Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Wednesday, August 31, 2016

Legoland Part 2 - Pengembaraan bermula....

Sebenarnya untuk cuti 31 Ogos ni..
Ada 2 perancangan sebagai hadiah harijadi Khaleef ke-10..

Kalau papa depa tak dapat cuti 29-30...
Maka kami plan nak check in hotel kat KL malam 30 ogos tu..
Dan bawa Khaleef ke perarakan Hari Kemerkaan..

Khaleef ni jiwa dia agak patriotik..
Dia suka Sejarah Malaysia & Sejarah Dunia..
Dulu2 dia nak jadi askar..
Tapi bila tengok dokumentari pasal komando direndam dalam kolam pakai spender..
Terus cancel :))

Sampai minggu terakhir tu..
Baru papa confirmkan cuti dia..
Barulah aku booking hotel..
Tapi tiket Legoland tak booking..
Sebabnya aku nak guna voucher TM Rewards..
Tak boleh beli online..

Start tu aku merancanglah camne nak suprisekan Khaleef..

Sepanjang perjalanan ke JB tu..
Dia memang percaya yang mami ada meeting..
Bila nampak papan iklan legoland...
Dia pandang je.. tapi tak bunyi apa..

Yang adik pulak sibuk tanya..
Duit kita dah cukup ke mami?!!

Aku memang ada buat Tabung Legoland...
Dalam tu semua duit hijau.. rm5
Start kumpul Januari 2016..
Smpi Ogos 2016, dalam tu ada 1.7k..

Tapi bila dah banyak sangat hijau...
Rasa sayang pulak nak tukar..


Pagi tu sebelum hantar mami pergi meeting..
Khaleef dok pujuk papa...
Bawa dia ke pintu masuk Legoland..
Dia nak tengok dari luar..

Sedih je bunyinya...

Sampai je kat parking Legoland...
Mata dia dah berkaca..
Airmata bertakung..
Mami tanya kenapa? Dah sampai Legoland ni..

Pastu dia marah mami tegur..
Dia kata jangan sebut dah perkataan Legoland..
Sebab hati dia rasa hancur..
Dah sampai tapi tak dapat masuk..

Hehehe.. geli hati kami laki bini..

Gambar dengan poster Ninjago tu..
Time ni dia belum tahu lagi...
Tu senyum pun nampak pura-pura..
Tapi adik dia dah tahu.. sebab mami nak dia jerit KEJUTAN!!!


Sampai kat kaunter tiket..
Memang takde orang lagi..
Walaupun dah pukul 10.00 pagi..

Aku cong dia cakap nak pergi tanya-tanya je harga tiket...

Sekali bila aku kuarkan voucher..
Muka dia dah berubah jadi happy..

Dia tanya mana mami dapat poster legoland?

Tak sempat aku nak terang..
Adik dia dah jerit "KEJUTAN!!!!!!!!"

Apa kejutan?!! Dia tak terkejut pun..

Sekali mami cakap..
Mami nak beli tiket Legoland..
Hari ni kita masuk Legoland..
Hadiah birthday Khaleef!!!

Apa lagi laaaa..
Dari tadi dia dok simpan air mata kuciwa...
Kuarlah air mata gumbira dia..

Bila mami tanya kenapa nangis?!!

Sebab Khaleef rasa indah sangat..

Ye... perkataan yang dia guna ialah INDAH :))



Akhirnya...
Dapat juga depa berdua ni ke Legoland..

Lama tau nak menunggukan Khayla Hasya meninggi..
Ikutkan target mami Hasya 110 cm baru pergi..
Tak sampai pun..
Hasya baru dalam 107 cm

Senyuman anak bujang mami dah manis...
Sian adik terkepit celah ketiak lego man..

Alhamdulillah Papa & Mami diberikan rezeki..
Nak bawa anak2 kami ke Legoland..
Dulu2 masa tengokkan harga tiket..
Memang rasa cam takkan pergi sampai bila-bila..

Mahal kot...
Kalau tanpa voucher @ promo..
Kami sekeluarga punya tiket = RM650.00

Banyak tu hoi untuk keluarga marhaen seperti kami ni..
Boleh bayar ansuran Axia 3 bulan..

Kalau korang plan nak menabung..
Jangan menabung cam aku..
Dah kumpul duit hijau banyak-banyak..
Pastu sayang nak tukar...

Ketepikan je duit RM50 @ RM100 setiap bulan...
Kalau target nak kumpul 6 bulan..
Kumpul laaa 2-3 keping sebulan duit ungu tu ;)
.
.
.

Legoland Part 1 - Budget Legoland 3 hari 2 malam

Anak2 aku sebenarnya merempan nak ke Legoland ni dah lama..
Lama sangat... 4-5 tahun sudah..
Rasanya cam sejak Legoland ni muncul..

Bila aku buat kajian di internet..
Tak berbaloi nak pergi..
Sebabnya Hasya tak cukup tinggi..
Tinggi dia baru lepas 100 cm tahun ni..

So, kalau anak anda bawah 100 cm..
Lagi tak cukup 4 tahun...
Tahan sabar dulu nak ke Legoland..
Sebab tak banyak benda yang boleh dia main..

Nanti aku tulislah pasal tu..
Ni nak cerita bab budget dulu..



1- Cari tiket yang ada diskaun...

Ada 2 pilihan time aku pergi ni...
1 - tempah awal 7 hari dapat 20% off
2 - guna baucer TM Rewards dapat 30% off

Tentu jelah pilih yang 30% kan...

Aku ingatkan nak kena bawa bil apa bagai..
Tak payah pun..
Print je voucher dari laman web..
Present kat ticket counter..

Dapat laa diskaun 30%

Dewasa = rm180 x 2 = rm360
Kanak-kanak = rm145 x 2 = rm290

Tolak 30% = rm650.00 - rm195.00

Total = rm455.00


2- Hotel

Tentulah aku pilih melalui Agoda..
Apsal tak trivago?

Sebab aku ada account dengan Agoda..
Dan point aku banyak..

Apsal tak Hotel Legoland?
Lagi tak berbaloi sebabnya bayar mahal..
Siang tak duduk bilik pun..
Setakat nak tido malam..
Hotel biasa2 sudah..
Janji ada kolam renang..

Aku pilih Hotel Sentral sbb dah pernah menginap sini..

Family room = rm158 per night inc 16% tax x 2 malam

= rm316

tolak = 25000 point agoda = rm203.40

Total = rm112.60 untuk 2 malam



3- Tol + minyak

Tol dari Tg Malim - JB - Tg Malim = rm110.80

Minyak 3 kali isi x rm50 = rm150.00 (tak habis pun.. ada baki lebih kurang rm30)


Total = rm230.80



4- Makan

Yang ni agak banyak... over budget pulak tu..
Budget dalam rm300
Tapi melajak sampai rm380

Tengok badan laa kan... :))

Total = rm380.00


TOTAL KEMUSNAHAN = RM1178.40


Masih in budget lagi sebenarnya..
Sebab aku kumpul rm1.2k,,
Lagi tolak no.3 laki aku bayar sepenuhnya..
no. 4 pun laki aku juga...adalah sikit cam goreng pisang..
murtabak.. abc yg bini dia bayorkan :))

Maka, jumlah bersih yang mak habis sebenarnya dalam rm600 shj..

Ada lagi rm600.00

Bolehlah bawak ke next trip bulan November nanti..

Tak kisahlah..
Janji anak-anak aku happy to the max :D















Thursday, August 18, 2016

DJamoe Asyik by Camira


Pada awalnya susah juga owner Djamoe ni nak suruh aku minum jamu..
Aku ni JAMUFOBIA

1- Aku tak suka bau jamu
2- Aku tak suka rasa jamu
3- Aku tak boleh telan jamu
4- Kalau dipaksa.. aku akan tersedak teruk
5- Badan aku jenis panas

Itu sebab 2 kali beranak..
Aku mmg tak pernah berjamu-jamu ni..

Dia bagi 3 botol utk cuba...
Aku biarkan je dalam peti ais...

Susah tau nak memujuk diri sendiri supaya cuba jamu ni..
Wpun yang buat & jual tu adalah orang yg aku percaya..
Aku masih was-was dan takut..

Pasalnya aku ada pengalaman ngeri dengan jamu..
Yang buatkan aku betul takut dengan jamu2 nih..


Pastu aku tgk pulak testimoni yg dah minum jamu ni..
Semua kata rasanya sedap..
Tak macam jamu2 biasa..

Sampailah 1 malam..
Terasa pulak nak minum jamu ni sikit..
Aku minum separuh cawan kecik je..

Boleh habiskan..
Tak tersedak..

Kenalah minum sejuk2...
Boleh habis sebotol tanpa sedar..

Wpun rasanya takdelah sedap cam air Fanta Strawberry...
Amazingly... tekak aku boleh terima...


Bermulalah aku yang minum jamu sebelum tido :)

Aku minum malam je..
Sebab siangnya aku makan Leptos..
So nak bagi jarak masa tu jauh...

Antara kesan-kesan awal..

1- Angin mmg tak dapat dipisahkan dengan jamu... 
Memang berdetus2 keluarnya..


2- Badan lebih bertenaga & rajin
Tau tak aku dah tak lesu setiap kali balik keje..
Sebelum ni.. sampai je rumah dalam kul 6.30 tu..
Aku kena tido dulu.. lepas tu baru boleh buat keje rumah..

Rasa cam dah lama aku tak tido pas balik keje..

Kena confirmkan dengan anak2 aku..
Sebabnya setiap kali aku tido petang...
Aku akan peluk rotan..

Siapa bising aku PIAPPPP!!!



3- Tido malam yang lebih berkualiti
Sebelum2 ni bukannya aku tak tido..
Aku ni memang jenis senang nak lelap..
Tapi sentiasa rasa cam tak cukup..

Lelap dalam kul 11.30 malam..
Sedar sekali... tengok2 jam dah pukul 6.30 pagi..
Rasa cam.. eh aku baru tido je tadi!!

Pastu mula laaa kat pejabat mengantuk satu macam..

Sejak berjamu..
Tido malam tu DALAM SANGAT!!
Deep sleep bahasa inggerisnya...

Bila tersedar.. rasa cam dah lama sangat tido..
Tengok jam.. eh, baru 3.00 pagi..
Rasa cam dah cukup tido 8 jam

Bab-bab tido ni tak boleh buat main..
Sebab tido nilah akan menentukan perjalanan hari di waktu siangnya..
Kalau bangun pun dah sembab...
Seharian tu lah akan lembab juga..

Effect lain aku akan kongsi di FB aku from time to time..
Sebab aku baru habis 2 botol dan on 3rd bottle skang ni..



Kalau korang ada masalah dibawah..
Maknanya korang wajib beli & minum Djamoe ni
  • Susah tidur
  • Sembelit
  • Badan asyik letih 
  • Kencing tak lawas
  • Anda hamil n takut kene darah tinggi or kencing manis
  • Demam n sakit tekak n batuk
  • Gaot
  • Badan berbau
  • Hubungan intim tak sehangat dulu
  • Ada keputihan
  • Kolestrol n lemak dlm darah tinggi
  • Asyik sakit sendi n tulang dan sebagainye
  • Eczema dan sakit kulit 
  • Jerawat
  • Badan byk angin
  • Gastric
  • Morning sickness teruk
  • Muke kusam tak bermaya je
  • Mata rabun
  • Metabolism rendah
  • Berat cepat naik
  • Migrane
  • Kencing manis
  • Tekanan darah tinggi




Siapa yang masak jamu ni?
Founder Camira!!!

Ye betul.. dia yang masak sendiri..
Beli bahan2 sendiri..
So kebersihan.. kehalalan semua adalah terjamin..

Yang dah beli & consumed jamu ni pun dah ramai..
Jangan tak percaya...
Ramai customer dia dari kalangan urban people taw..
Yang tak dijangka lansung akan berjamu-jamu ni..
Datin2 pun ramai yang beli..

Info pasal pembikinan DJamoe

💯NATURAL INGREDIENTS
TAK PANAS
TIADA PANTANG
TANPA PENGAWET
TANPA PEMANIS BUATAN
JAMU FOR ALL
SEDAP RASANYE
FRESHLY MADE
HOMEMADE






Antara bahan-bahan yang digunakan dalam Djamoe













DJAMOE HAPPY CUSTOMERS :)

Kak Punjel jual ke?

Ye pastilah ada...
Ikutkan dah lama Djamoe ni di pasaran..
Tapi Kak Punjel wat stone je..
Prinsip aku..
Kalau aku tak guna.. aku takkan jual..
Kalau kat aku tak berkesan.. aku takkan jual...

Ni dah jual ni..
Faham2 sendiri la ;)

HARGA

1 botol = rm39
3 botol = rm100
6 botol = rm150
10 botol = rm250

Postage

3 botol = rm12
6 botol = rm25

Seterusnya ikut berat parcel


So.. nak bincang2..
Meh whatsapp 0125865752


.
.
.
.

