Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Tuesday, November 27, 2012

Entry mesin jahit..

Tengah hari tadi..
MR ajak aku wat entry pasal mesin jahit kamiorang..
Tapi... sebab panas sangat..
Membuat aku tepu nak menaip ke hape..
Mata tu nak tido je..


Budak yang tak perlu pandai membaca skang ni..
Sangat rajin membaca..
Tapi buku pilihan dia..
Mesti ada pasal burung atau kucing..
 

Boleh dengar dia mengeja..
Cam ye-ye je..
Padahal entah hape2 yang dia sebut..
Dia sebenarnya ikut style abang dia mengeja..
Kuat meniru budak ni..


Berbalik pada tajuk entry..
Yang sepatutnya berkenaan mesin jahit baru aku tu..
Tapi tak boleh nak citer apa lagi..
Sebab...

Perhatikan atas apa Hasya duduk..

Ye.. itu adalah kotak mesin jahit..
Of course laa dalam tu ada mesin jahit..

Belum tau tempoh pertapaan mesin tu bape lama..
Nak kuarkan pun..
Aku tak tau nak jahit apa..
Benang pun takde..
Gunting kain pun takde..
Yang paling utama...

KAIN PUN TAKDE...
.
.
.

Monday, November 26, 2012

Aku punya dah FULL..


Apa nak buat?
Selain dari sign up monthly payment..
Atau buat joining account..

Aku nak yang mudah2 je..

Ada jalan tak?
.
.
.

Sunday, November 25, 2012

MAHA Part II - Superman terbang


Superman yang gantung diri kat pokok ni..
Nyaris mendatangkan kecederaan parah pada anak aku..

Kat MAHA ni..
Berlambak2 benda gini tau..
Bebudak kalau tengok... tau jelah..
Teruja satu macam..

Khaleef pun sama..
Berlari naik atas benda ni..
Sebelah superman tergantung tu..
Ada longsor tinggi..
Ramai ler bebudak atas nih..

Yang bangang laa sangat...
Benda ni tidak dipakukan ke tanah dengan selamatnya..
Bila ramai bebudak berada di tengah2 atau menggelongsor turun..
Benda ni ala2 tenggelam ke tengah..
Cam nak berlipat pun ada..
Maybe sebab udara dah banyak terkeluar akibat cuaca panas..

Ni budak yang menjadi mangsa..
Dia berdiri kat tepi..
Tetiba segerombolan budak turun dari longsor..
Jadi berat dah ke tengah..
Dia yang ada kat tepi...

MELANTUN DAN MENDARAT ATAS TANAH!!!!

Abih kotor baju seluar..
Seluar bukan takat kotor.. siap koyak!!

Lansung mamat ni moody sampai balik...
Aku lagi laa moody tengok anak dah comot camtu..
Baju ganti dalam kete lak tuh..

Nak main benda ni kena bayar RM5.00 sebenarnya..
Tapi, mengenangkan anak aku dah jatuh tergolek..
Kuasa aku nak bayar..
Nasib baik tak cedera patah ke hape...
.
.
.

MAHA Part I - Sampai-sampai terus jiwa kacau..

Semalam.. mak aku ajak wat rombongan ke MAHA 2012..
Ikutkan ini laa kunjungan pertama kamiorang..
Aku mula-mula tu malas..
Sebab dah tau benda ni buat kat tempat terbuka..
Aku ni mana sesuai tempat2 panas gini..
Maklum laa lahir kat Artik..

Namun, oleh kerana pakcik aku yang keje kat MARDI..
Telah menjamin bahawa kitaorg akan dapat masuk parking dalam kawasan MARDI..
Yang betul2 sebelah dengan MAHA..
Maka, aku pun setuju laa nak pergi...


Sampai-sampai tu...
Nampak buncut khemah kemain banyak..
Aku agak cam pesta konvo jelah kot..
Cuma lebih besar..

Sekali nak gerak sana-sini nak kena tunggu tram atau bas..

GILOS!!!


Ni muka baru sampai tau..
Semua dah benyek..
Dah laa panas menyengat..
Pastu tunggu tram.. hat ni smpi penuh... smpi lagi penuh..
Orang main kerumun je naik berebut..

Tolong laaa...

Kata INTERNATIONAL!!!

Tak buleh ke arranged buat cam tali ke hape utk semua orang berbaris..
Bukan main serbu cam kambing kuar kandang..
Takkan tak faham lagi mentaliti rakyat Malaysia nih..
Janji aku cepat...
Nama sendiri inisiatif nak buat barisan ke hape.. SORRY!!


Cik Abang aku..
Nasib laa aku ni dijodohkan dengan orang yang sabar.. tak banyak ragam..  tak suka bersungut..
Jauh beda dengan bini dia..
Yang dari sampai.. sampai ler nak balik..
Merungut tak sudah2..


Ni pun nasib baik jugak...
Tak banyak ragam..
Ikut je dengan Papa dia..
Penat jalan.. masuk stroller..
Ngantuk.. tido..
Haus kasi minum...

Puan Penganjur.. sudahnya tak beli apa pun..
Beli jagung je sikit..

Secara amnya...
Untuk MAHA yang akan datang..
Bagi RM100 pun aku takmo pergi..

Masa nak balik tu.. aku tengok orang siap parking tepi highway..
Nak jalan ke MAHA tu.. mau gak ler 2-3 km..
Pastu smpi nak tunggu tram dengan bas pulak..
Orang yang datang 100 RIBU SEHARI..
Tram dengan bas.. ada laa dalam kurang 15 biji...

Satu lagi yang menyakitkan hati..
Tram dia bukan cam kat zoo tu..
Yang tu boleh diterima akal juga..
Memusing keliling zoo adalah tram yang sama..
So, ikut laa kita nak turun kat mana..

Yang kat MAHA ni..
Naik satu tram.. smpi kat tempat sayur.. TURUN..
Tunggu lak tram lain.. dah dapat naik...
Sampai tempat padi.. TURUN..
Tunggu lagi yang lain..
Sampai tempat ternakan.. TURUN...
Tunggu lagi yang lain pulak..

GILE KE HAPE?!!!!!!!

Untuk kamiorang yang ada 1 warga emas.. 2 ibu yang beranak kecik..
3 budak yang tengah melasak.. 2 baby yang bawah 2 tahun..
Dengan stroller... kelek susu.. lagi beg diapers, baju hape bagai..

INI ADALAH KERJA GILA!!
.
.
.

Thursday, November 22, 2012

jom sokong juaimurah utk Gaza


Ini adalah Projek Khas oleh http://juaimurah.blogspot.com..
Sebuah kedai online menjual pelbagai barangan terpakai dengan harga murah..

Untuk Kempen Save Gaza..

Kak Ros, iaitu owner telah berniat untuk mendermakan duit buku tersebut untuk kanak-kanak Gaza..
Caranya mudah sahaja..

Bank-in kan amount yang anda mahu
Minimum RM20.00.. lebih pada tu, Alhamdulillah..
Nanti Kak Ros pilihkan buku yg sesuai utk anak2 kamu..

Jangan pertikaikan.. untung modal.. boleh percaya ke tidak..
Saya kenal Kak Ros lebih dari 3-4 tahun..
Ikhlas memuji...
Dia adalah seorang peniaga dan insan yg baik, jujur dan ikhlas..

Kalau hati penuh syak wasangka..
Maknanya belum cukup ikhlas laa hati kamu itu :)

Untuk keterangan lanjut..

KLIK LINK DI BAWAH

http://juaimurah.blogspot.com/2012/11/gaza-here-we-come.html

SO START TO EMAIL OR WHATSAPP KAK ROS
juaimurahshop@gmail.com
0174906122


.
.
.

Gulai tempoyak udang cili api...



Harum bau gulai tempoyak umah aku wei...
Rasa belum tau..
Tapi kalau bau sedap tu.. sedap ler kot.. :)

Aku tak makan malam ni..
Sebab diet laa sangat konon..
Padahal tadi petang dah belasah roti sardin + megi ayam..
Harap2 dapat bertahan...

Hajat nak makan lunch esok..
Nak pi pasar dulu cari pucuk ubi.. nak rebus..
Kalau ada petai mata besar lagi syiok..

RESEPI

Blend bawang merah + kunyit hidup + cili api
Pastu lebuhkan dalam periuk dengan tempoyak + serai ketuk
Dah mendidih, masukkan santan sket..
Gula + Garam + daun kunyit
Masukkan udang.. tunggu mendidih... SIAP :)
.
.
.

Wednesday, November 21, 2012

Abang.. sila buka sticker DRIVE-THRU Mc Donald



Malam tadi aku suh MIJ tanggalkan sticker VIP Mc D..
Malangnya aku telah ditempelak secara depan-depan..
Sebab bini dia ni yang suka sangat makan Mc D..
Pantang lalu..


Komen pertama dia..

ALA, BENDA-BENDA NI BERMUSIM..

Jawapan aku...

Memang laa bermusim.. tp itu orang lain..
Tak payah nak harap orang berubah..
Memadai kalau kita ubah dulu diri kita..


BUKANNYA MC D TU BOLEH BANGKRAP

Memang laa tak boleh..
Tapi kita boleh kurangkan keuntungan pukal Mc D..
Bila keuntungan dia dah sikit..
Takde la banyak dia dapat sumbangkan pada Israel..


ABIH TU APA NASIB PEKERJA-PEKERJA MC D

Itu nasib dia la..
Bukannya Mc D je yang tawar peluang pekerjaan..
Kalau suka sangat keje dengan fast food..
Melambak-lambak lagi fast food lain kat Malaysia ni..

Lagipun kerja dengan Mc D ni dah kira cam subahat..
Dah sama macam bekerja untuk menghasilkan arak dan dadah..


APSAL MC DONALD JE... PRODUK LAIN?

Syukur Alhamdulillah laa bie woi...
Isi rumah kita ni tak bergantung sangat pada produk-produk Israel ni..
Mami tak pakai produk2 kecantikkan yang mahal2 tuh..
Make up pun tak pakai.. Mac ke.. Revlon ke.. Loreal ke.. sume takde..
Biskut Danone dah berkurun lama tak beli..
Rumah kita takde yang pakai Nokia..
Coca & Cola dan Pepsi mmg tak suka minum dari dulu..
Nescafe abang tak suka.. Kalep sejak balut kepala dah benti minum Milo..
Anak2 kita tak pakai brand Gap, Ralph Lauren, Mark & Spencer apa bagai tuh..
Abang pun ada selai je jeans Levi's
Anak2 dah tukar susu tak minum Nespray from Nestle lagi..
Sabun Hasya Johnson & Johnson tu... ada utk 5-6 kali mandi je lagi.. pasni tak payah beli dah..
Kotex, mami dah lama tak pakai brand ni..


KALAU DAH BERIYA SANGAT.. PERGI LA GAZA TU...
Bak sini 20K..
Kalau ada duit.. saya nak je pergi..
Sian anak2 & bayi2 yang mak dia dah mati kena bunuh..
Kalau boleh.. nak je saya ambik 3-4 orang..
Bawak balik rumah kita..
Jaga sampai depa besar..



Al Qaradhawi menegaskan:
“Ada jihad ekonomi, yaitu kita membuat fatwa, fatwa yang saya keluarkan bersama sejumlah ulama tentang keharaman jual-beli produk-produk Israel dan Amerika. Boikot, boikot semua produk-produk Israel dan Amerika adalah merupakan kewajiban setiap umat. Semua yang berbau produk Amerika.”



.

.

Tuesday, November 20, 2012

Nice Guy / Innocent Man

Tajuk panjang drama ni memang tak leh blah..

The Nice Guy Never Seen Anywhere In This World!!

Ni kira bapak bagi segala lelaki baik di dalam dunia :)

Anyway, hero drama ini adalah Song Joong Ki..
Yang memegang hero terkiut that you never seen anywhere in this world..
Baru betul!!!


Masa kat episod awal..
Dah tau dah kenapa hero ni merupakan lelaki terbaik di dunia..
Awal-awalnya, Ma Roo ni merupakan medical student...
Makwe dia pulak, Jae Hee.. mmg cinta pertama dia..
Dan dia sayang sangat pada makwe dia ni..


Depa berdua ni asal dari keluarga miskin..
Berusaha untuk mengubah masa depan mereka...
Tapi Jae Hee ni mahu lebih dari itu..
Dia mahu jadi perempuan yang ada kuasa dan kaya..



Satu hari..
Jae Hee dia call Ma Roo...
Time ni hero tengah jaga adik dia yang sakit..
Tapi katanya hal dia lagi penting dan minta hero datang jumpa dia segera..

Ma Roo pun atas sebab cinta.. tinggalkan adik dia dan pi jumpa Jae Hee dia..
Sampai kat situ, tengok ada mayat seorang lelaki..
Jae Hee bunuh seseorang..

Mula-mula tu dia suruh Jae Hee serah diri pada polis..
Tapi bila Jae Hee telefon polis..
Dia jadi tak sampai hati..
Oleh sebab cinta, dia sanggup mengaku bersalah membunuh tanpa niat..
Masa ni.. romantikkkkk sangat!!
Dia kiss Jae Hee..
Pastu slow2 bersihkan semua bukti dan kesan cap jari..
Dan serah diri..


Lepas dipenjarakan 5 tahun..
Ma Roo dibebaskan dan dia dapat tahu yang Jae Hee sudah berkahwin..
Kahwin dengan seorang hartawan tua tapi kaya gila..

Hal ni menyebabkan Ma Roo berubah 100%..
Dari seorang lelaki yang baik dan sweet..
Berubah menjadi seorang yang pendendam..

Dia dah melupakan cita-cita dia untuk menjadi doktor..
Dan bekerja sebagai bar tender serta gigolo..
Mempergunakan perempuan kata untuk mendapatkan apa yang dia mahukan..



Satu hari, dalam flight nak balik ke Korea dari Jepun..
Ma Roo terserempak dengan Eun Gi, heroin sebenar drama ni..
Eun Gi ni tetiba pengsan lepas keluar bilik air..
Sbb dia pernah belajar bab2 medic ni..
Maka Ma Roo tolong laa apa yang patut..

Masa dia tanya siapa guardian Eun Gi ni..
Tetiba muncul makwe lama dia yang dia dendamkan sangat...
Rupanya, Jae Hee adalah mak tiri kepada Eun Gi..

Eun Gi adalah seorang anak hartawan..
Bakal mewarisi empayar Tae San..
Mak tiri dia si Jae Hee tu laa..
Ada sikit hal pasal Jae Hee bunuh orang tu..
Berkait dengan Eun Gi nih..
Kena tengok sendiri :)

Ma Roo bila tau Eun Gi ni ada hubungan dengan Jae Hee...
Dia pergunakan Eun Gi ni utk balas dendam kat Jae Hee..
Dia buat Eun Gi jatuh cinta pada dia..


Tapi lama-lama..
Ma Roo pun jatuh cinta kat Eun Gi gak..
Malangnya.. masa tu la Eun Gi tahu niat awal Ma Roo..
Maka dia ambil keputusan untuk putus dengan Ma Roo..

Lepas putus tu..
Eun Gi eksiden...
Kemalangan ni menyebabkan dia hilang ingatan..
Dan dia berbalik semula kepada Ma Roo..

Nak last2.. Ma Roo pulak sakit tenat..
Nak tau dia mati ke tak?
Apa jadi dengan hubungan Ma Roo dan Eun Gi..
Camne jahatnya Jae Hee dalam drama ni..

Apa lagi.. sila order ;)
.
.
.

Edisi Jiwa Kacau - Tetiba hilang kawalan...


Aku selalu mengalami kejadian camni..
Jalan-jalan-jalan...
Pimpin tangan anak..
Pusing2 pekan..
Tengok sana sini...
Benti sat beli air...
Jalan lagi sambil makan goreng keledek..

TIBA-TIBA...

Aku beli benda yang tak ketahuan kenapa aku beli..
Camni laa jadi masa aku beli laptop Dell sedangkan aku ada je laptop..
Camni laa jadi masa aku beli Gtab tanpa sebarang tujuan..
Camni gak masa beli DSLR tanpa ada perancangan..

Mesin jahit di atas..
Aku sudah deposit..
Tanpa berfikir kenapa aku perlu mesin jahit..
Aku tak minat menjahit..
Aku takde bakat menjahit..
Aku tak reti menjahit..

SO?!!!!

MIJ dah khutbahkan aku tadi lepas maghrib...
Dia terpaksa redho sebab aku dah letak RM200.00..
Esok dah nak anto salinan IC, slip gaji 3 bulan, salinan akaun bank, salinan bil letrik..
Aku telah beri persetujuan utk 6 bulan potong gaji..
RM1** sebulan..

** tu sebab aku pun ingat berapa sebenarnya kena bayar tetiap bulan..
Punya laa kan...

Huwaaa....
Sekali lagi menyesal dahulu pendapatan..

Tapi aku memang dah lama nak mesin jahit sendiri..
Sebab rasa tak puas hati upah potong kaki suar MIJ RM5.00 setiap kali anta..
MIJ cakap.. sebab RM5, nak jahanamkan duit 1K semata-mata utk jahit kaki seluar..


Alasan yang aku terfikir..
Kawan-kawan aku ada.. aku pun nak jugak!!!

Apa nak buat nih?!!

Burnkan RM200 tu..
Teruskan?!!

Malam ni confirm aku tak boleh tido..
.
.
.

Sunday, November 18, 2012

Cristiano Ronaldo ada kasut emas... kita yang takde ni pun boleh juga membantu..


sumber : FB

Cristiano Ronaldo, Pemain bola sepak termahal di dunia yang sering dilabel dengan gelaran kaki perempuan yang sombong mengubah pandangan dunia terhadapnya apabila dia telah memberikan kasut emas yang dimenanginya kepada lembaga amal bagi membantu anak-anak Palestin.

Bekas pemain Manchester United itu yang kini bermain bersama kelab Real Madrid telah dilaporkan melelong kasut emas miliknya yang dimenangi pada tahun 2011 pada harga 1.4 juta euro. Wang hasil lelongan itu telah disumbangkan bagi membina beberapa buah sekolah yang hancur di sepanjang Tebing Gaza.

Sokongan Cristiano Ronaldo terhadap rakyat Palestin adalah signifikan dan pernah mengenakan skaf Free Palestin sebagai tanda sokong pembebasan Negara itu dan dikhabarkan juga pernah berkunjung ke tanah pendudukan Palestin sekitar tahun 2005-2007. Mari kita berdoa agar Cristiano Ronaldo mendapat hidayah memeluk agama islam. Jika beliau dikurniakan hidayah, nescaya peminat-peminatnya juga pasti turut mengikut jejak langkahnya.


Bagi yang takde kasut emas tu..
Jangan khuatir..
Pada dok tepek hal2 boikot itu.. boikot ini..
BOIKOT BERMUSIM... tak lama lagi reda ler tuh..

Apa kata hari ini kita sama2 sumbangkan sikit bil @ kredit handphone kita tu..

Aman Palestin telah menyediakan satu kaedah menyumbang kepada rakyat Palestin melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS).

Berikut adalah cara menyumbang melalui SMS:

1. Taip PALESTIN  RM10 / RM5 / RM3 / RM1
2. Hantar ke 39111

Semoga cara yang mudah ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.
.
.
.

Tuesday, November 13, 2012

Twelve Men In A Year

Adoiii..... lebih 2 minggu terperap dalam draft..
Hari ni baru ada masa nak upkan drama ni..


Drama ni tayang awal tahun 2012..
Dalam hujung Febuari..
Pastu ada masalah sub.. tak boleh nak proses..
Baru2 ni ler baru dapat complete sub..

Drama ni bukan pasal fiction fantasy..
Mengisahkan tentang seorang wartawan majalah, iaitu heroin..
Dia sangat taksub pada bintang2 kelahiran seseorang itu..
Akan mempengaruhi hubungan cinta dia..


Heroin dia mmg kurang lawo..
Tapi, ada aku kesah..
Janji hero hensem..

Sebagai wartawan majalah, dia ada kolum khas utk diri dia..
Dalam column tu dia menulis perihal kisah cinta dia..
Pengalaman keluar dengan 12 orang lelaki yang berlainan bintang kelahiran..


Ni dia senarainya..
Ada tua.. ada muda..
Ada bangsa lain..
Ada yang matang.. ada yang cam budak-budak..
Kerja biasa.. kerja bagus..
Cam-cam jenis laa..

Ini yang membuatkan drama ni best ;)
 


Ikutkan sebenar-benarnya.. ini ler boyfriend heroin...
Depa ni dah tinggal bersama dekat setahun..
Satu hari, kawan pada heroin..
Bagitau yang dia nampak hero beli cincin berlian utk hadiah krismas...
Heroin pun excited gila laa...
Dia pun belikan boyfriend dia jam tangan yang mahal..

Masa malam krismas, dia bagi laa bf dia jam tangan tuh..
Yang hero pulak kasi dia dapur portable, minyak masak dan makanan untuk digoreng..
Heroin pun naik angin la...
Maka, digorengnya jam mahal hadiah tadi tu..

Bila hero kuar bilik air..
Baru laa dia bagi hadiah sebenar cincin berlian tu..
Malangnya... jam tangan tadi dah rosak digoreng..

Bergaduh punya bergaduh..
Depa pun break up..


Lepas dah putus tu..
Heroin pindah dok dengan BFF dia..
Masa berpisah ni laa..
Dia dapat idea untuk cari 12 lelaki berlainan zodiak..
Dan tulis pengalaman cinta dia bersama 12 lelaki tersebut...

Maka,

Akhirnya dengan zodiak mana yang dia betul2 sesuai?
Adakah dia berbalik semula pada kekasih lama?
Ataupun terus membujang sampai ke tua?

