Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Wednesday, August 18, 2021

My Forever Sunshine / Trab Fah Mee Tawan

Sejak menceburkan diri dalam bidang surirumahtangga sepenuh masa ni, Kak Zel memulakan semula hobi lama menonton drama bersiri.

Tidak lagi terhad kepada drama Korea & Melayu
Kak Zel dah mula layan drama China dan Thai Lakorn

Ikutkan My Forever Sunshine ni bukanlah lakorn pertama yang Kak Zel tengok
Dah 5-6 drama juga habis tengok
Tapi yang ni Kak Zel paling suka sekali
So, review yang ni duluHero dengan heroin
Mark Prin dengan Kao Supassra
Memang ngam depa dua ni dalam drama ni
Tapi, Mark Prin ni letak laa dia dengan sapa heroin pun
Confirm menjadi
Cumanya Kak Zel belum pernah tengok lagi dia berlakon dengan makwe dia, Kim Kimberly tu
Kalau pelakon Thailand, Kak Zel rasa dia ni paling hensem 💓💓💓

 
Drama  ni dia ada 2 bahagian
Mula dari zaman Paeng (heroin) ni masih sekolah 
Dan Artit (hero) masih belajar kat kolej

Family depa ni memang berkawan lama
Paeng ni dari awal memang problem child
Suka bergaduh kat sekolah
Takde kawan
Terlebih manja 

Sampailah ada satu tragedi yang menimpa Paeng di mana kedua-dua mak ngn ayah dia mati
Oleh kerana keluarga Artit ni banyak termakan budi keluarga Paeng, ayah Artit mengambil keputusan untuk jaga Paeng.


Paeng ni suka sangat pada Artit, tapi hero pulak suka pada kawan dia. Awek yang pakai topi tu
Kawan baik Artit pun suka awek yang sama juga
Apa akhirnya cinta 3 segi ni, korang tengoklah sendiri 😀


Paeng ni pulak, dah duduk dengan keluarga Artit makin menjadi-jadi pulak perangai dia
Sampai mak Artit jadi tak suka dia

Artit awal-awal okay je dengan Paeng ni
Tapi bila ayah dia jodohkan dia dengan Paeng, dia menolak
Dan terus jadi tak suka pada Paeng

Paeng pulak perangkap dia
Sampaikan dia accident dan hampir mati

Sebabkan kes tu, ayah Artit terpaksa pindahkan Paeng ke tempat lain
Sampailah dia habis belajar
Lebih kurang 6 tahun kemudian


Lepas 6 tahun, Paeng kembali ke rumah Artit atas desakkan ayah Artit
Jumpa la balik dia dengan Artit
Tapi perangai Paeng dah banyak berubah banding zaman sekolah dia dulu
Malangnya Artit dan mak dia sangat benci pada Paeng

Macam-macamlah Artit dengan mak dia buat supaya Paeng tinggalkan rumah depa
Tapi, sebab Paeng rasa bersalah pada Artit.. dia cekalkan hati je tinggal situ dan buat apa saja yang hero suruh. Kena buli pun dia layankan je atas sebab kes lama dia dulu

Artit ni pulak, dalam dok membuli tu dah tetiba suka pulak pada Paeng
Tapi Paeng dah tak suka pada dia
Mak Artit lagi laa benci Paeng ni tak pernah berkurang
Dia rasa Paeng ni pembawa malang pada anak dia

Giliran Artit pulak la mengorat Paeng 
Dah okay dua-dua, mak Artit pulak tentang habis-habisan
Pasal apa yang mak dia benci sangat tu
Kena laa tengok....
Ada kena mengena dengan kisah silam Paeng dan keluarga dia
Kesudahannya begitu laaaaaa

💖💖💖

.
.
.

No comments: