Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Showing posts with label PID. Show all posts
Showing posts with label PID. Show all posts

Friday, July 29, 2016

Majlis Hari Raya Zon 3

Ni tradisi Zon 3 setiap tahun..
Dari zaman takde zon lagi..
Zaman masa tu PID Perak..
Memang buat jamuan raya..

Tapi sejak ada zon-zon ni..
PID Kuala Kurau dan PID Selama dah tak join..
Sebab depa berada di zon lain..


Sampai-sampai makan dulu...
Juadah semua pot luck..
Senang tak payah nak tempah2 catering apa bagai..
8 orang je pun..

Tapi dalam semua zon kat M'sia ni..
Zon aku ni yang paling lengkap kakitangan nyer..
Tapi tahun depan.
Jawatan Pengurus Zon akan kosong :))



Memang dah janji nak tema pink..
Sesat sorang..
Tak baca mesej kat whatsapp..
Dia sorang pakai biru!!


Power Rangers konon...
Sampai hati korang berselindung di sebalik akak yang sado nih...



Contest bontot sapa paling kempis!!

Eh!! Kak Punjel laaa paling straight..

Kah Kah Kah..

Kalau anda datang PID Tanjong Malim..
Anda akan jumpa 2 pegawai ini..
Tapi sampai hujung tahun ni je..
Tahun depan tak pasti jumpa sapa ;)


Ni kalau anda pergi PID Rasa...
Jumpa 2 awek genit ni..


Kalau PID Langkap...
Anda akan jumpa seorang sahaja pegawai di tengah itu



Begitu juga kalau pergi PID Parit..
Seorang sahaja yang bertugas di sana..


Sungai Air Tawar ada 2 orang petugas...
Seorang Pengurus.. seorang Juruteknik..




Yang ni pulak...
Kalau ada jodoh...

ANDA AKAN JUMPA DEPA DI KENDURI KAHWIN!!!
.
.
.
.
gonna miss u ols next year!!!!



Thursday, January 7, 2016

SINETRON KONTRAKKU MANA?

Sebenarnya DRAMA KONTRAK ni..
Berlaku setiap tahun...
Rasanya dari 2007 hingga 2010 je takde drama sangat..
Tahun-tahun lain..
Cam Astro tau..
Mengulang citer yang sama..

Kontrak sangkut kat sana..
Sangkut kat sini...

Tapi tahun ni paling WIN!!!

Dulu-dulu walaupun penuh sinetron..
Tapi tak pernah pulak dapat notis arahan TIDAK HADIR BERTUGAS..
Ini kali pertama..


Notis ni kami dapat dalam pukul 4.00 petang..
Pada 31hb Disember..
Menyatakan.. bahawa 4hb Januari..
TIDAK PERLU HADIR ke pejabat..

Menggelabah babun laa semua orang..
Sempat ke nak cari kerja lain..
Jam dah 4.30 petang!!




Hari Isnin, 4hb Januari..
Wlupun diarahkan untuk tidak hadir..
Aku & assistant aku tetap hadir juga..
Memandangkan kelas komputer tetap berjalan seperti dirancangkan..

Selasa pun datang...
Tapi aku balik awal dalam pukul 3.00 petang..

Rabu.. full day kerja dari kul 7.50 pagi..
Sampai 5.00 petang..

Sampai mak aku pun kondem..
Dah disuruh jangan datang pejabat..
Duduk pejabat seharian buat apa..

Setelah 3 hari menunggu perkhabaran dari JPA dan MOF...
Hari ini baru ada jawapan..
Tapi belum secara B&W lagi..
Baru secara lisan..

Kami diminta kembali bertugas seperti biasa mulai esok..

LEGA?!!!

Ntah laaaa...

Aku ni sebenarnya mmg berhajat sangat nak berhenti kerja..
Tapi target aku masih belum sampai..

1- Pendapatan bulanan dari bisnes belum sampai 5 ribu sebulan
2- Saving masih belum capai 30K
3- Aku ngn MIJ berangan nak beli rumah besar sket dari yang skang ni..

Oleh itu, marilah bekerja semua sekuatnya..
Semoga 2016 ini semua yang berlaku indah-indah belaka..
Dipermudahkan...
Selamat dunia akhirat :)

Oleh itu..

Mulai esok, Kak RapunZEL kembali menjadi Pegawai Teknologi Maklumat
Merangkap Ketua Zon 3
Dealer produk Camira
Saigon personal shopper
Tauke bahan bakar
Tukang pasar pekasam daging & sambal hitam..


TERUSKAN SOKONG KAK ZEL!!!!
.
.
.





Tuesday, August 4, 2015

Jamuan Raya Zon 3

Hazabnya nak update blog skang ni..
Padahal ongoing ads kat nuffnang aku beratoq!!

Okay.. ni alang2 tgh upload gambar masuk FB..
Aku upload sekali masuk blog..


Ni la staff dalam Zon 3...
Zon 3 ni PID dalam negeri Selangor dan Perak..
Ketuanya.. aku la..

Ada satu kekosongan.. jawatan N17..


Staff2 aku ni okay semuanya..
Tak banyak kerenah..
Mendengar kata..
Paling penting..
Bila aku bagi tugasan atau mahukan laporan..
Semua dibuat dengan pantas..
Kalau aku kata due hari ni sebelum pukul 1.00 tgh hari..
Dalam 12.30 tgh hari.. semua dah ada dalam inbox aku..

Baguskan...



Yang sepejabat dengan aku..
Sorang je sebenarnya..
Yang jejaka baju pink belacan tu..

Hari-hari..
Memang aku tengok muka ko..
Ko tengok muka aku...


Sorang lagi jejaka..
Juruteknik komputer..
Tengah single and available..
Tengah searching juga..

Yang wanita-wanita lagi 4 orang tu..
Semua jawatan Pengurus PID..
Sg Air Tawar, Rasa, Langkap dan Parit..

1 dah kahwin.. 3 lagi single tp tak tau laa available ke tidak.. :)

Satu masa dulu..
Makcik Rehan yang tersohor tu pun in the team juga..


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN

DARI ZON 3

PUSAT INTERNET DESA
.
.
.

Tuesday, November 18, 2014

Lebah tengah sibuk



Tido pun takmo nyenyak dah wei...
Mandi basah lencun gak..
Makan... makin menjadi2.. pantang lapar!!!

Lusa dah nk pi retreat...
Tau lama dah..
Tapi awal2 asyik tunggu angin mai..
Angin nak wat report..
Nak wat SKT..
Nak wat perancangan..

Tapi tak mai-mai..

Ni lagi sehari nak pergi..
Baru muncul..
Muncul ASAP!!!

Kelam kabut wei!!!!!

Keje yang dok ada tu.. dok laa kena buat..
Tapi dalam-dalam tu...
Cam2 lak tugasan saat akhir muncul...

Jadi boss best kan..
Apa terlintas kat fikiran..
Zassss... hambek ko buat!!

Lepas tu aku menge"zassss" lak anak buah aku..

What I get.. I give back!!

Ada ke pepatah ni :))
.
.
.

Tuesday, September 9, 2014

Busy Bee...



Minggu depan meeting bersama SUB..
Lama dah tau.. dari bulan Jun..
Tapi masa tu rasa cam lama lagi..
Minggu lepas pun aku masih rasa cam lama lagi..

Minggu ni baru terasa kehangatannya..
Serabut perut wei!!

Dah ler.. minggu lepas dah ada Zon lain yang meeting..
Cam2 cerita laa kami dengar..
Lagi tambah rama-rama dalam perut ler..



Sian anak buah aku wei..
Cam2 benda aku gesa depa..
Yelah..
Aku kan mak buah..
Kalau anak buah tak provide data..
Camne aku nak teruskan keje aku pulak..

Pasalnya keje PID ni lain sket..
Anak buah tak duduk sama dengan mak buah..
Jadi apa2 hal mmg kena emel..
Arahan kena buh kat facebook untuk fast response..

Harap2 anak buah aku tak geram laa dengan aku..

Arahan pun asyik bertukar-tukar..
Kejap gini.. Kejap gitu..
Harap depa faham ler..



Korang sumer tau dak..
Makcik Rehan yang tersohor tu..
Dulu adalah anak buah aku jugak...

