Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Wednesday, November 20, 2013

Semua STRESS!!



November mmg bulan stress kot..
Kalau kat FB tu..
Sana sini status stress..
MakcikRehan sorang je kot..
Buh status SWEET giler :)
Yang lain2 stress medang..

Ada yang stress pasal diet ke bulan bintang..
Aku stress tak?
Jawabnya tak..
Pasal?
Pasal aku tak diet..
So, mana datang stress :))

Ada yang stress pasal cuti sekolah..
Aku stress tak?
Jawabnya.. stress sikit..
Pasal?
Pasal aku hadap budak ni malam & sabtu ahad..
Kan aku kerja...

Ada yang stress pasal boss..
Aku stress tak?
Jawabnya tak..
Pasal?
Pasal kat opis serba kecik tu aku boss :))
Kah Kah Kah!!

Ada yang stress pasal kerja..
Aku stress tak?

OK JUMPA DAH PUNCA AKU STRESS!!

Kerja rupanya..

Apa impak PID pada komuniti?
Relevankan PID pada komuniti?
Bolehkah PID lestari?

PID = PUBLIC PHONE

Setujukah semua dengan persamaan ini..

Public phone semakin dilupakan di zaman serba canggih  ni..
PID pun dah sampai penghujung nyawa..
Lepas ni takde orang nak pakai PID..
Maklum laa semua dah di hujung jari smart phone..

Ye ke?

Tau tak..

Ada ramai orang datang PID..
Bertanyakan soalan..

BAGAIMANA NAK TOP UP HANDPHONE SAYA NI?

Tu yang canggih sangat konon!

Poodah!!
.
.
.

Thursday, November 14, 2013

Khaleef Aisy dan Darjah 1


Kalau tengok kat FB..
Yang kongsi result anak..
Mesti result anak dia gempak..
Darjah satu.. straight BAND 6..
Mau tak bangga :)

Pastu hari ni UPSR punya resultkan..
Rata-rata yang anak dapat 5A je yg buh status..
Kesian pulak yang tak dapat straight A..
Cam tak punya hak pulak untuk diwar-warkan dalam FB..

Jangan macam tu ibu bapa sekelian..
Apa pun keputusan anak..
Kalau orang lain share.. kita pun share jugak..
Itu membawa makna kita bangga dengan anak sendiri..
Kita terima dia seadanya..


Ok.. meh cerita result anak sulung aku ni..

Pencapaian dia sangat sederhana..
Tipu laa kalau aku kata aku OK dengan result dia tu..
Sebab aku ni masa sekolah..
Termasuk dalam golongan pandai laa jugak.. :))
So, bila anak punya pencapaian biasa-biasa je..
Mestilah kuciwakan..

Aku tak tunding 10 jari kata salah pada dia..
Cukup tunding 2 jari je..
Yang lain biar tertunding ke diri sendiri..

Aku mmg tak pantau pelajaran dia sangat..
Pastu aku layankan semua kehendak dia..
Tanpa syarat pulak tu..
Ada orang.. bila anak nak sesuatu..
OK.. sila dapat Band 6.. baru mak bagi..
Anak2 aku tak camtu tau..
Kadang2 benda yang depa tak nak..
Aku yang menghegeh2 belikan..

Pastu bila dia semangat nak belajar..
Aku lak sibuk memproses dvd..
Sibuk masuk subtitle..
Paling hantu sekali..
Mak sibuk dengan FB nak oi..
Boleh tak ko tepi sket!!!

Ini kira tamparan hebat juga buat aku..
Ikutkan aku dah down sejak mak aku bgtau result Kalep..
Pastu g lak sain report paper..
Lagi bertambah2 down aku..
Pastu tengok pulak status2 kat FB..
Lagi tambah stress..

TAKPE WAHAI ANAKKU..

Darjah 1...
Bukan pengakhiran hidup pun..
Darjah 1 dengan Tingkatan 5 tu panjang lagi masa..
Sebelum paksa Khaleef berubah..
Mami dan Papa kena berubah dulu..

