Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Wednesday, January 27, 2016

Jillian B0DY5HRED


Akhirnya ada workout terkini daripada Kak Jill...
Lama dah ni.. tengah2 bulan tahun 2015.
Tapi ni set..
Bukan sekeping2 cam yang sebelum-sebelum ni..

Workout duration adalah selama 8 minggu..
Workout yang sama akan ulang selama 2 minggu..
Hari-hari tukar workout.. 1 workout hanya ambil masa 30 minit..
Isnin - Sabtu.. Ahad rehat atau boleh buat bonus workout


Ni complete set BodyShred..
Ada 8 workout + 2 Cardio + 1 Bonus

Kak Zel dah mudahkan bagi korang..
Kasi payung baik punya...
1 dvd = 1 rotation = 2 minggu..
Kiranya untuk 2 minggu tu akan guna 1 dvd sahaja..
So, ada 4 kpg jelah..

Untuk yang mahukan yang original..
Boleh cari kat amazon sanun...
Boleh dapat sebiji cam gambar di atas..



8 Shred Style Circuit Workouts
       1. Launch
       2. Rise
       3. Amplify
       4. Escalate
       5. Conquer
       6. Triumph 
       7. Zenith
       8. Apex

2 Straight Cardio Workouts
       1. Fire Up
       2. Ignite


BodyShred is a 60 day progressive workout program based on Jillian's S.H.R.E.D. Method. SHRED is an acronym for Synergistic, High Intensity, Resistance, Endurance,Dynamic.

If you're familiar with other Jillian workouts you will recognize Jillian's signature 3-2-1 interval format here as well. BodyShred workouts are set up as four, 6-minute circuits of 3 minutes resistance, 2 minutes of HIIT cardio, and 1 minute of abs. Moves are performed back to back for 30 seconds each.


Nanti ada yang akan tanya...
Apa beza BodyShred dengan Body Revolution?
Bezanya BS hanya untuk 60 hari..
BR pulak 90 hari..

Tapi.. dari review2 yang aku dah baca..
Banyak yang berpendapat BS ni lebih tough dari BR..
Disarankan kalau buat BS ni..
Jangan ambik kalori lebih dari 1400Kcal sehari..

Kalau ada yang plan ni diet sepanjang tahun 2016 ni..
Akak cadangkan..
Beli 2-2 sekali..
90 hari layan BR dulu..
Kemudian lagi 60 hari layan BS...

Sure malatop laaa body korang nanti...



Satu lagi soalan..
Susah ke tidak?

Kalau korang dah biasa dengan Kak Jill..
Korang takkan tanya aku soalan ni :))

Tapi..
Dari permerhatian aku dari jarak jauh.. lol
Minggu 1-4 tu masih boleh diterima akal waras...

Masuk minggu 5-8..
Sila laaa naik gila!!!

Masa buat tu..
Just bayangkan betapa kempisnya perut korang akan jadi..
Dan berapa lawanya nanti body figure..
Supaya menjadi pendorong untuk habiskan BS ni..

OPUS - ni workout bonus..
Sinonimnya OPUS ni ialah mamPUS..
Memang hardcore wei!!!!!

Kalau berat ko atas 100kg..
Sila laaa duduk atas sofa dan tengok sahaja TV tu..
Tengok je pun dah mengah!!


Soalan lagi...
Ada modifier tak untuk low impact?!

Rasa cam ada..
Tapi tak tau laa dia low impact ke tak tu..
Tengok dia melompat..
Lebih kurang sama tinggi je dengan yang normal..

Pandai-pandai korang laa...
Dah tau tak leh melompat sampai 2 kaki paras lantai..
Ko lompat watpe!!

Apparatus?

Ada... dumbell 3 jenis berat..





Tengok result dah tau kan..
BS ni dahsyat ke tak...

Ni kalau Kak Zel buat ni..
Mau londeh spender..
Dah nak kuar modal pulak beli baru..

So, kesimpulannya..

TENGOK JE SUDAH!!

:))

*nak masuk meminang BS.. sila PM kat FB ye
.
.
.

Monday, January 25, 2016

Pertama kali merasa gawat!!!


Gawat pada zaman 90-an dulu aku tak rasa..
Sebab masa tu bukan aku si pencari duit..

Dalam FB dok berserakan tentang tip2 menghadapi gawat..
Boleh laa aku check list kehidupan aku sekarang ni..
Bersedia ke tidak menempuhi gawat?!!


Sudah pun membeli kereta baru last year..
Bukan sebiji.. dua biji terus!!

Tapi..

Bulanan kedua-dua biji kereta tersebut..
Masih rendah berbanding bulanan Wira S.E aku dulu tu..

Pasal LOGO..

Pernah ada orang tanya..

"ZEL, KAU PAKAI AUDI SKANG?!!!!"

"Ye.. aku pakai Audi..."

HAH!!!!!!!!

"Yelah... AUDI PUNYA KEY CHAIN!!" tu pun beli kat kedai RM2 :))


Tengah nak mengambus hutang kad kredit..
Kad berhantu nilah penyebab aku masih menjadi penjawat awam..
Settle hutang beribu riban ni..
Baru laa senang hati aku nak jadi suri rumahtangga

Phewwwww!!!


Aku takde banyak saving...
Betul.. bukan saja2 tunjuk takde duit..
Memang takde pun..

Saving aku duduk dalam ASD Khaleef dan ASB Hasya..
Pastu ada laa sekelumit dalam ASB sendiri..

Cara-cara untuk menghadapi kecemasan..
Call sahaja Hajah Norlia..
Dia je penyelamat di kala cemas!!!


InsyaAllah...
Ada banyak.. aku bagi banyak..
Ada sikit.. sama-sama laa kita kongsi..

Tapi aku kagum dengan Khaleef...
Walaupun aku tak pernah menerapkan nilai-nilai bersedekah ni pada dia..
Namun, setiap hari Jumaat...
Berapa belanja sekolah agama yang aku bagi..
Dia akan sedekahkan baki ke tabung masjid..

Baru-baru ni je dia buka cerita..
Sebab dia kata belanja 30 sen je..
Aku tanya mana lagi rm1.70?
Jawabnya dia masukkan dalam tabung masjid setiap Jumaat..

Alhamdulillah.. patut laaa ko murah rezeki Kalep woi!!!!


Ni angan-angan tak sudah aku dengan MIJ..
Kejap nak beli..
Kejap nak bina..
Kejap nak rumah batu..
Kejap nak rumah kontena..
Kejap nak rumah kayu...

Last-last nyer..

KITA DUDUK JELAH RUMAH FREE NI BIE !!!!


Tak minat perabot!!
Sudah ada penjimatan di situ :)


Buku memang aku malas baca...
Tapi kot kat FB.. apa je cerita2 memberi inspirasi..
Aku akan baca dan berfikir..
Macamana aku nak jadi macam depa..


Kadang2 saja cakap...

MAMI NI TAKDE DUIT TAU..

Nak elakkan depa ni membeli mainan selang sehari..

Tau tak...

Budak berdua si Mukolip dengan Hasya..
Dah pandai surf LAZADA!!!!


Setakat ni ada biru & hijau sahaja..
Hijau mmg tak usik..
Biru tu senang nak kasi belanja sekolah anak :))

Boringnya mengumpul ikut warna ni..
Bila dah banyak rasa sayang nak buat apa pun..
Padahal kalau duit tu dihempuk dalam ASB tetiap bulan..
Banyak sket dividen berbanding dengan isi ASB setahun sekali..


Ni ada satu lagi tip terakhir..
Korang hanya boleh jumpa dalam blog aku..

Time-time gawat ni..
Beli laaa barang2 yang ada diskaun hebat..

Contohnya...

Dari 21hb Jan hingga31hb Jan..

SETIAP PEMBELIAN PRODUK CAMIRA
ANDA AKAN DAPAT POTONGAN RM4
UNTUK SETIAP PRODUK

Jimat hoi!!!!


~~jangan berkompromi dengan kejelitaan kulit anda~~
.
.
.



Thursday, January 21, 2016

Mukolip dan telur masak kicap


Kalep ni sekolah memang hari-hari bawa bekal..
Dalam seminggu tu mgkn la ada sehari yg tak bawa..
Selalunya dia yang request..
Nanti dia beritahu.. esok kalep nak makan makanan kantin..

Seperti ibu-ibu lain..
Buntu gak kadang2 apa nak dibekalkan ke dia..
Menu utama mesti nasi..
Lauk kena tukar2..

Baru2 ni dia pandai dah makan telur..
Tapi mesti telur masak kicap..
Kemain lagi dia memuji mami nyer masak sedap..

Maka mami pun...

"Kalep, apa kata hari2 bawa lauk telur kicap?"