Maka sekali lagi...

Sila order ;)
.
.
.

Wednesday, November 7, 2012

Sambungan drama Legoland dan Khaleef


Akhirnya...

Khaleef tetap tak berjaya untuk ke Legoland :(

Setelah cikgu buat pembetulan..
Total markah Khaleef yang pada asalnya 476/700..
Akhirnya meningkat kepada 578/700..

Cikgu bagi report card baru..

Namun, masih tercatat no.2 untuk kedudukan dalam kelas..

Takpe laa...

Takde rezeki kamulah tu..

Takpe, nanti mami cuba2 la pujuk Papa..
Bawakan kamu je Genting Highland..
Hat tu mungkin sepadan dengan no. 2 kamu tu..
Dekat je pun dengan rumah kita..

Akhir kata..


 kah! kah! kah! :))


Tuesday, November 6, 2012

Masih belum putus harapan.....


Dia masih belum putus asa nak ke Legoland..
Semalam tiba2 dia terbuka hati..
Nak tunjuk report card dengan kertas peperiksaan dia pada papa..
Selama nikan dia sorok..
Sebab takut mata papa jadi merah..
Pastu rambut papa kembang..
Dan papa bertukar jadi SINGA!!

Sekali tu, bila Papa cek..
Banyak markah tak sama..
Dekat kertas markahnya lain..
Dekat report card tulis lain..

Banyak beza lak. tu..
Sains, kat report card dapat 42 markah..
Markah sebenar adalah 100 markah..

Tulisan Jawi pun dapat 100..
Tapi cikgu tulis 65 sahaja..
Agaknya cikgu tertulis markah murid lain..

Ada juga yang jadi makin kurang...
Matematik kat report card 100 markah..
Yang betulnya 75 markah..
Maklum laaa 2 mukasurat tak berjawab sebab buang masa katanya..

Mami pun kena bebel laaa sama..
Sebab tak cek :))
Ala.. mami fikirkan, tadika je pun...

Ini memberikan Khaleef harapan..
Kemain semangat lagi nak pergi sekolah hari ni..
Nak suh cikgu betulkan balik semua markah dia..

Sebab papa tercakap..

NTAH-NTAH KALEP PERIKSA NOMBOR SATU!!

Wah!! :))

Menyinar kembali harapan untuk ke Legoland..
Tengok laa kang balik sekolah apa keputusannya..
Pergi ke tidak Legoland..
.
.
.

Monday, November 5, 2012

Golden Time


Drama ni dah lama giler siap..
Sebelum pi Betnam lagi..
Ntah camne.. aku leh lupa review..
Ingatkan dah udah..
Patut laa takde orang order pun... :)

Dah ler nak nunggu episod habih hari tu pun punya la lama..
Asyik bertambah2 je episodnya..
Last2 jadi 23 episod..

Drama ni.. tgk poster pun dah tau..
Citer doktor-doktor..
Kali ni kat Wad Kecemasan..

Ala-ala Grey Anatomy version Korea ler nih..


Ni heroin..
Dia merupakan pewaris Sejung Foundation...
Yang ada 5 biji hospital kat Korea..
Dia ni 1st year intern kat hospital yang dia warisi..

Dia jadi doktor bukan sebab ayah dia ada hospital..
Memang dia jenis suka membantu orang..
Ikutkan dia tak kisah pun harta benda keluarga dia..
Dia nak sendiri kerja dan dapat gaji..


Hero pulak...
Dia ni tak abiskan pun intern year dia..
Pastu dia mengajar secara part time dia pusat perubatan Oriental..

Satu hari, ada kes emergency..
Dia cuba menyelamatkan seorang budak ni..
Malangnya.. kerana dia kurang pengalaman..
Budak tu gagal diselamatkan dan mati..

Perkara  ni memberi kesan yang mendalam terhadap dia..
Maka, dia pun kembalilah ke hospital..
Untuk habiskan internship dia..

Time ni laa dia jumpa dengan heroin..


Secara keseluruhannya..
Drama ni banyak mengisahkan tentang kes-kes di wad kecemasan..
Di mana semua doktor dan nurse perlu bertindak segera..
Untuk menyelamatkan nyawa..

Pastu ada laa beberapa hal lagi..

Untuk yang gemar drama-drama kedoktoran ni..
Ini laa drama untuk kamu..
Ada beberapa drama doktor2 ni lagi..
Tapi belum ada masa nak proses ;)
.
.
.