Can not imejin..
Bagaimanakah dia carutkan aku kalau kala ini dia masih bersama PID :))

Apa-apa pun...
Buat semua anak-anak buah aku walau di mana berada..
Mak buah pun adalah...

SAYA YANG MENURUT PERINTAH!!
.
.
.

Tuesday, August 26, 2014

Makan-makan raya di PID

Setiap kali raya..
Zon aku ni wajib buat makan-makan..
Ni tradisi dari zaman takde zon lagi..
Kalau dulu ikut negeri..

Kali ni nak kasi meriah...
Jemput Zon 4 sama..
Selain dari jamuan raya..
Ada laa meeting sesikit..
Sebagai persediaan nak pergi meeting tengah bulan depan..


Kek batik dari Sg Air Tawar...
Masa makan kat PID.. agak keras sket..
Rupanya.. kena tapau balik rumah baru sedap!!

Malam tadi aku makan sorang-sorang..
Memang coklat dah meleleh..
Biskut dah lembut.. terbaik!!


Ni pulak kek Secret Recipe..
Murah rezeki..
Tetiba Nunu nak belanja kami semua kek..
Sempena harijadi dia..
Tak tau apa nama kek ni..
Cam Indulgence.. tp ada almond dalam tu..


Ni tau dah sapa masak..
Confirm aku punya :))

Tapi petainya tak berapa best..
Tak rangup..
Pasalnya aku beli petai siap kupas kat NSK..
Lupa nak pergi pasar pagi Ahad tu..
Pasrah jelah janji ada petai..


Ni pun aku juga...
Sayur campur sempoi..
Tapi cam kurang garam..
Takpe.. sihat tu :)


Ini dari ahli baru Zon 3..
Pengganti Makcik Rehan di PID Rasa..
Dia bawa daging dendeng yang sedap..


Ni pulak pajeri nenas dari Parit...
Kuahnya sedap wei..


Bergedil ayam Sabak Bernam..
Tetiba feeling cam tengah atkins diet pulak..


Ni super best..
Sambal ikan bilis dari anak buah aku..
Selalu dia bawa sebekas tak cukup..
Kali ni dia bawa 4 bekas terus..
Aku ler untung..
Siap ambik semua bawa balik..
Simpan dalam bekas elok2..
Bekukan..
Cukup ni stok sambal untuk 1-2 bulan..


Sambal belacan Kak Zel jugak..
Akukan dekat..
Tuan rumah.. bawa banyak benda laa sket..

Lagi ada rainbow cake.. kek lapis sarawak... buah tembikai..
Air oren.. Teh O panas.. air mineral...

Untuk minum petang pulak..
Aku tempah Laksa d' Pokok...
Goreng pisang.. cucur badak.. kuih udang..

Kesimpulannya...

MELAMPAU KENYANG :))





Ramai tak anak buah aku?..
Tapi ni ada dari Zon 4 jugak..

Bersyukur sangat staff2 dalam Zon aku ni tak banyak kerenah..
Kalau suh buat keje.. buat..
Suh anta report.. anta..
Sangat melegakan..

Akhir kata..

Mak Buah korang mengucapkan Selamat Hari Raya..
Maaf Zahir Batin..

Jumpa pulak tengah bulan ni di Melaka..
.
.
.

Monday, March 3, 2014

TIP LULUS UJIAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM - SPA





Oleh kerana ramai adik2 sesama PID yang bertanya tip-tip
Kak Zel boleh lulus Ujian SPA..
Maka dengan sungguh murah hati..
Meh Kak Zel kongsi rahsia macamana nak lepas Ujian Bertulis SPA untuk jawatan F29 ni..

Akak berpengalaman luas gak dalam exam bertulis SPA ni..
Rasanya 5 kali dah kot..
PTD.. N41.. F29.. KPLI.. LHDN..
Jangan tak percaya.. SEMUA AKAK LULUS!!

Kebiasaannya aku akan sangkut kat interview..
Bukan sebab aku bangang..
Sebabnya aku ni jenis pandai goreng..
Dan pandai bercakap..

Aku syak pasal G.E.M.U.K :))

Untuk Ujian Bertulis minggu depan ni..
Aku tak payah ambil lagi..
Sebab hari tu dah lulus..
So, dikecualikan... LEGA!

Peperiksaan bertulis ni akan dibahagikan kepada 3 seksyen

Seksyen A - Pengetahuan Am
Seksyen B - Daya Penyelesaian Masalah
Seksyen C - Sahsiah dan Minat


Soalan - 50
Masa - 40 minit

Dah nama pun Pengetahuan Am..
Make sure laa study sikit-sikit..
Selalunya kalau gred F29 ni..
Soalan yg keluar
  • Berkenaan teknologi dan sains komputer
  • Berkenaan kementerian-kementerian dan tugas2 
  • Segala hape skim 1 Malaysia
  • Sukan
  • Politik dan isu semasa
  • Sejarah ada sikit-sikit (pelbagai jenis Perjanjian)

Janganlah banyak sangat buang masa berfikir..
Go through dulu sekali lalu..
Mana yang senang jawab terus..
Yang susah2 tinggal dulu..




Soalan : 40
Masa : 45 minit

Ini seksyen yang paling ditakuti..
Sebab melibatkan Matematik..
Dah tu tak boleh pakai calculator..
Pastu soalannya berbelit-belit..

Aku paling suka seksyen ni...
Sebab mmg otak kiri kanan depan belakang semua guna..

Cth Soalan :

Ali pergi ke kedai pada pukul 10.30 pagi. Dia membawa kereta dengan kelajuan 60km/j. Jarak kedai dari rumah Ali ialah 100km. Pukul berapa Ali sampai ke kedai jika dia berhenti rehat di R&R selama 25 minit?

Igt balik zaman kita sekolah rendah dulu..
Yang penting CONTENG SAMPAI FAHAM SOALAN..
Bab2 masa ni soalan favorite dalam ujian bertulis..
Buat garis masa..


Kebiasaannya pilihan jawapan..
Mesti cam tak jauh beza..
Tapi.. ada tip and trick kat sini..

A : 12:50
B : 01:50
C : 12:35
D : 12:45

Cam contoh aku bagi tukan..
Masa kira MINIT.. dah dapat 35..
Dalam pilihan jawapan... hanya ada 1 yg hujungnya 35..

ITU DIA!!

Jangan BUANG MASA kira sampai habis..
Dah hujung tu dah betul..
Pilih je.. pasti dah yang depan tu betul..

Lagi nanti ada soalan PECAHAN..
PERATUS.. BEZA TINGGI.. BEZA UMUR...

Ingat!!! lukis atau conteng sampai faham..
Tapi jangan laa smpi 1 soalan ambik sampai 10 minit nak paham..
Ada 40 soalan dalam masa 45 minit!!!

Satu lagi yang aku perasan..
Soalan-soalannya.. sebenarnya SUSAH DITENGAH-TENGAH...
Kan ada 40 soalan..
Yang susah tu selalunya berada di no.18 hingga no.30..
Kemudian.. semakin ke hujung semakin senang..

Oleh itu..
Guna cara jawab mudah-mudah dahulu smpi ke soalan no.40..
Kemudian baru kembali ke soalan susah dan panjang..
Kerana selalunya soalan mudah adalah lebih banyak dari soalan susah..
Tapi kalau tahun ni tukar pulak..
Nasib kome le :))





Tak ingat berapa soalan..
Tapi ada beratus-ratus..
Yang ni tak payah nak pecah kepala fikir..
Selalunya yg jaga exam tu akan announce..

JAWAB IKUT APA YANG PERTAMA TERLINTAS DIFIKIRAN..
ITULAH DIRI ANDA YANG SEBENAR!!

Ok.. boleh juga guna pesanan tu..
Tapi... JANGAN JADI BANGANG!!!!

Soalan sahsiah dan minat ni..
Tip nak lulus senang je..

JAWAB YANG ELOK-ELOK BELAKA..

satu lagi..

MATCHING ANTARA SATU SAMA LAIN...

Soalannya.. kalau anda perasan..
Ia berulang-ulang..
Jadi make sure jawapan anda konsisten..

Cth..

Adakah anda suka memimpin atau dipimpin?

PILIH - memimpin (wpun anda sebaliknya)

Cth lagi...

Adakah anda boleh menerima pendapat orang bawahan sedangkan anda ada idea yang lebih baik

PILIH - terima (wpun anda sebenarnya diktator)

Pasal soalan matching pulak..

Contoh kat depan anda dah pilih yang ANDA SUKA MELAHIRKAN PENDAPAT DALAM PERBINCANGAN.

Jangan pulak.. bila tiba dibelakang.. pilih pulak SAYA SUKA MENYENDIRI BILA ADA PERBINCANGAN

Camtu laa lebih kurang..
Gunakan akal fikiran korang..
Apa jenis sahsiah dan minat yang diperlukan dalam perkhidmatan awam..
Pilih yang sepositif mungkin..
Itu laa yang dimaksudkan JANGAN MEMBANGANG :))

Ok..

Panjang lebar dah ni..

Akhir kata..
Untuk adik-adik F29 Pusat Internet Desa..
Selamat maju jaya Kak Zel ucapkan..

Untuk yang lain2..
Yang terbaca entry tip and trick la sangat ni..
Good Luck juga untuk anda..

Sunday, December 1, 2013

Langkawi & Gambang


Tak sempat nak hapdet blog..
Gamaknya lemau la citer aku g Langkawi.. :)

Penat woo...

Aku start packing nak ke Langkawi malam Isnin..
Isnin tu.. jam 4.00 pagi dah bertolak ke LCCT..
Smpi sana lebih kurang 6.00 pagi..
Ada masa dalam sejam lagi nak terbang..

Kat sana.. wpun holiday..
Kepala aku ni berserabut hokay..
Dok berlegar-legar..

APAKAH HALA TUJU PID?

Ni ler tajuk yang aku nak kena present depan Dato' TKSU..

Dalam berserabut tu..
Layan gak ler holiday..
Aku tak beli apa sangat pun..
Ada laa coklat sebeban..
Pan seketui..
Dan kain batik selai..

Sampai Tg Malim, Rabu malam..
Kelam kabut lak mengemas untuk ke Gambang..
Pastu kena kemas gak beg bebudak ni nak duduk kat umah mentua..
Lagi beg nak ke Gambang Sabtu..
Pastu baru kemas beg aku yg nak ke Gambang Khamis..

Kul 4.00 pagi baru setel kemas..
Dapat laa tido 2 jam smpi kul 6.00 pagi..

7.00 pagi bangun terus anta bebudak ni gi umah MIL..
Aku lak g umah mak aku.. tgu kawan sampai..
Aku tumpang kawan g Gambang..
Pasalnya nnt Sabtu, MIJ datang ngn bebudak ni..

Penat tak terkata wei...

Pastu kat Gambang..
Tetiap malam tido 1-2 pagi..
Dek kerana menyiapkan hala tuju...

Ntah mana silap..
Sabtu aku keracunan makanan..
Siap muntah.. cirit.. demam menggigil..
Lansung tak pi sukaneka ngn dinner..

Time tu aku lanyak betul2 TIDO!!

Sampai migrain punya tido :)

Ni dah smpi rumah balik..
Sakit satu badan..
Hujung rambut sampai hujung kaki..
Semua lenguh-lenguh..

Tapi ada banyak berita gembira retreat kali ni..
Nanti laa aku kongsikan di entry yang lain ;)
.
.
.

Thursday, September 26, 2013

Kepenatan..


Habis dah siri jelajah Selangor..
Skang ni balik PID.. kelebek report pulak..

Minggu ni memang bermula dengan penat..
Isnin.. tak semena-mena kena pi Putrajaya ambik kontrak...
Selasa.. Zon 3 sain kontrak kat PID Tg Malim..
Pastu aku diminta melawat Zon 4 sambil suh depa sain kontrak pulak..

Perjalanan aku bermula dengan PID Hulu Langat..
Bertolak dalam 6.30 pagi dari sini..
Sampai sana dekat kul 9.00 pagi..
Jalan takde laa sesak sangat..
Tapi asyik sesat salah masuk jalan..
Pastu tau jelah kat bandar2 ni..
nak U-Turn kemain jauh..

Lepas tu pergi pulak PID Beranang..
Yang ni tak sesat..
Sebab dulu2 aku pernah pergi pekan Beranang ni..

Lepas tu sambung pulak ke PID Sungai Pelek..
Yang ni agak jauh..
Masuk highway dari Nilai..
Kuar KLIA..
Pastu terus pi LCCT..
Ada hal sket kat Pos Cargo..

Kat Sg Pelek ni..
Aku mmg dah rasa kepenatan maksimum..
Siap ajak mak aku check in Seri Malaysia Bagan Lalang..
Tapi mak aku ajak habiskan jugak..
Sebab ada satu lagi PID..

Maka teruskan juga ke PID Tg Sepat..
Yang ni gila keliling pekan..
Dok masuk Jalan Pasar 3-4 kali..
Tapi tak jugak jumpa PID..

Rupanya jalan ke PID tutup ada kren buat keje..
Kena pusing kot lain..
Jumpa laa jugak..
Tapi penat dah smpi hujung hidung dah..
Rasa cam nak melangkah pun malas..
Dalam kul 5.00 petang..
Siap laa lawatan kesemua PID..
Ikut jadual asal..
Sehari lawat dua PID..
Tapi, disebabkan ada hal mendesak..
Kena settlekan dalam masa 1 hari..

On d way balik ke Klang..
Singgah Banting bawak bebudak ni makan KFC...
Hasya dengan Khaleef aku bawa..
Termasuk mak aku as babysitter...

Hasya susah nak tinggal..
Sian lak Mak Long..
Kat sana dah ada 2 org anak buah MIJ duduk siang malam..
Kang tambah Hasya dah jadi 3 orang..
Dah laa depa suka bergumpal..
So, Hasya bawak.. secara autonya.. nenek kena bawak jugak..
Natijahnya.. Khaleef pun terpaksa ponteng sekolah dah ikut..

Lepas makan KFC..
Bawa kete mata dok terpejam2 mengantuk..
Jam dah dekat kul 7.00 malam..
Last2 tak tahan.. benti kat Caltex.. tido kejap..

Dekat kul 8.00 malam..
Baru sampai kat Palm Groove, Klang..
Tumpang tido umah makcik..
Tak balik Tg Malim..
Sebab next day kena pi KKMM, Putrajaya..

Esok paginya..
Lepas sarapan.. terus desup ke Putrajaya..
Kejap je pun dah setel..
Pi PTPTN pulak.. nak ambik surat perlepasan hutang..

YE ORANG-ORANG SEMUA..
AKU DAH TAKDE HUTANG DENGAN PTPTN!!!

Sempat laa aku merasa 20% tersebut..
Ni next entry laa aku story2..

Balik tu mak aku ajak singgah KUD..
Jenuh laa cari parking yang dekat..
Tak best pun..
Lebih kurang cam MAHA je..
Tak sampai sejam pun kat situ..
Terus ajak mak aku balik..
Lagipun tangan dia dah penuh beli macam2...

(*PADAHAL TAK GAJI LAGI.. TU PASAL JADI TAK BEST)

On d way balik.. tetiba perangai mata terpejam aku buat balik..
Nasib dah dekat dengan jejantas Sg Buloh..
Pi laa lelap mata lagi..

Sampai2 umah dah kul 7.00 malam..
Kunci pulak takde..
Start ni.. kepala aku dah berdenyut cam nak pecah..
Migrain sudah datang..
Yelah.. signal otak dah suh baring atas tilam buka econ kuat2..
Tapi... tak dapat masuk rumah..

OK.. panjang gile kan..
Ni maksudnya..
Kang 4-5 hari laa tak hapdet blog..

:))

-peace-

Monday, May 27, 2013

Pantai BNO, Sabak Bernam






Tadi pagi mencurah-curah idea aku nak mengarang..
Tetiba banyak pulak keje..
Dah petang baru sempat nak hapdet..
Hilang dah apa benda nak tulis..

Pi pantai ni minggu lepas..
Aku kena lawat PID bawah zon aku kat Sg Air Tawar..
Hasya lak terpaksa hangkut sebab pagi tu dia ada check up kat Slim..
Malas pulak laa aku nak patah balik Tg Malim..
So, masuk Behrang terus ke Sabak..

Balik kul 5.00 petang tu..
Singgah laa Pantai BNO ni..
Best jugak ada tempat lepak2 camni...
Kat Tg Malim ni..
Semua dok hadap Tasik Embayu yg takde hape tu..

Pasal mee udang..
Entry lain pulak :)
.
.
.