Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Sunday, September 21, 2014

Kapal KD Rahmat - Lumut


KD Rahmat ni dah jadi muzium...
Lama dah.. sebelum2 ni mmg ada nmpk kapal ni..
Tak sangka pulak dah jadi muzium..
Kalep lak dia mmg excited kalau bab2 tentera ni..


Kalau pergi Lumut..
Boleh ler singgah..
Tapi bukan free..
Kena bayar..
Dewasa = RM12
Kanak-kanak = RM7

Kapal ni letak kat Taman Esplanade Lumut..


KD Rahmat ni bukan nama asal kapal ni..
Asalnya namanya KD Hang Jebat..
Ini kapal perang pertama yang ada sistem anti udara.
Ditauliahkan pada 1972.. dan dilucutkan pada 2004..
Kemudian kapal ini diserahkan kepada kerajaan negeri..
Oleh kerana kos pembaikkan nyer mahal..
Maka kapal ini diswastakan..
Dan dijadikan produk pelancongan...



Ceritanya kapal ni tukar nama sebab tak rasi..
Masa pakai nama Hang Jebat asyik rosak.. bermasalah..
Bila tukar nama Rahmat..
Baru ler kurang rosaknya..



Untuk yang berminat nak rasa pengalaman tido dalam kapal perang..
Boleh juga menginap kat sini..
Harganya 1 orang = rm50.00..
Tempat tido nyer.. cam kat gambar di atas..
Toilet ada.. tapi kat ruangan lain..

Bantal selimut pun ada..
Tapi bukan cam standard hotel..
Cam bantal2 selimut rumah mak aku je..
Pelbagai kaler sarung..
Pelbagai material selimut..

Tak tau ler kot2 penjaga kapal tu yang punya dah tido situ..
Sebab dalam banyak2 bilik..
Bilik ni je ada penghawa dingin..



Walaupun namanya muzium..
Tak banyak sangat info-info yang boleh didapati dalam kapal ni..
Mengekalkan 90% barang2 asal..

Bukan lawatan sambil belajar dalam ni..
Tapi lebih menjurus kepada merasai pengalaman sebenar..

Aku agak rasa sesak nafas dalam ni..
Sempit.. gelap.. berlorong-lorong..

Baru terasa betapa gagahnya tentera2 yang mengharungi kehidupan dalam kapal ni berbulan-bulan lamanya..



Feeling model pulak minah kenit ni..
Layan... :))


Ni dia memang nangis...
Panjat ke atas kemain pandai lagi..
Nak turun takut pulak..


Kalau kuar dari corong tu..
Terus sampai ke tempat meriam..


Mungkin pihak yang menyelenggara kapal ni..
Perlu lebih kreatif memikirkan tambahan2 yang menjadikan kapal ini lebih menarik..

Paling aku nak sekali..
Tolong laa tukar jambatan untuk pergi ke kapal ni..
MAK SERAM GILE!!!!
Meniti kayu kayan smpi ke tengah laut...



Apa pun.. tak rugi melawat kapal ni..
Kalau ada anak yang minat nak jadi askar...
Cam Khaleef...
Jangan laa lepas peluang..

:)
.
.
.

Wednesday, September 17, 2014

The Orient Star Resort Lumut


Lama dah pergi ni..
Awal bulan.. MIJ ada hi tea kat sini..
Memula cam malas nak ikut..
Bila google.. cantik pulak tempatnya..
Yang penting ada pool..
So, memejam mata dan membooking bilik kat hotel ni..
Mahal juga.. paling murah pun 1 malam rm230.00...
Nak-nak pulak ambik malam minggu..


Tapi ok juga laa..
Selesa.. bilik besar..
Siap ada balkoni..

Ada satu hotel yang aku sewa masa kat Melaka..
Harga paras ni juga..
Tapi sempit yang amat..



Pool dia mmg best..
Tapi kesian untuk budak2 macam Kalep..
Utk kolam kanak-kanak.. terlalu jangkat untuk dia..
Paras pinggang Hasya..

Pool untuk dewasa pulak..
Terlalu dalam untuk dia..
1.4 meter..
Tak jejak lantai kolam pun dia..
Tapi dia tak takut pun..
Selamba je bergaing2 kat pinggir kolam tu..
Aku pulak seram.. takut terlepas ke hape..


Tapi Kalep ni dah boleh berenang sikit-sikit..
Cumanya kadang2 bila dia panik..
Dia menggelupur dalam air..
Kalau kita tak kacau dia.. elok je dia berenang..
Dalam 3-4 meter.. dia boleh dah..




Ni budak paling suka..
Paling susah nak suruh keluar kolam..
Ada je alasan dia..
Last2 cakap kat dia..
Jap lagi polis datang nak tutup kolam..
Baru dia keluar..


Yang lepas tali tengah tu..
Lagi dalam..
1.8 meter..




Sarapan kat hotel ni..
Biasa2 je..
Tak banyak pilihan pun..
Tak padan harga..

Lokasi hotel ni dekat dengan Pekan Lumut..
Kalau gigih..
Boleh je jalan kaki ke pekan.. ke water front tu..
Ada basikal juga untuk disewa..
Tu pun kalau gigih laaa :)
.
.
.

Tuesday, September 16, 2014

You Are All Surrounded

Sebenarnya drama ni dah lama siap..
Tapi sebab aku nak review selepas aku tengok..
Jadi lambat laaa sket...


2-2 hero class A...
Lee Sung Gi.. huhuuhuu..
Dia ni tak makan tua betulkan...
Wpun dia mmg muda lagi..
Tapi dalam drama ni dia nmpk sgt muda dari umur dia..
Ni baru betul namanya baby-faced :)

Drama ni genre kepolisian..
Ada comedy gak sket-sket..
Tapi ada satu watak ni..
Memang sangat menyakitkan hati..



Hero ni jadi polis bukan pasal itu cita-cita dia..
Dia jadi polis sebab nak cari..
Kisah sebenar disebalik pembunuhan mak dia..

Mak dia seorang nurse sekolah..
Satu hari dia ternampak satu kes jenayah.
Seseorang telah membunuh pelajar sekolah..
Dan dia satu-satunya saksi kes tersebut..

Tapi sebenarnya pembunuhan mak dia tu..
Takde kena-mengena pun pasal dia jadi saksi..
Ada hal lain disebalik pembunuhan itu..


Mula-mula dia sangka ketua pasukan dia ni yang bersubahat dalam pembunuhan mak dia..
Tapi bila disiasat-siasat.. bukan dia..
Ada satu lagi misteri tentang siapa yg guna nama yg sama dengan ketua dia..

Ketua Pasukan ni pula adalah polis yg bertanggungjawab dalam kes yg mana mak dia kena jadi saksi..
Namun, dia gagal untuk melindungi mak hero dari dibunuh..
Hero pulak hilang sejak dari hari mak dia mati..
Dan akhirnya dia muncul dengan identiti baru..



Heroin mmg ada sorang je dalam drama ni..
Dia dengan hero berasal dari daerah yang sama..
Masa sekolah-sekolah.. depa dua  ni selalu bergaduh..
Sampai laa hari mak hero mati..
Lepas tu dia tak pernah nampak hero lagi..

Bila dia masuk dalam pasukan polis..
Dia cam terasa-rasa cam kenal hero..
Cumanya nama lain..

Ikutkan awal2 depa ni saling tak suka pun..
Tak sangka pulak..
Tiba-tiba hero suka pada heroin..
Aku igtkan heroin yang suka dulu...

Tapi.. drama ni takde laa banyak sangat pasal depa ni..
Wpun gitu tetap sweet and cute :)


Ni watak jahat yang sangat menyakitkan hati..
Nak tau apa kelaku buruk dia..
Kena ler menonton drama ni..

Tapi bukan dia paling jahat..
Ada yang lagi jahat...


Aku memang suka kalau drama-drama penyiasatan ni..
Sebabnya setiap episod akan ada jalan citer yang lain..
Dah episod akhir-akhir..
Baru laa betul2 menumpu pada kes mak hero sahaja..

Oleh itu..
Sapa mahu.. sila la order ;)




Tuesday, September 9, 2014

Busy Bee...



Minggu depan meeting bersama SUB..
Lama dah tau.. dari bulan Jun..
Tapi masa tu rasa cam lama lagi..
Minggu lepas pun aku masih rasa cam lama lagi..

Minggu ni baru terasa kehangatannya..
Serabut perut wei!!

Dah ler.. minggu lepas dah ada Zon lain yang meeting..
Cam2 cerita laa kami dengar..
Lagi tambah rama-rama dalam perut ler..



Sian anak buah aku wei..
Cam2 benda aku gesa depa..
Yelah..
Aku kan mak buah..
Kalau anak buah tak provide data..
Camne aku nak teruskan keje aku pulak..

Pasalnya keje PID ni lain sket..
Anak buah tak duduk sama dengan mak buah..
Jadi apa2 hal mmg kena emel..
Arahan kena buh kat facebook untuk fast response..

Harap2 anak buah aku tak geram laa dengan aku..

Arahan pun asyik bertukar-tukar..
Kejap gini.. Kejap gitu..
Harap depa faham ler..



Korang sumer tau dak..
Makcik Rehan yang tersohor tu..
Dulu adalah anak buah aku jugak...

Can not imejin..
Bagaimanakah dia carutkan aku kalau kala ini dia masih bersama PID :))

Apa-apa pun...
Buat semua anak-anak buah aku walau di mana berada..
Mak buah pun adalah...

SAYA YANG MENURUT PERINTAH!!
.
.
.

Tuesday, September 2, 2014

STORKSAK OLIVIA DIAPER BAG - SOLD OUT


Untuk mama.. mami.. ibu.. emak yang suka stylo mylo...
Diaper bag STORKSAK ni memang pilihan terbaik..

Beg ni baru dibeli lebih kurang sebulan..
Sudah dipakai kurang dari 3 kali..
Masih berbau kedai lagi..
Original Tag juga masih ada...

Ownernya nak jual kerana dia telah tergoda dengan diaper bag yg lain..
Yang lebih mahal semestinya..
Maka.. dia mahu jual ini bag untuk memodalkan dia beli bag lain :)



Ini harga sebenar dia beli sebulan yang lalu..
Dengan seller yang sama..
RM539.00





Cantikkan...
Aku ni pasal takde angan-angan nak baby..
Kalau tak.. aku dah beli utk diri sendiri..

Dia nak tolak murah je wei!!!





Kat oversea...
Storksak ni mmg terkenal..
Selalu diguna oleh artis2 gred A..
Antara penggemar bag jenama ni ialah Angelina Jolie..



Untuk yang berkenan...
Boleh PM atau whatapps aku utk maklumat lanjut..

Harga nak jual..
RM270 termasuk Pos Laju..
.
.
.

Monday, September 1, 2014

Restoran Sukho Thai Bukit Beruntung

Ini merupakan kunjungan kedua ke SukhoThai..
Kali pertama lunch..
Takde apa yang menarik..
Cam restoran masak kampung biasa...
Ada nasi campur..
Aku tak makan pun time tu..
Minum je..


Kali ni datang malam pulak..
Sukho Thai ni.. malam baru ada masakan panas..
Orang boleh tahan ramai..
Aku pilih restoran ni sebab paling utama..
Bersih dan selesa...

Mula tu igt nak makan kat food court Tesco..
Sekali tgk..
Punya laaaaa KOTOR!!!!!!

Hilang selera aku nak makan..
Hatta Kalep minta nak beli air pun aku tak bagi..


Lupa pulak nak snap gambar menu..
Harga dalam kategori mampu bayar..
Jauh lebih murah dari makan kat Easy Cafe :)

Untuk malam ni..
Sebab kami datang sekeluarga..
Ada 2 dewasa.. 3 kanak-kanak..
Maka, lebih jimat jika ambik hidangan pakej..

Ni Pakej A

Ayam goreng kunyit
Tomyam
Siakap 3 Rasa
Telur dadar udang
Sayur Kailan
Nasi 4 pinggan

RM65.00

Air order asing = RM4.80

= RM69.80

Rasa boleh tahan..
Waktu menunggu juga boleh diterima akal..
Anak-anak pun selesa dalam tu..
Meja besar.. kerusi selesa..
Nyaman.. TV ada depan belakang..

Secara keseluruhannya..

BAIK

dan akan berkunjung lagi dilain masa :)
.
.
.