"Isk, tak nak laa mami.. mana boleh hari-hari" jawab mukolip

"Kalau Kalep nak tahu... Mami dengan Ibu (adik aku) dulu 4 tahun sekolah hari-hari bawak lauk telur goreng kicap sebiji POTONG DUA"... kisah benar ni :))

Dengan harapan dia akan bersyukur
Dan setuju bawa nasi + bersama sebiji telur kicap hari-hari..

Jawapan dia...
.
.
.
.
.
.
.
"PATUTLAH NENEK TU KAYA!!!!!!"

Adoiiiiii!!!!

Tersedak nenek ko Kalep oiii!!!!

Aku ngn Papa dia dengar jawapan bernas dia tu..
Sakit perut gelak..

Mukolippppp!!

Oh My Venus


Akhirnya muncul juga drama hero kesayangan aku.. So Ji Sub..
Lepas Master's Sun.. takde dah drama dia..
Pandai dia pilih drama Oh My Venus ni..
Sesuai dengan dia..

Dalam drama ni dia masih mengekalkan watak orang kaya..
Cumanya dalam Master's Sun.. nampak sangat kayanya..
Yang ni dia biasa-biasa je..


Heroin...
Memang tembam camtu..
Dia kerja sebagai peguam..
Yang ada masalah kegemukkan..

Pertama kali dia jumpa hero dalam flight dari US ke Seoul...
Dia pengsan akibat makan pil kurus & pakai korset..
Hero ni doktor.. tp aku tak pasti doktor apa..
Maybe doktor dietician.. atau doktor sukan..

Masa di US, hero ni dikenali sebagai John Kim..
Seorang Personal Trainer..
Yang banyak membantu selebriti menurunkan berat badan..
Selain itu dia juga trainer kepada seorang peninju Korea..

Lepas dia tolong heroin masa dalam flight tu..
Berkali-kali laa lepas tu..
Asal heroin tu dalam kesusahan je..
Dia pun muncul...


Ni heroin masa sekolah..
Masa sekolah dia memang terkenal sebab lawa...
Masa kat kolej pun dia masih lagi lawa...
Time tu dia ada steady boyfriend dah..
Seorang perenang Korea..
Lama depa ni bercinta..
Sampai heroin dah jadi peguam pun masih itu boyfriend dia..


Tapi.. bila dah bekerja..
Lain pulak jadinya..
Makin tembam..

Akhirnya boyfriend dia tinggalkan dia..
Dan bercinta dengan kawan baik heroin masa di kolej...
Kawan dia tu masa kat kolej kemain gemuk..
Bila dah kerja.. kurus pulak..

Dek kerana frust menonggeng tu laaa..
Heroin nekad utk kuruskan badan..


Bila dia tau hero ni John Kim...
Dia pun paksa hero bantu dia untuk kurus..
Mula2 hero malas nak layan..
Tapi lama-lama dia tolong juga..

So Ji Sub ni...
Pada aku.. dia ni macam Shahrukh Khan tau..
Tak tau kat mana hensem dia..
Tapi.. bila dia berlakon..
Drama apa pun.. mesti nak tengok dia je...
Ulang-ulang kali pun tak jemu2...

Tapi dia ni..
Ada sejarah hitam masa kecil..
Dia mengidap kanser tulang..
Lepas tu mak dia pulak meninggal..
Ayah dia kahwin lain dan hantar dia berubat di US..
Wpun kanser dia tu dah hilang..
Tapi dia masih tak boleh lupa kesakitan kanser tu..
Dan sakit tu muncul secara psikologi wpun dia sebenarnya dah sembuh..


Disebabkan satu kes stalker..
Heroin terpaksa tinggal di rumah hero..
Tapi bukanlah berdua..
Ada lagi 2 pelatih hero yang tinggal bersama dalam rumah tu...


Huhuhuhuhuhu...
Dapat Coach camni...
AKU PUN BOLEH KURUS!!!!!!!!


Yang bestnya...
Hero ni sebenarnya dia jatuh cinta..
Lama sebelum heroin ni kurus..
Dia jatuh cinta pada yang tembam dulu..
Lepas tu dia suka sangat pada lesung pipit heroin...

Drama ni takde laa klise sangat jalan citernya..
Mesti ramai yang jangka..
Nanti keluarga hero tak suka heroin..
Heroin kena halau..
Hero nak juga heroin...

TIDAK!!!

