Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Sunday, February 28, 2016

The Nahara Resort Kalumpang


The Nahara ni dekat sangat dengan rumah mak aku..
10 minit je perjalanan..
Sayangnya aku tak pernah pun smpi sini..
Biasalah tu..
Kuman seberang laut nampak..
Gajah depan mata tak nampak :))


Sebenarnya kalau tak pasal reunion sekolah rendah aku wat kat sini..
Memang smpi ke la tak sampai juga lagi..

Mula2 aku malas nak bawa budak berdua tu..
Pasalnya esok dah nak pergi Acheh..
Buatnya demam pulak..

Tapi kesian pulak cuti2 memerap dengan Papa kat rumah..
MIJ mmg aku tak ajak..
Sebab dah tau dia takkan nak ikut punya..

Last2 aku bawa juga budak2 ni..



The Nahara ni private property..
Namun.. kalau korang nak masuk saja tanpa sewa chalet atau tapak khemah pun boleh..
Bayaran masuk

Dewasa : rm8
Kanak-kanak : rm5


Wpun ikut tentatif program Reunion..
Mandi manda lepas habis sukaneka..
Tapi nama pun budak..
Belum ucapan perasmian lagi..
Depa dah terjun siap2..

Aku risau juga..
Sebab aku tak boleh nak pantau anak2 aku mandi sungai..
Nasib laa ada suami2 kawan2 aku yang tolong tgkkan budak berdua nih..


Sungainya agak selamat la jugak..
Sebab dah dibahagi2 kan..
Dengan batu dan tali..
Mana tempat yang dalam..
Mana arus deras..

Pastu hujungnya dikepung dengan batu supaya kalau terhanyut..
Akan sangkut kat batu..
Atau boleh paut tali..


Paling suka Nahara ni adalah kebersihan dijaga..
Ada staff yang akan kutip & bersihkan tong sampah setiap 2-3 jam..
Tandas juga bersih..
Tapak khemah.. pondok wakaf.. surau..
Semua bersih..

Memang sesuai untuk yang nak buat family day..




Siap ada tali nak bergayut..
Tempat nak dive..
Kemain lagi si Khaleef duk terjun papan anjal..
Lansung laa dia takde nak takut apa..
Jenuh aku pesan jaga adik..
Aku lepa je.. dia hilang laa pi mingle2 dengan orang2 yang sama2 mandi sungai..

Apa-apa pun anak aku happy..
Berendam dari pukul 9 pagi..
Sampai 3 petang..
Mahu tak happy..


Sini tak panas.. sebab ada banyak pokok..
Namun, Khaleef rentung jugak..
Sebab dia berdegil tak mahu pakai krim UV Camira..
Adik dia awal2 sendiri sapu takmo kulit gelap..

Mak dia..

Lansung tak kena selaran matahari..
Walaupun udara & cuaca panas..
Pastu bantai lak kul 3.00 petang tengah terik matahari petang..
Pi melawat sekolah..

Balik terus basuh muka..
Cek ada tak sun burn..

Alhamdulillah takde..

Ada product baru dari Camira nanti akan muncul
SUNBLOCK..
Lebih hebat dari krim UV..
Lebih senang sapu dari BB Cream..

So, nantikanlah ye...

Citer bab Reunion.. nanti aku tulis lain..
Tengah tgu gambar dari official photog..
Pastu baru feel nak buat entry ;)
.
.
.

Monday, February 22, 2016

10 DRAMA KOREA TERBAIK 2015


Nak masuk Mac baru teringat nak buat aktiviti tahunan ni..
Takpe..

Better late than never

10- MASK


Drama ni berkisar pasal kisah hidup heroin..
Yang dari kecik asyik dirundung malang..
Hidup dia menderita disebabkan hutang yang ayah & abang dia buat..

Namun hidup dia mula berubah..
Bila dia jumpa "doppelganger"..
Orang yang muka sama dengan dia..
Tapi individu yang berlainan..

Sejak dari itu dia hidup dalam kehidupan orang lain..

Aku belum review lagi drama ni..
Tapi drama ni ADA..


9- BELOVED EUN DONG


Ni kisah pasal hero..
Hero ni seorang yang terkenal..
Dia upah seorang ghostwriter untuk tulis biography..
Secara tak lansung... 
Penulis tersebut bantu dia utk igt kisah2 20 tahun sudah..
Masa ni laa dia teringatkan pasal seseorang..
Yang dia cintai sebelum ini..

Drama ni pun ADA


8- SCHOOL OF 2015 - WHO ARE YOU


Aku memula tengok drama ni confuse juga..
Rupanya heroin tu kembar..
Tapi terpisah sebab depa dijadikan anak angkat..

Satu hari..
Salah satu kembar ni hilang semasa rombongan sekolah..
Bila dia muncul semula..
Dia dah hilang ingatan..

