Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Tuesday, December 6, 2022

Birthcare Center


Drama ni tak panjang, 8 episod sahaja
Main focus drama ni adalah pada ibu2 yang baru melahirkan anak
Depa tinggal di sebuah birthcare center semasa dalam pantang
Datang dari pelbagai latar belakang menjadikan drama ini seronok ditonton



Watak utama drama ni, Hyun-Jin.
Umur dia dalam 40-an
Selama berkahwin tak pernah terfikir pasal nak ada anak
Berjawatan tinggi dalam syarikat pengiklanan
Tiba-tiba ada anak kecil telah merubah keseluruhan kehidupan dia



Bila dah duduk ramai-ramai camni
Mula laaa ada perbandingan
Anak sapa breastfeed, anak sapa minum susu formula tak elok
Dan macam-macam hal

Hyun Jin ni pulak, sebabkan sibuk kerja sehingga air ketuban pecah pun dia masih kerja
Jadi dalam banyak2 ibu dalam ni
Dia laaa paling ketinggalan sekali dari segala segi



Yang ni Queen Bee kat birthcare center ni
Ada anak dah sebelum ni
Dia adalah seorang ibu yang sangat perfect
Tapi tu lah, disebalik kesempurnaan dia tu adalah juga flaws yang dia sorok


Drama ni enjoy di tonton
Relax je dari awal hingga habis
Takde konflik berat-berat
Takde hero yang hensem teruk

Tapi sangat recommended utk di tengok :)
.
.
.





 

1 comment:

mummy_ayu said...

dah dlm My List, tapi tak mula2 lagi layan...