Kita start cuti sekolah ni ye..
Mami cuba tak drastik sangat..
Khaleef ni emosi dia selalu tak stabil..
Cikgu pun komen yang sama tadi..
Dia takkan sama hari-hari..
Ada hari yang dia sangat luar biasa nakal..
Ada hari dia ok..
Ada hari dia tak peduli apa2 pun...

Ok.. result keseluruhan Khaleef

B. Melayu - 3
B. Inggeris - 3
B. Arab - 3
P. Islam - 3
Seni Visual - 3
Matematik - 4
Sains - 4

Linus = Lulus

Apapun..
Mami tetap ucapkan TAHNIAH pada Khaleef..
.
.
.

Friday, November 8, 2013

Bersemadilah dengan aman.. Kerik...



Pemergian yang sangat mengejutkan..
Bayangkan 2 minggu sudah..
Baru je kami sedara mara semua menatap gambar anak dia yang baru lahir..
Tetiba semua dikejutkan dengan berita dia masuk hospital..


Malam tu juga semua kami bergegas ke Hospital Sungai Buloh..
Wpun doktor tak bagi harapan..
Semua bagaikan tak mahu percaya..
Semua mengharapkan esok Kerik akan buka mata..
Berbicara kembali dengan nada ramah..
Dia yang suka gelak besar akan kembali ketawa..

Kerik ni masa kecik-kecik dia..
Cukup nakal..
Lebih kurang yang baya-baya aku..
Dia yang paling muda...
Tapi..
Kalau dia balik umah atuk..
Memang habis semua sepupu-sepupu kena buli dengan dia..
Termasuk laa aku jugak :)

Kalau kamiorang main masak-masak..
Dia akan datang kacau bilaukan masakan kami..
Kalau kamiorang main buat rumah pasir..
Dia akan datang runtuhkan semua..
Kalau kamiorang main kahwin-kahwin..
Dia yg akan jadi pengantin lelaki..
Belum sempat tepung tawar..
Dia dah lari cabut main benda lain pulak..

Kenangan manis kami ni..

Bila aku masuk asrama..
Mula tu laa jarang jumpa..
Sampai laa.. satu masa..
Tetiba kami semua dah besar panjang..

Kerik dah tak nakal macam dulu..
Sifat dia yang paling diingati..
Dia sangat hormat pada orang tua..
Semua orang tak kira peringkat umur..
Senang berkawan dengan dia..
Dia boleh masuk regu dengan sapa2 je..



Perangai Khaleef anak aku skang ni..
Sangat mirip dengan dia masa dia kecik..

Kalep ni sedang di alam nakal..
Takmo dengar cakap..
Selalu buat aku marah.. naik angin..

Sampai pernah terkeluar dari mulut aku..

APALAH NAK JADI DENGAN KHALEEF NI?!!

Tetiba mak aku bagi ayat..

CUBA KO TENGOK HAZRIK..
DULU KEMAIN NAKAL LAGI..
TENGOK DIA SEKARANG MACAMANA?

Ye.. inilah ayat yang mak aku cakapkan..
Dan sangat melegakan hati aku..
Nakal masa kecil.. tak semestinya membawa sampai ke besar..
Kerik mmg 100% tak sama dengan dia masa umur 7-10 tahun dulu..
Aku harap sangat Khaleef akan begitu juga..


Kehilangan sepupu aku ni sangat dirasai..
Apa pun kami semua redho..
Harap Ika, Akma, Cik Jaiz tabah hadapi dugaan yang sangat berat ini..





Wednesday, November 6, 2013

Sabun Marine Essence

Tgk gambar pun dah tau sabun apa nikan..
Ni ler sabun Marine Essence.
Atau nama kampung dia SABUN KETIAK!!

Wpun nama dia cam lawak-lawak gitu..
Percaya laa.. manfaat sabun  ni terbaek hokay :)

gambar cr : top agent Perak :)

Pada asalnya..
Bukan aku yang nak guna sabun ni..
Ingat nak cuba pada anak buah yang kena eczema..
Tapi disebabkan dia dah start berubat guna produk lain..
So, aku hold la dulu nak cuba pada dia..

Maka..

Pada sabun ni terbiar begitu saja..
Aku pulak laa yang try..



Apa masalah aku?!!

