Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Wednesday, May 29, 2013

Dalam hati ada kemahuan.. Tapi takde jalan...


Dulu-dulu.. masa aku kecik-kecik..
Dalam umur 10 - 15 tahun..
Aku rajin wat baju Barbie Doll..
Tak payah pakai2 pattern.. Aku gunting dah jahit je..

Bila ada anak pompuan..
Tetiba muncul balik feeling nak menjahit baju anak..

MALANGNYA..

Semua bakat seciput aku masa kecik tu dah hilang..


Dress yang kat atas ni..
Member aku masa kat MRSM buat untuk girl dia..
Dia ni dulu kat sekolah..
Ala2 stok kasar gak ler..
Tu sebab leh ngam dengan aku..

NAMUN..

Lihatlah dia skang sangat terer menjahit..
Baju anak2 dia elok lelaki.. elok pompuan..
Dia yang jahit..

Tambah point lagi..
Dia terer wat crochet..
Topi la.. kasut la.. doll la..

AKAK JELES HOKAY!!


Ni lak..
Member yang ada anak lebih kecik dari Hasya..
Pastu ada boboboi 3 orang..
Boleh ambik upah menjahit dress lagi..

Aku pernah sekali wat baju cam kat atas tu..
Resultnya..
Hazab kelautan longkang..

Dok tergantung kat tepi lampu tanpa ada sesapa boleh pakai..

Tetiba masa hari wat dress tu..
Angin bodo aku menyinggah..

Ukur pinggang hasya 20cm.. aku gunting kain pun 20cm..
Ukur dada 22cm.. aku gunting kain pun 22cm..
Pastu confident giler rasa betul sangat..
Dah siap jahit..
Kepala Hasya pun tak muat masuk..
Badan lagi laa..


Mak aku bagi cadangan suh berguru..
Tapi..
Berguru dengan profesional..
Tentu dia akan hangin dengan kelembapan aku ni..
Diibaratkan..
Sekapal dengan makcik2 yang datang PID..
Nak buat akaun Facebook..
Tapi komputer tak pernah pegang..

Nak kena cari tok guru yang ajar dari macamana nak pegang mouse..
Kalau aku ni..
Nak kena ajar daripada macamana nak jahit lurus..
Menjahit pun bengkang bengkok!!!

Pastu kena belajar baca pola..

Lepas beli mesin jahit hari tu..
Berkobar2 nak wat diapers stacker..
Siap gunting manila card..

Malangnya.. bila dah potong2..
Arahannya..
Sambung hujung A ke hujung B..
Terus aku blur tahap 3 malam tak tido..

Maka, peruk pola bersama kain dalam plestik Mydin..
Campak masuk stor..

Jangan syorkan aku belajar dengan makcik Rehan..
Aku dengan dia.. kalau dah berjumpa..
5 hari 5 malam kitaorg leh sembang non stop..
Confirm hancus kelas menjahit laa sangat tu :))

Apa-apa pun..
La ni aku dok hadap Pinterest..
Dok tercari2 benda yang paling mudah aku nak buat..
Harap2 raya ni dapat laa buat 1 benda untuk Hasya..
Dapat skirt bodo takde ropol2 tu pun jadi laa :)
.
.
.

Nine Time Travels


Romantic fantasy..
Cam drama Faith..
Tapi yang ni.. hero ada 9 kali peluang..
Untuk balik ke zaman dahulu..
Bukan Joseon.. dari 2013.. balik ke 1992...

Produser drama ni adalah yang sama..
Buat drama Queen In-Hyeon's Man..



Park Sun-Woo  works as an anchorman at a TV broadcasting station.
Dia disenangi oleh semua orang..
Kawan, family, rakan sekerja..

Sampai laa satu hari tetiba dia sakit kepala
Masa bertugas kat Himalaya..
Bila pergi jumpa doktor..
Rupanya dia ada tumor otak..
Ada setahun lagi masa untuk dia hidup..


Masa dia wat tugasan kat Himalaya..
Ada sesuatu telah terjadi pada hero..
Yang membolehkan dia kembali ke zaman silam..
Sebanyak 9 kali..



Jo Yoon-hee plays Joo Min-young, a reporter who’s been on Sun-woo’s team for five years. They’re practically a couple, in that they’ve developed a comfortable co-dependent relationship, only Sun-woo keeps her at arm’s length, and never fully lets her in emotionally. It’s among the many things he comes to regret when he faces his death, and will use his time travels to fix his relationship with her.

Drama ni banyak kedepan..
Pastu kebelakang..
Tapi orangnya yang sama jugak...
Cam kelahiran semula..
Tapi masalah lama tu berkait2 sampai ke masa depan..

Tak boleh nak review panjang lebar..
Sebab aku belum tengok lagi drama ni..
Tapi dah siap proses..
So, sapa yang nak tu..
Cam biasalah..
.

.

Monday, May 27, 2013

Kedai Zaiton Pantai BNO

 

Tempat kamiorang minum petang..
Sebelum meneruskan perjalanan balik ke Tg Malim..

Atas cadangan ramai suh makan Mee Udang..
Maka aku ngn MIJ order mee tersebut..
Hasya makan laksa..
Pastu tambah kerang bakar..


Ni laksa..
Memang mintak kosong sbb Hasya yang makan..
Malangnya pedas.. so dia takmo makan..
Terpaksa mak dia makan..
Tapi tak boleh habiskan..
Tak berapa sedap..
Laksa aku masak 10 kali sedap dari yang ni...

Sejak aku terer masak laksa ni..
Selera aku agak cerewet dengan laksa beli..


Mee Udang Special Pantai BNO..
Rasanya ok laaa..
Tapi cam rasa Mee Rebus Mangga kat Tg Malim ni..
Cumanya ada udang..

Kalau banding ngn Mee Udang Kuala Sepetang..
Jauh ler sedapnya yang sana..
Kuahnya likat pekat..
Udangnya gemuk2..

MIJ suka makan yang ni...
Sebab selera dia memang selalu berlawan dengan aku :)



Nasib baik kamiorang ada pengopek kerang..
So, sambil layan mee udang..
Nanti budak tenit ni suapkan kerang bakar..

Kerang bakarnya fresh..
Cicah dengan sambal belacan..
Lain sketkan..
Kalau kat belah2 sini cicah sambal kicap..

Sekali tu nampak meja sebelah order udang goreng tepung..
Mak aiiii.. nampak menarik..
Malangnya kami dah kenyang..
Takpelah..
Next time..

Dalam bulan 10 pas raya kang..
Kena laa melawat balik Sg Air Tawar..
Leh laa try makanan lain pulak kat sini :)
.
.
.

Pantai BNO, Sabak Bernam






Tadi pagi mencurah-curah idea aku nak mengarang..
Tetiba banyak pulak keje..
Dah petang baru sempat nak hapdet..
Hilang dah apa benda nak tulis..

Pi pantai ni minggu lepas..
Aku kena lawat PID bawah zon aku kat Sg Air Tawar..
Hasya lak terpaksa hangkut sebab pagi tu dia ada check up kat Slim..
Malas pulak laa aku nak patah balik Tg Malim..
So, masuk Behrang terus ke Sabak..

Balik kul 5.00 petang tu..
Singgah laa Pantai BNO ni..
Best jugak ada tempat lepak2 camni...
Kat Tg Malim ni..
Semua dok hadap Tasik Embayu yg takde hape tu..

Pasal mee udang..
Entry lain pulak :)
.
.
.

Wednesday, May 22, 2013

Mee Hailam Pekan Parit


2-3 hari ni..
Keje aku OS jelah melawat PID dibawah jagaan aku..
Memula pi Langkap...
Time ni takde singgah makan pun..
Sebab kenyang lagi sarapan dari Tg Malim..

Tapi.. aku dah sound MIJ..
Kat Parit, susah cari kedai makan...
Aku dah kali ke-3 pergi Parit..

Sampai2.. 2-3 kali gak memusing Pekan Parit tu cari kedai makan..
Tak jumpa.. Jumpa medan selera je..
Jadilah pada takde..

Kat situ pun pusing 3-4 kali gak..
Jam baru pukul 1.00 tgh..
Ada 3 kedai yang sedia lauk pauk lunch..
Tapi semua dah tinggal dasar tray...
Lauk dah habis..


Sekali tu aku nampak kat satu gerai ni..
Semua orang makan mee yang sama...
Tgk gaya kemain sedap lagi..

Aku tarik tangan MIJ..
Ajak makan situ..

MIJ cakap.. takmolah Cina..
Aku lak..
Mana lak Cina.. Melayu laa tu..
Kalau Cina... apsal semua orang Melayu je yang makan..

Tak puas hati punya pasal..
Aku call Pengurus PID Parit..

"EEE.. JANGAN KAK, TU KEDAI CINA.. TAKDE SIJIL HALAL"

Punah harapan..


Memang Cina pun..
Tapi siyes..
Memang Melayu je banyak makan kat situ..
Cina takde satu meja pun..

Cam Pau Yik Mun..
Cina juga.. tapi ada sijil Halal..
Pastu pekerja kitchen dia semua Melayu..


Pastu baca lak komen2 kat FB aku..
Terus kembang tengkuk..
Rebus kura-kura laa..
Stok katak laa..

Padahal sebelum tu..
Nak meracun gak MIJ ajak makan..
Siap kata lagi..
Dulu masa saya kat BBGS..
Elok je makan Cina masak..
Cakap laa kat dia jangan bubuh daging @ ayam..

Akhir kata..

Aku tak dapat laa makan Mee Hailam yang femes tersebut..
Takpe laa.. tak mengidam pun..
Saja nak rasa :)
.
.
.

Monday, May 20, 2013

Koleksi e-book masakan






Klik gambar untuk paparan tajuk dengan lebih jelas..
Watpe nih?

Kot2 laa ada yang minat nak memiliki koleksi sebanyak ini juga..

Dah wat entry tu maksudnya available ler tu :)
.
.
.

Sunday, May 19, 2013

Bertukar selera..


Habis nasi semangkuk..
Mula2 mami nak goreng telur mata..
Dia kata takmo telur..
Nak COS (sos membawa makna kicap!)

Oklah.. bagus.. senang keje..
Nasi kicap..

Pastu dia heret lak kotak honey star..
Mula laa mami nak hangin..
Tadi kata nak nasi..
Ni nak honey star pulak..

Kang nasi semangkuk tu sapa lak nak makan..
Mami ni tak boleh tengok nasi terbazir..
Mesti mami yang makan pulak..
Malam woi!! malam...
Mana boleh makan nasi!! :)

Rupanya...

Dia nak makan nasi lauk honey star..
Licin semangkuk nasi..

Cam2 laa ko ni Hasya..

Thursday, May 16, 2013

P9OX - Extreme Home Fitness


Yang ni lebih kurang cam Insanity.. Body Revolution..
1 set ada 12 jenis workout..
Yang kena dibuat ikut jadual yang disediakan..

Rege kalau original order kat Amazon..
USD140.. convert duit Malaysia lebih kurang RM420


Senarai workout yang ada..
Aku dah tengok.. as usual laa kan..
Setiap 1 tajuk tu.. masa diambil agak lama..
Semua lebih dari 1 jam..
Kecuali yang 11 dan 12..

Jadual buat.. lepas order.. aku akan emelkan..
Bersama dengan P90X Nutrition Plan..

Kalau tengokkan jadualnya...
Terbahagi kepada 3 jenis program..
1- Classic version. 
2- Lean version (more cardio workouts)
3- Doubles version (2 workouts each day)

Ikut jelah selama 90 hari..
Kalau nak result yang mantop..

Kalau selang2 buat..
Tak tau laa pulak aku camne..
Sebab aku mmg lansung tak buat!!


Kalau yang original.. camni ler korang akan dapat..
Tapi.. yg version menjimatkan ni..
Semua dimuatkan dalam 6 keping dvd..
Kat label ada buh TIMING..
So, bila pakai DVD Player.. nak ke tajuk lain..
Just masukkan timing yang tertulis pada label :)



Peralatan yang perlu ada cam kat atas ni..
Yang wajib 2-3 je..
Cam dumb bell..
Pastu resistance band.. cam getah ada penarik tu.. gambar kiri bawah..
Kalau takde.. kome guna laa getah zero point tu..
Buh getahnya banyak sket..
Bagi regangan tu ketat..

Eh, OK ke cadangan aku nih :)



Kalau tengokkan result pengguna yang buat P9oX ni..
Rasanya jauh lebih berkesan dari Insanity dan Body Revolution..
Mungkin ikut badan jugak ler kot..

The secret to P90X is muscle confusion. Most workout programs people follow cause them to plateau. Plateaus are terrible because you basically stop losing weight, gaining muscle, and stop seeing results. This is when people tend to quit. By utilizing targeted training phases, P90X keeps your body guessing, adapting and changing! You continue to get results throughout your entire 90 day period.
.
.
.

Selamat Hari Guru

Baru balik dari sekolah Khaleef...
Sambutan Hari Guru kat sekolah dia ada persembahan..
Dia masuk menari..
So, wajib ler pi tengok..

Cakap pasal guru.. sekolah..
Aku mula2 sekolah kat Tadika Kemas Soeharto..
Aku masuk sekolah seawal 4 tahun..

Bila 6 tahun..
Oleh sebab ayah aku kerani kat SK Soeharto tu..
Dia adjust sket tarikh lahir..
Maka aku masuk darjah 1..

Takde masalah apa.. sbb sejak 5 tahun lagi..
Aku dah pandai baca mengira apa bagai..

Sekali tu.. masa 9 tahun..
Pindah ke SK Kalumpang..
Sebelum tu masa 8 tahun.. aku dah Darjah 3..
Bila pindah.. masuk lagi sekali Darjah 3..

Lepas UPSR.. masuk asrama Yayasan Selangor..
Sekolah kat Bukit Bintang Girls School..
Kat sekolah ni.. aku ada satu masalah serius..

MENGANTUK!!!

Aku tak boleh menyesuaikan diri dengan sekolah petang..
Masuk kul 3.00 ptg je..
Menyangap sampai pukul 6.00 ptg..
Aku selalu je kena marah..
Sebab tido waktu cikgu mengajar..

Tapi.. dalam tido2 tu..
Dapat gak A lurus masa PMR..

Lepas tu..
Masuk pulak MRSM Balik Pulau..
Jauh sangat dari rumah..
Dah nama Sains.. kena laa ambik Fizik, Kimia, Bio..
Yang sebenarnya satu pun tak sajak dengan jiwa aku..
Akhirnya.. result SPM.. dapat belas2 je..
Kerana 3 serangkai tersebut semua menggondol "CANGKUL" tahap rendah...

Lepas tu sambung pulak kat UPM..
Kawan-kawan lain semua kerabat ambik matrik..
Aku dengan tulus ikhlasnya..
Pi ambik Diploma..
Sebabnya.. aku takmo dah jumpa 3 serangkai spt dinyatakan di atas..

Habis Diploma.. sambung Ijazah..
Ada laa dalam 2 1/2 tahun je sambung..
Sebab banyak dapat pengecualian subjek bawak dr Diploma..

Habislah dunia belajar aku..
Lepas tu gatal gak pi mohon nak wat Master kat UPSI..
Bila dah dapat tawaran..
Rasa malas pulak nak belajar lagi..

Itulah perjalanan dunia persekolahan aku..

Wajiblah aku ucapkan berbanyak-banyak terima kasih..
Kepada semua cikgu-cikgu yang terlah banyak berjasa..
Mendidik.. bagi ilmu.. bagi pendidikan..
Bagi pengajaran.. bagi nasihat..

.

Tuesday, May 14, 2013

International Submarine Cable Down...











Submarine Cable Down..
Nasib baik aku pernah melawat Stesen Kabel Dasar Laut..
So, aku paham ler bila BIL aku habaq..
Apa masalah Streamyx ni skang..

Gambar kat atas tu..
Jaringan2 fiber merentasi negara dan benua..
Melalui kabel dasar laut..
Jalan paling mudah..
Sebab dunia ni mmg dikelilingi laut..

Malaysia guna Submarine Cable System SEA-ME-WE 4 (SMW4)..
Panjang kabel ni lebih kurang 20000 km..
Merentasi timur dan barat menghubungkan 14 negara..
Dengan 16 stesen... ini termasuk Stesen Kabel Dasar Laut Cherating..
 
 




Lebih kurang keterangannya cam gambar di atas..
Dari stesen kabel.. ke bahagian yg tak berapa dalam..
Kabel akan ditanam dalam laut..
Ini untuk elakkan kabel putus akibat enjin kapal..
Sauh ke.. terlanggar ke..

Bila masuk laut dalam..
Tak tanam dah.. lempor gitu je kat dasar laut..

Ikan jaws tu.. Selain dari makan orang..
Kadang2 datang angin sewel dia..
Kabel tu dia langgar smpi putus atau rosak..


Kalau berlaku kerosakkan..
Bukannya boleh pergi ambil peralatan menyelam..
Dah tu terus menyelam..

Ada syarikat konsortium yang akan membaiki kerosakkan tersebut..

Kalau berlaku dekat dengan pantai..
Masa diambil tidaklah begitu lama..
Dah tu kos pun takde laa mahal sangat..


Namun.. jika berlaku di dasar laut dalam..
Masa agak lama..
Dah tu kos mampus punya tinggi..
Kena guna kapal laut.. dengan penyelam..

