Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Thursday, March 31, 2016

Menyusuri Banda Acheh Part 11 - Rumoh Aceh, Muzium Acheh

Tak habis lagi citer Acheh ni wei..
Harap bertabah laa membaca :)



Ni pun wajib pergi dan snap2 gambar kat sini..
Rumoh Acheh..
Kalau kat belah2 pekan mmg tak jumpa rumah gini kecuali kat muzium..
Tapi kalau belah2 kampung masih banyak rumah rupa gini..



Masa mula2 sampai.. jenuh cari pintu..
Last2 kami wat kesimpulan..
Tak boleh masuk rumah ni...
Jalan-jalan belah bawah je...


Cek mek aku ni..
Dah start moody kat sini..
Mungkin dah penat..
Dari pagi2 buta dah meround..
Ni dah dalam kul 3.00 petang..
Tak juga habis lagi..


Lepas pusing-pusing bawah Rumoh Acheh tu...
Tourist guide ajak kami ke loceng..

Loceng ni namanya
Loceng Cakra Donya Aceh..

Loceng ini dihadiahkan oleh Kerajaan China..
Melalui Laksamana Cheng Ho..
Merupakan simbol persahabatan dua negara..


Loceng ini sempat digunakan dalam Kapal Perang Kesultanan Acheh
Semasa pimpinan Sultan Iskandar Muda
Loceng ini digunakan untuk memberi amaran..

Setelah telah digunakan lagi dalam kapal perang..
Loceng ini diletakkan di Masjid Raya Baiturrahman..
Zaman tu masjid terletak dalam kawasan istana..
Loceng ini digunakan untuk memanggil penghuni istana..
Untuk mendengar titah sultan.


Balik semula pada Rumoh Acheh..
Rupanya ada laaa pintu...
Pintunya letak pada lantai..
Buka ke atas camtu..

Bagus gakkan pintu camni..
Orang nak mencuri mmg susah nak bukak pintu..
Letak je beras 10kg.. 3 kampit..
Memang takkan terbuka laa dari bawah..



Rumah ni terbahagi kepada 3 bahagian..
Serambi utama
Ruang tengah dan bilik tidur..
Ruang dapur..

Memang memanjang je rumahnya..

Yang dalam gambar tu serambi utama..
Rumah ni penuh dengan tingkap..
Kalau betul2 duduk sini..
Setengah jam je habis masa nak bukak tingkap..

Ruang ini dikhaskan untuk menerima tetamu..
Yang bahagian ada karpet dan alas tempat duduk tu..
Jika perlu bermalam, mereka akan tidur di tempat yang sama..
Tetamu tidak dibenarkan ke ruangan yang lain..



Ni ruang tengah..
Abaikan MIJ yg terlebih vitamin tu..
Belah kanan bilik ibu bapa.. Bilik Inong..
Belah kiri bilik anak perempuan.. Bilik Anjung..

Zaman dulu..
Anak lelaki memang tidak duduk di rumah..
Depa tinggal di surau, madrasah atau masjid..
Untuk belajar ilmu agama..

Untuk anak perempuan pula..
Bila berkahwin boleh tinggal di rumah yang sama..
Mereka akan berpindah masuk bilik Inong..
Ibu bapa akan pindah ke bilik Anjung..

Tapi bila anak perempuan lain kahwin..
Pengantin yang lama kena berpindah dari bilik tersebut..
Dan mulakan hidup di rumah sendiri..

Bilik Inong juga akan digunakan untuk memandikan mayat..
Sekiranya ada kematian di rumah tersebut..


Ni serambi dapur.. Suramoe Liket namanya..
Tempat nak simpan peralatan dan memasak..
Bumbung rumah tu diperbuat dari daun nipah..
Bumbung depa ni ada satu jenis ikatan..
Yang menyambungkan bumbung tu dengan tiang..

Pasalnya zaman dulu..
Bila berperang..
Depa suka panah dengan api ke atas bumbung..
Jadi, kalau atap kena bumbung..
Tuan rumah hanya potong tarik tali berkenaan..
Dan bumbung akan melurut jatuh ke tanah..



.
.
.

Tuesday, March 29, 2016

Ramen Samyang


Kena wat entry dalam blog..
Jadi bukti aku pernah makan megi pedas ni..

Aku beli ni kat NSK..
Mahal juga harganya..
RM7.00 utk 1 bowl..

Mula-mula aku ada tengok kat youtube..
Pasal cabaran makan Ramen Samyang ni..
Yang masuk tu adalah 4 orang yang suka makan pedas2..

Mula2 steady..
Last2 semua keluar air mata :))



Perencah pes ada 1 je..
1 lagi cam sayur2 kering..
Ni aku tak masuk semua tau..
Aku bubuh separuh je..
Airnya aku buang..  style megi goreng..

Pastu aku buh tomato buah tu sebiji potong kecik2..
Konon2 nak counter pedas ler..

Tak jadi apa pun wei!!!!!
Tak tau tomato hape dah punya pedas..

Aku lak makan sikit-sikit..
Pasalnya tengah masak dinner..
Mula2 makan tu cam stready je..
Siap boleh kata dalam hati..
Nyesal lak aku bubuh separuh je..
Patut picit semua kasi habis..

5 saat lepas tu... lidah aku rasa kembang kuncup..
Tak leh duk dalam mulut dah..
Terjelan-jelan punya pedas..

Pastu aku g sambung makan depan TV pulak..
Habis bibir-bibir semua kepedasan..
Rasa apa pun aku tak tau dah megi ni..
Sambil kunyah telan tu pejam mata..
Masin2 pedas ler kot..

Oklah.. habis juga..
Ikut hati aku nak buang je..
Tapi sayang ke duit hoi!!

Lepas tu lagi horror..
Bibir dah pijau..
Sup ikan yang aku masak kat dapur dah tak kentuan rasa dah..
Rasa kembang je bibir..

Makin sakit lak bibir aku..
Terus baham whitaker 1 bar...
Tak hilang gak..
Makan anggur pulak..

Lama wei...
Lepas sejam baru rasa cam bibir kembali!!

Malam tadi.. 3 kali aku sakit perut!!
Sampai skang perut rasa pedih2 lagi..

Tapi korang kena rasa Ramen Samyang ni..
Ni kira cabaran kepada diri sendiri..
Sekurangnya kena rasa sekali seumur hidup!!

HALAL?! Ye Ramen ini adalah halal..

NAK MAKAN LAGI?!! No Thank You!! :)
.
.
.

Monday, March 28, 2016

Menyusuri Banda Acheh Part 10 - Masjid Raya Baiturrahman, Acheh


Nilah masjid yang aku paling teringin aku nak pergi..
Sayangnya.. time aku pergi ni..
Masjid Raya ni tengah renovate..
Dekat kawasan yang ada kolam tu..
Tapi kawasan masjid tak terlibat..
So, masjid boleh digunakan macam biasa..

Masjid ni lama sangat..
Dari zaman Kesultanan Acheh dulu..
Masa zaman Belanda menjajah..
Masjid ini pernah dibakar..
Tapi lepas tu... Kerajaan Belanda yg bina semula masjid ni..



Masjid Raya ini juga salah satu benda ajaib sewaktu Tsunami..
Air laut yang menerjang masjid ni..
Datang dari Pantai Ulee Lheue..
Dekat je..
Dari pantai tu sampai ke masjid..
Sapu bersih semuanya..
Tapi masjid ini kukuh seperti asalnya...



Ni gambar selepas Tsunami..
Penuh dengan sampah sarap dan mayat-mayat..
Mana yang sempat berlindung dengan memanjat masjid ni selamat...

Peliknya.. sebab air tu besar.. 21 meter ketinggian air time tu..
Hanyut semua benda rumah.. kayu.. batu...
Tapi... macamana... masjid ini hanyut..
Rosak sikit2 sahaja.

Pembangunan semula Masjid Raya ini dibiayai oleh Kerajaan Arab Saudi..
















Sunday, March 27, 2016

Menyusuri Banda Acheh Part 9 - Muzium Tsunami


Tak lawat muzium ni..
Maknanya tak pergi Acheh la :)


Tentu sekali muzium ini dibina selepas Tsunami..
Muzium ni dalamnya penuh simbolik...
3 tingkat tak salah aku..

Arkitek muzium ini ialah Ridwan Kamil..
Muzium ini dibina bertemakan "Rumah Acheh As Escape Hill"

Selain bertindak sebagai muzium..
Tempat ini juga akan dijadikan evacuation center sekiranya terjadi lagi Tsunami..
Binaannya telah dikhususkan untuk menahan gempa dan badaian air laut..



Kalau tengok dari luar..
Bentuk muzium ini macam bentuk kapal..
Bila masuk dalam..
Unik sangat interior designnya..
Penuh dengan simbolik malapetaka Tsunami..



Helikopter ni diceritakan adalah milik polis..
Masa berlaku Tsunami, heli ni nak berlepas..
Sayangnya tak sempat dan dibadai air..
Tapi, nasib baik pemandunya selamat..



Ini jalan masuk ke muzium....
Agak menyeramkan...
Gelap.. dengan bunyi deruan angin.. air...
Basah dengan percikan-percikan air..
Dinding yang tinggi setinggi air tsunami..
Diiringan dengan alunan zikir bergabung dengan bunyi air..
Menggambarkan bagaimana rasanya semasa Tsunami membadai..


Kemudian akan jumpa ruangan ini..
Kat skrin tu kita boleh dapat info berkenaan Tsunami..

Kemudian ada macam lohong...
Ia dipanggil Cerobong Doa..
Atas di puncak ada kalimah Allah..
Dan sekelilingnya.. dipahat nama mangsa-mangsa Tsunami..
Tandanya semua yang meninggal telah bertemu dengan Allah..

Belum siap sepenuhnya lagi..




Nampak tak benda yang macam kon tu..
Yang tu laa Cerobong Doa tu tadi..
Sebelum sampai ke jambatan ni..
Kita perlu jalan memusing lohong tu..
Pusing-pusing-pusing..
Dengan lantai tak rata..
Rasa nak pening pun ada..

Rupanya memang dibina begitu..
Menggambarkan situasi orang Acheh pada ketika itu..
Selepas Tsunami yang kebingungan dan penasaran..

Awal-awal tu gelap..
Lepas tu terang... nak dekat smpi jambatan..
Simboliknya.. selepas semua musibah..
Penduduk Acheh bangun kembali untuk meneruskan hidup..

Bendera atas tu..
Adalah negara-negara yang membantu pembangunan Acheh..
Ada Malaysia tu kan :)

 

Jambatan ni dipanggil Hope Bridge (Jambatan Harapan)
Tadikan dah keliru dan celaru selepas Tsunami..
Inilah jambatan ke masa hadapan Acheh..
Dengan bantuan negara-negara..
Yang benderanya terletak di atas jambatan ini..

Jambatan ni menaik..
Bawahnya ada air..
Simboliknya cam merentasi jambatan untuk ke tempat lebih tinggi..



Ni pandangan daripada bawah..
Luar muzium..
Air tu.. simbolik air Tsunami..
Memang cantik sangat binaan muzium ni..



Ada tayangan video saat berlakunya Tsunami...
Tak lama.. lebih kurang 10-15 minit..




Miniatur saat kejadian Tsunami..
Banyak yang kata air laut setinggi pokok kelapa..

Ada juga dipamerkan barang2 yang mereka kumpul..
Seperti jam waktu terjadinya  Tsunami..
Buku-buku.. peralatan dapur.. Al-quran..

Tingkat paling atas pulak..
Lebih kepada memberi education..
Langkah-langkah untuk mengesan Tsunami..
Apa perlu dilakukan sekiranya tsunami terjadi lagi..
Bagaimana pembinaan pusat evakuasi tsunami..

Memang best muzium ni..
.
.
.

Saturday, March 26, 2016

Menyusuri Banda Acheh Part 8 - Kapal PLTD Apung 1


Satu lagi situs Tsunami wajib pergi..
Kapal PLTD Apung 1..
PLTD tu maksudnya Pembangkit Listrik Tenaga Diesel
Kapal ini tak bawa orang..
Ini adalah kapal penjana tenaga letrik untuk kawasan Ulee Lheue..
Dan kapal ini asalnya ditambat di pelabuhan..




Tugu belakang Khaleef & Hasya tu tertulis nama mangsa Tsunami sekitar kawasan tersebut.


Dinding yang coklat tu...
Menandakan setinggi mana air yang membadai..
Jam tu pulak waktu sebenar Tsunami melanda kawasan tersebut..
7.55 pagi...




Jarak tempat asal kapal ni..
Dengan tempat di terdampar.. 5 km jauhnya..
Kapal ni panjangnya 63 meter..
Beratnya 2600 tan

Masa Tsunami berlaku..
Ada 11 orang pekerja dalam kapal ni..
10 orang melarikan diri namun semua terkorban..
Ada seorang yang selamat disebabkan dia tidur..
Dan tidak sempat keluar dari kapal tersebut..


Ni gambar dari atas kapal..
Yeeeeeeee
Akak Rapunzel dengan gigihnya memanjat tangga kapal ini..
Sampai ke tingkat paling atas..

Pasalnya dalam kapal ni telah diubah menjadi muzium..
So, rugi kalau tak masuk..






Tanah sekitar kapal ini telah dibeli oleh pemerintah..
Dan dibangunkan menjadi tempat pelancongan..
Luas juga..
Ada taman kanak-kanak..
Ada tempat rehat..


Yang tengah dibina tu MASJID...
Disebabkan ramai yang beri sumbangan setiap kali melawat kapal ini..
Duit tersebut telah disalurkan untuk pembinaan masjid..

Acheh ni memang kaya dengan masjid..
Rasa cam setiap kilometer tu ada masjid..



.
.
.
.