Cerita ni.. sejak depa start declare...
Semua yang jadi sweet-sweet belaka...
Tapi ada laa satu insiden yang menyebabkan hero terpaksa tinggalkan heroin...
Nak tau.. kena tonton sendiri...


Aku dah ulang tengok drama ni 3 kali hoi!!!!
Hah...
Tau dah laaa kan best ke tidak drama ni...

Namun..

Akhir drama ni..
Heroin gemuk semula..
Apsal gemuk balik?!!!

Mai laaaa masuk meminang Oh My Venus ni!! ;)
.
.
.
.

Wednesday, January 20, 2016

Klebang Melaka Homestay



Nama homestay nih Klebang Melaka Homestay. Betul betul dekat dengan Dataran 1 Malaysia tu.. Homestay ni jenis rumah teres 1 tingkat. Ada 3 bilik dan 2 toilet.



Selain Dataran 1 Malaysia, Homestay ni dekat dengan segala tempat best kat Melaka. Sebut je korang nak g mana. Coconut Shake dekat.. Keria antarabangsa dekat.. Pantai Puteri dekat.. Bandar Hilir dekat. Nak gi naik River Cruise pun dekat. Jonker Walk, Dataran Pahlawan etc etc etc. Kalau tak tau jalan wassap je Tuan Rumah. Nanti dia guide la korang ke tempat yang korang nak pegi.


Kalau sesiapa yang nak bercuti kat Melaka ramai ramai dengan family, Korang leh stay kat sini. Tuan rumah sediakan 2 queen size bed dengan 2 single bed. Aircond ade kat master room.



Selain tu kemudahan yang disediakan sofa, meja makan, rice cooker, heater, tv with astro Njoi. Kemudahan masak takde tau u olls. Tapi kan nak buat ape sibuk memasak bila g bercuti.. buat penat badan. Kat Melaka berlambak kedai makan best.. korang google je. Macam macam ado

Rega homestay ni RM150 semalam. 
Kalau korang berminat boleh contact tuan rumah
018 2000201 - Zatul 010 8481650 - Kamal
Ni FB homestay ni.. 
KLEBANG MELAKA HOMESTAY
.
.
.
.


Monday, January 18, 2016

Khayla Hasya











5 tahun dah anak dara mami ni..
Makin nakal wei!!
Abang Kalep tu mangsa dia saja...
Ada je akal dia nak mengusik abang tu..
Abang awak tu dah laaa hati tisu..
Selagi abang dia tak nangis..
Selagi tu laa dia mengusik..

Birthday party Hasya belum buat lagi..
Posponed 1 bulan :))
Sambut sekali dengan mami nanti..

Mami ada plan nak buat kenduri kesyukuran Raya Cina nnt..
So, sekali laa sambut birthday Hasya..

Pergi Cameron Highland ni pun untuk dia juga..
Mula plan nak pergi minggu birthday dia tu..
Tapi Papa ada final exam..
Jadi tunda laa smpi Papa habis periksa...

Untuk Hasya...

Selamat Hari Lahir yang ke 5

Mami sayang Hasya sangat-sangat... :)
.
.
.

Wednesday, January 13, 2016

Kisah Aku, Sun Burn dan SERUM Camira


Kesiankan Kak RapunZEL...
Dah laaa ko jual skincare..
Tetiba kulit sendiri yg dah flawless tu rosak...

Kejadian ngeri ni bermula dari aku g Melaka...
Mandi kolam dari pagi smpi ke petang..
Wpun dah sapu BB Cream (krim UV masa tu lupa bawa)
Tetap juga diselar matahari.
Panas woi Melaka!!!!

Pastu minggu depannya pulak..
Diselar sekali lagi kat Proton City...
Suruh anak masuk marathon 5km..
Pastu sendiri naik takut..
Takut anak pengsan ke hape..

Maka mami dia berdiri tegak dalam panas mentari tu...
Sambil tertinjau2.. anak aku mana?!!!

Yang ni lagi best... secolet krim pun tak sapu..
Marathon tu start pukul 7.30 pagi...
Pastu terlajak bangun satu family..
Tak sempat nak sapu apa pun..

Lepas-lepas tu..
Secara membabi buta...
Aku sapu krim malam sepanjang masa...
Krim malam sahaja sbb hat tu je tak buat muka aku perit..

Sampai laaa satu ketika..
Aku tanya founder Camira...
Awat krim malam ni cam tak berfungsi?!!
Muka aku takde laa naik jerawat ke hape..
Tapi cam tak lembut cam sebelumnya..

Rupanya aku salah produk..
Produk yang tepat untuk merawat kulit rosak..
Sebenarnya adalah ELIXIR RE SERUM CAMIRA!!!!


Sendiri jual...
Sendiri tak ingat...
Aku siap STOP pakai serum ni...
Lupa lansung fungsi utama serum..
Iaitu

MEMBAIKI KULIT ROSAK...

Selepas itu, aku pun pakai serum 2 kali sehari..
Pagi dan malam tanpa skip..

Alhamdulillah..

Walaupun kesan selaran itu masih ada di pipi..
Tapi tidaklah seteruk sebelum nih..

Oleh itu..

CAMIRA MEMANG TERBAEEEKKKKKK !!!!

Meh order meh

0125865752 - whatsapp
Zalia Hezlin - facebook
.
.
.


Tuesday, January 12, 2016

Anjakan Paradigma


Tajuk tak menahan :))

Sementara wall FB MR tengah diperangi hal2 hantu penanggal..
Meh laaa aku update blog..
Azam tahun ni kan nak wat banyak2 entry..
Biar blog ni menjana Nuffnang lumayan seperti 3-4 tahun lepas..

Okay... berbalik pada tajuk anjakan tadi tu..

Ada ramai customer bahan bakar..
Sudah tidak mempunyai dvd player lagi..
Dah laa takde player..
Komputer ngn laptop pun takde juga..

Hmmmmmm...

Tapi.. mereka ada TV selim!!
Yang boleh cucuk USB Drive..

Oleh itu, mulai 2016..
Akak akan buka order untuk pendrive

Tapi...

Bukan semua drama..
Sebab ada drama-drama HD yang saiznya sangat besar..
1 episod dah makan 1.5G..
Kalau 16 episod.. kena pakai smpi 32G..

Aku hanya akan simpan AVI files untuk drama yang rating tinggi..
Saiz kecik..

Harga..

RM10 untuk satu cerita tak masuk USB dan Pos Laju

Cth:

Customer bagi pendrive 32G..
Nak masukkan 4 drama..
Maka.. total ialah 4 x rm10 + harga pendrive + pos laju RM7

Pendrive aku takde stok tau..
Yang aku ada saiz 8G sahaja..
Itu pun tak banyak.. maklum laa modal besar..

Maka... ada satu cara lagi...

Kat LAZADA kan ada jual pendrive..
Murah2 lak tu...
Korang boleh beli..
Dan addresskan pendrive tu pada aku..
So, dah jimat duit postage..
Sebab kebiasaannya Lazada bagi postage free...
Nanti dah siap transfer.. aku pos ke korang...

Lain cara lagi..

Korang pos pendrive kosong ke aku..
Aku transfer dan pos balik ke korang..
Caj sama.. Rm10 untuk 1 drama + Pos laju

TAPI KESELAMATAN PENDRIVE SEMASA PENGHANTARAN BUKAN TANGGUNGJAWAB AKU..

Kalau pendrive rosak masa aku wat transfer..
Aku ganti..
Tapi kalau rosak masa delivery..
Anggap jelah takde rezeki..

Oleh itu..

Anda ada pilihan sekarang ;)
.
.
.



Sunday, January 10, 2016

Kedai Pakaian Seragam Untuk Koko Sekolah

Kedai ni kat Rawang..
Area Taman Bersatu Rawang..
Depan SJKC San Yuk..


Segala hape pakaian seragam semua ada...
Baju sekolah pun ada..
Tapi jenama Canggih sahaja..
Tudung sekolah pelbagai warna..
T-Shirt sukan pelbagai warna..
Kain sekolah pelbagai warna...

Aku datang sini sebab nak carikan Kalep baju Pengakap..


Tengah ada less 15% untuk barang-barang terpilih..
Tapi semalam.. apa yang aku pilih...
Semua ada 15%...

Total semalam lebih kurang rm63.00
Lepas tolak 15%..
Jadi laaa rm55 kot lebih kurang..


Yang mudahnya segala hape lencana..
Semua ada..
So tak payah nak tercari-cari..
Bagitau je Pengakap Hulu Selangor..
Terus pembantu kedai tu carikan semua..
Dari baju.. topi.. tali.. lencana..
Serba serbi lengkap..


Suka sangat laa dia :)
Lengkap dah semua kelangkapan Pengakap dia..
.
.
.