Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Tuesday, May 17, 2016

Menyusuri Banda Acheh Last - Fakta Menarik Berkenaan Acheh

Ini aku dapat dari tourist guide kami..
Dia memang the best..
Rajin bercerita dan ramah..



1- Acheh tiada panggung wayang. Kalau nak tengok wayang, mereka perlu ke Medan yang mengambil masa 15 jam perjalanan dengan kereta atau bas.

2- IC mereka adalah berbeza-beza mengikut provinsi. Tak sama cam Malaysia mana2 negeri pun IC serupa.

3- Di bangunan Parlimen Acheh, terdapat 2 tiang bendera. Satu diletakkan bendera Indonesia dan satu lagi kosong. Dulukan Acheh pernah menuntut kemerdekaan daripada kerajaan Indonesia. Itulah fungsi satu lagi tiang bendera tersebut.

4- Masjid di Acheh terlalu banyak. Sampaikan ada kampung mempunyai lebih daripada 1 masjid. So, jangan hairan kalau masjid tak penuh. Sebabnya mereka ada banyak pilihan masjid paling hampir dengan rumah.

5- Di Acheh ada Wilayatul Hisbah. Badan yang menjalankan Amal Maaruf Nahi Mungkar dan melaksanakan hukum hudud. Pada hari-hari tertentu hukuman-hukuman seperti sebat akan dijalankan secara terbuka. Nama pesalah akan disiarkan di dalam surat khabar. Penduduk boleh datang melihat. Sebat ini tidaklah macam sebat kat penjara Malaysia tu.. Lebih kepada memberi pengajaran kepada pesalah. Sure serik.. dijalankan di tempat awam, siap nama masuk paper.

6- Selain masjid, di Acheh juga banyak warung kopi. Kopi Acheh juga sangat sedap.

7- Bayaran lesen memandu adalah kepada pemerintah Acheh. Oleh itu kalau ada kenderaan daripada daerah lain terutama lori yang membuat rosak pada jalan, mereka akan dikecam :). Siap ada banner kat tepi jalan mengutuk pemandu-pemandu daerah lain yang memandu secara tidak sopan di Acheh.

8- Tidak banyak kilang di Acheh. Satu kilang yang terbesar di Acheh ialah kilang simen Lafarge.

9- Dahulunya, daun daripada pokok ganja digunakan sebagai penyedap makanan di Acheh. Boleh kata setiap rumah menanam pokok ganja ini untuk tujuan masakan. Tapi sekarang ia sudah difatwakan haram.

10- Kebanyakkan kedai makan menyediakan tandas. Tapi yang peliknya, tandas mesti di tingkat atas. Kecuali kalau kedai setingkat. Kalau dua tingkat, confirm kat atas.


.
.
.

Menyusuri Banda Acheh Part 13 - Pantai Ulee Lheue