Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Monday, December 8, 2014

Anakanda Muhammad Khaleef Aisy dah masuk jawi....

Lega.. tapi mami tak habis trauma lagi..
Mami tak pernah tengok Kalep dalam kesakitan sangat...
Paling2 pun dia kena ambik darah..
Kena injection & masuk line drip..

Dia juga jarang jatuh dari kecik..
Banding Hasya..
Lutut dia bersih takde parut..
Hasya lagi banyak luka & parut..


Ikut hati mami..
Nak lambatkan lagi..
Mungkin time dia darjah 4 atau darjah 5...

Tapi dia sndr yang minta nak sunat tahun ni..
Cam excited sangat nak bersunat...
So, aku ikutkan jelah..

Mula2 pilih nak wat teknik clamping..
Tapi tetiba neneknya ubah fikiran..
Dia nak guna teknik laser..
So, aku ikutkan lagi..


Neneknya pilih nak wat laser kat PMC Sg Buloh..
Kami sekeluarga dah biasa kat situ..
Dari zaman aku pregnant Hasya.. beranak..
Warded pasal appendiks.. pastu anak buah aku..
2 orang dilahirkan kat PMC..

Yang buat sunat ni bukan doktor PMC..
Tapi MA dari Hospital Sg Buloh..
Walaupun depa hanya MA.. Muda lak tu..
Tapi.. percaya ler..
Depa berdua itu sangat cekap dan berpengalaman..


Malam pergi tu dia biasa je..
Seronok.. melasak..
Tetiba dah masuk bilik nak sunat tu..
Perkataan pertama dia sebut..

"KALEP DAH RASA NAK LARI!!!"

Sebabnya dia dah nampak alat2..
Ngn pisau laser..
Injection..


Bila MA tu check nonot dia je..
Dia terus cakap..
Kote anak ibu ni BUTA!!

Argh sudah!!

Aku memang tak tahu buta tu apa..
Tak pernah wat research pun..
Pastu aku lak takde adik beradik lelaki..
So, kurang arif..

Kata depa boleh sunat..
Tapi ada minor operation nak buang bahagian buta tersebut..

Sebelum tu.. depa bersihkan dulu hujung nonot..
Masa ni belum bius lagi..
Memang meraung ler Kalep..
Ada ketulan2 kecik depa keluarkan..

Masa ni dia dah jerit tak mau sunat..
Dia ni dah laa jenis banyak mulut..
Cam2 benda laa dibebelkan sambil menangis...



Lepas dah bersihkan kepala nonot tu..
Tiba lak masa nak inject bius..
Ni bukan inject satu tempat tau..
Banyak tempat keliling nonot..
Dekat nonot..

Kali ni dia menjerit lagi kuat..
Nenek ngn wan yg tgu kat luar tu..
Boleh dengar dia jerit..
Dah ler ada 3-4 orang yg giliran selepas dia tgh tgu kat tempat yg sama..
Nenek citer.. pucat lesi bebudak lain tu..

Then, tiba ler masa membuang kulup buta berkenaan..
Time ni dia dah tak jerit..
Pasal ubat bius dah jalan..

Tapi mami pulak rasa kembang kempis tengkuk..
Loya menengok nonot Kalep..
Lepas dah buang buta tu..
Baru laa tiba masa nak sunat..

Time ni ler pisau laser digunakan..
Zasss... sekejap betul..
Aku tengok sekilas je..

Kalep senyap je time ni..
Pastu MA pun jahit ler nonot Kalep ni..



Masa ni tunggu Papa ambik kereta..
Dia okay je time ni..
Tapi bila dah ada dalam kereta..
Dia start meratib sakit..

Bukan slow tau...
Kejap menjerit..
Kejap meraung..

Nenek dok baca ayat2 quran bagi dia cool..

Aku lak rasa nak ketawa pun ada..
Cam2 benda disebutnya..
Tak makan pujuk lak tu :))

Apa pun..
Memang lega dah selamat..
Nasib baik laa anak lelaki aku sorang..
Kalau ada lagi 2-3 orang..
Memang taubat ler aku nak masuk bilik bersunat tu..

Tak tahan tengok anak menjerit sakit..
.
.
.

No comments: