Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Wednesday, August 29, 2012

Cayalah SAMSUNG :)

Samsung bayar saman Apple USD1 billion pakai syiling 5 sen sebanyak 30 trak

 

 

Pagi ini lebih daripada 30 trak yang dipenuhi dengan syiling 5 sen tiba di ibu pejabat Apple di California. Pada mulanya, pengawal keselamatan menyangka ia dihantar ke tempat yang salah, tetapi beberapa minit kemudian, Tim Cook (Ketua Pegawai Eksekutif Apple) menerima panggilan dari Samsung Ketua Pegawai Eksekutif menjelaskan bahawa mereka akan membayar $ 1000000000 dolar dengan cara ini untuk denda seperti yang diutuskan oleh  syarikat Korea Selatan tersebut.

Apa yang lucunya adalah dokumen yang ditandatangani tidak menetapkan kaedah pembayaran tunggal, jadi Samsung berhak untuk menghantar kepada pencipta iPhone sedolar bilion seperti yang mereka fikirkan terbaik.


Pihak Apple berkata, ia adalah taktik kotor, menyebabkan Pihak Apple sakit kepala kerana mereka perlu untuk memohon untuk mengira semua wang itu, dan memeriksa jika ia adalah tepat  dan cuba untuk mencari bank bagi mengira semua duit yang telah dihantar oleh pihak Samsung.

Lee Kun-hee, Pengerusi Samsung Electronics, memberitahu media bahawa, syarikat itu tidak akan takut oleh sekumpulan “Geeks dengan gaya” dan bahawa jika mereka mahu bermain kotor, mereka juga tahu bagaimana untuk melakukannya.

Anda boleh menggunakan syiling anda untuk membeli minuman di mesin  atau mencairkan syiling untuk membuat komputer, itu bukan masalah saya, saya sudah membayar mereka dan mematuhi undang-undang.


Sejumlah 20000000000 syiling, telah disampaikan dan berharap untuk menamatkan persengketaan pada minggu ini.

 .

.

.

Tuesday, August 28, 2012

A Gentleman's Dignity


Memula aku tak download pun drama ni..
Atas hasutan beberapa customer tegar..
Aku pun membiarkan laptop & streamyx terpasang 3 hari 3 malam..
Download sekaligus episod 1 sampai episod 20..


Rupanya drama ni memang best :)

Drama ni ala-ala drama Sex and The City version lelaki..
Secara amnya..
Drama ni mengisahkan 4 lelaki yang diambang 40-an..
Mempunyai kerjaya yang baik..
Menghadapi pelbagai masalah dalam cinta, perkahwinan dan keluarga..

Depa ni dah kawan sejak zaman kolej..
Ikut umur macam dah matang sangat..
Tapi, ketidakmatangan depa ni yang menjadikan drama ni lawak...


Secara khususnya..
Drama ni lebih menjurus kepada hubungan depa 2 ni..
Old skool punya hero dan heroin.. :)

Dalam drama ni.. hero adalah seorang arkitek..
Heroin pulak seorang guru sekolah yang giler garang..
Hero suka dia at the first sight..
Namun heroin tak berapa suka pada dia..

Selepas beberapa episod mencuba..
Akhirnya dapat laaa jugak..
Namun, depa putus apabila heroin tahu..
Yang budak paling banyak bawak masalah kat sekolah..
Adalah anak hero rupanya...


 Ini ler barisan2 couple yang ada dalam drama ni..
Yang paling kiri tu Collin..
Pasal dia kang kat bawah aku citer..

Couple yang baju merah tu.. Lee Jung Rok - Park Min Sook
Depa ni married couple..
Tapi suami dia selalu tanggalkan cincin kahwin..
So that, boleh laa menggatal..

Yang kedua..
Hero dengan heroin..

Yang ketiga.. Im Tae San - Hong Se Ra
Depa ni hobi adalah bergaduh..
Kejap putus.. kejap sambung..
Namun, di akhir episod Hong Se Ra pregnant..
Kahwin ler depa..

Yang hujung sekali tu... Choi Yoon - Im Meari
Choi Yoon tu kematian isteri..
Im Meari ni pulak adalah adik Im Tae San yang suka sangat pada Choi Yoon..
Dan abang dia sangat menentang hubungan depa ni..

Tapi.. dekat2 nak last..
Abang dia suh kawan dia kahwini laa adik dia :)


Ini barisan heroin


Collin ni pulak... penyedap bagi yang minat lelaki jambu...
Dia ni datang ke Korea untuk cari bapa kandung dia..
Bapa kandung dia antara 4 orang tu laa..
Yang mana satu dia pun tak tahu awalnya tuh..

Bagi aku citer ni best..
Gambaran realiti sebenar..
Takde dah sekejap zaman Joseon..
Kejap kat Seoul..
Kejap tukar tubuh la...

Tapi, penerbit drama ni adalah penerbit yang sama keluarkan Secret Garden..

Untuk  menikmati kebestan drama ni..
Cer order :))
.
.
.

Gangnam Style


Mula-mula tengok orang sana sini..
Dok statuskan Gangnam Style ni..
Aku ingatkan mende ler..

Rupanya PSY ni..

Tapikan..

Sapa-sapa yang biasa tengok Star King..
Atau apa2 variety show Korea..
Mesti pernah tengah Boom atau Woo Young 2PM menari style gini..


Info pasal PSY nih..

Dia ni seorang rappers dan juga personaliti TV..
Nama betul dia Jae-Sang Park..
Gangnam Style ni sebenarnya tanpa disangka-sangka..
Boleh meletup ke satu dunia..

Fastest spreading K-Pop..
Sorry ek 2PM.. Wondergirls.. SNSD.. Super Junior..
Gangnam Style ni jauh lebih hebat :))
According to PSY himself, the phrase repeated throughout the video, "Oppan Gangnam Style,” roughly translated into English means "Girls, your big brother is Gangnam Style."
In an interview with ABC news, PSY explains that "Gangnam Style" refers to a luxurious lifestyle associated with Seoul’s trendy and affluent Gangnam district.

“Gangnam means, it's like Beverly Hills of Korea," he says. "But the guy doesn't look like Beverly Hills. Dance doesn't look like Beverly Hills. ... And the situation in music video doesn't look like Beverly Hills. But he keeps saying I'm Beverly Hills style. So that's the point. It's sort of a twist."
.
.
.

Monday, August 27, 2012

My Khayla Hasya...





Hasya sudah 1 tahun 7 bulan..
Sudah banyak pandai..
Mulut pun bising..
Suka nyanyi dalam kereta..
Dan.. dia masih breastfeed secara PJJ..

Hasya skang ni dah pandai cakap..
Perkataan dah jauh lebih jelas..

Kalau mami tanya..

Hasya lapar tak? YAPAAAA...

Hasya nak makan apa? AYAMMM, TAYUR, ITAMM (ayam, sayur, ikan)

Hasya nak susu ke net? TUTU NET (susu botol dulu... pastu BF)

Susu mami sedap tak? TETAP (sedap)

Yang paling best..
Paling heaven...

Gua ada khadam baru dah skang :))

Hasya.. ambik mami remote TV..
Hasya.. ambik mami remote econ..
Hasya.. ambik mami punya phone..
Hasya.. anta botol susu..
.
.
.

Sunday, August 26, 2012

Time Slip Dr Jin


Kasi hilang mood raya sket..
Jom layan drama Kokoya baru.. :)
Selalu orang Joseon mai ke Seoul..
Kali ni orang Seoul lak pergi ke Joseon..

Dan... drama ni memang best..
Siap ada extended episode..
Lepas tu ramai yang dah booking wpun drama belum siap..


Ni ler Dr Jin nyer..
Jin Hyuk ni seorang doktor Neurosurgeon yang sangat handal..
Success rate dia dalam pembedahan otak hampir perfect 100%..
Seperti biasa..
Selalu hero kalau dah perfect sangat..
Mesti ala2 eksyen sket.. kurang bertimbang rasa..
Selepas membuang satu tumor dalam otak pesakit..
Secara tiba-tibanya..
Dr Jin telah berpindah ke zaman Joseon..
150 tahun kebelakang..


Ni girlfriend Dr Jin.. Yoo Min Na
Dia pun seorang doktor jugak..
Tapi masih intern.. seorang yang baik hati..
Tapi suka moody..

Dia ni dengan Dr Jin kenal dari kecik..
Satu hari dia ni pi buat kerja sukarela..
Entah camne ada satu orang tua ni jatuh dan cedera di kepala..
Dia call Dr Jin.. suh prepare untuk selamatkan orang tua ni..
Tapi Dr Jin kata org tu takkan dapat diselamatkan..

Yoo Min Na masuk kereta dgn perasaan geram dan terus drive
Time ni ler dia accident..
Wpun sudah dibedah oleh Dr Jin..
Tapi awek dia ni koma..


Rupa memang sama..
Tapi ni orang lain di zaman Joseon.. ni Hong Yong Rae
Dia ni yang banyak tolong Dr Jin kat sana..
Wpun rupa sama.. tapi karekter berbeza..
Dia ni ikutkan asalnya anak bangsawan..
Namun selepas peralihan kuasa..
Keluarga dia jadi bangsawan terbuang..

Bila dah jumpa dengan Dr Jin..
Dia banyak tolong Dr Jin..
Dan mula mempelajari ilmu2 perubatan dari Dr Jin..


Mamat ni yang buat aku nak sangat tengok drama ni..
Jae Joong..
Tapi dalam drama ni dia jadi orang jahat sket laa..
Dan dia suka heroin yang zaman Joseon tu..
Depa pun kalau ikutkan dah ditunangkan oleh keluarga..
Bila Dr Jin muncul..
Kira cam saingan dia laaa untuk dapatkan cinta tunang dia tu..


Camne kesudahan drama ni..
Aku pun tak tau lagi..
Sebab belum sempat tengok lagi..
Lama sangat cuti raya :)

Kalau korang nak tau..
Apa lagi..
Cercepat order ;)
.
.
.

Saturday, August 25, 2012

Hari terakhir bercuti.....


Habis dah 9 hari bercuti..
Dah laa pagi tadi sebelum buka mata..
Aku mimpi hari ni hari Isnin..
Nasib baik buka-buka mata..
Rupanya baru Ahad :)

Pengisian sepanjang cuti raya ni..

Malam raya kat umah Hajah Norlia..
Hat ni wajib...

Raya pertama pergi melawat opah kat Langkap..
Kat sana Mak Ngah jamu laksa..
Oh Mo.. sedap wei!!

Pastu yang bestnya... terus balik Kuala Kurau..
1st time MIJ ikut jalan dalam..
Ikut Manjung.. Setiawan.. Changkat Jering.. Kemunting.. Bagan Serai..
Jauh dowh... lain kali takmo dah..
Baik ler dari Langkap kuar Mambang...
Masuk tol Gopeng..

Raya kedua gi umah sedara belah wan..
Dapat makan sup tulang yg giler sedap..
Pastu terus balik semula ke Tg Malim..

Raya ketiga pergi rumah Uda..
Uda jamu mee hailam..
Hari ni besday Kalep..
Tapi dia takde rumah..
Dia tinggal kat umah Onyang sama nenek..

Raya keempat..
Duduk rumah diam-diam sebab MIJ keje..
Elok nak petang..
Adik aku mai ambik bawak g umah Hajah Norlia..
Mak aku buat bihun sup ayam :)

Raya kelima..
Menghabiskan masa kat umah mak aku..
Sebab kereta masuk bengkel..
Tukar cermin depan yang retak sbb kena batu..
Nasib baik ada insuran..

Petangnya..
Pergi rumah mentua pulak..
Sambut besday cucu kesayangan aki..
Makan kek beli kat kedai.. sama KFC..

Raya keenam..
Awal2 tu duduk rumah..
Sekali MIJ ajak makan kat luar..
OH yes..
I sangat rindu kari ayam pekat kedai Jalal..

Petang tu balik semula ke umah mentua..
Jumpa family abang Ngah yang baru tiba dari Kelantan..
Rupanya abang Chik pun belum balik..
Adik bongsu MIJ pun masih ada...
Lengkap laaa family MIJ dengan adik beradik dan sepupu sepapat Kalep..

Malam tu gak balik umah Hajah Norlia semula..
Tido sana sebab pagi2 raya kenduri kahwin sepupu aku..
Umah Hajah ada bihun tomyam pedas sama ikan 3 rasa..
Makan nasi pulak..

Raya ketujuh...
Dihabiskan di kenduri kahwin kat Batu Arang..
Tapi tak tunggu lama pun..
Hasya dah ngamuk2 nak tido..
Maka aku sekeluarga balik Tg Malim..

Hari ini raya kelapan..

Uwaaaaa...

Kalau boleh nak cuti smpi raya ke 30..

Secara keseluruhannya..
Raya kali ni aku kurang makan lemang..
Bukan sebab diet laa sangat tu..
Tapi, raya kali ni badan cepat berangin..
Pastu kalau minum air gas..
Confirm aku cirit birit..
Nampak sangat perut dah tak boleh terima gas tu..

Esok keje.. dan2 terus ada SSM..
Lagi ada Prestariang nak anta PC..

BLUES!!!!!!
.
.
.

Red Velvet pagi raya :)


RV aku yang kedua..
Dihasilkan sehari sebelum raya..
Buat dengan penuh sungguh2..
Segram pun tak beza dari resepi..
Hasilnya... WALLA!!

Kali ni aku tak masak sekali gus..
Kemudian potong tengah..
Sebab bab2 renyah.. rumit.. yg buat aku failed..
Aku bakar 2 kali.. separuh-separuh..

Hasilnya.. memang cantik..
Walaupun masih tak cukup merah :)





Cream cheese ni..
Rupanya kalau kita tunggu sampai cukup suhu..
Hasilnya mmg cukup banyak..

Masa aku buat kali pertama..
Malas nak tunggu... sebiji kek pun susah nak litupkan..
Yang kali ni..
Tengok aa bape tebal cream cheese kat atas tu :)









Kek RV ni sempena besday Kaira yang ke-3..
Jimat dah la ni..
Semua besday aku tibai bagi home made cake..
Sayangnya..
Masa besday Kalep aku tak sempat nak wat kek..
Sempat beli kat kedai je..
.
.
.

Wednesday, August 22, 2012

Aku pun ada

Hey, I just downloaded WhatsApp Messenger on my Android. It is a smartphone messenger which replaces SMS. This app even lets me send pictures, video and other multimedia! WhatsApp Messenger is available for Android, iPhone, Nokia, Windows Phone and BlackBerry and there is no PIN or username to remember - it works just like SMS and uses your internet data plan. Get it now from http://www.whatsapp.com/download/ and say good-bye to SMS!

Tuesday, August 21, 2012

Pemandu Jiwa Kacau PLUS HIGHWAY


Lama dah aku tak pernah balik kampung...
3-4 tahun dah rasanya..
Tetiba tahun ni dapat seru..
Balik ke Kuala Kurau..

Masa balik kampung dari Langkap..
Takde apa sangat..
Sebab ikut jalan dalam..
Balik ikut Manjung tembus Changkat Jering..

Namun.. perjalanan balik ke Tg Malim semalam..
Sangat membuat jiwa aku kacau..
Wpun aku hanya duduk sebelah memangku anak yang dah hilang sabar sebab lama sangat duduk dalam kereta..



Situasi seperti gambarajah di atas..
Berlaku lebih 3 kali..
Setiap kali berlaku..
Kereta tersengguk hampir 30-40 minit..
Kang melepasi je kereta yang bermasalah..
Atau kereta accident..
Atau R&R..

Jalan akan kembali OK..

Padahal.. kalau sesama menggunakan lorong yang ditetapkan..
Situasi cilakak camni takkan berlaku..



Ini keterangan kepada gambarajah di atas..
Kebiasaannya.. kereta2 yang mengikut lorong kecemasan ni..
Adalah kereta-kereta mahal..
Yang rasa kalau kena saman..
HADE HAKU KESAH!!
Boleh bayar laaa on the spot takat 3-4 ratus tuh..

Tapi ini bukan sebab duit..
Tahu laa kete ko mahal..
Kalau tersinggung kete buatan Mesia aku yg buat dengan tin milo tu..
Memang bersepah dinding kete aku kat jalan..
Kete buatan oversea korang tu..
Takat calar balar.. polish sket dah hilang..

NAMUN...

Nyawa aku..
Nyawa anak2 aku..
Nyawa laki aku..

Ada korang fikir masa sedap memotong ikut laluan kecemasan tersebut..

Sebab apa jiwa aku kacau sangat?!!!
Sekali sekala balik raya kecoh!

Accident pertama kami jumpa sebelum masuk highway...

Sebuah kereta potong kiri..
Tetiba masuk kanan..
Kereta yang berada di lorong yang tepat terperanjat..
Terus langgar bontot kete yg tiba2 masuk tadi..
Lansung menghala ke laluan bertentangan..
Kereta di laluan bertentangan pun terkujat..
Lalu menunda kereta berada di hadapannya..
Kereta di hadapan tersebut..
Terus masuk PARIT!!!!

Kereta yang bersalah tadi..
Potong kiri cam sial..
Hanya kemek tang bontot kete..

TAPI..

Yang masuk parit satu keluarga tadi apa hal?!!

Dia tak potong kiri..
Dia tak bawa laju..
Dia ikut jalan yang betul..

Ada orang jawab..

Malang tidak berbau..
Lagipun dah takdir..

Takpe-takpe..

Harap2 takdir korang yang memotong kiri ni akan lebih buruk di masa hadapan..
.
.
.

Thursday, August 16, 2012

Red Velvet Tg Malim yang.....


Ni campuran awal..
Aku rasa kat sini laa aku silap..
Tepung cam terlebih sbb mangkuk yg aku selalu guna tu hilang..
Guna mangkuk lain jadi lain, aku jadi hilang arah..
Serbuk koko pun terlebih sudah...

BAHAN 1
250g tepung
1 sudu serbuk penaik
1/2 sudu teh garam
2 sudu serbuk koko

Ayak dan ketepikan..


BAHAN 2

Buttermilk yang dihasilkan dengan campuran
240ml susu segar + 2 sudu cuka

Biarkan 10 minit..

Pastu masukkan pewarna merah 2 sudu


BAHAN 3
Butter 150 gram (dlm youtube baru aku tau guna 113 gram sajork)
Gula castor 100 gram
Gula merah 200 gram (yg ni pun silap agaknya)
1 sudu esen vanila


Bahan 3 kena kacau guna mixer sampai sebati..
Pastu bubuh 2 biji telur sebiji sebiji..

Kacau lagi....

Pastu masukkan BAHAN 1 selang seli dengan BAHAN 2



Putar dan putar sampai ler sebati gini..



Lepas tu..

BAHAN 4
Sodium bikarbonat + 1 sudu cuka..
Bila berbuih cepat2 tuang dalam campuran tadi..

Pastu bakar ler dalam 40 minit...

Aku part ni yang aku tau kek ni hampeh sket..
Sebab lepas 40 minit..
Still tengah tak masak..
Total aku bakar 175 darjah celcius selama 70 minit..
Baru masak... itu pun atas dah terlebih masak..



Ok, masuk bab cream cheese frosting...
Memula malas dah sbb tengok kek cam buruk je..
Tapi.. lepas aku balik dari umah mak aku..
Nampak elok laa pulak..

Paling mencabar nak potong 2 kek ni..
Aku kalau bab merenyah ni mmg cepat baran..
Maka.. mmg dahsyat teknik potongan aku..
Macam melapah kambing dah rupanya..

BAHAN 5 - Cream cheese..

Aku guna resepi yang paling  mudah..
Takde Mascorphone..
Sebab kalau aku cari 7 hari 7 malam pun..
Belum tentu jumpa Mascorphone kat Tg Malim..

250gm cream cheese
30gm butter
1 sudu besar esen vanilla
1 sudu besar susu segar
100gm gula ising
 
Lepas tu aku sepuk2 kan laaa kat RVC aku nih..

Hasilnya mmg sangat terjelepuk...

.
.
.

Tuesday, August 14, 2012

Rancangan perjalanan kami


Petang Sabtu... lepas MIJ balik keje..
Terus memulakan perjalanan balik ke kampung...
Balik kampung belah dia dulu untuk buka puasa..

Kota Malim Prima, Tg Malim - Kg Lambak, Tg Malim
Anggaran perjalanan 8.1km..
Anggaran masa 14 minit..
Melalui Jalan Proton City..
Ke Jalan Utama UPSI..
Masuk Jalan Ketoyong..
Ambik short cut kat sekolah Tamil..
Teruskan smpi ke Kg Lambak...

