Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Wednesday, August 28, 2013

I Can Hear Your Voice

3 hari aku ambik masa mengkhatamkan drama ni..
Drama ni membuatkan aku rasa..
Cam nak kembali ke zaman dahulu..
Pastu cari boyfriend yang muda belia..

COMEL!!!


Hero, anak hekan yang paling comel tu ler.. belah kanan sekali..
Sebelah dia heroin..
Pastu 2nd hero.. 2nd heroin..

Drama ni lain pada drama2 lain..
Selalunya mesti berebut2 antara 4 orang ni..
Yang ni tak..
Bila tengok.. ada rasa cam..
Tak kisah laa mana2 hero dapat pun..
2-2 pun baik.. 2-2 pun comel :)

Genre - Romantik habis + Law + Dendam


Drama ni mula dari zaman depa kecik..
Ayah hero mati kena bunuh..
Dah heroin jadi saksi pembunuhan tersebut..

Atas sebab itu.. penjahat tu dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun..
Dan dia sangat berdendam dengan heroin..

Hero pulak disebabkan heroin tolong dia..
Dia bertekad dan berjanji akan sentiasa melindungi heroin..
Namun, lepas kes mahkamah tu..
Heroin hilang begitu saja..



Ni hero... MEREMBES KAK TON TAW!!

Dia ni masa kecik pernah accident dengan ayah dia..
Lepas accident tu.. dia dapat satu kelebihan..
Dia boleh baca pemikiran orang lain dengan tengok mata..

Itu yang tajuknya I Hear Your Voice..


Selama dalam 10 tahun tu..
Dia memang cari heroin merata-rata..
Wpun dia tak pernah tahu rupa heroin lepas 10 tahun..
Sekali jumpa dia dah tau.. itulah orang yang selamatkan dia dulu..

Selepas 10 tahun..
Heroin adalah seorang peguambela..
Manakala hero masih sekolah lagi..



Yang 2nd hero pun peguambela jugak..
Sepejabat dengan heroin..
Heroin ni mula2 dia suka dengan 2nd hero ni..
Aku pun suka jugak!! (TETIBA)

Tapi disebabkan satu kes yang mana mak heroin mati dibunuh..
Dan 2nd hero jadi peguambela kepada tertuduh..
Pastu dia berjaya pulak jadikan tertuduh Tidak Bersalah..
Sedangkan mmg tertuduh yang bunuh mak heroin...

Heroin pun goyang hati..
Hero yang mmg dari kecik suka heroin..
Lalu dia pun terus teranglah yg dia cintakan heroin..



Itu ler kisahnya camne hero leh bercinta dengan heroin..

Suka sangat sebab wpun hero masih sekolah..
Tapi perangai dia.. perwatakkan dia sangat matang..
Tapi sesekali tunjuk perangai manja..

SWEET!!!



Masalah dengan depa dua ni..
Bukannya pasal orang ketiga ke.. orang keempat ke..
Tapi pasal pembunuh ayah hero tu..
Lepas kuar penjara..
Dia memang cari 2 ni untuk dia balas dendam dan bunuh..

Orang yang sama juga yang bunuh mak heroin..

Ni semua pasal dendam..

Sapa nak tahu apa akhirnya drama ni..
Malam ni boleh bukan Astro One HD..
Final episode malam ni..

Tapi.. takkan tak tahu hujung pangkal terus tengok ending :))

Maka.. meh order meh ;)
.
.
.

Tuesday, August 27, 2013

Rentetan GAJI BIBIK 700 SEBULAN...



Jangan nak spekulasi rumahtangga aku dilanda gelora pulak..
Aku dengan MIJ baik2 saja..
Sepoi-sepoi bahasa 2-3 minggu sekali tu biasa laa kan..

Semalam.. MR buh status


Ayat RM700 tu aku selalu guna :)

Tapi bukanlah hari-hari..
Pompuan a.k.a isteri ni..
Kadang2 datang gak angin kus semangat dia..