Aku rasa.. makhluk-makhluk comel GEMbira seluruh dunia ni..
Akan mengalami masalah kehitaman di tempat yang sama..
Cam aku ni..
Belakang leher.. berkerak hokay!!

Namun, sorry sebab tak dapat tepek gambar kat sini..
AURAT!! :)

Dengan khidmat nasihat pakar..
Iaitu Kak Azmiah Azri..
Aku pun cuba guna sabun ketiak ni..
Di bahagian-bahagian yang bermasalah tersebut..

Cara gunanya.. mula2 kerat dulu sabun ni kepada 4 bahagian..

JIMAT !! :)

Pastu basahkan sabun dan tangan..
Gonyoh perlahan sampai kuar buih..
Pastu sapu laa kat tempat2 yang bermasalah..
Seperti.. leher.. ketiak.. celah2 yang berkarat..
Biar kejap..
Pastu bilas..

Aku baru pakai 3 hari..
Kesannya sangat menakjubkan :)
Pastu sabun ni wangi gila..
Aku rasa cam ada pelembab juga..
Sebab tangan aku yang gonyoh2 manja sabun ni utk bagi dia berbuih..
Pun dah jadi lembut..


Pasni aku nak suh MIJ cuba pulak..
Dia ada masalah jerawat belakang badan..

BERAPA HARGA?!

Aku tak tau..
Sebabnya aku tak jual..
Hari tu Kak Azmiah bagi free untuk cuba dulu..

So, kalau ada sapa-sapa yang minat nak cuba..
Boleh contact Kak Azmiah Azri..

Ni FB dia..

https://www.facebook.com/nurazmiah

Next.. aku nak cuba pada tumit kematu merekah ni..
Hat ni nnt aku tunjuk gambar..
Apa yang jadi selepas 7 hari pakai.. :)
.
.
.

Saturday, November 2, 2013

Vietnam 2 Part III - Trung Nguyen

Masa 1st time pi Saigon..
Sekali je kot aku cuba kopi Vietnam ni..
Pasalnya aku bukan suka sangat kopi..

Tapi..

Ntah apsal kali ni..
Asyik nak mengopi je keje aku..


Nak2 pulak yang pergi baru ni ada pulak yg jual kopi pakai beskal..
Harga 1 bekas cam air pasar malam tu..
RM3.00..

Rasa sebiji cam kat Starbucks..
Bermula laaa episod aku kejap2 beli kopi..
Kejap2 beli kopi :)

Kira puas hati betul laa kali ni mengopi..

Makan kat kedai Hajah Basiroh tu pun aku order kopi..
Kat situ ada gak jual serbuk kopi..
RM20.00 sebungkus + free pembancuh..


Ni ler kopi paling terkenal kat sana..
Trung Nguyen..
Banyak cafe Trung Nguyen ni sekitar Saigon..
Nak pure punya.. boleh cuba g cafe Trung Nguyen ni..


Aku tak pergi pun..
Just nampak cafe tu on the way nak ke Ben Thant masa naik bas..
Sekitar Ben Thant aku tak perasan pulak ada ke tidak..

Takpe.. kopi rm3.00 tu pun memberikan aku kepuasan maksimum :)
Sampai malam susah tido akibat terlalu banyak minum kopi... :))


Camni cara depa wat kopi..
Pastu aku tgk..
Ada yang campur dengan susu..
Ada gak yang campur dengan Whipping Cream dalam kotak tu..
Hat tu sedap..
Lemak2 berkrim rasa dia..



Kat sana bersepah2 je yang jual serbuk kopi..
Biji kopi pun ada..
Beli timbang pun boleh..
Pastu ada pelbagai perisa..
Ada satu lagi aku rasa..
Vanilla Coffee.. sedap jugak :)



Balik dari Saigon..
On the way nak balik Tg Malim..
Singgah R&R Dengkil..
Tetiba MIJ order kopi ais..
Agaknya pembawakan dari Saigon kot..

Aku pun cakap kat dia..
Kang jangan habiskan..
Aku nak minum sket..

Aku puuunnnn.... tak puas2 lagi mengopi tu..

Aku pun sedut!!

RASA NAK TERJELUAH KAT SITU JUGA!!

Nyesal aku minum... hilang terus aroma kesedapan kopi vietnam :))
.
.
.