Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Sunday, June 25, 2023

Irresistible

Lama dah drama ni dok ada dalam Viu
Tapi skip dulu sebab kenal Lee Thanat je
Sekali tu tertengok dia punya klip dekat TikTok
Nampak cam best la pulak
Terus cari kat Viu dan tengok

2 hari je aku marathon 22 episod
Best drama ni wpun plot dia cam letih sket nak mengikut 


Bagi kenal hero (Kimnant) dengan heroin (Mookrin) dulu
Depa berdua ni mmg saling mencintai dari zaman kolej lagi
Abang heroin adalah suami kepada kakak hero
Depa ni sama je, takde keluarga lain kecuali abang dan kakak masing-masing

Depa juga merupakan partner in business
Kalau ikut cerita ni depa macam ada ID company
Takde masalah pun dalam hubungan depa ni
Ikutkan dah dekat nak kahwin


Ni pulak 2nd heroin (Paktra) , watak jahat
Dia ni kawan baik hero dari zaman kolej juga
Of course laa dia suka pada hero
Tapi hero pulak nak kahwin dengan orang lain

Sehinggalah terjadi satu tragedi ngeri
Abang heroin (Thada) telah membunuh isterinya (Wi)  iaitu kakak hero
Suami isteri ni pulak berkerja di hotel kepunyaan ayah 2nd heroin

Atas sebab kekurangan bukti dan bantuan Paktra, Thada ni dapat lepas
Motif Paktra ni tolong ialah untuk memporak perandakan hubungan Mook dan Kim
Dia berjaya
Sebab Mook percaya sangat yang abang dia baik
Yang Kim pulak percaya yang Thada bunuh kakak dia


Sebabkan Paktra tolong, Thada lepas dari hukuman
Kimnant konon-konon cam redho je
Dia cakap kat Mook yang majlis perkahwinan depa akan diteruskan macam biasa
Mook pun rasa okay la sebab abang dia pun dah sabit tak bersalah



Malangnya pada hari perkahwinan tersebut
Pengantin perempuan telah bertukar
Kimnant telah menukar pengantin dari Mookrin kepada Paktra
Sampai pengsan la Mook terkejut Kim tak nak kahwin dengan dia
Dia dah siap pakai baju pengantin kot


Bermula persengkataan depa berdua ni
Tapi sengketa2 pun terlanjur juga 2-3 kali
Hampeh kedaung
Sudahnya heroin ni pregnant anak hero

Paktra pun tak nak kalah juga
Bila dia tahu yang Kimnant ada simpan sperma di bank sperma, dia telah memalsukan sijil perkahwinan untuk buat pemanian beradas
Depa ni kahwin majlis je tapi tak daftar sebab Kim nak balas dendam je
Berjaya pulak tu dia pregnant
Kiranya skang si Kimnant ni bakal dapat 2 anak



Akhirnya terbukti la yang abang Mookrin ni memang jahat
Jenuh juga laaa
Kim ni adalah beberapa episod dia jadi buta
Time buta tu Mook jaga dia
Kira depa dua ni cam tak pernah berpisah pun even Kim dah kahwin

Aku laa dalam drama ni kesengsaraan Mook dan Pak adalah salah si Kim ni
Dia senang2 je kahwin dengan orang lain sebab dendam


Ni pulak terlampau baik
Asyik positif je dengan apa-apa situasi pun
Abang dia mmg tunjuk jahat pun dia tak percaya juga
Masih yakin abang dia tak bersalah


Dua watak ni aku suka
Sorang tu peguam & kawan pada Mook dan Kim
Sorang lagi kawan Mook, seorang youtuber terkenal
Saling tak suka & bergaduh setiap kali jumpa
Akhirnya jatuh cinta juga

Apa pun drama ni seronok untuk ditonton
.
.
.









Friday, June 23, 2023

The Roots

Aku tengok drama ni dah lama dulu
Sampai lupa jalan cerita dia camne


Genre dia macam GL (Girl Love)
Tapi bukan
Lebih kepada family drama & revenge


Heroin ni dia anak orang susah
Ayah sakit-sakit & adik ramai
Jadi ada satu keluarga kaya ni ambik dia jadi anak angkat
Kiranya dia mmg tinggal dengan family kaya ni
Sementara ayah dan adik2 dia akan ditanggung sepenuhnya oleh family kaya tu


Awal-awal tu okay je hidup dia
Ada kakak angkat yang sangat sayangkan dia
Sampai laa ada beberapa tragedi yang menimpa keluarga kaya ni
Kakak angkat yang dulu okay dah serupa psiko
Tapi tak leh salahkan dia juga
Ayah dia yang sebabkan dia jadi obses dengan heroin



Ayah dia pilih kasih
Kemudian layan dia buruk
Kahwinkan dia dengan lelaki jahat
Heroin ni lah yang macam jadi penenang hati dia


Lama-lama kakak angkat dia ni cam obses gila2 dengan heroin
Tak bagi dia keluar
Tak bagi dia belajar
Tak bagi berkawan-kawan
Sampai heroin beberapa kali cuba larikan diri
Tapi tetap kakak jahat dia ni akan jumpa
Kakak angkat dia ni ada power
Polis ke.. menteri ke.. high social society semua dia ada kabel


1st hero kiri
2nd hero kanan
2-2 ni tolong nak lepaskan heroin dari cengkaman kakak angkat dia
Sambil-sambil tu ada laa sikit2 hal-hal lain yang terbongkar



Salah satu cara yang depa cuba ialah kahwin
Tapi time majlis ni, kakak angkat dia mengamuk sakan
Rupanya dia ni bukan takat psiko biasa
Dah level sampai bunuh orang



Bila tahu kisah hidup dia
Kesian laa juga
Nasib laa dia disahkan ada gangguan jiwa
Jadi takde laa kena hukum bunuh
.
.
.