Selepas gitu gini gitu gini..
Malam yang sama..
Akan balik pulak ke umah Hajah Norlia...

Kg Lambak, Tg Malim - Kg Gumut Tambahan, Hulu Selangor
Ni jauh sket..
Merentas sempadan lagi..

Anggaran perjalanan 13km..
Anggaran masa 20  minit..
Melalui Jalan Besar..
Ada lalu tepi highway tapi tak masuk pun..
Sampai jambatan Sg Inki..
Kornar kiri  masuk Jalan Panglima Besar..
Itu kira sampai ler tuh...

Dijangkakan.. kami akan tempuh jammed jugak..
Pertamanya di simpang masuk sekolah Tamil Manikavasagam..
Pastu satu lagi traffic light kat Taman Bahtera..
Tapi selalunya musim2 perayaan ni..
Traffic light off..
Pandai-pandai ler nak melintas ke hape..

Lepas tu dri raya pertama sampai laa habis cuti..
Itu laa keje..
Kejap ke Kg Lambak.. kang ke Gumut Tambahan..

Perjalanan ini.. telah ditempoh..
Selama 5 tahun berturut-turut tanpa gagal..

 

Tak payah tag aku bab2 perangkap had laju ni..
Orang lain sedih tak dapat balik kampung..
Aku sedih sebab tetiap tahun rutin yang sama tak berubah-ubah..

Harap2 nanti bila Kalep dah besar..
Dia akan belajar kat Korea..
So, bila raya..

AKAK BALIK MANA TAHUN NI?

Oooo

AKAK BALIK KOREA SELATAN!!!!

:))


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI UNTUK SEMUA KAWAN-KAWAN, PEMBACA LWC
AMPUN MAAF ZAHIR BATIN JIKA ADA TERKASAR TULIS..
TERKASAR WAT STATUS FB..
TERKASAR BAHASA BILA CHATTING...

peace!!
.
.
.

Sunday, August 12, 2012

Salah cabut ke hape nih!!!



Pagi ni berkobar-kobar nak pi cabut gigi..
Bayang ler aku dah menahan sakit ni..
Dari sebelum puasa..
Dari 24 Julai 2012..

Tadi dah cabut itu taring belah bawah..

Malangnya.. yg aku angan-angankan..
Perasaan seperti makan aiskrim vanilla curah coklat..
Pelesu semata-mata..

Aku pun dah keliru..
Sebenarnya aku sakit gigi ke sakit gusi?!!

Sebab lepas cabut tu...
Lagi 10 kali sakit dari sebelum cabut..
Skang ni laa aku tengah lagi sakit..
Aku  ni ikutkan banyak kali dah cabut gigi..
Tapi tak pernah rasa yang sakit camni..

Hari tu doktor bgtau.. gusi aku dalamnya banyak nanah..
Kena infection..
Tak payah cabut.. buat treatment je..

Tapi... AKU LAGI PANDAI DARI DOKTOR!!

Saya tak kira.. doktor mesti cabut jugak gigi sakit ni..

Maka, doktor pun akur..
Bagi antibiotik sebeban suh aku abihkan..
Mmg weekend lepas kurang dah sakit gigi dan gusi aku tu..

Istimewa untuk pembaca LWC..

Tengok.. bape huduh dah jadinya skang...
Gigi atas tu mmg sekian lama takde..
3 kali wat gigi palsu..
3 kali gak hilang tak tau mana pi..

Skang aku pandai2 suh doktor cabut gigi bawah pulak..
Aku  nak tempah gigi palsu atas..
Dia kata tak leh siap sebelum raya..
Gigi bawah lepas 2 bulan baru boleh buat..

Maka...

DAH CABUT PUN...

AKU MASIH SAKIT GIGIGIGIGIGIGIGIGIGIGIGIGIGIIIIIIIIIII !!!!
.
.
.

DIY - Puding Caramel..


Mak aku yang request..
Takkan tak tunaikan..
Aku lagi selalu request dia masak macam-macam..

Tapi tadi dia siap pesan...
Kalau ko buat kek pisang..
Tak payah bawak..
Kat kedai melambak kek pisang lagi sedap..

Uwaaaa!!!!

Sampai nyer hati..

Feeling rajin muncul..
Sebab aku hanya perlu masak puding ni je..
Berbuka kang umah mak aku..

Bahan-bahan Caramel

6 sudu gula pasir
3-4 sudu air


Mula-mula masukkan  6 sudu besar gula pasir masuk kuali..
Tambah dengan 1 sudu besar air..
Masak dengan api kecik..
Rasa dah melekat-lekat tu..
Tambah lagi 2-3 sudu air..

Lepas dah perang tu..
Tuang masuk loyang..
Pastu sejukkan dalam peti ais..


Bahan-bahan puding..

5 biji telur
3 sudu besar gula castor
2 sudu teh vanilla esen
2 sudu tepung kastad
1 tin susu cair

Yang tersenarai di atas tidak termasuk susu cair..
Satukan dalam bekas pastu kacau..
Jangan sampai berbuih.. kacau pelan2 cam buat air tu..
Kalau tak nanti puding berlopak..




Ada resepi tak bubuh tepung..
Tapi aku suka nak bubuh..
sebab nanti puding jadi lebih tegap..
Last time aku guna tepung jagung..
Kali ni guna tepung kastad..


Suamkan susu cair 1 tin..
Dah tu tuang je masuk bahan2 campuran tadi masuk dalam pan ni..
Kacau sampai sebati..

Dah tu kuarkan loyang yang ada gula hangus tadi..
Guna laa penapis apa pun supaya tidak berketul..
Nak-nak resepi ni guna tepung..
Tuangkan campuran puding tadi dalam loyang..
 

Guna foil untuk elakkan air masuk dalam loyang puding..
Kukus laa selama 20-25 minit..



Ni dia dah siap..
Kejap je buat ni..
Sedia-sedia dalam 15 minit je pun..
.
.
.

Friday, August 10, 2012

Akhirnya sofa koyak rabak itu berganti jua..


Selepas bebudak berdua ni menghancuskan sofa lama..
Dah laa sofa tu buruk..
Depa campak2.. koyak2...
Maka, kami suami isteri sependapat..
Oleh kerana rezeki sedikit murah menjelang raya ini tahun..
Apa kata tukar je sofa hazab kepada yang baru..

Ciri-ciri yang dicari..

1- Bukan jenis kain kerana kanak2 ribena tengah membesar..
2- Bukan jenis kusyen2 cam yang lama.. yg simple dah cukup..
3- Bukan kaler cerah..
4- Bukan 3-2-1..  mana nak sumbat, rumah ni sempit
5- Bawah 1K

Setelah mencari-cari...
Ada 2 je yang menepati syarat2..
Namun...

Yang satu tu regenya 1587.00
Dan yang tertera di dalam gambar 475.00

Satu over budget..
Satu under budget..

Fikir punya fikir..

Tak payah laaa berabih sangat..
At least.. lebihan tu boleh beli benda lain..
Dah beli pun... nnt i tayang hokay :)

Maka.. kami bersama-sama pilih yang murah itu..
Kerusi tu L shape..
Padan laa dengan rumah sekangkang beruk ni..

Itu laa citer disebalik sofa baru tersebut :)
.
.
.

Thursday, August 9, 2012

Ubat-ubat sakit gigi dan kesannya kepada penyusuan bayi..

Ni kesinambungan kes sakit gigi tak berkesudahan..
2 hari sudah dah pi klinik..
Tapi tengah sakit beriya..
So, doktor hanya bagi pain killer..
Namun.. sesudah makan 2-3 biji..
Biji-biji seterusnya sudah tidak memberi kesan..
Malam tadi aku siap overdose sbb tak tahan sangat..

So, pagi ni seperti dijanjikan..
Aku pi klinik balik..
Igtkan buleh dah cabut..
Sekali bila doktor tekan gusi..
Sakit cam nak melompat sampai ke siling..

Rupanya.. dalam gusi penuh dengan nanah..
Kena rawat dengan antibiotik la pulak..

Ni nama dia Naproxen Sodium 550mg..
Dos yang dicadangkan sehari sebiji..
Tapi malam tadi tak tahan..
Aku bantai 2 terus..

Dan ia adalah selamat untuk ibu yang  menyusukan..

Ini antibiotik katanya...
Juga selamat untuk baby..
Hanya sedikit yang akan diserap oleh susu badan..

