Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Wednesday, July 31, 2013

PAU YIK MUN VERSI PHNOM PENH - I help u.. U help me...


Ada yang tanya..
Kat PP tak kena Pau Yik Mun ke?

Awalnya..

Pasal tak kena bayar USD 25 tu..
Aku lega dah..
Selamat USD 100 untuk 4 kami anak beranak...

Masa nak check-in kat kaunter AA..
Oleh kerana kami diuruskan oleh tourist guide..
Dia main ambik je Departure Card kamiorg sebagai cukup syarat..
Terus je staff AA check in kan tanpa cek pun..

Padahal masa tu..
Baru sempat isi aku dengan MIJ punya..
Bebudak ni katanya..
Lepas ni isilah sebelum naik ke atas untuk ke Imigresen..

Akibat seronok sangat nak balik..
Pastu sibuk lak nak bergambar hape bagai..
Lupa terus pasal Departure Card Khaleef dan Hasya tu..

Sampai kat Imigresen atas..
Pegawai situ terus cakap..
Aku dah buat salah..
Salah sebab dah naik sampai depan imigresen..
Tanpa isi departure card terlebih dahulu kat bawah..
Dia suruh aku turun balik..
Bayar denda kat bawah (ntah iye ntah tidak)

Aku cam dah berpengalaman sket pasal MR kena kat Vietnam dulu..
Terus tanya

"CANNOT SETTLE?"

"OKAY... I HELP U.. U HELP ME?"

"HOW MUCH?"

"UP TO YOU.."

Aku kalih kat MIJ..
Sebab dalam purse aku ada duit RM jer..

MIJ tunjuk 2 note..
Satu USD 5
Satu lagi USD100

Aku tarik USD 5 tu..
Kalau officer tu rasa tak cukup..
Aku nak top up dengan RM je..

Slow je tangan dia kuar ikut lubang letak passport tu..
Tarik USD 5 tu... :)

Pastu bertungkus lumus laa dia mengisi Departure Card tu..
Alahai.. isi je pun.. bukannya ada nak kena cop ke hape bagai..
Nampak sangatkan..

Akhirnya lepas laa kami anak beranak masuk..

Sebelum belah dia cakap lagi..

YOUR CHILDREN NAME LONG.. LONG..
MY HAND TIRED

Aisyyyy... nak lagi ke?!!

Aku senyum terus tarik tangan anak2 aku..
Belah cepat2..

Kena jugak kat PP pun... :))
.
.
.

Tuesday, July 30, 2013

Kalep nak pergi rombongan..


Minggu lepas dia sibuk suh isi borang..
Tapi lupa bawa balik..

Pastu hari Sabtu ada pasar malam..
Dia sibuk sangat nak beli kete control..
Bincang-bincang-bincang dengan mami..

Boleh beli kete ni.. tapi tak boleh pergi rombongan..
Sebab harga kereta tu sama dengan yuran pergi rombongan..

Dia SETUJU!!

Rupanya akal dia sangat panjang..

Balik rumah nenek..
Dia harukkan nenek dia suh bayar RM25.00..
Tapi nenek kata dia takde duit..

Lepas tu dia harukkan Maksu dia pulak..
Minta duit nak pergi rombongan..
Maksu wat dek jugak..

Hari Isnin..
Cikgu dah sibuk-sibuk kumpul borang & yuran nak pergi rombongan..
Dia pun menggelabah dah..
Naik ke bilik guru besar..
Mintak lagi duit pada nenek..

Nenek saja ngusik dia lagi..
Nak tgk akal dia..

"Nenek takde duit!"

Ingatkan pastu dia nak putus asa..

Rupanya dia pergi jumpa Guru Pengelola Rombongan..

Khaleef : Cikgu, boleh tak Khaleef bayar duit rombongan dengan duit syiling?

Cikgu : Boleh. Khaleef banyak ke duit?

Khaleef : ADA.. dua seposen.. satu lima sen. Cukupkan cikgu?

:))
.
.
.

Phnom Penh Part 18 - Bye-bye Phnom Penh



Tak payah jalan kaki jauh2..
Kalau international airport..
Terus masuk flight..

Kalau kat LCCT..
Harap maklum jelah..
Kalau boleh parking kapal terbang tu luar pagar..
Dah lama depa park sana..
Pastu suh kira menapak beratus-ratus meter baru smpi :)


Flight balik bertolak tepat pada masanya..
Jam 4.40 petang waktu sana..
Sampai Malaysia lebih kurang 7.30 malam..

Kalau pergi kemain bersungguh aku pakai seat belt..
Balik tu malas dah..
Aku letak gitu je kat perut..
Kena lak aku duduk tepi tingkap..
Takde sapa perasan pun aku tak pakai :)


Puas hati dengan holiday kali ini..
Anak-anak tak buat perangai..
Duit pun tak banyak habis..
Semua tempat yang aku plan nak pergi..
Dapat pergi.. kalau tak singgah pun..
Tapi dapat tengok dari dalam kereta..

Untuk tahun depan..
Kami merancang nak ke Thailand pulak..
Tak naik flight.. tapi drive..
Pastu.. ada rezeki nak ke Seam Riep atau Boracay atau Hanoi..

Harap2 impian jadi kenyataan.. :)
.
.
.

Monday, July 29, 2013

Phnom Penh Part 17 - TQ Ustaz Salleh Lee

Sebenarnya aku tak rancang pun nak pakai tourist guide..
Selalunya sebelum ke mana-mana..
Aku mmg dah google siap..
Pastu dah wat plan nak kemana..
Mana dulu.. mana kemudian..

Sampai je kat airport..
Ambik teksi untuk ke hotel..
Pastu driver tu yg cadangkan kami pakai tourist guide..
Kebetulan ada kawan dia..
Yang boleh cakap melayu dan ada transport untuk disewa..

Kebanyakkan orang ke Phnom Penh..
Akan menggunakan Tuk Tuk sebagai kenderaan..
Murah..

Tapi disebabkan kami ni ramai..
Dewasa 5 orang..
Kanak2 2 orang..

Agak kurang sesuai di samping kos juga tinggi sebab kena pakai 2 tuk tuk..


Sampai kat Hotel.. En. Salleh ni dah tunggu..
Bincang punya bincang punya bincang..
Dapat laa rege USD460.00
Untuk Hyundai Matrix bermula dari esok pagi jam 7.30..
Sampai laa lusa kitaorang nak balik..

Malam tu pulak..
Dia bawak mak aku, kawan dia dan anak + kalep..
Meround naik Tuk Tuk..
Aku tak pergi sbb penat sangat..

So, depa dah kenal2 laa dengan En. Salleh ni..


Esoknya masa sarapan..
Aku dok dengar mak aku panggil "SALLEH"..
Aku pun terus buka buku catatan aku..
Dalam tu ada tulis nama

Ustaz Salleh Ali..
Siap dengan no. phone..

Aku pun tanya..

"Ini Ustaz Salleh ke?"

Dia pun kata iye..

Tulah nak dikatakan jodoh pertemuan di tangan Allah..

Asalnya.. sebelum nak pergi..
Kawan aku yang bagi nombor HP Ustaz Salleh ni..
Katanya dia kenal baik dengan Ustaz Salleh ni..
Dia takde pulak cakap Ustaz Salleh ni tourist guide..

Pesan kawan aku tu..
Kalau kat sana ditimpa masalah..
Ada perkara buruk berlaku ke hape..
Call je Ustaz Salleh ni..
InsyaAllah dia akan tolong..


Baju kuning tu..
Uniform tourist guide bertauliah kat sana..
Maknanya dia ada license untuk jadi tourist guide..

Memang senang laa kami kat sana..
Nak makan senang..
Nak sembahyang senang..
Nak shopping senang..

Bagitau je nak pi mana..
Semua dibawakkan..


Kereta pun kemain selesa lagi..
Hyundai Matrix nikan besar..
Kami lak takde laa ramai sangat..

Satu lagi bestnya Ustaz Salleh ni..
Dia kalau bercerita..
Memang sarat dengan info..
Selit2 dengan lawak..
Pastu ada unsur2 agama sket..

Dia dulu belajar pondok kat Terengganu..

Bab2 politik Malaysia.. dia mahir..
Sebab katanya.. dia lagi banyak tengok RTM 1..
Banding dengan local channel TV..


Perkhidmatan dia tak terhad kat Phnom Penh sahaja..
Boleh juga kalau nak sampai ke Seam Riep..
Atau ke Saigon nak feri..

Untuk yang berminat untuk dapatkan servis Ustaz Salleh..

Boleh add FB dia






Paling best sekali..
Perkhidmatan dia smpi laa kami check-in balai berlepas..
Takde laa smpi airport.. pandai-pandai korang ler..

Masa kitaorg nak check-in luggage..
Passenger lain semua beratur..
Kami tak payah hokay..
Dia panggil member dia ground staff AA..
Terus check-in kan bag kamiorang..

Terpaling syiok sekali..
Kami berjaya tidak bayar 25USD per person..
Kan sepatutnya keluar dari Cambodia ada tax..
Menurut ustaz.. benda tu dah dimansuhkan beberapa tahun dulu..
Tapi.. kalau dihulur.. depa ambik..
Kalau tak dibagi.. depa mintak..
Biasa laa kan kes2 Pau Yik Mun ni :)

Apa-apa pun..
Memang puas hati dengan servis Ustaz Salleh ni..
Mak aku smpi pesan kat dia..
Bebila mai M'sia bagitau ler..
Dia nak jemput datang rumah..

.
.
.



Saturday, July 27, 2013

Phnom Penh Part 16 - Kg Cham, Phnom Penh



Ni bukan Kg Cham yang jauh tu..
Ni masih dalam area Phnom Penh..
Kat sini ialah perkampungan Islam..
Jalan nak pergi tu..
Akan menyusuri Sg Mekong..

Rasanya namanya bukan Kg Cham..
Aku pun lupa nak tanya..


Hari kedua aku kat sana..
Merupakan hari pertama kempen pilihanraya..
Lain sket cara kempen sini dengan sana..

Kat sana.. parti kerajaan memerintah..
Akan mendirikan pentas di seluruh Kemboja..
Pentas tersebut akan menyajikan persembahan artis-artis..
Lagi ada karaoke..
Lagi ada tarian.. ranggi-ranggi..
Pastu malam2 akan pesta smpi pagi..

Yang aku bergambar tu..
Adalah tempat parti pemerintah..


Yang parti pembangkang pulak..
Lain caranya..
Disebabkan kekangan kewangan..
Depa guna cara mudah..
Buh penyokong dalam lori..
Dan round seluruh Phnom Penh..

Kat sana dah lama pakai dakwat kekal..
Menurut tourist guide kami..
Depa punya dakwat kekal..
Kalau nak hilangkan..
Hanya ada satu cara..

KIKIS KULIT DENGAN PISAU!!

Memang takkan hilang dalam masa 3-4 hari..


Ni pasar pagi..
Ada macam2 jual kat sini..
Tapi agak mahal banding dengan bandar Phnom Penh..

Bangsa Cham kat sini agak berada sket la..
Banding dengan perkampungan yg jauh2 di pedalaman..
Rumah pun besar-besar...
Kebanyakkan mereka berniaga..


Terer tak motor kat sana :)

Bas tak boleh cari makan laa kalau kat sana..

Orang Islam kat sana..
Islamnya lebih sket dari kita kat Malaysia nih..
Susah nak jumpa perempuan yang tidak bertudung..

