Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Wednesday, March 27, 2013

Kak Zel tidak sihat..


Lebih kurang camni ler keadaan tekak aku..
Penuh dengan benda putih-putih tu...
Anak tekak dengan tonsil pulak bengkak merah..
Telan air.. cam telan pisau punya sakit..
Lagi laa memburukkan keadaan sebab kurang minum..
Nak abihkan satu botol kecik tu pun..
Sampai keluar air mata punya sakit...

Demam start malam Sabtu..
Tapi masa tu boleh makan lagi..
Boleh g pasar malam..

Ahad tu mmg tumbang lansung..
Tapi malam boleh lagi makan burger...

Masuk Isnin... lansung tak boleh makan apa dah..
Pagi-pagi.. kul 7.30 dah terpacak depan klinik kesihatan..
Tak tau laa apa jadi hari tu..
Nurse banyak takde...
MA tinggal sorang...
Doktor pun takde..
Pastu ramai pulak potong queue sebab depa lagi emergency..
Aku dapat no.5..
Menunggu dari kul 7.45 pagi smpi 9.30 pagi baru dapat jumpa MA..

Dia bagi antibiotik 1 jenis.. ubat batuk.. ubat demam..
Demam tak yah cakap laa..
Cek laa bila masa pun..
Atas 39 celcius sesaja..

Balik tu.. sebab terlalu pening..
Aku pi langgar pintu gate umah aku..
Pagar pun senget..
Lampu signal kete pecah..
Lantakkan.. masuk umah terus tido sampai petang..

Bangun tu.. lagi teruk jadinya..
Nak bukak mulut pun rasa bisa..

Aku pi lak klinik lain..
Kot2 laa ada penyelesaian lain pulak..
Malangnya klinik tu bagi ubat yg sebijik sama cam ubat klinik gomen..

Hari Selasa..
Tak tahan sangat dah menderita sorang..
Call mak aku.. dia datang dan bawak balik aku ke rumah dia..
Ulser putih2 tu makin banyak & makin sakit..
Air garam apa sumer dah tak lut..

Hari Rabu..
Sebab HQ call suh anta claim..
Menggagah gak laa masuk opis..
Time drive tu..
Aku rasa cam badan melayang2..
Telinga aku berdengung cam ada keretapi..
Tau dah.. badan dah hilang tenaga sbb tak makan.. tak minum...
Dalam tekak perit tu..
Aku koyakkan sebungkus biskut Oreo..
Aku makan dalam 5 keping sambil menitiskan airmata sbb sakit sangat time telan tu..
Lepas tu baru hilang bunyi keretapi dalam telinga tu..

Balik opis.. aku terus pi Klinik Sumi..
Dulu masa aku kecik..
Aku pernah kena gak benda ni sekali...
Makcik aku bawak pi klinik ni, kejap je OK..

Doktor bagi injection sedas kat bontot...
Katanya ada sedas lagi.. ambik hari nih..
Lepas kena sedas... balik tu demam kuat datang balik..
Mak aku jeram dengan ais ramas daun sireh..
Turun suhu tu.. tekak aku pun cam dah ok sket..
Dapat laa makan :)

Hari ni sihat sket dah..
Tapi suara lansung takde..
Harap2 sihat terus laa...
Banyak tul keje tertunggak nih..

TQ untuk kawan2 yang bagi doa.. lagi bagi tip-tip..
.
.
.


Thursday, March 14, 2013

Shaun-T Insan1ty

Kali ni aku nak review..
Shaun-T Insan1ty..

Ayat pertama aku nak tulis...

INI BUKAN WORKOUT UNTUK BEGINNER DAN INTERMEDIATE..

Ayat kedua..

BUKAN JUGA UNTUK GEMUK GEDEMPOL NAK KECIKKAN BADAN...

Ayat ketiga..

KALAU TAK TOUGH JANGAN CUBA...

Ayat keempat..

TAPI, KALAU NAK SIMPAN WAT KOLEKSI, TAKDE SALAHNYA ;)

Lebih kurang cam B0dy Rev0lution...
Ada banyak jenis workout..
Untuk dikerjakan dalam masa 60 hari...

Insanity adalah workout cardio-based total body conditioning program..
Antara the most intense workout ever...
This program takes total-body conditioning to an extreme level.
Insanity is the pinnacle of cardio training..


Pada pandangan aku yang menengok saja nih..
Insanity ni bukan untuk kuruskan badan..
Bukan untuk kurangkan berat..
Silap2 lepas buat, berat tambah naik..
Tapi.. inches akan berkurang..
Dan body curve akan lebih menarik..
Otot akan timbul.. lemak akan hilang..


Ko boleh lompat gitu?
Kalau boleh.. sila :)

Ada antara colleague si Shaun T ni...
Menangis masa buat ni tau..
Yang tumpas pun ada..

Tapi.. Shaun T ni banyak kali tekankan..
Kalau tak larat.. dah penat sangat..
Sila berhenti..

Perhatikan heart rate monitor betul-betul..
Supaya tak overdo dan akhirnya mudarat pada diri sendiri...


Kalau ada yang nak suami 6-pack..
Insanity ini adalah pilihan yang tepat..

Pastu sesuai juga untuk yang rajin masuk endurance contest...
Larian 10km ke atas sbb workout ni betul2 menggunakan stamina ke tahap maksimum..

Juga sesuai untuk yang dah bosan aerobik biasa-biasa..
Nak yang luar biasa.. jadi pilihlah ini..

Kat bawah ni ni jadual..
Tapi tak payah susah-susah laa nak salin ke hape..
Ada pdf nyer.. boleh di emel..
Siap dengan panduan apa bagai..



Shaun T Insanity Workout Schedule (Month One)

Week 1
  • Mon: Fit Test
  • Tue: Plyometric Cardio Circuit
  • Wed: Cardio Power & Resistance
  • Thu: Cardio Recovery
  • Fri: Pure Cardio
  • Sat: Plyometric Cardio Circuit
  • Sun: Rest
Week 2
  • Mon: Cardio Power & Resistance
  • Tue: Pure Cardio
  • Wed: Plyometric Cardio Circuit
  • Thu: Cardio Recovery
  • Fri: Cardio Power & Resistance
  • Sat: Pure Cardio & Cardio Abs
  • Sun: Rest
Week 3
  • Mon: Fit Test
  • Tue: Plyometric Cardio Circuit
  • Wed: Pure Cardio & Cardio Abs
  • Thu: Cardio Recovery
  • Fri: Cardio Power & Resistance
  • Sat: Plyometric Cardio Circuit
  • Sun: Rest
Week 4
  • Mon: Pure Cardio & Cardio Abs
  • Tue: Cardio Power & Resistance
  • Wed: Plyometric Cardio Circuit
  • Thu: Cardio Recovery
  • Fri: Pure Cardio & Cardio Abs
  • Sat: Plyometric Cardio Circuit
  • Sun: Rest
Recovery Week
  • Mon: Core Cardio & Balance
  • Tue: Core Cardio & Balance
  • Wed: Core Cardio & Balance
  • Thu: Core Cardio & Balance
  • Fri: Core Cardio & Balance
  • Sat: Core Cardio & Balance
  • Sun: Rest

Shaun T Insanity Workout Schedule (Month Two)

Week 5
  • Mon: Fit Test & MAX Interval Circuit
  • Tue: MAX Interval Plyo
  • Wed: MAX Cardio Conditioning
  • Thu: MAX Recovery
  • Fri: MAX Interval Circuit
  • Sat: Max Interval Plyo
  • Sun: Rest
Week 6
  • Mon: MAX Cardio Conditioning
  • Tue: MAX Interval Circuit
  • Wed: MAX Interval Plyo
  • Thu: MAX Recovery
  • Fri: MAX Cardio & Cardio Abs
  • Sat: Core Cardio & Balance
  • Sun: Off
Week 7
  • Mon: Fit Test & MAX Interval Circuit
  • Tue: MAX Interval Plyo
  • Wed: MAX Cardio & Cardio Abs
  • Thu: MAX Recovery
  • Fri: MAX Interval Circuit
  • Sat: Core Cardio & Balance
  • Sun: Off
Week 8
  • Mon: MAX Interval Plyo
  • Tue: MAX Cardio & Cardio Abs
  • Wed: MAX Interval Circuit
  • Thu: Core Cardio & Balance
  • Fri: MAX Interval Plyo
  • Sat: MAX Cardio & Cardio Abs
  • Sun: Rest


Ni antara yang berjaya complete 60 hari..
Perasankan... lebar badan tu takde laa berubah sangat..
Tapi geleber2 tu kurang...
Pastu shape lebih lawa..
Otot kat perut muncul..
Lengan lebih cantik..


Ramai yang compare insanity ni dengan P90X..
Ikutkan lama dah aku ada P90X tu..
Nanti kang bebila senang aku proses...

Ok..

Dah review ni..
Maknanya ada ler ;)
.
.
.

Wednesday, March 13, 2013

Mami VS Papa


.
.
.
.
.

Jeon Woo Chi


Genre Fantasy Action :)
 
Jeon Woo Chi yang membawa maksud The Taoist Wizard..
Sebelum ada tv series ni..
Ada gak filem dengan tajuk yang sama..
Tapi jalan ceritanya lain sket..

Jeon Woo Chi mengisahkan seorang pemuda..
Yang makan ekor Gumiho Fox Bead..
Belah2 Korea ni.. cerita tahyul depa..
Banyak berkisar tentang Gumiho ni..

Lepas makan tu.. dia dapat kuasa luar biasa..
Dengan kuasa ni ler dia jadi hero..


Ni ler hero yang dapat kuasa tu..
Kuasa black magic laa camtu..

Dia ni menyamar 2 watak..
Satu watak tu ala2 playboy..
Suka main perempuan..
Tapi sebenarnya hanya sebagai cover..
Supaya orang tak tahu tentang kuasa dia..

Dia ada misi untuk balas dendam..
Tapi dalam pada tu..
Secara tak sengaja.. walaupun dia rasa menyusahkan..
Dia selalu tolong orang dengan kuasa dia tu...

Lama-lama.. dari penduduk kampung nyampah kat dia..
Depa anggap dia macam hero..



Ni pulak heroin..
Dia ni seorang puteri..
Cucu kepada Hong Gil Dong..
Sapa pernah tengok drama Hong Gil Dong ni..
Tau laaa sapa dia..
Ala2 Robin Hood zaman Joseon laa kononnya..

Dia ni pulak cam terkena sumpahan orang jahat..

Hero  ni pulak ada kawan baik..
Kira 2nd hero laa..
Pak sedara dialah yang jahat tu..
Dia pun suka heroin..
Tapi tentu-tentu je heroin suka pada hero..
Jadinya dia khianat laa depa berdua ni..

Pakcik dia yang jahat tu..
Bercita-cita hendak menguasai Joseon..


Jeon Woo Chi is a classical novel of unknown origin dating to the Joseon era that tells the story of a free-wheeling, mischievous Jeon Woo Chi, who swallowed the gumiho’s fox bead, which gave him powers of Taoist magic. He uses those powers to save the poor, oppressed people and becomes a hero.

Cha Tae Hyun plays the Taoist wizard Jeon Woo chi and Uee plays the role of Hong Moo Yeon who is a princess, the granddaughter of Hong Gil Dong, and the love interest of Jeon Woo Chi. Meanwhile, Lee Hee Joon take the role of Kang Rim, who is Woo chi’s nemesis, the dark Taoist wizard and all-around scary mofo. (Dramabeans)
.
.
.


Sunday, March 10, 2013

Perkara yang perlu dipertimbangkan apabila membeli barang secara dalam talian


Aku tau ler tentang peribahasa..
CUSTOMER ALWAYS RIGHT :)

Aku pun merupakan pembeli dalam talian tegar juga..
Seminggu tak klik-klik..
Rasa cam serba tak kena hidup ni..
Nak jugak tu..
Walaupun sekadar sebuah novel..
Yang padahal kalau pi je kat Pustaka San Ming di pekan tu ada je jual..

Ok, berbalik pada tajuk..

Oleh kerana aku merupakan penjual juga..
Ada beberapa perkara yang nak diperjelaskan..
Sebab biz aku takde T&C..

Ini adalah menjurus kepada bahan bakar..

1- Jangan beranggapan bahasa seller sentiasa on9 24/7.. Ada kadang2 marah-marah kat aku sebab lambat respon order.. Kebanyakkan seller on9 ni.. berbiznes secara part time sahaja. Full time adalah Yang Menurut Perintah. So, bawa bersabar..

2- Boleh minta diskaun, tapi janganlah melampaui batas. Contoh, kebiasaannya bahan bakar ialah rm4 sekeping + postage. Untuk yang beli banyak.. kebiasaannya postage akan dicantas. Yang beli sikit, aku bagi gak ler barang 2-3 ringgit.. Namun, ada yang minta sampai cantas RM10. Bila tak beri, siap balas kat aku.. JANGAN LA BERKIRA SANGAT.. DVD TU SEKEPING, BAPE SEN JE.. yang ni balasan dia senang je.. BELILAH DVD SENDIRI TAK BERAPA SEN TU.. DOWNLOAD SENDIRI PASTU BAKAR SENDIRI..

3- Berkenaan bahan bakar berunsur exercise & workout. Tidak dinafikan, koleksi yang aku ada.. adalah yang terbaik. Ada yang harga asalnya adalah ratusan ringgit, dan korang boleh dapat dengan belas2 ringgit je. Berpandukan kepada harga yang murah tersebut, jangan expect bahan yg korang dapat siap ada interactive menu bagai. Itu sebab aku selalu pesan, dapat je tengok dulu.. catat timing dia camne.

4- Pastu berkenaan kualiti gambar.. memanglah yang aku torrent adalah kualiti HD. Namun setelah dicompress, dimerging, diconvert, disubtitlekan.. akan berlaku penurunan kualiti gambar. Lepas tu dalam kejadian buat master copy, 4-5 episod akan dimuatkan dalam sekeping dvd. Itu sebab ler agak kurang sket. Aku ada bagi pilihan, customer boleh ambik RAW version (HQ) atau AVI version (SD).

5- Balik pada workout tadi.. yang ni baru je jadi 2 minggu sudah. Kan aku ada buh review.. ada yang beranggapan aku sudah buat semua workout tersebut. Ada jugak yang ingat aku  ni certified trainer ke hape. Aku review berdasarkan apa yang ditengok sahaja.. Buat?!! NON HADO!! Oleh itu elakkan berkata kasar kepada aku seperti KALAU AWAK TAK PERNAH BUAT, KENAPA AWAK JUAL? Hello ladiessssssss... ko igt tauke Speedy Video tu buat ke semua dvd yang dia jual kat kedai dia tu. Aku dah bagi review sebagai panduan hidup. Lagi.. ko tak kenal ke GOOGLE tu hape?!!

6- Berkenaan pengeposan.. Sekali lagi diingatkan.. AKU TAKDE SAHAM DALAM P0S M4LAYSI4 BERH4D.. maka, posmen akan melayan parcel2 aku secara normal macam manusia biasa. Kalau aku pos sebelum pukul 2, maka parcel tersebut akan jalan pada hari yang sama. Kalau pos selepas itu, parcel akan berjalan pada keesokkan harinya. Janganlah dapat je tracking code, terus cek kat pos.com.my.. pastu sms aku bertalu2 kata nombor tu tak valid.. Sabor Yang.. track laa keesokkan hari nyer setelah parcel meninggalkan Pos Tg Malim ni ;)

7- Semasa buat order, elakkan soalan seperti KALAU SAYA BANK IN HARI INI, BOLEH TAK SAMPAI ESOK?. Sekali lagi.. P0s tu bukan aku yang punya.. Kalau aku punya.. korang setel payment je.. aku paksa dan2 tu jugak posmen pi anto by hand. Ini semua bergantung kepada kejadian Alam dan Manusia di P0s Malaysia..  Kalau nasib ada baik.. pos laju hari ini, esok sampai. Kalau bernasib buruk.. (nak2 kalau area Gombak).. Pos hari ni.. lusa tulat baru dapat.

8- Saya akan bertanggungjawab pada parcel yang hilang sebelum customer received. Cth seperti parcel yang kantoi pos ekpress. Selalunya akan dihantar ke bahagian surat mati. Maka, saya akan ganti DVD kamu FOC. TAPI, jika parcel sudah diterima oleh seseorang (nak2 kalau guna alamat pejabat), jika hilang tiada penggantian semula. Oleh itu, make sure kalau guna alamat pejabat, alert ler dengan kehadiran posmen di pejabat anda.

Cukuplah 8 perkara..
Kalau ada perkara berbangkit lagi aku tambah :)
.
.
.

Pink!!


Hari ni pergi sekolah dengan penuh moody..
Sebab mami cari botol air tak jumpa..
Jumpa botol air kaler PINK je..
Tu yang dia marah tuh..

Budak ni..
Selain pensel berpuluh2 batang tak tau mana po....
Pembaris tak pernah tak hilang..
Pemadam asyik tak jumpa je..
Buku teks pun dah ada yang hilang..
Botol air ler satu benda yang selalu MIA..

Sejak sekolah ni..
Ada dah kot 6 biji botol air..
Kejap2 tinggal kat sekolah..
Kejap2 tak ingat..
Pecah pun ada..

Semalam.. pi ler kedai RM2 Ria..
Takde laa pulak botol air yang sesuai..
Korek2 almari dapur..
Jumpa laa botol sponge bob pink ni..
Hasya ler punya tuh..

Sampai2 sekolah tadi dia sorok simpan dalam beg..
Nasib baik mami perasan..
Buatnya tumpah..
Tak abih jahanam semua buku dalam beg..

Suh dia pegang..

Ala mami.. nanti kawan2 ejek Kalep bawak botol air pompuan..

Takpe laa.. cakap Kalep pinjam Hasya punya..

Ala.. tak nak... nanti kena ejek..

OK CAMNI, SAPA EJEK.. KALEP CAKAP...
NENEK SAYA GURUBESAR..
NANTI SAYA BAGITAU NENEK..

Baru laaa senyum pi masuk kelas :)

Hehehehe...

Terpaksa guna pakai nama nenek..
Sian lak kalau dia tak bawak botol air..
Hari ni ada PJ...
.
.
.

Wednesday, March 6, 2013

Shaun-Ti H1P H0P ABS

Akhirnya... aku jumpa dah workout yang sesuai dengan aku..
The Biggest Loser series bosan..
Jillian Michael tak boleh nak buat..
Zumba terlalu laju untuk aku..
P90X pun tak boleh jugak..
Insanity.. jauh panggang..


Ni ler dia..
H1P H0P Abs..
2 hari aku mengkaji step-step dalam workout ni..
Kesimpulannya.. sangat sesuai untuk insan yang gedemps..

Stepnya mudah diikut dan jelas..
Kaki tidak menjadi tumpuan..
Maka, gerakkan kaki tidak rumit senang ikut..
Aku ni paling takut kaki..
Tersilap buat.. buruk padahnya.. nak2 lutut..

Fokus utama PERUT...
Tapi tak payah squad bebanyak..
Just cam menari hip hop tu..
Secara lansungnya memberi kesan kepada abdomen..

No crunch.. No sit up.. TQ


Yang bestnya..
Workout Shaun Ti ni ada buh timing sekali..
So, takde laa kita cam..
"BILA NAK HABIS NI?!!!"

Satu lagi yang best.. musicnya..
Nama pun hip hopkan..
Badan pun kena rimakan dengan lagu..
Baru feel...

Peringatan.. ada penggunaan dumb bell 1kg each..

DVD ni boleh dijadikan collection..
Rasa cam dah bosan dengan hard core workout..
Boleh tukar kepada yang lebih ringan :)


Ni jadual..
Macam Body Revolution gak..
Kena buat ikut jadual yang diberi..
Aku takde sertakan jadual ni..
So, kena ambik dari sini..

Namun.. walaupun ringan..
Ramai yang bagi testimoni..
Hip Hop Abs ni sangat berkesan..
Boleh hilang inches and lose weight jugak...

Lagi testimoni, boleh tengok video youtube di bawah...



“The Hip Hop Abs workout program is basically designed to target the abdomen and tone other areas of the body such as the arms, legs, thighs, and buttocks. There are no intense routines that users are required to follow, so if you’re expecting something like Insanity or P90X then you’ll be better off finding another program you can try. What you get is more like advanced aerobic classes and then some. The trainer, Shaun T, was in his own words overweight before he tried developing a program that can tone the abs without the crunches and sit ups.”
.
.
.

Tuesday, March 5, 2013

Jiwa Kacau edisi SMS



Alaaaaaa....

Alaalalalalalalalallaaaaaaaaaa......

Takde angin.. takde ribut...

Tetiba je!!!

Huwaaaaaaa.....

Terus hilang mood aku nak makan Pizza lagi petang ni...

Tau laaa duit dia..
Suka dia laaa kan nak beli apa pun..
Aku pun beli apa ikut suka aku..

Tapi... tapi.. tapi...

Benda paling mahal aku beli..
Adalah Laptop rege RM2.6K..
Dan Galaxy Tab 10.1  rege RM1.5K...

Harley Davidson ek..
Bape rege dia ek?
Mana lagi mahal dengan Toyota Vios?

Uwaaaaaaa......

Aku telek2 kat mudah.my tadi..
Bodo2 2nd hand dengan paras rupa baru kuar gua pun..
Nak 60K ke atas..

Ni tempah kat Naza Bikes...
Mau 80K-100K...

Uwaaaaaaa.....

Aku tau laa kan laki aku ni penjimat yang hamat...
Kasut keje dia.. tapak dah licin licau pun..
Sanggup tak beli..
Suar keje poket dah berbulu-bulu pun..
Boleh pakai lagi dengan alasan.. belah dalam.. sapa nmpk..

So, mesti laaa dia nak usaha dia berjimat cermat tu berbaloi...

Huwaaaaaaaa.....

Yang lagi penting...

Berkubur laaa hasrat aku nak suh MIJ tukar..

Tora Terbang jadi Viva Forever !!!!

Huhuhuhuhuhuhuu :(
.
.
.

Sunday, March 3, 2013

Rock Oooo.. Rimba Bara Kembali..


Setelah hampir 3 tahun tak pernah tengok wayang..
Kemunculan Rock Oo.. membuat aku dengan MIJ kembali ke pawagam :)

Meh aku review sket buah tangan Mamat Khalid yang terbaru nih..

Secara keseluruhannya..
Jalan citer agak longgar banding dengan ROCK..

Namun....

Adalah sangat berbaloi untuk pergi ke pawagam menonton filem ini..
Jangan tunggu masuk Astro First..
Atau tunggu torrent..
Atau paling buruk sekali.. tunggu kuar kat Youtube..

Korang takkan dapat feel yang sama..
Bila tengok filem ni kat wayang.. :)


Mula-mula aku igtkan..
Keseluruhan filem ni adalah berkenaan Amy Mat Piah..
Cam Rock yang lama.. memang menumpukan pada Zack..
Kali ni menumpukan khas pada Rimba Bara..

Si Amy ni..
Bila tau Zul Kapan dah tinggalkan Rimba Bara dan kembali pada Malaikat Maut..
Dia mula laa melobi si Jijoe.. nak jadi lead singer..

Mendengarkan Amy nyanyi lagu Teratai..
Aku igtkan dia dah improved ler suara A dia tu.. :)
Rupanya hampeh kelaut jugak..
Tapi dia masih semangat nak bersama Rimba Bara..


Oleh sebab Zack dah masuk keje jadi posmen..
Maka, tempat dia sebagai lead guitar diganti oleh Slash..
2 dari kiri...

Mula laa depa jamming balik..
Pastu muncul Cik Man..
Manager lama depa..
Menaburkan balik janji palsu untuk Rimba Bara berjaya di Kuala Lumpur..
Sekali lagi depa ke Kuala Lumpur mengejar cita-cita..
Sekali lagi jugak, kena kencing dengan Cik Man...


Kemudian depa balik semula ke Taiping..
Dalam terkapai-kapai mencari arah tuju..
Muncul kembali Zul Kapan..
Memusnahkan sekali lagi impian Amy Mat Piah..

Tapi..

Filem Rock Ooo yang ni..
Happy ending..


Lebih kurang filem ni..
Memaparkan realiti kehidupan artis rock pada zaman awal 80-an..
Zaman-zaman susah..
Kena tipu dengan manager.. kena kencing dengan promoter..
Takde duit.. masalah alkohol.. dadah...

Paling terbaik sekali..
OST Filem ni..

Cintamu Mekar Di Hati, Dari Kacamata & Sendiri (May), Meniti Titian Usang, Rozana & Pawana (Search), Ku Di Halaman Rindu (Lefthanded), Tika Dan Saat Ini (Medicine), Sejuta Wajah, Teratai (Sweet Charity), Untukmu Sayang (Febian), Misteri Mimpi Syakila & Intanku Kesepian (Wings), Srikandi Cintaku (Bloodshed) serta Suci Dalam Debu (Iklim)

Layan siottt.. rasa nak nyanyi sama-sama.... :)

Akhir kata..

Filem ni sangat berbaloi untuk ditonton..
Memang akan mengundang ketawa dan senyum..
Dari mula.. sampai habis..