Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Friday, July 29, 2016

Majlis Hari Raya Zon 3

Ni tradisi Zon 3 setiap tahun..
Dari zaman takde zon lagi..
Zaman masa tu PID Perak..
Memang buat jamuan raya..

Tapi sejak ada zon-zon ni..
PID Kuala Kurau dan PID Selama dah tak join..
Sebab depa berada di zon lain..


Sampai-sampai makan dulu...
Juadah semua pot luck..
Senang tak payah nak tempah2 catering apa bagai..
8 orang je pun..

Tapi dalam semua zon kat M'sia ni..
Zon aku ni yang paling lengkap kakitangan nyer..
Tapi tahun depan.
Jawatan Pengurus Zon akan kosong :))



Memang dah janji nak tema pink..
Sesat sorang..
Tak baca mesej kat whatsapp..
Dia sorang pakai biru!!


Power Rangers konon...
Sampai hati korang berselindung di sebalik akak yang sado nih...



Contest bontot sapa paling kempis!!

Eh!! Kak Punjel laaa paling straight..

Kah Kah Kah..

Kalau anda datang PID Tanjong Malim..
Anda akan jumpa 2 pegawai ini..
Tapi sampai hujung tahun ni je..
Tahun depan tak pasti jumpa sapa ;)


Ni kalau anda pergi PID Rasa...
Jumpa 2 awek genit ni..


Kalau PID Langkap...
Anda akan jumpa seorang sahaja pegawai di tengah itu



Begitu juga kalau pergi PID Parit..
Seorang sahaja yang bertugas di sana..


Sungai Air Tawar ada 2 orang petugas...
Seorang Pengurus.. seorang Juruteknik..




Yang ni pulak...
Kalau ada jodoh...

ANDA AKAN JUMPA DEPA DI KENDURI KAHWIN!!!
.
.
.
.
gonna miss u ols next year!!!!



Tuesday, July 26, 2016

Reunion Kelas G MRSM Balik Pulau Batch 95/96

Merajinkan diri untuk buat entry kenang-kenangan ni..
Wajib untuk diblogkan


Sebenarnya timbul idea nak reunion ni..
Bila aku g Alor Setar bulan Mei tak silap..
Aku jumpa salah sorang classmate aku..
Sorang lagi sempat bagi kek je..

Balik tu.. berkobar2 nak wat reunion..
Ketua Kelas mencadangkan kuar minum..
Masalahnya kalau group lelaki senang laa nak kuar2 minum bagai..
Golongan mak2 ni payah nak kuar tinggal anak barang 5-6 jam..
Semata-mata nak kuar minum sembang-sembang..

Maka datang la idea untuk buat di tempat rekreasi..
Di mana kitaorg boleh sembang sampai lebam..
Anak2 pun ada aktiviti nak buat..
Pasangan boleh pantau anak..




20 TAHUN!!!

Yer.. memang ada yang 20 tahun aku tak jumpa...
Last jumpa hari terakhir SPM 1996...
Lepas tu masa ambik result ada laa aku jumpa 3-4 orang..

Hampir tak berubah lansung..
Kecuali 2-3 orang yang naik berat badan :))
Jangan risau...
LEPTOS kan ada ;)

Cam aku maintain..
Dulu GEMbira.. skang lagi GEMbira...


Dari 25 orang... 14 orang datang..
Okay laaa tu kan untuk reunion kali pertama ni..
Patutnya 15 orang..
Dah sorang kena balik kampung pulak..


Gegirl yang hadir...
Kelas aku ni memang sempoi..
Walaupun homeroom lain-lain..
Tapi kitaorang mmg cukup kamceng..

Cam kelas aku kat sekolah2 sebelum ni..
Dalam kelas ada klik2..
Tak boleh nak geng dengan semua orang..

Tapi.. kelas G ni...
Elok lelaki.. elok pompuan semua sama perangai!!
Kaki membising!!


Kak Yong skang cikgu..
Nimon pensyarah..
Azza usahawan..

Anak hensem aku..
Bila dia nampak Kak Yong..

"Nasib baik ada kawan mami yang gemuk!! Takde la mami rasa keseorangan!!"

Prrrffftttttt!!!!


Mona skang keje dengan PPD..
Aizul pun pensyarah juga..
Single lagi 2-2 ni wei..
Aku nak pinang Aizul tapi dia jual mahal :))

Nyu cikgu juga...
Nyu antara yang paling kerap aku jumpa wpun 1-2 tahun sekali..
Kerap laa tu banding dengan yang lain-lain..

Kenapa NYU?!! cer tengok betul2 muka dia..
Ada tak cam Ninja Turtle :))


Faten paling kanan juga usahawan...
Dia ada farmasi kat Sg Petani nun..
Sepanjang 20 tahun ni aku pernah jumpa dia 2 kali..


Jaja juga pensyarah..
Jijah lak keje dengan syarikat debit card..

Jijah kalau golongan gegirl..
Dia laaaa paling pendiam sekali..
Cakap bila perlu je..

Aku tak sangka pulak tetiba dia setuju nak join..


Mona antara yang 20 tahun aku tak jumpa..
Dia dah kurang garang berbanding dulu..
Bendahari kelas ni dulu..
Jangan harap laa sesapa dapat skip bayar yuran bulanan..
Dia cari sampai ke lubang cacing!!!


Hayatt & Epoy..
2-2 aku tak tau keje apa :))

Hayatt aku pernah jumpa sekali masa study kat U..
Epoy ada datang masa aku kahwin..
Tapi masa dia kahwin.. dia tak jemput aku pun...


Ni Midon...
Pun aku tak tau keje apa...

Masih over peramah seperti dulu..


Sob pun aku tak tau gak bertugas sebagai apa..

Pasangan yang paling menggempakkan reunion kitaorang..
Sampai terasa tak boleh MOVE ON!!!

Pandai korang ye.... ;)

OMG.. ni kena wat reunion sekali lagi ni..
Tak sempat aku tanya yg boboy kerja apa skang ni..


Bersama ketua kelas 5G ke Ketua Homeroom Qaryah..
Ketua laa tapi aku tak igt ketua apa :)
Kesayangan arwah Ustaz Bad..

"Takpa.. takpa.. biaq pi dia tidoq.. ngantuk la tu!!!"


Hayatt ni dulu kutu beserah...
Sapa sangka skang ni suami & bapa mithali wei..
Kalau dulu dalam kelas dia paling selalu marah gegirl..
Skang dia basuh botol susu anak..

Kah kah kah!!!
Bukan queen control tau...
Dia memang layan isteri dia seperti permaisuri..
Untung laaaaa hoi!!!!


Selain nak jumpa setelah lama tak jumpa..
Reunion ni juga boleh kenal-kenalkan family masing-masing..


Jaja.. kahwin foreigner..
Suami dia pandai cakap Melayu tau..


Suami dah anak-anak Nimon..
Suami Nimon sponsor durian..

TQ-TQ


TQ kepada suami2 yang tolong BBQ..
Asalnya kami yang nak BBQ..
Tapi bila dah jumpa semua lupa diri..
Tinggalkan hubby2 depa yg BBQ..
Anak-anak pun terpaksa tolong juga..
Sebab mak pak depa dah kesuntukkan masa...
Banyak sangat nak catching up!!





Setiap perjumpaan..
Mesti berakhir dengan perpisahan..
Ntah bila laaa nak jumpa pulak!!

Doakan Aizul... Jijah.. Mona...
Cepat2 ketemu jodoh..
Boleh kita bawa banner reunion kelas G..
Gantung kat kenduri depa..

 



Shot akhir yang paling susah nak snap...
Tapi takpe..
Semua berakhir dengan penuh kegembiraan...

TQ korang semua

Sebab mewarnai hidup Kak Punjel selama 20 tahun ini!!!



Gambar ni tak tau kenapa :))
.
.
.



Friday, July 1, 2016

Macamana Kak Punjel mengorat Abe Jeman...


Sebenarnya ada entry tu dalam blog ni..
Tapi payah dah korang nak cari..
Entry dah ada 2k++

Gigih aku korek balik... tapi aku cut & paste jelah..
Direct ke point2 penting sudah..


Bila jumpa MIJ?
Jawapannya Jun 2001...

Cut & Paste dari entry asal..

"Time tu cuti semester dan aku kena laa balik Kalumpang..
Masa ni aku keje as cikgu ganti kat SK Hulu Bernam..
Adalah sangat bosan sbb time ni kat umah ada aku, mama & abah je.. 

Pada satu hari..
 
Aku g Pejabat Pos Tg Malim, mak aku suh beli money order..
 
Aku beratur kat kaunter no. 6..
 
Smpi kat kaunter.. ALAMAK !! cute nyer mamat jaga kaunter ni..
 

Nak jadi cerita.. lepas2 tu.. cam hari2 laa pulak aku mai post office..

Ni abih bil2, surat2, apa kebenda sumer..

Tak cukup sendiri punya.. umah atuk nenek..
Aku yang uruskan dengan sukarela nyer..


Klu dah takde sangat..
Stand-by je duit singgit... 

beratur kat kaunter 6.. 
BELI SETEM 3 keping..
 

Smpi laa satu hari.. balik sekolah aku terus p post office..
 
Kat tangan time tu ada surat..
 
Dalam tu tulis nama, alamat dan no.phone aku kat UPM..

Dengan nekad nyer.. aku p letak surat tu kat kaunter 6..
Dengan ucapan "Ini ada surat untuk awak !!!" 

Tapi.. lepas-lepas-lepas tu
 ADALAH TIADA RESPON LANSUNG..
senyap dah sunyi !!
 
So, aku budget laa mamat tu tak laki orang.. mesti dah ada awek..
 
Okay takpe.. aku teruskan pencarian jodoh aku..."

Ada sambungan....

"
Mmg dia senyap je pas bagi surat..
Tiba-tiba, 3 bulan lepas tu.. dia call aku..
Kebetulan time tu aku ada kat umah mak..
Dia ajak jumpa.. aku pun no hal..

Kitaorg jumpa kat Medan Selera KKB..
Tp time ni kitaorg mmg kawan biasa-biasa-biasa sangat2..
Lepas tu kitaorg kawan style tulis-tulis surat je..
Sebab aku kat UPM.. dia lak kat Tg Malim..

Lepas tu aku balik Tg Malim keje kontrak kat UPSI 3 bulan..
Ntah camne, jadi rapat pulak ngn mamat kaunter 6 ni..
Asal kul 10.00 pagi je.. confirm pi minum pagi sama-sama..
Yelah.. pejabat pun dekat..
lepas habis kontrak kat UPSI..
aku balik ke Shah Alam kerja sana..
Ada juga laaa 2-3 kali dia datang melawat..

Masuk laa tahun 2003... 
Time ni aku dah menganggur balik..
Setelah 13 kali benti kerja... :))

Aku balik semula ke Tg Malim...
Mamat kaunter 6 ni pulak.. makin hari aku makin senang dengan dia..

Mamat kaunter 6 ni lak jenis pemalu yg amat..
Declare camne tau..
Dia ajak aku p Cyber Cafe..
CC tu lak ada 2 bilik.. satu kat luar.. satu lagi dalam bilik
Dia suh aku masuk yg dalam bilik.. dia duduk luar..
Then, kitaorg On Yahoo Messanger..

Aku tak igt laa butir2 camne YM tu
Tapi dalam tu laa mamat kaunter 6 ni ajak declare secara rasminya..

Pasti jelah NO OBJECTION yang ariffff..."

Begitulah lebih kurang ceritanya..
Ayat2 di atas tu ampunkan daku kalau cam hipster benor..
Masa aku karang tu...
Umur aku 20-an lagi..

Jodoh sangatkan... :))

Nak pulak.. hujung 2003 aku dapat kerja SEBELAH PEJABAT POS!!!!


Nasib laaa Kak Punjel ni ada sifat berani tak terbendung..
Kalau tak pasal nekad letak surat atas kaunter..
Takde ler kot Mukolip dengan Mek Cha..


Dia mmg tak pandang rupa..
Tak tengok harta benda..
Tak tengok kerja pun (awek penganggur)..

Paling penting mama & abah aku suka sangat ke dia..




13/11/2005

.

.

.