Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Tuesday, September 4, 2012

Rendang tangkap muat..



Mak aku punya sekolah hari ni wat majlis hari raya..
So, ada la rendang dgn lemang...

Malangnya.. Bila rendang sampai ke aku malam ni..
Ia sudah pun basi..
Namun, lemang masih marbeles..

Ikutkan aku dah masak asam pedas sotong malam ni..
Tapi sebab nak makan lemang punya pasal..
Aku gigih wat rendang bodo mlm ni..
Janji iras rendang..

Aku lupa dah resepi rendang..
Last aku masak rendang..
2010..

Maka utk tidak pening..
Aku google resepi..
Dengan keyword

RESEPI RENDANG SIMPLE

utk jimat masa..
Aku pilih resepi pertama yg muncul di hasil carian..
Ada 2-3 bahan takde..

Pedulik..

Maka terhasil ler rendang pekebendentahakupuntaktau..
.
.
.

Farid Kamil dan Diana Danielle dah bertunang

gambar cr to rotikaya.com

Lama gak aku tunggu perkembangan depa dua nih..
Akhirnya bertunang jugak..
Bertunangnya Ahad lepas..
2 Sept 2012 ler kot...

Katanya setahun je.. takmo lama-lama..
Elok ler tuh..

Pertunangan juga diadakan secara senyap-senyap..
Biasa la tu kan..
Nama pun retis..

Apa pun.. selamat bertunang untuk mereka berdua..
Semoga sempat sampai ke jinjang pelamin..
Doakan yang baik2 sudah :)
.
.
.

Monday, September 3, 2012

Pengesahan sekolah Muhammad Khaleef Aisy


Selepas berhempas pulas mencari surat beranak dia..
Akhirnya jumpa selepas 3 hari mencari..
MIJ tak abih2 membebel..
Itu laa  mami.. Ini laa mami...
Pot pet pot pet..
Tolong cari... tidak jugak!!

Walaupun sudah membuat pengesahan..
Namun, Khaleef sebenarnya belum ada keputusan lagi mau sekolah di mana..
Bergantung kepada pencapaian dia sebelum sesi 2013 bermula..
Kalau masih merangkak-rangkak membaca..
Maka, dia akan ditukarkan ke sekolah nenek dia..

Sekolah nenek dia..
Selain ada nenek..
Sekolah tersebut tidak ramai murid..
Darjah satu belas2 orang sahaja..
Jadi, cikgu boleh lebih menumpukan perhatian..
Nak2 cucu gurubesar yang tak tau membaca tu wei!! :))

Khaleef pulak.. dah banyak kali cakap dengan aku..
Dia nak sekolah sama nenek..
Yelah.. supaya lemak berkrim ko makin naik kan..

Tak yah berangan Khaleef..
Nenek ngko tu.. memang ler penyayang sgt kat cucu dia..
Nanti bila ko dah sekolah sama dengan nenek..
Baru belang rimau nenek akan kelihatan :))
.
.
.

Cara Zalia Hezlin Download Movie...


Setelah sekian lama tak buka Nu**nang....
Status aku pun dah non-gliterrati..
Apsal?!! tak tau..
Malas dah aku nak ambik peduli :)
Tak mati aku tak dapat duit depa aih...

Namun,

Yang menarik perhatian adalah Keywords..
Rupanya ada yang mahu tahu..
Mana aku download segala tok nek drama Korea..
Filem melayu.. drama2 melayu semer tuh..

Meh aku bagitau rahsianya...

Rahsianya ialah En. Google :)

Ada orang bila tang google result..
Dia hanya akan pergi paling jauh Page 2...
Cer korang pergi sampai Page 10..
Cam2 laa akan jumpa..

Satu lagi ialah Torrent..

Namun, penggunaan torrent ni memerlukan kesabaran yang tinggi..
Kena ia berkonsepkan seeder, leecher dan ratio..
Torrent ni betul2 mengamalkan amalan mulia SHARING IS CARING..

Seeder bermaksud adalah seseorang yang sudah download file dan sekarang berkongsi file tersebut menggunakan torrent client.. lagi lama dia seeding.. lagi tinggi ratio.. dan kebaikkannya.. next time dia menorent.. kelajuan torrent akan bertambah..

Leecher adalah orang yang mendownload.. dan dia bergantung sepenuhnya kepada seeders.. Kalau takde orang seed file tersebut.. tunggu laaaa 80 hari 80 malam pun, file tersebut tidak akan berjaya di download..

Satu kelemahan torrent ini ialah..
Bil letrik akan melambung toing.. toing..
Sebab laptop & modem akan dibiarkan on selagi boleh ON :)

Contohnya bila aku download completed drama 11.6GB...
Masa yang akan diambil adalah 5d7h (5 hari 7 jam) utk kelajuan 100kbps - 130kpbs
Maka.. selama lebih kurang 6-7 hari laptop perlu ditinggalkan on..
Kalau asyik tutup-tutup.. boleh menjangkau 2 minggu baru siap..

Kebaikkannya...
Fail yang tengah ditorrent..
Tidak dipengaruhi oleh connection internet..

Contoh..

Drama dah download 99.7%...
Tup-tup letrik takde..
Bila on balik laptop.. download akan resume secara automatic..

Direct download..
Kemungkinan besar download link is not found adalah tinggi..
Masa ni laa rasa nak patahkan tiang letrik depan rumah :))

SUSAHKAN?

Makanya.. tak payah susah-susahkan diri..

Order je pada Kak Zel..
Lebih cepat, jimat dan tepat :)
.
.
.

Ghost @ Phantom


Bukan genre kesukaan aku..
Action thriller..
Tapi untuk bagi keadilan kepada semua peminat Kdrama..
Aku siapkan jugak master drama ni..

Drama ni tengah main kat 393..
Dah nak habis pun...

  

Hero seorang anak anggota polis berpangkat tinggi..
Dia lulus dengan cemerlang masa kat akademi polis..
Tamat belajar dia terus dapat ketuai skuad..
Yang menjurus kepada Cyber Crime..

Dia kena handle satu kes..
Yang melibatkan penipuan cyber melalui perjudian..
Masa dah hampir nak selesaikan kes..
Data-data penipuan tersebut telah dimusnahkan..
Oleh satu penjenayah cyber yang dipanggil Hades..


Awek ni pulak detektif..
Dia sedang menyiasat kes kematian seorang aktres..
Yang dikatakan membunuh dia dan sebelum tu menghantar posting kat tweeter kata dia nak mati dah disebabkan satu skandal seks..

Hero yang sedang siasat berkenaan Hades..
Mendapati Hades telah berada di rumah aktress berkenaan..

Hero dapat tangka Hades..
Yang mengejutkan..
Hades adalah bekas roomate dia masa kat akademi polis..
Yang skang ni dah bekerja sebagai wartawan...




Hades tak mengaku dia terlibat dengan kematian aktress tersebut..
Cumanya dia ada terserempak dengan pembunuh sebenar aktres tersebut..

Drama ni walaupun agak berat..
Tapi sekali dah tengok..
Akan tersangkut terus untuk mengetahui apa akan berlaku selanjutnya..
Ada banyak twist dalam ni..
Tengah2 drama tu rasa cam boleh teka siapa dan apa akan berlaku..
Tapi yang jadi sebaliknya..

Oleh itu..
Untuk peminat2 action thriller..
Tak pun peminat So Ji Sub (ni 1st drama dia lepas abih tentera)
Apa tunggu lagi?!!


:)
.
.
.

Sunday, September 2, 2012

Makan dan makan dan makaaaannnnnnnnn


Ni laaaa masalah kalau raya..
Kalau bukan bulan raya..
Nak makan kena masak..
Tak pun kena beli..
Tak pun kena pi umah mak..
Pi umah mak mentua..

Namun..

Pabila raya..
Tak payah susah-susah..
Sambil melawat kengkawan..
Disediakan pulak segala macam makanan..
Lazat-lazat pulak tuh...

Pastu jemputan bersusun paku hokay.. :)

Dulu cam raya ni..
Seminggu dua je meriah..
La ni.. cam tak cukup sebulan..
Makcik aku siap terpaksa buat open house..
Lepas abih raya..
Sebab dah takde tarikh nak pilih..
Semua hari dah ada open house..

Natijahnya..

Lupakan baju saiz 52 yang hari tu masa bulan puasa dah sedap pakai..
Merasa laaa sakit lutut dan sakit pinggang datang balik..
Pinggang kain baju kurung mengetat..
Baju terasa sengkak kat perut..

Huwaaaa!!!

Nak kembali ke pangkal jalan memang susah..
Nak-nak masih dalam kemeriahan suasana hari raya..

Bagaimanakah dengan anda?!
.
.
.