Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Monday, October 19, 2015

Khasiat Air Lemon


Inilah yang Terjadi Pada Tubuh Anda Jika Anda Minum Air Lemon Setiap Pagi.
Lemon ni memang sedia maklum dengan dua khasiatnya yang terulung iaitu
Sebagai antibakteria dan antiviral yang kuat serta sebagai kuasa untuk boost immune system.
Sebagai ‘ubat kurus’ kerana jus limau membantu dalam proses pencernaan dan sebagai ‘pembersih’ hati
Lemon mengandungi asid citric, Calsium, Magnesium, Vitamin C, Bioflavonoids, pectin dan limonene yang meningkatkan tahap imun sistem kita dan melawan sebarang jangkitan.
Jom kita korek apakah rahsia Lemon, si kuning yang menawan ini?
Kebaikan Minum Air Lemon Setiap Pagi
Berikut adalah 12 kebaikan dan faedah Air Lemon kepada kita:
1. Minum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.
2. Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan ‘pembersihan’ yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja.
3. Minum air lemon pada waktu pagi memberi bekalan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita. Ia juga memberi folate dan minerals seperti potassium, kalsium dan magnesium untuk tubuh.
4. Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh bersifat alkali dan membuang asid dalam badan.
5. Air lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau cirit-birit.
6. Minum Air Lemon boleh meningkatkan kesihatan kulit. Kandungan Vitamin C dalam lemon boleh membantu memperbaiki masalah kulit, lemon juga bersifat membersih, antibiotik dan antioksidan yang lebih penting untuk kulit.
7. Limonoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon, kajian mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelak barah.
8. Air Lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam lemak degil.
9. Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat sakit tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum seteguk air lemon dalam beberapa jam.
10. Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan.
11. Terdapat banyak sumber yang mengaitkan faedah dan kelebihan air lemon dalam membakar lemak dan membantu untuk kurus.
12. Air Lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh membantu mengurangkan bau badan.


Lain-Lain Keistimewaan Lemon:
Menghilangkan acne
Lemon mengandungi citric acid yang sangat berkesan dalam merawat acne. Vitamin C yang dijumpai dalam lemon ini adalah sangat penting untuk kulit yang sihat dan bersinar
Caranya:
Dengan menggunakan jari atau cotton ball tu, letakkan sedikit jus lemon ke tempat acne tu dan biarkan semalaman. Bilas pada esok pagi. Mula-mula memang rasa pedih tapi bila dah selalu buat dah tak rasa apa
Campurkan satu bahagian lemon yang telah diperah dengan satu bahagian madu. Letakkan campuran ini dikawasan acne tersebut dan biarkan sekurang-kurangnya setengah jam. Bilas dengan air. Lakukan dua kali sehari (satu awal pagi, satu lagi malam)
Tapi kalau acne ni dah teruk atau ada luka, mintak nasihat dari doctor sebelum memulakan rawatan ye.
Menghilangkan rasa takut dan cemas
Kajian membuktikan lemon balm mempunyai effect menenangkan dan seterusnya boleh menghilangkan keletihan, kelesuan, penat, pening, rasa cemas, takut dan stress.
Lemon oil juga dipercayai dapat meningkatkan konsentrasi dan kepekaan. Sebab tu lah banyak kita jumpa air freshner berbau lemon kan?
Caranya:
Kalau stress, percikkan beberapa titisan lemon balm essential oil atas sapu tangan dan hidu.
Tiada lagi ulser mulut 
Sifat antibacteria dan antiviral lemon dapat mempercepatkan penyembuhan ulser mulut ni
Caranya:
Campurkan lemon yang telah diperah dengan air suam dan kumur dengan solution ni at least 3 kali sehari. Mula-mula memang rasa pedih tapi lama-kelaman nanti dah tak rasa apa
Demam
Selain dari rawatan demam yang pernah saya kongsikan sebelum ini, ada cara lain untuk merawat demam bagi orang dewasa.
Caranya:
Campurkan sebiji perahan lemon dengan secawan air panas yang telah dicampur madu. habiskan pada waktu tu jugak, tak perlu simpan-simpan.
Minum setiap 2jam sehingga demam tiada lagi!
Selesema dan Sakit Tekak
Bila kita selesema ni, lemon sangat membantu sebab ia boleh merawat secara dalaman dengan membekalkan Vitamin C yang diperlukan kepada sel pertahanan badan dan secara luaran melalui sifat antiviralnya untuk membunuh virus pada mucous (kahak/hingus) dalam hidung dan tekak
Caranya:
Campurkan sebiji lemon yang telah diperah dengan air suam dan minum setiap 2jam

Sekiranya sakit tekak, tambahkan 1 sudu kecil garam laut (5ml) ke dalam 1 cawan air suam dan 1 biji perahan lemon. Berkumur sampai ke tekak 3 kali sehari selama 1 minit untuk setiap sesi.
Kalau ada tonsil, berkumur setiap 2 jam sekali selama 30saat dengan sebiji perahan lemon. Dongak sedikit bagi membolehkan sifat antibac dan antiviral lemon ni bertindak pada tekak. Lepas tu telan la jus ni untuk membolehkan sifatnya yang boleh boost immune sistem ni pulak bertindak dalam badan
Merawat kutil dan ketuat (corn and calluses)
Caranya:
Letakkan potongan lemon setebal 5mm pada kutil dan balut dengan kemas.
Biarkan semalaman.
Sapukan kawasan yang dijangkiti dengan lemon essential oil yang pekat dan belum dicairkan juga membantu proses penyembuhan.
Sapu dengan cotton ball atau Q-tip untuk mengelakkan dari terkena kawasan yang tidak dijangkiti.
Merawat Eczema
Lemon Wrap mungkin dapat membantu anda yang terkena jangkitan kulit
Caranya:
Tambahkan 8 titik lemon essential oil kepada 1 cawan (250ml) air suam and 1 sudu besar (15ml) madu. Madu juga mempunyai kesan anti radang dan menguatkan lagi healing power of lemon tadi
Rendamkan kain ke dalam campuran tadi, perah, dan letak kain tu di kawasan jangkitan selama 15 minit, 2 ke 3 kali sehari
Bukan sahaja mengurangkan jangkitan, malah mengurangkan perasaan ingin menggaru.
Merawat Keletihan
Sekiranya kita letih sangat-sangat, especially kepada world traveller.
Caranya:
Cucuk lemon dengan straw dan sedut je. Ini boleh menjadi ubat dan pada masa yang sama sebagai refreshment
Tambahkan lemon pada air minum biasa, ia boleh menjadi antiseptic dan mengelakkan penyakit akibat allergy pada sumber air minum yang berbeza-beza
Lemon oil juga boleh merangsang brain activity. Jadi bila rasa letih, tambahkan 4 titik lemon oil kepada bekas aromatherapy yang telah diisi air
Ataupun minum segelas air lemon selang beberapa jam
Hypertension
Bawang putih, bawang merah dan lemon apabila bergabung boleh melawan hypertension.
Caranya:
Tambahkan 3 crushed bawang putih dan 1 chopped onion kepada 1liter susu rendah lemak ataupon susu soya
Reneh atas api selama 5 minit
Tapiskan dan sejukkan
Tambahkan 3 biji perahan lemon dan minum sepanjang hari
Dan sekiranya ada penghidap kolestrol tinggi, kuasa pectin yang ada dalam lemon boleh merendahkan kolestrol, InsyaAllah
Melegakan sengatan serangga berbisa
Caranya:
Sekiranya penyengat masih ada, amik tweezer dan tarik dia.
Urut di tempat yang terkena gigitan tu dengan 1 atau 2 titis lemon oil, campurkan dengan 1sudu sudu kecil madu
Untuk buat insect repellent, tambahkan 20 titis lemon oil kepada 1 cawan (250ml) air dan spray ke udara. Dah la berbau wangi, siap boleh halau serangga lagi
Ataupon boleh juga rendam cotton ball dalam lemon oil dan letak je dalam bilik
Sekiranya nak buat aktiviti di luar rumah, boleh sapukan kulit yang tak ditutupi baju dengan lemon oil ataupon boleh sapukan dengan 1/2 oz sunflower oil yang telah dicampurkan dengan 10 titisan lemon oil
Menidurkan Insomnia
Kajian menunjukkan lemon balm yang digabungkan dengan beberapa calming herbs seperti chamomile dapat mengurangkan keresahan dan membantu untuk tidur.
Dalam kajian ini 18 orang volunteers menerima 2 single dosage lemon balm extract ( 300mg dan 600mg) selama 7 hari. 600mg dose of lemonbalm meningkatkan mood dan meningkatkan ketenagan dan kepekaan
Menyelamatkan perut
Setiap kali makan, minumlah sebiji lemon yang diperah kedalam air suam.
Asid pada lemon akan merangsang penghasilan asid dalam perut dan aktiviti otot perut
Selamat tinggal Varicose Vein!
Caranya:
Tambah 6 titis lemon oil kepada 50ml wheat germ oil, 2 titis cypress dan 2 titis juniper oil
Gunakan campuran ini setiap hari untuk mengurut kaki dari bawah ke atas, in the direction of the heart
Untuk mandian yang menyegarkan urat dan badan, campurkan 8 titisan lemon oil kedalam air mandian yang suam. Tambahkan juga 4 titisan cypress oil yang di blend dengan 1 sudu besar (15ml) madu. Berendam selama 15 minit. dah sudah tu jangan lap badan tapi tekap-tekap je badan tu dengan tuala.
Menghilangkan kesakitan
Amalkan meminum sebiji lemon yang diperah kedalam air suam 3 kali sehari. Sekiranya sakit yang teruk, letak 2 biji lemon untuk minuman 3 kali sehari
Lemon oil mempunyai sifat melegakan kesakitan. Jadi untuk mengurangkan kesakitan, urutlah dibahagian yang sakit itu dengan beberapa titisan lemon oil dicampur dengan 1 sudu besar (15ml) jojoba oil
Menghilangkan nafas berbau!
Lemon boleh membantu menyegarkan nafas terutamanya selepas makan, ataupon selepas merokok ataupon air liur yang tak cukup ke.
Caranya:
Berkumur dengan sebiji perahan lemon yang dicampur dengan segelas air suam
Ataupon kunyah lemon slice setiap kali lepas makan
.
.
.

Saturday, September 19, 2015

Resepi Pekasam Daging goreng petai



Bahan Utama

1- Pekasam daging (potong kecik-kecik)
2- Bawang besar
3- Cili padi hiris
4- Petai

2-3-4 = IKUT SUKA BANYAK MANA NAK


Panaskan minyak..
Goreng bawang dulu...
Ada orang suka goreng pekasam dulu..
Ikut laa mana-mana janji goreng asing2..


Dah angkat bawang..
Goreng pekasam pulak..
Goreng lama sket..
Pasalnya ni daging bukan ikan..


Masukkan cili padi + petai..
Last.. masukkan balik bawang goreng tadi

SIAP!!




Jangan lupa masak nasi 15 minit awal sebelum goreng pekasam..
Ngam2... pekasam siap.. nasi pun masak...
Kalau tak.. jiwa memberontak tengok beras...

 Teringin nak pekasam daging?!!

Kak Zel ada jual..

PEKASAM DAGING SUNGAI KOYAN

150 gram = RM11.00 + RM7.00 Pos Laju
300 gram = RM22.00 + RM7.00 Pos Laju
500 gram = RM33.00 + RM
7.00 Pos Laju


.
.
.
.








Sunday, September 13, 2015

Jodoh kita tak panjang.......


Lepas hilang 2 hari...
Dapat balik..
Ingat habis dah drama...

Rupanya HP Lenobos rege tak mahal ni masih belum puas...

Sabtu lepas..
Dalam kul 2.15 ptg..
MIJ called.. katanya buku servis kereta Axia tertinggal kat rumah..
Dia menggesa lak tu..
Sebab pusat servis tu tutup pukul 3.30 ptg..

Aku lak masa tu belum mandi pun lagi..
Kelam kabut laa..
Keluar rumah.. tgk gate MIJ kunci masa dia g kerja..
So, aku pun letak HP atas bumbung kereta..
Pastu g buka gate..

Mana laa nak tau kan..
Tetiba SAKA MAK NENEK PELUPA aku tu tiba2 mai..
Aku lupa pasal HP atas bumbung tadi..
Masuk kereta.. reversed.. terus pecut g servis center..

Balik hantar buku tu..
Aku terus balik je.. kira tak keluar kete pun..

Lepas tu tido.. makan.. tgk tv...
Apa bagai gitu gini..

Dalam pukul 6.00 ptg tu baru aku perasan HP aku takde..

Aku pinjam hp MIJ.. call HP aku sendiri..
Call tone ada.. tapi takde bunyi..
Cari dalam kete.. kat dapur.. bilik..
Tak jumpa..

10 minit pastu.. HP aku called balik HP MIJ..
Masa tu aku dah syak dah.... HP ni mesti tercicir..

Ada lelaki called...
Katanya HP aku ni ayah dia jumpa kat simpang Bernam Permai..
Taman tu berdepan dengan taman aku duduk ni..
Lagi katanya.. HP tu boleh guna tapi skrin pecah..
Cover belakang patah... kena ikat getah..

Aku pun cakap nanti saya datang..
Janji simcard & memory card selamat..

Dalam hujan lebat ribut petir tu aku g ambik..
Camtu laa rupa dia..
Tapi hebatnya LENOVO ni...

MASIH BOLEH GUNA MACAM BIASA...

Cumanya sakit laaa jemari gorpis aku ni..
Kaca tu boleh terasa bila kita slide..

MAKA...


Welcome to MAMA!!!!

Yang penting front camera 8MP..

Benda lain aku tak pedulik..

Pasni sila muntah laaa dengan SELFIE CAMIRA aku !!!!

.
.
.
.

Monday, September 7, 2015

Hasya Kecewa.....


Start bulan Mac hari tu..
Bermula laa episod seminggu 2-3 hari je sekolah..
Kadang2.. seminggu direct tak sekolah..
Ada sebulan tu.. dalam 5-6 hari je sekolah..

Sampai laaaa...
Satu hari dia balik sekolah..
Terus cerita..

Cikgu Nina bagitau..
Kalau nak pergi ZOO.. mesti selalu datang sekolah..
Pergi Zoo naik bas..
Mami pun boleh pergi..
bla,.. bla.. bla.. bla..
tot tet.. tot tet... tot tet..

(Dia ni kalau dapat bercakap.. sejam tak benti!!)

Sejak hari tu rajin ler sket g sekolah..
Kalau dia wat hal je..

CAMNI MAMI TAK NAK SIGN SURAT PERGI ZOO...

Terpaksa laaa pergi sekolah :))

Tup-tup..

Last week murid2 umur 5-6 tahun dah dapat surat pergi Zoo..
Tapi Hasya tak dapat..

Rupanya rombongan pergi Zoo tu tak termasuk budak 4 tahun..

Laaa... habis tu yg cikgu2 gebang kat kelas 4 tahun watpe..

Kecewa laaa ini budak kenit!!

Papa kata... TAKPE.. NANTI PAPA BAWA PERGI ZOO..

Dia jawab... HASYA NAK NAIK BAS DENGAN KAWAN-KAWAN..


Hmmmmmmmm......



.
.
.

Monday, August 31, 2015

SAYA JUAL CAMIRA

Lebih sebulan dah..
Baru nak wat entry kat blog sendiri..

Asalnya aku dah buat tau blog Camira ni..

Tapi tu ler..

Bab2 blog ni dah suam!!!


Kenapa CAMIRA?!!

Punya laa berlambak-lambak produk kecantikkan..
Camira yang aku pilih..

Antara sebab musababnya..

1- Aku tahu sejarah kelahiran Camira ini dari awal dulu. Selepas foundernya kecewa dengan produk yang pada masa itu dia jual, dia ambil keputusan untuk buat produk sendiri. Produk yg dia jual awalnya tu, rupanya ada bahan terlarang. Apa nama produk tu... biarlah rahsia :)

2- R&D Camira bukan sekejap.. SETAHUN!!!! Ikutkan boleh je nak kelam kabut buat produk nih.. Tapi kualiti itu penting

3- Selepas siap.. Camira tidak terus berada di pasaran... Ada trial kit yang belum di pack2 cantik-cantik pun.. telah diedarkan untuk dicuba. Alhamdulillah, tiada yang rosak kulit.. tiada yang menggelupas cam udang.. tiada yang berjerawat sakan.. tiada keracunan.. etc

4- Camira ada Kelulusan KKM

5- Camira sedang dalam proses mendapatkan Sijil Halal. Ikutkan produk2 tidak dimakan ni tak perlu pun Sijil Halal.


