Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Tuesday, October 29, 2013

Good Doctor

Drama ni baru habis kat Korea..
Kat Malaysia masih tayang lagi kot..

Genre kegemaran aku..
Medical drama television series..
Tapi ni lain sket..

Citernya pasal seorang doktor yg cemerlang..
Tapi dia ada masalah autisme..


Hero yang kedua dari kanan.. Park Shi On (PSO)..
Dia ni mmg ada masalah perkembangan dari kecik..
Kena pulak ayah dia benci dengan dia..
Dan dia menjadi mangsa dera ayah dia..

Disebabkan masalah autism ni..
Dia tak masuk sekolah biasa.. tapi masuk sekolah khas..
Kat situ.. barulah terserlah yang dia ni sebenarnya seorang genius..

Walaupun mental dia baru tahap budak umur 10 tahun..
Dia ada memori yang sangat bagus..
Untuk anatomi badan manusia..
Sehinggakan part2 yang manusia biasa tak tahu..
Tapi dia tahu..
Apa yang dia baca.. semua dia ingat wpun secara praktikal..

Masa dia kecik.. dia pernah kemalangan kat lombong dengan abang dia..
Dia diselamatkan oleh seorang doktor..
Lepas kejadian tu dia selalu jumpa doktor tersebut..
Dalam masa tu laa doktor tu sedar yang hero ni ada kebolehan luar biasa..
Dengan bantuan doktor tersebut..
Dia berjaya jadi Pediatric Surgeon..



Heroin pulak.. Cha Yeon Seo.. CYS..
Dia seorang yang gila kerja..
Dia minat nak jadi doktor selepas jadi sukarelawan kat hospital..
Selepas tu dia masuk Medical School terbaik di Korea..
Dan grad sebagai 2nd best student..

Dekat hospital tu..
Dia baik dengan hero..
Dia selalu bagi semangat kat hero bila hero kena marah atau buat silap..


Ada satu lagi hero..
Tapi dia ni bukan doktor biasa..
Dia dah tahap professor..
Dia dah ada tunang..
Tunang dia adalah anak kepada hospital owner..

Dia seorang yang cold hearted perfectionist..
Ada sejarah kenapa dia jadi camtu..
Dia salahkan dirinya atas kematian adik dia yang ada masalah autism juga..

Pasal tu juga.. dia layan hero dengan teruk..


Aku suka drama ni..
Ada masa lawak..
Ada masa suka..
Ada masa marah..

Tapi bila tiba part sedih..
Sampai kuar air hidung punya sedih..

Oleh itu...

Sila tengok drama yang best ni :)
.
.
.





Monday, October 28, 2013

Vietnam 2 Part II - Kali ni cuba naik bas..


MIJ 1st time pegi Saigon..
Dia igt seronok sangat ler kot..
Sekali pi sana kain.. pi sana telekung.. pi sana cotton..
Pi sana baju.. pi sana tudung...

Serik dah kot :))


Yang lepas kami naik teksi..
Tapi kali ni nak lebih adventure..
Cuba naik bas pulak..
Sebab sebelum pergi aku ada google2 pasal naik bas di Saigon..

Bas dari Airport nak ke Ben Thant nombornya 152...
Memang ada je kat airport tu.. bas kat sana kerap..

Mudahnya sebab semua bas akan lalu dan benti..
Di satu stesen kecik berhampiran dengan Ben Thant..
Dan.. yang paling best sekali murah dan menjimatkan..

Kalau naik teksi Vinasun..
Lebih kurang dari airport ke Ben Thant dalam 8usd - 10usd..
Convert RM.. dalam rm25 - rm30

Naik bas...

1 orang = VND 5000 = RM0.80

Ada tip gak nak lagi jimat..
Beg sila riba tak pun pakai..
Kalau letak kat seat sebelah.. atau atas lantai..
Even takde orang.. dia akan caj 1 tiket lagi..
Maknanya kena bayar extra VND5000..

Tapi.. apa laa sangat 80 sen tukan..