1 kabel rosak..
Lebih kurang kos membaiki 1-2 juta..
Bukan rupiah... bukan ringgit..
Tapi 1-2 juta USD..


Kalau rosak sikit..
Depa baiki teruslah kat situ..
Tapi selalunya.. kabel yang rosak tersebut..
Akan di bawa naik ke kapal..
Dan akan dibaiki di situ juga..
Lepas tu buh balik dalam laut..


Masa membaiki..
Paling cepat 1 minggu..
Paling lama 3-4 minggu..

Cam skang ni..
Masalah Streamyx dah masuk minggu ke-4..
Parah ler tu kot rosaknya..

Dalam masa ini.. additional routes akan digunakan..
Maksudnya internet ada.. tapi kurang laju..

Maka.. sebelum depa restore balik kepada kelajuan asal..
Kita pengguna ni akan terasa sebal ler dengan kelembapan talian..



Menatang ni aku tak tau nama apa..
Repeater ke.. Splitter ke.. Amplifier ke..
Nak tau.. tanya yang arif..

Namun..
Yang menjadi ketidakpuasan hati aku sebagai customer..
Loyal customer lak tu..
10 tahun dah menjadi pelanggan Streamyx..
Tak masuk lagi 5-6 tahun melanggan dial-up masa jd student..

Apalah salahnya..
TM anta emel ke.. reminder ke..
Buat pencerahan mengenai masalah yang melanda skang ni..
Bukan ke setiap pemilik streamyx..
Ada emel yang @streamyx.com tu..

HATI PELANGGAN PERLU DIJAGA :)
.
.
.


Monday, May 13, 2013

Jangan nak LANTAK!!!



Orang yang keje streamyx leh bagi jawapan yg meyakinkan tak..

Jangan jawab..

Pn surf local website laju.. website luar mmg lambat..
Apa je content2 local website di Malaysia ni?!!

Pn jangan download video..
Abih tu takkan aku nak download e-book pstu membaca smpi pitam!!

Pn cuba off & on balik modem..
WAK LU!!!

Pn cuba PING..
aku PANG kang!!!

DAN..

Jangan sesekali suh aku wat direct connection apa bagai..
Sebab streamyx lembab ni bukan kat rumah sahaja..
Kat pejabat pun.. kat umah mak aku jugak..

LAGI SATU..

Jangan cuba suh aku upgrade 1Mbps ke 2-4-8 Mbps..
Kalau bagi 8Mbps.. pastu bayar sama takpe jugak..
Adakah ini strategi TM nak suh upgrade?!

WHY?!!!!!!!

Bila internet slow..
Keje2 muat turun aku jadi pending.. bertimpa-timpa..
Menyebabkan dah 3 minggu aku tak off laptop..
3 minggu jugak modem ON tak pernah OFF..
3 minggu jugak kipas rumah aku asal aku g keje terpaksa ON..
Sebab nnt kang laptop dengan modem panas..

Bil tetap gak kena bayar RM110.00 sebulan tak masuk tax..
Bil letrik dari purata RM30.00 sebulan.. dan jadi RM45.00 sebulan..
Laptop aku tu jadi bertambah pendek laa jangka hayat dia..
Abih tu dah tak tutup-tutup..

Thursday, May 9, 2013

LANTAKLAH...


Bersempena dengan Ezey ada kat sini..
Sebab dia nak ke Betnam pagi ni..
Maka, ambil ler kesempatan ini..
Untuk GENG MENJOYAH wat gathering..

Janjinya kul 11.00 kat sana..
Tapi, sebab aku masuk pejabat kejap..
Maka dekat kul 12.00 baru sampai..

Sampai2..
Bihun gorem mercu tanda Makcik Rehan sudah tersedia :)
Tapi aku tak kunyah dulu..
Tgu Ezey smpi.. baru pakat bersila ramai-ramai..

Sambil menyuap..
Topik perbincangan kami adalah mengenai PRU13 yang baru berlansung..
Sambil tayang jari yg kena dakwat kekallah sangat tu..
Jari aku ngn Ezey.. masih ada sisa-sisa dakwat tersebut..
Jari orang tak pi ngundi.. dok sengap2..

Habislah semua nama kami petik...
Dari Husam.. smpi ke Topa.. LGE.. Nuar.. Zul Nordin..
Ajib.. Kak Ros.. dan beberapa tokoh tersohor di Malaysia..

Habislah sepinggan bihun goreng dengan milo ais sejag..