Mula-mula nak jual.. Memang rasa susah

1- Aku tak pernah bersungguh pakai produk
2- Aku bukan jenis pedom muka sangat
3- Aku jenis tak kisah kulit muka camne pun..

Rupanya...

Kalau jual produk2 begini..
Soalan pertama yang potential customer ko akan tanya ialah..

KO PAKAI CAMNE? ADA KESAN TAK?
JADI TAK? OKAY TAK?

Kalau diri sendiri tak pakai..
Jangan harap laaa nak dapat jual..

1st set yang aku berjaya jual adalah sehari selepas aku guna Camira...

Masa tu aku jawab apa yang aku rasa je..
Pengalaman 12 jam pakai Camira :)

Setakat pagi tadi okay...
Pakai krim malam sblm tido.. bangun muka tak berminyak..
Serum pun rasa best je.. tegang muka..
Toner senang pakai.. spray je..
Cleanser wangi...
Krim UV rasa ringan pakai kat muka..

Alhamdulillah berjaya jual..
3 hari lepas tu.. 1st customer aku feedback

KAK ZEL, MEMANG BEST LA CAMIRA NI!!!

Lega wei!!!

Maknanya aku tak salah pilih produk...



Evolusi aku bersama Camira..

Sebelum ni kulit muka aku mmg jenis gasang...
Aku tak pernah peduli...
Janji ada kulit muka :)

Tapi lepas seminggu.. kulit dah rasa lembut...
Masuk minggu kedua.. ada jerawat halus... aku teruskan je..
Masuk minggu ketiga.. keempat.. dah okay banyak..
Cuma ada kelupas sikit2...
Minggu kelima..  ada sikit bintat kecil kat dahi.. tp bukan jerawat..

Customer puas hati.. aku lega..

Kalau anda pun berminat nak jadi pengguna Camira
Jangan segan silu contact Kak Zel ye

Whatsapp - 0125865752
IG - ZaliaHezlin_Camira
FB - Zalia Hezlin
Fanpage - Camira Beauty Skin

Emel - zaliahezlin2106@gmail.com


.
.
.

Thursday, August 20, 2015

Rentetan Lenovo hilang.......



Salah asalnya aku laa juga..
Percaya sangat pada orang..
Tinggal handphone.. handbag.. purse.. hardisk..
Bergelimpangan atas meja..

Semlm laa punya hal ni..
Tinggal handphone atas meja..
Pastu g toilet..
Toilet pejabat aku ni kena keluar dari pejabat..
Sekali balik pejabat..
Tengok2 handphone dah hilang..

Masa aku g toilet tu..
Ada sorang budak sekolah ni dok guna internet..
Memang tak lain tak bukan laa..

Punya laaa susah hati aku handphone tak ada..
Satu pasal whatsapp laa..
Kedua pasal ada pending order DVD kat SMS..
Aku tak sempat lagi salin alamat dia...
Dah laaa banyak pulak tu..

Fikir punya fikir..
Aku teringat CCTV sebelah pejabat aku nih..
Ada satu yang menghala ke pintu pejabat aku..
Tapi time tu ada auditor la pulak kat sebelah..
Tak boleh nak kasi tengok CCTV on the spot..

Takpe laaa.. kerja orang kita kena hormat la juga..

2 jam takde handphone.. gelisah oiiiii!!

Terus aku g Celcom kat pekan..
Buat simcard baru..
Bagus gak celcom ni..
La tu juga terus activate..
Maka hidup laaa balik line hp & whatsapp aku..

Petang tu mak & kakak budak tu datang guna internet..
Ringan je mulut aku nak beritahu..
Tapi hati baik ni cakap..
Jangan tuduh anak orang takde bukti..
Cuba kena kat anak sendiri..
Jadi aku diamkan je..
Tapi asst aku sempat ambik no phone mak dia..

Balik rumah....

Rasa cam nak beli handphone baru..
MIJ dah offer pinjam duit dia dulu..
Then bayar cam installment..
Tapi dengan binikan.. takat mana nak installment nyer...
Happy dah aku..
Terus install Lazada :))

Dalam jam 8.00 malam tu..
Post Master Pej Pos whatsapp aku video..
Katanya video yang aku nak tu..

Memang sah dari aku keluar g toilet..
Budak tu cabut lari..
Sampai aku balik toilet..
Memang takde orang lain masuk pejabat..
Jadi confirm laa dia..

Handphone tu mmg atas meja aku..
Dekat pulak dengan pintu keluar..
Dia pun cerdik tau..
Mula2 dia pakai kasut sekolah dulu..
Lepas tu dia masuk balik ambik hp..
Dan lari lintang pukang..

Memang laju gila dia lari..
Sampai laki aku igt cctv tu forward bg laju..

Pagi ni masuk pejabat..
Aku terus suh asst aku call mak dia..
Maknya kata nanti pukul 10 pagi dia datang..

10.00 pagi mak dia muncul..
Aku nampak kelibat mak dia terus kecut perut..
Rasa cam takut pulak nak tuduh anak orang..

Mak dia pulak...
Yang selalu guna PID ni 3 orang anak dia..
Dan dia bawa anak yang betul..
Mungkin sebelum2 ni pun anak dia biasa buat hal..

Aku tanya dia terus..
Tentu sahaja dia jawab "SAYA TAK AMBIL"

Bila dia menafikan tu..
Naik syeh laaa aku..
Dekat 20 minit aku cakap tanpa henti..
Macam-macam aku syarah kan..
Sampai aku ungkit dari kisah dia mula2 datang PID ni..
Sampai laaaaaa sekarang ni..
Macam2 aku tolong dia.. adik beradik dia..
Pastu dia balas dengan curi handphone aku..