Naik ikut pintu depan..
Terus bagi VND5000..
Kalau takde.. cari pemandunya..
Nanti dia akan tukarkan duit dan bagi tiket..


Cam bas kat KL je kan..
Selesa.. ada econ..

Aku ni sebenarnya last pi HCM..
Adalah setahun yang lalu..
Jadi aku dah ingat2 lupa kawasan area Ben Thant ni..

Sampai kat stesen bas..
Aku dok bayang besar cam Stesen Bas Tg Malim tu..
Rupanya kecik je..
Sudahnya aku tak turun..

Bila bas nak pusing balik ke airport..
Omputeh tu toleh belakang dan cakap..

BEN THANT.. BEN THANT..

Baru laa aku tau bas dah pusing balik..

Aku main semborono je tekan loceng..
Driver bas tu pun bentikan bas..
Kat sana bas tak boleh benti sebarang..
Mesti benti  kat bus stop..

Pastu jalan kaki balik arah Ben Thant..
Aku main agak2 je..
Nasib baik sampai juga ke Boss 1..

Kalau nak pusing2 Saigon..
Korang boleh je naik sebarang bas..
Sebab akhirnya bas tu akan pusing balik ke Ben Thant..
Cuma..
Antara lama dengan sekejap je untuk pusingan tersebut..

:)

Friday, October 25, 2013

Vietnam II Part I - KO NAK AKU BOLEH BAGI!!!

Citer datang belum ada..
Tetiba terus citer balik..

Aku tau ramai yang tunggu apa kes dekat epot HCM ni..
Sebab epot ni mmg terkenal dengan HORROR nyer..
 

Memula aku bagi TIP dulu..
Aku tau ramai yang akan tergoda dengan wooden ship ni..
Sebab kat sana.. harganya mmg murah yang hamat..
Kat sini boleh cecah ratusan sebiji..
Kat sana.. puluh2 je dah boleh dapat..

Maka, MIJ yang tak beli apa..
Beli laa benda ni..
Tak cukup satu.. dia beli dua.
Satu untuk adik dia..

TIP - kalau beli kapal ni.. make sure korang takde hand luggage lain. Jika tidak.. pastikan kapal ini muat masuk dalam beg untuk di check in.

Disebabkan kapal ini..
Aku telah diganggu oleh MAKHLUK KEJAHATAN kat epot tu..


Oleh sebab kapal ni ada 2..
Maka aku suh pekedai tu bubuh dalam 1 beg plastik besar..
Untuk dijadikan sebagai 1 hand luggage..

Namun.. staff AA tak bagi..
Dia suh jadikan 2 kotak kapal tersebut sebagai 2 hand luggage..
KETAHIAN telah berlaku di situ..

Kami 4 orang..
Ada 3 hand luggage dan 2 kotak..
Maknanya 1 hand luggage perlu dikorbankan..

Aku takkan korbankan telekung..
Maka aku decide untuk korbankan wooden ship tersebut..
Kiranya aku ambil keputusan untuk tinggalkan 1 kapal..

Tiba-tiba..
Tak tau laa staff tu dapat hidayah dari mana..
Dia benarkan aku bawak kedua-dua kotak tersebut sebagai hand luggage..
Tapi dia tagkan 1 kotak bersama 1 beg yg beratnya kurang 4kg..
Katanya kotak itu mesti dipegang oleh pembawa beg..

Aku pun OK jelah..

Rupanya..
MAKHLUK KEJAHATAN di sebelah staff tersebut tidak puas hati..
Tapi dia tak kacau aku time tu..
Maybe takmo kewibawaan kawan dia tadi tercemar..

Lepas tu..
Aku disuruh ke bilik KASTAM yang menjadi igauan ngeri semua oang..
(Bab COFFEE HOUSE ni aku citer di entry lain)

Abih semua checking2..
Aku pun turun ke bawah kat departure hall..
Igt dah selamat laa dunia akhirat..

Rupanya si jahat tadi..
Turun ke bawah..
Dia buat2 masuk tandas dan dari tandas tu makcik aku cakap dia intai..
Tetiba dia serbu tempat kami menunggu dan ambik passport kitaorg..

Dia suruh susun semula hand luggage.. dia nak kira..
Cam vavi kecelakaan betul!!

Malangnya bagi dia..
Akak ni otak agak bergeliga juga..
Sampai bawah..
Kami punggah balik hand luggage..
Dan susun supaya 1 lagi kotak kapal tersebut tidak kelihatan..
Kotak tersebut telah masuk ke dalam beg..
Dan ditimpa dengan telekung..

Pastu lebihan2 telekung telah disumbat ke dalam handbag & hand luggage lain..

Maka dia tak jumpa laa kapal tersebut..

Dan dia berlalu dengan JELINGAN MAUT!!


Ingatkan tamat di situ..
Rupanya.. dia syak aku sorok kapal tu somewhere dalam epot tu..

Kejap2 dia lalu..
Kejap2 dia lalu..

Eee.. kalau laa kat negara sendiri..
Nak je aku menjerit dekat makhluk tersebut..

Sampai laa masa untuk boarding..
Aku pun beratur..
Koyak tiket dan masuk menghala ke pintu flight..

Tetiba.. dalam 10 langkah lagi nak masuk flight..

AKU DITARIK!!!!

Dan passport aku sekali lagi dirampas!!!

Masa ni telinga aku tetiba panas menyirap!!

Kali ni aku direct tanya

WHAT DO YOU WANT?

Dia cakap.. i want to check your passport and boarding pass..

Mulut aku cam dah ringan sangat time ni..
Cam nak membabi orang dah!!

Mata dia bukan tengok sgt passport tu..
Dok cari kotak kapal yg aku dah sorok tu..
Dia igt kalau dia tangkap aku selepas pintu boarding..
Kotak kapal tu akan muncul balik..

KO INGAT AKU BANGANG CAM KO!!

Lepas dia bagi balik Passport..
Aku terus membising..
Tapi aku cakap MELAYU..
Biar dia tak paham.. tapi dia tau aku marah!!

Sampai terkeluar pulak..

KALAU KO NAK.. CAKAP!!
AKU BOLEH BAGI!!!

Orang yang dah hulur duit kopi awal2..
Boleh bernafas lega..
Sapa yang belum kena..
Korang jangan laa senang hati sampai laa flight betul2 nak berangkat..


Depa akan cari salah walaupun takde salah apa..

KESIMPULANNYA

1- Jangan beli wooden ship
2- Jangan beli barang ngam2 dengan KG luggage.. kurangkan dalam 2kg - 3kg
3- Hand luggage wpun tulis 7kg.. make sure dalam 6kg sudah
4- Jangan sorok barang dan masukkan balik selepas di tag. Ada yg kena naik atas balik dan timbang semula hand luggage.
5- Layankan je walaupun makhluk kejahatan ni nak tengok passport 40 kali

Serik?!!

Tak.. nak pergi lagi dan lagi dan lagi... :)
.
.
.

Saturday, October 19, 2013

Who Are You

Satu lagi genre fantasy..
Kalau The Master's Sun..
Romantic Comedy Fantasy..
Hat ni lain sket..
Romantic Action Fantasy..
Pasalnya.. hero dengan heroin adalah detektif!!


Heroin..
Boleh nampak apa yg manusia lain tak boleh nampak..
Maknanya dia boleh tengok hantu..

Oleh itu, dia selalunya lebih tahu dari orang lain..
Hantu-hantu yang dia nampak tu..
Akan minta bantuan dia utk setelkan perkara sebelum mereka jadi hantu..

Hero pulak.. Taecyon 2PM..
Partner kepada heroin..
Depa 2 ni keje detektif
Keje bahagian lost & found.
..
Dia pulak tak percaya dengan hantu-hantu nih..
Dia hanya percaya pada apa yang dia boleh lihat dan sentuh..


Kisah camne heroin ni dapat kelebihan nampak hantu ni..
Lebih kurang cam Master's Sun..
Dia pun koma juga lebih kurang 6 tahun..
Bangun dari koma tu.. dia dah boleh nampak hantu..

Oleh kerana depa ni kerja bahagian lost & found..
Hantu2 yg dia jumpa..
Selalunya berkaitan dengan barang2 yg terdapat di jabatan itu..

Selesai kes..
Barulah hantu2 tersebut rest in peace..


Ada love triangle dalam drama ni..
Tapi bukan manusia-manusia-manusia..
Lain sket sbb orang ketiga itu adalah HANTU..

Hantu lelaki tersebut merupakan kekasaih heroin sebelum dia mati..
Dia mati akibat satu kemalangan semasa bertugas..
Dia tak boleh tenang di alam lain..
Disebabkan cinta dia pada heroin..



So,

Kalau nak tahu sapa yang dapat heroin..
Hero betui ke..
Hero hantu ke..

Jangan lupa menonton ye..
.
.
.

Saturday, October 12, 2013

Resepi Pucuk Ubi Goreng Berlada Udang Kering


Ni kalau arwah wan aku masak..
Sebelah periuk nasi habis aku makan sorang-sorang..

Kalau mak aku masak lak..
Mesti dengan udang geragau yang halus tu..
Perrrghhhhh !!!

Aku lak.. pandai buat ni dengan ikan bilis @ udang kering sahaja..

RESEPI

Pucuk Ubi bape banyak suka... rebus smpi empuk..
Tos dan PERAH sampai betul2 kering..

Tumbuk cili merah + cili api smpi lumat..
Pastu tambah bawang hiris sebiji + serbuk kunyit sket..
Tumbuk lagi manja2.. jgn smpi bawang hancur.. sket2 udah..

Panaskan minyak..
Tumis yang tumbuk tadi tu smpi garing... + garam sket..
Pastu masuk udang kering..

Pastu masuk pucuk ubi tadi..
Goreng sampai pucuk ubi tu garing!!

SIAP..

Kalau guna ikan bilis lain sket..

Goreng ikan bilis pastu ketepikan..
Tumis cili tumbuk pastu masuk pucuk ubi..
Ikan bilis goreng tadi last masuk sebelum tutup api..

Ni kena makan dengan nasi panas renjis kicap manis..

Perrrghhhh wa cakap lu :)
.
.
.

Thursday, October 10, 2013

Khaleef & Hasya di Sungai Kerian..













Baru ni balik kampung sekejap..
Memang sekejap sangat..
Sampai dalam kul 1.00 tgh hari..
Kul 4.30 ptg dah bertolak balik Tg Malim..

Lama tak pergi Parit Buntar..
Jalan pun dah berubah..
Aku pi Pekan Lama pun sampai sesat2..

Khaleef ngn Hasya kemain suka tgk sungai besar ni..
Sungai Kerian ni pemisah antara Perak dengan Kedah..
Belah sini Parit Buntar, Perak..
Belah sanun Bandar Baharu, Kedah..
Sebelah satu lagi.. Nibong Tebal, Pulau Pinang..

Cam aku kat sini la...
Tg Malim, Perak..
Seberang Sg Bernam.. dah masuk Hulu Selangor, Selangor..

Sungai ni ada kisah sedih gak disebaliknya..
Dulu-dulu jambatan yang menghubungkan dua sungai ni takde..
Kena naik feri..
Feri ni pulak.. pakai kabel yang akan tarik dari sebelah sini ke sebelah sana..

40 tahun sudah.. ada tragedi feri karam kat Sg Kerian ni..
Hari kejadian hujan lebat.. arus kuat..
Menyebabkan kabel putus..
Dalam feri time tu ramai budak sekolah dalam bas..
Tragedi Sg Kerian ni mengorbankan 27 orang..
Kebanyakkannya murid sekolah SJK(C) Kerian..


Feri ni yang besar cam Feri Pulau Pinang tu..
Kereta.. bas.. motor semua boleh masuk..
Pemandu feri tersebut merupakan wira dalam tragedi ni..
Dia berjaya menyelamatkan 7 orang murid..
Malangnya.. dia sendiri akhirnya lemas kerana kepenatan..

Lepas tragedi ni.. perkhidmatan feri diberhentikan serta merta..
Dan Jambatan Sultan Idris dibina..
Kalau dulu.. dalam penghujung 90-an..
Masih ada lagi bot-bot kecil yang angkut penumpang menyeberang..
Skang dah takde dah..







Tuesday, October 8, 2013

IdeaTab A3000-H

Mesti ada yang tanya..
Apsal tak ambik Samsung?
Iphone?

Jawapannya..

AKU TAKDE DUIT BANYAK!!

Lagipun aku selalu beranggapan yang galaxy2..
Ai buah epal semua tu..

OVERPRICED!!

Galaxy Y aku tu sebenarnya takde masalah pun..
Selain daripada camera kelabu..
Pastu satu yang jadi masalah sangat ialah..
Memory terlalu kecik..

Bayangkan.. HP aku hanya ada Whatapps..
Itu pun sehari 18 kali anta mesej..
Insufficient memory..

180MB.. sangat zaman batu tau!!

Yang ini..

Hehehe... 16GB!!

Pastu tadi tokei kedai tu bagi lagi memory card 8G..

13.08G of free space that can be crammed full with apps and games... :)


Tak sempat tunggu Android Kit Kat :)

Yang ni dapat Android 4.2 Jelly Bean..
Bukan yang latest jugak laa..
Tak kisah laa tu..
Setakat nak main Candy Crush.. bantai laa android version berapa pun.. :)

Satu lagi yang best..

DUAL SIM.. 1 UTMS.. 1 Phone only..

Sebelum ni kalau aku nak online guna data..
Aku terpaksa tukar sim digi masuk handphone..
Pastu sim celcom letak tepi kejap smpi aku habis online..

GIGIH sangatkan!!

Processor = QUADCORE 1.2GHz Cortex-A7 dengan 1GB RAM..
Sama je dengan Tab 3..


Y aku tu.. main camera 2MP..
Yang baru ni.. 5MP..
Boleh laa aku instagram smpi pitam pasni.. :)

Boleh laa nak keek..
Sebelum ni.. nak install pun tak boleh :))

Kalau dicomparekan A3000-H ni dengan Tab 3..
Tak banyak beza pun..
Yang beza.. harga laa..
Dipisahkan RATUSAN  RINGGIT :))

Boleh baca perbandingannya..
Klik SINI



Ok panjang dah citerkan..
Meh nak citer pasal harga lak :)

Kalau korang google2 kan internet..
Boleh jumpa yang lagi murah dari harga aku beli..
Ada yg offer RM642.00
Tapi aku tak biasa beli benda2 camni online..
So, aku pilih untuk beli kat kedai sini je..

Kalau pi KL pun.. minyak tol makan minum apa bagai..
Sudahnya jatuh harga sama gak cam kat sini..

Aku beli ni hanya.. RM699.00 :)
Free cover.. screen protector.. micro SD 8G..

Ok laa kan..
.
.
.

Monday, October 7, 2013

Nenek pun surrender...


Memang sengaja cari gambar dia yang cumel2..
Kalau Khaleef ni tak besar-besar..
Comel montel camni selama-lamanya kan bagus :)

Makin besar..
Makin menguji kesabaran..
Dah laa mami dia ni saka rimau dok stand by je nak muncul..


Tak tau la apsal dengan dia dua tiga bulan ni..
Lansung.. lansung.. lansung..
Tak mau buat kerja sekolah..

Kat buku latihan dia melambak2 cikgu tanda..
SIAPKAN.. SILA BUAT..

Ni cucu GB ni!!

Cucu gurubesar sekolah cluster..

Wat malu nenek dia je..


Stress laa tau dak!!

Nenek yang berpengalaman jadi cikgu hampir 40 tahun..
Pun naik histeria dibuat dek Khaleef..

Nenek dok pesan..
Jangan marah2 dia..
Nanti dia tension.. lagi dia buat perangai..

So, nenek ambik pendekatan psikologi laa sangat..
Pujuk dia baik2 suh buat keje sekolah..
Yang bertimbun2 sbb dia tak nak buat..

Heheheh..

Last2 ibu dia cerita..

Nenek menjerit2 hilang sabar dengan Khaleef..

Dah kata dah.. dia ni psiko2 semua mmg tak jalan..

Kalau nak psiko dia..
Heret masuk dalam kereta..
Start enjin.. bawak pi BALAI POLIS..

Tu baru betul SAKA RIMAU STYLE!!


Minggu ni peperiksaan akhir..
Dia laa murid paling confident sekali...
Anak2 orang lain tunggang langgang menelaah buku..
Dia tungging terbalik main PS2..
Boring PS.. layan internet pulak..
Game online bosan.. dia alih tengok tibi pulak...

KO TAK YAH SELAK-SELAK BUKU KE KHALEEF?

TAK PAYAH MAMI, KALEP DAH PANDAI!!

Ok!! tanda seruan!!!

Apa aku selaku mami nak balas.. bila anak dia kata DIA PANDAI!!

Takkan nak balas.. MANA ADA PANDAI!!

Lebih teruk.. kalau mami TERSEBUT benda bukan-bukan..
Cakap mak tukan doa..

Lebih baik aku lapangkan dada...

Ambik pendekatan... LANTAK KO LAH..



Papa dia ada juga bising-bising.. bebelkan dia...
Ugut nak rotan dia sebab takmo buat keje sekolah..
Tapi belakang2 aku cakap kat Papa dia..

SIMPAN JELAH TENAGA DAN SUARA TU..
CAKAP DENGAN KALEP...
UMPAMA CURAH KENCING KE DAUN KELADI..





Harap-harap.. bila umur dia makin meningkat..
Perangai pun akan berubah jadi lebih baik..


Arrrgghhhhh

AKU STRESS!!!!


Thursday, October 3, 2013

The Master's Sun

DRAMA WAJIB ADA...

Koleksi wajib ada untuk peminat Kdrama..
Aku terjebak masa dah episod 6..
Pastu menyeksa jiwa nak tunggu Rabu - Khamis setiap minggu..

Dari segi BINTANG...

Drama ni aku bagi 5 1/2 bintang :)


Hero dengan heroin..
Hero nama Joo Jong Woon.. JJW
Heroin nama Tae Gong Shil... TGS

Genre drama ni..
Romantic comedy fantasy..

JJW adalah Presiden sebuah pusat membeli belah yang lengkap dengan Hotel..
KINGDOM..
Dia ni berperangai Mr. Arrogant..
Dalam kepala dia penuh dengan pemikiran nak untung besar je..

TGS pulak.. asalnya adalah seorang yang ceria.. cerdik..
Tapi selepas dia mengalami kemalangan jatuh gunung..
Dia koma bertahun-tahun..
Selepas bangkit dari koma..
Sesuatu yang luar biasa jadi kat dia..

DIA BOLEH TENGOK HANTU!!

Dan hantu selalunya akan datang minta tolong pada dia..
Oleh itu TGS sentiasa hidup dalam ketakutan..
Dia tak boleh nak kerja..
Tak boleh nak bersosial..
Hanya terperap dalam bilik..
Dan tolong hantu-hantu yang minta tolong pada dia..


Namun, satu benda ajaib telah berlaku..
Satu hari dia terserempak dengan JJW..
Bila dia tersentuh dengan dengan hero..
Hantu-hantu yang ikut dia serta merta hilang..

Jadi TGS rasa dia perlukan JJW untuk jadi pelindung dia..
Dia cuba dapatkan kerja di KINGDOM utk sentiasa dekat dengan JJW..



