Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Friday, January 31, 2014

Zalora - Edisi Murah Rezeki

Murah hati betul ZALORA ni..
Hari tu dah dapat voucher RM50 melalui Astro..
Kemudian apabila sign up..
Dapat lagi voucher RM20..

Dan..

Hari  ni dapat emel dengan tajuk..

GONG XI FA CAI. Zalora has a gift for you..

Hehehe.. jangan malas buka tau emel-emel camni..



Ada permainan rupanya..

Mudah sahaja..
Memula copy SERIAL CODE..
Kemudian klik PLAY NOW..



Sampailah kat sini..

Paste SERIAL CODE yang telah di copy tadi dalam ruang kuning sebelah GO tu..
Kemudian click GO..
Yang bulat cam donut tu adalah hadiah-hadiah yang disediakan oleh Zalora..
Aku sebenarnya harap sangat dapat menang yang 6 MONTHS supply of movie tickets..
Tapi dapat yang lain..

Tak kisah laa.. hadiah gakkan..



Inilah gift yang aku dapat...
Voucher RM20 dengan pembelian atas RM99..
Ok gak tu..
Aku  ni dah ada terberkenan dengan satu purse ni..
So, kalau tambah dengan satu  lagi voucher RM20 yg aku tak pakai lagi..
Jadinya.. total boleh dapat diskaun RM40.00..
Tambah best lagi.. setiap pembelian atas RM75..
Dapat pulak FREE DELIVERY..

TQ ZALORA!!!
.
.
.

Tuesday, January 28, 2014

Gaviscon - HOT | COLD - Happy Chinese New year

Lagi 2 hari nak sambut Chinese New Year 2014..
Citer pasal CNY ni..
Aku pernah laa... ada pengalaman ngeri + kelakar..
Benda ni jadi masa CNY tahun 2010..
Time tu CNY jatuh pada MUSIM DURIAN..

Oleh itu.. durian ada di mana-mana...


Cuti dan makan memang tidak dapat dipisahkan..
Raya Cina pulak..
Yang wajib ada ialah limau mandarin...
Dan air sedap-sedap...

Maka hari itu aku telah makan durian + limau + air coke..

Masa makan minum tu best je...
Memang kena laa padanan makanan tu..

Tapi.. masuk petang nak malam tu..
Perut aku dah rasa semacam..
Bergelodak.. meracau.. berpintal-pintal..

Golek kanan tak kena..
Golek kiri tak kena..



Simptom-simptom yang ada..
Menunjukkan yang perut aku dah BERANGIN!!
Atau bahasa kampungnya KEMBONG!!
Bahasa Inggerisnya COLIC!!

Nak kentut tak lepas..
Nak muntah tak keluar..

Memula aku suruh Kalep naik belakang aku pijak..
Tak menjadi jugak..
Last2 aku suruh laki aku..
My Inche Jeman pulak naik pijak..
Dia takmo.. tapi aku paksa jugak..

Maka.. beregu laa 2 beranak tu memijak mak gajah kembong :))


Last-last laki aku suruh makan Gaviscon..
Stok memang sentiasa ada kat rumah ni..
Sebab suami aku ni selalu ada masalah indigestion atau ketidakhadaman perut..
Tambahan pulak dia selalu kena gastrik..

Time tu aku pilih utk makan yg bentuk tablet..

Lepas makan tu..
Tak sampai 10 minit..
Ada dah rasa kurang sakit dalam perut aku tu..

Paling best..

DAH BOLEH KENTUT!!!!

Khaleef dan Papa dia..
Tak senang tengok tv...

Mami dia kentut.. takde main cover-cover dah..
Datang je angin nak keluar tu..
Terus je.. tak peduli dah kot jiran kiri kanan sama terdengar..

:))


Tapi.. lepas2 hari tu..
Aku mmg kerap sangat kena kembung perut..
Nak kata salah makan takde pun..

Last2 aku gi check kat doktor..
Tau tak apa yang jadi sebenarnya..

AKU MENGANDUNG!!!

Rupanya Hasya dah ada dalam perut..
Dah 2 bulan..

Nasib baik laa masa aku kena pijak tu tak jadi apa-apa..

Mengandung Hasya.. keje aku asyik kembung..
Morning sickness pun teruk..
Doktor memang cadangkan aku ambik Gaviscon je...
Sebab ia selamat digunakan oleh ibu mengandung..



Sempena Raya Cina 2014 ni..
Gaviscon ada keluarkan carta body type seperti di atas..
Boleh la buat panduan untuk makan2 sempena CNY ni..
Kenal pasti dulu..
Anda masuk dalam kategori mana..

Contoh macam pilihan makanan aku sebelum ni..
Durian tu dah masuk dalam Hot Food..
Air Coke masuk dalam Cold Food..
Limau Cold Food juga tapi asid tinggi..
Itu yang jadi Acid Reflux..
Nasib baik ada Gaviscon :)

Untuk maklumat lanjut..
Korang-korang boleh lawati laman web Gaviscon

GAVISCON.COM.MY

Untuk reader LWC yang sambut CNY
.
.
.

Monday, January 27, 2014

Peragam makin menunjuk belang...


Berbelak2 muka..
Skang ni hobi Papa dia berenang..
So, di Sabtu yang tidak keje..
Selalunya Papa akan bawak anak2 dia pi swimming..
Kalep tak yah citer laa gelapnya dia skang..
Hasya lak.. camtu laa muka dia..

Dia dah 3 tahun lebih..
Namun perangai meragam tu masih tak ubah-ubah..
Kekadang makin teruk..

Mami dia pulak..
Perangai naik hantu tu makin menjadi-jadi lak tu..
Lansung tak boleh sabar..

Dia punya merengek satu macam tau..
Dah la kuat cam speaker kena toreh..
Pastu bunyi dia tu..
Cam meminta-minta tau..

Minta sangat aku bagi sedas dua..

Kalau kena hari aku cam tak berapa penat..
Ok laa.. aku pekak telinga je..
Tapi.. kalau kena cam hari ni..
Dengan penat.. dengan tak cukup tido..
Mula laa aku rasa nak hantuk kepala sendiri ke dinding..

Stress tau.. stress yang hamat-hamat-hamat!!!


Yang magical world of disney sesangat...

Elok je kereta Papa dia sampai depan gate..
Yang tadi merengek.. meragam.. menangis.. membising..
Eh-eh.. terus ELOK NGKO!!!!!

Terus pi kat pintu..
Melompat2 suka sangat Papa dia balik..
Pastu bukannya Papa dia layankan dia sangat pun..
Yelah... org tua tu pun penat balik keje..
Maklum laa keje 14 jam sehari..

Lepas tu pandai dah main sendiri..
Main semikal.. main bear.. main masak2...
Tgk Pingu.. layan Upin..

Sampai aku rasa..
Nak cubit dia bagi merengek.. meragam.. membenyek..
Macam sebelum Papa dia balik tadi..

Biar Papa dia naik stress cam aku jugak..


Setakat tepek boleh la... :))

Agaknya aku ni faktor umur meningkat jugak ler kot..
Itu yang makin lama makin kurang sabar..
Patutnya sebelum masuk 30 tahun dah beranak sesiap bape orang nak..
So, di ambang-ambang 3-4 tahun lagi nak  menjengah 40-an ni..
Takde laa dok hadap anak benyek apa bagai..
.
.
.

Sunday, January 26, 2014

Jiwa Kacau - Edisi Lama Tak Meracau


Aku faham seller yang guna FB sebagai medium mempromosi barang..
Sebab aku pun guna cara yang sama..
Tapi yang membuat jiwa aku kacau..
Cara korang buat ayat promosi..

Tahu tak..
Antara kesilapan peniaga2 online..
Adalah dengan menjadi SARCASTIC..

Anda tahukah..
Tiada orang dalam dunia ni suka disindir.. diperli..

Tak payah sindir..
Tak payah perli..
Tak tengok cermin pun..
Aku tau dah aku ni buruk.. tak lawa cam anda..

Tapi anda tahu tak..
Kadang2 orang yang buruk.. orang yang anda anggap loser..
Sebenarnya menjalani kehidupan yang cukup selesa bagi dia..
Cukup gembira.. cukup senang hati..

Tapi.. dengan perlakuan buruk anda..
Telah mencalarkan hari-hari indah orang lain..

PM yang aku dapat..

Bunyi nyer lebih kurang camni..

PELIK DENGAN SESETENGAH ORANG..
RASA OKAY DENGAN PENAMPILAN SENDIRI..
CUBA TANYA SUAMI.. DIA OKAY TAK?

Gampang sangat tau!!



Aku tau dia merujuk kepada gambar ni..
Rasa-rasa kami sekeluarga ni happy ke tidak?

Okay.. abaikan gambar tu..

Seller yang menyakitkan hati ni..
Menjual produk Shaklee..
Tak payah la aku nak berselindung-selindung..

Mungkin dia rasa dengan menyindir2 gitu..
Orang akan tersentap dan terus membeli dari dia..

TAKDE NYER DER!!!

Tahu tak Shaklee ni persaingannya cukup kuat..

Dalam friendlist aku..
Dah macam setiap 30 orang..
Mesti ada sorang yang jual Shaklee..

Kalau aku menyentap sekali pun..
Ketahuilah..
Aku akan cari seller yang berhemah..
Promote dengan cara baik..

Cukup laa meracau-racau di subuh hari..

Semoga perkara-perkara menyakit hati camni..
Tidak akan menimpa aku lagi..
Dan merosakkan hari-hari yang baik utk aku..
.
.
.

Marine Essence part II

Adoyai.. berchenta tul dengan line internet rumah aku ni..
Kalau tahun2 sebelum ni.. aku hanya mendengar rintihan MR..
Kali ni aku lak merasa..
Sebab line kaput gile2 punya..
Terlewat aku nak review sabun ME ni..


Hari tu aku dah reviewkan..
Kali ni aku review lagi..
Bukan sebab aku dapat sabun ni FREE :))

Kali pertama hari tu mmg laa tokei bagi free..
Tapi kali kedua aku dah jadi PEMBELI!!

Pasalnya..

Sabun ni memang BEST!!


Ni antara masalah2 yang telah boleh diatasi..

La ni korang tengoklah pada diri sendiri..
Kot2 ada masalah2 seperti di atas..
Kalau ada.. dan nakkan yg hitam menjadi putih..
Boleh la hubungi tokei sabun ni untuk melanggan..


Sabun ni hangat gile di pasaran..
Selalu je takde stok..
Tapi tokei kata kali ni stok dia ada banyak..


Kalau beli sebiji.. RM40 seketui tanpa postage..

La ni ada promotion..

Beli 3 ketul (sekotak) dapat harga RM105 termasuk Pos Laju..
Pastu ada MYSTERY GIFT!!

MENARIK WEI!!! MENARIK!!!



Kalau korang takde masalah kehitaman sekali pun..
Sabun ni banyak lagi kegunaan lain..
Selain tu bau dia wangi lekat hokay..

Buih dia licin je..
So, kulit pun akan lembut licin gitu..

Oleh itu.. yang berminat nak pakai.. atau pun minat nak jual..
Boleh contact tokei besar sabun ME ni..

Facebook - Nurazmiah Azri
Fan Page - Nurazshoppe
Instagram - @nuraz_azri
Phone - 019-2316982 (whatapps & sms)

.
.
.

Wednesday, January 22, 2014

Pretty Boy - Bel Ami


Aku igtkan dah review drama ni.
Rupanya belum..

Drama ni asal dari komik..

Jang Geun Seok hero..
IU heroin..
Han Chae Yong jadi 2nd hero..
Ada ke patut.. dia tu ala2 actress terlawa di Korea..

Tapi kalau nak mengikutkan jalan citer drama ni..
Mmg dia laa padan jadi 2nd heroin..


Drama ni pasal hero yang super kacak ni..
Oleh kerana dia kacak hensem..
Maka dia mempergunakan kekacakkan dia tu..
Untuk buat duit.. cari duit dengan banyak..

Kiranya dia ni bercita-cita besar la..
Untuk jadi hartawan hanya dengan gunakan rupa kacak dia..

Cam anak hekan laa hero ni sebenarnya..


Hong Yo Raa ni pulak adalah bekas menantu hartawan...
Hero dok kejar gak dia ni..
Tapi tak dapat..

Dia tau cita-cita hero..
Dan dia decide untuk membantu..
Maka dia pun jadi la mentor kepada hero..

Tugasan pertama yang diberi oleh Yo Raa..
Adalah hero perlu menggoda 10 orang perempuan kaya berjaya..
Yang ada karier berlainan..

Yoo Ra ni percaya yang hero adalah anak tak sah taraf seorang hartawan..
Maka dia ajak hero sekongkol dengan dia..
Balas balik perbuatan org2 yang telah buang mereka..


Dalam dok dalam nak menyempurnakan misi..
Tetiba muncul seorang gadis biasa..
Yang tak lawa pun..
Dari keluarga miskin..
Takde sebarangan keistimewaan..

Depa dah kenal lama sbb hero ni asalnya orang miskin jugak..D

Heroin ni pulak..
Gila mati minat kat hero..
Dan of course laaa hero tak berapa minat dengan dia..
Sebab dia bukan antara wanita-wanita idaman dia..



Dokgo Ma Te (Jang Geun Suk) is a pretty boy living off of the money and gifts given by rich women. Having grown up in a poor neighborhood, Ma Te seeks to find a better life. But when his mother suddenly collapses and dies, Ma Te is distraught from losing the only family he's ever known. Enter Hong Yoo Ra (Han Chae Young), the former daughter-in-law of a chaebol family, claiming that he is the illegitimate son of the chairman.

Yoo Ra recognizes Ma Te's ambitions, and both team up to go against the very family that threw them out. With nothing but his looks as his only asset, Yoo Ra sends Ma Te on a mission to seduce 10 women who have all succeeded in different fields. Ma Te must glean their special abilities from them to build a business from scratch.

Along for the ride is Ma Te's former neighbor, the quirky Kim Bo Tong (IU), whose name literally means ordinary. Bo Tong has had a towering crush on Ma Te since high school despite his cold treatment towards her. Can she make Ma Te love her?

.
.
.

Tuesday, January 21, 2014

Sarawak II Part 2 - Makan-makan Tops Spot

Tops Spot ni mmg terkenal kat Kuching..
Kalau korang penggemar seafood..
Tempat ni wajib singgah..

Masa kali pertama datang..
Aku makan kat kedai ABC Ah Seng..
Pastu 2-3 mgu kot sebelum pergi kali ni..
Kedai Ah Seng tu ada masalah status Halal Jakim..
Tapi dah selesai.. cumanya terwas-was la jugak :)


Maka.. kali ini..
Atas cadangan tuan rumah..
Kedai No. 25 menjadi pilihan..
Dan tidak sia-sia memilih kedai tersebut..

Memang sedap..
Dan paling penting murah!


Paling kiri tu Nini.. dia laa tuan rumah di Kuching..
Selama dok Kuching.. aku menginap di rumah agam dia la..

Yang tengah tu Garud..
Dia keje Maybank kat KL ni..

Yang paling kanan tu..
Nak kenalkan jugak ke?! :))
Mama kesayangan saya la...


Garud tak tahu lagi tu..
Kejap lagi ada malang berbau yang akan menimpa dia..


Hidangan pertama kami..
Otak2 S'wak..
Sedap jugak.. lebih kurang rasa yang cam kat Tg Malim ni jugak..


Sorang lagi tu Danone..
Dia pun duduk S'wak jugak..
Dia ni dulu sekelas.. sehomeroom.. sedorm.. semrsm ngn aku :)


Umai-umai..
Tapi rasanya lagi sedap yang 1st time aku datang tu..
Yang ni cam banyak bawang sangat..
Pastu masam terlebih..


Butter prawn.. sotong goreng tepung..


Midin goreng belacan..
Kat semenanjung ni takde midin..
Tapi rasanya cam pucuk paku je..
Cumanya takde daun..

Yang atas belah kiri tu..
Tofu masak hape ntah..
Lupa dah.. sedap jugak!


Sotong masak cili kering..

Yang panjang2 tu... kat sana panggil Ambal
Kat sini panggil mentarang...


Yang ni paling best..
Rasanya masak 3 rasa paling sedap pernah aku makan..

Igt tak GARUD tadi...

Dia punya suka makan ni..
Sampai tuang masuk dalam handbag LV dia..

Kah Kah Kah!!!

Maka timbul laa...
Samsung 3 rasa..
Power bank 3 rasa..
Purse LV 3 rasa..

Paling tak tahan...

GARUD TIGA RASA!!!


Ni 1st time aku makan..
Ketam lembut goreng black pepper..
Tapi pasal tepung banyak..
Aku tak terasa pun cam makan ketam lembut tu..
Maybe kalau wat sup lebih terasa kot..

Banyak giler kot Nini order..
Last2 tu bukan makan lagi dah..
Sumbat je janji habis..
Aku sampai terberak2 punya penuh perut..

Semua lauk2 ni buat 2 hidang..
Sebab kamiorang ramai..
Masuk budak-budak..
Ada 18 orang..

Total..

RM329.00

Aku rasa giler murah.. untuk 10 jenis lauk.. 2 hidang..

Sebab selalu aku makan kat sini..

Ikan 3 rasa, sotong tepung, telur dadar, sup ayam, nasi 4, air oren = RM80.00

:)




Sunday, January 19, 2014

Les Mills Combat

This is the ultimate mixed martial arts workout program!
 
Get ready to punch, kick, block, and strike your way to an outrageously shredded body with 7 calorie-blasting and muscle-defining workouts


 

LesMills Combat ni aku jamin best!!

Wpun aku tgk je tak buat pun..
Dah terasa best nyer tu :)

Secara umumnya..
LM Combat ni banyak gunakan pergerakkan martial art..
Tu yang best tu..

Nak2 di zaman serba banyak jenayah nih..
Elok juga kalau ada asas2 martial art ni..


Menggabungkan 6 jenis seni mempertahankan diri..
Diterjemahkan dalam bentuk workout..

Karate/Kung Fu, Capoeira, Jiu Jitsu, Muay Thai/Kickboxing, Tae Kwon Do and Boxing
Silat takde la pulak :))


Teknik martial art dalam ni..
Akan diperkenalkan dulu dalam video BASIC..
Depa akan tunjuk 1-1 step yang akan digunakan kemudian..

Boxing.. attack.. punch.. kick..
Akan diterangkan juga apa kesan2 movement tersebut..
Dan bahagian badan mana yang akan menerima impact..



Nak main DVD ni..
Kaki kena kuat woo..
Sebab pergerakkannya banyak tertumpu dan guna kaki..

Anggaran berat yang boleh guna DVD  ni..
Lebih kurang bawah 100kg..

Ready to fight for the best body of your life? Then get ready to train with the experts. Master Trainers Dan Cohen and Rach Newsham.

Dan Cohen is a former British Master Kickboxing Champion and runner-up for the World Kickboxing Championship.

Rach Newsham is a graduate of the world-renowned WMC Lamai Muaythai Camp in Thailand.

For the past 14 years, they’ve taught and inspired thousands around the world with their passion, intensity, and enthusiasm. They’ll push you to get results you never dreamed possible


Dalam ni ada seorang trainer orang Malaysia..
Nama dia Reagan Kang..
Tapi tak tau laa celah Mesia mana dia berasal..
Takde rupa Malaysia pun..
Tapi katanya sebelum ni dia perenang selama 15 tahun..

Sarung tangan yang depa pakai tu..
Salah satu equipment gak..
Tapi bukan laa apa sangat..
Just nak bagi penumbuk tu jadi lebih padu..

Selain tu..
Ada juga guna dumbell pelbagai berat..




Jadual bulan pertama

Jadual bulan kedua

Ada juga kebaikkan jadi pelanggan Astro


Pagi-pagi dah murah rezeki..
Cek emel..
Dapat emel dari Astro Bill..
Katanya bagi baucer Zalora RM50.00


Aku pun cuba beli sesuatu yang dalam harga RM50.00
Maklum laa... Zal0ra nikan banyak citer tak best sebelum ni..
Kang.. elok murah rezeki..
Jadi membazir rezeki la pulak..

So, aku pilih sepasang sandal yg harganya RM49.90..

Lepas key-in Discount Code..
Eh..
Betul laa ngko...
Mmg boleh pakai nombor tersebut..


Tapi.. masa nak check out..
Ada pulak shipping charge..
Oklaaa takat RM5.00..
So, transfer jelah pakai M2U...



 CONGRATULATIONS

:)

Alhamdulillah

So, sapa yang terima astro bill melalui emel..
Boleh la cek dan gunakan discount voucher tersebut..
.
.
.