Sambung pulak meeting kat sofa sambil melurus2 kaki..
Kali ni berbincang pasal kehidupan rumahtangga masing-masing..
Ezey baru ada rumah.. tangga belum ada..
Tapi masih boleh masuk gu orang kata :)

Tuan rumah pi ambik anak balik sekolah..
Tinggal aku ngn ezey wat cam umah sendiri..

Tetiba...


LAPAR BALIK!!!!

Oleh kerana Ezey dapat BR1M Bujang..
Maka, dia dengan senang hati nak belanja Domino's...
Tak smpi 30 minit selepas itu..
Sambung makan pizza 5 pax tu kami bantai 3 sekawan :)

Topik perbincangan semasa makan..
Hal2 kerja pulak..
MR skang penjahit tersohor berdasarkan topografi rumah dia..
Ezey kedai dia bertambah maju..
Keuntungan dia sudah lebih gaji semasa bekerja di PID dulu..

Aku pulak.. "LANTAKLAH!!!"

Amerika giler... :))

Pastu sambung balik kat sofa..
Jam dah 4.30 ptg.. tak buleh lelama dah..
Maklum ler.. umah aku bukan sebelah umah MR..

Kali ni baru laa masuk bab muhasabah diri sendiri..

Apa nak buat di masa hadapan..

Nak masuk Kilauan Emas.. suara tak sedap..
Nak jadi pelakon tara Maimon Mutalib.. bakat takde..
Nak jadi penjahit.. suh sambung hujung A ke hujung B pun blur..

AKU RASA AKU ADA BAKAT MENJAHIT MANIK!!

Malangnya.. bukan mendapat GALAKKAN..
Tapi.. mendapat GELAKAN SYAITOOOONNN... dari mereka itu..

Antara kami 3 orang..
Aku ler paling loser sekali..
Belum ada perancangan masa depan..

Namun.. LANTAKLAH!!!

Tepat jam 5.45 petang..
Aku pun berangkat pulang..
Ntah bila pulak nak wat gather2 sekali lagi..
Tgu adik Atiyap kuar ler kang..

Begitu laa laporan gathering kamiorang semalam..

Akhir kata..

LANTAKLAH!!
.
.
.

Tuesday, May 7, 2013

Level 7 Civil Servant


Aku baru habis tengok drama ni..
Memula cam malas nak proses..
Rasa cam drama ni berat..
Rupanya tak pun..

Genre action romantic comedy...
Remaking dari drama lama My Girlfriend as an Agent..


Paling best.. hero Joo Won..
Ini drama pertama dia jadi hero baik & watak tak berat..
Dalam Kim Tak Gu.. dia jadi jahat..
Dalam Bridal Mask.. watak terlalu berat..

Heroin pulak.. Choi Kang He..
Dia ni mmg selalu jadi heroin dalam drama romantic Comedy..
Pada yang tak ingat..
Dia ni dulu berlakon Protect The Boss..

Tapi rasanya.. kalau buh heroin yang lg muda..
Drama ni akan bertambah segar lagi :)


Drama ni berkisahkan tentang hero dan heroin..
Depa ni sebenarnya sama-sama agen perisikan..
Namun, depa saling tak tahu..
Tapi depa pernah jumpa dan kenal masa training..

Hero ni anak orang kaya..
Hidup senang lenang..
Gaya ala2 "Gangnam Style"..

Tapi, sebabkan masa kecik dia minat sangat dengan James Bond..
Maka dia jadi spy dalam agensi kerajaan..

Heroin pulak..
Anak orang kampung.. orang susahlah kiranya..
Seorang agen jugak..
Tapi hero tak kenal dia..

Depa ni saling jatuh cinta semasa bertugas..


Ye betul...
Chan Sung 2PM ada berlakon dalam drama ni..
Jadi 2nd hero..

Giler cute dia dalam drama nih..


Akhirnya terbongkar gak rahsia yang heroin ni agen NIS..
Pastu dia tengah siasat pasal ayah hero yg ada kesalahan salah laku..
Time ni hero marah sangat dengan heroin..
Akhirnya depa ambik keputusan untuk berpisah..


Ni hero jahat..

Level 7 Civil Servant: “Well, if nothing’s going to make sense anyway, might as well make everyone happy! Even the bad guys! Who aren’t really bad! And morally corrupt people who get promoted instead of fired and/or disgraced! And the good guys, who do nonsensical things for nonsensical reasons just so we can have a callback joke at the end that isn’t worth the trouble! Drama miracle happy pills, disburse your powers!”
.
.
.