Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Saturday, May 31, 2014

Kota Kinabalu Part II - Sup Jagung



Ni pun aku 1st time cuba..
Masa kawan aku from S'wak order ni..
Aku terbayang.. sup jernih dalam tu ada putik jagung...
Pastu akak kedai tu cakap.. sup ni ada isi ketam..
So, rupanya cam sup jernih.. ada putik jagung.. ada isi ketam dikorek...

Suspen juga nak tau apa rasanya..

Aku tanya sekali lagi..
Jagung ke putik jagung?
Kawan aku kata jagung..

Masuk lak dalam imaginasi aku..
Rupa cam bubur jagung..
Yang penuh dengan biji2 jagung :)

Sekali dah sampai..
Cam kat gambar tu ler rupanya..

Sekali hirup..

UMANG..  SODAP!!! bak kata orang Rawo..

Kuahnya pekat..
Ada telur pecah..
Jagung ada.. tapi takde laa banyak...
Isi ketam tu.. rupanya crab stick.. yg kaler merah putih..

Rasa memang best!!

Aku ada tanya resepinya..

Dah dapat.. tapi belum buat..
Barang2 dah beli :)

CARA
  1. Tumis bahan2 cam biasa kita buat sup tu..
    (bawang, bawang putih, halia)
  2. Masukkan air
  3. Masukkan crab stick (boleh tambah ayam kalau mahu)
  4. Jagung (beli je yg dalam tin tu).. jangan banyak sangat.. sup ni mmg kurang jagung wpun namanya sup jagung :)
  5. Bancuh tepung jagung.. masuk periuk.. kacau..
  6. Dah pekat tu.. pecah telur
  7. Last.. perasakan garam + lada sulah + sos tiram

.
.
.

Thursday, May 29, 2014

Kota Kinabalu Part 1 - Chicken Sayap Panggang

Kali ni kita tukar tema pulak..
Selalu citer pasal tempat menarik..
Ini kali aku citer pasal makanan-makanan yg best kat KK



Ini adalah lawatan ke-2 aku ke Sabah..
Tapi.. masa 1st time datang..
Tak berkesempatan nak rasa food kat Sabah..
Pasalnya kitaorang ambik apartment yg boleh masak..
Mak aku lak naik syeh masak kat sana..
Beli sotong sekilo RM2.00..
Ketam sekilo RM8.00..
So, mmg jenuh laa makan seafood home cook :)

Oleh itu... lawatan kali ini..
Memang aku makan betul-betul makan..


cr - google

Ni yang paling aku nak makan..
Last time.. sempat makan sikit..
Kali ni aku belasah cukup-cukup..

CHICKEN SAYAP PANGGANG

Memang sedap..
Wpun kat semenanjung ni pun ada..
Tapi kat sana sedap dia lain macam..
Wpun dibakar dengan arang..
Tetap moist.. perapan tu kena sangat..

Pastu cicah dengan sambal kicap..
Hari tu aku makan kat 3 tempat..
Tg Aru.. Tg Pelipat.. Pasar Filipina..
Rasa yg kat Pasar Filipina tu sedap sekali..

Aku siap tapau 15 ketul bawa balik semenanjung..
Sampai rumah malam tu pukul 2 pagi..
Terus bersila dengan MIJ meratah 2 orang :)


Cara masaknya lain sket..
Mula2 cucuk ayam.. bakar.. pastu gantung camtu..
Bila kita order..
Penjual tu akan turunkan semua sayap tu..
Buh atas jaring tu.. potong 2..
Masak lagi smpi betul2 masak..
Aku rasa.. resepinya sama je cam kat sini..
Mungkin pasal teknik masak tulah yg jadi lain..
Dan sedap lain macam..

Kalau ikut lidah aku la..
Antara bahan perapannya..
Halia, lada hitam, kunyit, madu..
Madu tu laa yang jadi penyebab sedap tu :)

Huhuhu..

Tak sabar nak tgu next trip ke KK lagi..



Monday, May 26, 2014

KLIA2



Tempat baru..
Mestilah lagi best dari tempat lama..
Jalan nak masuk...
Dah diasingkan untuk yang ke departure hall dan arrival hall..
So, kuranglah mengkelibut dalam tu..



Masuk-masuk... memula jumpa giant TV..
Boleh cek flight anda..
Dan kaunter mana nak check in..
Tak jauh pun..
Cumanya.. cam kurang kerusi pulak depan kaunter check in ni..
Tapi jauh sangat ler beza dengan LCCT dulu..
Sebaris je kerusinya..


Berdekatan dengan check in kaunter..
Terus ada pintu Perlepasan Antarabangsa...
Nampak cam senang je kan..
Tapi rupanya.. nak pergi ke waiting room tu..
Jauh..

Tapi untuk international ada horizontal escalator..
Untuk yg domestic departures..
Sila laa menapak dengan hati yang tenang..

Untuk yang tiba awal.. tapi flight lambat lagi..
Nampak tak kat tempat ramai orang menebeng tu..
Atas..
Belakang depa tu ada satu open hall..
Siap carpet..
So, boleh laa berehat lurus2 kaki kat situ..
Tido pun boleh..

Cam aku hari tu naik atas juga..
Tapi takde laa tido open kat situ..
Aku masuk surau dan membuta..

Surau & toilet sangat banyak!!
Dan sangat luas!!!

Kalau setakat 20 orang tido dalam surau..
takde hal mengganggu lagi..
Cumanya telekung dalam surau agak kusam2 dan berbau..
Better bawa telekung sndr..


Pintu perlepasan dalam negeri..
Kat sini masuk je terus scan beg..
Aku dok terbayang..
Turun je escalator..
Terus jumpa departure hall..


Turun je... terus aku jumpa laluan mendaki ni..
Handcarry aku dah la berat..
Aku tak boleh check in bag tu pasal dlm tu ada goodies utk karnival..
Takut pecah & rosak..
Takde roda pulak tu..
Mengah jugak ler mendaki..

Igt lepas dakian tu sampai..
Tidak juga..
Belok sana.. belok sini..
Turun escalator lagi.. turun 1 escalator lagi..
Baru jumpa departure hall..



Lepas tu tunggu je kat luar..
Boarding room akan bukak 45 minit sebelum masa berlepas..
Banyak juga kedai bawah tu..
Memanjang je kedai-kedainya..

Kat bawah ni pun..
Ada toilet.. ada surau...


Bila masuk dalam tempat nak boarding ni..
Dah takde toilet..
Kalau nak kencing.. kena keluar pulak..


Sky Bridge!!!
Ok bab ni aku suka banget!!!
Terus masuk perut kapal..
Tak payah lecah ketiak jalan kaki ke flight..

TIPS

  1. KLIA2 banyak kedai untuk shopping.. kedai untuk makan... so berbahagia la :)
  2. Parking dekat.. tapi mahal... RM46.00 untuk 24 jam.
  3. Kalau park kereta.. make sure igt kat bahagian mana.. no tiang.. kedai apa korang lalu.. sbb sangat confuse bila nak cari parking tu balik.
  4. Arrival hall.. pun ada lorong mendaki.. tapi lebih pendek.
  5. Tempat tuntut bagasi selalunya gabung 3-4 flight dan panjang.. so, agak lama la menunggu beg.

.
.
.

Wednesday, May 21, 2014

Resepi sambal udang petai


Kalau aku yang punya resepi..
Memang dijamin mudah..

Bahan

12 biji cili kering.. gunting dan rendam & air panas.. blend
2 biji bawang besar.. hiris
udang & petai.. ikut suka laa

Cara
  1. Panaskan minyak (jgn sikit sangat) 
  2. Tumis bawang hiris smpi naik bau
  3. Masukkan cili kisar tadi.. tgu la smpi cili masak & garing
  4. Masukkan 1 sudu garam + 2 sudu gula
  5. Asam jawa (hujung sudu) + belacan sikit = bancuh dgn air panas sikit je bg larut
  6. Tuang masuk kuali
  7. Masuk petai.. masak lagi...
  8. Agak2 kaler sambal dah cantik.. masuk udang..
  9. Kacau la sampai udang masak

SIAP

Itu sahaja..
Masa masak.. kurang 20 minit..
Yang lamanya.. nak kopek petai :)
.
.
.

Monday, May 19, 2014

God's Gift 14 Days



Ni drama yang penuh debar..
Kat Korea dah habis lama..
Kat M'sia.. mgu ni last..

Genre thriller & family..

Secara keseluruhannya...
Drama ni berkenaan seorang mak yang bertungkus lumus..
Nak elakkan anak dia dari mati dibunuh..


Heroin adalah seorang TV writer..
Untuk rancangan isu semasa..

Satu hari, anak perempuan dia telah diculik..
Oleh seorang pembunuh bersiri..
Anaknya akhirnya ditemui mati dibunuh..

Oleh kerana terlalu kecewa gagal nak selamatkan anak dia..
Maka, dia ambik keputusan untuk bunuh diri..
Dengan cara mati lemas..


Hero drama ni... Dong Chan..
Dia ni pulak sebenarnya dulu seorang polis..
Tapi selepas tu dia jadi private investigator..
Motif utama dia..
Nak bersihkan nama abang dia..
Yang dituduh membunuh bekas teman wanita dia..
Abang dia tu pulak ada masalah mental..

Dong Chan ni 1st jumpa heroin..
Time heroin nak bunuh diri..
Dia pulak hendak dibunuh oleh sekumpulan samseng..

Ikutkan..

Mereka sama-sama mati lemas..


Ada keajaiban berlaku selepas tu..
Depa berdua ni tak mati..
Seolah2 diselamatkan..
Dan sedar semula di tepi tasik...

Yang peliknya..
Waktu sudah mengundur 14 hari kebelakang...

Oleh itu heroin ada masa 14 hari...
Nak selamatkan anak dia daripada dibunuh..
Dengan cara mencari pembunuh tersebut terlebih dahulu..


Dalam nak cari pembunuh sebenar tu..
Banyak pulak kes-kes lain yang ikut terbongkar..
Dalam masa 14 hari tu pun..
Banyak takdir2 yang berlaku sebelum tu..
Turut juga berlaku semula dalam masa 14 hari tersebut..

Anak heroin pun..
Akhirnya diculik jugak..


Oleh kerana Dong Chan ni je yg tahu pasal 14 hari patah balik tu..
Dia sama-sama tolong heroin..
Untuk cari pembunuh tersebut..
Dan selamatkan anak heroin..

Banyak perkara yang tak tersangka yang berlaku..
Termasuk laa orang2 yg rapat dengan heroin..
Paling tak sangka...
Suami heroin pun terlibat sama..

Suami heroin ni seorang peguam..
Seorang yang penyayang dan ayah yang baik..
Tapi.. dia ada simpan satu rahsia besar..

Nak tau.. kena tonton drama ni..


Ni pulak bekas kekasih heroin..
Dia seorang polis antara yang terbaik..
Heroin datang jumpa dia..
Dan minta dia bantu untuk halang penculikkan anak dia..

Walaupun dia tak percaya tentang 14 hari tersebut...
Tapi dia tolong juga..


Drama ni best sampai ke sudah..
Cumanya ending tergantung..
Kena fikir sendiri..
Apa kesudahannya..


Kim Soo-hyun is a mother whose young daughter Han Saet-byul gets kidnapped and murdered. Discovering a miraculous ability to go back in time exactly two weeks before the event, Soo-hyun is determined to expose the kidnapping plot and save her daughter before she dies all over again. Helping her is Ki Dong-chan, a former cop turned private investigator out to prove the innocence of his mentally challenged brother, who is falsely accused of murdering Dong-chan's ex-girlfriend. As Soo-hyun and Dong-chan race against the clock in the allotted 14 days, new light is shed on the crimes, and they uncover secrets far more treacherous than Soo-hyun could have ever imagined

.
.
.

Thursday, May 15, 2014

10 PERKARA YANG ISTERI BENCI TENTANG SUAMI


Jumpa keratan2 artikel ni kat FB..
Terus rasa nak kongsi kat blog..
Dengan harapan MIJ nanti malam baca :))


Bab suami panas baran ni mmg aku benci..
Syukur suami aku jenis sejuk kejung..
Panas baran dia muncul 3-4 tahun sekali..
Itu pun dengan orang lain..

Baru2 ni ada laa hamba Allah ni mengadu..
Suami dia kalau bergaduh je mesti nak letak tangan..
Sikit2 nak tampor..

Mula2 aku ajar dia..
Apsal ko tak tampar je dia balik..
Jawapannya.. takut dari penampar jadi penerajang..

Kalau camtu.. hari2 ko bubuh racun sikit2..
Lama2 mati laa dia!!

Kawan aku cakap.. NAK MAMPUS!!
Kalau tak masuk penjara.. nanti masuk neraka..

HABIS?!! itu tidak.. ini tidak..
Tahan jelah muka ko tu kena sepak..

p/s: sebenarnya maksud aku suh dia tinggalkan laki dia.. malangnya dia tak faham-faham


Syukur Alhamdulillah.. MIJ tidak juga mengongkong..
Kalau setakat nak bawa mak aku kemana-mana..
Nak pi KL ke..
Nak lepak dengan kawan-kawan ke..
Cukup dengan tanya dan beritahu..



Hat ni boleh tahan..
Tapi pasal dah 9 tahun kahwin..
Akak dah pasrah :))


Depan bini comel dia ni.. tak pernah nampak pulak..
Tak tau laa belakang-belakang..

Tapi..
Sebenarnya isteri dia ni yg suka cuci mata tau..

:)



Setakat ini juga tidak..
Sebenarnya.. isteri ni ada naluri yg suami takde..
Kalau suami main kayu tiga..
Naluri tu boleh tahu dengan sendirinya.

Aku ada gak pesan dengan MIJ..
Mana laa tau dia dah bosan ngn bini dia tak kurus-kurus..
Kot-kot la ada... (minta simpang)
Bagitau je jelas-jelas.. tak payah nak sorok2..

Tapi lepas bagitau tu..
Ada laaa natijahnya.. ada laaa perjanjiannya..

Rahsia kami berdua :)


MIJ memang gini orangnya..
Bukan tak sensitif..
Tapi dia tak reti nak tunjuk..

Aku pun takde laa sampai nak benci..
Kata orang..

Alah bisa.. tegal biasa...


Ni best!!

MIJ kat sini takde kawan...
Aku pun takde kawan juga..
Jadi kami memang berkawan dua orang je kat Tg Malim ni :)


Yang ni ikut mood dia..
Ada tahun.. birthday pun dia tak pedulik..
Anniversary pun tak tau..
Hari ibu ke.. Hari kekasih ke..
Sumer boliyau!!

Ada tahun..
Sampai 2-3 kali sambut birthday ai..
Sambut kat rumah.. sambut kat umah mak.. sambut kat kedai makan..

TERIMA KASIH..

Jap nak fikir.. bila kali terakhir diterima kasih...
Takde kot!!!

Hahahaha... takpe.. ai ni jenis pasrah forever!!


Volume suara MIJ... ikut skala 1-10..
Paling kuat 4.. tu habis kuat dah laa..
So, masalah meninggi suara tidak ada :)

Jangan bini dia..
Cakap biasa2 pun..
Dah guna volume 7..
Kalau jerit ke anak..
Siap boleh modified sampai skala 15..


Ini pun tidak setakat ini...
Tapi kalau akhirnya jatuh ke tanah juga..
Maknanya memang mintak nak kena henyak la tuh...

Ohh.. habis dah 10 perkara..
Cemerlang gak laki aku ni rupanya :))

Tapi ada yang ke-11..
Ni aku tambah sendiri..

Hihi :))



Jangan marah bie..

I LOVE YOU 





Sunday, May 11, 2014

Bride Of The Century

Satu lagi projek Kdrama full sub in Malay..
:)


Satu lagi drama best 2014..
Wpun berkonsepkan cinta miskin kaya..
Tapi jalan ceritanya lain sket..

Mula2 aku tak tau gak drama ni..
Pasalnya tayangannya di Chosun TV..
Bukan mainstream punya TV.. yang ni cable TV..

Pastu ramai pulak yg minta aku download drama ni..
Aku pun download.. dan marathon tengok 3 hari 2 malam..
Habis 16 episod :)


Hero = Lee Hong Ki..
Dalam drama ni, nama dia Choi Kang Jo..
Dia adalah pewaris Taeyang Group..

Mula2 aku tak leh nak cerna gak dia jadi hero..
Pasalnya aku kenal Hongki ni dari umur dia belasan tahun..
Dari zaman FT Island debut..

Tapi.. makin tengok.. makin tengok..
Drama ni jadi makin best!!

Heroin yang belah kanan..
Belah kiri tu 2nd heroin.. heroin jahat...
Memang muka depa sama..
Tapi perangai lain-lain..


Asalnya.. heroin jahat ni adalah tunang kepada hero..
Depa ni bukan bertunang disebabkan cinta..
Tapi business marriage.. untuk kepentingan syarikat..

Memang depa dua ni tak saling cinta pun..
Dan hero melayan tunang dia dengan teruk..
Layan tunang cam patung takde perasaan..
Nak pulak time tu sebenarnya hero dah ada pilihan hati..
Namanya Lee Ru Mi..
P.A dia di Taeyang Group..

Keluarga hero pun sukakan Ru Mi..
Tapi disebabkan satu sumpahan..
Mak hero tolak Ru Mi..
Dan tunangkan hero dengan Yi Gyeong (heroin jahat)


Heroin baik.. namanya Na Du Rim..
Memang rupa dia sama habis dengan heroin jahat..
Asalnya.. abang heroin jahat terserempak dengan Du Rim..
Dia pun terperanjat camne rupa Du Rim sama sangat dengan adik tiri dia..

Mak heroin jahat (sebenarnya mak dia laa paling jahat)
Dia dah tahu rahsia kenapa mak hero tolak Ru Mi jadi menantu..
Dan bersungguh-sungguh nak kahwinkan hero dengan anak dia..

Rupanya..
Dalam family hero..
Ada satu sumpahan..

Menantu pertama bagi anak sulung lelaki pertama..
Akan mati sebagai korban penjaga keluarga mereka..


Inilah hantu penjaga keluarga hero.. keluarga Choi..
Dia sebenarnya mati dibunuh 100 tahun lalu..
Dan dia ada hubungan rapat dengan family hero..

Setiap kali hero dalam kesusahan..
Atau ditimpa bencana..
Dia akan muncul..

Hantu ni nak kata jahat sangat pun tidak..
Nak kata baik sangat pun tidak..
Dia sebenarnya ada dendam yang belum terbalas..
Dia dah menunggu sampai 2 kali kelahiran..

Tapi dalam drama ni..
Nasib baik laaa ada hantu  :)


Yang kiri mak hero..
Yang kanan mak heroin jahat..

Dalam drama ni..
Kalau benda jahat berlaku tu..
Depa 2 nilah punya kerja..

Sama-sama tamak..
Sama-sama ada udang sebalik batu..

Mak hero.. dia tunangkan hero dengan heroin jahat...
Supaya heroin jahat tu jadi korban..
Dan lepas tu boleh laa dia kahwinkan hero dengan pilihan hati dia.. Ru Mi..

Tapi paling dahsyat mak heroin jahat ler..
Dia sanggup buat apa saja walaupun membunuh..
Asalkan hajat dia dan anak dia tercapai..

Untuk pastikan anak dia tak jadi korban nyawa utk hantu penjaga tu.
Dia sanggup jadikan Du Rim sebagai mangsa..


Sebelah kiri abang tiri heroin jahat..

Bila adik dia (heroin jahat) hilangkan diri sebab tak nak kahwin dengan hero..
Dia minta bantuan Du Rim..
Untuk jadi pengganti atau penyamar adik dia..

Sebagai habuan, dia bagi duit dan sebuah kedai makan untuk heroin..
Penting untuk Du Rim ni menyamar..
Sebab kalau terputus hubungan dengan keluarga hero..
Syarikat pembinaan depa yang dalam masalah..
Akan terus hancur..

Masa ni laa Du Rim muncul dalam hidup hero..
Hero ni kan bangang sket..
Dia tak perasan pun yang tunang dia bertukar-tukar..
Du Rim dengan heroin jahat mmg rupa sama..
Tapi perangai lain sangat-sangat..

Ada satu ketika..
2nd hero ni tetiba jatuh cinta dengan Du Rim..
Sayangnya time tu Du Rim dah sukakan hero..



Depa dua ni.. dalam drama ni sweet sangat..
Heroin tu pandai berlakon..
Comel pulak tu..

Drama ni awal-awalnya lucu jugak..
Tengah-tengah tu agak stress..
Hujung-hujung.. masih stress jugak..
Tapi dah nampak jalan penyelesaiannya :)

Plot

Taeyang Group is the largest conglomerate in South Korea. The Choi family who runs Taeyang has supposedly been under a curse for a hundred years that the first bride of the eldest son will always die. When the wealthy heiress Jang Yi-kyung disappears right before her wedding to chaebol heir Choi Kang-joo, Na Doo-rim, a lookalike impostor, is brought in to take her place. But unlike the cold and calculating Yi-kyung, Doo-rim is sweet and sunny, and Kang-joo falls genuinely in love with her. As the wedding plans progress, Kang-joo and Yi-kyung's mothers both scheme and plot behind the scenes
.
.
.