Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Monday, April 29, 2013

Iris II


Selepas kecewa ingatkan Anthenna tu sambung Iris..
Akhirnya..
Betul2 keluar IRIS II...

Pelakon yang sama..
Si jahat Baek San tu je..
Yang lain2 muka baru..
Lebih macho..
Lebih handal..

Heroin..
Orang lama.. Lee Da Hae.. (heroin My Girl)


Secara asasnya.. masih pasal NSS (National Security Service) agent...
Nak siasat pasal kewujudan satu organisasi misteri..
Yang dikenali sebagai IRIS..
Ni kisah membawa dari Iris I..

Kisah pasal hero Iris yg mati dulu tu..
Dibongkar semula..

Hero.. belah kiri.. dia leader NSS..
Yang heroin pulak..
Dia ni juara menembak Olimpik..

Heroin ni kenal hero dah lama..
Depa ni membesar bersama.. dan dia ada hati pada hero..


Ingat tak si jahat yang pura-pura baik dalam Iris I..
Dalam Iris II pun dia ada lagi..
Masa nak transfer dia ni dari pusat tahanan..
Tetiba kenderaan yang dinaiki tu di hijack oleh orang2 Iris..
Dan si jahat ni dibawa lari..
Namun, masa dalam helikopter.. dia terjun masuk laut..
Banyak rahsia2 IRIS.. dia laa yang simpan..

Si jahat ada bongkarkan..
Yang akan berlaku satu tragedi di Hungary..
Maka hero pun di hantar ke Hungary..


Namun satu peristiwa yang berlaku di Hungary..
Mengubah kehidupan hero ni..
Tetiba dia diperangkap sebagai pemangsa..
Dan dia seolah dalam pelarian untuk mencari..
Siapa dalang yang sebenarnya..

Dah cam iras Iris dulu la pulak..

 

Drama ni masih lagi menggabungkan Korea Utara dengan Korea Selatan..
Padahal pelakonnya semua dari Seoul je pun :)

Banding dengan Iris yg lama..
Aku rasa Iris II ni lagi best..
Untuk yang tak tengok lagi Iris lama..
Aku masih ada simpan master copy kalau mahu..

Sinopsis IRIS I boleh klik SINI
.
.
.

Tuesday, April 23, 2013

Kota Kinabalu Part 8 - Pasar Kraftangan

Oleh kerana kamera aku dok tertinggal kat umah mak aku..
Maka gambor Pasar Kraf ni aku google je..
Lebih kurang laa dengan gambar2 yang aku snap..
 

Pasar ni letak area Pasar Besar tu jugak..
Sepanjang jalan Tun Fuad Stephen..
Kira jalan ni.. kalau tak pergi..
Umpama tak pergi laaa Kota Kinabalu..

Belakang pasar ni ada Pasar Filipina tu..
Sebelahnya Pasar Ikan Masin..
Sebelah lagi Pasar Besar..
Sebelah lagi ada waterfront..


Anak2 aku.. masuk2 dalam ni nampak gitar..
Kerabat laa sorang satu gitar..
Anak buah aku pun nak gitar jugak..
Semua laa bergitar..

Sabah kan terkenal dengan mutiara..
Namun kamiorang lansung tidak berminat..
Tapi mak aku ada laa beli sket2 wat sourvenir..
Aku lansung tak beli..
Lagipun adik ipar aku baru balik dari Sabah gak..
Dia dah beli buah tangan mutiara ni..
So, takkan aku nak beli jugak yang sama :)


Harga.. ikut pattern..
Cam brooch dalam kotak tu..
Ada 12 ketui dalam tu..
Harga biasa depa jual sekotak tu RM60.00

Tapi.. kalau Hajah Norlia yang beli..
Dia dapat jauh murah dari tu..
Skill dia mmg tiada tandingan hokay :)


Kalau korang nak wat kraf...
Ada banyak yang dijual dalam bentuk panjang2 gini..
Rege.. takde pulak ler aku tanya..


Kalau fridge magnet..
Sini agak mahal..
1 ketui rm6..
Kalau beli 2 ketui rm10..

