Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Monday, February 15, 2016

Makan Best @ Tanjong Malim... (ikut tekak kak rapunZeL

Majalah 3 malam semalam memang ditunggu-tunggu..
Sebab citer pasal Tg Malim kan..
Lagi satu tunggu pak mentua aku keluar TV..
Ada gak terselit malam tadi.. :)

Syurga makanan?

Takde laaa syurga sangat..
Tapi apa nak makan.. kat Tg Malim ni ada belaka..

Selain dari tempat-tempat yang ditunjuk dalam Majalah 3 malam tadi..
(Nanti aku review kemudian)
Ada lagi tempat2 makan sedap kat Tg Malim ni


1- Kantin Stesen Keretapi Lama Tanjong Malim


Ni la stesen keretapi lama..
Nasib baik kat Tg Malim ni..
Walaupun ada stesen keretapi baru..
Yang lama tidak dirobohkan..

Kat kantin ni yang terkenal..
Nasi lemak..
Sesuai untuk yang suka sambal pedas..
Selain itu.. Nasi Kerabu pun sedap..
Sebab akak yang masak ni memang asal Kelantan

Kalau nak feeling nostalgia..
Order air kopi panas..
Serve dalam cawan lama cam kat kopitiam tu..

Selain tu... kantin ni ada Donut gebu lembut pagi sampai malam..

2- Kedai Mamak Seri Melur


Ni letaknya kat Pekan Tanjong Malim...
Jalan Bunga Raya..

Kedai ni cam kedai mamak biasa..
Tapi Mee Goreng Basah memang terbaik!!!
Nak-nak kalau tambah ayam goreng..


3- Kedai Karim

Kedai ni pulak duduk betul-betul depan UPSI..
Ni pun salah satu kedai lama juga..
Tapi kedai ni buka untuk sarapan sahaja..
Dulu2 ada buka sampai petang..
Skang smpi tgh hari sahaja..

Apa yang best?!!

Makanan biasa-biasa sahaja..
Pagi ada nasi lemak lauk rendang ayam.. sambal kerang..
Roti canai..

Yang best apa tau...

AIR!!

Kedai ni punya air memang sedap!!
Paling aku suka Nescafe Ais..
Cukup serba serbi..
Nescafe.. susu.. air.. ais..
Memang ngam!!!


4- Cendol A.Rahim


Gerai ni letaknya betul2 sebelah KFC Pekan Tanjong Malim
Paling sedap tentu laa cendol..
Aku selalu order Cendol Pulut Lebih..
Memang best minum time cuaca panas..

Selain dari cendol..
Ada juga jual makanan lain seperti mee goreng & rojak..
Tapi aku tak pernah cuba selain cendol :)


5- Easy Cafe & E-Place


Easy Cafe ni letaknya depan Petronas Tanjong Malim..
Sederet dengan Bank Rakyat..
Ni jalan utama Tanjong Malim ke Ipoh

Easy Cafe ni menunya banyak..
Tapi aku lebih suka layan western kat sini..
Paling sedap..
Easy Cafe Chicken Chop..
Pasta-pasta kat sini pun best..

Cumanya harga laa mahal sket..
Sekali duduk aku anak beranak..
Confirm dengan seratus..
Sekali sekala boleh la :)


E-Place ni pulak.. sederet je dengan Easy Cafe..
Selang lorong...

Sama tokei easy cafe & e place ni..
Ada satu lagi cafe depa..
Kat Pekan sebelah Pustaka San Min..

Kalau anda tekak melayu..
Nak nasi goreng.. bihun goreng.. nasi putih berlauk..
Sini laaa pergi..

Menu e-place ni gabungan melayu-cina-barat

Cth minta nasi goreng

Situ ada nasi goreng cina + ayam chicken chop + salad + black pepper gravy..
Memang kenyang!!

Harga setimpal dengan makananan


6- Roti Bakar Teloq Meleleh


Gerai ni baru lagi buka..
Last year tak salah aku..
Selain dari roti bakar meleleh ni..
Ada juga hidangan nasi banjir..
Tapi aku tak pernah try..
Roti bakaq je selalu dok beli..

Lokasi gerai..
Dekat Kg Kubu yang masuk Majalah 3 malam tadi..
Sebelah tapak bank rakyat lama..
Dekat juga dengan Agro Bank Tanjong Malim..

Roti Bakaq Teloq Meleleh ni..
Nak makan dia.. kena makan situ juga..
Kalau bawak balik rumah dah tak bape sedap..

Yang sedap.. masa telur & roti tu masih panas..


7- Faizal Teloi Char Kuey Teow


Yang ni lokasinya dekat dengan rumah aku..
Kota Malim Prima Tanjong Malim..

Kedai ni memang jual Char Kuey Teow semata..
Bukan pukul 5.00 petang.. Sampai malam..

Chay kuey teow nyer memang sedap terbaik..

Aku ni hari2 balik keje menahan perasaan je..
Supaya jangan singgah hari2 makan kuey teow..

Ada satu lagi kedai yg sedap gak..
Dok Kat Kg Simpang Empat, Tanjong Malim..
Lepas traffic light simpang empat tu..
Tengok kiri nnt ada papan tanda masuk ke dalam..
Sedap juga!!


Ni kategori makanan biasa-biasa...
Next time..
Aku review pulak makanan best kat pasar malam Tg Malim..
Pastu kedai2 hipster yang tengah tumbuh bagai cendawan...
Tetiba..
Cam betul pulak ayat Majalah 3 malam tadi..

Tanjong Malim Syurga Makanan..
Memang banyak woi kedai makan..
Yang aku review ni cam 1/8 dari keleluruhan kedai yang ada..
Nanti aku review 1-1 ek..
.
.
.
.

No comments: