Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Thursday, January 31, 2013

Tahniah Datuk Aznil Hj Nawawi

cr : rotikaya.com

Lama dah tertanya-tanya..
Bila Aznil nak dapat Datuk..
Ikutkan macam-macam dah jasa dia nih..
Paling berjasa pada aku..
Bila masa Program TV Tom Tom Bak bersiaran di Astro Ceria..
Time ni Kalep kecik lagi... dalam umur 2-3 tahun...
Kalep akan terpaku depan TV..
Tak gerak2 selagi tak habis..
Boleh laaa aku melelapkan mata barang sejam :)

Hehehe..

Patutnya dah lama Aznil ni dapat Datuk..
Banding dengan segelintir yg tak semena-mena dapat Datuk..

Sedikit info..

Aznil Nawawi bakal dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) sempena Hari Wilayah Persekutuan bersama 40 orang lagi penerima anugerah yang sama pada hari ini (Jumaat). Penganugerahan ini secara rasminya akan memberikan gelaran ‘Datuk’ kepada Aznil Nawawi.

Istiadat penganugerahan darjah kebesaran, bintang dan pingat akan diadakan di Istana Negara, Jalan Duta dan akan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

TAHNIAH DATUK!!!
.
.
.
 

School 2013

Berturut pulak entry review drama Korea..
Bertabahlah ek..
Tengah keghin idea ni nak merapit apa..
So, layan jelah review drama...


School 2013 ni.. ikutkan School 5..
Tapi School 1 - School 4 takde kena mengena dengan yg ni..
Kira setiap series tu.. independent drama ler kitanya..

Yang samanya..
Dramanya berkisar pasal kehidupan pelajar2 sekolah..
Masalah buli.. bunuh diri.. keganasan.. hubungan guru murid..
Semuanya disatukan di Seung Ri High School..

Seung Ri High School ni..
Dalam Korea.. di kedudukan 178..
Memang corot habih ler..
So, mmg banyak laa masalah di sekolah ni..


Ramai tul yang comel2 dalam drama ni..
Aku pun confuse..
Tgk cam serupe je sumer..

Hero comel drama ni menang newcomer award kat KBS Award..
Jang Nara pun menang gak..
Excellence Award..

Jang Nara dalam drama ni jadi cikgu..


Drama ni ratingnya agak tinggi jugak..
Dari yang aku baca kat internet..
Rata-rata puas hati dengan jalan citer yang mantap..
Aku belum sempat tengok lagi..
Dok layan Cheongdongdam Alice tak habis lagi :)


Yang comel paling kanan tu..
Dalam drama ni.. citer dia paling banyak..
Selain sekolah.. dia kerja part time jadi delivery boy..
Kat sekolah.. ramai ler student pompuan suka dgn dia ni..
Dia tak suka cari masalah..
Tapi orang lain yang suka cari masalah dengan dia..


Dalam episod satu je cam2 dah jadi..
Nak tau apa jadi seterusnya..

Cer order :)

Wednesday, January 30, 2013

Cheongdongdam Alice




Drama ni high rating sepanjang tayangannya selama 8 minggu..
Romantic Comedy..
Cheongdongdam tu nama tempat..
High class ler sebab dok dalam Daerah Gangnam..


Heroin...
Moto hidup dia..
"L'effort est ma force (Hard work is my strength)"

Apa sahaja dugaan yang datang..
Dia hadapinya dengan bersikap optimistik..
Dia bercita-cita utk menjadi pereka fesyen terkemuka..
Oleh itu, semua peluang yang ada dia rebut..
Masuk semua pertandingan rekaan fesyen..
Banyak menang pun..
Pastu dia sangat berpengetahuan luas tentang fesyen..
Dan dia belajar bahasa Perancis sendiri..

Akhirnya dia terpilih bekerja di GN Fashion..



Tapi.. rupanya kat situ..
Dia jadi kuli batak bini presiden GN Fashion..
Yang dulu masa sekolah adalah musuh ketat dia..
Misi heroin jahat ni adalah untuk musnahkan hidup heroin..

Bosan ditindas..
Maka heroin tetapkan misi baru dalam hidup dia..
Nak cari jodoh di kalangan orang kelas atasan..
Supaya boleh jadi batu loncatan utk capai cita-cita dia..


AKHIRNYA... hero kesayangan aku..

Peluang heroin terbuka luas..
Apabila dia berjumpa dengan hero..
Hero adalah CEO termuda dalam luxury-branded market..
Independent.. successful.. tapi berfikiran sempit sket dalam bisnes..
Sentiasa rasa ada orang nak kenakan dia..
Sebelum orang tikam dia.. dia akan tikam orang tu dulu..

Perangai dia yang paling ketara..
Dia benci dengan perempuan yg obses dengan branded item..
Dan perempuan yang nak kahwin sebab duit.. 




Nak tau camne depa ni boleh jumpa..
Kemudian jatuh cinta..
Pastu pelbagai halangan..
Pelbagai kisah yang menghiburkan..

Cer order :)

.
.
.

Kotak fius jahanam...


Maka..
Terpaksa tutup opis aku tu..
Sedangkan ada econ 1.5 HP pun berpeluh-peluh..
Inikan pulak lansung takde bekalan kuasa..

Tak tau bape hari..
Katanya malam ni wiring man nak dtg baiki..

Maka..
Bahan bakar terpaksa diberhentikan seketika..
Kecuali yang dah wat payment..
Aku usahakan bakar kat rumah..

:(

Monday, January 28, 2013

Adam & Hawa - Sinopsis Drama

Ada pulak potential customer minta akak review drama ni :)
Hehehe... feeling cam Korean Drama la pulak..

Takpe, untuk tidak menghampakan sesiapa..
Akak review dengan ikhlas..


Drama ni adalah dari adaptasi novel Adam & Hawa oleh Aisya Sofea..
Kisah awalnya pasal seorang awek baru pas abih SPM..
Kerja di sebuah tadika..
Adik owner tadika (iaitu hero = Aaron Aziz) berkenan kat Ain Hawani ni..

Malangnya..
Ain hanya suka kat Adam tu gitu-gitu je..

Sampai laa satu hari..
Disebabkan perangkap yang dibuat oleh Dee yg tergila-gilakan Adam..
Ain dan Adam ditangkap khalwat..
Pastu dipaksa kahwin oleh pakcik Ain..

Start dari sini laa.. Ain ni benci sesangatnya pada Adam..


Beberapa tahun berlalu..
Ain sambung belajar kat Ostolia..
Dia tinggalkan je Adam ni terkontang-kanting kat Malaysia.
Kat sana.. dia siap couple lagi dengan orang lain..
Dengan alasan.. Adam tak bertanggungjawab..
So, boleh laa gugur talak sbb tiada nafkah zahir dan batin..
Padahal.. dia tak tau..
Selama dia study oversea.. Adam ni yang bagi dia belanja..
Melalui keluarga Ain..


Lepas Ain habis belajar..
Dia kerja jadi pensyarah...
Masa ni Adam pun muncul laa balik..
Namun, Ain ni pulak dah nak bersama dengan Johan..

Sampai laaa Ain pi umrah..
Nak jadi kes jodoh punya pasal..
Depa jumpa kat Mekah..

Balik dari Mekah tu..
Macam-macam cara laa Adam guna nak pikat hati Ain..
Tapi, Ain ni keras kepala.. hati batu betui..
Dia selalu je wat tak layan kat Adam..
Pastu nak jumpa bertekak panjang..
Tapi bila Adam tak peduli ke dia..
Sedih pulak..


Selepas berapa lama mencuba..
Akhirnya Adam dan Ain baik semula..
Tapi hubungan depa dikacau pulak oleh Johan dan Dee..
2-2 depa tak puas hati sebab tak dapat Adam & Ain..

Tapi kalau dah jodoh tu tak ke mana laa kan..


Happily ever after :)
Dapat anak sorang yg kuar2 kepala dah cukur siap :)
Biasa laa dramakan..

Apa-apa pun..
Yang mahu "nak" drama ni..
As usual hokay :)
.
.
.

Sunday, January 27, 2013

Tak nak kalah..


Tetiba mood papa ada baek..
Selalunya kalau cuti lama camni..
Dia lebih suka mengeram di rumah..
Kebetulan ada adik kawan kahwin kat Lumut..
So, dia bawak laa kami bersama pergi..

Lepas kenduri kahwin yg diadakan di DMotel Batik..
Bagi laa bebudak berdua ni mandi laut sekejap..
Dah alang2 kat Teluk Batik tu kan..
Apsal Kalep tak pakai suar?
Sebab aku malas nak kelebet pasir masuk dalam suar jeans dia..
Redho jelah mandi pakai spender..

Lepas tu meround kat Pekan Lumut perabih duit..
Pastu makan laksa kat depan Waterfront..
Igtkan pastu balik ler terus..
Sebab dah dekat kul 6.00 petang..
Tetiba Papa cakap..
Kita makan ikan bakar dulu baru balik..

YES!!! I like makan ikan bakar.. :)

So, g ler Medan Ikan Bakar Teluk Muroh tu..
Masa tu dalam kul 7.00 baru..
Tapi dah penuh orang makan..
Order Siakap 3 Rasa, Sotong tepung, Udang butter,  Sup cendawan + kerang rebus..
Air oren sejag..

Takde laa lama sangat menunggu..
Dalam 20 minit gitu smpi ler makanan..
Tengah2 makan tu..
Belakang meja kamiorang ada satu family duduk..
Gaya cam orang ado-ado la..
Anak2 dia pun cakap bercampur baur..
Kejap cakap melayu.. kejap cakap omputeh..
Tak kisah la tu.. depa tak kacau org pun..

Depa pun sembang2 laa sementara tunggu makanan..
Anak-anak dia tanya.. parent dia jawab..
Dengan penuh berhemah lak tu..
Sejuk hati dengar.. jauh beza aku bercakap dgn anak2 aku :)

Sekali..
Anak dia yg umur lebih kurang 10 tahun tanya..

APA ITU SOLAT DIPERMUDAHKAN?

Mak dengan ayah dia selang2 bagi pencerahan..
Apa itu jamak.. qasar.. sembahyang apa yg digabungkan..
Serba lengkap laa kiranya..

Kami meja sebelah ni tumpang dengar la sama :)

Sekali tu..
Anak PELAT aku bersuara pulak..

MAMI, KIAMAT TU MACAMANA?!!


Hamboih soalan ko..
Hampir bersembur butter prawn ngn sotong goreng tepung yg aku kunyah sama-sama..

:))

Tak sempat aku nak jawab..
Dia sendiri yang bagi jawapan balik..
Ustazah dia yang cerita ler tu..
.
.
.

Tuesday, January 22, 2013

Missing You



Genre melodrama..
Aku dah tengok sikit-sikit masa proses drama ni..
Satu je kurang gemor..
Hero baik dengan hero jahat..
2-2 hero kegemaran aku :)

Cari laa hero jahat yang muka buruk..
Takde laa aku berbelah bagi nak sokong sapa..


Drama ni bermula dari zaman hero dengan heroin sekolah menengah..
Yang si heroin ni adalah mangsa buli kat sekolah..
Puncanya sebab dia adalah anak seorang pembunuh..

Hero ni pulak..
Mesti laa bertindak sebagai hero pelindung..
Dia laa yang selalu tolong heroin ni bila dia kena buli..

Akhirnya mereka saling jatuh cinta..
Namun, disebabkan satu insiden yang sangat tragik..
Mereka terpisah..

Masa time ni..
Hero jahat tu ada jugak..
Depa ni seolah2 trauma masa kanak-kanak..
Dibawa ke kehidupan masa depan..


Selepas beberapa tahun..
Heroin dah jadi pereka fesyen..
Wpun dia dah ada boyfriend..
Dia yakin yang dia akan jumpa balik dengan hero..

Wpun dia dah berjaya dalam hidup..
Tapi kehidupannya masih dibayangi kisah silam..
Kisah dia kena buli.. kisah ayah dia pembunuh.. pasal bekas bf yg hilang...


Ni hero..
Anak seorang hartawan kongsi gelap..
Bila besar..
Dia adalah seorang detektif..
Tak pernah putus asa mencari cinta pertama dia..

Tapi, bila dah jumpa.. heroin dah ada balak..


Ni hero jahat..
Dia ni laa pakwe heroin..
Dia ni ada simpan dendam pada hero..
Atas sebab masalah antara ayah hero dengan mak dia..



Citer depa bertiga ni mula masa depa umur 15 tahun..
Mak hero jahat.. adalah perempuan simpanan ayah hero..
Lepas tu.. mak hero jahat merancang satu penculikkan..
Dia culik hero dan heroin..
Tujuannya untuk dapatnya duit yang banyak dari ayah hero..

Masa tengah kena kidnap tulah depa terpisah..
Hero diberitahu bahawa heroin sudah mati..
Tapi, sebenarnya.. makcik heroin bawa dia ke luar negara..
Ikut family hero jahat..

Lepas 14 tahun.. baru depa balik ke Korea..


Tapi, hero percaya yang heroin masih hidup..
Dan dia tak putus asa mencari..
Yang hero jahat pulak balik Korea mmg nak cari hero..
Dia nak balas dendam atas kematian mak dia..
Mak dia mati kena bunuh dengan ayah hero lepas dia curi duit..

Bila awek dia berpaling kepada musuh dia..
Lagi laa dia bengkek..
Akhirnya dia bertukar menjadi seorang psikopat..

So, nak tengok apa kesudahannya..
Apa lagi.. :)

Stress wei citer ni bila hero hensem jadi jahat!!
.
.
.

 

Monday, January 21, 2013

Jiwa Kacau edisi esok gaji...



Lama dah jiwa aku tak kacaukan..
Ni sejak dua tiga menjak..
Dalam purse ada kurang RM20.00..
Mula dah jiwa meresah balik..
Nak pulak 3 hari lepas.. line celcom aku kena bar..
Bil dah cecah credit limit...

Duit bahan bakar mgu lepas ada laa dalam 4 rat..
Bahan mentah pulak habis..
Nak beli bahan mentah..
Tak boleh takat 2-3 pek.. rege mahal..
Kena beli kurang-kurang 10 pek..
1 pek = RM81.00
10 pek = darab laa sndr..
Kalau beli sikit.. regenya ialah RM98.00 sepek..
Banyak tu beza rege runcit dengan rege borong...


Eh, apsalkan..
Skang ni kat FB ramai sangat suka buat status tergantung..
Musim ke hape..
Buat aku mensirap bandung je tau..
Apa laa salahnya buat status penuh2 biar jelas..

Contoh..

MALAM INI TIDO SPITAL

Apa salahnya taip..

KENA GIGIT LIPAS RAMBUT PACAK, MALAM INI TIDO SPITAL

Jadi tak payah laa aku yang berjiwa kacau sokmo ni tertanya-tanya..
Nak tanya kat ruangan komen tu kang..
Nampak sangat semangat kepochi aku tu..
Tak tanya.. nampak tak ambik berat pulak..

Lepas tu..
Dah berderet orang komen kat bawah..
Bukan nak dijawabnya pulak tuh..
Senyap je..

Last2 tetiba esok kuar status lain..

TENGAH BERJIMBA DI PEKAN TG MALIM..

Abih apa citer katil hospital semalam tuh?

Bila ada org query balik (wah.. cam wat claim pulak)

BIAR LA MENJADI RAHSIA HIDUP AKU..

Kita pun..

Boleh jawab Ooo ye ke... OK..

Dalam hati?!!!

Wah.. panjang pulak edisi jiwa kacau duit tak dak aku ni..
Ntah2 aku pun pernah buat gak status camni :))

Akhir kata..

Itukan wall FB dia.. suka dia laa kan..
Kalau tak suka... UNFRIEND! :)
.
.
.

Sunday, January 20, 2013

King Of Drama



Drama ni berkisarkan tentang dunia belakang tabir pembuatan drama atau program TV..
Lebih kurang dramanya berkisar pasal Anthony Kim..
Seorang CEO syarikat penerbitan drama..
Dia ni sanggup buat apa sahaja untuk pastikan kejayaan diri dia..
Yang penting bagi dia..
Duit.. kemasyuran dan kejayaan..


Sampai la terjadi satu perkara malang..
Ada kematian semasa penggambaran...
Disebabkan nak masukkan iklan jus dari penaja dalam drama..
Perubahan dibuat dalam episod terakhir drama tersebut..
Menyebabkan drama tersebut lari schedule..

Untuk anta tape tersebut ke Seoul..
Dia upah seseorang untuk hantar ke sana dalam masa satu jam..
Sedangkan perjalanan biasa mengambil masa 3 jam..

On d way, penghantar tersebut kemalangan..
Anthony ambil semula tape dan teruskan perjalanan ke Seoul..
Yg penghantar tu mati la pulak..

Ini menyebabkan kejatuhan Anthony..
Rumors mula tersebar di Internet mengatakan dia yg bersalah dalam insiden tersebut..
Semua orang menunding kepada dia..

Akhirnya dia letak jawatan..
Dan tubuhkan syarikat sendiri..
Namun, tiada siapa yang mahu bekerja dengan dia..



Lepas 3 tahun.. dia makin teruk dan hampir bangkrap..
Satu hari.. masa jumpa bekas setiausaha lama dia..
Dia ternampak satu paper work..
Berkenaan projek drama yang akan difunding oleh seorang bangsa Jepun-Korea
Maka, dia pun ambik peluang ni untuk naikkan nama dia balik..


Ni heroin..
Dia seorang penulis skrip yang baru nak naik..
Dia la yang banyak bantu Anthony untuk naikkan balik syarikatnya..

Dia ada menulis satu skrip berkenaan zamana kolonial Jepun..
Skrip tesebut telah dipilih untuk didramakan..

Drama tu bertajuk Kyunsung Morning..


Ini pulak hero drama Kyunsung Morning..
Masalah dengan dia ni pulak..
Dia seorang yang ego.. perasan bagus... yang degil...

Cam sama je pulak Siwon ni berlakon drama kan..
Masa Oh My Lady pun..
Lebih kurang gini gak watak dia..

Akhir kata..
Kalau nak tahu berjaya ke tidak Anthony...

Meh la order ;)
.
.
.


Saturday, January 19, 2013

My Inche Jeman naik hangen... (entry panjang)


Masa Khaleef nak masuk sekolah hari tu..
Aku ada g KL Festival City..
Selain dari nak menyetelkan hal barang2 sekolah Kalep..
MIJ tukar lampu kereta baju hitam yg dah hazab sangat tu..

Apsal jauh sangat?

Dia dapat dari iklan kat mudah.my..

Aku mmg tak suka tunggu kat kedai..
So, aku bawak Khaleef pi jalan2 kat Festival City tu..

Sejam camtu, MIJ kata dah siap..
Dalam kereta on d way balik..
MIJ dah bising sket2..
Katanya penipu punya kedai..
Dalam iklan kemain lagi..
Sekali bila beli..
Beli set lampu sahaja.. RM500 tu..
Tanpa bulb..
Tanpa warranty..
Nak bulb kena tambah duit lain..
Jahanam pulak rm130.00 utk bulb sahaja..
Pastu masa cakap dalam phone..
Katanya upah RM50.00..
Bila dah kat kedai.. RM80 pulak..
Warranty.. kalau nak kena tambah RM50 pulak..

Tapi sebab lampu dah barai depa bukak..
Pasang jelah dengan redho...


Tup2... tak sampai sebulan..
Masa kitaorg balik dari Ipoh hari tu..
Lampu tak nyala... dah laa time tu dalam highway..
Terpaksa laa pakai lampu tinggi smpi rumah..

So, hari ni.. MIJ ajak aku pi balik kedai tu..
3-4 hari lepas dia dah cakap..
Aku punya laa risau sampai tak nyenyak tido malam..

Pada yang tak tahu..
MIJ kalau naik angin adalah sangat ngeri!!
Dia takkan teragak2 nak bertumbuk ke.. bergocoh ke..
Hari2 aku nasihatkan dia..
Redho jelah bie..
Aku siap nak kuarkan saving duit bahan bakar..
Nak kasi je kat dia.. tukar je lampu lain kat Tg Malim ni..

Tapi dia nak pergi jugak..
Sebab dah cek wiring kat kedai sini..
Katanya takde problem... lampu tu yang salah pasang katanya..

Maka.. hari ini.. bertolak laa kami semua ke KL..
Mula2 tu tengok kedai tu OK je..
Aku pun dah naik bosan..
Pastu aku tengok ada sorang lelaki melayu kat situ..
Dia tgh tgu kereta pasang tinted..
So, aku fikir ok laa kot.. tak nampak gaya nak bergocoh pun..

Aku pun bawak laaa bebudak ni pi main kat Festival City..


Dalam 30 minit gitu.. MIJ called... katanya dah siap..
Aku pun suh jelah dia naik atas.. sebab aku budget bebudak ni main sejam..

Igtkan semua dah OK laaa...

Rupanya.. dia nyaris bergaduh dengan Cina kedai tu..
Tak setel jugak..

Laki aku cakap camni..
Dia kornar camtu..

