Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Tuesday, July 2, 2013

Jang Ok Jung


Drama ni BEST!!!!!!
Hero ngn heroin semua yang hebat-hebat..
Malangnya.. Kim Tae Hee terlalu tua untuk dipasangkan dengan Yoo Ah In
Tak kisah laa.. janji jalan cerita drama best..

Drama ni dari zaman Joseon..
Yoo Ah In (HERO) mmg sesuai sgt berlakon drama lamakan..
Kalau dia berlakon drama moden cam Fashion King tu..
Rasa tak sepadan..


Drama ni berkisar tentang heroin..
Anak seorang hamba..
Kemudiannya jadi maid di istana..
Pastu jadi gundik raja..
Akhirnya berjaya jadi permaisuri..

Dia ni asal2 nya cam fashion designer kat zaman tu..
Semua hasil tangan dia menjadi pilihan orang2 kenamaan..
Siap ada butik lagi..
Tapi.. dia dianiaya oleh majikan mak dia..

Liku-liku perjalanan hidup dia tulah menjadi intipati drama ni..

Sedih tengok dia bermati-matian nak bebaskan mak dia dr jadi hamba abdi..
Lepas tu bonda raja pulak mmg benci sangat2 dengan dia..
Sejak zaman dia jadi maid lagi org tu dah benci..
Cam2 seksaan laa dia dapat..

Bila dah jadi gundik..
Permaisuri sedia ada pun benci dengan dia..
Pastu kena pulak dia mengandungkan anak raja..
Sampaikan satu hari mak raja paksa dia minum ubat utk gugurkan anak..


Lee Soon (Hero) ni pulak..
Nama je raja..
Tapi raja yang takde power..
Semua benda ditentukan oleh pembesar dan mak dia..


Mak dia dah rancang dengan satu menteri ni...
Nak jadikan anak menteri tu menantu dia..
Malangnya time pemilihan..
Raja pilih orang lain..
Dia pilih Cik Puan kepada heroin..
Time tu heroin keje sebagai maid pada Cik Puan tu..
Bengang laa mak raja sbb plan dia tak menjadi..

Yang heroin ni masuk juga istana..
Mengikut Cik Puan dia yang dah jadi permaisuri..
Malangnya Cik Puan dia mati sebab jangkitan chicken pox..

Lepas tu.. terpaksa juga raja kahwin dengan pilihan mak dia..
Tapi dia jadikan heroin gundik..


Bila dia dapat anak..
Anaknya dirampas dengan alasan dia tak layak jadi emak anak tu..
Sebab latar belakang hidup dia yg kelam..

Namun,

Permaisuri kedua tu pun mati jugak..

Akhirnya.. dia berjaya jadi permaisuri..

Tapi lepas dia jadi permaisuri tu..
Hidup dia tak tenang pun..
Semua orang disekeliling dia nak menjatuhkan dia..

Sampailah akhirnya dia difitnah membunuh permaisuri kedua menggunakan ilmu hitam..
Time ni.. raja pun tak boleh nak tolong dia..


.
.
.
.

1 comment:

Adelina said...

sedihnya....apatah daya, sejarah memang dia mati kena racun....at least aku dah tau ending. sediakan tisu. fighting!