang elok masih leh pakai saiz 56..
Tup2 kang raya terus saiz 60..
Tu pun kalau 60 ada :)
.
.
.

Tuesday, July 17, 2012

Baju Raya Batch ke-3 :)


Kali pertama... dah udah masa bulan 5 hari tu..
TF Value Mart wat baby fair..

Pastu siapkan terus baju kurung Hasya 2 pasang..
Baju melayu abang sepasang...

Pastu sejurus sebelum kontrak PSH abih..
Aku beli lagi.. untuk raya lain tahun...
Kalep beli smpi umur 8 tahun..
Hasya smpi umur 4 tahun..

Maklum laaaa... nak kena buang keje..
Takut nanti hidup susah takde baju raya untuk 2 tahun akan datang..
Jadi beli siap2.. :))

Sampai kena sound dengan Hajah Norlia dan MIJ..
Wat perangai gila isim mami kalep ngn hasya ni..

Kang anak2 aku takde baju raya 2013 sama 2014 camne?!!!

Baju-baju in advance tu dah selamat disimpan dalam beg dan masuk dalam kotak untuk memelihara kebaruan baju tersebut.



Ini hasil menyogo semalam..
Biasa-biasa sahaja.. sebab aku bukan jenis giler brand..
Aku budget.. Hasya RM100.00
Kalep RM100.00..

Namun, dah nama anak gegirl..
Dah pasti dia melangkaui budget..
Hasya terlebih rm50.00 dari budget..


Yang ini abang Kalep..
Tak cukup pun Rm100.00...
Lebih itu telah diserap masuk ke baju adik :)

Dan.. apsal aku rasa baju hp kuning cair tu cam adik gak yang punya..
Ooo Emmm Geeeeeeee!!!
Ni mau tahun 2015 baru leh Hasya pakai..

Kalep tak beli jeans banyak..
Sebab.. sebab mak giler dia ni..
Dah beli siap2.. dari umur 6 tahun.. 7 tahun.. 8 tahun...
So, cukup laa tambahan 1 je lagi..
Untuk raya ni dia ada 4 helai dah suar..

Kasut raya tak payah pikir..
Itu sumbangan ikhlas Hajah Norlia kemudian hari..
Bawak je ke mana-mana Al-Ikhsan berdekatan :)
.
.
.

Monday, July 16, 2012

tengah berseminar....

5 hari dah tak hapdet blog :)

sangat-sangat busy..
semlm sain kontrak baru..
terus petang ada taklimat..

hari ni terus seminar kat intan..
ptg terus meeting..

dah ler seminar ni tup2 terus part 5..
ntah bila part 1 - part 4?

sapa2 yg berkobar-kobar sgt nk masuk pdr hari tu..
gambor dah hantar ker?
setakat ni.. kurang 5 org yg buh gambar kat group..
kejer senang ni pun malas...
alamat tak kurus laaaa smpi bebila :)

aku belum tepek gak..
namun aku dah snap gambor..
tak bw laptop.. x keh nk edit gambor..

ok, cam biasa... hapdet guna tab tk leh pepanjang...
pendek sudeh...

Wednesday, July 11, 2012

Hasya merajuk....



Tengok muka rusa tu..
Takut kena lempang dengan Hasya..
Mula2 tadi rusa ni kena ramas mulut dengan Hasya :))

Minah ni memang suka binatang berbulu..
Aku jer tak bagi sangat dia main kucing ke hape..
Takut dia asthma cam abang dia nanti..


Abang Kalep terpaksa tarik dia..
Cubaan Hasya nak memasukkan kepala dia ke dalam lubang pagar tu..
Dia mahu bersama-sama rusa :)


Merajuk sudah....
Ni laa rupa dia merajuk..
Tangan kena silang atas dada gitu..
Pastu mulut kena muncung..
Dahi kena berkerut..

Kalau ada dinding..
Dia hadap laa dinding tu smpi mami datang pujuk..

PERANGAI SAPA LA NI?!! 
.
.
.

Membawa anak-anak ke Zoo Negara



Tak larat nak wat karangan..
Puasa ni wei!!

Seperti biasanya..
Aku kan...
Kalau selagi tak lagi 1-2 minggu nak puasa..
Selagi tu laaaa tak mengganti..
Dah last minute camni baru terhegeh-hegeh..

Hasya tu agak moody...
Sebab dia demam dari Jumaat..
Pastu sabtu ahad kami hangkut pi Lumut..
Isnin lak pi Zoo Negara..

Patut inject setahun setengah pun postpone dulu..
Sebab demam dia on and off..
.
.
.


Tuesday, July 10, 2012

Summer Scent



Ni la version asal drama yang main kul 7 kat TV3 skang ni..
Dejavu Kinabalu tu..
Katanya tak tiru pun drama ni..
Mungkin laa kot separuh jalan je sama..
Kot-kot kang ending lain pulak..

Berbalik pada Summer Scent ni..
Bab-bab awal.. sapa dah tengok Dejavu Kinabalu tu..
Memang semua serupa jer..

Awek hero mati eksiden..
Kemudian jantung dia didermakan pada heroin..
Hero yg frust gile.. bawa hari ke Italy sambil sambung belajar..
Balik dari sana.. dia terserempak dengan heroin yg pakai jantung awek dia..


