Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Wednesday, February 15, 2023

Little Women



2 hari marathon drama ni
Drama berat sederhana
Dah terhadap... tengok jelah sampai habis


Pelakon utama drama ni 3 beradik yang hidup dalam kemiskinan
Miskin sebab bapak depa banyak hutang Ah Long
Mak pulak tak boleh diharap

Kakak sulung kerja di sebuah syarikat
Kakak kedua seorang wartawan
Yang last pulak masih belajar lagi


Depa ni sebagai kakak sebolehnya nak bagi semua kat adik depa
Bagi adik depa tak rasa rendah diri dengan kawan-kawan
Malangnya mak depa ni jenis mementingkan diri sendiri
Sikit pun tak rasa bersalah pada anak-anak
Lagi menyusahkan adalah


Kisah berat drama ni bermula bila kakak sulung  ni berkawan baik dengan seseorang dalam syarikat dia bekerja
Lepas tu kawan dia ni dijumpai bunuh diri
Dan tinggalkan dia 7 billion won
Duit yang dia tinggalkan ni bukan menyenangkan
Menyusahkan lagi ada laa
Sebab duit ni adalah sekelumit dari total 72 billion won yang kawan dia curi dari penggelapan wang haram syarikat depa ni bekerja

Tapi dah nama pun duit
Sapa je tak sukakan
Adalah dia guna sikit2 untuk diri sendiri
Mengenangkan masa dia miskin apa pun tak dapat buat



Adik bongsu ni pulak tersangkut dengan keluarga kaya ni
Dia ni tak tau la apa pendirian dia
Sampai sanggup tinggal dengan keluarga kaya tapi pelik ni

Sebenarnya duit 72 billion tu adalah kepunyaan keluarga ni
Nampak cam bapak dia mendominasi semua kejahatan
Tapi sebenarnya ada orang lain



Kakak kedua ni paling berprinsip sekali
Walaupun keluarga depa nak sangat duit tu
Tapi dia tak setuju kakak dia ambik duit tu
Siasat punya siasat pasal duit ni mana datang
Banyaklah kes-kes jenayah lama ikut terbongkar
Dalam-dalam tu ada juga kes2 kematian tejadi lagi



Mula tgk ada Joo Dan Tae (Penthouse)
Dah boleh agak mesti watak gelap juga ni
Ala-ala dalam Penthouse juga
Cumanya yang paling jahat dalam drama ni bukan dia

Dalam drama ni walaupun dia jahat
Tapi dia paling senang sekali mati watak
Terjun bangunan dan settle



Ni bini dia
Macam ada masalah otak sikit dia ni


Ni lebih kurang watak hero
Tapi takde laaa hero sangat
Mula2 aku ingat kakak sulung tu akan bercinta sakan dengan hero ni
Rupanya sipi-sipi je
Takde laa watak cintan cintun sangat dalam drama ni
Adalah sikit-sikit nanti

Drama ni macam 70% tak logik
Pengakhiran happy tak happy je gitu
.
.
.

 

No comments: