Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Tuesday, December 31, 2013

Perbelanjaan seorang anak yang masuk darjah 2



Kemeja sekolah (3 helai) = 3 x rm12.90
Seluar sekolah (3 helai) = 3 x rm17.90
Baju melayu (3 pasang) = 3 x rm21.90
Sampin hijau = 3 x rm9.90
Songkok = 3 x rm9.00
T-shirt putih = 2 x rm6.00
Track = 2 x rm7.90
Stokin (6 pasang) = RM13.00 
Beg sekolah agama = RM23.90
Beg sekolah kebangsaan = RM39.90
Yuran sekolah kebangsaan = RM97.00
Yuran sekolah agama = RM200.00
Tali pinggang = 2 x rm4.90
Kasut sekolah = 2 x rm24.90
Pensel = rm16.00
Pemadam = rm3.40
Gam = RM2.40
Pembaris = 2 x rm1.50
Gunting = rm2.20
Kotak pensel = rm2.50
Warna = 10 x rm2.80

= RM733.50

Nasib baik laa anak aku sorang je masuk sekolah..
Bila Kalep darjah 6.. Hasya baru nak darjah 1..

Cer bayang kalau Kalep tu kembar 3...

Perbelanjaan wajib setiap bulan pulak..

Belanja sekolah pagi + sekolah petang = RM100.00
Duit Moto = RM30.00
Duit Kereta = RM100.00
Duit pengasuh = RM150.00
Tol setiap pagi Isnin = RM17.00

= RM397.00
.
.
.

Monday, December 30, 2013

Qaseh Gold

Ni ada lagi produk yang aku nak story mory the morning glory..
LWC skang ni bukan takat review korean..
Review workout.. review diet..
Review produk-produk pun boleh :)

PRODUK QASEH GOLD

KLIK LIKE DULU

SINI




Qaseh Gold ni adalah produk berbentuk minuman..
Yang bagusnya..
Qaseh Gold ni dibuat dari ramuan dan campuran pelbagai makanan sunnah..
Cara nak makan senang je..
2 sudu pagi.. 2 sudu malam..

Senang citer..

★Bukan mudah hari2 nak mkn kurma
★Bukan mudah hari2 nak mkn madu
★Bukan mudah hari2 nak mkn kismis
★Bukan mudah hari2 nak mkn delima
★Bukan mudah hari2 nak mkn buah tiin
★Bukan mudah hari2 nak mkn buah zaitun
★ Bukan mudah hari2 nak mkn gingko biloba
★Bukan mudah hari2 nak mkn badam
★Bukan mudah hari2 nak Habbatus Sauda
★Bukan mudah hari2 nak mkn bayam
★Bukan mudah hari2 nak mkn air zam2
★Bukan mudah hari2 nak mkn Za'faran
★Bukan mudah hari2 nak mkn gam bukit
★Bukan mudah hari2 nak mkn pegaga




Keterangan KEBAIKKAN bagi setiap satu bahan..
Boleh rujuk pada gambar atas..

Bayangkan semua manfaat ni dimuatkan dalam satu botol..
Tak payah kecoh2 nak telan smpi 5-6 jenis pil yg berlainan setiap hari..

Pastu beza antara Qaseh Gold Kekanda dan Qaseh Gold Adinda...
Adalah 3 ramuan tambahan..
ADINDA ada tambahan Manjakani, Pegaga dan Markisa
KEKANDA ada tambahan Tribulus, Guaran dan Ashwaganda






Qaseh Adinda berfungsi untuk:
  1. Memudahkan pengambilan makanan sunnah harian
  2. Menambah tenaga
  3. Mencerdaskan minda
  4. Membuang toksin
  5. Melancarkan penyerapan dan perkumuhan
  6. Meningkatkan sistem imun
  7. Memperbaiki perjalanan darah dan sistem saraf
  8. Mempercepatkan penyembuhan
  9. Menstabilkan mood
  10. Menstabilkan hormon



Qaseh Kekanda berfungsi untuk:

  1. Memudahkan pengambilan makanan sunnah harian
  2. Menambah tenaga dalaman dan luaran
  3. Mencerdaskan minda
  4. Membuang toksin
  5. Melancarkan penyerapan dan perkumuhan
  6. Meningkatkan sistem imun
  7. Memperbaiki perjalanan darah dan sistem saraf
  8. Mempercepatkan penyembuhan
  9. Menstabilkan mood





Ni pulak untuk anak-anak..
Qaseh Gold Junior..

Yang ni pulak.. gabungan 15 ramuan hebat..
Kurma, Madu, Kismis, Delima, Minyak Zaiton, Gingko, Tiin, Garam Bukit, Habbatus Sauda', Bayam, Air Zam Zam, Za'faran, Gam Arab dan Pegaga.


Yang ni pulak..
Adalah untuk membantu meningkatkan tenaga.. mencerdaskan minda.. menyokong tumbesaran dan meningkatkan sistem imun dalam badan.


Anak yang bagaimana perlu makan Qaseh Gold Junior?

1-yang memilih/tiada selera makan
2-yang kerap/sedang jatuh sakit
3-yang sukar makan ubat
4-yang suka makan makanan segera/makanan rapu
5-yang tidak suka makan sayur
6-yang sedang mengalami alahan/batuk/selesema/kahak
7-yang ingin kekal sihat, cergas dan cerdas!

Qaseh Gold Junior - pemakanan kesihatan berasaskan pemakanan Sunnah yang bertaraf Halalan Thoyyiban (Halal Lagi Baik).

PENYEDIAAN SECARA AMALAN PENGILANGAN ISLAMIK (IMP): Diperkasakan dengan bacaan Al-Quran dan doa-doa khusus oleh kakitangan yang sentiasa di dalam keadaan berwudhu Insya-ALLAH menghasilkan produk yang bertaraf HALALAN THOYYIBA (HALAL LAGI SUCI).



HARGA

Qaseh Gold Adinda (WANITA) RM 71.90
Qaseh Gold Kekanda (LELAKI) RM 71.90
Qaseh Gold Junior (KANAK-KANAK) RM 60.00


Jangan abaikan kebaikkan dan manfaat produk Qaseh Gold ini..

Oleh itu..

Boleh hubungi..

pm/whatsapp: SITI (013-5013884 / 013-9212404)

Fb : https://www.facebook.com/qasehgoldaniy
.
.
.

Thursday, December 26, 2013

Dutch Lady 1-2-3



No more S26..
Cukup la tu 2 tahun pakai susu "berada"..
Untuk tahun ke-3 mami decide utk tukar susu biasa..

Ini salah satu langkah penjimatan juga..
Jangan ada yang kutuk aku pulak..

BELI BEG MK BOLEH..
SUSU ANAK PAKAI HAT MURAH...

:))

FYI.. Hasya tu masih menyusu badan..
Susu aku.. wpun takde laa meriah smpi boleh pam..
Tapi cukup untuk bagi dia kenyang sebelum tido..
Lepas bangun tido..

Susu mami.. boleh ke s26.. enfagrow.. sustagen.. anmum... LAWAN?

Nasib baik la kan..
Perut Hasya ni boleh terima tukar susu..
Masa Khaleef kecik dulu..
Aku pernah gak tukarkan dia susu DL ni..
Baru 2-3 kali membotol..
Perut dia kembung.. muntah..
Memula aku igt pasal benda lain..
Lepas dia dah OK.. bagi semula susu DL..
Jadi sekali lagi.. So, terpaksa teruskan dengan Anmum..
Tapi.. zaman tu Anmum setin baru RM45.90..
Sekarang?
Sekotak dah sama rege cam setin 1.8kg tahun 2008..

Zaman Khaleef.. wpun setin RM45.90..
Sebulan dia belasah 8 tin!
Sakit gak laa mami ngn papa dia..

Oleh itu..
Sokonglah penyusuan susu ibu..
.
.
.
*entry merepek sebab lepas ni nak review korean drama smpi muntah :))

Monday, December 23, 2013

Secret Love

Mula-mula.. aku tenang drama ni sket2..
Cam cukup2 untuk aku faham nak review je.
Sekali tu melekat terus..
2 hari 2 malam aku marathon drama ni..

Ini bukan drama santai..
Cukup menyesakkan kepala..
Tapi best :)



Ni ler 4 barisan utama pelakon drama ni..
2 yang tengah tu hero dengan heroin..
Kiri kanan mengapit tu hero dan heroin kedua..

Asal-asalnya..
Heroin adalah bercinta dengan hero kedua..
Hero pulak akan berkahwin secara aturan keluarga dengan heroin kedua..



Heroin ni belajar tak tinggi mana..
Tapi pakwe dia belajar tinggi..
2nd hero adalah seorang peguamcara..

Masa dia study.. boleh kata heroin yang tanggung dia belajar..
Pasalnya ayah hero cacat sebab accident..
Dan mak dia tak kerja..

Heroin ni buat 3-4 kerja sehari..
Dan dia sayang sangat dengan pakwe dia..
Sanggup berkorban apa saja..



Hero adalah anak lelaki tunggal pewaris K-Group
Tapi dia tak minat kerja...
Dia ada awek.. yang dia sayang..
Tapi tak berani nak ajak perempuan tu kahwin sebab ayah dia pasti menghalang..
Lagi pun dia dah tahu yang jodoh dia akan diatur..
Untuk kepentingan syarikat..



Heroin jumpa hero masa kerja sebagai pemandu gantian..
Kemudian dia jumpa lagi masa keje kat tol..

Takde apa-apa yang menarik pun masa depa jumpa..

Tapi...

Lepas2 tu bermula laa tragedi antara depa..



Ini ler pemula bagi tragedi dalam drama ni..
Boyfriend heroin.. iaitu peguamcara yang baru masuk kerja dengan kerajaan..
Secara tak sengaja terlanggar seorang perempuan..
Oleh kerana takut kemalangan itu akan effect kerja dia..
Maka, dia tinggalkan perempuan yang tengah nazak tu di tempat kejadian..

Heroin lak tak tau apa-apa..
Sampai laa 2-3 hari lepas tu..
Dia kena tangkap polis..
Atas tuduhan langgar lari..

Masa tu baru dia tahu yang masa accident tu ada langgar orang..
Kebetulan pulak kereta tu atas nama dia..
Memang dia la yang kena tangkap..




Nak jadi ceritanya..
Perempuan yang mati dilanggar tu adalah makwe kepada hero..
Makwe miskin dia tu laa..

Lagi tragis..
Perempuan tu tengah mengandungkan anak hero..

Bila tau heroin yang mengaku langgar..
Hero pun mengamuk sakan..
Hampir je dia nak bunuh heroin..


Lagi yang drama sesangat..
Pakwe kesayangan heroin adalah peguamcara bagi kes ni..
Heroin mati2 tak kasi pakwenya mengaku salah..
Ikutkan dia yang drive..

Heroin rasa sayang sangat jika karier pakwenya terkubur begitu sahaja..

Maka.. dia mengaku bersalah..

Dan dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun..

Dalam penjara baru dia tau yang dia mengandung...
Dan dia lahirkan anak dalam penjara..

Pasal anak dia pun tragis juga.
Nak tau kena tonton sendiri..



Aku lompat terus ke hujung-hujung cerita..

Tau dak.. sudahnya hero dan heroin ni bercinta pulak..
Ni yang jadi syok..
Pasalnya hero memang benci mati pada heroin..

Macamana leh jatuh cinta..

Korang kena tengok sendiri..

:)
.
.
.

Sunday, December 22, 2013

K-Pop Mania

Mula-mula korang LIKE dulu page ni


Page ni adalah milik customer tegar LWC..
Ia menerima pesanan pelbagai merchandise K-Pop..
Tak kira laa dari penyanyi.. boy band.. girl band... pelakon..
Semua boleh..

Antara contoh2 barang yg boleh ditempah

Yang ni aku pilih LEE MIN HO sahaja..
Pasalnya dia jejaka paling hot di penghujung tahun ni..

File folder saiz A4

Table calendar

Tumbler

Mug

Table clock

Collection Cards, Post Cards and Memo Pad - inside view. Total 18 pieces of post cards and collection cards and 1 Memo Pad

t-shirt


Case

Pelbagai mug


Merchandise ni bukan made in China ye..
Datang terbang ke mari..
Dari Korea Selatan :)

Untuk harga..
Boleh like dulu page tersebut..
Kemudian PM untuk tanya harga..
Secara khususnya..
Merchandise yang ditawarkan ialah :

01. tumbler kpop
02. tempat pensil kpop
03. jam kpop
04. mug kpop
05. mug stainless kpop
06. notebook / memo pad kpop
07. jam dinding kpop
08. map (clear file) kpop
09. poster kpop
10. photocard kpop
11- t-shirt kpop
12- table calendar
13- wall calendar
14- frame
15- passport holder

.
.
.

Saturday, December 21, 2013

Jiwa Kacau : EDISI MEMBELI BARANG SEKOLAH


Sebelum ni hanya bila pakai baju je..
Nak t-shirt & jeans cam abang..
Skang ni..
Bila beli baju pun nak sama..

Semlm g baju sekolah..
Menjerit2 nak baju sekolah cam abang..
Nak kasut sekolah cam abang..
Nak beg cam abang..

Jerit.. jerit.. jerit..

PANG!! kena sekali..

Stress tau dak..

Yang nak beli bajunya.. lari sana sini..
Sampai nak try baju.. kasut pun susah..
Lain orang suh tengok..
Lain benda dia pi tengok..

Aku debik sekali baru patuh arahan..

Itu dalam ada Papa ikut..
Kalau tak ikut tak tau la..

Namun.. kesudahannya..
Papa pun ikut hilang..
Troli dah penuh barang..
Nak bayar Papa lak dah hilang..
Duit dalam purse aku ada dalam rm100..

So, aku tinggal troli tu.. keluar kejap pi cucuk duit..

Sekali aku balik semula..

TROLI DAH HILANG!!

Tanya guard @ pekerja situ..
Katanya ada orang dah pi kemas.. igtkan barang2 tu takde tuan..

OK.. CARUTAN MACAM-MACAM DAH KELUAR DARI MULUT AKU!!
(bukan laa depan orang tu pun..)

Aku minta gak guard myanmar tu dengan pekerja situ tolong carikan..
Jenuh la depa pusing2 cari..
Sampai dalam fitting room pun depa tengok kot ada..

Last2..

AKAK PERGI AMBIK SEKALI LAGI JELAH...

Ok.. mencarut lagi!!!

Papa depa mana?

Ada rehat2 kat kerusi dengan Pejabat Pos Tesco..

Nak mencarut ke tak nak?!!

:))
.
.
.

Thursday, December 19, 2013

10 Drama Korea Terbaik 2013

Ini bukan research ke hape..
Hanyalah pendapat aku seorang..
Ada yang minta..
So, meh aku senaraikan :)


SEPULUH - That Winter The Wind Blow

Sinopsis boleh klik SINI

Tapi drama ni.. kalau bukan Jo In Sung hero..
Tambah lagi ada Kim Bum BOF..
Maybe aku tak tengok..
Sebab dramanya terlalu serius dan sakit kepala aku..
Namun, jalan ceritanya bagus..


SEMBILAN - Gu Family Book


Sinopsis baca SINI

Drama ni pun jalan ceritanya bagus..
Heronya Lee Sung Gi..
Selalunya drama epik ni jalan ceritanya berbelit-belit..
Tapi best :)


LAPAN - Monstar


Aku tak review lagi drama ni..
Sebabnya belum proses..
Tapi dah tengok..

Genre drama ni School Romantic..
Hero seorang penyanyi yg ada masalah mengawal emosi..
So pihak pengurusan hantar dia ke sekolah biasa dan belajar untuk menjadi pelajar ideal..
Kat sekolah dia join band sekolah..
Pastu ada laa cam2 hal yg jadi...

Tunggu ye dengan sabar aku proses drama ni ;)


TUJUH - Good Doctor


Sinopsis boleh baca kat SINI

Walaupun drama ni agak tidak logik..
Takkan laa orang ada autism boleh jadi doktor..
Boleh merawat orang pulak tu..

Tapi.. aku mmg suka sangat genre medical ni..
Bersemangat tgk depa selesaikan pelbagai kes..


ENAM - Jang Ok Jung


Sinopsi boleh baca kat SINI

Drama ni berat..
Genre historical drama..
Pasal gundik yang akhirnya berjaya jadi permaisuri..
Tapi rintangan yang dia terpaksa hadapi sangat dahsyat..

Drama ni berasal dari novel..


LIMA - Medical Top Team


Selain dari pelakon-pelakonnya yang mantop cair..
Kan aku memang suka genre medical..
Drama ni pasal penubuhan Medical Top Team..
Yang terdiri daripada doktor2 pakar terbaik..
Digabungkan menjadi 1 kumpulan..
Mereka akan rawat pesakit yang kadar penyembuhannya kurang 50%


EMPAT - I Hear Your Voice


Sinopsis boleh baca kat SINI

Drama ni jalan ceritanya sangat bagus..
Pelakon best-best..
Bila tonton drama ni..
Kita akan rasa..
Heroin ni dapat kat hero pun okay..
Dapat kat 2nd hero pun okay..

Ending drama ni sweeeeeetttt sangat...


TIGA - Nail Shop Paris


Sinopsis boleh baca kat SINI

Drama ni pendek je.. 8 episod..
Jalan cerita yang simple dan sweet..
Paling best..
Hero tetiba jadi 2nd hero..
Dan..  mesti yg tengok drama ni..
Akan jatuh cinta dengan hero baru :)


DUA - The Heirs


Drama ni biasa je jalan ceritanya..
Tapi barisan pelakonnya..
Yang buat drama ni berada dalam kelas yang tersendiri..

Sinopsis boleh baca kat SINI


PERTAMA - The Master's Sun


Drama ni mmg kesukaan aku..
Selain dari My Girl dan Kim Sam Soon..
Drama ni paling banyak kali aku ulang tengok..

Hero dengan heroin lama..
Jalan cerita yang super best..

Sinopsis boleh baca kat SINI

Ini ler 10 drama yang aku paling suka tahun ni..
Hujung tahun ni.. berselirat tul dengan drama-drama baru..
Tak terkejar aku nak proses..
Selalunya polisi LWC..
Minggu ni habis tayang kat Korea..
Minggu depan dah available..

Apa-apa pun..
Terima kasih kepada customer-customer kesayangan aku semua..
Banyak jugak keuntungan yang aku dapat sepanjang 2013 ni..

Terima kasih sekali lagi ;)
.
.
.

Tuesday, December 17, 2013

Khaleef dan Khayla

Lama tul aku tak selitkan budak berdua ni dalam LWC..
Gi Langkawi mmg kurang part..
Pasalnya dah tetiap tahun pergi..
Pastu asyik pergi tempat yg sama gak ulang2 :)


Ni kalau dah terkepak-kepak ni..
Kat Dataran Lang ler tu..
Time ni panas betul..
Nak pulak tepi laut..
Tapi bebudak ni excited tengok helang besar tu..

Lama tak citer pasal Hasya ni kan..
Hasya dah nak masuk 3 tahun..
Tak berapa hari je lagi..

Tak payah nak suprise-suprise kan dia..
Awal2 lagi dia dah request hadiah besday..

SEMIKAL mami.. SEMIKAL papa..
Bagus.. tak payah aku pening2 pikir apa nak beli..


Mamat ni...
Sepanjang cuti sekolah ni..
Wat aku hangen je..

Lansung takmo belajar..
Pegang buku pun tak nak..
Aku nak anta dia kelas mengaji.. dia tak nak pergi..
Nak anta dia kelas muzik.. dia kata takmo...

Kerja dia.. celik mata...
Hadap TV.. hadap game.. hadap tablet..

Aku risau je takut dia lupa menulis..
Tapi dia rajin tulis surat..
Hari2 mami dapat surat dari dia..
Selalunya isi surat tu adalah perasaan dia hari tu..

:)


Ni bukan anak..
Ni apak..

Hari-hari dia masih macam biasa..
Pagi-pagi keluar.. malam-malam balik..

Mengekalkan prestasi penat.. penat.. penat..

Mami je tak reti penat!

Hah.. tetiba meluah perasaan pulak!

:)


https://www.dropbox.com/s/sisk2dik6ueckoa/MID%20JELINTOH.pptx
.

.
.

Monday, December 16, 2013

Marry Him If You Dare

Jenuhnya nak cari masa nak review..
Time banyak keje pejabat ni..
Time ni laaa banyak drama Korea yang habis tayang..

Marry Him If You Dare..
Mula2 baca tajuk..
Aku igt drama ni biasa2 je..
Cam ada surroundings..
Pastu berebut 1 awek 2 hero..
Pastu ada heroin jahat..


Lebih kurang la..
Tapi jalan citernya ada twist sket..

Genre drama ni..
Romantic fiction drama..

Eh, geram pulak aku tengok si comel Jung Yong Hwa..
Apsal ko takmo berlakon jadi 1st hero ek..
Sakit jiwa aku ni tau..
Bila comei-comei gini jd 2nd hero yg selalunya akan kecundang..


Ni heroin..
Na Mi Rae (NMR)..
Dia ni dah masuk tahap andartu..
Umur dia 32 tahun..
Dah berumur.. tapi masih belum jumpa cinta sejati..
Masih belum punyai kerjaya yang menjadi impian dia..


Ni hero.. Kim Shin (KS)
Dia seorang pembaca berita utama di stesen TV YBS..
Namun atas faktor umur..
Dia telah ditukarkan ke program pagi yg dipanggil Morning With Kim Shin..
Ini memberi tamparan hebat kepada dia..
Sebab dia selalu rasa yang dia paling hebat..

Perangai dia ni takde laa elok sangat..
Perengus.. suka naik angin.. mementingkan diri sendiri..

Tapi.. dia hero!!


Drama ni bermula apabila satu hari..
Muncul seorang makcik.. (gambar atas belah kiri)..
Yang mendakwa dia adalah Na Mi Rae dari tahun 2038..
Maksudnya dia cam Back From The Future..

Dia datang ke zaman 2013 ni..
Untuk beri amaran..
Dan mengatur balik jodoh Na Mi Rae ni..

Ikutkan.. selepas beberapa insiden..
Na Mi Rae ni akan berkahwin dengan Kim Shin..
Namun.. pada masa hadapan..
Perkahwinan depa adalah satu malapetaka..
Na Mi Rae akan hidup menderita sekiranya dia kahwin denga Kim Shin..


Maka..
Na Mi Rae masa hadapan ni..
Mau aturkan Mi Rae zaman sekarang dengan See Joo..
Seorang VJ di YBS yang sebenarnya adalah cucu kepada pemilik YBS..

Mula2 Na Mi Rae tak percaya..
Tapi akhirnya dia percaya juga dan dapat tahu apa yg akan berlaku pada masa hadapan..
Dan dia cuba untuk tidak bersama dengan Kim Shin..
Dia dan See Joo akhirnya cinta sama cinta..


Walaupun camtu..
Bila malam waktu tido..
Kejadian yang sepatutnya berlaku..
Seperti accident kereta yang menyebabkan Kim Shin dan Na Mi Rae bercinta muncul dalam mimpi..
Kiranya apa yang sepatutnya berlaku..
Mereka berdua akan mimpikan benda tersebut..
Dan rasa cam real sangat..


Ada sorang lagi heroin..
Tapi dia tak jahat pun..
Ikutkan pada jalan takdir..
Dia yang akan kahwin dengan See Joo..

Akhirnya..
Kim Shin sendiri dapat tahu..
Apa yang akan berlaku di masa depan..
Dia pun menjauhkan diri dari Mi Rae..
Sebab dia tahu yang dia dah jatuh cinta pada Mi Rae..
Mi Rae lak masa tu dah bercinta dengan See Joo dan dah nak berkahwin..






Akhirnya..
Siapa yang Na Mi Rae pilih?
Kim Shin kah? See Joo kah?
Apa kesudahan peristiwa buruk yang berlaku pada masa depan?
Dapatkan Na Mi Rae 2038 kembali ke zamannya?