Yang ni paling seram..
Nama dia Metronidazole...
Kalau dalam carta ubat selamat untuk breastfeeding..
Ubat ni duduk kat level

Potentially Hazardous
You should avoid or use these drugs with caution, particularly while breastfeeding a newborn or premature infant.

Sebabnya.. boleh menggalakkan sel kanser..

Namun, ubat ni paling berkesan untuk merawat infection pada gigi..
Yang  mana aku tengah alami la ni..
Iaitu gum infection yang menyebabkan nanah dalam gusi..

Jenuh laa aku research dalam internet..
Risau gak walaupun Hasya hanya BF sikit je skang..
Tapi esok lusa kat weekend..
Selalunya weekend dia mmg takmo susu botol..

Kena monitor gak ler nanti..
Kalau dia cirit birit..
Kena laa aku benti makan..
Dah tu pikirkan laa cara camne nak buat dengan gigi rosak aku nih..

Isnin depan baru boleh cabut gigi aku ni..
Lama dowh nak tunggu..
Aku dah rasa cam kuman gigi tu dah masuk otak..
Segala-gala kat muka aku ni dah rasa sakit..

Ikutkan pagi ni nak citer pasal kek pisang..
Sat gi laa kalau ada mood :)
.
.
.

Wednesday, August 8, 2012

Pengikut Mencah Manhattan


Gigi yang rongak tu..
Dia sendiri yang patahkan malam tadi..
Oleh sebab mami dah tido dulu..
Dia simpan cerita sampai pagi ni..

Pastu aku tanya laa..
Mana gigi yang patah tu?

Kalep dah simpan dalam sarung bantal...
Rasanya malam tadi pari-pari gigi dah datang ambil nyer..

Mana Kalep tahu? nampak ke?

Mami nih!!

Memang laa tak nampak..
Pari-pari gigi tu kecil dan terbang di udara..

Apa pari-pari gigi tu buat?

Dia akan mendoakan semoga gigi Kalep akan tumbuh cepat..

Adoyai...

Ni semua Astro punya dakyah kafirun..

Namun.. tak payah nak salahkan anak2..

Sapa yang subscribe cenel2 mengarut semua tu?
Nak buang tak sanggup..
Sat gi dia bergantung harap sepenuhnya
Pada mami untuk menghiburkan hati dia..
Cukup laa adik Hasya dia sorang berpaut kat kaki mami
Setiap kali mami memasak..

Namun..

Igtkan Mencah Manhattan je ada pari-pari gigi..
Rupanya Kalep Kg Lambak pun sama :)
.
.
.

Tuesday, August 7, 2012

In pain..


Satu malam tak leh tido..
Dah telan pain killer 2 biji pun tak jalan..

Kalep pulak malam tadi muntah..
Tak sempat sampai toilet..
1 meter lagi nak sampai dia dah muntah dulu..
Bantai ke dinding lak tu..

Aku ni dengan sakit2 gigi..
Terpaksa laa mengemop.. basuh dinding..
Apak sesedap rasa pura2 tido..
Takkan tido betul kot..
Takkan tak dengar suara aku memekik depan pintu bilik dia..

Lepas tu..
Lagi laa berdenyut2..
Sedar2 dah kul 5.15 pagi..
Takde mood laa nak sahur..

Tapi.. selaku bini orang...
Kena jugak laa bangun kaut nasi.. sedia lauk apa bagai..
Siap anto dalam bilik..
Pastu aku terus tido balik..

Pagi ni nekad tul nak cabut..
Tapi tak rasa buleh cabut..
Sebab gigi tengah sakit..
Gusi tengah bengkak..

Harap2 doktor tu sudi nak bagi injection..
Pain killer baik punya..
Morphine pun aku rela ambik skang..
Sebab sakit gigi ni..
Boleh buat aku jadi GILA!!!

Anak muntah sbb dia tak sihat pun aku memekik marah..
Hasya merengek nak susu pun aku marah..
Nak sangkut hanger kat baju.. pastu baju terlorot pun aku naik angin..
Pendek kata semua marah laa...

Sebelum aku gila betul menjelang raya..
Baik aku pi cabut segera gigi depan ni..

Rongak di hari raya?!!

Hape aku pedulik..
Janji aku boleh pepah daging rendang makan sama lemang..