Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Thursday, July 17, 2014

Tragic Year For Malaysia - MH17



Mula-mula aku terbaca tajuk ni kat FB..
Aku igtkan MH370 tu dah jumpa..
Tapi kena tembak.. bukan hilang kat laut..

Namun, pastu..
Baru tahu kapal terbang lain yang kena tembak..
Berderau darah aku!!

Makin lama... makin confirm..
Mata yang mula2 dah layu..
Segar balik..



Terus buka Astro Awani...
Confirm..
Memang flight MAS..
Sekali lagi ditimpa musibah..

Dalam fikiran aku ni..
Banyak-banyak flight lalu situ..
Apsal flight MAS juga yang ditembaknya?



Ini gambar dan video awal yang ada di FB..
TV pun ulang2 video yang sama..

Masa ni kalau tengok media antarabangsa..
Dah mula drama tuduh menuduh..
Negara ni tuduh orang tu..
Negara tu tuduh negara tu..
Pihak ni nafi.. pihak ni tak mengaku...

Sekali lagi aku fikir..
Kenapa tembak flight MAS?


Kemudian keluar gambar-gambar yang lebih mengerikan..
Tak sanggup nak letak kat blog ni..
Sedihnya..
Sekali lagi rakyat Malaysia diuji dengan musibah besar..
Dah laa yang satu lagi tu hilang bagaikan buih sabun di udara..
Satu lagi pulak hancur bersama semua penumpang..

Kenapa tembak pesawat Malaysia?


Apakah ada konspirasi disebaliknya?

Mulai siang ni...
Akan ada seribu satu spekulasi..
Maklumat-maklumat tidak sahih..

Harap semua orang baca betul-betul sebelum share..
Fikir sikit perasaan ahli keluarga crew dan penumpang..

Salurkan maklumat yang tepat sahaja..


Pengesahan sidang media..
Pesawat ni terhempas di timur wilayah Ukraine..
Dikatakan.. kawasan ni mmg tengah berperang atr askar Rusia dan pejuang pemisah Ukraine..

Ironi nyer..
Masa MH370 hilang...
Konflik Ukraine - Rusia ni juga disebut-sebut..
Akhirnya...
Betul-betul flight MAS terlibat dalam konflik ini..


Seramai 295 penumpang dan anak kapal telah mati..
Paling ramai.. warganegara Belanda..
Crew seramai 15 orang.. kesemuanya warga Malaysia..
Penumpang Malaysia yang dapat dikenalpasti setakat ini..
20 orang termasuk 2 bayi..

Semoga ahli keluarga tabah menerima berita sedih ini..
Nak-nak pula di ambang nak sambut Aidilfitri..
Kalau aku yang hanya rakyat M'sia..
Tiada kawan.. tiada saudara mara.. dalam MH17..
Sudah mula hilang mood untuk raya..
Inikan pula keluarga dan sanak saudara mangsa..


Tiba-tiba..
Aku teringat apa yang boss aku cakap last week..

Dia beritahu aku..
Sejak MH370 hilang..
M'sia ni serba tak kena..
Ada je musibah kecil.. musibah besar..
Melanda negara..
Itulah tanda-tanda bahawa
Rakyat dan Malaysia sedang diberi peringatan oleh Allah SWT..

.
.
.

Wednesday, July 16, 2014

Devious Maids Season 2



Akhirnya... Season 2!!!

Wpun cogankatanya..
Deliciously Dirty.. :)
Season ini... jauh lebih bersih dari season lepas..
So, ia adalah selamat utk dipasang di ruang tamu..


Dalam season ni..
Hanya Zoila yang masih keje dengan Geneveive..
Valentina kerja dengan keluarga Powell..
Carmen pulak.. lepas kematian Alejandro..
Dia kerja dengan Spence.. boyfriend Rosie..
Rosie kerja dengan satu keluarga baru..
Manakala Marisol berkahwin dengan salah seorang jutawan di kejiranan yang sama..
Maid dia nama Opal.. 


Masih mengekalkan genre mysterious crime..
Kejiranan Beverly Hills tidak lagi selamat...
Apabila ada sekumpulan perompak yang bertindak ala2 Robin Hood..
Merompak harta duit orang kaya..
Kemudian disedekahkan kepada pengemis..

Selain dari masalah rompakkan..
Marisol cuba menyiasat hal kematian isteri kekasih dia..
Dan hasil siasatan dia..
Pelbagai konflik dapat diselesaikan..


Carmen Luna masih belum jadi penyanyi..
Zoila berpisah dengan suaminya Pablo..
Dan bertemu dengan kekasih baru yang hebat..
Genevieve disahkan sakit buah pinggang..
Valentina bercinta dengan pencuci kolam..
Remi kembali dari Africa dan cuba menagih kembali cinta Valentina..


Drama ni confirm ada season 3..
Akhir drama semua tergantung..
Kecuali hal2 berkaitan jenayah..

Apa pun season ni best..
Penat tau aku menunggu setiap minggu..
Dekat Astro pun dah tayang Season 2..
Tapi lambat lagi habis..

So, pada yang tak sabar..
Apa lagi..
Meh la order ;)
.
.
.

Sunday, July 13, 2014

Apak dan Anak



Malas aku nak masuk campur..
Dari semlm lagi aku suh wat keje sekolah..
Dia wat dek..
Sampai laa ke malam ni..
Esok nak sekolah..
Baru terhegeh2 nak buat..
Ada keje melukis lak tu..
Lagi laaa aku malas nak tolong..

Maka..

Sila laa apak nyer pulak berfungsi...


Anak nyer...

Ko sorong la kete mainan tu smpi esok sahur..

FEELING - ANGRY!!!
.
.
.

Thursday, July 10, 2014

Kaira dan keluar hospital..


Akhirnya..
Hari kelima baru dapat discharged HKL..

Aku pun belum jumpa dia lagi..
Hari ni tetiba ada meeting mengejut..
So, tak sempat nak singgah umah mak aku..
Lalu je tadi..

Semlm pergi lawat dia..
Tak dapat naik wad..
Pasalnya bawak Kalep, Sara dengan Airis..
Terpaksa laa Kaira yg turun ke bawah..

Nasib baik laa HKL ni..
Pesakit senang pulak turun ke bawah..
Kalau kat Slim.. nak pi kedai kat bawah wad tu pun tak boleh..

Nilah gerombolan semalam..
Balik tu.. tak sempat pun buka kat rumah..
Masa berbuka baru smpi Batang Kali..
Nasib baik aku beli burger utk Kalep..
Itu jelah dia makan..
Sampai rumah.. tak nak pulak dia makan nasi..

Yang kesiannya..
Pagi ni terbabas pulak sahur..
Dah laaa malam tadi.. sebelum dia tido..
Aku bantai mengamuk kat dia..
Pasal baju sekolah tertinggal tu..

Bila dia bangun 6.30 pagi..
Dia terus tanya..

TAK SAHUR KE MAMI?

Huhuhuhu... bersalah laa pulak..
Sebelum tido dia ada minta megi..
Tapi aku tak masakkan..
Pasal bulan puasa.. takmo laa dia makan benda2 camtu..
Last2 lansung tak makan apa..

Tapi dia berjaya juga habiskan puasa..
Dengan penuh jerihnya..
Sekolah agama pun tak larat pergi..
Ni sepupu dia cakap.. kul 8 malam dia dah tido..

Huhuhu.. bersalahnya mami!!

Tapi semalam dalam kereta nenek dia ada tanya..

"NANTI MAMI TUA MACAM ONYANG.. KALEP NAK JAGA TAK MAMI?"
(rentetan kes wall post nak masuk rumah orang tua)

Jawapan dia..

NANTI LA KALEP FIKIRKAN..
NAK BELA MAMI ATAU NAK BUANG TERUS

Huwwwwaaaaaaa!!!!!
.
.
.

Monday, July 7, 2014

Kaira buang tonsil...



Si kenit kuat makan ni..
Suka panggil aku MIMI MOK... (mami gemok)
Sejak setahun kebelakangan ni..
Asyik demam-demam..
Dah tu selalu high fever lak tu..
Sekali kena lama.. dan berulang-ulang..

Pastu tengah-tengah tahun lepas..
Ada jangkitan pulak pada telinga..
Bila cek kat hospital..
Rupanya ada air bertakung di belakang gegendang telinga..

Cek punya cek punya cek...
Tahun ni.. tukar pulak dari Hospital Slim River..
Ke Hospital Kuala Lumpur..
Rujukan ke doktor pakar ent...

Ikutkan.. tarikh sebenar Kaira ni operate lama lagi..
Lepas raya..
Tapi dah rezeki mendatang..
Last week doktor called.. bgtau ada tempat kosong..

Asalnya.. dia akan operate buang tonsil, operate hidung dan telinga..
Tapi bila cek yg terakhir tu..
Doktor kata gegendang telinga dia dah pecah..
Jadi air tu akan kering dengan sndr..

Oleh sebab dia masih kecil..
Gegendang baru akan tumbuh..
Ikutkan bila gegendang ada masalah..
Pesakit akan mengalami sakit telinga yang teruk..
Telinga berdengung.. keluar cecair dari telinga..

Tapi.. Alhamdulillah Kaira tak alami semua ni..
Kuasa Allah swt ler tu..
Sama laa cam adik Firdaus yang boleh hidup 3 bulan tanpa makanan..

Semalam..
Dah selesai ler operate buang tonsil..

Penat juga wei pi HKL ni..
Dengan parking susah giler nak cari..
Berserabut...

Wad pulak.. cam wad filem Suster Ngesot tu..
Buruk.. kelam.. nasib baik tak seram :))

Ni kali pertama aku masuk wad dalam HKL..
Selalunya pi Hospital Slim.. Hospital Sg Buloh.. Hospital Selayang..
Semua hospital baru yang cantik-cantik..
Yang buruk.. Hospital KKB je..
Tapi takpe lagi.. sbb tu hospital kecik je..

Mungkin kerajaan kesayangan kita semua ni..
Perlu ambil perhatian tentang HKL...
Tak payah laaa sibuk sangat nak bina bangunan baru.. taman-taman...
Yang ntah hape-hape... tak berkepentingan pun..
Baik laaa renovate HKL yang merupakan HQ segala hospital kat M'sia ni...
Supaya jadi yang terbaik dan terselesa..
Sian tgk adik ngn anak buah aku..
Yang kepanasan dalam wad..
Angin kipas tak berasa..
Bilik wadnya besar.. tapi kipas sikit je..

Apa pun..
Semoga Kaira cepat sembuh..
.
.
.

Thursday, July 3, 2014

Birthday MIJ - Hadiah berganda....


Mula-mula..
Happy Birthday ke-38 untuk MIJ tersayang..
Tahun ni berlebihan pulak hadiahnya..

Asalnya aku dah tanya dari bulan 5 lagi..
Apa bie nak besday ni?
Dia kata ikut suka mami laa...

So, aku pilih nak beli 1 Million tu..
Maka.. bergigih laa main kutu perfume kat SINI 
Mgu lepas dapat dah la barangnya..

Tetiba..
Tengah menonton tv..

"Abang rasa cam nak kasut la.."

Bini dia senyum sumbing...

Tup-tup... rezeki bulan 7 ni agak murah..
Duit masuk bertimpa-timpa..
Banyak gaya orang marhaen la..
Jangan laa nak bayangkan aku dapat projek jutaan ringgit pulak..

Maka.. ok laaa jom beli kasut!!

Jadi dapat laa dua hadiah untuk tahun ini..

Apa pun..
Mami harap semoga Abang panjang umur..
Murah rezeki.. Jangan main kayu..
Jangan hisap rokok.. Jauhi dadah...
Jangan pukul bini..
Marah sekali sekali tu ok..
Terus menjadi papa dan suami yg baik untuk mami dan anak2..

Dapat dua ye....
Dua ye...
Dua..

-IKHLAS DARI-

bini abang yang comel dengan mode pasrah


p/s : kalau abang nak membalas baik hati mami... besday mami ada 7 bulan lagi.. boleh dah start menabung rm150 sebulan.. cam terbayang-bayang bayangan...


LOVE YOU BIE!!!!!


.
.
.