Sebenarnya.. itu bukan orang yang sama..
Tapi kembar dia yang orang salah sangka igtkan dia..

Of course.. drama ni pun ADA


7- TWENTY AGAIN


Kisah seorang housewife yang dah berumur 38 tahun..
Satu ketika dulu dia bercita-cita untuk menjadi seorang penari..
Tapi disebabkan dia kahwin awal..
Dan mengandung pulak tu masa umur 19 tahun..
Cita-cita dia terkubur..

Namun.. setelah 19 tahun berlalu..
Dia mengambil keputusan untuk sambung belajar..
Masuk pulak universiti yang sama dengan anak dia..
Siap sekelas dengan anak & awek anak dia..
Nak jadi citer.. ex boyfriend & suami dia lak pensyarah kat situ..

Best gak drama ni..
Lawak pun ada..
Kekeluargaan pun ada..

Pastinya ADA!!


6- YONG PAL


Ni best betul :)

Yong Pal ni drama pasal seorang doktor..
Yang kesempitan duit kerana menanggung adiknya yg sakit buah pinggang..
Untuk tanggung kos dialisis..
Dia sanggup buat apa saja..
Oleh kerana dia mahir dalam hal perubatan...
Dia menjadi doktor kongsi gelap..
Tak kisah siapa customer..
Penjenayah ke.. Abang Long kawasan ke..
Semua dia layan janji bayaran mahal..

Yang heroin pulak..
Anak orang kaya raya..
Tapi dia dah 3 tahun koma..
Si Yong Pal ni laa yg rawat sampai dia bangun balik..

Oleh itu.. drama ini ADA!!


5- KILL ME HEAL ME


Ni kisah hero yang ada masalah identity disorder...
Dia sorang je ada 7 personaliti..
Tapi sebab dia kaya raya..
Orang layankan je..

Heroin pulak seorang doktor tahun 1..
Yang secara rahsia membantu hero untuk sembuh..

Sweet tau drama ni..

So.. sapa mahu.. ia adalah ADA


4- THE PRODUCER


Ni drama jimat budget :)
Berlakon pun banyak dalam stesen tv KBS tu je...
Bagus drama ni..
Kita boleh tahu selok belok penerbitan kat Korea nun..

Hero.. dia suka heroin..
Tu sebab dia masuk keje kat situ..
Sayangnya.. dia sangkakan heroin dengan 2nd hero..

Nak tau banyak lagi..
Tunggu aku review kemudian..
Pendek je drama ni.. 12 episod..
Tapi.. 1 episod dekat nak 2 jam..

3. THE GIRL WHO SEES SMELL


Plot drama ni berkisar pasal serial killer "Barcode"
Yang hero.. dia kehilangan adik dia..
Sejak peristiwa tu..
Dia hilang deria bau dan rasa..
Dan dia juga tidak ada rasa sakit...

Heroin pulak.. dia survivor kes pembunuhan Barcode..
Ajaibnya.. selepas itu..
Dia ada penambahan deria rasa & deria bau..
Lebih sensitif dari dulu..

Drama ni.. dah lama ADA


2. SHE WAS PRETTY



Drama ni aku baru je review last week..
Memang best + sweet + lawak gila-gila..

Kisahnya pasal heroin..
Yang super hodoh..
Tapi masa kecik dia takdelah hodoh sangat..

Bila kawan lelaki dia dari masa kecik dtg cari dia...
Time ni laa pelbagai insiden lucu berlaku..

Tapi.. akhirnya dia lawa juga

Bila aku dah review.. pasti ADA


1- OH MY VENUS



OMV memang kegilaan aku..
Asal ada masa free je..
Terus aku tengok drama ni..
Dah tak ingat bape banyak kali rewind tengok.. :)

Paling sweet... Paling romantik.. Paling best!!

Siapa tak tengok memang rugi!!

So, itulah senarai drama Korea kegemaran Kak Rapunzel bagi tahun 2015..

OMV ni cam mengulang kejayaan The Master's Sun..
Hero yang sama juga..
Heroin je lain..

Korang paling suka drama apa?


.
.
.
.

Sunday, February 21, 2016

CAMIRA


CAMIRA FLAWLESS SKINCARE
*Mengatasi masalah jerawat & jeragat
*Mencerahkan kulit wajah
*Tona kulit lebih sekata
*Membaiki kulit rosak
*Melembut dan menggebukan kulit
*Kulit wajah segar bugar
*Anti penuaan / meremajakan kulit
*Mengatasi masalah selaran matahari
*Sesuai untuk semua jenis kulit
*Tiada bahan terlarang
*Lulus KKM
*Halal / Produk Bumiputera







UNTUK ORDER


WHATSAPP 0125865752
.
.
.


Saturday, February 20, 2016

LWC DAH TUTUP


Tetiba merasakan LOSE WEIGHT itu sudah tidak sajak dengan kak zel..
Bayangkan blog itu sudah wujud dari 2008..
Ni dah 8 tahun berlalu..

GAIN WEIGHT ada..
LOSE WEIGHT non hado!!

Lagipun nama LWC tu dah tak relevan dengan isi kandungan blog..
Yang lebih banyak kepada bisnes & anak-anak..
Sekelumit pun takde pasal usaha-usaha nak turun berat..
Kecuali bab2 review workout dvd..
Itu jelah..

Oleh itu..
Sekarang Kak Zel akan bersiaran dari blog rapunzel ini..
Ada yang tanya 2106 itu apa?
Kenapa bukan 2016?

21 - birthday Khaleef
06 - birthday Hasya

Awat RAPUNZEL...
Siapa yang dah biasa bersidai kat FB..
Tau laa kan sapa Rapunzel ni..

Rapunzel ni muncul bila Kak Zel start jual Camira..

Oh ye..

Tulis pasal CAMIRA...

2016 ni CAMIRA nak keluar set baru hoi!!!!

Aku dah dapat cuba trial version 2-3 produk..
Mak aiiiiii TERBAEK semua wok!!!!

Oleh itu.. nantikan tak lama je lagi...

Sementara itu...
Loose product yang lain masih ada seperti biasa...
Harga dok serupa lawa gitu laa....
Lagi ada bagi FREE POS LAJU sepanjang Feb..

JANGAN TUNGGU NAK CANTIK!!!!
.
.
.

Thursday, February 18, 2016

Ini pun Mukolip....


Kalau kita tanya..
Manjang keje sekolah takde..
Ahad malam kang..
Baru dia kuarkan keje sekolah sebeban..

Hari tu..
Jam dah pukul 8.30 malam...
Tetiba dia baru teringat..
Teacher pesan suruh bawak MAKANAN LAUT DAH MASAK..
Menggagau satu pekan aku mencari udang..

Kadang2 aku dah nak lelap..

MAMI.. CIKGU KATA ESOK KENA BAWAK ANGGUR HIJAU

Hoi!! mana aku nak cari anggur tgh-tgh malam ni?!!

TAKPE MAMI.. jawapan dia..

Kita laa tak sedap hati..
Nanti cikgu kata apa pulak..
Cam kita tak ambik peduli hal anak..

Last2.. kita bagi dia bawak buah Oren..
Pastu cikgu marah dia..
Aku pun rasa marah gak ke cikgu..

Tapi apa nak buat..

Kalau barang2 lukisan lagi kerap...
Time bangun tido nak mandi tu..
Baru lah..

CIKGU NAK KENTANG..
CIKGU NAK TALI..
CIKGU KATA BAWAK LILIN..
CIKGU PESAN BAWAK KOTAK..

Kalep rasa mana mami nak cari pagi2 ni benda-benda tu?!!

TAKPE MAMI!!

MUKOLIP THE COOLEST BOY!!!

Phhheewwwwww!!!

.
.
.



Wednesday, February 17, 2016

Mukolip Sangat....


Ni drama hari-hari..
Dari bangun tido...

Kalep.. mandi cepat...

Pastu dia masuk bilik air..
Senyap je...

Kalep.. mandi... dah 6.40 ni...

Bunyi laa air dia kencing gosok gigi apa bagai..
Pastu senyap balik..

KALEP!! MANDI LAA CEPAT!!!

Lepas tu benda yang sama akan ulang-ulang..

Pakai baju..
Pakai stokin..
Ambik bekal..
Masukkan beg..
Pakai kasut..

Pastu nanti ayat dia..

"MAMI NI PAGI JE NAK MARAH-MARAH!!!!"
.
.
.

Monday, February 15, 2016

Makan Best @ Tanjong Malim... (ikut tekak kak rapunZeL

Majalah 3 malam semalam memang ditunggu-tunggu..
Sebab citer pasal Tg Malim kan..
Lagi satu tunggu pak mentua aku keluar TV..
Ada gak terselit malam tadi.. :)

Syurga makanan?

Takde laaa syurga sangat..
Tapi apa nak makan.. kat Tg Malim ni ada belaka..

Selain dari tempat-tempat yang ditunjuk dalam Majalah 3 malam tadi..
(Nanti aku review kemudian)
Ada lagi tempat2 makan sedap kat Tg Malim ni


1- Kantin Stesen Keretapi Lama Tanjong Malim


Ni la stesen keretapi lama..
Nasib baik kat Tg Malim ni..
Walaupun ada stesen keretapi baru..
Yang lama tidak dirobohkan..

Kat kantin ni yang terkenal..
Nasi lemak..
Sesuai untuk yang suka sambal pedas..
Selain itu.. Nasi Kerabu pun sedap..
Sebab akak yang masak ni memang asal Kelantan

Kalau nak feeling nostalgia..
Order air kopi panas..
Serve dalam cawan lama cam kat kopitiam tu..

Selain tu... kantin ni ada Donut gebu lembut pagi sampai malam..

2- Kedai Mamak Seri Melur


Ni letaknya kat Pekan Tanjong Malim...
Jalan Bunga Raya..

Kedai ni cam kedai mamak biasa..
Tapi Mee Goreng Basah memang terbaik!!!
Nak-nak kalau tambah ayam goreng..


3- Kedai Karim

Kedai ni pulak duduk betul-betul depan UPSI..
Ni pun salah satu kedai lama juga..
Tapi kedai ni buka untuk sarapan sahaja..
Dulu2 ada buka sampai petang..
Skang smpi tgh hari sahaja..

Apa yang best?!!

Makanan biasa-biasa sahaja..
Pagi ada nasi lemak lauk rendang ayam.. sambal kerang..
Roti canai..

Yang best apa tau...

AIR!!

Kedai ni punya air memang sedap!!
Paling aku suka Nescafe Ais..
Cukup serba serbi..
Nescafe.. susu.. air.. ais..
Memang ngam!!!


4- Cendol A.Rahim


Gerai ni letaknya betul2 sebelah KFC Pekan Tanjong Malim
Paling sedap tentu laa cendol..
Aku selalu order Cendol Pulut Lebih..
Memang best minum time cuaca panas..

Selain dari cendol..
Ada juga jual makanan lain seperti mee goreng & rojak..
Tapi aku tak pernah cuba selain cendol :)


5- Easy Cafe & E-Place


Easy Cafe ni letaknya depan Petronas Tanjong Malim..
Sederet dengan Bank Rakyat..
Ni jalan utama Tanjong Malim ke Ipoh

Easy Cafe ni menunya banyak..
Tapi aku lebih suka layan western kat sini..
Paling sedap..
Easy Cafe Chicken Chop..
Pasta-pasta kat sini pun best..

Cumanya harga laa mahal sket..
Sekali duduk aku anak beranak..
Confirm dengan seratus..
Sekali sekala boleh la :)


E-Place ni pulak.. sederet je dengan Easy Cafe..
Selang lorong...

Sama tokei easy cafe & e place ni..
Ada satu lagi cafe depa..
Kat Pekan sebelah Pustaka San Min..

Kalau anda tekak melayu..
Nak nasi goreng.. bihun goreng.. nasi putih berlauk..
Sini laaa pergi..

Menu e-place ni gabungan melayu-cina-barat

Cth minta nasi goreng

Situ ada nasi goreng cina + ayam chicken chop + salad + black pepper gravy..
Memang kenyang!!

Harga setimpal dengan makananan


6- Roti Bakar Teloq Meleleh


Gerai ni baru lagi buka..
Last year tak salah aku..
Selain dari roti bakar meleleh ni..
Ada juga hidangan nasi banjir..
Tapi aku tak pernah try..
Roti bakaq je selalu dok beli..

Lokasi gerai..
Dekat Kg Kubu yang masuk Majalah 3 malam tadi..
Sebelah tapak bank rakyat lama..
Dekat juga dengan Agro Bank Tanjong Malim..

Roti Bakaq Teloq Meleleh ni..
Nak makan dia.. kena makan situ juga..
Kalau bawak balik rumah dah tak bape sedap..

Yang sedap.. masa telur & roti tu masih panas..


7- Faizal Teloi Char Kuey Teow


Yang ni lokasinya dekat dengan rumah aku..
Kota Malim Prima Tanjong Malim..

Kedai ni memang jual Char Kuey Teow semata..
Bukan pukul 5.00 petang.. Sampai malam..

Chay kuey teow nyer memang sedap terbaik..

Aku ni hari2 balik keje menahan perasaan je..
Supaya jangan singgah hari2 makan kuey teow..

Ada satu lagi kedai yg sedap gak..
Dok Kat Kg Simpang Empat, Tanjong Malim..
Lepas traffic light simpang empat tu..
Tengok kiri nnt ada papan tanda masuk ke dalam..
Sedap juga!!


Ni kategori makanan biasa-biasa...
Next time..
Aku review pulak makanan best kat pasar malam Tg Malim..
Pastu kedai2 hipster yang tengah tumbuh bagai cendawan...
Tetiba..
Cam betul pulak ayat Majalah 3 malam tadi..

Tanjong Malim Syurga Makanan..
Memang banyak woi kedai makan..
Yang aku review ni cam 1/8 dari keleluruhan kedai yang ada..
Nanti aku review 1-1 ek..
.
.
.
.