Mak dia diam je...
Ini aku respect mak dia..
Takde nak backing2 anak tak tentu pasal..

Dia tak mengaku juga..

Last-last...

ADA SATU BENDA YOU TAK TAU..
INI PEJABAT ADA CCTV KAT DEPAN PINTU..
SAYA BOLEH BAGI YOU TENGOK YANG ORIGINAL..
TAPI KITA MESTI PANGGIL POLIS DULU..
SEBAB PEJABAT SEBELAH BUKAN PEJABAT BIASA..

Aku pun tunjuk CCTV tu pada mak dia..
Mak dia terus cakap

KALAU TAK CURI.. APASAL U LARI?

Yang aku tunjuk tu..
CCTV yang dirakam dengan handphone..
Bukan salinan original..

Dengar polis dah goyah ler dia..

Tetiba..

SAYA SUDAH BAGI KAWAN!!

Aku sambung lagi syarahan barang 10-15 minit..

Siap aku tengking lagi..

AWAK CURI SAYA PUNYA HANDPHONE..
AWAK KASI KAWAN..
APA AWAK FIKIR?!!

Pastu dia janji nak bagi handphone tu esok..

Aku cakap NO... SAYA MAHU INI HARI..
KALAU TIDAK SEKEJAP LAGI SAYA PERGI YOU PUNYA SEKOLAH..
JUMPA PENGETUA.. CARI YOU DENGAN KAWAN YOU SEKALI..

Sudahnya mak dia bersuara...

YOU PERGI CARI SEKARANG!!!

Pastu anak dia pun keluar..
Mak dia tak habis-habis minta maaf...
Sudahnya aku pegang tangan mak dia..
Aku urut belakang mak dia..

SAYA PUN SORRY JUGA

Yelah aku dah herik2 anak diakan..
Aku tau hati mak dia terluka..

Lepas tu dalam pukul 1.00 tgh hari..
Mak dia datang hantar handphone..
Semua ada kecuali memory card..
Handphone pun dah kena reset ke factory setting..

Rupanya dia jual handphone pada orang lain..
Memory Card pada orang lain..

Lemah je mak dia..
Mesti mak dia kecewa.. sakit hati.. terluka.. sedih...malu..

Aku pun cakap dengan mak dia..

Jangan pukul-pukul you punya anak..
Dia budak lagi..
Nanti dia lagi nakal..
Saya marah2 sebab mau kasi dia ingat..

Mak dia jawab.. SAYA SUDAH PUKUL..
TUNGGU NANTI AYAH DIA BALIK KERJA..

Adoiii... kesian lak aku..
Aku pun salah juga sebab suka tinggalkan barang2 terdampar gitu..

Apa pun.. lega sebab kisah ni berakhir dengan elok..
Handphone aku tu walaupun dah buruk..
Aku belum ada seru lagi nak tukar baru..

Peringatan juga pada aku..

Jangan nak percaya orang sangat..
Pastu jangan nak cuai sangat..
.
.
.

Tuesday, August 11, 2015

Sakit jantung mak nak......



Alasan dia...

Banyak sangat perkataan..
Makin baca makin tak faham..

KO BACA TAK?

Tak.. MALAS!!!

Adoiiiiii!!!

Nak dilempang.. anak ada dua je..
Nak dirotan.. kang lari rumah..
Nak disepak.. aku angkat kaki pun berat..
Nak dipiat....

Mungkin boleh piat telinga gabang tu!!!
.
.
.

Tuesday, August 4, 2015

Jamuan Raya Zon 3

Hazabnya nak update blog skang ni..
Padahal ongoing ads kat nuffnang aku beratoq!!

Okay.. ni alang2 tgh upload gambar masuk FB..
Aku upload sekali masuk blog..


Ni la staff dalam Zon 3...
Zon 3 ni PID dalam negeri Selangor dan Perak..
Ketuanya.. aku la..

Ada satu kekosongan.. jawatan N17..


Staff2 aku ni okay semuanya..
Tak banyak kerenah..
Mendengar kata..
Paling penting..
Bila aku bagi tugasan atau mahukan laporan..
Semua dibuat dengan pantas..
Kalau aku kata due hari ni sebelum pukul 1.00 tgh hari..
Dalam 12.30 tgh hari.. semua dah ada dalam inbox aku..

Baguskan...



Yang sepejabat dengan aku..
Sorang je sebenarnya..
Yang jejaka baju pink belacan tu..

Hari-hari..
Memang aku tengok muka ko..
Ko tengok muka aku...


Sorang lagi jejaka..
Juruteknik komputer..
Tengah single and available..
Tengah searching juga..

Yang wanita-wanita lagi 4 orang tu..
Semua jawatan Pengurus PID..
Sg Air Tawar, Rasa, Langkap dan Parit..

1 dah kahwin.. 3 lagi single tp tak tau laa available ke tidak.. :)

Satu masa dulu..
Makcik Rehan yang tersohor tu pun in the team juga..


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN

DARI ZON 3

PUSAT INTERNET DESA
.
.
.

Sunday, July 26, 2015

Divorce Lawyer In Love


Hero kegemaran aku.... :)
Suka dia lepas Marriage Not Dating..
Tak lama je lepas tu..
Ni drama baru dia..
Divorce Lawyer In Love..

Genre - Law Romantic Comedy

Memang banyak scene kelakar drama ni..
Sama banyak dengan scene romantik..


Hero & Heroin...

Hero ni asalnya bukan lawyer pun..
Dia hanya Office Manager di pejabat heroin..
Heroin yang lawyer..
Specialist dalam bidang PENCERAIAN...

Kadar kejayaan dia mmg tinggi..
Selalunya kes yang dia handle..
Akan menang.. akan dapat pampasan paling tinggi..
Dan apa-apa sahaja yang client dia mahukan..


Tapi kemenangan dia tu adalah dari illegal action..
Dia sanggup buat apa sahaja asal menang..
Termasuk mereka cipta bukti.. fraud.. dan pelbagai lagi..

Selain itu..
Staff dia mmg naik gila dibuatnya..
Dia tak kisah mendera staff2 dia kerja lebih masa..
Kerja sampai pengsan..
Termasuk laaaa hero yg masa tu kerja di pejabat heroin..


Kat office.. heroin ni dipanggil CHUCKY..

Kat 1st episode..
Ada satu kes penceraian high profile yang dia handle..
Wpun menang... malangnya dia misjudged kes ni..
Akibat terlalu percaya dan terlalu ingin menang..
Satu tragedi telah terjadi..
Tragedi tersebut menyebabkan kehilangan nyawa..
Selain itu, oleh kerana dia memanipulasi bukti..
Lesen peguam dia telah ditarik balik..


Heroin pulak salah sangka..
Dia sangkakan.. hero ni yang buat aduan berkenaan salah laku dia tu..
Sebabnya.. hero ni kawan baik dengan 2nd heroin..
2nd heroin peguam juga.. tapi dari Law Firm yang terkenal..

Oleh kerana terlalu bengang..
Dia telah memalukan hero...
Depan mak hero..

Oleh sebab itu.. hero berhenti kerja..
Dan dia sambung belajar dalam bidang law juga..

Dalam dia sambung belajar tu...
Dia mmg tak habis benci & dendam dengan heroin..
Dan berharap supaya mereka tak bertemu lagi..


Selepas 3 tahun..
Hero berjaya jadi peguam..
Dan dia ditawarkan bekerja dia sebuah law firm yang baru...

Kat sini depa bertemu semula..
Rupanya tuan punya law firm tersebut adalah senior heroin masa zaman kolej dia..
Hero tak boleh nak mengelak ler.. sebab dia dah sain kontrak..

Kalau dulu hero keje bawah heroin..
Kali ni terbalik pulak..

Masa depa dok benci membenci..
Balas membalas ni mmg best..
Hero masih igt hal lama..
Heroin pulak masih sangka hero yang menyebabkan lesen peguam dia digantung...


Tapi dalam2 tu..
Depa bekerjasama juga..
Law Firm ni pun mengkhususkan dalam bidang penceraian juga..
Dah tentu2 laaa heroin lebih banyak pengalaman...
Dan dia cuba nak ajar hero..
Lagi laaaa menghebatkan lagi permusuhan depa ni..

Tapi sebenarnya...
Ada satu hal mengenai heroin ni yang hero ni tak tahu..

Apa benda...

Korang kena tengok laaa drama ni..


Depa ni awal-awalnya...
Bukan terus jatuh cinta tau..
Heroin je perasan yang hero suka ke dia..
Padahal hero ni meluat kat dia tak habis lagi..

Pasal heroin salah sangka...
Dia pi couple dengan senior dia..
Tuan punya law firm tu..

Hero mula tu buat tak kisah je..
Tapi lama-lama dia cemburu pulak..

Aku pun tak igt apsal yang hero ni tetiba suka heroin..
Tapi masa tu depa tgh handle kes cerai pasal KISS..

Heroin dok kata kiss tu maknanya cinta..
Hero pulak kata kiss tu takde makna apa-apa..

Tup2.. hero kiss heroin!!


Masa ni dah cinta 3 segi laa pulak..
Hero nak heroin..
2nd hero pun nak juga..

Tapi yang bestnya..
2nd hero dalam drama ni tak jahat...
Begitu juga 2nd heroin..

Kadang2 aku rasa... biaq pi heroin dapat kat 2nd hero pun takpe..

Hat hero... BAGI KAT AKU!!!

:))




Ni 2nd heroin...
Dia ni sebenarnya duduk serumah dengan hero..
Tapi mak hero pun dok sekali situ..

Dia ni mmg dah cinta kat hero dari kecik..
Dia sanggup jual rumah untuk bagi hero sambung belajar..
Awalnya hero tak tau..
Lama lepas tu baru dia tau..

Mak hero mmg nak jodohkan hero dengan 2nd heroin ni..
Tapi tentulah hero tak mahu...
Mak hero memang tentang habis-habisan hero couple dengan heroin..



Tapi apa nak buat...
Dah nama pun drama korea..
Tentu2 jeee hero dapat kat heroin pun..

Romantic scene drama ni mmg terbaik...
Sweeeeeettt sangat-sangat..
Tak payah pun banyak2 peluk cium apa bagai..
Dengan perkataan je pun dah sangat romantik..

Maka..

Meh la beli ;)
.
.
.

Saturday, July 4, 2015

Resepi Tempoyak Sotong

Ada pulak yang PM tanya apa resepi masak tempoyak aku semlm..

Seperti biasa..
Aku selalu masak yg mudah2 je..

Cam tempoyak ni la..
10 minit je pun masak...

Bahan tumbuk = 3 biji bawang kecik + 10 biji cili padi + kunyit hidup 1 inci + garam 1 sudu makan

Panaskan kuali... letak air 1 cawan (kalau tak suka kuah boleh kurangkan)
Campak serai yang dah diketuk sebatang...
Pastu yang tumbuk tadi masukkan semua..

Tgu sampai mendidih sekejap..

Kemudian.. 3 sudu makan tempoyak manis (belum berapa masam)
Ni kira tempoyak baru buat laa..
Aku kurang gemor tempoyak masam..


Biar je mendidih sekali lagi..


Masukkan daun kunyit yang dah di siat..
+ 1 sudu teh gula pasir..

Kemudian....
Masukkan laaa sebarang binatang yang disukai..

Antaranya

Ikan talang masin
Sotong
Udang
Ikan kembong
Ikan tenggiri
Ayam

Ikan bilis aku tak pernah cuba pulak..
Pasalnya aku kurang gemor ikan bilis..


Dah siap!!!!

Ni kalau dapat colek dengan pucuk ubi & petai rebus...

WALLAWEI!!!!!!
.
.
.

Monday, June 22, 2015

Angry Mom


Drama ni best...
Angry Mom ini juga pemenang anugerah..
MBC Best Scenario in Drama 2014..

Drama ni kurang cintan cintun apa bagai..
Genre family..

Oh Kang Ja adalah Angry Mom dalam drama ni..
Dia ni mak kepada Oh Ah Ran yang menjadi mangsa buli di sekolah..
Satu malam dia nampak badan anak dia lebam sana sini..
Tapi bila ditanya..
Anak dia tak mahu menjawab...


Ni anaknya yang kena buli tu..
Sampai laa satu hari..
Anaknya bukan setakat mangsa buli..
Tapi dah jadi mangsa keganasan di sekolah..
Trauma sampaikan terpaksa masuk hospital sakit jiwa..


Ni kawan baik Oh Ah Ran..
Pasal dia ni laaa Oh Ah Ran selalu kena buli..
Dia ni ada simpan satu rahsia..
Ah Ran tahu tapi dia takut nak beritahu sesiapa..
Sampailah..
Satu hari kawan dia mati dikatakan bunuh diri..
Tapi Oh Ah Ran tahun bukan bunuh diri..
Ada dalang disebalik kematiannya..



Oleh kerana Oh Ah Ran tidak mahu buka mulut..
Oh Kang Ja.. mak kepada Oh Ah Ran mengambil keputusan untuk siasat..
Apa sebenarnya yang berlaku...

Maka, dia menyamar jadi pelajar sekolah tersebut..
Disebabkan masa sekolah2 dulu dia pun gangster sekolah..
Tak susah laa dia nak korek citer dengan guna kekerasan..
Mana yang buli2 anak dia dulu..
Semua dia tibai..

Menjadi pulak tu mak dia jadi pelajar sekolah..
Sampai takde sapa pun syak..


Ini cikgu kelas depa..
Lebih kurang kata.. cikgu ni hero laaa..
Dia pun baru masuk sekolah tu..
Sama hari dengan Oh Kang Ja..
Jadi dia tak banyak tahu berkenaan hal-hal dalam sekolah tersebut..

Bila dia dah tahu sedikit demi sedikit..
Dia bantu Oh Kang Ja untuk bongkar cerita tersembunyi di sebalik sekolah tersebut..



Tapi.. lagi mak dia korek citer..
Lagi laa Oh Ah Ran berada dalam keadaan bahaya...
Orang jahatnya bukan seorang...
Bukan setakat pembuli dalam kelas..
Ada kisah lagi besar dari itu...

Ni kira cam jahat bertingkat-tingkat...
Dari pembuli dalam kelas..
Ke vice principal.. ke director...
ke presiden.. sampai laaa ke menteri...
Ada je jahatnya...


Drama ni episod last-last nya sedih..
Cengeng aku tau menonton..
Ada satu insiden besar yang terjadi kat sekolah..
Masa ni laaa kebenaran muncul sikit-sikit..
Akhirnya depa berjaya juga mengheret semua yang salah ke muka pengadilan...

Tapi.. sampai episod last pun..
Masih ada konflik lagi..
Konflik tamat lagi 15 minit drama nak habis..
So, mmg drama ni sangat berbaloi untuk ditonton..
.
.
.






Wednesday, June 17, 2015

DONE



Status-status yang akan lalu lalang di FB..
Sampai laaa 1 Syawal kang...
Juga akan berserakkan di IG juga...

Itu takpe..

Yang aku pelik..
Kenapa banyak pulak status yang MENYINDIR insan2 yang letak status gini..

Apa masalah anda?

Buat baik kot!!

Ada yang berpendapat..
Itu biar la jadi rahsia dengan Allah swt
Apsal nak heboh2 kat alam media sosial...

Hello...

Boleh tak kesakitan hati kau tu..
Menjadi rahsia diri sendiri..

Selalunya orang yang sakit hati dengan status2 orang lain..
Adalah sebab dia tak buat.. dia tak dapat..

Contoh cam aku kan..

Aku benci betul status orang yang dulu gemuk gedempol..
Skang dah kurus selim melim..

Pastu wat status

SERONOKNYA HARI NI DAH TUKAR SAIZ DARI XXXXXXL ke XS

Sakit hati aku ni tau..

Pasal apa?!!

Pasal aku tak dapat kurus.. tak boleh nak kurus...

Tapi takde laa aku nak merempan meroyan nak sindir2 pulak insan berjaya tersebut..

Berbalik pada status DONE di bulan puasa..

Benda baik gini ada manfaatnya..

Contoh kalau baca artis polan yang terkenal dengan seksinya up status

DoneTerawikh + DoneWitir

Pada mengata dia.. NAK MENUNJUKLAH TU..

Apa kata ubah kepada..

KALAU DIA BUAT.. KENAPA AKU TAK BOLEH BUAT...

Pastu ada pulak yang tulis.. ENTAH-ENTAH SAJA UP JE..

Ok.. yang ni baru laa betul2 antara dia dengan Allah swt..
Dia buat ke tidak.. itu rahsia dia..

Apa-apa pun..

Selamat Menyambut Ramadhan kepada semua pembaca LWC..
Semoga ibadah kita diterima..
Ampun dan maaf atas semua kesalahan..
Halal semua makan minum..

Lastly...

Kalau tak suka.. UNFRIEND :)

-peace-
.
.
.



Sunday, June 14, 2015

Hasya & Speedo ketat...


Minah ni kan malam tadi terantuk meja..
Natijahnya..
Hari ni tak nak laa dia pergi sekolah..

Aku ada bincang dengan cikgu dia hari tu..
Apa penyebab dia tak suka sekolah..

Cikgunya kata..

Dia selalu komen BORING !!

Adoiyai... baru setengah tahun sekolah tu..
Dah boring...

Dia kalau boleh nak belajar menyanyi je hari-hari..

Adakah dia bakal sertai Ceria Pop Star?!!

Mintak selisih malaikat 44...

Aku ada tengok laa buku kerja Hasya kat sekolah..
Selama ni mmg tak tengok sbb bukunya tak boleh bawa balik..
Kat sekolah..
Dia masih belajar garis-garis..
Buat garisan ombak-ombak..
Buat bulatan..

Kat rumah pulak..
Dia dah belajar tulis abjad..
Ada buku latihan dia..
Cikgu suruh buat garis-garis..
Dia pi tulis huruf2 yang dia tahu..

Agaknya tu pasal ler dia bosan..

Ikutkan aku takde paksa dia belajar pun kat rumah..
4 tahun baru kot!!

Tapi setiap kali abang kena belajar atau buat homework..
Dia sendiri yang ambik buku menulis & melukis..

Kembali kepada baju renang ketat tersebut..
Aku nak jual tu..
Sapa nak beli boleh whatapps aku.. 0125865752
Siapa cepat dia dapat

Jarang pakai.. yelah.. sapa pulak yang berenang setiap hari :)

Brand - Speedo
Saiz - 2-3 tahun
Condition - 8.5/10 (takde stain... takde koyak.. tidak berbulu)
Harga - RM20 termasuk Pos Laju (lebih kurang baju shj = RM13.00)



.
.
.

Wednesday, June 3, 2015

Birth Of The Beauty


Ramai dah ada drama nikan..
Ni review baru nak keluar :)

Drama ni episod awalnya mencengkam perasaan...
Sebab aku faham perasaan heroin itu..


Ni heroin...
Dia seorang yang obese..
Berkahwin dengan seorang lelaki yang hensem..

Suami dia belajar di luar negara..
Dia dok Korea jadi hamba abdi keluarga mertua..
Segala perbelanjaan suami dia.. keluarga.. dia yg tanggung..

Tapi dia pasrah je..
Sebab orang gemuk ni mmg hakikinya camni..
Ambik mudah je.. asalkan gembira..
Makan dalam tu belakang citer..



Ni mmg nasib orang2 gumuk..
Selalu jatuh sana sini..
Pastu takde orang nak tolong...
Kalau ada pun.. tolong tengok..
Tak pun tolong gelakkan...


Ni laaa laki dia yang tak berguna tu..
Dia ni jahat dari episod 1 smpi laa episod akhir...
Sebaik sahaja dia habis belajar..
Dia kembali ke Korea dan menjawat jawatan tinggi di sebuah stesen TV..
Dia tak bgtau pun pada isteri dia..
Sampai laa satu hari kantoi ngn isteri dia..
Yang tambah sakit hati lagi..
Dia dah ada orang lain..


Ni pompuan yang rampas suami dia..
Jahat juga..
Dia ni keje sebagai pengacara di stesen tv yang sama laki dia keje..


Lepas suami dia kata nak ceraikan dia..
Heroin ni dok pujuk gak laki dia..
Bila dah takde jalan..
Dia ugut nak dedahkan hubungan sulit suami dia dengan pengacara tu..
Depa kan selebriti..

Untuk elakkan perkara tersebut...
Boleh laaa suami dia rancang nak bunuh heroin..
Dan dia berjaya bunuh heroin..


Rupanya heroin tak mati...
Dia terselamat...
Cumanya dia tak tahu lagi yg sebenarnya suami dia yg cuba bunuh dia..

Ntah camne dia terjumpa hero...
Hero pulak mengaku dia doktor plastic surgery..
Jadi heroin merayu kepada hero untuk tolong dia..
Dia nak jadi cantik..
Dan nak balas dendam pada suami dia dan perempuan jahat tu..

Maka....

Lepas beberapa kali bedah.. liposuction...
Maka itu yang BIRTH OF THE BEAUTY tu....

Tapi.. awal2 tu dia cam hidup dalam halusinasi..
Kesan penggunaan ubat bius yang terlalu banyak..


Ni hero...
Dia sebenarnya tolong heroin bersebab..
Dia mmg tahu semua cerita heroin sblm heroin minta bantuan dia..

Hero ni cinta sama heroin jahat..
Awal-awal ni dia tak tau laa heroin tu jahat benar...
Dia nak bantu heroin dapatkan balik suami dia..
Dan dia boleh laaa dapat balik heroin jahat tu...


Tapi lama-lama...
Dia pulak suka pada heroin..
Tapi heroin pulak yg pada asalnya nak balas dendam pada suami dia..
Tetiba rasa nak balik semula pada suami dia..
Tapi tu sebelum dia tahu yang suami dia yang rancang kematian dia..
Dan lepas tu rampas semua harta-harta dia..

Drama ni banyak orang jahat sebenarnya..
Kacau jiwa tengok drama ni..
Tak cukup dengan suami jahat... heroin jahat...
Abang tiri hero pun jahat juga...
Mak tiri dia lagi jahat..


So, apa kesudahannya..
Kena tengok sendiri.. ;)
.
.
.