JJW ni ada peristiwa pahit yang berlaku masa dia remaja..
Dia dicolek oleh seseorang..
Dan ditebus dengan rantai berlian mak dia..
Bernilai 10 billion won..
Namun, masa dah lepas tu..
Makwe dia time tu mati dalam letupan kereta..

Oleh kerana terlalu trauma..
JJW hilang kebolehupayaan membaca..

TGS boleh nampak hantu kekasih lama JJW..
JJW rasa kekasih dia tu terlibat dalam pencolekkan dia..
Dan dia mahu hantu kekasihnya beritahu..
Di mana rantai berlian itu tersorok..
Dan siapa partner kekasih dia yg colek JJW..

Oleh sebab itu..
Bila tahu TGS boleh nampak dan berinteraksi dengan hantu..
JJW ambil TGS bekerja di samping dia..


Part yang paling best dalam drama ni..
Setiap minggu.. TGS dan JJW ni akan selesaikan 1 kes hantu..
Maknanya setiap episod akan ada jalan cerita yang berbeza..
Dan takde to be continued..
Kecuali citer pasal ex-gf JJW la..
Hat tu masuk episod 14-15 baru settle..

JJW yang mula2 tak percaya.. tak nak terlibat..
Sikit demi sikit.. mula bantu TGS..
Wpun dia nampak sangat arrogant (hehe tetiba pandai guna perkataan ni)
Tapi dia sangat-sangat ambil berat pada TGS


2nd hero... ni yg buat akak leleh..
Kang Woo..
Dia ni Chief Security dekat KINGDOM..
Dan merangkap jiran kepada TGS..

Dia suka gak heroin..
Memula heroin suka dia jugak..
Aku setuju sangat-sangat..

Kang Woo ni sebenarnya spy bagi pihak ayah JJW..
1st time jumap TGS.. dia dah jatuh suka..
TGS suka dia sbb dia gentleman..
 
Tapi..
Mana pernah 2nd hero berjaya dapat heroin..
Mesti laa dapat kat hero juga..

Oleh sebab hero ni dari kalangan kaya raya..
Memula tu ada juga ler tentangan keluarga dia..
Namun, dalam family JJW ni..
Takde sapa berani bangkang cakap dia..

Cumanya TGS rasa yang kehidupan dia bersama hantu..
Akhirnya akan menyusahkan JJW..
Ada sekali tu..
JJW hampir mati sebab tolong TGS..



AKHIR KATA

TAK TENGOK = RUGI :)

.
.
.


Love You Mr Arrogant..

Satu lagi citer Kahwin Paksa..
Tu sebab aku tak baca agaknya..
Bosan dengan jalan citer yang boleh diagak..

Apsal beli?!!

Akukan mendukung aspirasi kerajaan..
Membazir selagi boleh.. :))


Yang dah tengok drama ni tau kot apa intipatinya..

Pasal takut hilang harta..
Irham paksa Zaara yang berhutang 5 ribu dgn dia..
Kahwin..

5 ribu tu datang dari accident yang tak seberapa..

Idak ke pelik..

Dah laa si Irham ni yang langgar..
Pastu tak nak claim insuran..

Kalau report polis pun..
Orang yang dilanggar akan lepas..
Orang yang melanggar yang akan sabit kesalahan..
Siap kena sama RM300.00

TAK LOGIK!!


Namun.. aku terjebak gak dengan drama ni..

Rasanya drama lagi best dari novel..

Mungkin atas faktor umur..
Novel ni bagi aku terlalu ringan..
Baca banyak skip sbb apa aku jangka mmg betul..

Boleh laa kalau korang peminat bacaan santai..

Tapi.. kalau ko peminat Ramlee Awang Murshid..
Aisya Sofea.. Mimie Afinie.. Hlovate.. Noor Suraya..
Novel ni mmg tak taste la.. :)

Takmo citer apa jalan citer seterus novel ni..
Spoiler bagi sket2 sudah..
Kalau dah tak sabar sangat..
Sila la beli.. :)

Boleh baca SINOPSIS 4 1/2 BINTANG di SINI
.
.
.