Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Wednesday, April 30, 2014

Poniang Mak nak....


Ini budak.. sejak nenek dia dah pencen..
Cam-cam hal..

Awal2 dulu aku nak tukarkan sekolah..
Bagi dekat sket dengan rumah..
Kejap nak.. kejap tak nak..

Last2 dia cakap TAK NAK!!

Ok takpe.. teruskan je kat SKLB tu..


Nenek dia kata..
Maybe dia ada inferiority complex..
Masalah dalaman..
Sebab dari cucu guru besar..
Skang dia dah jadi murid biasa..

Tapi dengan sikap dia yg acuh tak acuh..
Aku tak rasa itu adalah masalahnya..


Minggu lepas..
Tak tau la.. sama ada kena buli..
Atau bergaduh..
Kena ejek katanya..

Kawan dia ejek MAMI GEMS...

Aku cakap ngn dia..
Abih tu ko nak sentap apa..
Bukannya perkara tipu.. bukannya fitnoh..
So... abaikan je..

Tapi.. katanya dia sedih!!

Ko saja nak psiko mami suh diet kan... :))


Aku ni kalau ikut perangai pailang aku sekolah dulu..
Memang aku ajar dia balik..
Macamana nak EJEK mak orang lain pulak..

Setakat perkataan berunsur makhluk kejahatan..
Aku boleh je nak ajar dalam 3-4 perkataan..

Tapi.. aku tau itu bukan jalan penyelesaiannya..
Perkara akan bertambah buruk..


Jumaat lepas...
Balik sekolah.. kemain mengaruk dia lagi nak tukar sekolah..
Aku bolayan.. dia mengaruk kat nenek pulak..

Nenek dia.. kepantangan tau cucu dia tak happy..
Aku just cakap relax dulu..
Jangan ikut sangat cakap dia..

Tapi neneknya kata..
Isnin dia akan uruskan pertukaran sekolah..
Aku pun pasrah jelah..
Nekad betul dia nak tukar sekolah ni..

Aku cakap gak dengan dia..
Ko lari sekolah pagi..
Budak tu ko akan jumpa juga sekolah petang..
Takkan sekolah petang nak tukar juga..

Takkan setiap kali kena ejek..
Kena buli.. bergaduh..
Tiap kali tu nak tukar sekolah..



Ahad malam dia tunjuk satu surat kat Papa..
Papa dia sain..
Surat kebenaran rombongan nak pergi Kidzania hujung bulan Jun..

Isnin aku hantar dia sekolah macam biasa..
Mak aku suh ambik borang pertukaran..
Sebabnya dia ada nak pergi PPD..

Aku tanya dia sekali lagi..
Nak tukar ke?

TUKAR LEPAS ROMBONGAN!!



-mami pening-
.
.
.


Tuesday, April 29, 2014

Melaka 2012 Part I - Camne aku boleh tak ingat...


Lusa aku nak pi OS ke Melaka..
So, malam tadi kobek2 laa blog ni..
Nak cari entry pi Melaka 2 tahun sudah...
Sekali tu takde..
Baru aku tau.. yang takde pun wat entry dalam blog..


2 tahun sudah.. time ni Khaleef baru 6 tahun..
Cuti sekolah hujung tahun..
Lebih kurang time tu..
Lagi 2-3 hari nak masuk Darjah 1..

Ni laa kali terakhir Khaleef berambut panjang..











Layan gambar dulu ye..
Kang baru aku buat entry by part..
Hehehehe biasa laa tu..
Pergi tempat dekat2 pun berpart-part..
.
.
.

Monday, April 28, 2014

Orange Is The New Black



The series revolves around Piper Chapman, a bisexual woman living in New York City who is sentenced to 15 months in a women's federal prison for transporting a suitcase full of drug money to her former girlfriend, Alex Vause, who is an international drug smuggler. The offense occurred ten years prior to the start of the series, and in that time Piper had moved on to a quiet, law-abiding life among New York's upper middle class. While in prison, Piper is reunited with Alex, and they re-examine their relationship and deal with their fellow inmates.


Drama ni best..
Aku google top 10 drama series untuk last year..
Drama ni mesti ada dalam list.

Dan aku tak rasa drama ni lepas tayang kat M'sia.. (18SX)
So, kalau nak tengok.. kena order :))


Yang tengah baju oren tu watak utama..
Dia kena penjara atas kesalahan silam..
Bawa duit haram kepunyaan GF dia..
Selepas 10 tahun berlalu..
Baru hukuman dia dijalankan..
Dia kena masuk penjara utk 15 bulan..

So, drama ni berkisar kisah-kisah dalam penjara..
Jangan bayangkan penjara cam kat M'sia ni..
Penjara dekat luar negara..
Penjara depa cam dorm asrama..
Siap ada public phone dalam tu untuk kegunaan bila-bila masa..

Dalam penjara ni.. terbahagi kepada beberapa puak..
Puak kulit hitam..
Puak lesbo..
Puak berkuasa..
Puak sakit otak..

Setiap satunya ada cerita tersendiri..
Ada yang masuk penjara sebab tolong orang..
Ada yang salah judgement..
Ada yang mmg jahat..


Nilah GF Piper yang menyebabkan dia masuk penjara..
Dia pun tak sangka akan jumpa balik dengan GF dia ni..
Memula jumpa.. cam nak pitam dia sebab terkejut..
Rupanya GF dia ni lebih dulu masuk penjara sebelum dia..


Piper ni orangnya antara banyak-banyak tu dia paling cerdik..
So, warden dalam banyak hal..
Akan minta tolong dia selesaikan..
Tapi tak semua orang suka dia..
Ada satu kumpulan ala-ala ketuhahanan sesat..
Benci sangat dengan Piper ni..



Ni last scene tanda habis season 1..
Aku saja lambat-lambatkan review drama ni..
Pasalnya kalau aku review bulan Januari..
Ada 6 bulan korang nak tunggu untuk Season 2..
Season 2 akan bermula hujung Jun 2014..

So, untuk peminat drama omputeh..
Orange Is The New Black ni recommended okay..

p/s : 18SX, 18SG peringkat tidak sesuai untuk ditonton seisi keluarga :)
.
.
.

Saturday, April 26, 2014

PANIK


Tadi petang ulang lagi tengok telemovie PANIK..
Kali ni tengok dengan MIJ dan Khaleef..
Sapa yang dah tengok..
Tentu tau ending telemovie ni yang agak potong mood..
Padahal dari awal.. smpi ke 5 minit terakhir..
Memang dah bagus jalan citernya..
Walaupun ada sket2 cam filem Flight Plan..

Wpun begitu.. citer ini penuh dengan pengajaran..
Kalau dengan anak2 umur 8 tahun ke bawah..
KECUAIAN.. KELEKAAN.. TIDAK PERASAN..
Boleh mengundang KECELAKAAN...

Pasalnya.. Takkan ada orang yang PERASAN depa..

Sapa yang dah lama baca LWC mesti dah tau..
Yang aku memang selalu kehilangan Khaleef..
Hilang kat kedai.. hilang kat mall.. hilang kat kenduri..

Tau dak kami pernah kehilangan Hasya..
Masa dia umur 2 tahun..
Lama jugak hilang tu..
Lebih kurang 20 minit..

Jadi kat Langkawi.. kat Komplek LADA..
Dalam tu ada Billion kalau tak silap..
Masa tu dah nak keluar..
Hasya ambik 2 botol M&M..
Abang Khaleef dah keluar ikut Papa..
Aku ngn dia je kat kaunter cashier..

Time tu Hasya berdiri belah kiri aku..
Handbag belah kanan..
Memula cashier tu punch harga..
Then dia tak masuk plastik..
Just bubuh tape pada botol M&M tu..

Aku toleh kanan..
Buka handbag nak ambik purse..
Bayar.. ambik resit..
Aku tengok balik belah kiri..
Hasya dah lenyap!!

Aku tanya cashier tu..
"Nampak anak saya?"

Dia jawab TAK NAMPAK LANSUNG!!

Aku tanya guard kat pintu Billion..
Dia kata TAK PERASAN!!

Aku masuk balik dalam Billion..
Cari dari lorong ke lorong..
Sambil2 tanya orang ramai..

NAMPAK TAK BUDAK KECIK UMUR 2 TAHUN JALAN SORANG-SORANG

Takde sapa nampak..

Lepas 10 minit tu aku lari keluar..
Cari Papa dengan Khaleef..
Dengan harapan Hasya ada dengan depa..
Dari jauh aku nmpk Khaleef sorang je..

Masa ni aku cam dah kena PANIC ATTACK!!
Tapi MIJ wat selamba je...
Dia kata mesti ada kat dalam..
Sebab dia tak nampak kat luar..

Aku takut sebab Billion tu 2 tingkat..
Kalau orang ambik dia..
Dan keluar ikut pintu tingkat atas macamana?

Masuk balik dalam Billion..
Aku ngn Khaleef dan terjerit2 panggil Hasya..
Papa dia cari gak sambil marah2 kat aku sebab cuai..

Dada ni rasa nak pecah dah..
Rasa bebila je aku boleh tumbang..
Kena heart attack..

Tetiba aku dengar suara kecik je...

"ABAM!! ABAM!! ABAM!!!"

Hasya lari dari arah mana aku pun tak tau dah..
Tapi aku mmg nampak dia..
Lari dengan M&M..
Rupanya dia masuk balik dalam Billion tu..
Cari abang Kalep dia..
Sebab nak bagi M&M tu satu pada abang..

Lega memang lega..
Tapi tetiba rasa cam darah menyirap..
Masa Khaleef hilang kat The Store dulu..
Rabit telinga dia aku tarik bila dah jumpa..
Ni nasib baik MIJ cecepat dukung Hasya..
Kalau tak.. tak tau laa camne kena jerit dengan aku!!
.
.
.

Thursday, April 24, 2014

Miss Korea



Ramai tak perasan drama ni..
Pasalnya tayangannya.. saing2 My Love From The Star..
Dengan Inspiring Generation..
Padahal drama ni jalan citernya best jugak..

Secara umumnya..
Drama ni berkenaan seorang perempuan cantik..
Yang masuk beauty pageant..
Atas sebab nak bantu company cosmetic rakan sekolah dia..
Company tu sedang di ambang nak bangkrap..
Mereka transform heroin jadi lawa..
Untuk menang pertandingan Miss Korea dan seteruskan menaikkan balik company cosmetic depa..


Drama ni setting 1997..
Genre romantic comedy..
Aku confuse sket je drama ni..
Hero dia.. tak tukar gaya..
Dalam drama Pasta..long time ago..
Camtu gaya dia..
Dalam drama ni pun...
Itu gak gaya dia..

Maybe pasal team Miss Korea adalah team yg sama buat drama Pasta..


Heroin ni..
Dari zaman sekolah-sekolah dulu dia mmg lawa..
Dan pernah menang ratu cantik sekolah..
Malangnya.. dalam pelajaran dia tidak menyerlah..
Selepas tamat belajar.. dia bekerja sebagai penjaga lift..

Bila company hero dalam masalah..
Memang heroin la dia cari..
Ala-ala filem Miss Congeniality gak drama ni..



Ada laa konflik2 nyer yang buatkan depa jatuh cinta..
Ada 2nd hero.. ada 2nd heroin..
Nak tengok.. kena la order ;)
.
.
.

Wednesday, April 23, 2014

Ipoh V - Popia SS Ali


Gerai dia No.18..
Kat Medan Selera Dato' Tahwil Azhar..
Atau pun.. selalunya dipanggil Medan Selera Taman Kanak-Kanak..
Pasalnya kat tengah tu ada taman..

Kedudukkannya kat tengah-tengah Ipoh tu..
Dekat sangat dengan Gerbang Malam..

Antara yang famous kat medan selera ni..

1- Popia SS Ali
2- Satay Endut
3- Sup Gerai Darus
4- ABC & Lai Chi Kang Ah Seng
5- Sotong kangkung


Ni Popia basah...
Aku suka yang ni banding yang goreng..
Intinya sama je cam popia lain..
Tapi lainnya ada udang kering dan bawang goreng..
Kuahnya pun sedap.. pedas-pedas manis

Yang ditabur tu daun bawang..
Yang putih2 tu tak tau mende..
Rasa cam telur..

Aku suka yang basah ni banding yang goreng..


Ni yang goreng..
MIJ tak suka basah...
Goreng ni so-so je rasanya..
Maybe sebab goreng sampai garing kot..

Kalau popia goreng..
Aku suka goreng sampai liat je..
Tapi bukan sampai keras..

Apa-apa pun.. memang sedap Popia SS Ali ni..
Untuk yang jauh nak pi Ipoh..
Popia SS Ali ni ada cawangan di Shah Alam..
Kat sekseyen 7.. so boleh la pergi cuba..
.
.
.

Sunday, April 20, 2014

Ipoh IV - Restoran Tasik Raban


Kalau nak pergi Restoran Tasik Raban ni..
Halakan kereta anda ke Stadium Ipoh..
Kat area tu laa restoran ni..

Kalau datang lunch hour..
Make sure awal..
Kul 1.00 tgh tu dah kira cam terlambat..
Lauk pauk mesti banyak dah habis..


ihsan google

Kat restoran ni yang terkenal ialah ikan bakar..
Tapi lauk pauk kampung yang lain pun banyak..
Kedai ni semua layan diri..
Memula layanlah diri ambik nasi.. ambik lauk..
Lepas tu pergi ke kaunter air..
Order la air kat situ..

Air pun tak banyak pilihan..
Ada air2 asas je..
Cam sirap.. teh O.. teh ais.. milo..
Lepas dah dapat air tu.. bawak ler pergi ke meja sndr..

Dan boleh mula makan..

Nanti ada orang datang kira..

ihsan google

Restoran Tasik Raban yang ada kat Ipoh ni ialah cawangan..
HQ nyer berada di area Lenggong ke.. Grik ke..
Aku pun dah lupa..

Ada orang kata harga kat restoran ni mahal..
Bagi aku boleh la...
Datang jauh2.. makan mahal sket takde hal :)



Ni ikan bakar.. menu paling special kat situ..
Gravy nyer mmg sedap..
Ada rasa serai.. cili.. masam manis..
Serba serbi cukup..
Cuma agak pedas..
Atas pinggan tu selalunya dah tulis harga berapa ikan tersebut..
Range harga.. ikut jenis ikan.. ikut saiz..

Air asam pun ada disediakan..
Tapi ia tidak FOC..
Sepiring kecik tu RM1.00

Lepas makan.. bawa bil pi kaunter..
Dan bayar..
.
.
.

Thursday, April 17, 2014

Ipoh III - Taman Rekreasi Gunung Lang


Aku tahu pasal Gunung Lang ni dah lama..
Pasalnya kawan aku pernah kena tangkap basah kat sini..
Tangkap basah semberono :))

Banyak kali aku ajak family aku pergi..
Tapi.. mak aku ni agak fobia bila ajak naik2 bot ni..
Maka terkubur laa begitu sahaja..


Baru-baru ni pergi Ipoh..
Kami singgah..
Igt nak jengah je..
Tak plan pun nak naik bot..

Tapi.. bebudak ni bila nampak bot..
2-2 dah bising nak naik jugak..


Ni harga tambang bot dan tiket ke Taman sebelah sanun..
Murah je..
Lagi pun takde laa jauh sangat..
Rasanya tak smpi 100 meter pun naik bot..


Dalam tasik ni banyak ikan dan kura-kura..
Boleh beli makanan dan bagi makan..

Pastu banyak pengantin wat shooting..
Hari yang kami pergi tu..
Lebih 5 pasangan pengantin tangkap gambar kat sini..
Yelah.. tempat ni cantik..
Hijau hutan.. hijau gunung..



Ada gak monyet liar..
Tapi takde laa mengganggu hape..
Maybe depa dah biasa dengan pelawat..
Hasya tu jadi camtu..
Sebab ada monyet nak kawan dengan dia :)



Feeling la dua beranak ni..
Tapi rumah ni mmg cantik..
Cumanya dalamnya kosong je..
Tempat orang nak camping kot..



Lagi kat sini ada kandang binatang..
Ada burung unta tua.. bulu pun dah takde..
Busuk pulak tu..

Pastu ada 2-3 sangkar lagi..
Tak tau apa binatang dalam tu..



Masa naik bot nak balik..
Bot tu parking terlalu ke belakang..
Aku pulak duduk hujung sekali..

Bila bot dah ready nak berlepas..
Kemain lagi dia press minyak..
Tapi bot tak lepas-lepas..

"AKAK.. ABANG.. BOLEH TAK DATANG DEPAN DULU.. BOT SANGKUT"

Dan seperti dijangka..
Anak bujang aku pun mengeluarkan suara..

"NI MAMI LA NIH.. BERAT!!"

Nasib baik ramai orang..
Kalau tak.. mmg ada handbag MK Land menghempuk anak sndr!!
.
.
.

Wednesday, April 16, 2014

Inspiring Generation

Lama genre camni tak munculkan..
Asyik2 drama cinta miskin kaya je..
Sama laa dengan market M'sia..
Asyik2 drama kahwin paksa.. tak sudah-sudah..



Inspiring Generation ni genre action & patriotism..
Tapi tu semua tak penting..
Yang penting.. hero Kim Hyun Joong :)


Drama ni setnya guna 3 negara..
Korea - Japan - China
Kos pembuatannya menelan belanja USD14 juta..
Oleh itu.. drama ini adalah sehebat kos pembuatannya..



Hujung belah kiri tu boyfriend i..
Sayangnya dia tambahan je..

Cerita ni banyak shooting kat China..
Kembali ke zaman 1930-an
Masa tu China lebih kurang berkonflik dengan Jepun..


Nama hero dalam ni.. Shin Jun Tae (SJT)..
Dalam drama ni dia duduk kat Shanghai..
Masa tu melawan kekejaman orang Jepun di China..

Kena pulak dia memang hebat berlawan..
Kira kat Shanghai tu dia laa yang paling hebat..

SJT ni kematian ayah masa umur dia 15 tahun..
Juga disebabkan oleh tentera Jepun..
Ntah camne.. dia pulak yang kena tuduh menyebabkan kematian ayah dia.. 

gambar hiasan
pakwe aku ni ada dalam drama ni..
tapi watak sikit je


Seterer mana pun dia berlawan..
Tapi dalam hati mesti ada taman..

Perempuan yang berjaya menawan hati dia..
Adalah adik angkat dia..
Adik angkat dia ni penyanyi..
Dan SJT ni terlalu lembab nak confess perasaan dia..


Dalam ni ada heroin jahat..
Dia anak tiri pegawai tinggi Jepun..
Dia ni la jadi penghalang pada heroi dan heroin..

Untuk yang minat drama berat..
Drama ada isi..
Ini laa drama yang paling sesuai..
Episod 1 je dah cukup mendebarkan..
Citer ni panjang.. 24 episod..
.
.
.