Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Tuesday, February 2, 2016

She Was Pretty


Lagi satu cerita menjadi kegemaran aku..
Genre romantic comedy..
Dan comedy dalam drama ni memang terbaik..
Sampai ke episod hujung-hujung pun masih lawak lagi..

Akhirnya..
Park Seo Joon dapat jadi hero penuh..
Dalam Witch Romance hero juga..
Tapi takde laa sehero cam dalam drama ni..


Barisan pelakon..
Heroin Hwang Jung Eum..
Dia ni berlakon apa pun jadi..
Kalau jadi penyedih tu.. sedih sangat-sangat..
Kalau berlakon lawak.. mmg lawak giler..
Dalam ni dia berlakon hodoh.. MEMANG HODOH!!!
Nama dia dalam drama ni.. Kim Hye Jin (KHJ)

Hero pulak..
Wpun nampak serasi dengan heroin..
Tapi ada cam tak kena..
Rasa cam hero ni muda sangat dari heroin..
Sedangkan dalam drama ni depa sebaya..
Nama hero dalam drama ni, Ji Sung Joon (JSJ)

Yang baju merah tu 2nd heroin..
Kawan baik heroin..
Yang lelaki hujung sekali tu.. Siwon Super Junior..
Jadi 2nd hero.. yang nakkan heroin juga..


Sebenarnya...
Hero dan heroin dah kenal dari kecil..
Masa kecik.. hero gemuk gedempol dan selalu dibuli..
Heroin pulak masa kecik2 lawa..
Dia selalu jadi pelindung hero..
Depa ni ala2 cinta monyet zaman sekolah..
Sampai laa.. satu hari hero pindah ke luar negara..

15 tahun kemudian..
Hero kembali ke Seoul..
Atas urusan kerja..
Namun dia mmg nekad nak cari Kim Hye Jin..


Ini dia Kim Hye Jin.. 15 tahun kemudian..
Dengan rambut kembang dia..
Lagi muka berjeragat...
Dengan gaya kelam-kabut dia..
Bab-bab fesyen memang kelaut dalam..
Lagi pulak dia jobless..

Yang bestnya.. memang menjadi betul dia bawa watak ni..
Memang hodoh walaupun figure2 lawa tu dia ada..


Ini pulak Ji Sung Joon 15 tahun kemudian...
Dia dah tak debab..
Dah hensem banget..
Tak cukup dengan hensem.. lagi berjawatan besar..
Dia chief editor di majalah The Most..
Majalah fesyen yang terkenal di Korea..

Dia dipindahkan ke Seoul untuk naikkan balik sale majalah tersebut..
HQ beri masa 3 bulan..
Jika gagal, majalah The Most tersebut akan ditutup..

Bila dah balik Seoul..
Memang dia cari Kim Hye Jin..
Depa masih berhubungan kat e-mail..
Hye Jin memula tu excited laa nak jumpa sbb dia igtkan hero masih tembam macam dulu..

Sekali bila betul2 jumpa..
Dia terus rasa malu dan menyorok..
Dah tu dia suruh housemate dia gantikan dia dan berlakon sebagai Hye Jin..


Ni housemate & BFF Hye Jin..
Kawan dari sejak sekolah lagi..
Memang bertentangan banding dengan heroin..
Kawan dia dengan lawa.. tinggi.. kurus langsing..
Kira memang ciri-ciri idaman lelaki la..

Asalnya depa berdua ni merancang nak jumpa sekali je..
Mana nak tau.. lepas kali pertama jumpa tu..
Berkali-kali pulak 2nd heroin ni terserempak dengan hero..

Tiba-tiba.. 2nd heroin suka pulak pada hero..
Senyap2 dia buat hubungan dengan hero.. mencaras la pulak..
Yang hero pulak mati2 percaya yang dia ni Kim Hye Jin yg dicari..


Nak jadi cerita..
Heroin dapat kerja di majalah The Most..
Tak dapat nak elak laa berjumpa dengan hero..

Hero pulak benci betul dengan heroin..
Pasalnya dia takde knowledge lansung bab2 majalah fesyen..
Selalu clumsy..
Buat kerja salah..
Memang makan penengking hero je si Kim Hye Jin ni..


2nd hero, officemate heroin..
Dia ni selalu laa tolong heroin bab2 kerja..
Tapi sebenarnya hero ni anak orang kaya..
Cumanya dia lebih selesa jadi orang biasa..
Dia ni lak lama-lama kawan dengan heroin..
Dia pulak suka pada heroin..

Ikutkan..
Sebelum heroin ni berubah jadi lawa..
Hero cam dah tersuka pada dia..
Sebab dia cemburu bila tengok 2nd hero dengan heroin..
Tapi cam dia terikat pulak dengan Kim Hye Jin yang palsu tu..


Satu hari tu..
Akibat salah faham..
Teruk heroin kena marah dengan hero..
Sampai hero pecat dia..
Time tu laa heroin nekad untuk berubah..
Dia luruskan rambut..
Mula pakai make up..
Dan beli baju yang elok-elok..


Akhirnya hero tak dapat tipu diri sendiri..
Dia mmg suka pada heroin..
Dan bukannya Kim Hye Jin palsu yang cantik tu..

Tak lama lepas tu..
Rahsia terbongkar..
Yang Kim Hye Jin selama dia kenal..
Adalah Kim Hye Jin yang palsu..

Juga terbongkar yang BFF heroin..
Suka sangat pada hero..
Membuatkan heroin serba salah nak terima hero..


Selain dari masalah cinta bersegi-segi depa ni..
Hero juga terbeban dengan masalah Majalah The Most..

Bagaimana depa mengatasi semua masalah..
Kena la tengok sendiri drama ni..

Rugi tak tengok..
Memang best..
Hilang stress tengok drama ni..

HAPPY ENDING!!!
.
.
.

3 comments:

Kay said...

Menyampah tengok cerita korea skrg byk sgt comolot2... rasanya drama modern farmers je yg takde adegan comolot2... tapi cite ni mmg best

I want to lose weight said...

Saya lajukan je...

ch@ said...

Modern Farmer mmg terbaik, klakar dr mula sampai habis, Lee Hongki dlm tu mmg klakar. da la comel.

akak, buat la review drama Falling For Innocence/Falling in love with Soon Jung. pastukan-pastukan, kita nak beli dvdnya :) bole tak-bole tak? suka sgt drama ni. kita nak dvdnya 2 set. nak tgk kat tv pepuas. kita da tgk 4 kali... hewhewhew...
apa2hal akak email kita ea, nsahida@gmail.com tq akak. i love u :D

drama she was pretty ni pun best, klakar. hero tu ensem sgt la. heroin tu takyah katalah, dia mmg talented, dlm endless love pun best sgt dia bw watak.