Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Monday, June 30, 2014

Ramadhan 2014



Tadi banyak idea aku nak hapdet..
Hasya tengah mengamuk kat belakang aku ni..
Dia nak tgk Mr Bean Holiday..
Aku lak nak tgk Jodoh 2..
Terus hilang idea aku tau..

Puasa tahun ni..
Dimulakan dengan aku tak sihat..
Agaknya terlalu banyak makan durian..
Sabtu lepas.. aku tibai 3 biji sekali gus..
Sorang-sorang lak tu..

Sahur tu perit tekak..
Siang tu terus pening2..
Hidung start tersumbat..
Tanda-tanda nak demam la tu..

Khaleef pulak..
Mengejutkan juga tahun ni..
Selalunya hari pertama puasa..
Masuk pukul 2.00 ptg..
Dia start dah meratib..
Masuk kul 6.00 lagi dahsyat..
Dah cam kerasukkan  tau..

Tahun ni.. dia relax je..
Ada tenaga lagi nak main lompat2 sampai buka puasa..
Cumanya pagi tadi dia kena cirit birit..
Lansung tak sekolah hari ni..
Tapi.. puasa tetap juga..

Hahaha.. ada perjanjiannya..
Kata orang tak baik berganjaran apa bagai ni kat anak..
Tapi anak cam Khaleef ni..
Dia mmg perlukan penggalak..
Kalau tidak.. dia mmg berani je nak buka puasa..
Adik dia makan biskut..
Dia ambik masuk mulut dia..

Janjinya..
Puasa 30 hari penuh..
Sehari.. mami bagi RM10.00
Kalau cukup 30 hari.. maka dapat laa RM300..
Dapat laa dia beli Lego Ninjago impian dia tu..

Tapi..
Kalau ada yang tinggal..
Perjanjian akan bertukar..
Hari puasa x RM1.00.

Harap2 berjaya laa Kalep puasa penuh tahun ni..
Takpe laa mami kuar duit raya lebih sikit..
Tahun lepas dia tinggal 3-4 hari juga..

Hasya pulak..
Tugas dia baca doa makan :)


.
.
.

Thursday, June 26, 2014

Khaleef - Sukan SKLB













Wpun latihan sukan tahun dalam musim panas..
Tapi kurang laa legam nyer..
Banding dengan tahun depan..

Hari sukan pun..
Tak panas.. Redup je..

Tahun ni Kalep masuk 2 acara..
Kasut gergasi dengan lari berhalangan..
Dapat laa 2 pingat..

Pasalnya rumah sukan ada 3 je..
Merah, Biru, Kuning..
So, pusing tang mana pun..
Confirm dapat pingat :)
.
.
.

Wednesday, June 25, 2014

Jiwa Kacau - Simpang dan Signal


Patutnya awal lagi aku nak komen pasal ni..
Dah masuk gambar..
Pastu lupa la pulak...

SIMPANG DAN SIGNAL!!

Duduk Tg Malim ni.. mmg penuh simpang yang kena bagi signal..
Nak2 kat jalan keluar sekolah Tamil..
Memang kejadian nak masuk simpang tak bagi signal..
Nak kuar simpang tak signal mana arah..
Akan mengundang kemarahan...
Nak2 kalau jam dah dekat 9.00 pagi..
Sedangkan aku masih lagi di simpang dan bukan di pejabat..

Memang menyumpah seranah gak kadang2..
Paling sopan.. tahap 1..

HEI BODOH!! HEI GILA!! HEI MALAUN!!!
KO TAK RETI KE NAK PASANG SIGNAL?!!!

Tapi kadang2 meningkat sket cercaan aku..
Cercaan tahap 2

HEI IBLIS!!! HEI SETAN JAHANAM!! HEI BERUK JADIAN!!

Ada tahap 3..

HEI ****!! HEI ******!! HEI ****!! HEI *******!!!

Apa dia? Biar laa aku sorang yang tahu :))

Hajah Norlia selalu marah kat aku..
Dia suh aku sebut benda yang elok-elok..
Aku cuba juga amalkan..
Tapi kadang2 terlepas juga..

Tapi itu part aku mencerca..
Ada gak hari2..
Aku pun lupa pasang signal..

Jangan kata korang lansung tak pernah!!
Mesti ada juga terlupa...
Time tu.. silalah mencerca diri sendiri..
Mampu?!!!

:))
.
.
.

Tuesday, June 24, 2014

Witch Romance


Satu lagi drama wajib tengok 2014..
Pasal drama ni best..
Aku tak mau tengok secara mingguan..
Sebab nanti aku akan stress..
Cukup laa aku stress menunggu Hotel King habis..

Oleh itu.. aku tunggu smpi habis 16 episod..
Baru tengok sekali gus..

Best & puas hati :)

Dan...
Aku sangat jatuh cinta pada hero drama ini :)

Genre drama...
Romantic Comedy..



Heroin...
Ban Ji Yeon (BJY) adalah seorang andartu yang berumur 39 tahun..
Dia bekerja sebagai wartawan..
Seluruh hidup dia adalah berkenaan kerjaya dia..
Dia tak minat pada percintaan..
Apatah lagi mencari jodoh..
Perasaan dia sudah mati..
Bila pada satu masa dulu..
Tunang dia tidak muncul di hari perkahwinan mereka..


Di pejabat..
BJY dikenali sebagai WITCH..
Dia kalau bab kerja.. mmg takde toleransi..
Nak2 pulak officemate dia suka mengata belakang pasal dia..

Tapi dia memang seorang wartawan yang bagus..
Skop2 berita dia mmg yang terpanas dan terhangat..
Dia sanggup buat apa sahaja..
Untuk dapatkan berita yang menggemparkan..


Ini Hero...
Dan dia sangat comel..
Ini bukan drama pertama dia..
Cumanya sebelum-sebelum ini..
Tak pernah perasankan si Park Seo-Joon ni..
Ikutkan dia ada berlakon Dream High 2..

Dalam drama ni..
Watak dia Yoon Dong-Ha (YDH)..
Dia berumur 25 tahun..

Dalam dunia nyata ni pun..
Hero dengan heroin ni beza umur memang jauh..
Heroin lahir 1971.. umur dia 43 tahun
Hero lahir 1988.. umur dia 26 tahun

Dah cam beza umur mak dengan anak..
Tapi.. dalam drama ni..
Depa dua adalah couple!!

Huhuhuhu.. mak jeles!!!

Dalam drama ni..
Hero adalah seorang pekerja sambilan..
Dia buat apa saja kerja... janji dapat duit..

Dia ni sebenarnya adalah student medic..
Bakal seorang doktor..
Tapi disebabkan satu insiden..
Yang menyebabkan awek dia mati..
Dia benti sekejap belajar..


Pertama kali dia terserempak dengan heroin..
Time dia wat part time jadi santa claus..
Heroin curi hadiah santa..
Dan dia kejar heroin smpi ke pejabat..

Lepas-lepas tu..
Banyak kali la asyik terserempak..
Tiap kali terjumpa..
Ada je perkara malang berlaku..


Start scene ni la depa jadi baik sikit..
Rakan sekerja heroin nak kenakan dia kat satu parti..
Hero dengan macho nyer..
Telah menolong heroin...

Pasal kes ni juga..
Hero akhirnya bekerja di syarikat majalah sama tempat heroin kerja..
Dia di assign menjadi PA heroin..
Mula-mula dia ok je jadi PA heroin..
Oleh dek kerana selalu bersama je..
Lama-lama dia jadi suka pulak pada heroin..

Yang heroin pulak..
Asalnya tak suka dia pasal beza umur depa sangat jauh..
Sampai la hero jadi personal coach utk heroin mencari jodoh..
Last2.. depa yang saling sangkut sama sendiri..


Nilah bekas tunang heroin..
Tengah2 drama..
Dia muncul semula..
Tup-tup depa nak jalinkan balik hubungan lama..
Kesian laaa kat hero..
Tetiba heroin beralih arah...


Sweetkan..
Tengok drama ni..
Tetiba aku rasa..
Cam aku ada peluang lagi..

Peluang apa?!!

Hahahaha... tetiba feeling nak dapat boyfriend korea gak

Hahahaha :))


Depa ni bila dah couple..
Banyak gak dapat tentangan..
Yelah.. sapa yang nak setuju..
Jarak umur cam mak ngn anak..

Oleh itu..
Jika nak tau apa ending drama ni..
Sila laa order ;)
.
.
.

Sunday, June 22, 2014

Restoran Mohd Chan Abudllah, Bukit Beruntung

Mak ngn adik aku nak belanja makan..
Jadi.. wpun penat gotong royong..
Jangan laaa ditolak makan free..

Pilihan mak aku..
Restoran Mohd Chan Abdullah Bukit Beruntung..
Dari Tg Malim..
Lebih kurang 40 minit nak sampai sini..


Hidangan pertama yang aku pilih..
Dim Sum..
Sedap laa juga..
Aku pun tak tau apa ramuan dim sum ni..
Rasa cam ikan ada.. cam telur masin ada..

Harga RM7.80 untuk 6 biji..


Ikan siakap sweet & sour..
Biasa-biasa je..
Takde laa sedap sangat...
Takde laa tak sedap..

Harga Rm42.00 seekor


Ayam balut daun pandan..
Yang ni aku suka..
Bau pun sedap..
Rasa pun best..

Harga RM12.00 untuk 10 ketul


Butter Prawn ni pun ok juga..
Dengan bumbu yang setimbun..
Udang pun besar2... cuma lupa nak kira bape ekor :)

Harga RM... lupa dah..
Tapi puluh2 gak le..


Pastu ada sup sayur..kailan ikan masin..
Nasi 9 pinggan + 1 mangkuk tambah..
Air pelbagai..

TOTAL = RM153.00

Kalau nak tengok apa menu yang ada lagi..
Boleh layari laman web restoran ni..

http://www.mohdchan.com.my/v3/#home
.
.
.

Thursday, June 19, 2014

MONSTAR



Tukar genre pulak..
Kali ni ala2 high school musical :)

Jalan citernya biasa sahaja..
Tapi drama ni best pasal OST..
Lagu-lagu dalam drama ni semua best-best...
Catchy..
Jenis sekali dengar.. terus terpikat..



Heroin drama ni mmg comei2 gitu..
Yang hero pulak.. ada 2 orang..
Hero pertama seorang idols..
Dia dari kumpulan Men In Black..
Disebabkan satu insiden dia dengan peminat..
Dia mesti masuk sekolah balik untuk perbaiki imej dia..

Yang heroin tu pulak..
Dia baru pindah dari New Zealand..
Jadi dia tak kena hero tu sapa..

Disepanjang drama ni..
Depa berdua ni asyik gaduh je..
Sentiasa tak sefahaman..

Tapi lama-lama hero suka pulak pada heroin..
Tapi masalahnya dia seorang idols..


Selain dari cerita love story..
Drama ni gak mengisahkan 2 kumpulan muzik yg bersaing..
Untuk jadi wakil sekolah di pertunjukkan pentas untuk menteri..

Kumpulan yg satu lagi tu mmg dah tersohor kat sekolah tu..
Satu lagi pulak.. kumpulan baru..
Dalam kumpulan tu.. ada hero, heroin, 2nd hero dan beberapa orang lain..
Yang asalnya tak berbakat pun..



2nd hero..
Dia tak jahat..
Tapi baik sangat-sangat...


Sebenarnya dia kawan baik hero masa kecik..
Tapi disebabkan satu hal..
Mereka putus kawan...

Dengan heroin pun asalnya dia kenal masa kecik..
Tapi sebab heroin pindah ke New Zealand..
Depa putus hubungan..
Kiranya heroin ni cinta pertama dia..


Tengok relation chart..
Tau dah cinta tiga segi dalam drama ni..

Apa pun..
Drama ni fun to watch..
OST best..
.
.
.