Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Sunday, August 29, 2021

Setelah 5 bulan terkurung di Tanjong Malim


Kesian budak ni
Lahir hujung tahun 2017
2018.. 2019...
2020 hinggalah sekarang banyak terkurung kat rumah

Tu nasib baik lagi duduk area pekan
Banyak juga la tempat boleh pusing-pusing
Tapi satu yang tak bestnya ialah asyik terkurung dalam gate
Kalau dok kampung.. luas laa sket boleh melangkah


Last pergi jauh masa bertunang sepupu mami kat Ipoh
Awal bulan April
Lepas tu paling jauh dia pergi, ikut mami pos barang kat J&T atau Pos Laju
Itu pun tak boleh turun
Tunggu dalam kereta dengan Abang Kalep



Maka sempena 26hb Ogos, Mami lengkap 2nd dose
Papa pun dah lama completed
Moh ler kita jalan-jalan dalam negeri

Tido hotel tak berani lagi
Takut hantu 😆

Ipoh laa paling afdhol boleh pergi dan balik


Selain tujuan nak makan Nasi Vanggey
Mami ada hal dengan makcik
Singgah la kejap rumah dia


Pusing-pusing Ipoh dulu
Disebabkan semua taman rekreasi masih tutup
Setakat lalu jelah

Pusat membeli-belah.. TAK BERANI

Yang complete dose tu mami & papa je
Eshaal takde perlindungan vaccine

Apa pun puas hati laa dapat keluar sarang jauh sikit

Cuti Merdeka ni kemana hala pulak 😅
.
.
.

 

No comments: