Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Thursday, February 28, 2013

Pretty Boy Next Door


Suka drama ni... :)
Jalan citer biasa-biasa je..
Tapi.. semua cute-cute belaka..


Park Shin Hye jadi heroin...
Dalam drama ni dia adalah seorang yg suka lone ranger..
Sangat jarang keluar rumah..
Dia lebih senang duduk dalam rumah sorang-sorang..
Keje dia sebagai editor freelance, memudahkan dia dok umah sorang2..

Dia ni ada kisah silam yang menyebabkan perangai dia jadi camni..
Dia paling takut jumpa orang..
Masa sekolah dia pernah dibuli oleh kawan baik dia sndr..



Berdepan dengan tingkap rumah dia..
Adalah rumah seorang doktor muda yang hensem...
Dia minat sangat doktor nih..
Oleh kerana dia ada masalah takut jumpa orang..
Maka, dia mengintai kegiatan harian doktor ni..
Guna teropong..
Itu laa keje dia sebaik sahaja bangun tido..
Sampai laa ke malam..
Doktor ni sikit pun tak perasan yang dia kena hendap..

Sayangnya.. si hensem banget ni..
Tak banyak scene & dialog pun..
Harap2 nnt ada drama yang ambik dia jadi hero..



Tiba-tiba muncul hero..
Dia merupakan adik sepupu doktor tersebut..
Asalnya dia ni duduk Spain..
Tapi sebab dia ada misi..
Nak jodohkan kawan baik dia dengan sepupu dia..
Maka, dia balik Korea..

Baru hari pertama dia duduk dengan sepupu hensem dia tu..
Dia dah perasan yang heroin selalu mengendap rumah tu..

Apa lagi.. dia pun jerkah laa heroin..
Tapi lama-lama dia jadi berbaik pulak dengan heroin..
Dan berjaya bawak heroin keluar dari rumah..



Yang ni pulak.. jiran heroin..
Rumah depa sebelah betul2...
Depa dua ni kerja sebagai pereka webtoon..
Kartun dalam web..

Yang kanan tu.. lebih kurang 2nd hero laa...
Lepas webtoon "Zombie Soccer" ditolak..
Kerana dikatakan memplagiat video games yang dicipta oleh hero..
Secara spontan dia dalam idea untuk buat webtoon..
Dengan tajuk Pretty Boy Next Door..
Mengambil ilham dari heroin yang duduk rumah tak keluar-keluar..
Dan hubungan dia dengan jiran-jiran lelaki yang jambu-jambu :)

2nd hero ni suka dekat heroin..
Dari hari pertama dia pindah masuk..
Tapi sebab peel heroin yang suka memencil diri..
Dia takut nak confess perasaan dia tu..



Yang kiri pakai baju hijau tu orang Jepun..
Dia pindah ke Korea untuk belajar masak..
Dia pun jiran heroin jugak..


Aku tak tau lagi camne depa 2 ni boleh bercinta..
Belum sampai ke situ lagi..
Aku baru tengok sampai episod 5..

Lebih kurang.. heroin ni dapat tugasan untuk tulis biografi hero..
Hero nikan orang yang femes jugak..
Oleh sebab dia dah kena halau dari umah sepupu dia..
Maka hero pun menumpang laa kat umah heroin..

Kalau kome pun nak tau apa lagi selanjutnya....

Apa lagi!!
.
.
.




Tuesday, February 26, 2013

Si Kenit dan IC Mami...


Jenuh aku dikerjakan budak kenit ni tau...
Dah laa dari awal... dia bukanlah Orang Kena Tuduh..
Membuatkan kerja-kerja mencari menjadi sukar..

Handbag sampai 5 kali bongkar..
1st time aku sedar IC takde tu kat bank..
Dalam bank tu jugak aku terbalik kuangkan handbag tuh..

Pastu smpi umah mak aku bongkar balik..
Tak jumpa jugak..

Pastu selongkar kereta pulak..
Kot2 laa jatuh..

