Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Monday, September 30, 2013

ChaLean Extreme

Tajuknya mmg ada perkataan extreme..
So, boleh agak la kan..
Level of difficulty tu cam mana..

Aku dah tengok ChaLean ni..
Sebenarnya.. STEP takde laa susah mana..
Tak banyak lompat2 pun..
Tidak cam turbofire.. P90X dan insanity..

Tapi.. DUMBBELL ITU WAJIB!!


Banyak komen yang aku baca kat Internet..
Katanya ChaLean ni hampir menyamai P90X..
Cumanya kurang dari segi masa..
ChaLean ni paling lama pun 45 minit..
Banyaknya dalam lingkungan 30-35 minit..
Yang belas2 minit pun ada..


Ada 3 fasa dalam ChaLean ni..
Setiap satu fasa.. ambik masa 30 hari..

1- BURN PHASE
In this month Chalene is focused on making your body stronger in order to achieve the lean results that are announced. 3 days a week you do strength training with heavy weights, 2 days are focused on cardio, one with abs and one with stretch. Cardio videos, they are intervals which tend to burn lots of calories and they are not easy. The strength workouts are ok, not difficult. Videos are about 45 min aprox. abs and stretch are about 20 min

2- PUSH PHASE
In this month Chalene focuses on heavy, really heavy weights. As in the previous month, 3 days are strength, 2 days are cardio. The cardios are the same as the last month, the strength changes its repetitions from 12 to 8 and they include an "extreme" section with 3 more reps. You have to really use heavy weights in this month, like 15 pounds or more. Strength dvds are about 35 min

3- LEAN PHASE
In this phase Chalene combines strong movements with weights on the arms with legs. As in the previous months 3 days are strength and 2 days are cardio. The cardio videos are also intervals but they are tougher than in the previous month. In the strength you're now carrying heavy weights with 12 reps and the "extreme" 3 extra reps. Strenght videos are 40 min
 
Seminggu.. ada 2 hari rehat..
Pastu selang2 antara fasa2 tu dengan workout lain..

Workout lain tu antara cardio & abs routine..

Cth..

 
Lebih kurang ringkasan ChaLean

1- Cardio and Strength Training
2- Shorter workout banding dengan P90X
3- Tiada PULL UPS
4- Tons of compound moves to really get you HR up, built muscle and burn fat
5- Jadual disertakan bersama dengan performance sheet


Selain dari dumb bell ada satu benda lagi..
Resistance band.. yg cam tali skipping tapi leh meregang...
Kalau sapa yang nak beli tali ni..
Kat kedai fitness ada jual..
Kat Aeon ke.. Jusco ke.. mesti ada..

Ikutkan dalam ni..
Chalene pakai beberapa jenis dumb bell..
So, ikut masing2 la..
Kalau rasa tak boleh gi..
Guna laa berat yang rasa mampu..



Dahsyat wei resultnya..
Tapi tu ler..
Aku ni..

ADA JALAN TAPI TAKDE KEMAHUAN..

-peace-
.
.
.

Thursday, September 26, 2013

Kepenatan..


Habis dah siri jelajah Selangor..
Skang ni balik PID.. kelebek report pulak..

Minggu ni memang bermula dengan penat..
Isnin.. tak semena-mena kena pi Putrajaya ambik kontrak...
Selasa.. Zon 3 sain kontrak kat PID Tg Malim..
Pastu aku diminta melawat Zon 4 sambil suh depa sain kontrak pulak..

Perjalanan aku bermula dengan PID Hulu Langat..
Bertolak dalam 6.30 pagi dari sini..
Sampai sana dekat kul 9.00 pagi..
Jalan takde laa sesak sangat..
Tapi asyik sesat salah masuk jalan..
Pastu tau jelah kat bandar2 ni..
nak U-Turn kemain jauh..

Lepas tu pergi pulak PID Beranang..
Yang ni tak sesat..
Sebab dulu2 aku pernah pergi pekan Beranang ni..

Lepas tu sambung pulak ke PID Sungai Pelek..
Yang ni agak jauh..
Masuk highway dari Nilai..
Kuar KLIA..
Pastu terus pi LCCT..
Ada hal sket kat Pos Cargo..

Kat Sg Pelek ni..
Aku mmg dah rasa kepenatan maksimum..
Siap ajak mak aku check in Seri Malaysia Bagan Lalang..
Tapi mak aku ajak habiskan jugak..
Sebab ada satu lagi PID..

Maka teruskan juga ke PID Tg Sepat..
Yang ni gila keliling pekan..
Dok masuk Jalan Pasar 3-4 kali..
Tapi tak jugak jumpa PID..

Rupanya jalan ke PID tutup ada kren buat keje..
Kena pusing kot lain..
Jumpa laa jugak..
Tapi penat dah smpi hujung hidung dah..
Rasa cam nak melangkah pun malas..
Dalam kul 5.00 petang..
Siap laa lawatan kesemua PID..
Ikut jadual asal..
Sehari lawat dua PID..
Tapi, disebabkan ada hal mendesak..
Kena settlekan dalam masa 1 hari..

On d way balik ke Klang..
Singgah Banting bawak bebudak ni makan KFC...
Hasya dengan Khaleef aku bawa..
Termasuk mak aku as babysitter...

Hasya susah nak tinggal..
Sian lak Mak Long..
Kat sana dah ada 2 org anak buah MIJ duduk siang malam..
Kang tambah Hasya dah jadi 3 orang..
Dah laa depa suka bergumpal..
So, Hasya bawak.. secara autonya.. nenek kena bawak jugak..
Natijahnya.. Khaleef pun terpaksa ponteng sekolah dah ikut..

Lepas makan KFC..
Bawa kete mata dok terpejam2 mengantuk..
Jam dah dekat kul 7.00 malam..
Last2 tak tahan.. benti kat Caltex.. tido kejap..

Dekat kul 8.00 malam..
Baru sampai kat Palm Groove, Klang..
Tumpang tido umah makcik..
Tak balik Tg Malim..
Sebab next day kena pi KKMM, Putrajaya..

Esok paginya..
Lepas sarapan.. terus desup ke Putrajaya..
Kejap je pun dah setel..
Pi PTPTN pulak.. nak ambik surat perlepasan hutang..

YE ORANG-ORANG SEMUA..
AKU DAH TAKDE HUTANG DENGAN PTPTN!!!

Sempat laa aku merasa 20% tersebut..
Ni next entry laa aku story2..

Balik tu mak aku ajak singgah KUD..
Jenuh laa cari parking yang dekat..
Tak best pun..
Lebih kurang cam MAHA je..
Tak sampai sejam pun kat situ..
Terus ajak mak aku balik..
Lagipun tangan dia dah penuh beli macam2...

(*PADAHAL TAK GAJI LAGI.. TU PASAL JADI TAK BEST)

On d way balik.. tetiba perangai mata terpejam aku buat balik..
Nasib dah dekat dengan jejantas Sg Buloh..
Pi laa lelap mata lagi..

Sampai2 umah dah kul 7.00 malam..
Kunci pulak takde..
Start ni.. kepala aku dah berdenyut cam nak pecah..
Migrain sudah datang..
Yelah.. signal otak dah suh baring atas tilam buka econ kuat2..
Tapi... tak dapat masuk rumah..

OK.. panjang gile kan..
Ni maksudnya..
Kang 4-5 hari laa tak hapdet blog..

:))

-peace-

Tuesday, September 17, 2013

Lemau akibat jangkitan..


Bukan kena jangkitan penyakit berjangkit la..
Tapi kena jangkitan penyakit malas update blog..

:)

Menular betul sakit ni skang..
Tgk kat blog list..
2-3 orang je yg masih komited hapdet blog..

Termasuk beautifulnara :))

Yang lain.. semua mandom semacam..

Aku pun rasa mendung je..
Kekadang sehari 3-4 kali klik Compose..
Pastu kekeringan idea..
Terus tak update..

Kalau ada bahan bakar baru..
Baru laa ada update..

Sebenarnya..
Ada 4-5 Korean Movie yg aku tak hapdet...

1- Miracle in Cell No.7
2- The Tower
3- Psychometry
4- Secretly Greatly

Tapi tu ler... malas nak review..
Padahal filem2 tu semua best sangat!!!

Hari tu aku citer pasal azam nak jimat cermatkan..
Harommm kot berjaya...
Melingkup lagi ada laa..

Anak2 aku berjaya hangkut menan sorang dua last week..
Khaleef dapat Bidaman nate menda ntah..
Hasya dapat jam zapp ada kumbang atasnya..
Lepas tu g TF.. dapat lagi sorang satu menan...

Pastu aku masih pergi kedai tanpa arah tujuan..

Satu benda je aku benar2 berjaya..

Last weekend.. Pasaraya Billion jual Dynamo RM18.90 sebotol 4.4 L.
Dan.. aku berjaya tak pergi hangkut bawa balik umah..

:)

Diet pulak tengah kelautan dalam skang ni...
Berpunca dari aku makan durian start Jumaat - Isnin..
Sedap nyer wei..
Aku lansung tak boleh nak berpada-pada..

So, PADAN MUKA!!

Pagi tadi aku timbang berat...
Naik 3kg ngkooooooo...

Terus tekad nak puasa 10 hari berturut2..

Namun...

MINGGU DEPAN JELAH MULA!!

-sekian-
.
.
.


Thursday, September 12, 2013

Pemanis Semulajadi P3


Sibuk dengan gula..
Tiga hari tak hapdet blog..

Sapa yang friend dengan aku kat FB..
Tau dah kot citer gula ni..

Meh laa aku berkongsi dengan pembaca blog pulak..


Ni dia Pemanis P3..
Benda ni ada pelbagai manfaat lain..
Tapi aku just tumpukan pada DIET sahaja..
Bab-bab kencing manis.. sakit urat sendi sumer tu..
Next time..

Walau apa pun jenis diet dalam dunia ni..
Tapi kalau masih ambik gula..
Minum air manis.. makan kuih sedap..
Melantak kek... desert..  coklat...

Sorry laa nak kurus wei!!

Contohnya aku ni hah..

Diet semua masuk kategori poyo..
Sebab aku tak boleh tinggal manis..
Aku tak boleh tinggal TEH O AIS!!


Hari tu aku cuba gula Stevia Equal..
Tak boleh masuk..
Meremang semua urat esofagus aku..
Bila minum teh o ais + equal stevia..

Ada la kot pakai 2 paket..
Pastu terus masuk gobok rahsia..
Tunggu expired baru buang..
Kurang sket rasa bersalah..

Yang sedap pulak..
Kebanyakkannya ada Aspartam.. ada Saccharine..
Nak tau apa bahayanya.. boleh google..

NAK DIET JANGAN MALAS MENGGOOGLE...



Paling bestnya P3 ni..
Selain daripada 0 Carb..
Rasanya juga lazat tak macam pengganti gula yang lain..
Sebab dia estrak dari tebu hitam..
So, rasanya lebih kurang je cam gula biasa...

Sebotol ada 10ml..
10 ml ni lebih kurang 200-300 titik..
Tengok laa gaya ko memicit tu chenggane..

1 titik cukup untuk 1 mug air..

Memang manis meleting-leting..
So, sebotol ni kalau sehari 2-3 kali bancuh air pun..
Boleh tahan sebulan lebih..

Juga boleh guna untuk masakkan..
Guna wat kek.. wat desert.. wat aiskrim..
Tapi korang kena trial & error laa..
Sebab utk masak.. aku tak pasti bape bacaan titiknya..

Jika minat..
Boleh emel akak melalui emel bahan bakar..
Whatapps pun boleh..

Harga pasaran sebotol = RM43.00 tanpa kos Pos Laju..
Dengan Akak, boleh dapat special punya..

Meh torai meh...
.
.
.

Monday, September 9, 2013

Shark

Lupa pulak nak review drama ni..
Padahal dah lama siap..

Drama nikan..
Cam iras2 pulak dengan Bad Guy..
Heronya yang sama..
Heroin pun iras-iras.. tapi bukan orang yang sama..

Hat ni heroin Personal Taste..


Jalan citernya pasal dendam jugak..
Ayah hero mati dan dia sendiri hampir mati..
Disebabkan oleh family heroin..

Seorang jutawan bangsa Jepun ambil hero sebagai anak angkat..
Bila dia dah besar.. dia kembali semua ke Korea..
Dah balik tu..
Dia merancang dengan teliti..
Plot untuk membalas dendam..


Asalnya.. ayah hero bekerja dengan keluarga heroin..
Heroin ni cucu kepada pemilik Gaya Hotel..
Ayah dia ni yang asalnya jahat..

Depa ni satu sekolah..
Dari muda lagi..
Depa mmg dah jatuh cinta..

Ayah heroin terlibat dalam kes langgar lari..
Pastu atuk heroin suruh ayah hero mengaku bersalah..
Memula tu ayah hero setuju..
Tapi lepas tu dia ubah fikiran..
Lepas tu dia ambil keputusan nak beritahu polis..
Sapa sbnrnya yang bersalah...

On the way g balai tu..
Ayah hero mati dilanggar kereta secara tiba-tiba..

Hero bermati-matian nak buktikan yang ayah dia tak bersalah..
Tapi secara tiba2 dia hilang..
Dan diumumkan telah mati..


12 tahun kemudian..
Dia muncul di majlis perkahwinan heroin...
Masa ni dia dah tukar identiti..
Target dia cuma untuk balas dendam..



Heroin ni pulak..
Selepas 12 tahun..
Dia dah menjadi seorang peguambela..
Dia percaya yang hero dah mati..
Dan dia sedang siasat kenapa dan apa yg jadi pada hero sebenarnya..


Berjaya ke tidak nak balas dendam tu?

Bagi aku drama ni biasa-biasa je..
Jalan citer yg selalu sangat jadi..

:)




Selamat menduduki UPSR...


Aku menduduki UPSR..
Masa tu tahun 1991..
Di SK Kalumpang, Hulu Selangor..

Perasaan time tu tak igt dah..
Relax je kot..
Confident akan dapat 4A :)
Time tu bukan 5... 4 jer..

Selalunya camtu ler..
Calon relax je..
Yang menggelabah... mesti MAK!!

Ayah pulak selalu tunjuk cool..
Tapi dalam hati dup dap dup dap jugak..

Apa-apa pun..
Acik Zel ucapkan

SELAMAT MENDUDUKI UPSR UNTUK CALON 2013..
.
.
.
.




Thursday, September 5, 2013

Jimat.. jimat... jimat...


Walaupun aku hanya pakai Tora Terbang tahun 97..
Namun, sejak minyak naik 20 sen seliter ni..
Runsing juga woo..

Dengan keje kontrak setahun-setahun..
Yang tak pasti tahun depan apa nak jadi..

RUMIT!!!

Jangan cadangkan aku pergi cari kerja lain..
Umur nak masuk senior citizen ni..
Anak dah start sekolah..
Memang mustahil nak mulakan hidup kat tempat lain..

Syukur dicucuri rahmat..
Pasalnya aku terima cadangan MIJ hari tu..
Supaya postpone dulu beli Saga SV..
Tunggu sampai ASB bagi dividen..

Tup tup.. minyak naik..
Tetiba sayang aku pada Tora Terbang melimpah ruah..
Wpun Ferrari Merah aku tu 5 bulan dah takde econ :)

Masuk bab JIMAT..

Aku ni memang PEMBOROS skala 8/10..

Aku tak boros tang nak handbag branded..
Tak juga nak tukar handphone kerap-kerap..
Bab kasut-kasut pun tak kisah.. janji Raya ada kasut baru..
Baju-bajan aku lagi laa tak peduli.. janji MUAT sudah..

Tapi BOROS aku style lain sket..

 
AKU ADALAH PEMBORONG

Contohnya...

Kalau Dynamo ada diskaun.. harga biasa 24.90..
Minggu ni jadi 18.90..
Aku akan borong 6-10 botol sekaligus..

Kalau cashier tu kata tak boleh beli 4 sekali..
Aku sanggup kuar masuk kuar masuk beli 2-2-2-2-2..

Kalau barang takde expired date takpe jugak..
Kadang2 rasa nak menangis bila buang makanan..
Beli kemain rajin.. pastu berkepam kat dapur smpi expired..

Masa Khaleef dulu.. aku dok stock up Drypers..
Sekali tetiba dia cakap takmo pakai diaper lagi..
Terperuk dalam stor ada 5 pek..
Baru2 ni kuarkan nak bagi Hasya pakai..
Rupanya dispo diapers ni boleh berkulat..

 
GILA BELI BAJU & MAINAN ANAK

Aku beli baju Hasya dan Khaleef..
Secara puratanya 2 minggu sekali..
Tak kisah laa kat Billion ke.. TF ke..
Bundle ke.. Online ke.. Sogo ke..
Memang kerasukkan sangat-sangat-sangat...

Mainan.. purata 1 minggu 1 kali..
Itu yang aku beli..
Pastu sebulan sekali..
Aku paksa lak MIJ join sama beli mainan anak yg mahal sket..

 
PERGI KEDAI TANPA TUJUAN

Ni pun masalah juga..
Kadang2.. pergi kedai India depan umah aku tu je pun..
Boleh habis sampai belas-belas ringgit..
Beli benda2 tak perlu pun sangat..
Beli benda yang dalam fikiran aku

"Mana tau esok lusa nak guna"

Sudahnya sampai expired tak guna-guna..



TIDAK FIKIR PANJANG

Kalau aku nak satu benda tu..
Aku fikir 3-4 kali je..
Cash takde.. aku sanggup leret CC..

Dengan alasan..

"kalau tak beli nanti menyesal.."

 
HOBI YANG TIDAK MENJADI AMALAN

Aku suka kumpul novel..
Purata pembelian..
Sebulan lebih kurang 4-5 biji..

Yang peliknya..

Aku TAK MEMBACA pun..

Lepas tu hari tu aku gila kumpul Cloth Diapers untuk Hasya..

Aku TAK PAKAIKAN pun..

 
BELI UNTUK MASA DEPAN

Yang ni paling jahanam sekali.. :)

Asal orang ada je..
Aku pun nak laa juga..
Guna ke tidak itu lain citer..

Cthnya..

Mesin jahit...
Pinggan mangkuk berjenama...
Gadget2 dapur yg tak guna pun..

Sempena kos hidup bakal naik purata 10%..
Aku harus betul2 muhasabah diri..
Macamana nak kurangkan perbelanjaan..
Dan tingkatkan simpanan..

Nnt aku kongsi apa langkah2 yg aku kena buat.. ;)
.
.
.


Wednesday, September 4, 2013

Shaun-T Rockin' Body

Kerap pulak kuar bahan workout ni.. :)

Hehehe.. ada orang request..
Aku OK je..

Jangan request je pandai..
Aku dah penat2 buat..
Pastu bila tanya bila nak beli..
Jawapannya.. TAK JADI LAA KAK..

Hangin i tau!!



Satu lagi koleksi Shaun-T..
Aku dah tengok semalam..
Dan rasa yang ni lagi best dari Hip Hop Abs tu..
Namun, kelajuan dipertingkatkan..

Lebih fun dan banyak step2 baru..

Tentang masa.. variasi sket..
Ada yang dalam 15 minit.. ada 20 minit.. Paling lama 47 minit..

Satu kelainan dengan Body Rockin' ni..
Kali ni depa tak buat dalam studio..
Buat atas pentas..

Cam Turbo Fire.. ada orang ikut kat bawah..
Tapi hat ni lain..
Depan ada audience jugak..
Depa tak buat.. tapi menonton..
Cam tengok konsert lak gayanya :)


7 jenis workout..
Mengekalkan konsep ikut jadual..
Tapi jadualnya bukan 1 hari 1 workout..
Lebih kepada 2 workout untuk 1 hari..

Ikut badan korang ler..
Kalau rasa leh wat 2.. teruskan..
Kalau tak boleh.. wat 1 sudah..

Tajuk2 workout dalam set ni

1- Mark, Move and Groove
2- Party Express
3- Rock It Out
4- Disco Groove
5- Dance Party
6- Hardcore Abs
7- Booty Time


Kalau korang ada masalah dengan perut..
Shaun-T mmg the best solution..
Mana2 workout dia pun..
Memang akan tumpukan pada perut..

Diigtkan ini bukan 100% cardio hokay..
Untuk yang suka step yang fun..
Tambah pulak music yang bertenaga..
Rockin' Body ni sesuai dengan korang..
.
.

Tuesday, September 3, 2013

Sabar dan terus sabar...


Dah lebih 12 hari tak bergaji...
Dah la lepas raya..
Hati ni berkecamuk je tau..

Minggu lepas dalam sangap2 tu...
Lepas jugak kumpul duit dvd rm210.00 untuk duit insuran..
Potong 2hb..

Ni esok.. kete pulak dah smpi masa..
rm600.00 mana nak cekau..
MIJ dah bagi green light..
Suh transfer je duit dia sebagai loan..

Tapi.. cam segan ler pulak aku ni..
Loan yang buat sebelum raya hari tu tak abih bayar lagi..
Kot ye pun laki sendiri..
Lain laa kalau dia sndr pi bayar rm600 tu kat bank..

Malas nak citer sapa yang salah..
Sapa yang betul dalam hal gaji tu..
Yang di sanun mmg sentiasa betul..
Aku yang kat banat ni mmg sentiasa salah..

Bhgn ni tuduh bhgn tu..
Bhgn tu kata tak tau apa-apa..
Bhgn ni kata dah anta..
Bhgn ni lak bgtau mana ada..

Takpe laa..

Hari korangkan..

Orang kalau tak kena mmg tak merasa..
Cam orang yg dah kena ni..
Dia takkan buat orang lain camni..
Cuba depa yang kena gaji postpone camni..
Tgk meroyan tahap mana..

Moody laaa wei!!!!!
.
.
.




Monday, September 2, 2013

Brazil Butt Lift

Pasal lebih dari 3 orang yang tanya..
Maka, aku terbuka hati nak sedut BBL ni..

Dah tengok malam tadi..
Sambung sket kat opis ni..

Kesimpulan awal - susah dari 30DS.. mudah dari P90X..


BBL ni produk BeachBody jugak..
Sama laa dengan Shaun-T, Turbo Fire, P90X dsb..

Tengok tajuk pun dah taukan..
Bahagian mana yang menjadi tumpuan..
Tapi bukan setakat nak mantol ke belakang je..
BBL ni juga menumpukan pada perut dan peha..

Ramai yang komplen..
Dah kurus menggelebior la pulak..
So, boleh try Brazil Butt Lift ni..


Sebelum mula..
Kena wat analisis dulu..
Bentuk dan masalah butt kepunyaan anda..

Adakah..

1- Pear shape - ada curve tapi terlalu besar di bahagian bawah

2- Too Flat - kekurangan bentuk dan volume

3- Too Big - bulat.. penuh.. terlalu berat dan selalu tak muat :)

4- Combination - ada kesemua masalah 1-3

 

Selepas itu.. pilih schedule workut yang sesuai..
Hat ni nanti aku provide la pada korang..

Kiranya ada 4 jenis jadual berlainan utk 4 masalah yang berlainan..
Workoutnya masih yang sama..
Tapi kombinasinya berlainan..

Seperti set-set lain..
Yang ini pun kena ikut jadual..
Dan rehat 1 hari je dalam seminggu..


Tentang gerak dalam workout ni..
Lebih kurang paduan antara Zumba, Samba, Ballet dan Capoeira..
So, untuk yang suka menari..
BBL ni sesuai la sangat untuk korang..

Ada beberapa gerakkan yang high intense..
Tapi boleh diadjust mengikut kesesuaian badan..
Inilah pentingnya tonton dulu sebelum buat..
So, boleh laa dapat gambaran tentang step2 dalam ni..

Ada BASIC video..
Untuk kenalkan step2 yang ada dalam ni..

Ada juga guna resistance band (cam tali skipping tapi boleh meregang)
Pastu kena ada mat dengan ankle weight..


Selain memantol..
Boleh juga kurangkan inci..
Dan seterusnya menguruskan badan..

There are six workouts, which include:
  • Basics (20 minutes)
  • Bum Bum (35 minutes)
  • High & Tight  (35 minutes)
  • Sculpt  (50 minutes)
  • Cardio Axe (30 minutes)
  • Tummy Tuck (20 minutes)
Bum Bum is actually pronounced as boom boom and is a nickname for butt.  The program also includes a bonus DVD Bum Bum Rapido (10 minutes).  In the High & Tight workout program, you will need ankle weights and resistance bands for this particular workout routine.
So,

Ada sesapa beran nak try :)
.
.
.

Harga RON95 dan diesel naik 20 sen bermula 3 September


Aku call MIJ suh full tank kan kete dia..
Sebab aku pasti..
Dia dan pejabat pos memang tak tau apa-apa..

Dia sampai2 je..
Terus tanya..

"Kete mami dah full tank?"

"Tak.. mami malas nak pi petrol pump.."

Tu dia..

Balasan santai seorang pemakai tora terbang :)

Memang malas pun..
Kena pulak aku tak gaji lagi..
Tak dapat bonus lagi..
Tunggakkan pun tak nmpk bayang lagi..
Kenaikkan gaji ntah hade ntah hidak..
Ganjaran agaknya 10 tahun depan kang baru dapat..

Maka..

Aku skang dalam MODE PASRAH!!


.

.
.

Sunday, September 1, 2013

Ada apa dengan Hasya...


Hari tu aku tulis..
Nak bentikan hasya nenen lepas balik Phnom Penh..
Nampaknya masih tidak berjaya..
Makin menjadi lagi ada la..

Hari tu aku igt nak kering dah..
Sebab sakit semacam..
Rupanya kembali meriah..

Rezeki Hasya laa nampak gayanya..


Comei ni.. makin petah bercakap..
Dalam kete tu.. suara dia saja..
Abang dia pun tak leh cerita hape dah..
Dia je yang boleh citer...

Penat bercerita..
Dia start nyanyi pulak..

Mesti mula dengan lagu Pon Pon Pon Pon...
Kereta kecil bunyi..
Marilah mami mari naik..
Jom kita pergi rumah nenek...

Kalau naik kete malam..
Lain pulak lagu dia..
Mesti nyanyi lagu Aci Aci Buka Pintu..

Ada satu lagi lagu dia suka nyanyi..
Lagi Nenek Si Bongkok Tiga..
Ni sumer dia dapat dari youtube..

Pastu kang tetiba..

TOLONG... TOLONG...
Ada serigala di sini..
MANA... MANA...

Oh ya.. dia dah boleh baca doa makan :)

Nasib laa Hasya ni tak pelat sangat macam abang Kalep..

Umur Hasya dah 2 tahun 8 bulan..
.
.
.