Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Monday, January 31, 2011

Hasya sudah 25 hari...

Makin kurang memerap malam..
Dia bangun menangis bila nak susu sahaja..
Takde lagi suka-suka nak menganga melalak tanpa tujuan..
Purata waktu tido malam kami skang ni..
Lebih kurang 4-5 jam..
Kira dah hokay sangat ler tu..
Berbanding dengan abang Kalep dia 40 malam sepincing tak tido..

Perkembangan lain takde lagi laa..
Baru 25 hari..
Apa sangat laa yang dia nak pandaikan..

Masih lagi 100% fully breastfeed..
Wpun breast mami dia makin lama makin sakit..
Dulu sakit kat puting je..
Skang kejang keseluruhan..

Takpe.. Mami sanggup bertahan pasal Hasya..
Sebab takut nanti bila mami dah keje @ mencari keje..
Time tu Hasya terpaksa campur-campur dengan susu tin..

Skang ni purata susu simpanan..
2.5oz - 3.0 oz sehari..
Kalau kena malam yg Hasya tido lena..
Dapat ler simpan smpi 5.0 oz..

Ok.. tak leh taip panjang..
Hasya dah mengamuk belakang aku ni..
Dah tiba time tido dia..
So, nak menyonyot :)
.
.
.

Sunday, January 30, 2011

Lawatan HOT MAMA BONAMANA...

TQ MakcikRehan, Lela & Co, Bib, Nieza, Mah dan Isra..
Kerana sudi jauh-jauh mencemar duli..
Ke Gumut Tambahan.. melawat aku ngn Hasya..

Ruang tamu umah mak aku mmg ada katil hokay..
So, mana-mana tetamu yang rasa penat..
Tak payah gi guest room..
Leh terus tido sambil sembang-sembang..

yang best nyer.. depa mai bawa siap makan & minum..
Mmg memahami sungguh..
Rumah yg didiami oleh 2 beradik yg masing2 beranak dua..
Sorang dlm pantang.. sorang lg memboyot 7 bulan..
Hjh Norlia lak balik kampung..

Domino's Pizza 5 keping hokay...
Lg ada air gas + air kotak..
Au yg dlm pantang ni pun joinnnnnnnggggg...
Tp x minum la air gas...
Jeling2 smbl telan air liur je :(

Pe-pe pun.. Terima kasih ler byk-byk..

U ols mmg terbaeeekkk hokay..
.
.
.

Thursday, January 27, 2011

Ini Siriyes...

Budak tak sekolah ni..
Oleh kerana Papa sudah kerje sini..
So, kami rancang nak masukkan mamat ni semula ke sekolah..

Hari-hari kena pujuk... cakap dengan dia psl sekolah..
Sebab ikutkan dia mmg takmo gi sekolah dah...

Mlm tadi slow talk lagi..

"KALAU KALEP NAK MASUK SEKOLAH LAMA PUN BOLEH.."

"TAK NAK LA MAMI.. KALEP NAK SEKOLAH SATU LELISHA.."

"KAT MANA SEKOLAH TU?"

"KAT EYPOH..."

"IPOH TU JAUH KALEP..."

"CAMTU TAK PAYAH SEKOLAH LA MAMI.."

"KALEP.. MAMI SERIUS NI.."

"MAMI.. KALEP PUN SIRIYES JUGAK..
ADA NAMPAK KALEP GELAK LELAKAR KE?
MAMI NAK KENA KE?"

Saat-saat camni..
Mami rindukan ROTAN yg tertinggal kat umah Tg Malim..

Petunjuk Bahasa
Lelisha = Malaysia
Eypoh = Ipoh
Lelakar = Kelakar

.
.
.

Mana seru?...

DIET.. tak sampai seru?!!

YE.. belum lagi..
Aku pun tak tau bape ntah berat terkini aku..
Dulu masa beranakkan Khaleef..
Banyak kilo gak hilang...
Dari 103kg.. menurun ke 80kg..

Yang kali ni tak tau ler..
Sebab penimbang kat umah mak aku ni dah jahanam..
Suh laki aku ambik kat umah.. dia malas..
Katanya MAMI DAH NAMPAK KECIK SKET..

SKET mana cukup..
Ambik laa hati bini awak ni Jiman sayang...
Perut dah berbelah ni nak kuarkan anak awak..

Tapi betui laa..
Beranak ceaser ni..
Perut tak mengecik..
Kecik sket je..
Tak tau laa sebab isi dalam masih bengkak ke hape..
Tapi mmg perut rasa berat..

Tak cam beranak normal..
Perut cepat rasa sedap balik..

Skang ni.. cam orang pantang yang lain..
Hajah Norlia kasi makan nasi 3 kali 1 hari..
Kalau masa Khaleef.. tak boleh menambah kalau makan..
Masa Hasya ni dia tak kisah ler pulak..
Maybe sbb kali ni aku fully breastfeed baby..

Breastfeed mmg mudah lapar..
Kadang-kadang baru hadap nasi satu pinggan..
Sejurus pastu bagi Hasya minum..
Dan-dan tu perut berbunyi kuat balik..
Cam belum makan apa-apa..

Kesimpulannya..

Inche Izman..
Sila belikan bekalan makanan berkhasiat untuk isteri kamu ni..
Tadi saya dah request kat mama nak pi kedai sendiri..
Dia balas 3 perkataan je "JANGAN NAK MENGADA!"
.
.
.

Wednesday, January 26, 2011

Batuk kat tangga...

Jangan salah teka..
Itu bukan susu formula..
Tapi adalah susu formula nenen Mami terbaek dari ladang..

Klu mlm, tgu smpi dia menangis kuar airmata..
Baru susu stok ni kuar peti ais...
sayang wooo.. dah la tak byk lg menyimpan :)

sekian entry pagi ini..

dari Akak Zel yg stress,

- gaji tak masuk lg.. ntah hade ntah idak..

- jiran sblh dok memekak mesin rumput dr 7.00 pg td smpi ke la...
hagak2 laaaa kot rajin pun..
anak wa sama wa lum layan lagi ni tido sesi pagi :(
.
.
.

Baguskan...

Ni time nyaman...
Mami boleh kencing berak mandi dengan aman..
Lagi boleh tengok TV..
Lagi leh hadap internet..

2-2 ni awal-awal suka tido..
Kang dekat kul 11.00 malam.. 2-2 bangun..
Yang sorang tu takpe laa pandai bawak diri..
Tu pun kadang2 tukar jadi attention seeker gak tu..
Kencing nak berteman.. seluar takmo pakai sendiri..

Yang kecik tu tak yah citer..
Mata bukak je..
Mulut pun sama bukak..

Apa pun.. mulai malam ini..
Mami tidak bersendirian lagi..
Inche Izman officially sudah pindah ke Tg Malim..
Dan akan memulakan kerja di Pej Pos Tg Malim esok..

Lega tau..

At least malam-malam.. bila baran aku mai..
Hasya dah boleh menyorok dengan papa dia..
.
.
.

Tuesday, January 25, 2011

Longan itu agak berkesan..

Terbaekkk dari ladang :)
Lepas dah itu separuh masa pertama Hasya mlm ni..

Aku dok risau nnt bila dah pergi keje...
Atau nak kemana-mana yang perlu tinggalkan Hasya..
Stok susu lansung takde ni..
Sumer cam perah hari ni..
Malam ni gak habis..

Mieja.. Nieza..
Biler ler susu aku nak berkondi-kondi cam hangpa ni..
.
.
.

Kalau camni.. boleh tido nyenyak sampai siang..

Sejak-sejak dok umah ni..
Entry pun dah kurang ilmiah.. (cam laa sblm ni ilmiah sangat)
Lagi kurang warna-warni..
Kurang cerita..
Kurang kepelbagaian...

Sebab.. hari-hari hidup aku sama je..
Bangun tido (yelah tu tido sangat...)
Hadap Hasya... Khaleef..
Orang lain sumer pi keje tinggal la kami 3 beranak..

Camni ek kehidupan suri rumahtangga?

OK berbalik pada gambar di atas..

Itu ler posisi tido kegemaran dia..
Kalau dilayan.. smpi esok siang pun dia leh nyenyak..
Tapi mami dia laa kang hazab sakit pinggang..
Kena duduk sepanjang malam..
Pastu peluk dia melekap kat dada..
Sampai ternganga laa dia tido punya nyenyak..

Ceaser ni lak..
Kalau sakit ke.. masuk angin ke..
Pinggang ler tangkap dulu..

Hari tu aku bantai makan nasi lemak lauk kacang goreng + ikan bilis..
Malam tu beradoi laaa tido perut masuk angin..
Kena lak sejak minggu ni...
Hasya tdo smpi kul 3 pagi je..
Lepas tu dia bangun.. kalau mulut tak melekap..
Bantai melalak semau-maunya..
.
.
.

Monday, January 24, 2011

Bad Guy / Nappeun Namja

Lagi drama Korea di pasaran..
Sesuai dengan status berpantang di rumah..
Akak memang ada banyak masa lapang :)..

Drama ni untuk yg suka thrill, mystery, melodrama..

Merujuk kepada tajuk Nappeun Namja (lelaki jahat)
Hero adalah orang jahat..
Selalu hero mesti orang baikkan..
Citer ni lain..

Drama ni pasal family dan dendam..
Hero mempunyai kisah silam zaman kanak-kanak yang sangat dahsyat..
Membuatkan dia membesar dengan dendam pada keluarga Haeshin Group..

Bila dah besar dan berjaya dalam pelajaran..
Dia kembali ke Korea dari US untuk misi membalas dendam..
Untuk masuk ke Haeshin Group..
Hero telah menggunakan anak bongsu Haeshin..

Kemudian dia berjaya menjadi pembantu peribadi anak lelaki Haeshin..
Kat sini mula laa misi dia untuk balas dendam..

Siapakah dia sebenarnya?
Kenapa dia berdendam?
Siapa Hong Tae Song?
Siapa yg dia cintai?
.
.
.

Mendung Hitam...

Tidak gaji lagi pagi ni..
Juga tiada pemberitahuan..
Gaji ke.. tidak gaji ke..
Kena pi keje ke..
Dok umah terus selama-lamanya ke..

Nampaknya sampai hujung bulan ni..
Kena la dok bergoyang kat umah..
Sambil menanti buah luruh..
Kalau tak luruh..

PLAN B?

Apa Plan B yang paling cepat?!

Iaitu mengeluarkan duit simpanan yg tak seberapa hade tu..
Untuk bayar sumer bil-bil dan hutang piutang ini bulan..
Pastu bulan depan camne?
Bulan lagi depan?
Bulan depan.. depan.. dan depan lagi?

Oleh itu.. sokong laa perniagaan bahan bakar Kak Zel..
Lagi selalu-selalu laa klik Nuffnang ads..
25 sen per click tu dah besar maknanya bila tidak bekerja :)
.
.
.

Sunday, January 23, 2011

Meragam tak kira waktu...

Dulu siang tido malam berjaga..
La ni.. siang malam berjaga..
Mulut sentiasa nak nyot nyot..

Che Tek aku ni.. cam kena karan tau..
Setiap kali dengar dia melalak..
Dua-dua belah contraction..

Agaknya kalau depa leh bercakap..
Masing-masing dok tolak-menolak
Sapa nak kena sua ke mulut Hasya..

Minah ni lak ntah apa sebab..
Susah tul nak tido skang ni..
Kalau tido pun kejap-kejap..
Aku rela lagi dia tido seharian siang..
Pastu malam tido kejap2..
At least siang tu aku dah bantai membuta dengan dia..

Susu yang stock.. konon2 kalau aku g keje kang..
Sumer dah abih dia belasah..
Itu pun tak kenyang-kenyang jugak..
Mata aku ni dah bape kali jeling tin Mamex Gold..
Agaknya susu badan ni susah kenyang..
Dah bantai 3 oz.. ngempeng 1/2 jam..
Tak cukup2 jugak..
.
.
.

Thursday, January 20, 2011

Hari ni berprestasi baik :)

Sudah 2 kali mengepam..
Mengekalkan prestasi 2 oz :)

Ada lagi 3 kali nak ngepam..
Kul 5.00 ptg... 11.00 malam ngn 5.30 pagi..

Kalau kekal 2 oz camni..
Dpt ler bekukan dalam 4 oz..

Selama ni.. dapat 5-6 oz sehari..
Memang habih kat Hasya je belah malam..

Hasya mmg sangat kuat menyusu belah malam..
Selalunya start kul 9 malam.. ngempeng smpi kul 10 lebih..
Pastu ada laa dia tdo dalam 2 jam..

Kul 12.00 tgh malam..
Wajib bagi susu perah dalam botol 2-3 oz..
Pastu dia sambung direct breastfeed dalam 30 minit lagi..
Baru laa lega dia tido smpi kul 3.30 pg - 4.00 pg..
Bangun ni pun.. bagi lagi sebotol.. ngempeng lagi..
Kang nak siang baru dia bangun pulak..

Bangun yang kul 6.00 pagi ni..
Memang dia hisap sekuat mungkin cam nak kasi kering susu badan..
Kalau setakat pipi kembung kempis... tu belum kuat lagi..
Tunggu sampai dia hisap sambil kepala terhangguk-hangguk..
Dengan bunyi tegukan cam minum F&N Strawberi..
Mami dia lak terangkat-angkat bontot tahan sakit puting..

Siang takde dah botol..
Direct sahaja camne citer pun..
.
.
.

BERITA TERBAEKKK TAHUN 2011...

Hasya lahir sudah terbaek..
Mami kontrak keje takde... sudah terburuk..
Tiba-tiba.. mai balik itu terbaekk..

Kenalkan gambor atas tu siapa dia..
Itu adalah Inche Izman pada yang tak kenal..
Papa kepada Khaleef ngn Hasya..
Merangkap suami kepada Akak Zel..

Beberapa tahun lepas..
Tidak semena-mena..
Inche Izman telah ditukarkan ke Pej Pos Mambang di Awan..
Baru settle down kat sana dalam setahun setengah..
Tetiba.. kena tukar lagi..
ke Pej. Pos Temoh pulak..

Tu sumer pej. pos horror..
Sapa pernah lalu tau ler betapa seram berada di situ..

Tiba-tiba..
Ada angin sepoi-sepoi bertiup..
Katanya Inche Izman akan bertukar balik ke Tg Malim..

Tapi lum tahu lagi bila..
Katanya paling cepat bulan Mac..
Paling lambat bulan Julai..

So, takpe laa.. bawak-bawak bersabar jelah..

Tiba-tiba lagi.. semlm Ketua Pos Tg Malim called..
Katanya ada seseorang dari Tg Malim kena tukar ke Sg Petani..
Kira balik kampung laa sbb mamat tu asal sana..

Harapan Inche Izman sudah berbunga..
Tapi pasal belum dapat surat..
Hanya mampu senyum sorang-sorang jelah..

Pagi ni..dalam kul 10.30 pagi..
Geng Korea aku kat Pej. Pos Tg Malim called..
Katanya Post Master sudah dapat surat pemberitahuan..
Pekerja baru akan masuk bertugas mulai 27hb Januari 2011..

Tak payah teka-teka hokay..
Confirm nama Izman Haidil Abdul Rashid tercatat di situ..

SUKA KAN?

Lepas ini kurang sorang dah isteri gersang..
Kurang dah 2 orang anak kurang kasih sayang..

PAPA...

WELCOME BACK TO TANJONG MALIM :)
.
.
.

Kurang Kasih Sayang...

Sebenarnya tak kurang pun..
Masih sayang seperti dulu..
Cuma Abg Kalep dah kurang manja dengan mami..

Yang mami pun..
Pantang nampak kelibat dia..
Asyik nak marah je..

Yelah.. kena paham situasi emosional mami ni..
Kadang-kadang malam 2-3 jam je tido..
Kadang-kadang lansung tak tido..

Bila baby Hasya tido siang..
Time ni ler mami nak ikut sama membuta..

Tapi..
Kang kejap-kejap dia masuk bilik..
Bawak Kayra sekali..
Memekak gitu gini.. memunggah itu ini..
Pastu cuit baby smpi bangun...
Baby nangis cepat2 depa belah.. siap hempas pintu kuat-kuat..

Mana mami tak geram..
Orang baru nak layan mata kejap..

Yang Hasya pulak..
Pantang bukak mata..
Bukak je mulut pun nganga nak nenen..
Smpi cam takde istilah kenyang bagi dia..

PEACE MAMI!!!!
.
.
.

Tuesday, January 18, 2011

Makin sikit laa pulak..

Mungkin skang ni emosi bercelaru..
Tu pasal ler kot effect pada susu..
Kalau pam petang.. baru ler dapat banyak sket..

Dlu kalau pam 5.30 pagi..
Kemain banyak lagi susu..
La ni nak tutup dasar botol pun susah..

Dah ler setiap hari kena ready dalam 6 oz utk bekalan malam..
Malam tadi tak cukup..
Melayan laa Hasya mengamuk dari pukul 3.30 pagi..
Smpi siang.. baru dia lelap..
Itu pun dalam keadaan perut tak kenyang..
Asyik terbangun je..

Hari ni baru ada 1.5 oz..
Huhuhu banyak lagi baru nak cukup 6 oz..
.
.
.

Monday, January 17, 2011

Marry Me Mary

Citer ni ala-ala musical romantic sket..
Sebab hero utama adalah penyanyi band. (Jang Geun Seok)
Hero kedua pulak adalah pengarah muzik..
Heroin utama.. ikutkan cam belajar kat kolej..
Tapi kena benti kejap sbb masalah kewangan..

Drama ni dah abih tayangan kat KBS..

Citer pasal heroin yg sentiasa dalam kesusahan sbb ayahnya banyak hutang..
Satu hari.. ntah camne, dia terlanggar hero..
Dari situ laa depa kenal..

Hero lak main band underground kat satu kelab ni..
Kira banyak peminat ler pasal hensem..

Ayah heroin ni lak.. tak semena-mena..
Menjodohkan heroin dengan anak kawan lama dia..
Heroin lak takmo.. maka dia olok-olok pi kahwin dengan hero..
Hero lak masa tu layankan je..

Lepas tu.. bapak heroin pi daftarkan perkahwinan hero kedua dengan heroin..

So, heroin letak syarat..
Dia akan bersama-sama kedua-dua hero ni..
Siang dengan hero kedua..
Malam dengan hero pertama..
Smpi 100 HARI!!

Pastu dia akan wat decision nak teruskan perkahwinan dengan sapa..

So, apa kesudahan citer ni..
Adakah heroin jatuh cinta pada kedua-dua hero?
Hero-hero ni 2-2 sama baik.. sama jantan hokay..

notification: AVI sahaja

* mahu cepat.. sila lampiaskan sblm Jemahat.. sbb akak skang tak leh nak pi post office ngepos.. kena harapkan orang lain pi..
.
.
.

Time to say bye-bye..

Bahan Bakar - NOW AVAILABLE!!

Setelah berehat panjang..
Now bahan bakar boleh ditempah cam biasa...

Citer baru yang available..

1- Mary Stayed Out Late Night (avi)
2- Bad Guy (dvd) - coming soon
3- Secret Garden (dvd) - coming soon

Review nanti ek..
Kena cari mood dulu..

Tentang avi version..
Kebanyakkannya adalah drama yang disiarkan di K*S..
Tak tau apsal ada masalah sound sync..
Penyelesaian yang mudah dan menjimatkan..
Adalah bakar dalam bentuk avi..

AVI menjamin gambor yang lebih HD..
Suara yang jelas.. berbanding DVD version..
Cumanya tak leh tengok guna DVD Player..

Untuk yang suka curi-curi tgk kat opis..
Amat sesuai kerana boleh ditransfer ke hardisk dengan mudah :)

Oleh itu..
Jangan segan silu untuk emel akak hokay :)
.
.
.

Sunday, January 16, 2011

Susu.. SOALAN YANG PERLUKAN JAWAPAN...

Aku tanya kat sini..
Supaya jawapannya kita leh kongsi ramai-ramai..

Skang aku dah mula pam susu..
Tapi bukan untuk wat stock..
Belum cukup banyak lagi utk stock up..
Sbb Hasya suka mengempeng sepanjang malam..
So, malam dia kena membotol dalam 1-2 kali..
Untuk bagi dia kenyang dan kurang meragam..

Soalan 1

Boleh ke susu pam masa bagi campur-campur?
Cth: susu pam semalam campur dengan hari ni = 2 oz..
Panaskan pastu bagi baby minum..

Soalan 2

Susu yg disimpan dlm peti ais biasa (bukan beku).. kalau dikeluarkan boleh tahan berapa lama?
Cth: Aku kuarkan susu sejuk jam 12.00 tgh malam.. kul 3.00 pagi baru panaskan dan bagi baby minum.. kalau ada baki.. dalam kul 4.30 pagi bagi lagi susu yang sama.. cara simpanan.. just biarkan dalam mug air panas..

Soalan 3

Kalau susu beku.. time nak minum baru cairkan atau cairkan dulu.. kemudian panaskan baru minum?

Soalan 4

Contoh kalau dapat pam & simpan dalam 10 oz..
Boleh ke pada satu masa.. kita ambil 2 oz, dah 8 oz masuk balik peti ais..
Kalau susu beku boleh tak wat camtu jugak?

Soalan 5

Minum susu badan kena sendawakan baby?


Ok.. hari ni banyak ni dulu soalannya..
Pada kawan-kawan yang sudi jawab..
Aku ucapkan berbanyak-banyak terima kasih :)
.
.
.

Baru 10 hari..

Rasa cam dah 100 hari..

Nasib baik skang dia dah kurang memerap malam..
Satu malam.. lebih kurang 3 kali bangun nak menyusu..
Cuma pastikan je perut dia sentiasa penuh dengan susu..
So, boleh tido lena semua orang..

Kalau malam.. mengempeng je mmg tak cukup..
So, siang kena perah sekurang-kurangnya 6 oz..
Untuk tambahan kepada mengempeng..
Kena bagi dalam botol 2 oz setiap kali dia bangun..
Baru aman dunia malam..

(kejap lagi aku nak wat entry tanya pasal susu simpanan ni..
So, proud pumping mum.. bersedia ye)


Kuning ada sikit-sikit lagi..
Nurse gomen pun dah datang selang sehari..
Tkde datang hari2 cam minggu seblm ni..

Semalam nurse bawak penimbang..
Hasya sudah berjaya naik 350 gram..
Masa lahir 3.05kg..
Semalam dah 3.4kg..
Tak lama lagi.. Akak Kayra akan kalah dengan Hasya :)
.
.
.

Thursday, January 13, 2011

Lagi pertanyaan..

Pasal kelahiran baby Hasya..

D.O.B - 6 Jan 2011
Time - 9.59 malam
Weight - 3.05kg
Length - 50cm
Lilit Kepala - 36 cm
P.O.B - PMC, Sg Buloh
Disambut... eh ditarik oleh - Dr Wan Ratna Iza
Warna mata - coklat gelap (cam Papa)
Mata - SEPET (adakah kenan heroin Korea?)
Warna rambut - hitam
Status rambut - setakat ni lurus (cam Khaleef)
Telinga masih berkeadaan kepit..
Pipi labuh (cam mami masa baby)
Hobi semasa - mengempeng, tido siang, melalak malam
.
.
.

Kenapa Ceaserian...

Mula-mula tak cadang pun nak buat kronologi bersalin..
Sebab kan aku dah hapdet facebook sepanjang hari nak beranak tu..
So, itu laa kronologi nyer..

Tapi sebab ada beberapa kawan yg tanya..
Apsal c-sect lak tetiba..
Padahal masa awal-awal hapdet tu nak go for normal delivery..

Aku masuk PMC, Rabu malam..
Dalam kul 3 pagi, induce dos pertama dimasukkan kat bawah nun..
Tapi masa ni lum start epidural lagi..
Takut induce failed..

Kul 9.30 pagi Khamis.. doktor seluk bawah dah buka 3 cm..
So, macam petanda baik ler..
Air ketuban pun dipecahkan dengan satu plastik panjang..
Sakit pun dah mula nyup nyap nyup nyap..
Terus panggil Dr. Amir.. Pakar bius untuk wat epidural..

EPIDURAL...
Nak pasang wayar kecik tu sakit hokay..
Kena lak tulang belakang aku ni ala2 tebal..
8 cm masuk jarum berlubang tu..
Baru setel..
Masa ni tak bius apa pun..
Just pakai spray sejuk tu je..

Epidural jalan dalam kul 11.00 pagi camtu..
Lepas tu lansung tak rasa apa..
Sakit tidak... kontraksi takde..
Cuma nampak dan rasa perut kejap kejang.. kejap ok..

Ni gaya orang yang nak beranak pakai epidural :))

Aku dok Labour Room 2...
Sebelah aku LB1..
Dari kul 10.00 pagi aku dok situ..
4 orang dah beranak.. aku je tak beranak-beranak..

Masuk Maghrib... doktor mai seluk bawah lagi..
Katanya baru 6cm...
Masa dah tak panjang.. sbb air ketuban dah pecah..
Paling-paling boleh pergi takat 9.30 malam sahaja..

Jam 8.45 malam.. seluk lagi..
6 cm jugak lagi... doktor regangkan jari dia.. baru bukak 7 cm
Masa Khaleef.. 7cm ni.. aku dah bantai teran..
Sebab dah sakit sangat-sangat..

Tapi hat ni.. disebabkan epidural..
Aku nyaman je tak sakit apa-apa..
Cuma lenguh & sejuk badan dan sangat lapar sbb depa tak kasi makan..

Cek pakai CTG..
Contraction sekata.. bacaan 3 lebih sahaja..
Maknanya.. kalau aku tak pakai epidural sekali pun..
Aku takde sakit sangat..

So, dalam kul 9.00 mlm.. mak aku g jumpa doktor Ratna..
Dia suh wat je operation sbb dah kesian giler tgk aku..
Yang dah penat sangat.. baring hampir 12 jam..
Tak sakit pun.. tapi emosi tertekan giler..
Sebab anak takmo turun-turun..

Baby pulak.. mengulang sejarah abang Khaleef..
Kepala tak turun-turun wpun tak sonsang..
Masih tinggi wpun air ketuban dah makin kurang..

So, dalam kul 9.20 malam masuk OR..
Kejap je dalam ni..
Masuk-masuk.. doktor bius tambah sket lagi bius..
Lepas tu aku tak rasa apa separuh badan..
9.30 malam mula operasi memotong..
Kul 9.59 malam.. baby Hasya pun keluar dengan jayanya..

Tapi.. susah gak tau baby nak kuar..
Disebabkan kedudukan baby tinggi..
Ada pulak satu lagi doktor yang kena tolak perut aku dari atas..

Masa ni sakitnya lebih kurang cam perut kena gelek..
Operate bius separuh badan ni..
Objek tajam cam pisau membelah tu kita tak rasa..
Tapi kalau tangan godek-godek.. pegang-pegang...
Boleh rasa sangat-sangat..

Lepas kepala dia dah dapat keluar..
Kaki lak sangkut tak boleh kuar..

Masa operate.. laki aku yang masuk teman..
Bukan setakat aku je menggigil..
Dia pun menggigil sama..
Aku menggigil sbb ubat bius..
Dia.. sebab seram sejuk kot.. :)

Dalam 10.30 malam aku dah masuk bilik..
Doktor bius tu kata aku tak rasa sakit operate tu lebih kurang 24 jam..
So, hari kedua tu kemain cergas lagi laaa..
Sbb tak rasa apa..

Tapi, masuk malam hari kedua..
Sakit sudah mari slow-slow..
Time ni muncul laa rasa serik nak beranak lagi..

Apa pun.. di hari ke-8 ni..
Aku dah ok wpun perut belah dalam rasa sakit lagi..
Rasanya ok lagi beranak ceaser dari normal..
Masa Khaleef.. 2 minggu tak bley duduk lagi punya sakit..

Pesanan akhir..
Sapa-sapa yang belum pernah beranak..
Eloknya jangan laa cuba epidural..
Aku yang dah beranak ni pun..blur tak tau bila nak teran..
.
.
.

Wednesday, January 12, 2011

Hujan..

Hujan lebat memang syok tido..

TAPI..

Kenapa malam kamu tak mahu tido nyenyak cam ni?
.
.
.

Tuesday, January 11, 2011

Abang Kalep & Adik Hasya :)

Lupa lansung pasal abangkan..

Dia masih tak dapat terima hakikat yang adik dia bukan nama Chiko..
Tiap2 hari dia tanya boleh tak bagi nama Chiko..
Sbb dia kata.. Baby tak macam Tuan-Tuan (perempuan) pun..
Cam lelaki je..

Dia ok je dengan adik dia..
Cuma kadang-kadang kasar sket..
Cium sampai adik menangis..

Tapi dia ni pedulikan adik dia..
Time cousin dia pi sekolah je..
Depa balik sekolah..
Dia tak igt dah kat adik dia..
Kang malam nak tido baru laa sibuk nak tengok..
.
.
.

Monday, January 10, 2011

Hasya dah 5 hari..

Masih mengekalkan tema..
Siang Tido Malam Berjaga...
Mungkin tengah mencari cucu di mana ada..
Nenek ku kahwin dengan anak raja :))

Semlm tak sempat nak hapdet..
Sebab ntah camne..
Wpun bagi susu badan..
Pagi smlm dia tersedak susu..
Pastu cam ada kahak pekat dalam tekak..
Lepas aku dapat kuarkan lendir tu..
Baru dia OK..
Kalau tak cam menangis tak lepas nafas..
Panik gak dah aku..

Bawa g klinik dekat rumah ni..
Dia terus bagi referal letter utk ke HBKKB..
Seram pulak aku nak spital gomen..
So, semalam.. bergegas la ke PMC balik..
Disebabkan dia breastfeed.. aku pun terpaksa laa ikut jugak..

Dah x-ray.. semua OK..
Alhamdulillah..

Pagi ni jaundice pulak..
Bawak lagi pi klinik untuk cek darah..
Bacaan rendah lagi.. 2.4..
Esok ada sekali lagi ambik darah..
Huhuhu.. siannya Hasya..

Igt dulu mak dia je hazab cam2 hal nak ambik darah..
Dia pun kena jugak..