Mahal ler tu..
Masa aku pi Betnam..
Sedozen RM7.00 jer :)

Pi S'wak... 3 ketui RM10.00..



Key chain pun mahal jugak...
Tapi bentuknya lain dari negeri2 lain..
Berbaloi laa jugak kalau beli..
Namun, aku tak beli pun..

Adik ngn mak aku yang banyak beli souvenir..
Cikgu.. banyak ler kawan2 yang depa nak bagi..
Cam aku dok opis sorang2 ni..
Takde laa nak beli apa :)


Ni 1st time aku pi melancong..
Tak beli t-shirt I LOVE nih!!!

Mahal wei!!

Kalau kat semenanjung ni..
Saiz budak lebih kurang 2 helai RM10.00..
Kat Langkawi leh dapat 3 helai RM10.00..
Saiz dewasa biasanya sehelai RM10.00..

Tapi, kat sana..
Agak mahal sket..
Saiz budak RM16.00..
Saiz dewasa semua atas RM20.00...

Maka, takdelah beli..
.
.
.

Monday, April 22, 2013

Mami yang cuai....


Pagi ni tak anta abang g sekolah..
So, banyak laa masa bermalas2 sebelum g kerja..
Tepat jam 8.15 pagi..
Start enjin kereta..
Hasya dok main pasir kat lantai depan..
Pasal dia dah mandi..
Aku suh dia masuk kete siap2..
Sebagai langkah keselamatan..
Aku bukak pintu belakang..
Mana laaa tau kan... dia pi kunci pintu kereta..

Tengah sidai kain..
Tetiba aku dengar "PANG!"
Bunyi pintu kereta tertutup..

Aku cepat2 pi kat kereta nak buka balik..
Hasya dalam tu kemain teruja keseronokkan..
Terus pi tempat driver...
"TAP!" dia kunci central lock!!!!

Handbag aku dah buh dalam kereta..
Dalam tu la ada handphone..

Aku suh dia buka kunci..
Malangnya.. dia tak boleh..
Banyak kali suruh..
Lama2 dia bosan.. ambik tablet, tengok Upin..

Nasib baik lagi..
Kunci rumah dok sangkut kat pintu gate..
Kalau itu pun dok dalam kereta..
Memang nahas laaa cermin belakang aku pecahkan..

Masuk rumah..
Dekat 20 minit pulak memunggah cari kunci spare..
Kunci2 spare ni MIJ yg simpan..
Nak call.. hp lak dalam kete..
Telefon rumah tak tau mana pergi..

Nasib baik ler jumpa kat bilik MIJ merangkap post office malam..

Adoi..

Anak.. anak...
.
.
.

Kota Kinabalu Part 7 - Kundasang


Atas sket pada Kinabalu Park tu..
Sampai ler ke Pekan Kundasang..
Kat tepi-tepi jalan ada gerai buah2..
Makanan ringan..
Sayur-sayur..

Lebih kurang cam kat Cameron Highland..
Namun, harga kat sini sangat mahal..
Jajan depa paket kecik2.. jual 3 peket rm10.00..
Sedangkan kat KK..
Satu bungkus besar.. baru RM4.00

Buah2 pun mahal..
Adik aku beli sepeket strawberi kecik2..
Besar jari kelinking.. RM10.00..

Buah2 potong ada banyak..
MIJ hampir nak beli..
Tapi aku tak bagi..

Selalunya buah2 potong ni..
Adalah hasil dari buah2 yang rosak sikit..
Sebelahnya dibuang.. sebelah lagi dipotong dan dijual..
Rasa mesti dah luyak ler tuh..


Kat sini gak..
Anak aku si Khaleef jatuh terjerembab..
Habis lutut luka..

Sebelum turun kete tu dia gaduh sakan dengan aku..
Ntah hape2 perkataan dia guna..
Elok turun.. dia jalan dengan nenek..
Sekali nenek kata dia termasuk dalam plastik..
Terus jatuh...

Hehehehe..

Jangan ingat mak ko ni takde tulah..
Melawan aku lagi..



Ni Kundasang Dairy Farm..
Aku tak pergi pun..
Sebab dah penat sangat dengan kerenah bebudak nih..

Bukan sorang budak...
5 ORANG!!

Dengan depa membising dalam kete je pun dah buat lelah..

Ni sebagai tambahan jelah..
Sesapa yang pi Kundasang..
Jangan lupa singgah dairy farm ni..
Boleh tengok cara depa perah susu..
Cam ala2 kat New Zealand pulak :)



\

Ni satu lagi tempat tak pi..
Kundasang War Museum..
Kalau tengokkan gambar..
Memang lawa sesangat ler tempat nih..

So, sapa yang plan nak ke KK..
Jangan lupa pergi 2 tempat ni..
.
.
.

Sunday, April 21, 2013

Kota Kinabalu Part 6 - Kinabalu Park


Kalau tak bawak tablet yang ada GPS..
Memang akan sesat barat dalam Sabah ni..
Cam yang aku tulis sebelum ni..
Papan tanda kat sana.. short distance..

Kalau cam kat semenanjung ni..
Dari Tg Malim..
Dah ada signboard hala ke Bukit Kayu Hitam..

Kat sana.. papan tandanya ala2 10km - 20km ke hadapan..

Untuk ke Gunung Kinabalu..
Mula2 hala ke Tuaran dulu..
Sampai ler ke Tamparuli..
Dari Tamparuli.. Pastu hala ke Ranau..
Dah ada signboard tulis Kundasang..
Ikut jelah jalan tu.. nnt sampai Kinabalu Park dulu..
Pastu baru jumpa Kundasang...


Nak sampai kat tempat mendaki ni...
Jauh jugak perjalanannya..
Ramai yang jalan kaki dari bawah..
Menikmati pemandangan indah kehijauan..
Lagi udara yang sejuk sepoi-sepoi..
Hujan rintik2..

Tapi.. dengan Kak Zel..
Kalau boleh nak park kereta sebelah ambulan tu..


Langkah kiri pi sini..
Sebab pi musim hujan..
Tak nampak apa sebab kabus..
Takpe laaa..

Janji kalau orang tanya ko dah pi Gunung Kinabalu..

Jawabnya.. SUDAH.. KO HADE?!


Camni ler berkabusnya...
Sejuk tak terkata..
Nyaris takde salji je lagi..


Hasya muka dia memang lebam dan sembab sepanjang masa..
Sebab keje dia takde lain..
Melalak.. melalak.. melalak..
Menangis.. memerap.. merajuk...
Tu sebab muka jadi camtu..

Kalau tak pasal kabus tebal..
Belakang MIJ tu laa Gunung Kinabalu..


Dia ni pulak.. terlampau excited nak pi KK..
Malam tu gi umah nenek.. tak bawak selipar.. tak bawak kasut..
Nyaris naik flight pakai kasut sekolah..
Nasib baik jumpa kasut lama dia kat umah nenek..
Ntah zaman bila pula.. ketat sangat pun..
Tapi dah takde pilihan terpaksa laa pakai jugak..

Nasib baik sekali lagi..
Dalam flight..
Tetiba dengan setiap makanan yang diorder..
Dapat free gift..
Kami order 2 nasi ayam..
Dapat laa 2 selipar..
Dan.. saiz Khaleef lak tu :)


Atas ni banyak tupai jinak2..


Ni tempat orang nak mula mendaki..
Dan juga tempat ketibaan pendaki..
Kalau tengok ke tangga..
Depa kena turun dulu..
Smpi kat kaki gunung..
Baru start mendaki pulak..



MIJ ada cita-cita nak panjat Gunung Kinabalu..
Mungkin satu hari nanti boleh ler panjat..
Tapi bukan laa dengan bini sihat dia ni..
Maybe dengan Khaleef atau dengan adik-beradik dia..

Bini dia kalau terpitam kat atas tu..
Nak kena helikopter yang datang menyelamat :)
.
.
.

Monday, April 15, 2013

Kota Kinabalu Part 5 - Pasar Ahad


Ni baru pukul 6.45 pagi..
Terang cam kul 8.30 kat sini..
Pasar Ahad ni letak belakang Pasar Kraftangan..
Pagi Ahad meriah sket..
Kalau hari2 biasa ada orang jual sayur je..

Ikutkan nak merendek sampai Gaya Street..
Tapi pasal nak pi Kinabalu Park..
Tak sempat ler..


Baju coklat tu Hajah Norlia..
Belakang dia tu tokei rumpai laut..
Sapa nak bisnes.. leh mintak aku contact number dia :)

Kat sini rumpai laut murah gile..
Yang kaler putih tu sekilo dalam 6-7 hengget..
Yang merah AAA la sangat tu.. sekilo 10 hengget..
Mak aku beli yang merah tu 11 kilo..
Yang putih dia beli 3 kilo..
Tak sampai rm100 pun lepas kawtim.. :)

Mak aku mmg sangat terer hokay bab tawar2 ni..
Anak2 dia.. sorang pun tak turun skill dia..


Yang hijau2 tu spirulina..
Makan gitu je katanya..
Perah asam limau.. buh cili potong..

Aku tak try pun..
Geli tengok bintat2 tu..
Cam katak pulak..


Yang panjang2 tu rumpai laut gak..
Yang belum dikeringkan..
Lagi murah..
Selonggok tu RM2 jer :)


Ni ikan masin..
Ikan basah & seafood pun berlambak..

TIP

Kalau hari Ahad, tak payah pi beli kat Pasar Besar tu..
Harga kat tepi laut ni jauh lebih murah..
Dalam pasar tu lebih kurang harga semenanjung..
Murah sket jelah..

Kat tepi laut ni..
Ikan kembung gemuk2.. sekilo 3 ringgit..
Sotong fresh2.. sekilo 5 ringgit..
Lobster sekilo 10 ringgit..
Ketam besar-besar.. sekilo 12 ringgit..
Ikan kerapu potong.. sekilo 5 ringgit..

Mak aku membeli... cam nak duduk Sabah seminggu tau..
Cemuih laa kami makan seafood..
Sampai adik2 aku kata.. RINDU AYAM!!!


Yang putih2 sebelah kiri tu..
Tauhu!

Kat sana memang besar2 gabak gini..
Balik rumah potong sendiri..
Agaknya kat sana depa mmg suka makan tauhu kot..

Balik pasar ni laa aku terjumpa customer bahan bakar...
Hehehe..
Punya laa besar semenanjung..
Kat KK kami jumpa..

Tetiba ada org tegur..
"NI KAK ZEL KAN?"

Mak aiii.. terasa Fasha Sandha u ols... :))
.
.
.

Sunday, April 14, 2013

Queen Of Ambition / Yawang


Drama ni BEST!!!
Penuh dengan debaran.. sakit hati.. emosi terganggu :)

Berkisar pasal balas dendam.. konspirasi..
Kelicikan penipuan untuk mengaburi org lain..
Menyakitkan hati sesama sendiri..

Yang bestnya.. flow drama ni agak laju..
So, takde laa bosan..


Ni heroin teraju paling utama dalam drama ni..
Seorang yang  tamak haloba.. semua dia nak..
Ni pasalnya dulu masa kecik dia fakir miskin..

Kalau tengokkan awal drama..
Dia adalah First Lady kat Korea..
Tetiba.. tengah dia bagi ucapan..
Masuk sepasukan pendakwaraya untuk tangkap dia atas kesalahan rasuah..

Kat Korea mmg camni..
Pendakwaraya ada kuasa macam polis..
Depa boleh pergi tangkap orang yang bersalah...


Ni ketua pendakwaraya tu..
Hero laa kiranya..
Tapikan dia ni sebenarnya ada hubungan silam dengan heroin..
Dia adalah suami heroin..
Yang pada satu masa sanggup bersusah payah..
Demi nak bagi heroin belajar..

Sampai satu ketika..
Dia kena khianat dengan heroin..
Heroin lari tinggalkan dia dan anak..

Sebenarnya heroin ni ada terlibat dalam satu pembunuhan..
Hero tahu dan dia cuba bongkar kisah tu balik..


Depa ni kenal kat umah anak yatim..
Heroin ni mak pak dia mati bunuh diri sbb susah..
Satu hari ada ahli keluarga yang ambil heroin..
Sebelum berpisah, dia bagi hero sepasang dadu..

7 tahun lepas tu hero pergi Seoul untuk jumpa kawan dia..
Kat sana dia ikut kawan jadi pengutip hutang..
Satu hari dia pi satu rumah ni nak kutip hutang..
Sekali tu nampak cam ada benda berbungkus..
Dan ada sorang pompuan nangis kat situ..
Bila dia selak.. rupanya benda tu mayat mak heroin..
Pastu baru dia perasan yg pompuan tu adalah heroin..
Kawan lama dia masa kat umah anak yatim..

Lepas mak dia dah mati..
Heroin keje sebagai GRO..
Bila hero dapat tau.. dia suh benti dan dia jaga heroin..
Sampai laaa heroin tamat belajar kat universiti..

Tak semena-mena.. ayah tiri heroin yang jahat  muncul balik..
Time ni laa.. heroin pi bunuh ayah tiri dia..
Dan hero mengaku salah dan dipenjarakan..


Mamat ni laa batu loncatan heroin untuk mengubah nasib dia..
Ni anak kepada konglomerat paling berpengaruh di Korea..
Kebetulan dia berjaya kerja di syarikat tersebut..
Maka, heroin atur strategi supaya 2nd hero ni jatuh cinta pada dia..
Dan depa pun kahwin..
Mak 2nd hero lak mmg benci sangat dengan heroin nih..

Itu yang hero tambah bengang dengan heroin..
Masa 2nd hero ni ajak heroin pindah ke US dia ikut..
Pastu hero pulak yang kena tanggung kos dia kat sana..

Yang hujung sekali belah kiri..
2nd heroin.. dia suka sangat dengan hero..
Yang belah kanan.. itu laa mak 2nd hero..
Pasal dia layan heroin dengan buruk..
Lagi tambah tekad heroin untuk rampas kedudukan mak hero..

So, apa lagi selanjutnya..
Camne dia boleh jadi 1st Lady..
Apa jadi dengan anak yang dia tinggalkan dulu..
Kekal ke perkahwinan dia dengan 2nd hero tuh..
Bagaimana kejahatan dan kelicikkan dia akhirnya terbongkar..

Kena laa tengok sendiri ;)
.
.
.

Thursday, April 11, 2013

Kota Kinabalu Part 4 - Jambatan Tamparuli


Pak pak kang ku doh
Sumunsui doh jambatan
Jambatan doh Tamparuli
Bakasut tinggi oku

Ini ler dia Jambatan Tamparuli yang sebenar...
Hari tu aku ada post kat FB..
Tapi tu bukan.. tu jambatan di Tamparuli hala ke Kundasang..

Panjang wei jambatan gantung ni..
Gayat giler!!



Sebelah jambatan gantung tu..
Ada jambatan takde penghadang...
Untuk kenderaan menyeberang..
Tengok pun takut..

Mula2 MIJ berkeras nak menyeberang..
Katanya lepas tu laa Kundasang..
Nasib baik ler aku pakai GPS kat tablet..

Ini satu perkara yang penting..
Jalan kat Sabah ni..
Penanda arah jalan kurang..
Lepas tu ala2 short distance..
Cam dalam town KK tu..
Korang takkan jumpa satu pun papan tanda kata Gunung Kinabalu tu kat mana?

So, kalau ada GPS..
Boleh kurangkan tenaga untuk berhenti dan tanya orang..

  

Dari jalan besar KK - Kundasang ni..
Nanti ada satu bulatan..
Ada tulis ke kiri Tamparuli..
Tak jauh pun dari jalan besar tu..

Apa?!!

Kak Zel besar?

Pernah ke aku kecik?!!! :))



Kalau diseberang jambatan ni sampai hujung..
Belah sanun tu..
Ada pasar Tamparuli..
Boleh laa minum2 ke.. makan2 ke..

Kamiorang.. suku perjalanan pun tak sampai..

GAYAT!!



Sebelum ke Kundasang...
Menggedik nak pi tengok tempat Water Rafting ni..
Rupanya jauh..
Dah tu jalan cam nak pi Genting Highland..

Maka, patah ler balik dan meneruskan perjalanan ke Kundasang..
.
.
.