Asal citernya..
Kat Petrosains.. masa nak beli tiket..
Kena tunjuk IC.. MIJ yang pi beli..
Aku bagi kat dia..
Masa dia bagi balik IC tu..
Ada laa pekerja Petrosains tu dok ngusik Hasya..
Dengan satu ular mainan yang dia masukkan tangan dalam tu..
So, ular tu bergerak cam ular betul..

Anak aku apa lagi..
Menggelinyar laa takut!!
Aku tengah dukung dia..
Tak sempat cari purse.. aku sumbat je masuk handbag...

MIJ sampai umah balik keje semlm..
Kereta dia lak aku kerabat cari..
Kot2 laa kan..

Lama-lama sendiri pun dah penat..
Sendiri cakap kat MIJ..

MAMI REDHO DAH.. MEMANG TAKDE REZEKI LA DUIT DVD HARI NI.. DAPAT LEBIH KURANG RM100.00... ESOK NAK PI PERABIH RM100 KAT JPN...

MIJ pun cakap..

Udah laa cari tu..
Nanti Papa bagi separuh... :)


Maka tido laa dengan penuh kerisauan..
Aku bukan risau nak pilihanraya ni..
Aku risau pasal ada nak pergi Sabah bulan depan..
Camne nak pergi kalau takde IC..

Malam tadi tido..
Aku mimpi IC aku ada..
IC tersebut sedang menutup lubang meja..
Meja tu cam meja sekolah... kaler biru tuh..

Bangun2 tu.. aku terus cek FB..
Sebab nak tengok.. kerani aku dulu yg skang ni keje JPN..
Dah balas lum mesej aku..
Nak tau bape lama IC boleh siap..

Lagi menambah risau..
Katanya tak leh siap dalam masa 30 hari..
Lagi kena report polis utk keselamatan..
Pastu denda tu atas budi bicara pegawai kaunter..

Tiba2 Hasya bangun seret beg sekolah dia..
Cam dapat cahaya kebenaran lak aku rasa bila tengok beg dia..
Sebab dia pernah simpan kunci rumah... kunci kereta..
Inhaler abang dia.. minyak Yu Yee.. handphone Papa..

Dan...

Memang IC aku cantik dok ada dalam beg sekolah dia..

-TAMAT-

:)

The Great Seer


Mmmm...
Boleh laa aku terlupa nak review drama ni..
Padahal awal minggu lepas dah available :)

Drama ni agak panjang...
35 episod.. kat Korea dah habis..
Kat Cenel 393.. tengah main lagi..


Drama ni lebih kurang pasal nak jatuhkan kerajaan Goryeo..
Dan menaikkan kerajaan Joseon...

Kejatuhan kuasa ini dibuat dengan mengambil kira ramalan peramal..
Peramal ni lah yang dipanggil SEER..
Kiranya peramal ni boleh tengok apa yg berlaku sebelum..
Dan apa yang berlaku pada masa depan..

Drama ni gabungan aktor dengan aktress..
Semua yang hebat-hebat..
Yang dah lama berlakon.. lebih kurang A list gak ler kat Korea nun..

Dalam zaman-zaman ni..
Orang besar ke.. raja ke..
Memang sangat percaya dengan ramalan-ramalan nih..
Cam Feng Shui tu laa lebih kurang..

The Great Seer.. tentulah hero..
Dalam2 tu hero ni tengah cari mak dia..
Yang heroin pulak.. aku rasa awal2 citer ni dia menyamar jadi lelaki..
Tengah2 tu baru laa jadi pompuan..





Aku nak citer panjang pun..
Aku lum tengok lagi citer ni..
Tengah dok hadap Arang tak habis2 lagi..

Ada kata best..
Ada kata biasa-biasa je..

Namun.. nak tau.. kena laa sendiri tengok :)
.
.
.

Monday, February 25, 2013

Dari Tanjung Malim ke KLCC


Aku nak cerita pasal pergi jalan-jalan anak beranak..
Tetiba muncul lak tajuk sebegitu rupa..
Tajuk tersebut memang wujud dalam bentuk buku..
Aku dah beli pun buku ni..

Paling bestnya.. buku ni..
Memang orang Tg Malim yang tulis..
Ye.. orang Tg Malim yang berkerja di KLCC...

Dan.. review yang boleh ditulis..

BUKU INI MEMANG BEST :)

Mana nak beli?
Korang google je.. jumpalah nanti..

Ok, berbalik pada kamiorang pergi jalan-jalan..


Bebudak  ni memang tak pernah sampai KLCC..
Sara je pernah pergi ikut rombongan sekolah..
Adalah kot sekali dua mai sini..
Tapi bukan tujuan pusing2..
Ada tujuan lain spt nak pergi ke pejabat insuran..
Tapi parking bawah KLCC..

Kiranya inilah kali pertama jalan-jalan kat sini..


Minah ni excited sampai malam tu tak tido..
Nasib baik laa tak tido tapi tak menangis..
Dia ngung ngang sorang je main dalam bilik..



Khaleef yang berkelakuan baik..
Mami ni kalau ikutkan hati..
Memang serik sangat nak bawa Khaleef ni ke mana-mana pun..
Ke kedai dekat dengan rumah pun tak mahu..

Perangai terebir dia ni makin lama makin menjadi..
G TF Value Mart yg 10 kali kecik dari Tesco tu pun..
3-4 kali hilang..

So, bagi dia down dulu 1 malam..
Dengan cakap kat dia.. mami tak mau bawak Khaleef..
Sebab nanti mami menyesal..
Pastu mami stress..
Pastu mami moody..
Pastu mami sakit jiwa..


Sampai laa.. dia sendiri cakap..

KALEP JANJI TAK BUAT PERANGAI..

Namun.. itu belum cukup..
Janji dia selalunya JANJI DICAPATI!!
Tak boleh percaya lansung..

Lalu..

MAMI TAK PERCAYA..
KALEP PILIH SATU HUKUMAN..
YANG MAMI BOLEH BUAT KALAU KALEP MUNGKIR JANJI..

Lama juga dia fikir..

MAMI BOLEH MARAH KALEP..

Ooo... itu tidak cukup..
Setakat marah.. kat umah ni pun ko asyik kena marah je..
Takde effect apa pun..

Dia fikir lagi..

OKLAH MAMI BOLEH TAMPAR KALEP...

OK!! yang ni mami setuju!!

MAMI TAK TUNGGU MASUK KERETA TAU..
BUAT JE PERANGAI..
MAMI TERUS SEPAK KAT SITU JUGAK!!


Menjadi wei!!!

Kalau tidak.. aku aci kerat jari..
Dalam Petrosains tu..
Confirm dia akan hilang 7-8 kali..
Pastu merajuk.. wat perangai..
Tak tau laa bape kali pulak..

Kali ni mmg aku lega sangat..

Maybe ada yang akan bagi pendapat..
Salah didikan aku ni..

Namun, dulu aku pernah tulis gak pasal ni..
Anak ngko.. anak aku.. TAK SAMA!!
Orang yang ada anak hyper je yang akan tau camne susahnya nak handle bebudak gini.. Memang kena main psikologi...

 
Si kenit ni...
Dia suka Kakak Sara dari Abang Kalep..
Maybe sebab abang dia suka buli dia kot :)

Kalau ada Sara.. memang dia happy..


Dia ni pulak yang wat hal..
Dalam Petrosains tu tak nak pegang.. tak nak dukung..
Lepas tu.. kalau dia jumpa satu2 benda yg dia suka..
Dia nak main yang tu je tak nak pi tempat lain..
Kalau bawak ke tempat lain..
Kita lepa je kejap dia hilang dah..
Mesti dia patah balik ke tempat tadi..

Huhuhu...

Sorang lagi Terebir In The Making...
.
.
.






ZUMB4...


Terbuka gak hati akak nak mereview Zumba ni..
Aku tau perkataan Zumba ni lama dah..
Dedulu ada ler sorang kakak ni selalu buat Zumba..

Pastu Jillian Michael memonopoli dunia workout..
Namun Zumba masih ada peminatnya tersendiri..

"Zumba is a popular fitness program inspired by Latin Dance. The word "Zumba" comes from a Colombian word that means to move fast and have fun, which is just how people describe the routine. Using upbeat Latin music together with cardiovascular exercise, Zumba is aerobic dancing that is lots of fun and easy to learn."

Set ni ada 4 keping dvd lain-lain tajuk..


Sebelum berzumba..
Wajib tgk Zumba Basics ni dulu..
Dalam ni akan diajar camne nak buat step belit2 tu..
Dari yang mudah.. hinggalah yang susah..

Pastu ada bonus.. 20 minit express Zumba..
Express pun.. akak sangap hokay nak ikut :)


Kemudian Zumba Cardio Party..
Lebih kurang 45 minit..
Aku agak laa kan..
Kalau hari2 buat Zumba Cardio ni..
Bontot korang boleh mantol mantop...

Lagu dalam ni memang fun..
Siap ada DJ... kalau hari2 buat..
Lama-lama boleh nyanyi sama-sama..



Zumba Sculpt ada peralatan tambahan..
Toning Sticks @ Maraca Sticks.. ringan je benda alah ni..
Yg tu khas untuk Zumba..
Tapi kalau kat Malaysia takde..
Boleh laa ganti dengan dumb bell yang kurus tu kot..
Aku beli kat Tesco dulu.. RM11.90 untuk 1kg each..

Scuplt ni tumpuannya banyak utk upper body..
Kena hati2 sket laa menghayun sticks ni kalau anda gantikan dengan dumb bell..
Kena pegang kuat2 sbb banyak step menghayun2..
Maybe anda akan rasa sakit lengan & tangan kalau pakai dumb bell..
Jadinya.. kalau rasa tak selesa.. tak payah laa pakai dumb bell..

So, be careful okay!!

"The** Zumba Fitness Sculpt & Tone Workout** is a fun, high energy one that makes use of the Zumba toning sticks. This workout is tough but fun. Just enjoy it and don't try to be perfect"




Yang ni panjang sket...
2-2 kat atas tu lebih kurang 45 minit je..
Yang ni ada 2 exercise..
Zumba Live.. cam concert laa pulak..
Siap ada real audiences yang buat sama2 Zumba nih..

Kemudian.. lepas abih Zumba Live tu..
Ada sambungan Zumba Flat Abs..
Menumpukan pada bahagian perut pulak..
Yang syoknya.. Zumba ni kurang menunduk ke bawah..
Dan lansung tkde baring2 atas lantai..
Kaki je banyak naik ke atas...



So, keempat-empat DVD ni didatangkan dalam bentuk set..

Mengenai kualiti gambar..
Diingatkan ye.. ini adalah salinan daripada internet..
So, paham-pahamlah ye ;)

.
.
.


Wednesday, February 20, 2013

B0dy Rev0luti0n - 9o Days Workout

Set ni ramai yang request dari last year..
Akhirnya dapat jugak..

B0dy Rev0luti0n - JM


Beli yang original..
Anda akan dapat 15 keping DVD..
Dengan satu Resistance Cable.
Dengan 4 buku..
Keahlian percuma selama 30 hari..
Pastu bookmark JM..
Seperti gambar yang tertera di atas :)

Harganya.. malam tadi aku tgk kat amaz0n.c0m..
Lepas diskaun ialah USD99.99..
Convert duit RM lebih kurang +- RM300.00..

Maka....

Hehehe sendiri faham dah ler :))


Benda-benda yang diperlukan untuk buat workout ni..
Benda asas stokin, kasut aerobik, tikar, dumb bell..
Dalam ni ada guna 3 berat dumb bell yang berbeza..
Pandai2 kome la cari..
Pastu Resistance Cable tu..
Bukan tali skipping tu tau..
Cable ni dia boleh meregang..
Pandai2 gak ler kome..
Nak kait getah cam getah Zero Point tu ke..
Nak order kat e-bay ke..


Kalau beli original set..
Anda dapat buku2 ni dalam bentuk BUKU..
Namun, i akan sediakan dalam bentuk pdf..
Siap ada tambahan lagi i hadiahkan :)

90-Day Journal tu takde..
So, pandai2 la buat journal sndr..
Bukan journal apa perasaan.. apa rasa badan..
Hehehe.. itu diari dalam hati ada taman..
Journal yg dimaksudkan oleh JM ni..
Adalah ukur lilit badan.. berat.. dan sekian2 la...

Cara guna DVD ini..
Terdapat dalam FITNESS GUIDE..
Dah siap dengan jadual..

Minggu yang pertama..
Kena buat 2 sesi 1 hari.. pagi dan malam..
Masuk minggu ke-2 sampai minggu ke-13..
1 workout je sehari.. dalam 30-45 minit setiapnya..

Ikut laa apa yang terdapat dalam jadual tersebut..
Tak payah memandai-mandai.. tak payah nak melebih-lebih..
Badan awak tu nak pakai lama :)

Pastu.. ikutkan.. dalam 90 hari ni..
Kena ikut MEAL PLAN yang telah diberikan..
Menu dia tu.. kalau yang buat Atkin's mungkin dia rasa tak sesuai..
Pandai2 korang laa sesuaikan..
Lagi pun makanan2 yang dia cadangkan tu..
Bukan senang nak cari kat Mesia ni..

Oleh kerana bahan bakar ini tidak dibuat dalam bentuk 15 keping..
Ikutkan kalau 15 keping.. (untung busat wooo)
Minggu depan Kak Zel boleh terus order Honda Hybrid sebiji :))
Namun, untuk menjimatkan kos kita bersama..
I gabung2 laa 15 keping ni menjadi 5 keping...
Berapa?? PM la tanya ;)


Aku dah tengok secara sambil lalu DVD ni..
Ada 3 Fasa..
Dalam e-book tu kang ada la diceritakan bagaimana..
Siap dengan keterangan lagi..

Seronoknya B0dy Rev0luti0n ni..
Tak banyak guna alat..
Tapi.. kalau untuk orang yang ada masalah lutut..
Kena hati-hati buat ni..
Buat sekadar mampu cukup..

Lepas tu.. BR ni tidak insane sangat..
Sapa-sapa pun boleh buat..
Sapa yang dah biasa dengan Insanity Workout..
Akan rasa BR ni mudah sket..


Pesanan untuk yang berminat...
Baca dulu label yang terdapat pada bahan bakar..
Baca dulu e-book yang dibekalkan..
Faham betul-betul step (dinasihatkan tengok dulu 1 round baru buat)

So, apa lagi?!! ;)
.
.
.


Tuesday, February 19, 2013

Anda tidak berjaya dalam urusan ini...


Keluar juga keputusan interview yg poyo hari tu..
Seperti yg diduga..
Memang tak dapat pun..

Elok jugak..

Kalau dapat..
Tak ke 3-4 malam tak boleh tido memikirkan masalah..

Putrajaya dengan Tg Malim bukannya dekat..
Hari2 nak ulang alik..
Minyak RM50.. Tol pi balik RM28.80..
Makan dalam RM15.00 sehari..
Sehari habis dekat RM100.00
Gaji F29 lebih kurang RM2K+
Keje 20 hari sebulan..
20 hari x RM100 sehari = 2K..
Maknanya gaji habis kat perjalanan je..

Nak suh MIJ pindah..
Sedangkan pindah dalam negeri.. dalam daerah..
Pun.. makan bertahun baru dapat tukar balik sini..
Ini pulak nak pindah antara negeri..
Mimpi laa dia nak dapat tukar..

Pastu kalau aku pindah dok KL..
Abih tu Hasya dengan Khaleef camne..
Mustahil aku nak bawa sama..
Khaleef dah sekolah..
Sapa nak uruskan dia pi balik sekolah..
Hasya.. tak boleh nak bayang dia dok taska..


Kalau tekan butang PENJELASAN tu..
Ini ler penjelasan SPA..
Memula aku ingat dia nak jelaskan kenapa anda tak dapat jawatan ini.. :)

Aku masuk dalam 1716 tu..
Berebut 70 kekosongan..
Kalau aku jadi org yg interview tu pun..
Aku pikir 800 kali..

Nak ambik  yang muda ke tua..
Nak ambik yang cantik ke buruk..
Nak ambik yang kurus ke gemuk..

Kah kah kah :))

Akhir kata..

Rezeki Allah SWT beri adalah seluas langit nan membiru..
Semoga ada rezeki yang lebih baik menanti di hari muka..
.
.
.

Wednesday, February 13, 2013

Setia Hujung Nyawa



Untuk yang menunggu-nunggu..
Dah tepek tu dah ada la maknanya.. :)


Untuk yang tak tau hujung pangkal..
Drama ni pasal 2 orang yang saling tak kenal..
Dijodohkan oleh keluarga..

Memula happy sangat sebab mula bercinta pas kahwin..
Sampai laa tragedi menimpa..
Isterinya keguguran..
Namun.. anak yang gugur tu bukan anak suami dia..


Bermula dari kes gugur tu..
Laki dia berubah 100%..
Dari seorang yang ceria.. suka mengusik.. penyayang..
Jadi pembengis.. pendera.. pemarah.. pendendam..

Dia tak nak lepaskan isteri dia..
Sebab dia masih sayang..
Tapi dia tak boleh tgk muka isteri dia..
Asyik rasa nak marah.. dan rasa tertipu..


Keadaan diburukkan lagi..
Bila mamat yg buat diheroin ni mengandung muncul semula..
Pengacau betul dia ni..


2 orang ni lagi..
Aku rasa sampai ke sudah tak taubat kot..
Ada je nak jadi kisahnya..

Si Hady batu api..
Si Eriza perasan lawa...


Setelah berbelas-belas episod dok gaduh..
Marah.. geram.. bengkek...
2-3 episod nak abih..
Depa pun berbaik semula..
Tapi lepas berbaik tu..
Mak mentua heroin lak wat hal..


Apa-apa pun..
Berakhir dengan Happy Ending :)




BR1M - bantuan laaa sangat..


Baru-baru ni Hajah call aku..
Dia suh isi BR1M tu..
Aku cakap ler.. mana layak..
Pastu dia bgtau.. kawan dia kata isi sorang je pendapatan..
Cikgu2 sekolah dia.. 2-2 bekerja ramai yang dapat..

Aku pun semangat ler nak isi..
Tahun lepas dah kena reject..
Mana tau tahun ni lepas..

Kawan aku.. sampai laki bini dapat..
Bini dia konon2 dok umah family..
Sara adik dia 2 orang yang masih sekolah..
So, dapat RM500.00

Laki dia pulak.. sara anak dan bini.. dapat RM500.00
Pastu ayah dia pulak..
Sara mak dan adik2 lain.. dapat lagi RM500.00

Pastu anak2 kawan mak aku..
Pakai kereta haibat2 belaka..
Tak jumpa laa yg iras2 Tora Terbang Merah aku tu..
Setiapnya dapat RM500.00..
Mak dia pun pulun gak RM500.00..

Aku pun isi laa jugak..
Smpi yang pendapatan..
Aku isi MIJ RM1500.00..
Aku punya pun RM1500.00..

Okay.. LEPAS!!!

Sampai tang nak hantar tu..
Ada ler pop up kat situ tulis..
Lebih kurang..

SEKIRANYA ANDA DIDAPATI MEMBERI MAKLUMAT PALSU..
ANDA BOLEH DIPENJARA... (aku lupa bape tahun)..

Terus panggil MIJ..

My Inche Jeman punya ayat berbisa...

"MAMI, JANGAN PASAL NAKKAN DUIT HARAM RM500.00 TU.. NANTI ALLAH BAGI MUSIBAH RM5000.00.."

Huhuhuhuhuhu..

MODE : INSAP!!!
.
.
.

Tuesday, February 12, 2013

Al-Fatihah..


Pagi ini, pakcik saya Khoriri bin Baharuddin telah pergi buat selama-lamanya..

Mohon pembaca LWC, rakan-rakan saya..
Hadiahkan Al-Fatihah buat Allahyarham..

Semoga rohnya dicucuri rahmat..

Al-Fatihah
.
.
.