Wednesday, August 17, 2016

Teknik-teknik Mendapatkan Penapis Air Dari Suami

Bukan nak ambik SPM je ada teknik ye..
Semua benda dalam dunia ni..
Kalau betul tekniknya..
Pasti mendapat!!

Namun,

Teknik yang akan diberi di bawah khas untuk suami saya..
Suami kamu..
Pakcik Sepol ke... Abang Ajemi ke.. Abe Rosman ke...
Mungkin kena adjust atau tambah atau tolak mana2 yang patut ;)


1- Sila kenal pasti motif kenapa perlu penapis air
Jawapan saja-saja. sebab jiran ada.. sebab trend terkini.. sebab duit melambak..
SILA TOLAK KETEPI..
KEMAM DALAM MULUT..

Cari alasan2 konkrit & padu
Untuk kesihatan..
Air rumah kita berkarat..
Nak galakkan anak2 minum air kosong..
Untuk kuruskan badan (logik meh?!!! bantai :D)


2- Kaji brand-brand yang ada di pasaran

Dalam kes kak Punjel ni..
Akak pilih 2 brand sahaja..
Sama ada Air Kokok.. atau pun Air KoJalan (nama sebenar dirahsiakan)

Jangan pilih banyak2 smpi 5-6 brand..
Selain ko akan pening sendirian..
Laki ko pun akan ikut pening..
Dan akan menghala kepada fed up..
Kesannya.. terus tak dapat


3- Tanya pendapat rakan-rakan FB dan Tag suami anda

Kadang2..
Sang suami ni tak suka kita bebel bercerita mengalahkan salesperson..
Biar dia pilih masa sendiri..
Bila dia nak baca...


4- Pastikan anda berpengetahuan aras tinggi dengan brand2 pilihan

Lepas dia dah baca..
Dah google apa bagai..
Mungkin dia akan tanya anda soalan..

Pastikan pengetahuan anda sama level dengan agen jualan..
Kiranya maklumat semua di hujung jari..

Akan ada soalan..
Apa beza air kokok dengan air kojalan?
Kenapa air kojalan gini?
Kenapa air kokok gitu?

Jangan jawab ENTAHLAH..
Ini menyebabkan si dia akan membuat kesimpulan..
Anda tidak serius!!
Mungkin juga anda sebenarnya tak mahu!!

5- Perhalusi perbezaan harga

Bab harga ni paling penting...
Sebab yang nak membayar nyer dia..
Jadi pastikan anda tahu jawapan..
Kenapa ni mahal?
Kenapa tu murah?


6- Perhalusi juga skema-skema pembayaran yang ditawarkan

Ada dua mode bayaran untuk penapis air ni..
Sama ada secara tunai
Atau secara hutang sewa beli

2-2 ada pro and con

Cash.. takkan terlarat nak keluarkan 4-5 K sekali harung..
Cukuplah aku murung seminggu sebab lump sum PTPTN dulu..

Sewa Beli...

Ikutkan lagi berbaloi kerana...

Ambik kaedah pembayaran 5 tahun

CASH
RM4XXX + Servis 2 tahun percuma anggaran rm6xx setahun
Tahun ketiga hingga kelima RM6xx setahun x 3

Maka selepas 5 tahun yang anda belanjakan ialah

RM4xxx + RM18xx (duit servis) - RM12xx (servis 2 tahun percuma)

HUTANG
RM120 x 36 bulan = rm4320
RM100 x 24 bulan = rm2400

TOLAK duit servis percuma selama 5 tahun x rm600

Mana lagi untung?!!


7- Apabila suami anda membuat pilihan, ITULAH DIA

Seminggu juga aku melobi itu ini itu ini..
MIJ diam je..

Namun, ada sekali dia whatsapp..
ICON lah

That's it...

Ko tak payah nak mengada-ngada nak yg lain..
Yang ni lagi best..
Yang dia pilih tu tak best..

HENTIKAN!!

Kemungkinan lansung tak dapat tu amat tinggi...


8- Akan ada tempoh sunyi

Selalunya selepas pilihan dibuat..
Suasana krik krik akan muncul..
Mainkan peranan anda..

Silalah hubungi sendiri agen2 yang berkaitan..
Buatlah temujanji ke hape..
Kesungguhan anda akan membuahkan hasil..


9- Bawa dia lihat actual product

Cam aku hari tu..
Aku bawa dia g NSK Rawang..
Sebab kat situ aku tau ada agen kokok.. ada agen kojalan..

Tapi dia tak hiraukan lansung kojalan..
Maka jalan jelah terus menghala ke kokok..
Diri sendiri tu jangan banyak hal..
Ikutkan je..

Pastu situkan ada Fusion Top dan Icon..
Cerita pasal 2 ni sudah...
Kalau ko pandai dari sales person tu..
Ko je cerita biar dia dan suami ko dengar sama-sama..

Aku buat camni tau..
Last2 sales person tu ajak aku wat part time weekend buat sale cuckoo..

Laki aku cakap apa tau...

DIA NIKAN... UBAT KURUS DIA JUAL PUN BANYAK LAKU
WALAUPUN DIA GEMUK!!

Okay SENTAP!!!

Tak payah.. lupakan soal2 sentap di saat-saat akhir ni..
Tak payah nak rosakkan keadaan yang bakal menjadi manis sebentar lagi..
Ko memang gemuk.. apa yg nak feeling tarik sangat :))


10- Jangan berlengah lagi

Bila suami anda kata OKAY!!

Jangan nak cakap pulak.. balik dululah fikir..
Tarik balik otak yg dah smpi lutut tu..
Buh balik kat tempat asal..

Perkara yang perlu anda buat..
Ajak dia duduk untuk sain kontrak..

Jauhkan perjalanan Kak Punjel nak dapat penapis air..

Alhamdulillah.. tadi dah pasang...

Anda bila lagi?!!!
hoye hoye ;)

.
.
.

Wednesday, August 10, 2016

Jiwa Kacau - KO DAH KENAPA JIRAN?!!!!!!

Dulu semalam memang moody betul aku..
Dah laa kepala aku migrain...
Balik keje pun lambat..
Dekat pukul 8.00 malam baru smpi rumah..

Sampai-sampai MIJ cakap...
Mami ada bau cam benda hangit tak?

Aku cuak dah...
Dah laa 2 minggu sudah ada tragedi hangit gak..
Habis telefon.. modem.. motherboard... network card..
Paling dahsyat external HD aku yang simpan drama korea 2016..
Turut musnah..

Cek semua plug okay je..
Takde yg berbau pun..

Sekali terpandang segunung kain yang MIJ angkat tadi..
Ni betul2 punya gunung...
2 mesin punya gunung..

Telinga aku dah panas..
Migrain tadi bertambah migrain..


Tepat seperti jangkaan aku..
Yang berbau hangit asap terbakar tu adalah gunungan kain tersebut..
Adoiiiii... Mencarut aku dibuatnya..

Tak lain tak bukan..
Mesti ada jiran2 aku yang pi bakar sampah depan rumah..
Tanpa mengisahkan kain baju jiran2 lain yang tengah bersidai..

Oink Oink Pink sangat tau!!!!

Nak je aku menjerit kat luar gate..

SETAN MANA YANG BAKAR SAMPAH NI?!!!!


Wahai jiran-jiran (aku tak tau yang mana satu sbb aku dok teres)

1- Yang ko sibuk bakar sampah tu kenapa?!! Kan kita dah bayar duit penyelenggaraan sampah. Biar depa yang uruskan.

2- Sebelum membakar boleh tak pastikan keadaan sekeliling dulu. Ini ASAP.. bukan AIR..
Pasal air aku belum pernah marah lagi walaupun habis lecah laman aku ko kejekan setiap hari ko menyiram pokok.. basuh lantai... etc

3- Kita ni duduk rumah teres.. berkongsi dinding.. pagar apa bagai..  Lain laaa kalau duduk rumah tanah Lot yg jarak jiran terdekat 50-60 meter.

4- Bau asap yang melekat di baju.. bukan boleh hilang begitu sahaja.. Kena mesin semula sebanyak 2 round. 1 round dengan sabun... 1 round dengan softener.. Banyak benda dah terbazir.. Sabun... Softener.. Tenaga elektrik.. Kebolehupayaan mesih basuh.. Paling penting TENAGA AKU!!!!

5- Otak tu Allah bagi, sila guna pakai!!

Kak Punjel merempan kat blog ni dia baca ke?

Kalau pun dia tak baca...
Aku harap korang2 yang baca ni ambil tauladan..
Ada jiran jugakan..
Kalau nak buat sesuatu sila fikirkan jiran anda juga..

Nak buat ikut kehendak hati..
Mohon beli lot banglo berkeluasan 100 meter persegi..
Pasang pagar batu konkrit ketinggian 5 meter..

Tak mampu?!!!
Mohon pindah ke dalam hutan simpan!!
.
.
.