Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Monday, August 2, 2021

Mukolip Budak Hostel

 

Kalep tingkatan 1 tahun 2019
Tetiba dia kata nak duduk hostel
Mula tu mami tak ambik serius sangat sebab Kalep ni manja budaknya
Mungkin dia saja-saja je kot

Bila permohononan asrama keluar, beria-ia pulak dia nak isi
Isi jelah

Lepas result UPSR keluar
Takde laa mami menaruh harapan tinggi sangat disebabkan ada satu D

Rezeki dia, dapat pulak masuk Yayasan Selangor
Sekolah dan asrama di KKB
Dekat je pun...


Rupanya dia okay-okay je duduk hostel
Sekali tak pernah kata nak keluar

Yang teruknya.. EMAK DIA 😆

Sepanjang 2019.. SEPANJANG ye
Bukan kaleng-kaleng
Mami datang tengok dia kat hostel selang sehari pada hari persekolahan
Dan Sabtu Ahad mmg dipenuhi dengan aktiviti jumpa dia pagi petang tanpa gagal
Memang takde kehidupan lain selain dari pi tengok anak

Tak dapat jumpa...
Dapat tengok dia lalu kat tepi gate asrama pun jadi laa

Sampaikan, masa taklimat kemasukkan asrama.. 
Pengetua sekolah dia petik hal menebeng bucu gate asrama intai anak
SETAHUN OKAY!!

Mami mula tu pelik juga, mana Pengetua tahu ni
Sebab biasanya cakap dr dalam kereta
Kalep pulak dalam gate

Rupanya pengetua ada dalam friendlist Facebook mami
Agaknya dia terbaca la tu kot 😅



Dari tembam sampai kurus kering anak aku
Tapi dia happy
So mami pun pura-pura happy laa
Walaupun tiap2 minggu tanya dia "Ko nak tak keluar hostel?"


Sekali...
Bila Covid19 menyerang dunia
Dari Mac 2020 sampai la sekarang ada je dia kat rumah 
Rasa meluat pulak tak sabar nak tunggu hostel & sekolah buka semula

Bukan menyampah sebab dia ada rumah tuh
Sebab dia tak study..
Takat buat2 kerja sekolah je
Selain dari tu makan, tido, main game

Semoga tahun 2022 boleh dah sekolah cam biasa
Hilang begitu je form 2 dan form 3
.
.
.





Saturday, July 31, 2021

Khairin Nur Eshaal

Throwback ye
Memandangkan lama dah blog ni tidak ditulis

Khairin Nur Eshaal
Anak last Kak Zel
Lepas yang ni tiada lagi forever
Sebab Kak Zel memutuskan untuk menjalani BTL kerana komplikasi darah tinggi dan kencing manis

Lahir pada 21/11/2017 jam 12.00 tgh hari di Hospital Sungai Buloh
1st time Kak Zel bersalin di hospital kerajaan tapi guna skim FPP
Next entry la cerita FPP tu apa
Ceaser juga tetapi elektif
Maksud elektif tu Kak Zel yang pilih sendiri nak bersalin ceaser
Mudah... tak payah letih2 nak cuba-cuba normal 😅

Pregnant dia ni seganda lebih letih dari Hasya
Sebabnya pregnant2 je terus detect darah tinggi dan GDM
Kak Zel start check up seminggu sekali seawal 5 bulan
Lagi dahsyat bila kena buat BSP sehari 3 kali
Hari-hari pulak tuh..

Check up 2 hospital
Hospital Selayang dan Hospital Sungai Buloh sampai bersalin

Nasib laa lahir-lahir comel :D
Hehehe semua mami rasa baby dia paling comel

Sekarang umur dia dah 3 tahun 8 bulan
Nanti laa Kak Zel letak memory Eshaal ni sikit demi sikit dalam blog ni 
Kesian dia.. 
Abang Kakak banyak entry dalam ni
Dia pulak takde sebab tiba-tiba start pregnant je mami jadi malas buat entry
.
.
.

Friday, July 30, 2021

Khaleef :: Hasya :: Eshaal

 


2021

Anak Kak Zel dah ada 3 orang

Last berblog dulu, 2 orang

Khaleef dah 15 tahun
Hasya 10 tahun
Eshaal, tahun ni 4 tahun

Kak Zel sudah tidak bekerja lagi
Sekarang ni full time bisnes di Shopee
Dah full time stay at home mom

2020-2021 - COVID 19

Semua dah tau kisahkan

Nak mulakan balik blog ni supaya beraktiviti sikit hidup Kak Zel ni

.

.

.

Sunday, August 9, 2020

My Secret Romance


Genre romantic comedy
Banyak kali ulang dah drama ni
Gila suka dengan hero :)


Ni hero...
Dia anak orang kaya
Keje sebagai CEO

Pernah one night stand dengan heroin satu masa dulu
Lepas tu heroin hilang
Cari tak jumpa


Ni heroin
Dia ni ada masalah dalaman sikit
Sebab mak dia bekas pelakon filem porno
Jadi self esteem dia rendah




Satu hari, depa jumpa balik
Heroin jadi pekerja di syarikat hero
Heroin asal-asal tu pura-pura buat tak kenal


Jalan citer drama ni biasa je sebenarnya
Kisah anak orang kaya jatuh cinta dengan anak orang miskin
Lepas tu family hero tak berapa suka dengan heroin
Tapi takde laaa berat sangat tentangannya

Pasal biasa-biasa tu laaa drama ni jadi ringan
Dan sesuai di ulang tengok banyak-banyak kali
Macam My Girl dengan Lovely Kim Sam Soon

Ada satu drama berat akak tengah tengok skang ni
Seram dan stress :)
.
.
.