MIJ bukan nak lampu baru!!
Dia nak kedai tu SETEL kan masalah lampu tak nyala tuh..

Pastu dia kornar lak kata wiring yg ada tu utk lampu lama..
Bukan untuk lampu baru tu..
Kalau nak setel.. tambah RM250.00..
Lagi laa member bengkek..
Apsal masa tukar hari tu tak buat je wiring baru..
Memang laa sepatutnya lain lampu.. lain wiring..

Hari tu dah kena kelepet 200 lebih..
Ni nak kena lagi RM250.00..
Apa kejadah iklan dalam mudah yang tulis..

KEDAI INI TAK SAMA DENGAN KEDAI LAIN..
KEDAI LAIN LETAK MURAH TAPI TAK BOLEH PASANG KAT LUAR..
CAJ W/SHIP MAHAL
INI KEDAI OFFER BETUL-BETUL MURAH..

Kepala dia!!!

Kalau ditotal balik..
RM500 (set) + RM130 (bulb) + RM80m(upah) + RM50 (warranty) + RM250 (wiring)

VAVI dia kedai offer betul-betul murah!!

Tapikan... garang2 aku ni..
Kalau aku berhadapan dengan masalah ini..
Aku akan ambik jalan mudah..
Aku marah-marah-marah...
Pastu aku undur kereta..
Pi kedai lain dah beli yang baru!!

MIJ lain pulak..
Dia akan bertahan smpi dapat apa yang dia nak..
Dia siap cakap kat Cina tu..

SAYA TAKKAN BAWAK KETE KELUAR DARI KEDAI NI SELAGI U TAK CARI JALAN MACAMANA MAU SETEL INI MASALAH..

Yang dia bengang..
Cina tu cam nak lepas tangan pulak..
Pastu last2 dah abih cara... dia cakap pulak..

LAMPU NI ROSAK!!

Senang je dia..
Dah laki aku takmo tukar wiring..
Dia kornar lak kata lampu rosak..
Hari tukan laki aku tak ambik warranty RM50.00 tu..
Apa kejadah beli barang.. pastu utk warranty kena tambah duit pulak..

Last2..
Cina bebal tu panggil pomen lain pulak..
Cek-cek.. dia punya penyelesaian tanpa tukar wiring..
Ialah tukar lampu high beam jadi lampu biasa...
Baru laa laki aku puas hati..
Tapi.. MIJ citer..
Dia nyaris dah nak angkat tangan kat Cina bebal tu..
Nak2 masa dia cakap..

KALAU SAYA BUAT TINTED, TIBA2 MOTOR TINGKAP ROSAK, TAKKAN SAYA MAU TANGGUNG JUGAK..

Laki aku pun..

SAYA CITER PASAL LAMPU.. LU APA HAL CITE PASAL TINGKAP!!

Nasib baik laa aku dah bawak budak2 ni pi tempat lain..
(tkmo depa tgk Papa dalam mode lain dari biasa)
Aku pernah dah tgk MIJ naik angin dulu..
Pasal kete jugak..
So, aku mmg tak nak tengok lagi..
Sebab dia mmg garang!!!!
Orang berperwatakkan lembut & soft spoken cam dia..
Sesekali naik hantu.. mmg sukar diramal apa yg akan jadi..

Kesimpulannya..

Berhati2 laa dengan iklan kat internet..
Memang banyak yang indah khabar dari rupa..

Kat mana kedai tu?

Ada laa sederet dengan Festival City tu..
.
.
.




Friday, January 18, 2013

The Strongest K-Pop Survival

Berlambak wei drama nak review..
Master dah siap, tapi takde masa nak tgk..

Apa pun..

Ramai yang request drama ni..
Asalnya tayang kat cable TV di Korea..
Rasanya tahun lepas ada tayang drama ni kat 8TV..
Tapi dalam mandarin ler kot..
Aku mmg tak pernah tengok 8TV nih..


Drama muda mudi..
Genre musical romance drama..

Lebih kurang drama ni pasal satu music company..
Buat audition untuk cari ahli idol group yang baru..
Bagi menggantikan ahli2 lama yg dah cukup umur..

8 orang yang terpilih..
Depa kena lalui pelbagai ujian.. latihan..
Dan akhirnya hanya ada 4 orang sahaja yang akan terpilih..



Ni heroin..
Dia ni asalnya pelajar classical music kat England..
Oleh kerana dia failed ujian..
Maka, dia lari balik Korea tanpa pengetahuan ibu bapa dia..

Di Korea dia tinggal kat rumah kawan dia..


Kawan dia ni pulak..
Nak sangat masuk audition untuk jadi ahli M2 Junior..
Malangnya.. masa saringan yang pertama dia terkeluar..

Tiba-tiba ada pulak audition kali kedua..
Atas desakan peminat M2..
Mereka mahukan pemilihan dilakukan sendiri oleh peminat..

Masa audition kedua ni...
Heroin pun masuk jugak..
Takde orang tahu dia perempuan.. semua igtkan dia lelaki..
Tujuan asal dia masuk adalah untuk temankan kawan baik dia tu..
Supaya kawan dia kurang panik dan tak buat silap cam masa audition kali pertama..


Ni la kawan baik heroin..
Akhirnya depa 2-2 terpilih dalam audition kali kedua..
Bersama dengan 2 orang lagi..
Dan disatukan dengan 4 orang lagi yg berjaya di audition pertama..

Nak jadi cerita..
Pengarah Sunny Entertainment yang depa dok audition tu..
Adalah pakcik kepada heroin..

Mula2 dia tak bagi heroin turut serta sbb takut ayah heroin marah..
Tapi, last2 makan pujuk juga..
Dia benarkan heroin sertai syarikat tersebut sebagai trainee..
Dengan syarat, kalau dia tersingkir..
Dia perlu segera kembali ke England..



Ni hero..
Cam biasa tengok tak muka dia?

Ini laa ADIK Park Yoo Chun (ex-DBSK)..
Ala.. hero Rooftop Prince tu..
Ini bukan laa drama pertama dia..
Sebelum2 ni dia dah ada berlakon dalam 2-3 drama..

Hero ni pulak..
Adalah leader kumpulan M2 yang bakal graduate dari M2..
Sebelum kat audition ni..
Dia ada la 1-2 kali terserempak dengan heroin..
Tiap kali terserempak, cam2 hal jadi..
Dia salah sangka jugak.. igtkan heroin ni lelaki..

Hero ni.. dalam M2.. dia laa paling banyak peminat..
Tapi sebenarnya.. dia ni bermuka-muka je..
Belakang peminat, perangai dia buruk :))

Bila heroin masuk Sunny E! sebagai trainee..
Apa lagi.. dia pun ambik peluang untuk buli heroin..


Ramai giler jantans cute mute dalam nih..
Jangan tanya ini sapa.. ini sapa..
Aku tengok muka sama je lebih kurang..

Ada special appearance oleh MBLAQ..
Oh my MIR....



Tak ingat kat episod berapa heroin ni kantoi...
Tapi biasa laa kan..
Dari benci, last2 jatuh cinta depa nih..

Macamana depa ni boleh jatuh cinta?
Camne kantoi?
Berjaya tak heroin ngn kawan dia survive smpi hujung K-Pop Survival ni?

Kena laa tengok sendiri ;)
.
.
.



Thursday, January 17, 2013

Adik pulak tak sihat..


Depa berdua ni memang ala2 lari berganti-ganti..
Kalau abang sakit minggu ni..
Adik sambung pulak minggu depan..

Tapi kali ni mami sangat penat..
Sebab Hasya asyik meragam..
Sedangkan tak sakit pun meragam..
Inikan pulak sakit..

Tak pasti laa kenapa..
Tapi sejak balik kursus kat PD 4 hari 3 malam hari tu..
Dia terus jadi "peragam" punya budak..

Lepas tu abang pulak pindah umah nenek..
Lagi laa bertambah teruk..
Menangis sampai tak boleh nak pujuk lansung..
Pastu takde apa hal penting pun yang buat dia nak melalak tu..

Kadang2 hilang gak sabor aku ni..
Aku tengking pulak budak tak tau apa2 nih..
Lagi laa dia meraung!!

Eeeee.. stress tau..
Dah laa kat opis kerja tak abih2..
Balik rumah.. sambung keje rumah yang makin menimbun..
Hadap pulak budak yang meragam ni..

Pujuk hati sendiri dengan sepotong ayat..

"TAK LAMA LAGI DIA BESAR MASUK SEKOLAH.. ABIH DAH LAA MERAGAM TU"

Kot ye :))

Kot dia jadi follower Abang Atayap..
Masak laa mami.. :)
.
.
.

Tuesday, January 15, 2013

Mari tambah saham..


Assalamualaikum pembaca dan kawan-kawan FB saya yang disayangi..

Di sini..

Dengan penuh rendah diri, saya ingin mengajak kawan-kawan semua menyumbangkan apa adanya pada Anak-anak yatim dan Anak-anak Pelarian Rohingya..



Ada sekumpulan sukarelawan..
Yang mengumpulkan dana untuk beri makan sedap2 pada budak2 ni..
Depa ni ramai..
Kanak2 nyer sahaja ada 160 orang..

So, untuk beri makan seorang..
Lebih kurang RM3.40 diperlukan..

Jumaat ini, iaitu lusa ada pemberian makanan..

So, kalau anda tak boleh nak sumbang ratusan ringgit..
Boleh sumbang puluhan ringgit..
Kalau tak dapat jugak.. sumbang laa ringgit-ringgit..
Tak dapat jugak.. sumbang laaa sen-sen pun diterima..

Kalau 100 orang sumbang 50 sen pun..
Dah dapat RM50.00 :)


Cima ni.. ramai kenal dah kot..
Kalau korang hardcore pendiet cam akak (LAH SANGATTT)
Mesti kenal Cima..

Bagi yang tak kenal takpe..
Dia adalah orang yang boleh dipercayai..

Untuk no. acc dia.. boleh PM dia..
Atau PM aku pun takpe.. nnt aku bagi..

NI CADANGAN... 

Apa kata, masing2 log in ke acc bank masing-masing..
Tengok bape jumlah duit yang ada..

Contoh ada

RM125.34...

Apa kata, dermakan yang RM25.00

Kalau biarkan pun.. bukan boleh bawak kuar pun RM20.00 kat ATM Machine ;)

Cadangan je nih..

Dermalah seikhlas hati anda :)

TAK DAPAT BAGI DUIT, TOLONG SHARE KAT FB PUN DAH OK :)

Dari Hakim bin Hizam r.a katanya: 

”Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya.” (al-Bukhari)
.
.
.

Setia Hujung Nyawa


Susah payah aku dapatkan buku ni tau..
Ikutkan prosedur nye senang je..
Order online.. bayar.. tunggu..

Namun,

Tunggu punya tunggu.. punya tunggu...
Tak gak sampai-sampai..

Last2 semlm kebetulan g Shah Alam..
Aku terus g seksyen 15..
Cadang memula tu nak beli je yg baru..
Kalau yg online tu smpi.. aku nak let go jer..

Sekali tengok.. kat kaunter.. depa tengah susun order..
Aku cuba nasib tanya order aku dah anta ke?
Rupanya memang belum..
Ada atas meja tu dah berbungkus tapi belum pos..
10 hari dah tu...
Maka, aku ambik laa buku ni by hand..
Rugi laa postage cost RM7 yg aku dah bayar...

Balik-balik terus baca...


Pada pendapat aku..
Lebih syok tgk kat tv dari membaca novel..
Jalan citer lebih kurang sama..
Tapi jalan citer drama lebih banyak pengisian dari novel..

Maybe sebab ini kali pertama..
Aku beli novel selepas drama dah main kat tv..
Selalunya aku baca dulu..


Banyak gak scene yang lain dari novel..
Dalam novel.. Hady tu takde laa jahat cam kat tv..
Lepas tu rasanya Iqram tak muncul dah smpi sudah..
Eriza tu lak muncul dekat2 nak last..
Scene kasut tertukar tu.. dalam novel takde..


Oklah tu.. jalan citernya di tokok tambah jadi lagi best..
Cam ada beberapa novel yg jadi drama..
Tokok tambah smpi naik bosan la pulak :)

Satu je aku tak puas hati dengan novel ni..
Bukan laa tak puas hati camne..
Cuma rasa cam penulis malas nak fikir panjang pasal nama..

Heroin dah Ersalina...
Kang tetiba muncul Erema..
Pastu Eriza..

Bukan adik beradik pun... kenal pun tidak :))


Yang tanya pasal bahan bakar...

ADA :)

Tapi yg ada ni avi low quality..
Takde laa low sangat..
Masih boleh tengok senyuman Zain Minho dengan jelas :)

Gambor cantik...
Dalam proses menyedut...

.
.
.