Hari-hari buat benda yang sama..
Hari-hari itu jugak..
Hari-hari camtu gak..
Hari-hari tak berubah-ubah jugak..

So, kekadang kelaziman boleh bertukar kepada kekejaman!!


Kebetulan semalam.. MIJ balik keje kul 9.00 malam..
Dia masuk-masuk rumah..
Terus dia bersuara..

"APA BERSEPAH SANGAT NI MAMI?"

Tanpa tanda !!!!..
Membawa maksud nada dia biasa-biasa saja..

Aku sebenarnya tengah lipat kain..
Sambil tu tengok drama korea I Hear Your Voice..
Baru siap sebakul.. mata dah terpempan pada TV..
So, mmg agak berserabut laa pasal lagi 4 bakul dah tuang atas lantai..
Tapi tak berlipat-lipat..

Maka..

"MAMI NI.. DARI PINTU DAPUR.. SAMPAI PINTU GATE... SEMUA MAMI SORANG YANG BUAT..." nada biasa jugak...

"PENAT BALIK KEJE HARI NI TAK HABIS LAGI.. SAMBUNG PULAK KEJE RUMAH.."

"BIBIK PUN GAJI RM700 TAU SEBULAN!!!"... tu dia.. ayat keramat dah kuar

MIJ senyum je..
Suami-suami seluruh dunia..
Contohi perangai baik suami akak ni..

Bila isteri dia naik angin..
Dan sedar diri sendiri tak banyak menolong keje rumah..
Sila ambil pendekatan senyum dan diam..
Kalau diajak berlawan..
Mahkluk yang baik akan bertukar menjadi makhluk kerasukkan..


Ada sambungan lagi..

"HARI NI RAMAI KAWAN-KAWAN MAMI MELEPASKAN SUNGUT KAT FB"

MIJ pun balas.. Mami pun sama la kan..

"SAMA LA.. SEMUA ORANG PUN KEPENATAN.."

MIJ pun menambah lagi... Isteri dengan bibik mana sama...

"MEMANG LA TAK SAMA.. TAPI 90% SUAMI SELURUH MALAYSIA NI.. SEMUA PERANGAI CAMNI.. KALAU DAH NAMA ISTERI.. SEMUA KERJA RUMAH ISTERI BUAT DARI A SAMPAI Z.. KALAU SURIRUMAH PUN MERUNGUT.. INIKAN PULA YANG KERJA.. BALIK UMAH JADI SURIRUMAH PULAK... PASTU DENGAN ISTERI KEMAIN BERKIRA"

MIJ mencelah lagi.. Tadi mami transfer duit Papa RM110 tak cakap pun..

Ye jugakkan..
Aku ambik duit dia tadi sebab nak bayar bil Streamyx..
Kan tak bergaji lagi bulan ni..
Streamyx kalu kena potong..
Gelap laa bahan bakar aku..

Terus buat aku ayat lain pulak..

"ITU LER TUAH MAMI.. NASIB BAIK PAPA NI JENIS TAK BERKIRA DENGAN MAMI.."

Lagi laa MIJ tambah senyum..
Dekat dah laa kot aku selangkah ke syurga..


Sabda Rasulullah SAW:
(Fear) God, (fear) God in the matter of women. They are weak partners, a trust from God with you; and they are made by the divine word permissible for you.
 
Ini menunjukkan bahawa suami hendaklah menjaga amanah yang telah diberikan oleh Allah kepadanya. Ini merupakan tunggak utama dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami. Jika si suami dapat menghayati maksud sabda Rasulullah SAW ini, sudah tentu masalah rumahtangga yang banyak berlaku pada zaman ini dapat dielakkan. Suami hendaklah menjaga si isteri dan bukannya memperhambakannya walaupun disebutkan di atas sebagai mengawal isteri.
.
.
.
.

Sunday, August 25, 2013

Shaun T's Dance Party Series


Untuk yang dah  suka menari..
Tak suka workout yang bosan..
Minat Hip Hop..

Nin dia....

Hip Hop Dance Series..

Ada 4 tajuk dalam ni..

1- Rockin Abs
2- Hard Body
3- Cardio Groove
4- Booty Shakin'
 


Dinasihatkan.. sebelum melangkah ke Hip Hop Dance Party ni..
Khatamkan dulu Hip Hop yang lama..

Boleh dapatkan di SINI

http://loseweight-chaiyok.blogspot.com/2013/03/shaun-ti-h1p-h0p-abs.html

Step2 dalam ni adalah lanjutan daripada hip hop yang sebelumnya..
Ada juga yang sama.. tapi telah dilajukan sedikit..

Ada pakai dumbell dengan exercise mat..



The Shaun T's Dance Party Series fitness program is designed as a dance oriented cardiovascular workout program that primarily targets weight loss. The workouts are performed with a moderately high energy level and at a high tempo. For this reason, each of the exercise routines create a high caloric expenditure when performed.

More specifically, each exercise workout forces the individual's body to burn a high number of calories, thus creating an overall caloric deficit. By doing so, individuals are able to safely and effectively lose weight while, at the same time, decreasing their overall percentage of body fat.

Overall, the Shaun T's Dance Party Series fitness program is intended for individuals that are looking to lose weight, improve their cardiovascular endurance and achieve a more toned and sculpted physique. Hence, for individuals that enjoy performing exercise routines that are dance-based, the Shaun T's Dance Party Series fitness program may be what you are looking for.


01-  Rocking Abs Dance Party:  Shaun will teach you some hot moves that will make you lose fat while you tone and flatten your mid section.

02- Hard Body Dance Party: This is the all in one workout, where Shaun combines cardio, total body sculpting and ab moves to get your body rock solid!

03- Cardio Groove Dance Party:  Packed with revolutionary cardio moves that will transform your whole body guaranteed!

04- Booty Shaking Dance Party: Get ready to kiss fat goodbye once you join Shaun T’s shake your booty party!
.
.
.

Thursday, August 22, 2013

Jiwa Kacau - Air hidung pun keluar..



Atas tu gambar hiasan je..
Pintu tora terbang aku..
Pat ploh kali lebih buruk dari pintu Neo ni..

Tadikan aku letak status kat FB..
Nak pergi open house kat Tadika Islam..
Jemputan 11.30 pagi..
Kul 12.00 aku dok ada lagi kat opis..
Rehatkan kul 12.15 hari ni..

Lepas tu.. bergegas ler aku nak ke sana..

Elok aku duduk je dalam kereta..
Belum sempat tutup pintu..
Tetiba ada orang tegur..
Dia kata nak jumpa aku sekejap..
Nak tanya pasal pendaftaran perniagaan..

Aku pun layan laa serba sedikit gitu gini..
Pastu sembang pasal raya la hape..
Dalam hati dok kata..
Cepat laa merambus..
Aku nak pi makan ni!!

Elok orang tu pusing je..

DAMMM!!! aku tarik pintu sekuat hati..
Kena kuat sbb pintu Tora aku tu dah loose!

Seraya dengan itu aku menjerit..

Rupanya masa sembang tadi..

KAKI AKU SEBELAH ADA KAT LUAR!!!

Sebelum airmata berjujuran...
Hidung aku dulu terasa panas..
Air hidung dulu menjejes-jejes keluar..
Baru airmata...

Huwaaa... nasib baik kat pejabat..
Kalau kat rumah..
Aku dah masuk dalam bilik..
Ambik bantal dan meraung sorang2..

Lebam hokay..
Nasib baik laa betis aku ni setebal batang kelapa..
Kalau selembut batang betik?!!!
.
.
.

Wednesday, August 21, 2013

7 tahun yang lepas...

 Khaleef 30 minit selepas dikeluarkan


Time ni umur 5 hari..


Umur 1 bulan...


 Hari mami habis pantang.. 


 2 bulan 11 hari.. dia dah meniarap..

 Raya kali pertama Muhammad Khaleef Aisy


 4 bulan..


5 bulan...


 5 1/2 bulan.. 1st time pergi makan kenduri...


 6 bulan.. gambar last dengan arwah atuk...


6 1/2 bulan.. rambut dia mula tumbuh lepas dikojekkan..
 

His 1st solid food.. makan nestum je..
Mami dia pemalas..


 Suka menyerongeh..


Anak dan Papa kena tiup angin kot.. :)










7 bulan.. gigi pertama dia tumbuh serentak..


 Sebelum..
Selepas...


 10 bulan 7 hari... dia mula berjalan..


 11 bulan... masa ni atuk Khaleef baru meninggal..


 Genap 1 tahun... :)


 Hari ini dia genap 7 tahun...

MUHAMMAD KHALEEF AISY
Selamat menyambut hari lahir ke 7
Semoga jadi anak yang soleh..
Doakan mami dan papa serta adik..
Belajar rajin-rajin..

and lastly..

JANGAN PINJAM PTPTN

-mami-
.
.
.

Monday, August 19, 2013

Resepi Mee Sup Sempoi


Hiris - bawang sebiji, 2 ulas bawang putih, seinci halia
Goreng udang dan asingkan
Tumis bahan2 hiris + bunga lawang + pelaga + kayu manis
Masukkan air
Masukkan sayur mayur + fishcake + fishball
Garam + sikit tomato + secubit kuib ikan bilis
Dah mendidih masuk udang.. tutup api
Celur mee dan tos

Siap :)
.
.
.

Shaun-Y F0cus T25 Alpha-Beta-Gamma



Ni workout Shaun-T yang terkini..
Focus T25..
25 tu membawa maksud 25 minit shj setiap workout..
So, menjimatkan masa bagi yang tak banyak masa..

T25 ni kalau betul2 buat..
Boleh dapat result yang sama cam buat P90X atau Insanity..
Tapi.. yang bestnya..

HANYA 25 minit sehari!!


Aku dah tengok..
Banding dengan Insanity & P90X..
Ni kurang sket hardcore..
Tapi masih dalam kategori tough!!

Masa pun 25 minitkan..
So, jangan laa assume ada break lak tengah2 buat..
Memang takdelah..

25 minit tu memang kena lanyak cukup2 :)

Namun.. macam kebanyakkan workout..
T25 ada modifier..
Maksudnya sapa yang buat high impact boleh tgk Shaun T
Yang low impact atas faktor umur.. berat.. kesihatan..
Boleh tengok si Tania yg wat low impact..


Ada 3 fasa dalam workout ni..
1 fasa lebih kurang sebulan..

Alpha teaches how to work, focus, and move your body.
Beta is month two, and all about the core. Core strength, core speed, core moves.
Gamma is all strength for month three. Gamma will get your muscles growing and your body in ridiculous shape.

Ada jadual.. so follow jelah ;)
Ikut jadual.. workoutnya hanya 5 hari..
Isnin smpi Jumaat..
Sabtu rehat..
Ahad kena wat streching..

Untuk stretching..
Sama je sama ada wat Alpha ke.. Beta ke.. Gamma ke..
Untuk memudahkan bagi yang nak beli seset seset..
Setiap siri aku includekan stretching  bersama2..

Tapi... baik beli semua sekali gus..
Lebih menjimatkan ;)


Pros:

  • Even the busiest person has 25 minutes to spare in their average day.
  • The short-duration, high-intensity approach has been proven to be more effective than longer, less intense sessions.
  • The program is both dynamic and engaging–25 minutes fly by.
  • You will see results so quickly that the workout becomes easier and easier.
  • It’s good for your body and soul.