Lepas tu depa ni sesama depa..
Sangat tolong menolong..
Nak2 kalau sedara mara..

Contoh kalau nak bina masjid ke.. sekolah ke..
Depa yang berada sket akan menyumbang..
Bukan yang kat sana sahaja..
Yang duduk di Malaysia.. Vietnam.. Thailand..
Semua akan sama2 menyumbang..
Camtu laa kuatnya ikatan antara depa..
.
.
.




Wednesday, July 24, 2013

Fugitive Of Joseon


Drama berat...
Tapi layankan je sebab Lee Dong Wok.
Sejak takde Strong Heart ni..
Susah dah nak tengok dia yg hensem..

Tapi, dalam drama ni..
Kurang hensem la dia..
Sebabnya dia jadi pelarian..
Tu yang tajuknya Fugitive of Joseon..

Asalnya dia ni seorang tabib di Raja..
Tapi dia dituduh nak meracun Putera Mahkota..
Sejak tu la dia jadi pelarian..


Anak perempuan dia pulak sakit...
Sakit yang takde penawar..
Isteri dia dah mati..
Itu sebab dia tak boleh serah diri untuk dihukum..
Lagipun dia terperangkap dalam plot pembunuhan tersebut..



Yang ni pulak jururawat pembantu dia..


Drama ni agak unpredictable sket..
So, takde la boring sangat tengok..


Drama ni agak sedih..
Sapa yang hati mudah tersentuh..
Memang asyik kuar air mata jelah..


Synopsis
The Joseon version of a Chaser about a medical practitioner who struggles to save his daughter from a terminal illness while being caught up in a plot to poison King Injong.

Royal Physician Choi Won (Lee Dong Wook), who works for the royal family, becomes involved with the plot to poision King Injong and is now a fugitive. He tries to save his daughter Choi Rang (Kim Yoo Bin), who has an incurable disease. Choi Won has raised his daughter alone since his wife passed away. Hong Da In (Song Ji Hyo) is the nurse who’s in love with him.

Meanwhile, Lee Jung Hwan (Song Jong Ho ) is the Euigeumbu detective who’s the one to capture him and he get help from bandit’s daughter, So Baek (Yoon Jin Yi) while he is a fugitive. Crown Prince Lee Ho (Im Seul Ong) is the suspicious crown prince who ends up thinking he was betrayed by the one person he trusted in the world.



Tuesday, July 23, 2013

Menanti sinaran riang ria hari raya

:)

Esok.. seronok ler orang gomen semuanya..
Walaupun bab bonus belum ada bunyi..
Tapi esok dapat gaji baru..
Lagi seronok pada bonus..
Sebab nilai tersebut berterusan...

Namun,

Esok I tak gaji macam korang semua..
Sebabnya kontrak dah tamat 30 Jun lepas..
Dan masih dalam proses lagi untuk renew..

Cuak juga wei..
Sebab kontrak kali ni aku confident sangat takde masalah..
Pasalnya PM kan dah janji..
Kalau BN kekal memerintah..
Semua pekerja kontrak dijamin akan disambung kontrak hingga 2014..

Akak percaya okay kata-kata PM..
Dan akak tak percaya kata-kata seteru dia..
Yang nak bagi penjawat kontrak semua tetap..

Oklah tu dapat backdated..
Kalau buatnya dia kata kontrak start bulan lain..
Tak ke naya.. sebulan aku keje free saja..

Bak kata pemimpin-pemimpin kita..
Bersyukur la.. wpun lambat, janji dapat.. :)

Harap perkara baik2 jelah yang berlaku sempena Ramadhan ni...



Monday, July 22, 2013

Masih bertahan...


Masih tak jejak lagi Pasar Ramadhan...
Terer tak... :)

Kalau dulu.. tak pergi PaRam ni..
Buka puasa hilang seri..

Salah satu sebab aku tak minat nak pi tahun ni..
Pasal lokasi berubah..
Dari Taman Wangsa ke Taman Bernam..

Kalau Taman Wangsa dulu..
Jauh mana parking pun..
Paling-paling jauh kena jalan..
Dalam 100-200 meter jer..

Tapi, lokasi baru ni..
400 - 500 meter kena jalan..
Pastu jenuh nak ber U turn bagai..

Aku kan jenis sayang tenaga..
Makanya tahun ni gigih laa merajin..
Hari-hari masak..
Kecuali hari berbuka rumah MIL @ Hajah Norlia..

Dah sampai hari ke-14..
Rasa OK laa pulak tak pergi..
Kalau dedulu.. sampai kul 11.30 malam..
Ada je benda nak kunyah..
Roti John la.. Laksa la.. kuih muih..

Tapi..

Cam merindui pulak air Teh Bunga original kat pasar..

:)

Sunday, July 21, 2013

Phnom Penh Part 15 - Central Market



Tu dia... Mak Hajah tengah kira bape banyak lagi boleh habiskan :)

Ni tempat kegemaran kamiorang..
3 kali datang tempat ni..


Kuning tu kira bangunan tengah2..
Pastu kelilingnya keluar 4 sayap..

Yang bangunan central tu..
Aku tak masuk..
Dalam tu jual batu2 permata..
Swaroski.. delima..



Camni laa lebih kurang dalam tu..
Lapang je.. takde orang..

Tapi belah marketnya ramai orang..
Dah tu  kedudukan kedai rapat2 sangat..
Lebih kurang macam Pasar Filipina kat Kota Kinabalu..
Tapi taklah sesempit Russian Market..
Kira boleh laa nak tolak stroller dalam ni..

 

Aku  memang cari kedai beg  ni..
Dapat info dari blogger lain..
Yang kedai ni jual beg murah..

Memang murah pun..
Beg yang sama..
Beza harga dengan kedai lain 6-7 USD..

Kat sini je.. beli 4 beg..


Kalau nak beli cenderamata..
Jangan beli kat market2 lain..
Beli kat Central Market..
Lebih murah.. lebih banyak pilihan..

Fridge Magnet.. 2 ketui = USD1
Key Chain.. 6 ketui = USD2 - USD3 ikut pattern..
T-shirt I love Cambodia.. Hard Rock...
Kalau utk budak2 = USD1.50..
Kalau t-shirt dewasa = USD2

Baju coklat tu tokei gerai ni..
Dan..
Dia pandai cakap melayu :)


Kalau baju jersey..
Harga lebih kurang Ho Chi Minh..
Kain cantik.. lembut.. sejuk..
USD5..
MIJ beli 2..





.
.
.

Saturday, July 20, 2013

Phnom Penh Part 14 - Olympic Market

Ni pun tempat shopping gak..
Tapi kurang best banding dengan market lain..
Namun..
Barang2 kat sini lebih teratur..

Namanya Olympic..
Sebab dekat dengan Stadium Olympic Phnom Penh..



Kalau kasut.. kasut je semua..
Kalau kain.. kain je semua..

Kalau kasut saiz2 Hasya..
Cam nak pitam aku menengoknya..
Semua lawa-lawa..

Malangnya..
USD adalah dipegang oleh MIJ..
Satu ayat je dia bagi..

"KAN ADA 2 PASANG LAGI KASUT HASYA TAK PAKAI"

Huhuhuhu...

 

Ada satu bahagian tu..
Semua barang baby..
Stroller.. bouncer.. toys.. dsb..
Murah lak tu..
Tapi tu ler..
Kot ye pun.. jenuh nak bawak balik Mesia..




Kain ela kat sini lawa-lawa sket..
Banding dengan Russian Market..
Kain lace untuk baju pengantin pun banyak..

Tapi aku tak beli pun..

Banyak kain2 yang aku jumpa..
Aku dah jumpa dulu kat Kamdar Seksyen 18, Ipoh..
Sana jauh lebih murah dari Phnom Penh.. :)




Pasar ni mirip cam Plaza GM kat Chow Kit..
Boleh beli retail..
Atau borong..

Aku hilang mood sket kat sini..
Sebabnya..
Hasya berak!!

Adoyai..
.
.
.







Wednesday, July 17, 2013

Zuzka P0wer Cardi0 Series ZCUT


Set ni sesuai untuk orang yang

1- Nak workout tapi tak banyak masa
2- Tak suka workout dengan muzik
3- Tak suka step2 yang terkinja-kinja
4- Tak suka banyak sangat peralatan
5-Suka yang simple tapi berkesan

Sesuai gak untuk bulan puasa ni sbb tak lama masa nak buat tu..


Dia ni sorang je kita akan nampak..
Dari mula sampai habis..
Workoutnya cam time challenge...
Awal2 tu dia akan tunjuk apa nak buat..
Lepas tu dia akan bagitau bape banyak kali nak buat..
Pastu BUAT!!

Cth.. dalam workout #1


Masa yang diberi.. ikut workout nombor berapa..
Tapi tak lama..
Setiap workout antara 10-15 minit sahaja..
Plus warming up dengan cooling down.. tetap tak lebih 30 minit..

Kalau kome nak cepat..
Just buat warming up dan cooling down guna step sendiri..

Kalau tak mampu follow timing dia..
Wat je ikut timing semampu kita.

Nak2 yang Burpees tu..
Kalau berat cam aku ni..
Mau terkencing2 time buat :)


Pergerakkannya agak high impact & intense..
Berat atas 90kg agak kurang sesuai..
Banyak lompatan main lutut.. so be careful..
Kalau nak buat juga.. boleh..
Cuma kena ubah la level of intensity tu..
Cam dia lompat lutut smpi ke perut..
Ko lompat separas lutut je dah laa :)

.
.
.

Phnom Penh Part 13 - Russian Market

Ini tempat shopping pertama yang kami pergi..
Russian Market..
Lebih kurang je cam Ben Than kat vietnam..
Bercampur aduk dalam tu macam2 ada..


Lebihnya sini..
Ada kedai jual mainan..
Mak stress nok!!!

Nak2 lak si Kalep dgn Hasya ni..
Hidup dia menan.. menan.. menan...
Selagi tak dapat.. tak gerak..


Nampak dak..
Tak sampai 10 minit kat sini..
Masing2 jinjing plastik..
Hat ni hari pertama tau..

Hari kedua mai..
Kalep nak beli mainan lain pulak..
Aku saja2 wat sesat dalam ni..
Hari pertama masuk ikut pintu tepi kat parking lot tu..
Hari kedua.. masuk ikut pintu depan..

Namun..
Dia berjaya jugak jumpa kedai mainan tu..
Wpun kedudukan kedai2 dalam tu sangat berserabut..


Kalau nak beli baju anak2..
Kat sini best banding Central Market..
Lebih banyak pilihan..
Dah tu lebih murah..




Dalam ni ada pasar makanan basah..
Ada kedai makan..
Kedai buah..
Macam2 kedai lagi ada..
Nasib takde kedai kereta.. kedai motor je..
Lain semua ada..

Kedai spare part beskal pun ada..


Kain pasang pun ada..
Banyaknya orang beli sutera kemboja..
Rupanya macam kain songket..
Cuma coraknya rapat-rapat..

Aku tak beli pun..
Tengok pun tau kalau pakai panas..

Kat sini beli baju raya Hasya & Kalep..
Tak banyak pun habis..
Tepat2 USD20.00
Dapat laa baju Hasya 5 helai..
Baju Kalep 2-3 helai..
Jadi laa pada takde beli apa :)
.
.
.