Heroin ni muka lembut dan lawa..
Dia ni pulak.. bila terjumpa je dengan hero..
Jantung dia akan bergerak pantas.. berdebar-debar..
Cam ada satu perasaan yg berkehendakkan pada hero..

Asalnya.. dia tak tau pun yang jantung tu awek hero tu punya..

Heroin ni pulak dah ada tunang..
Tunang dia lak mmg jejaka gred A..
Baik.. caring.. hensem jugak..
Kira semua ciri-ciri lelaki idaman ada kat dia la..

Tapi, sejak jumpa hero..
Heroin rasa hati dia dah berubah..
Suka kat hero la pulak tanpa sebab musabab..


Hero ni pulak...
Masa kat Italy, adik heroin dah jumpa dia dulu..
Dan adik heroin jatuh cinta pada dia..
So, bila kak dia yang dah bertunang suka pada hero..
Dia laa jadi penentang utama..

Dalam Dejavu Kinabalu..
Si UZMA tu la kot ek..
Aku tak tau sangat sebab aku tak tengok drama tuh..


Sampai laa satu ketika.. depa dua kena bekerjasama..
Lagi laa merapatkan hubungan depa berdua..
Mengambil kira yang heroin dah bertunang..
Hero ambil keputusan untuk balik ke Italy..
Masa nak jumpa kali terakhir..
Di hari perkahwinan heroin..
Jantung heroin sekali lagi berdegup kencang..
Sampai pengsan!

Kali ni tunang heroin naik hangin laa..
Dia suh hero cepat laa balik Italy..
Tapi hero nak pujuk dulu supaya heroin operate sekali lagi..

Lepas dah berjaya pujuk tu..
Hero pun berlepas laa ke Italy..


Sampai je kat Italy..
Hero dapat berita yang operation gagal..
Heroin mati..

Lepas 3 tahun..
Hero kembali ke Korea pegang jawatan Pengarah Art Center..

Heroin pulak.. sebenarnya dia tak mati pun..
Dia dah terima jantung lain pulak..
Operate kat US..

Kat Art Center..
Depa bertembung sekali lagi..
Jantung heroin masih berdegup kencang..
Membuktikan bahawa memang mereka ditakdirkan bersama..

Kalau ikutkan sinopsis drama ni..

Memang bye-bye laa Bazli kesayangan ramai tu :)
.
.
.

Monday, July 9, 2012

Khaleef di pertunjukkan haiwan

Tajuk cam buku cerita kanak-kanak pulak :)


Khaleef tak pernah pergi Zoo Negara..
Dia cuma pernah pergi Zoo Taiping..
Pastu ada satu Zoo lagi kat Kemaman..
Pastu pernah pi petting zoo kat Bukit Merah Laketown..

So, semalam..
Tiba2 papa baik hati pelawa dia pergi zoo..
Semlm kami sekeluarga semua cuti :)


Animal show ni..
Wat sementara waktu kat tempat lain..
Sebab tempat yang ada kolam tu tengah renovate..
So, animal show betul2 depan mata ler..


Mula-mula ingat Kalep takmo cuba..
Maklum ler dia ni penakut sket..
Sekali laju je dia bangun berdiri..
Nak suruh burung tu terbang kat tangan dia..
Ambik duit RM10 tuh..

RM10 tu mami yang bagi..
Untuk burung tu la.. sedekah :)


Lama pulak burung ni bertenggek kat tangan dia..
Last2 dia menjerit..

BURUNG.. TANGAN AWAK SANGAT BERDURI !!!!

Habih semua orang kat situ gelakkan dia...


.
.
.




Program Diet Ramadhan - versi baju tak muat :)


Kali ni nak jauhi kelaziman menimbang berat lak..
Asyik2 LWP..
Asyik2 bape banyak berat  turun..
Kali ni kita main game lain pulak..

Sapa berani..
Boleh aplikasikan pada pembelian atau tempahan baju raya..
Kalau pakai saiz XXL..
Time beli baju.. try beli XL..
Tak pun masa tempah baju.. suh akak tailor tu kurangkan 3 inci dari ukuran sebenar..

Kalau berani la..

Kalau tidak..
Cari jelah baju-baju lama yang memang tak muat tu..
Pertaruhkan laa baju itu pun dah cukup..

Cara main senang je..

1- Snap gambar anda bersama baju tak muat tersebut.. Tak kira laa seluar ke.. baju ke... Pakai laa inner @ tight untuk selamat.. lebih2 yang mmg tak dapat sarung atau kancing.

2- Masukkan gambar tersebut dalam FB group KMMK atau satu lagi group (by invitee only) bersama timbangan terkini

3- Diet laa sepanjang Ramadhan atau nak lebih efektif, diet laa mula sekarang pun boleh..

4- Sehari sebelum raya, snap la gambar anda bersama baju tak muat tadi.. timbang laa berat terkini dan submit kepada aku.

Pengadilan akan dilakukan ikut 2 cara

1- Baju muat elok + 2- Berat paling banyak turun


Ada 2 kategori..

1- Bawah 80kg - akan dibuat di group KMMK
2- Atas 80kg - akan dibuat di group baru

PM akak di FB untuk maklumat lanjut jika berminat :)


Perkara-perkara yang tidak akan dilayan

1- Tiada kamera, tiada timbang dan tiada baju
2- Tiada FB - program ini menggunakan FB sepenuhnya

.
.
.